Jawapan Siapa nampak Allah!

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Guru-guru terdahulu mengajar anak muridnya mengenal Allah, bukan dengan secara terus, melainkan melalui cara kias dan ibarat. Kiasan ulamak terdahulu, amat tinggi dan bernilai yang membuatkan saya ingat sampai sekarang.

Ada seorang murid datang berjumpa dengan Mohd Yusof Che Wook, bertujuan untuk mencari ilmu mengenal Allah dan mengenal diri. Dalam tujuan untuk mengenal Allah, terlebih dahulu Mohd Yusof Che Wookpun bertanya kepada si murid, siapa yang nampak Allah?. Tadi kamu cakap datang kemari bertujuan untuk mengenal Allah, untuk mengenal Allah itu, terlebih dahulu Mohd Yusof Che Wook, bertanya kepada si murid, siapakah yang pernah nampak Allah dan siapakah yang pernah melihat Allah?. Barang sesuatu yang hendak dikenal itu, pastinya terlebih dahulu dilihat. Bilamana kita mengaku melihat Allah, siapakah yang nampak Allah dan bilamana kita mengaku nampak Allah, siapakah yang melihat Allah?. Siapkah yag nampak dan siapakah yang melihat Allah?.

Jika kita kata melihat Allah, siapakah yang nampak?. Jika kita kata nampak Allah, siapakah yang melihat?. Siapa yang melihat dan siapa yang nampak, siapa yang nampak dan siapa yang melihat?.

Sambung  mohd Yusof Che Wook, setahu saya, Allah itu tidak bersifat, bilamana Allah tidak bersifat, bagaimana mungkin kita dapat mengenal Allah?. Setiap yang hendak dikenal atau setiap yang hendak ditengok itu, hendaklah terlebih dahulu dilihat, dipandang atau ditilik!. Bilamana Allah tidak bersifat jirim atau tidak bersifat jisim, bagaimana mungkin ada orang yang mengaku mengenal, melihat atau memandang Allah, mana mungkinm dapat melihat Allah sebelum mengenalNya?. Setiap yang hendak dikenal itu, pasti terlebih dahulu dilihat, bilamana dilihat, siapa yang nampak Allah?.

Sebelum diberi jawapan siapa yang nampak Allah, Mohd Yusuf Che Wook terlebih dahulu menceritakan satu dua kiasan, kiasannya berbunyi seperti berikut;-

Pada sauatu hari, saya telah dikurniakan sebentuk keris yang teramat cantik dan bermutu tinggi atau dengan kata lain, saya mempunyai anak perempuan yang teramat cantik. Saya umumkan kepada khalayak ramai, sesiapa yang hendak melihat keris tersebut atau sesiapa yang hendak memperisterikan anak perempuan saya yang cantik itu, sila datanglah kerumah saya.

Lalu berpusu-pusulah orang ramai datang kerumah untuk melihat anak perempuan saya atau untuk melihat keris yang dikatakan teramat cantik. Setelah semuanya berkumpul, lalu saya panggillah salah seorang dari mereka untuk MENENGOKNYA.

Setelah ramai yang datang untuk menengok, lalu saya panggil salah orang masuk kebilik untuk melihat anak perempuan atau keris tersebut. Lalu saya ingin ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan sekalian, siapakah yang nampak anak saya dan siapakah yang nampak keris tersebut?. Dari penceritaan saya diatas, cuba tuan-tuan jawab, siapakah yang nampak Allah?.

Inilah kaedah orang tua-tua atau guru-guru terdahulu mengajar ilmu makrifat!. Kiranya tuan-tuan boleh jawab pertanyaan atau kiasan cerita diatas, bererti tuan-tuan berjaya mengenal Allah!……………..

Satu lagi cerita kiasan;

Seumpama kita ramai-ramai adakan satu perjumpaan dan duduk semeja, lalu saya minta salah seorang dari kita, datang untuk melihat apa yang ada dalam poket baju saya. Datanglah salah seorang darinya melihat apa yang ada dalam poket baju saya. Jadi sekali lagi saya nak ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan sekalian, siapakah yang nampak apa yang ada dalan poket baju saya?.

Saya mahu tuan bubuh RM 10.00 wang kedalam saku. Kemudian saya mahu tuan kumpul anak isteri beratur dihadapan tuan, dan hendaklah tuan panggil salah seorang dari mereka supaya datang tengok apa yang ada dalam saku.

Lalu saya mahu tuan bertanya kepada semua dari mereka, siapakah yang nampak apa yang ada dalam saku tuan?. Sudah tentu yang nampak apa yang ada didalam saku tuan itu, adalah orang yang MELIHAT!. HANYA ORANG YANG MELIHAT SAHAJA, YANG NAMPAK APA YANG ADA DALAM SAKU.

Begitu juga dengan perumpamaan diatas, siapakah yang nampak anak perempuan atau siapakah yang nampak keris cantik?. Yang melihat anak perempuan kita dan yang nampak keris cantik kita itu, adalah yang  “MELIHAT”. HANYA YANG MELIHAT SAHAJA YANG NAMPAK !. Yang nampak Allah itu, adalah yang melihat!.Begitu juga Allah, Allah itu hanya akan dapat ditengok oleh yang melihat!.

Persoalan yang kedua, siapakah yang bersifat melihat?. Tidakkah dalam sifat 20 (basar), mengatakan yang bersifat melihat itu, adalah Allah!. Bilamana hanya Allah sahaja yang bersifat melihat, maka kkita bersifat buta. Bilamana kita bersifat buta, maka yang melihat itu, adalah Allah. Bilamana Allah melihat, maka Allahlah yang nampak Allah. Maka siapakah yang  nampak Allah, yang nampak Allah itu, adalah yang melihat sendiri!.

Hanya Allah yang nampak Allah dan hanya Allah yang melihat Allah. Mana mungkin kita dapat nampak Allah,sedangkan kita bersifat buta!. Bilamana kita bersifat buta, mana mungkin kita dapat nampak Allah. Yang nampak Allah itu, adalah yang bersifat melihat. Tidakah yang bersifat melihat itu, adalah sifat Allah (cuba lihat tafsiran sifat 20 dalam sifat basar).

Itulah cantiknya cara guru terdahulu mengajar kita mengenal, melihat, memandang atau mengenal Allah. Guru terdahulu tidak terus mencerita “Allah melihat Allah atau Allah mengenal Allah), Dengan kiasan itu, dapatlah kita faham bahawa, kita tidak ada kuasa hendak tengok Allah, tidak ada kuasa hendak melihat Allah dan kita tidak ada kuasa hendak kenal Allah. Hanya Allah mengenal Allah, hanya Allah melihat Allah dan hanya Allah yang tengok Allah.

Yang melihat sahaja yang nampak Allah, manakala yang bersifat melihat itu, adalah sifat Allah iaitu  sifat basar Allah (melihat), sifat basar itu, adalah sifat Allah. Bila Allah melihat Allah, Allah memandang Allah dan Allah menilik Allah, maka kenallah kita akan Allah dan kenalah kita akan diri.

Siapakah diri kita, diri tidak itu, adalah tidak ada. Bilamana diri tidak ada, maka yang ada itu, adalah hanya Allah. Allah melihat Allah, maka yang nampak itu pun juga, adalah Allah.

Yang melihat sahaja yang boleh nampak Allah. Adapun sifat melihat itu pula, adalah sifat Allah, jadi Allahlah yang melihat Allah. Guru terdahulu hendak menceritakan sesuatu ilmu, mereka memilih jalan kiasan atau mengambil langkah memberi ibarat terlebih dahulu. Mereka hanya hendak menceritakan bahawa “yang melihat Allah itu, adalah Allah”, tetapi mereka lebih suka memilih langkah bercerita atau berkias yanng teramat panjang. itulah yang membuatkan kita bukan sahaja tahu untuk menjawab jawapan 4 tetapi mereka juga tahu jalan kira-kira (iaitu untuk menjawab 4 itu, adalah dengan jalan 2 kali 2 iaitu  4). Bukan sahaja tahu jawab 4 tetapi tahu juga jalan kira-kira.

Begitu juga kiasan orang tuan terdahulu, untuk mengajar kita ilmu “yang melihat Allah itu, adalah Allah”  mereka lebih megambiul jalan kiasan. jadi tahulah kita bahawa yang melihat Allah itu, adalah Allah sendiri…………………..drp hj shaari

79 Replies to “Jawapan Siapa nampak Allah!”

  1. Assalammualaikum..bismillahhirrahmanirrahimm…. Allah itu ada dimana2…Allah merupakan satu zat wajibul wujud,yg duduknya dia Alam ghaibul ghaib,,,alam itu tidak bertempat,ia dimana2,sbb tu allah itu tidak bertempat,,,,zatnya tkandung didalam segala yg hdup,,ia tertajali atau tergambr b.sama sifat2 yg terzahir,,,

    Liked by 1 person

    1. Maafkan saya kalau tersalah tanya.Utk soalan Basitah. “Awalnya anda mengatakan Allah ada dimana2, dan lepas tu kata Allah duduk di Alam ghaib. Alam itu tidak bertempat.” Bila kata duduk di alam ghaib itu bukankan tempat? Allah ada dimana2? Mcm mana kita tau Allah ada dimana? Allah ada menyatakan duduk di Arasy tapi pada waktu itu sahaja. Mohon pencerahan

      Like

  2. Adakah insan tidak boleh melihat kepada KhaliqNya?
    Bagaimana dgn pengertian surah AlA’raaf ayat 172.. insan itu menyaksikan TuhanNya?
    Jika Dia melihat Dia… maka insan dimana?

    Like

  3. Assalamualaikum Tuan Haji….

    Maafkan saya kerana masuk menyampuk kerana ingin mencoba pendapat. Maksud firman “Jika kamu tidak melihat AKU, maka AKU melihat kamu”. Pendapat saya ialah bukan mudah untuk mencari sesuatu yang ghaib, namun jika diri kita juga boleh lebur dan ghaib sudah tentunya kita boleh melihat yang ghaib. Kesimpulan saya, hanya orang-orang yang diizinkan untuk melihatNya sahaja dapat nampak Allah….kitapun boleh nampak Allah, sebab Allah amat dekat dengan diri kita. FirmanNya “Katakan kepada mereka wahai Muhammad, aku adalah amat dekat, malah lebih dekat daripada urat leher mereka”. lebih dalam lagi jika dikatakan “Siapa yang MELIHAT dan siapa yang DILIHAT” sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Tubuh-tubuh yang wujud tidak akan melihat. Hanya tubuh-tubuh yang lebur, karam, sirna sahaja yang dapat MELIHAT..

    InshaaAllah Tuan Haji, jika tersalah tafsiran saya mohon diperbetulkan…saya dengan rendah diri mohon tunjuk ajar tuan Haji….amin..

    Like

  4. assalamualaikum….sy msih belajr ,,,,,,sy nk tanya,,,,,betulke tiada manusia boleh nmpk allah,,,,tetapi sya ad dgr betul ke nabi musa berkata kata degan allah,,,,,,,,spa blh jawab???tolong saya

    Like

    1. Tak terjawab melalui sms atau webside. Jawapan itu ada dalam kolesi ceramah sy berbentuk dvd dan mp3.

      Jika kita melihat Allah dengan biji mata, bererti Allah itu makhluk. Allah tdk dapat dilihat dgn mata, kerana Allah bukan makhluk. melainkan Allahlah yang melihat dirNya sendiri. (Allah melihat Allah). Hanay Allah mengenal Allah dan hanya Allah melihat Allah.

      Kita bersifat tidak ada (kita bersifat tidak wujud), mana mungkin yang bersifat tidak wujud melihat yang wujud!. Mana mungkin yg tidak ada boleh melihat yang ada!.Kita bersifat tidak wujud dan kita bersifat tidak ada, mana mungkin yang tidak da boleh mengenal atau boleh melihat yang ada!. Yang ada sahaja yang mengenal dan melihat yang ada. Yang wujud sahaja yang mengenal yang wujud.

      Belajarlah mengenal Allah, supaya kita dapat mengenal Allah denngan Allah. Nabi musa bukan melihat Allah dengan mata tetapi melilhat Allah dengan ilmu. Persoalnnya disin, ilmu itu apa dan ilmu itu siapa?. Dalam sifat 20 mengtakan bahawa ilmu itu, adalah sifat Allah (ringkas kata, ilmu itu sendiri adalah Allah). Ilmu itu, itulah Allah. Nabi musa melilhat Allah dengan ilmu. edangkan ilmu itu, itulah Allah. jadi melihat Musa kepada Allah itu dengnan Allah. (Allah melilhat Allah).

      Makhluk manusia tidak akan mungkn boleh melihat Allah krn Alah bersifat batin (ghaib) sedangkan manusia melihat melalui mata. Sedangkan mata yang bersifat zahir tidak boleh melilhat yang batin (ghaib). Melainkan yang ghaib sahaja yang mengenal ghaib dan yang batin sahaja yanng mengenal batin…………..amin drp hj shaari

      Like

    1. Soalan dari ananda Ikhwan: siapakah Dajjal

      Jawapan dari yahda Hj Shaari: Sebelum mengenal Dajjal. cuba ananda kenal dulu siapa iblis dan siapa syaitan!

      Contohnya semasa bulan ramadhan (bulan puasa), Pada bulan ramadhan, Allah telah merantai syaitan dan iblis. Pada bulan ramadhan segala Syaitan dan iblis dirantai, dikunci, diikat dan dikurung. Tetapi yang menjadi tanda tanya dan yang menjadi persoalannya disini, “siapkah” yang melakukan perbuatan maksiat dibulan ramadhan?………………

      Persoalannya siapakah yang melakukan kejahatan atau yang melakukan maksiat pada bulan ramadhan, sedangkan iblis dan syaitan telah dikurungn oleh Allah?.

      Kepada siapa yang boleh menjawab persoalan diatas, maka tahulah dia siapa dajjal.

      Apakah yang memenuhi dilokap polis dibulan ramadhan itu syaitan dan iblis?…………………Apakah syaitan yang berkhalwat antara lelakil dan perempuan bersekedudukan dibulan ramadha dan apakah iblis?. Syaitan atau ibliskah yang mencuri dan membunuh dibulan ramadhan?.

      Cari jawapan itu, itulah Dajjal……amin drp hj shaari

      Like

  5. yang nampak Allah hanya Allah sendiri, karena tidak ada yang lain selain allah, yang ada hanya allah, yang melihat hanya allah dan yang lain sebagainya pun juga Allah…. Allah….Allah…..

    Like

Leave a reply to hambakosong Cancel reply