Segala-galanya itu, adalah Allah…………….

Muhammad Ramli
abuya59@gmail.com
123.136.106.160
Submitted on 2013/09/30 at 11:35 pm

Izinkan saya berkongsi. Tawakal ahli makrifat itu bermula dari penyerahan diri zahir,diri batin, kemampuan, kehendak,daya upaya dan hasil ikhtiar kembali kpd Allah. Menjadi hak milik Allah dlm erti.kata yg bertawakkal itu pun adalah Allah jua. Sebagaimana yg mnyembah itulah juga yg disembah
Approve | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

19 Replies to “Segala-galanya itu, adalah Allah…………….”

  1. Kena berhati-hati dengan perkataan ” segala-galanya itu, adalah Allah……..Ingat kerana yang sedikit itu boleh menyebabkan tergelincirnya manusia ke lembah kebinasaan dan kemurkaan Ilahi. Ingat kita ini datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Umpama air batu yang muncul di lautan Artik. Bila cair air batu itu akan menjadi air laut semula. Air batu tidak boleh dikatakan laut walaupun bila ia cair menjadi air laut semula. Seeloknya rakan semua pergi keblog gnosticman. org. Pengendali web ini ialah Arifbillah hj. Hussin b Latib dari Singapura. Lihat semua video di dalam tu. Mulakan denag seminar makrifat di semarang, loh mahfuz, aku, nasib, penyerahan dan zikrullah. Tq

    Like

  2. Kalam sahabatku diluar alam maya yang bila ditanya “Kau sembahyang.. Apa yang kau sembah” Jawapannya… “Aku sembah AKU” . Jawapan yang tidak Fatonah sekiranya dijawab pada orang awam.

    Like

    1. Slm, jika solat itu “aku menyembah AKU”, maka solat itu perlu atau tidak? Mohon pencerahan…saya masih cetek ilmu dan sedang mencari sinar makrifat

      Like

      1. Kenapa tak perlu bersolat, tidakkah solat itu bermaksud menyatakan Allah. Apakah kita tidak perlu menyatakan Allah?. Solat ertinya menyatakan Allah. Kenapa belajar makrifat sehingga tidak dapat menyatakan Allah?. Org makrifatlah org yang sebenar-benar bersolat(menyatakan Allah). Nyatanya Allah bagi org makrifat itu, sehingga tidak lagi boleh dinyata-nyatakan. Jika masih nak menyatakan Allah, itu bererti kita masih berdalil-dalil dalam menyatakan Allah. Apakah kita masih bersandar-sandar atau masih bergantung-gantung kepada yg lain selain Allah untuk menyatakan Allah. Untuk menyatakan Allah, tidak perlu bersandar atau bergantung kepada kaki yg berdiri, tidak bergantung kpd tgn utk bertakbir dan tidak bergantungn kepada kepala utk bersujud.

        Nyatanya Allah itu, sehinggakan tidak lagi perlu kpd kaki, tgn, mulut, mata, telinga dan tidak perlu kepada makhluk untuk menyatakan Allah. kerana Allah itu, adalah Allah yg tidak perlu lagi kepada yg lain untuk menyatakan dirinya Allah,

        Ambil gelas dan letakkan dihadapan tuan. Cuba ambil gelas dan letakkan gelas ditelinga tuan-tuan!. Apakah tuan dengar yg gelas kata dia gelas?.Gelas tidak perlu menyatakan dirinya gelas, kerana sememangnya dia gelas. yg panggil dia gelas adalah org lain. Gelas tidak perlu menyatakan dirinyua gelas, kerana sememangnya dia gelas!.

        Kita selalu salah faham antara perkataan solat dengan perbuatan solat. Yg kita berdiri, takbir, rukud dan sujud itu, itu adalah dikenali sebagai perbuatan solat!. Itu baru perbuatan solat, mana yg dikatakan sebenar-benar solatnya. Yg tuan-tuan buat itu, baru perbuatan solat, perbuatan solat itu bukan bermakna solat!. Jika kita melakukan perbuatan solat, bererti tuan-tuan belum lagi bersolat?. Mana yang dikatakan sebenar-benar solat?…………………….

        Mana sebenar-benar menyatakan Allah(solat)?………………
        Jadi jangan kata kita tidak perlu bersolat.Bersolat (menyatakan Allah). Menyatakan Allah (solat) itu, adalah wajib!. Wajib bersolat dan tidak boleh tinggal walau sefardu sekalipun sesaat. drp hj shaari
        asap bukan api dan tidak lain dari api!.

        Like

      1. inipun satu lagi jawapan yang putus. Jika org yang tak faham makrtifat, tidak mungkin boleh berbicara sehingga ketahap ini. Inilah pengakuan yang sebenar. Terima kasih ananda sajacbuk.drp hj shaari

        Like

    2. Saya setuju dengan pendapat tuan.Sekalipun ilmu makrifat kita tinggi, kita tidak boleh mengatakan aku sembah aku. Seumpama botol. sebiji botol tidak akan berkata dia itu botol, sebab apa dia tidak kata dia itu botol. sebabnya kerana sememengnya dia dah botol.

      Jika masih mengatakan aku sembah aku, bererti botol mengatakan dia botol!………………..Bererti tuan-tuan belum makrifat. Org yg benar-benar makrifat, tidak akan dan tidak boleh mengatakan aku meyembah aku. Sekalipun dalam apa keadaan samaada didalam karam atau fana. Org yg benar-benar kenal, tidak lagi akan boleh menyatakan Allah dalam bentuk huruf atau suara!. Seumpama botol, tidak akan kata dia itu botol, itulah baru sebenar-bernar botol!…drp hj shaari

      Like

  3. Sebenar-benar alam ini kosong walaupun di adakan mahluk serta kebendaan tetap sahaja ia kosong yang ada AllahSWT tiada sesiapa pun berserta dgnNya..ESA..TUNGGAL

    Like

    1. Tuan adalah seorang yang tinggi kefahamannya!. Terima kasih. Dari apa yang dapat saya selami melalui tulisan tuan, tuan adalah seorg yang PUTUS PENGAJIANNYA, .Itu baru pegangan org makrifat yang putus. Itu barulah org yanhg benar-benar menyatakan Allah dgn sebenar-benar nyata. Yang sudah tidak lagi memakai dalil. amin drp hj shaari

      Like

  4. Salam….
    Tawakal dalam pergertian lain BERSERAH.
    berserahlah selagi MASIH ADA UNTUK DISERAH!!!!
    Selagi ADA diserah, masih ada DIRI..
    Selagi ada DIRI, selagi itu ada TAWAKAL!!
    SERAH!!! SERAH!!! SERAH!!!
    Sehinggah ADA itu TIADA..dan,
    Sehinggah TiADA itu ADA..
    Yang ada itu ALLAH…
    Yang tiada itu KOSONG..

    KOSONG bukan ALLAH..
    ALLAH bukan KOSONG..
    BERSATU TIDAK, BERCERAI TIADA!
    usahaALLAH!!
    fikiranALLAH!!
    doaALLAH!!
    ikhtiarALLAH!!
    tawakalALLAH!!
    segala-galanya SUDAH ALLAH!!!!!

    MATI doa..
    MATI fikiran…
    MATI ikhtiar…
    MATI tawakal…
    Segala-galanya SUDAH MATI!!!
    MATI dalam keESAhan ALLAH SWT…

    AMIN…

    Like

    1. Hebatnya tuan sesuai sebagaimana dgn nama bolk tuan, tuan adalah seorang yang tinggi kefahamannya!. Terima kasih. Dari apa yang dapat saya selami melalui tulisan tuan, tuan adalah seorg yang hebat, sehebat namanya!.Itu baru pegangan org makrifat yang putus. Itu barulah org yanhg benar-benar menyatakan Allah dgn sebenar-benar nyata. Yang sudah tidak lagi memakai dalil. amin drp hj shaari

      Like

  5. Mati sebelum mati. …. bila da mati nak tawakal apalagi…. hanya tinggal menyaksi segalanya… sesungguhnya yg menyaksi itu pun AKU DA….. yg ada kini telah tiada.. diriku kosong… kosong. ….kosong dan kosong……

    Like

    1. Sungguh hebat kefahaman ananda, diri kita sebenarnya tidak ada,setelah tidak adanya diri,. jadi apa lagi yang hendak diserah dan apa lagi yg hendak dirasa. Jika masih lagi ada rasa, bererti ilmu makrifat blm putus.Tawakkal itu ertinya pengajian blm putus, setelah tidak ada lagi istilah tawaakl, berserah, tidak ada lagi istilah mati dan setelah tidak ada lagi istilah kosong, barulah dikatakan makrifat yang putus.Terima kasih diatas kefahaman ananda yang baik dan tinggi itu drp hj shaari

      Like

    1. Benar kata ananda itu, yg tersisapun adalah hanya bayang. kita inilah bayang yang dimaksudkan itu. Yang menilikpun dia dan yang ditilikpun dia (yang menilik atau yang melihat itu, adalah wajah bayang dirisendiri). Cuba ambil cermin dan tilik, wajah siapa yang kelihatan, melainkan wajah diri yang menilik. Itu yang dikatakan yang ditilik itu, adalah juga diri yang menilik. Yang ditilik itu adalah bayang, sedangkan bayang itu,tidak lain dari yang menilik jua.
      Asap bukan api, tetapi tidak lain dari api.drp hj shaari

      Like

Leave a comment