Nafsu Bukan Diri, Diri Sebenar Diri Itu Adalah…

Ada satu kumpulan yang pernah saya jumpa, mereka dan golongan mereka mengaku dan mendakwa bahawa mereka adalah dari keturunan Pengajian Tok Kenali. Golongan ini mendakwa bahawa nafsu itulah diri.

Saya nasihatkan kepada golongan ini, jangan sekali-kali mencemarkan perjalanan ilmu Tok Kenali. Tok Kenali tidak pernah mengaku yang nafsu itu diri! Nafsu itu adalah sebahagian daripada diri tetapi bukannya diri. Nafsu itu adalah anasir yang bergantung kepada roh, sebagaimana anggota tujuh yang bergantung kepada roh. Cuba tuan-tuan fikirkan jika sekiranya tidak ada roh, masakan kita boleh bernafsu?

Nafsu masih bergantung kepada roh, jika tidak ada roh (tidak ada nyawa), masakan kita boleh bernafsu? Bolehkah kita bernafsu kepada perempuan sekiranya kita mati? Jadi nyatalah bahawa nafsu itu bukan diri. Diri yang sebenar-benar diri itu, adalah diri yang berdiri dengan sendiri tanpa bergantung kepada sesiapa!

Daripada Hj. Shaari.

Siapa Saksi Dan Siapa Yang Menyaksikan Syahadah Kita?

Alhamdulillah, sempena bulan nikmat, rahmat dan bulan barokah ini, saya terpanggil untuk menjawab soalan dari Zainal Bin Ibrahim Pada 24 Julai, 2019 jam 11.36 tentang siapa saksi dan siapa yang menyaksikan syahadah kita.

Penyaksian Kalimah Syahadah

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Di sini saya tidak bercadang untuk mengupas atau tidak bercadang untuk menterjemahkan syahadah dalam bentuk kalimah tauhid atau kalimah rasul, kerana kalimah tauhid dan kalimah rasul, tafsir panjang lebar sudah terkandung dan sudah terdapat di dalam kitab mengenal makrifat (Kitab Mengenal Allah yang bewarna hijau), halaman 26 daripada muka surat 496 sehingga 530.

Di kesempatan ini, saya bercadang untuk membicarakan tentang penyaksian, iaitu apa maksud saksi dan apa makna menyaksikan. Sebelum berkalimah syahadah, terlebih dahulu marilah bersama-sama kita memohon petunjuk dan hidayah dari Allah SWT, agar lafaz yang terkeluar dari kalam bibir kita itu, dipersetujui, diperkenan dan diredhai Allah SWT.

Continue reading “Siapa Saksi Dan Siapa Yang Menyaksikan Syahadah Kita?”