Sedarlah Kita Ini Murid

Setinggi manapun kita belajar, setebal manapun kitab yang kita khatam, gelaran apapun yang kita terima, sebesar manapun pangkat kita, INGATLAH:

Kita tetap perlu menjadi KOSONG di hadapan mana-mana guru kita, terutamanya GURU yang telah MEMBUKA JALAN untuk kita berjalan ke akhirat. Banyak yang terjadi hari ini, dulunya MURID di hadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman, tiba-tiba berlagak menjadi GURU di hadapan GURU.

Dahulu mencium tangan, kini tidak lagi. Dahulu berkhidmat, kini tidak lagi, bahkan mengharap dirinya pula DIKHIDMATI. Dahulu memanggil GURU dengan penuh hormat, kini hanya menyebut nama, bahkan kini dirinya pula minta DIHORMATI.

Semua GURU mengharapkan agar MURIDNYA lebih darinya. Tetapi MURID tidak akan mampu melebihi dari GURUNYA.

Duhai MURID, jangan engkau LUPA DIRI. Jika tidak kerana GURU engkau, tidak engkau kenal jalan ini. Jangan hilang ADAB dengan GURU! Tiada ADAB maka hilanglah KEBERKATAN.

Kalau MURID itu umpama bulu mata, maka GURU itu umpama kening. Walau setinggi manapun bulu mata naik tidak akan sampai setara dengan kening. Semoga Allah S.W.T mengurniakan kita ADAB bersama GURU kita, seperti mana yang diingini GURU kita bahkan lebih dari itu.

InsyaAllah.

19 Replies to “Sedarlah Kita Ini Murid”

  1. Amin Ya Allah Ya Rabbul ‘Alamiin… Terima Kasih Ayahanda Guruku Hj. Shaari yang senantiasa memberikan bimbingan dan pencerahannya, hingga ananda selalu sadar bahwa tanpa guru, guru – guru terdahulu, dan kedua orang tua…maka tak akan ada keridhoan dan keberkahan dari Allah bagi hidup ananda… Ananda senantiasa memohon semoga Allah semoga kiranya memberikan kemuliaanNya, mencurahkan rahmatNya dan keberkahannNya untuk ayahanda Hj. Shaari sekeluarga, dan untuk kita semua para pejuang ilmu Makrifat… Aaamiin Ya Allah Ya Mujibbansailin..

    Hormat Ananda dan Kasih Ananda

    Wassaalam

    Pada tanggal Jum, 6 Apr 2018 12.10, MAKRIFAT TOK KENALI menulis:

    > Hj. Shaari posted: “Setinggi manapun kita belajar, setebal manapun kitab > yang kita khatam, gelaran apapun yang kita terima, sebesar manapun pangkat > kita, INGATLAH: Kita tetap perlu menjadi KOSONG di hadapan mana-mana guru > kita, terutamanya GURU yang telah MEMBUKA JALAN un” >

    Liked by 1 person

  2. Guru yang haq akan membawa muridnya kepada Allah dan bukan membawa murid kepada dirinya sendiri. Guru yg haq tidak akan mengambil kesempatan ke atas murid dan meminta-minta atau merayu-rayu dari murid-muridnya.

    Penghormatan keatas guru itu TAK PERLU DIMINTA. Penghormatan itu akan dikurniakan Allah dengan sendirinya apabila guru itu benar-benar LAYAK di hormati disisi Allah.

    Jika seseorang guru itu sudah tidak dihormati lagi oleh bekas muridnya, maka periksalah apa yang telah di lakukan oleh guru itu sehingga Allah tidak lagi “memandang” kepadanya dgn menjauhkan murid2 dari dirinya.

    Like

    1. Ananda yg dirahmati allah

      Maaf ayahda lambat balas krn jarang buka laman web

      T kasih atas ingatan ananda moga2 allah memberi kita hidayah

      Manusia tdk terlepas dr membuat salah dan silap yg penting kita sama2 menginsafinya

      Apa2pun kita jgn lupa segala yg berlaku itu semuanya sudah suratan

      Kita tdk berdaya upaya menahan dan mencegahnya

      Anak2 apa khabar ananda

      T kasih ananda krn masih menghubunvi ayahda

      Liked by 2 people

    2. Ini pesanan dan nasihat, Dr. bukan MEMINTA. Saya sedar semua guru murid wajib sedar dia seorang murid. tidak kiralah dia sudah menjadi guru. Apa saja jenis ilmu dunia dan akhirat. Saya memang sudah alami jika kita tidak sedar kita murod, dan tidak menghargai atau memaling tadah daripada guru. Ilmu tidak lekat.

      Like

  3. Guru lain pun telah terlebih dahulu menunjukkan jalan menuju akhirat dan jalan mengenal Allah. Maka hormatilah guru yang lain jika kita juga ingin di hormati . Jagalah ADAB sesama manusia agar org lain akan jaga adabnya terhadap kita. Jangan terlalu menyalahkan org lain tanpa memeriksa terlebih dahulu salah diri sendiri.

    Jangan merendah-rendahkan ilmu dari guru yang lain atau merasa diri paling mulia antara segala guru makrifat yang ada di bumi nusantara ini. Dan yang paling penting ialah jangan sesekali menggunakan ilmu makrifat untuk memuaskan hawa nafsu sendiri.

    Like

    1. Ananda apa khabar

      Dan bagai mana anak2 sekarang dah bekerja ke mereka

      Boleh juga bantu ananda

      Moga allah merahmati ananda sekeluarga

      Segalanya milik allah dan marilah kita sama2 pulangkan kpd allah

      Amin

      Liked by 1 person

      1. Tidak mungkin salah memahami sbb lulusannya tinggi, yang saya pasti mungkin diuniversiti dulu tidak belajar ilmu adab.

        Like

  4. Assalamu’alaikum.

    Ayahanda H. Shaari yang dirahmati Allah SWT.

    ananda umpama pipa kecil / selang (host) yang mencoba untuk mengalirkan air suci bening ke lingkungan ananda.

    ananda sadar, bahwasanya tidak mungkin bisa mengalirkan seluruh air suci bening dari sumber mata air, karena ia juga telah menjadi ketetapan Allah SWT.

    ananda hanya mampu menggunakan ukuran, bentuk, jenis, warna dari host yang ananda dapat dari Allah SWT. Tidak sekalipun host menjadi sumber mata air. Host bahkan bisa macet, bahkan buntu kalaulah sumber mata air sudah tak mau lagi untuk melewatinya.

    Mohon maaf ananda kepada Ayahanda H. Shaari.

    Atas semua yang telah terjadi ananda mohonkan keikhlasan dan keridhoanNya.

    Wassalamu’alaikum.

    Tommy Susilo.

    Like

  5. Kadang-kadang saya rasa keliru. Pelik perasaan bila dengar orang cakap sesuatu yang kurang baik tentagn saya. Nak cuba untuk membalas tapi takut cakap salah. Adakala saya pun tak faham sendiri ingin nak apa.

    Like

    1. Qimie, tiada yang pelik nya dalam meniti dan menepuh sesuatu perjalanan kehidupan… cuma , kita ni hanya “KELIRU” pabila bertemu dengan sesuatu yang luar dari jangkaan akal fikiran kita.. tambahan lagi apabila kita sudah berenang di lautan makrifah…yang mencari dan yang dicari diri didalam diri…..(sekadar Pandangan saya yang bodoh ini..)

      Like

  6. Isi air dlm gelas misal kita tuangkan air nya maka akan sama airnya.kata2 guru hj sharry dlm kalimat saya cerna sebagai guru karna ke lembutan dan kedewasaannya dr cara menyingkapi muridnya dl.kembali lg muridnya kluar air dr gelas hatinya kata2 kekesalan yg terpendam.andai muridnya bs blajar dgn baik,pastinya akan bs menyingkapi dgn baik kata2 gurunya tanpa hrs emosi.dengan kata lain muridnya blum lulus siapa yg sesuguhnya yg bicara dan yg menggerakan hj sharry.kl muridnya lulus pasti akan mampu menyadari dan akan mendoakan gurunya bukan meninggalkannya dan lupa dgn semua Allah.yg sebenarnya qta da di suratkan di sedari qta blum terlahir.sedih melihat dan membaca guru dan murid bersalah paham.tapi ini lah yg da menjadi ketetapannya.Allah huu akbar..eko indonesia.mf ikut coment.krn Allah lah semuanya.

    Like

  7. Ayahnda..terus lah berkarya lg.hilang satu tumbuh seribu.maklumi bahwa anak anak msh sering emosi.krn anak blum merasakan jd org tua.trus lah kembali berkarya.ananda eko indonesia menunggu karya2 ayahnda.malam tak selamanya tenang dan indah dilalui.begitu siang tak sehanggat seperti yg di rasa.terkadang mlm membuat menggigil dan siang begitu panas.untuk apa qta merasakan smua.lanjutkan..krn tugas mu msh panjang sebagai guru mahrifat.maaf ananda dr indonesia ga tau cara menghubungi ayanda.nmr WA ananda 0895359051666.semoga ada ketetapan Allah mendekatakan lahirbathin ini wl hanya lewat WA dl.amin..

    Like

  8. Askm..

    Guru dan murid hakikatnya adom semata (tiada). Hanya perananNya dizahirkan utk zahirkan sifat2Nya semata. Semuanya telah siap sedari azali (loh mahfuz). Telah wujud sedia ada sebelum segala mumkin (sangkaan). Dzat yg tersembunyi melakonkan sendiri sifat2Nya dgn mengambil nama dan afaalNya masing2 mengikut kehendakNya jua tanpa kerna dan dikernakan mengikut susunan masa dan ruangNya. Rencana Tuhan itu kukuh tiada pernah berubah waimah dizahirkan dlm pentas layarNya sendiri (dunia himpunan ilmuNya).

    Ya benar dlm lakonan itu terlihatlah peranan2Nya masing si fulan dan si fulan. Skrip telah sedia ada dan tiada campurtangan sesiapa selain diriNya.

    Guru mengajar dan murid diajar tiada kesudahan krn kekekalanNya begitu. Diadakan perbedaan2 merupakan permainan dan senda gurauNya belaka. Berbagai rasa terbentuk dari setiap lakuanNya sendiri.

    Yang bertauhid akan menauhidkanNya
    Yang bermakrifat akan memakrifatkanNya

    Bagi yg telah tiada apa2 lagi @ adom, lihatlah saja dgn penglihatan yg tiada. Cukop sekadar mengetahui lalu mendiamkanNya.

    Terima lah se-ADA- nya

    Like

  9. Kisah Imam Syafie ini boleh menjadi teladan.
    Ketika beliau tengah mengajar maka masuk seorang badawi yg comot dan kotor pakaiannya, lantas Imam Syafie bangun lalu memelok badawi tersebut. Anak2 murid beliau melihat dgn kehairanan. Kata Imam Shafie kpd murid2nya, badawi tersebut adalah gurunya dengan menjelaskan kisahnya bagaimana beliau belajar satu ilmu dari badawi tersebut sehingga dapat melengkapkan kajiannya. Adalah tidak mungkin Imam Shafie berbuat demikian melainkan kerana sifat hormat dan rendah diri beliau terhadap gurunya. Adalah mustahil jika kita memiliki sifat sombong, angkuh dan bangga diri mampu untuk beradab lebih2 lagi kpd guru kita.

    Like

  10. Benar. Sekelian yg dikatakan itu benar krn telah mengetahui hakikat setiap kata2 itu.

    Benar adab itu penting dlm pengurusan kehidupan harmoni dan amalan mulia. Tetapi sbg yg telah bermakrifat tidak akan lagi mendahului TuhanNya selainNya. Itulah ingatan setelah tiada ingat lagi. Apa pon bentuk adab (baik dan buruk) yg dihadapnya pasti binasa krn wajah TuhanNya mendahului sekeliannya.

    Mata hatinya hanya merakam lakuan Tuhan semata hingga karam segala bentuk dan rasa. Hati yg telah melihat Tuhan tidak akan bisa melihat selainnya waimah adab, agama, nabi, rosul, kitab, kaum, alam dsbnya.

    Zahir hanyalah skrip batin itu yg membentuknya. Utk faham ini terjunlah ke dlm lautan yg tiada berhuruf dan bersuara.

    “Sekelian itu taat samada sukerela atau terpaksa” – al quran

    Like

  11. Ayahnda..di th 2018 ini ayanda ga menulis lg.kangen dan haus air dr ayahnda.ayo ayahnda..ananda menunggu karya ayahnda.dan pasti saudara saudara di sana sudah menunggu tulisan tulisan ayahnda.pgn msk group di WA kl dr indonesia gmn y.group tok kenali

    Like

  12. Salam, alhamdulillah tkasih ayahanda, saya mendapat ilmu melalui blog ini dan jugak video. Semoga Allah merahmati dan memberikan redhoNya.

    Like

Leave a comment