Asal Usul Makrifat Di Nusantara

Asal usul ilmu Tok Kenali itu adalah diwarisi daripada Syeikh Ahmad Al-Fatani. Manakala ilmu Syeikh Al-Fatani itu pula adalah diwarisi daripada Syeikh Daud Al-Fatani.

Asal usul Syeikh Wan Daud (Syeikh Daud Al-Fatani) Bin Syeikh Wan Abdullah Bin Syeikh Wan Idris (Wan Senik). Tidak ada anak dari keturunan darah dagingnya sendiri. Dua pupu dengan Haji Abdush Shamad, Pulai Condong. Sama-sama belajar di Mekah. Haji Abdush Samad menjadi murid kepada Syeikh Daud Al- Fatani dan Syeikh Daud Al-Fatani lebih tua dari Haji Abdush Samad, Pulai Condong.

Tinggal menetap di perkampungan Keresik Petani. Beliau lahir di Kampung Keresik dan telah meninggal di Taif sekitar tahun 1847 (1265H). Keturunan Faqih Ali. Melanjutkan pelajaran beliau di Mekah selama 30 tahun dan di Madinah selama 5 tahun. Beliau juga banyak mengarang kitab-kitab daripada tulisannya sendiri. Datuknya pula bernama Syeikh Wan Idris seorang ulama besar ketika itu. Syeikh Daud Al-Fatani dengan Syeikh Abdush Samad Al-Falimbani adalah sahabat yang berasal dari Palembang (pernah belajar di petani).

Semasa peperangan meletus di…? Syeikh Daud Al-Fatani telah berhijrah ke Pulau Duyung Terengganu. Semasa di Terengganu, beliau sempat mengembangkan ilmunya kepada anak-anak muda yang meminati dalam bidang ilmu agama. Dengan itu beliau telah mendidik dan melahirkan ramai anak-anak bangsa melayu yang celik dalam agama pada masa itu dan salah satu daripadanya yang sehingga kini terkenal namanya di dalam lipatan sejarah islam, iaitu Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani (Syeikh Nik Mat Kecik) yang juga seorang pengarang kitab “Mathla’ul Badrain”. Setelah beberapa tahun pulang ke tanah air, Syeikh Daud Al-Fatani terasa seperti ingin kembali semula ke Kota Mekah dan beliau berhijrah semula kembali ke Mekah sehinggalah beliau wafat. Beliau wafat di Taif pada tahun 1847 (1265H).

TOK KENALI (HAJI MUHAMAD YUSOF BIN AHMAD)

Haji Muhammad Yusof Bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Tok Kenali dilahirkan di Kampung Kenali Kubang Kerian Kelantan pada tahun 1868 (1287H). Tok Kenali adalah seorang Tokoh Ulama Pahlawan Lagenda Negeri Kelantan yang sangat terkenal. Dengan keperibadiannya yang sangat rendah diri dan mulia itu menjadi satu lambang tentang dirinya sehingga kini.

Seawal usia kanak-kanak lagi, Tok Kenali sudah menampakkan ciri-ciri dirinya yang berbeza dengan kanak-kanak yang lain seusia dengannya. Tok Kenali adalah seorang anak kecil yang sangat berjiwa besar dan bercita-cita tinggi. Semasa kecilnya, beliau adalah seorang anak kecil yang tidak pernah jemu dan penat dalam belajar menuntut ilmu. Tok Kenali juga sanggup berjalan kaki ke kampung-kampung sebelah setiap hari untuk belajar dan mencari ilmu daripada guru-guru agama yang mana dia ketahui. Tok Kenali juga diketahui ringan tulang kepada guru-guru agamanya. Beliau melakukan kerja-kerja rumah gurunya sebagai tanda dia menghormati dan menghargai ilmu guru yang dia perolehhi.

Tok Kenali tidak menghabiskan masa kecilnya bermain-main seperti kanak-kanak yang lain. Tok Kenali lebih gemar menghabiskan masanya dengan membaca, menulis dan mengaji Al-Quran. Tok Kenali juga diketahui seringkali menghabiskan masanya dengan belajar ilmu-ilmu agama daripada orang-orang yang lebih tua di kampungnya ketika itu. Seusianya 7 tahun lagi, Tok Kenali sudah bisa mengingati setiap ajaran yang diajarkan kepadanya. Kebiasaan pada pulangnya Tok Kenali daripada kelas pengajian, dia akan mencelupkan tangannya ke dalam air dan menulis kembali apa yang dipelajarinya tadi di atas papan sebagai tanda ulangkajinya.

Dalam usianya yang masih 10 tahun, Tok Kenali telah belajar menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang tersohor ketika itu di antaranya adalah seperti Tuan Guru Ismail (Ayah kepada almarhum Dato’ Menteri Besar Kelantan Haji Nik Mahmud), Syeikh Mohamad Ali Bin Abdul Rahman (yang lebih dikenali dengan pangilan Wan Ali Kutan), Haji Taib Tuan Padang dan Tuan Guru Haji Ibrahim Sungai Budor.

Dan pada tahun 1886, Tok Kenali telah mengambil keputusan pergi ke Mekah untuk menziarahi dan menuntut ilmu di sana bersama Gurunya yang terkenal Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fatani. Tok Kenali berhijrah ke Mekah dengan berlayar berbulan-bulan dengan hanya berbekalkan wang saku sebanyak RM22.00 sahaja sebagai bekalan. Tok Kenali sanggup berkorban apa sahaja demi semangat yang berkobar-kobar untuk belajar dan menuntut ilmu. Tok Kenali juga berasal daripada keluarga yang susah, demi cita-citanya yang sangat tinggi Tok Kenali menempuhi segala dugaan hidupnya di Kota Mekah. Penghijrahan Tok Kenali ke Kota Mekkah pada tahun itu, diingati kerana pemergiannya ketika itu bersamaan dengan hari kemangkatan Sultan kelantan. Sempena kemangkatan pemerintahan Sultan Mulut Merah Kelantan dan sempena pertabalan Sultan Ahmad Kelantan.

Selama di Kota Mekah, Tok Kenali menempuh berbagai cabaran hidup. Makan dan pakainya hanyalah sekadar yang ada, tidur pula hanya di serambi Masjidil Haram. Kebanyakan masanya hanya dihabiskan di masjid untuk beribadah dan menuntut ilmu. Ketika menuntut ilmu juga, Tok Kenali tidak mampu untuk membeli dan memiliki buku-buku pelajaran dan rujukan seperti yang lain, Tok Kenali hanya meminta izin dan membaca buku di toko-toko buku yang ada. Di dalam kelas pengajian juga, Tok Kenali banyak memejamkan mata menghayati ilmu yang disampaikan manakala yang lain mentelaah kitab ajaran guru. Tok Kenali tidak memiliki kitab sehinggakan ada yang menggelarkannnya tukang tidur di dalam kelas. Semasa di Kota Mekah juga, beliau banyak menuntut ilmu daripada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fatani.

Syeikh Ahmad Al-Fatani adalah sebenar-benar guru Tok kenali semasa di Kota Mekah. Beliau telah menjadi anak murid kesayangan kepada Syeikh Ahmad. Sehingga gurunya Syeikh Ahmad Al-Fatani membawa Tok Kenali bersamanya semasa berhijrah ke Mesir pada tahun 1904. Syeikh Ahmad Al-Fatani Bin Muhamad Zain Bin Mustapa Al-Fatani adalah keturunan mubaligh Islam dari Hadhramaut yang bersambung ilmunya dengan Saidina Uthman bin Affan (sahabat Baginda Rasulullah). Manakala salsilah ilmu Syeikh Ahmad Al-Fatani pula adalah berasal dari ilmu Syeikh Daud Al-Fatani. Syaikh Daud Al-Fatani meninggal pada 1847 manakala Syeikh Ahmad Al-Fatani meninggal sekitar tahun 1906. Selisih tahun kematian kedua ulama tersebut adalah sebanyak 59 tahun. Dari fakta sejarah yang sahih itu, maka yakinlah kita bahawa, asal usul ilmu Tok kenali itu, adalah berasal dari Syeikh Ahmad manakala Syeikh Ahmad Al-Fatani pula berasal ilmunya dari Syeikh Daud Al-Fatani. Dari Tok Kenali itulah makanya ilmunya sampai kepada kita sekalian. Dan selepas dua tahun kematian gurunya (Syaikh Ahmad Al-Fatani), pada tahun 1908 Tok kenali telah mengambil keputusan untuk kembali semula ke tanah air (Kelantan). Beliau menuntut ilmu di Kota Mekah selama 21 hingga 22 tahun.

Setelah puas menimba ilmu dan berbagai pengalaman di bumi ambia lebih 22tahun, Tok Kenali akhirnya tiba di tanah kelahirannya. Segala pengorbanannya tidak sia-sia bila mana dirinya kini diibaratkan sebagai sebuah negeri ilmu. Dengan kepulangan Tok Kenali ke Kelantan, maka semakin pesat dan berkembanglah ilmu agama Islam di Kepulauan Melayu. Semenjak itu jugalah Kelantan dikenali sebagai Serambi Mekah. Tok kenali dikenal sebagai seorang yang memiliki ilmu agama yang tinggi sehinggakan beliau dilantik menjawat berbagai jawatan penting di negeri kelahirannya itu seperti Timbalan Mufti, Ketua Agama selain bergelar Ulama. Tok Kenali juga adalah seorang pemikir, pendidik, pengarang, wartawan, sasterawan, pejuang nasionalise malah seorang negarawan ulung yang sentiasa memikirkan nasib agama, tanah air dan bangsanya.

Dengan itu juga, Tok Kenali adalah insan yang pertama sekali memperkenalkan sistem pengajian pondok di nusantara. Dengan sistem pembelajaran yang Tok Kenali kenalkan, maka banyaklah pondok-pondok agama yang tumbuh bagaikan cendawan yang melahirkan ramai tahfiz-tahfiz, ulama, tokoh-tokoh, guru, pengarang, penulis yang celik dalam agama seluruh nusantara Melayu yang bermula daripada Kelantan. Tok Kenali juga, terkenal dengan berbagai-bagai kelebihan yang ada pada dirinya di antaranya Tok Kenali dikatakan mampu berjalan di atas air dan menyeberang sungai tanpa menggunakan perahu, dan banyak lagi cerita-cerita yang luar biasa mengenai Tok Kenali namun segala cerita luar biasa Tok Kenali itu hanyalah pakaian luarannya sahaja tetapi dalaman dan keperibadiannya lebih daripada itu. Masyhurnya Tok Kenali itu bukan terletak pada keramatnya tetapi masyhurnya Tok Kenali itu, adalah di atas ilmu makrifat.

Tok Kenali juga terkenal dengan seorang yang sangat zuhud (menolak kemewahan ) kesenangan dunia. Pakaian Tok Kenali juga tidak mewah, begitu juga makanannya ia tidak suka kepada berlebih-lebihan dan kemewahaan. Sikap luar biasa Tok Kenali juga dapat dilihat ketika ia berjalan. Beliau lebih gemar berjalan kaki dan berkaki ayam dan tidak gemar menaiki kenderaan. Tok Kenali juga adalah seorang yang penyayang, beliau sangat kasih kepada ibunya, sikap kasih sayang yang ada dalam dirinya itu bukan sahaja kepada manusia malah dapat dilihat melangkaui kepada semua makhluk.

Tok Kenali diketahui menderita sejenis penyakit kudis di kakinya sehinggakan terdapat ulat-ulat yang menumpang di kudis kakinya. Dengan jiwanya yang sememangnya besar Tok Kenali tidak membuang ulat-ulat itu dia hanya membiarkan ulat-ulat itu menumpangi kudisnya itu. Ketika beliau ingin melaksanakan solat, ulat-ulat yang ada di kakinya akan diletakkan di sebuah bekas tin dan kemudian membersihkan dirinya untuk melaksanakan solat dan selesai beribadah, beliau mengambil semula ulat-ulat itu dan meletakkan kembali di kudisnya itu. Ini bagi menggambarkan rasa kasih beliau terhadap makhluk lain.

Semasa hayat Tok Kenali, beliau juga diberi berbagai gelaran di antaranya Al-Muslih (Pembaik pulih agama), Tokoh Reformis Kelantan, Sibawayh (Pakar Tatabahasa), Ahli Sufi dan Tasauf serta berbagai gelaran lain lagi sebagai pengiktirafan di atas jasanya. Tokoh tersohor Islam Nusantara Melayu ini menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 65 tahun dan kembali ke darul baqo pada hari Ahad 19 November 1933 dalam suasana yang cukup luar biasa. Jenazahnya diziarahi dan disembahyangkan oleh ribuan orang. Inilah tandanya kasih sayang Allah terhadap hambanya yang rabani. Muhammad Yusof Ahmad yang dikenali sebagai Tok Kenali adalah wira negara yang tiada galang gantinya.

Kita cuma mengetahui akan karomah, kesaktian dan kelebihan Tok Kenali, namun kita terlepas pandang bahawa karomah, kesaktian dan kelebihan Tok Kenali itu adalah datang dan hasil dari “Ilmu Makrifat”. Lebihnya Tok Kenali itu adalah di atas dasar “Ilmu Makrifat”nya. Sayangnya tidak ada siapa yang terlihat dan terpandangnya.

Ehsan daripada Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

4 Replies to “Asal Usul Makrifat Di Nusantara”

  1. assalamualaikum tuan guru yang dihormati dan disegani bagaimanakah hamba yang hina boleh berhubung dengan tuan guru dgn lebih rapat dan erat untuk mendapatkan panduan dan jalan menuju kepada sang pencipta yang haq dengan jalan yang benar lagi lurus dengan bimbingan tuan guru 

    Like

  2. BasmallahX3 SubhanallahX3 Tabarakallah Azza Wa JallaX3 Hamdallah Rabbal A’lam HaqqallahX3 Ya AllahX3 Ya RahmanX3 Ya RahimX3 Ya KarimX3 Ya SyakurX3 n sboleh2nya bila “MENCARI ALLAH BUKANLAH DENGAN WAJAH KITA TETAPI BIARLAH DENGAN HATI KITA – (H)anya(A)llah(T)empat(i)slamku”…. Apa erti MAKRIFAT… “MAK(lumat) (ha)RI (wa)FAT” bila sudah anda tahu akan erti maksud ayat makrifat itu barula anda fhm stela/bila jmp ALLAH disana/waktu itu… betul atau tak jwpannya ada pd skalian wa allahu a’lam bashawab wslm

    Like

  3. Ila hadrori khususon arwahi tuan Muhammad Yusof Ahmad (tok kenali kelantan) syaiulillahi lahumul fatihah
    Mudah2an tuan ridhlo saya menimba ilmu Tuan

    Like

Leave a comment