Terlatah Perkataan “Aku Allah”

 

Terlatah perkataan aku dan terlatah perkataan Allah:

“Apa yang dimaksudkan dengan takhta Allah?”, seseorang bertanya kepada Abu Yazid.
“Takhta itu adalah aku”, jawab Abu Yazid.
“Apakah yang dimaksudkan dengan ganjalan kaki Allah?”
“Ganjalan kaki itu adalah aku”.
“Apakah yang dimaksudkan dengan luh (tanda peringatan) dan pena Allah?”
“Luh dan pena itu adalah aku”.
“Allah mempunyai hamba-hamba seperti Ibrahim, Musa dan Isa”.
“Mereka itu adalah aku”.
“Allah mempunyai hamba-hamba seperti Jibril, Mikail dan Israfil”.
“Mereka itu adalah aku”.
Lelaki yang bertanya itu terdiam. Kemudian Abu Yazid berkata, “Barang siapa yang telah lebur di dalam Allah dan telah mengetahui keadaan sebenar mengenai segala yang ada, maka segala-galanya adalah Allah”.

Pengajaran:

Pengajaran yang dapat kita kutip dari kiasan cerita di atas, seseorang yang telah dalam berkeadaan mabuk kepada Allah dan seseorang yang dalam berkeadaan lebur dalam wajah Allah, mereka tidak lagi terpandang kepada keberadaan dirinya (tidak lagi terlihat dan tidak lagi merasai yang dirinya itu wujud). Seseorang yang telah dikatakan berada dalam keadaan zuk (karam) seperti itu, apa sahaja yang orang tanya kepada dia, dia hanya tahu jawab dengan dua perkataan, pertama menjawab dengan perkataan “aku” dan keduanya adalah dengan menjawab perkataan “Allah”. Walaupun mereka menggunakan dengan perkataan “aku”, aku di sini adalah merujuk kepada Allah (aku Allah). Sebutan perkataan aku oleh orang yang dalam berkeadaan zuk, berkeadaan fana, berkeadaan baqa dan dalam berkeadaan karam kepada Allah itu, adalah merujuk kepada Allah Taala. Sungguhpun mulut Abu Yazid menjawab dengan perkataan “aku”, namun aku di situ adalah merujuk kepada Allah!

Dalam penceritaan di atas, kita dapati Abu Yazid menjawab dengan perkataan “aku”, akulah takhta, akulah ganjalan kaki Allah, akulah luh hulmahfuz, akulah Nabi, akulah malaikat dan sebagainya itu, adalah menggambarkan dan merujuk kepada Allah Taala. Inilah yang dikatakan mabuk tanpa minum arak. Mabuk (zuk) kepada Allah itu, adalah mabuk yang melebihi mabuknya minum arak.

Janganlah kita menghukum sesat, salah atau terpesong akidah kepada mereka-mereka sebegini. Itulah makanya kata Imam Al Ghazali, kalau aku hidup sezaman dengan Al-Halaj (Mansur Al Halaj), tidaklah aku persetujui hukuman pancung terhadapnya. Al-Halaj dan juga Syeikh Siti Jenar telah dijatuhi hukuman bunuh (pancung) adalah dikeranakan kata-kata sebagaimana kata-kata Abu Yazid. Kata-kata seperti itu, hanya difahami dan akan hanya dimengerti oleh mereka-mereka yang makrifat kepada Allah. Bagi mereka-mereka yang belum sampai kepada makam makrifat kepada Allah, itulah makanya timbul fitnah dan timbul tuduhan sesat dan salah terhadap ulama-ulama makrifat!

Seperkara lagi, kita ini sebenarnya sudah mati dan sudah tiada. Apa lagi yang tinggal dan apa lagi yang tersisa pada kita? Kita sesungguhnya sudah dan telahpun mati sejak dari azali dan sejak dari dalam luh hulmahfuz lagi. Mati itu hanya sekali dan tidak berulang kedua kali. Kita ini sesungguh dan sebenarnya sudah dan telahpun mati. Janganlah bersifat hidup kerana sifat hidup itu adalah hanya milik dan hak Allah Taala. Kalau kita bersifat hidup dan Allah juga bersifat hidup, apa bezanya sifat kita dengan sifat Allah? Kalau kita juga bersifat hidup bermakna kita telah menduakan sifat Allah dan mengguna pakai sifat Allah. Kalau kita mengguna pakai sifat Allah, ertinya di sini kita seolah-olah menjadi Allah dan mengaku Allah (Nauzubillah minzalik).

Inilah yang berlaku pada kita-kita sekarang, tidak sedar yang bahawasanya kita ini sebenarnya sudah dan telahpun mati! Kalau kita sudah tidak ada, siapakah yang bersifat ada. Sesungguhnya yang bersifat ada itu, adalah hanya Allah. Jika yang tinggal itu hanya Allah, maka Allahlah yang berkata-kata. Itu makanya bila Abu Yazid berkata perkataan “aku” atau perkataan “Allah” itu, itulah yang dikatakan kata-kata Allah dan bukannya kata-kata Abu Yazid. Abu Yazid bersifat bisu. Orang yag bersifat bisu mana mungkin boleh berkata-kata. Melainkan hanya yang bersifat berkata-kata sahaja yang boleh berkata-kata. Inilah fahaman orang makrifat yang tidak dapat dijangkau oleh akal orang yang berilmu akal.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

16 Replies to “Terlatah Perkataan “Aku Allah””

  1. assalamualaikum ayahnda tn guru… alhamdulillah trima kasih atas pencerahan yg baik… disini anaknda ingin bertnye dihrap ayahnda sudi menjelaskn..
    bagaimanakh caranya kita boleh mengingati Allah yg tidak berupa tidak bersifat tidak bertulisan… lalu ape sebenarnya yg harus kita ingatkan?

    Like

  2. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Saya ingin bertanya perihal azazil. Saya pernah menonton ceramah/muzakarah Tuan berkaitan dengan Azazil dan ianya amat bercanggah dengan Al-Quran. Tuan ada mengatakan bahawa Azazil tidak sujud kepada adam kerana Azazil tidak ingin menyembah sesama makhluk, dia hanya menyembah kepada Allah SWT semata. Bagi dia, tuhan hanya satu, Allah SWT, tidak akan dia menyembah hal selain Allah SWT.

    Kenyataan Tuan, amat bercanggah dengan Al-Quran. Di dalam Al-Quran, perkataan SEMBAH dan SUJUD adalah berbeza. Allah menggunakan perkataan SEMBAH sebagai satu penghormatan tertinggi yang dilakukan hambanya kepada tuhannya, sang pencipta, tidak kepada yang lainnya. Menyembah dilakukan dengan barbagai cara. Bahkan, di setiap aspek kehidupan, kita harusnya meniatkan untuk menyembah, beribadah kepada Allah SWT.

    Berikut Ayat yang mempunyai arti menyembah:

    يا أيها الناس اعبدوا ربكم الذي خلقكم والذين من قبلكم لعلكم تتقون

    “Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang sebelum kalian, agar kalian bertakwa” (Q.S. Al-Baqarah : 21).

    Berbeza pula dengan SUJUD. Bersujud sendiri merupakan perwujudan penghormatan kepada yang dimuliakan, yang ditinggikan. Dalam hal ini, Allah meninggikan Nabi Adam karena memang Allah menciptakan Nabi Adam (manusia) sebagai makhluk yang paling sempurna.

    Lalu kita lihat lagi Surat Al A’raf : 11,

    وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ

    “Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada Para Malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”, Maka merekapun bersujud kecuali Iblis. Dia tidak Termasuk mereka yang bersujud.” (Q.S. Al-A’raf : 11).

    Jadi, melalui ayat-ayat Al-Quran kita dapat membezakan SEMBAH dan SUJUD. Allah menyuruh Malaikat dan Azazil untuk tunduk/hormat kepada Adam. Bukanlah mengEsakan/sembah Adam.

    PERSOALANNNYA: BENARKAH AZAZIL ENGGAN SUJUD KERANA DIA TIDAK MAHU MENYEKUTUKAN ALLAH?

    Sumber utama kita ialah AL-QURAN.

    Di surat Al A’raf ayat 12 dijelaskan :

    قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

    Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu aku menyuruhmu?” Menjawab Iblis “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang Dia Engkau ciptakan dari tanah. (Q.S. Al-A’raf : 12).

    Lalu, berikutnya, Allah menghukum Iblis atas kesombongannya. mari kita simak Surat Al-A’raf ayat 13 – 18 :

    قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ

    Allah berfirman: “Turunlah kamu dari surga itu; karena kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, Maka keluarlah, Sesungguhnya kamu Termasuk orang-orang yang hina”

    Ternyata, keengganan Azazil/Iblis tidak mahu sujud kepada Adam adalah disebabkan oleh perasaan Riak, Sombong dan Takbur bukanlah seperti yang dinyatakan oleh Tuan Haji Shaari.

    Adakah Tuan Haji meletakkan Al-Quran sebagai sumber utama? Kerana apa yang saya dengar dari mulut Tuan sendiri, fakta-fakta amat menyalahi Al-Quran. Kita perlu utamakan Al-Quran kerana ianya Kalamullah. Masakan hendak mengenal empunya Diri jika Kalam-KalamNya yang diturunkan tidak diikuti bahkan diselewengkan makna.

    Apa-apa hal berbaliklah kepada Al-Quran sebagai sumber rujukan utama.

    Wallahualam. Semoga kita beroleh KeredhaanNya.

    Like

  3. Assalamualaikum,

    saya cuba mempelajari ilmu makrifat ini, tapi tiada guru..saya cuma bergurukan akal dan fikiran, jiwa dan perasaan. cuma ada beberapa kali bila balik kelantan saya bertemu beberapa jemaah dan tok guru utk berdiskusi.
    saya risau takut tersalah.

    Bagaimana saya ingin dapatkan kitab2 itu semua.. saya mahukan semua kitab ilmu 1 hingga 10 yang ada…dan berapakah bayaran yer..saya sekarang di indonesia bekerja..saya asal kelantan..terima kasih

    Like

  4. Please introduced before, my name Adi from Indonesia. Im very interested in the article submitted. Hope i can to learn alot more. Where i can get the book ” mengenal Allah, mengenal diri, mati sebelum mati etc.

    Like

  5. inilah sebenar ilmu yang tersuruk, tiada yang faham akan ilmu ini melainkan hanya orang yang telah Allah bukakan padanya kefahaman. terimakasih Tok Haji Shaari, melalui tangan Tok Haji Shaari kiranya Allah berkenan membuka femahaman yang selama ini saya cari. saya dari Indonesia.

    Like

Leave a comment