Anjing Sebenar-Benar Anjing dan Babi Sebenar-Benar Babi

 

Suatu hari Abu Yazid berjalan-jalan dengan beberapa orang muridnya. Jalan yang sedang mereka lalui sempit dan dari arah yang berlawanan datanglah seekor anjing. Abu Yazid mengelak ke tepi untuk memberi jalan kepada binatang itu.

Salah seorang murid tidak menyetujui perbuatan Abu Yazid ini dan berkata, “Allah Yang Maha Besar telah memuliakan manusia di atas segala makhluk-makhlukNya. Abu Yazid adalah raja di antara kaum sufi, tetapi dengan ketinggian martabatnya itu beserta murid-muridnya yang lain memberi jalan kepada seekor anjing. Apakah perbuatan seperti itu sangat elok?”

Abu Yazid menjawab, “Anak muda, anjing tadi secara diam-diam telah berkata kepadaku: “Apakah dosaku dan apakah pahalamu kalau dilihat pada asal ketetapan sehingga aku berpakaian kulit anjing dan engkau mengenakan jubah kehormatan sebagai raja di antara para sufi?”, “Oleh sebab itulah aku memberikan jalan kepadanya”.

Pengajaran:

Pengajaran yang dapat kita kutip dari cerita di atas itu, pertamanya adalah mengenai penghormatan terhadap pencipta. Jangan kita lihat kepada sifat anjingnya tetapi mari kita lihat pencipta anjing. Walaupun ianya seekor anjing, namun bagi mereka-mereka yang berhati ikhlas, hendaklah melihat kepada sang pencipta anjing dan bukannya melihat kepada tubuh anjing. Kalau kita lihat kepada sifat anjing, memanglah ianya haram dan najis bagi kita, namun kalau kita lihat kepada sang pencipta (pencipta anjing), tidakkah yang mencipta anjing itu adalah Allah, kalau kita lihat kepada pencipta (Allah), maka leburlah sifat jijik atau kejinya anjing. Itulah makanya Wali Allah Abu Yazid sanggup dan rela “mengelak ke tepi untuk memberi jalan” kepada binatang itu, walaupun ianya berupa anjing.

Pengajaran yang kedua yang dapat kita kutip dari kisah di atas adalah anjing juga tidak minta dilahirkan ke dunia ini sebagai seekor anjing. Kalau boleh dia juga ingin dilahirkan sebagai ulama seperti manusia. Kalaulah anjing itu boleh berkata-kata seperti kita, sudah tentu anjing itu akan bertanya kepada kita bahawa, “apakah dosanya sehingga dikeji sedemikin oleh pandangan manusia?”. Sedangkan dia tidak pernah minta dijadikan seperti anjing. Tidakkah kejadiannya itu telah ditetapkan oleh Allah Taala sejak azali lagi?

Itu makanya anjing itu berkata-kata kepada Abu Yazid bahawa, “Apakah dosaku dan apakah pahalamu kalau dilihat pada asal ketetapan sehingga aku berpakaian kulit anjing dan engkau mengenakan jubah kehormatan sebagai raja di antara para sufi?”. Anjing juga kalau dipakaikan jubah wali oleh Allah (diubah bentuk sifatnya sebagai seorang manusia), mungkin orang akan menghormati anjing melebihi menghormati manusia, malangnya Allah pakaikan sifat anjing itu dengan berkaki empat. Bersyukurlah kita dipakaikan Allah berpakaian kulit yang bersifat manusia, kalau kita dipakaikan Allah akan pakaian sifat anjing, mahukah kita dikeji, dibaling batu dan dipulau oleh orang? Cuiba tanya diri kita!

Dijadikan anjing dan babi oleh Allah itu, adalah sebagai kiasan dan untuk menjadi sebagai contoh kepada diri kita, bukannya untuk diletak di atas anjing atau babi. Babi yang di dalam hutan itu, tidak pernah kacau kita dan tidak pernah menggangu kita, malangnya anjing dan babi di dalam hati kita itulah yang sebenar-benar anjing dan yang sebenar-benar babi. Anjing dan babi yang di dalam diri kita itulah yang dikatakan sebenar-benarnya babi dan yang sebenar-benar anjing (yang selalu berbuat jahat dan yang selalu berbuat keji).

Ehsan dari air tangan Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof Cik Wook.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

10 Replies to “Anjing Sebenar-Benar Anjing dan Babi Sebenar-Benar Babi”

  1. Bagus sekali. Apa boleh sy copy artikelnya pak ?
    Lalu bgm caranya kalau sy mau beli bukunya pak. Sy sdh berkali2 hubungi nomornya tp tdk bisa2. Sdh coba telpun sms wa pun tak nyambung.

    Like

  2. Difatwakan sesat masih berleluasa menjual buku yang tiada asas dari tok kenali. Janganlah mengelirukan orang2 awam dengan hadis2 palsu yang anda sebarkan.takutlah kepada Allah

    Like

Leave a reply to ikhwansiregar Cancel reply