Jawapan, Siapakah Yang Berhajat Kepada Makan-Minum?

 

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Jawapan saya ini, adalah bertujuan untuk ditujukan kepada ahli makrifat sahaja yang ikhlas ingin belajar ilmu makrifat.

Kepada yang bukan ahli makrifat, saya tidak izinkan dan tidak benarkan sama sekali membaca karangan saya. Orang yang bukan makrifat itu, mereka sebenarnya bukan bertujuan untuk belajar, tetapi hanya sekadar bertujuan untuk menabur fitnah dan mendakwa salah dan sesat, bukannya bertujuan untuk belajar. Oleh itu, saya tidak benarkan sama sekali orang yang bukan berilmu makrifat memasuki blog saya. Jika tuan nak masuk sekadar nak menyalahkan, saya sarankan tuan buka dan buatlah blog sendiri dan mengajarlah sepuas-puasnya. Jangan cuba-cuba hendak mencemarkan blog yang dikasihi ini. Jika nak tunjuk pandai dan nak tunjuk ilmu, silalah tuan-tuan, yakni orang yang bukan makrifat, buka blog sendiri!

Jawapan kepada pembaca blog pertama yang mengatakan bahawa makrifat itu bukan ilmu. Jika tidak sampai kepada tahap ilmu makrifat, jangan buat-buat pandai (gatal tangan). Ada yang mendakwa bahawa ilmu makrifat itu, bukan ilmu dan menuduh saya bawa ajaran yang salah. Setahu saya yang lemah akal ini, usah kata ilmu makrifat, ilmu sains pun dipanggil ilmu, ilmu matematik pun dipanggil ilmu, ilmu fizik pun dipanggil ilmu, begitu juga dengan ilmu makrifat. Salahkah makrifat itu dipanggil ilmu? Makrifatullah itu ertinya mengenal Allah, salahkah saya menyebut perkataan ilmu makrifat. Jika tidak boleh disebut ilmu makrifat, nak sebut apa? Komen orang ini, telah saya padam dari dipaparkan, jika saya layan berkemungkinan akan menimbulkan banyak fitnah.

Jawapan kepada pembaca blog kedua. Ada seorang lagi pembaca blog, yang dulunya pernah saya tegur, kini muncul kembali, kononnya masih tidak puas hati tentang melihat Allah itu perlu kepada dalil. Dengan panjang lebar beliau menulis kepada saya di dalam blog, cuba mencabar dan cuba memperli saya dengan kata-kata sinis (berselindung di sebalik gosok (belai) tetapi sebenarnya berniat untuk menampar saya). Kononnya dengan alasan untuk membetulkan saya yang telah buat ajaran yang salah. Beliau masih tidak puas hati dengan perkara “mengenal Allah kena pakai dalil”.

Kepada orang berkenaan, adapun dalil untuk mengenal Allah itu, adalah bagi orang yang belum mengenal. Jika sudah mengenal, apakah perlu lagi memakai dalil. Seumpama, apakah untuk mengenal ibu bapa kita sendiri itu, memerlukan kepada dalil?

Orang-orang sebegini, saya mohon dengan hormat supaya jangan membaca blog ini. Blog ini adalah khas untuk orang makrifat. Cukuplah setakat itu dulu, jawapan saya kepada mereka-mereka yang selalu mengganggu perjalanan dan pelayaran blog ini.

Baik kita tinggalkan dahulu perkara-perkara yang remeh-temeh itu, mari kita teruskan pengajian kita tentang bab siapakah yang masih berhajat kepada makan-minum, anak-isteri dan masih berhajat kepada kebutuhan duniawi, sedangkan setelah mempelajari ilmu makrifat, diri kita itu telah dikatakan mati, binasa, hilang dan tidak lagi terlihat diri? Jika sekiranya mati dan jika sekiranya tidak lagi terlihat adanya diri, persoalannya di sini, siapakah yang makan-minum ini dan apakah orang mati itu masih lagi membutuhkan kepada nikah kahwin?

Orang yang mengenal Allah dan orang yang sudah sampai kepada makam makrifat itu, bukan bererti dirinya tidak ada, bukan bererti dirinya hilang dan bukan bererti dirinya menjadi Allah! Untuk memahami apa yang akan saya jelaskan nanti, saya minta tuan-tuan duduk di hadapan peti televisyen. Jika nak menghayati betul-betul apa yang akan saya perkatakan ini, saya minta tuan-tuan buat betul-betul apa yang saya sarankan, baru dapat barokah ilmu. Jika saya suruh tuan-tuan tidak mahu ikut, itulah makanya tuan-tuan tidak akan faham apa yang akan saya perkatakan.

Jika tidak faham, itulah makanya menuduh ilmu ini sesat dan ilmu ini salah. Tetapi bilamana diminta ikut apa yang saya sarankan tuan-tuan tidak mahu ikut, bagaimana untuk mendatangkan faham? Untuk mendatangkan faham itu, ikut saranan saya. Bukan bertujuan untuk memperlekeh atau mempersendakan tuan-tuan, tetapi cara pendekatan untuk memberi faham, agar tidak timbulnya fitnah.

Sekarang pergi cari peti televisyen, saya minta tuan-tuan duduk di hadapan peti televisyen. Lihat, tilik dan saya minta tuan-tuan pandang peti televisyen (yang belum di on) atau yang belum dihidupkan atau televisyen yang belum ada siaran (offkan dulu peti televisyen itu). Jika tidak ada televisyen, saya minta berhenti dulu baca dan pergi cari televisyen (jika nak mendapat barokah dan supaya tidak timbul kata tidak faham). Tidak faham itu, datangnya dari tidak ikut cakap guru, bukan datangnya dari salah guru.

Kepada ahli-ahli makrifat, duduklah perhatikan, tiliklah dan pandanglah pada peti televisyen. Lihat akan berapa inci, berapa besar, jenis apa, hitam-putih atau berwarna dan lihat apa sahaja yang ternampak. Apakah sudah dilihat? Jika sudah dilihat, saya minta dibuka (dionkan) peti televisyen itu sekarang. Sekarang saya mahu tuan-tuan lihat, pandang dan tilik gambar, cerita atau apa yang terdapat di kaca televisyen.

Seumpama, tuan-tuan sedang menonton bola sepak atau sedang menonton drama TV. Jika lihat perlawanan bola sepak, semasa tuan-tuan melihat perlawanan bola sepak itu, apakah yang tuan nampak? Cuba jawab pertanyaan saya di dalam hati tuan-tuan. Apakah yang tuan-tuan nampak ketika melihat perlawanan bola di kaca TV? Apakah tuan-tuan nampak TV atau nampak perlawanan bola sepak? Cuba jawab dengan ilmu dan jujur, nampak TV ke atau nampak perlawanan bola sepak? Jika kita kata kita lihat perlawanana bola sepak, ke mana perginya TV dan jika kita kata kita lihat TV, ke mana perginya perlawanan bola sepak? Jika kita lihat perlawanan bola sepak, apakah bola sepak itu ada di dalam TV. Cuba buka belakang TV, yang ada hanyalah wayar (tidak ada bola dalam TV atau di belakang TV). Yang kita lihat itu TV, tetapi kenapa terlihat, terpandang dan tertilik permainan bola sepak? Semasa melihat perlawanan bola sepak, ke mana perginya TV, yang sebelumnya tuan lihat, tilik dan yang tuan-tuan nampak. Sebelum buka siaran bola sepak, tentunya lihat TV dulu, tetapi setelah siaran berlangsung, ke mana perginya TV?

Apakah semasa kita melihat perlawanan bola sepak itu, TV itu hilang? Hilangkah TV itu bilamana kita lihat bola sepak? Biarpun di kala kita melihat perlawanan bola sepak, peti televisyen itu, tidak ke mana-mana, dia masih berdiri utuh di tempatnya, tanpa berubah walau seinci. Kaca TV, tidak berpindah tempat, tidak berubah wajah dan tidak bertukar jenama. TV tidak ke mana-mana, tidak hilang, tidak mati dan tidak binasa.

Yang dimaksudkan binasa TV itu, bilamana kita tertilik, terlihat dan terpandang siaran perlawanan bola sepak, biarpun TV di hadapan mata, tetapi kita tidak lagi tertilik atau tidak lagi terpandang peti televisyen. Biarpun TV itu ada di hadapan mata, yang terlihat itu, adalah siaran bola sepak. Itulah yang dimaksudkan mati sebelum mati, jangan sampai tertilik adanya diri dan maksud yang dikatakan diri kita tidak ada.

Bilamana mengenal Allah, diri kita mati, diri kita lebur dan diri kita tidak lagi terlihat diri. Di situ bukan bererti diri itu hilang, tetapi leburnya diri kita itu, seumpama leburnya peti televisyen di kala kita sedang melihat siaran perlawanan bola sepak. Maksud tidak ada di situ bukan bererti berubah tempat atau bukan bererti berubah wajah, tetapi lebur dan tidak ada, sebagaimana lebur dan tidak adanya TV, di kala siaran berlangsung atau tidak ada sebagaimana tidak adanya TV, semasa kita menonton perlawanan bola sepak di kaca TV.

Yang tendang bola itu, bukan TV, yang tendang bola itu, adalah siaran TV. Yang berlakon makan-minum, kahwin, cerai, beranak, bawa kereta, rompak, penyamun dan orang yang alim di dalam TV itu, bukan TV. Adapun yang makan-minum, nikah kahwin itu, adalah siaran TV (bukannya TV). Yang berhajat kepada suara itu, siaran, yang berhajat kepada gambar itu adalah siaran, yang berhajat kepada berlakon selaku perompak itu, siaran, yang berlakon makan, nikah kahwin, beranak-pinak itu, adalah siaran bukannya TV.

Sungguhpun TV itu ada, cuba tuan-tuan bawa TV rosak, atau cuba tuan-tuan matikan siaran perlawanan bola sepak sekarang atau matikan siaran drama sekarang dan offkan TV sekarang. Apakah yang tuan lihat, apakah ada lagi siaran yang minta makan, yang tendang bola dan apakah ada lagi siaran yang nikah kahwin? Sedangkan TV, masih di hadapan tuan-tuan, apakah TV boleh makan-minum, beranak isteri? Yang makan-minum dan beranak isteri itu, adalah siaran TV. Jadi siapakah TV, TV adalah sekadar selaku penyata bagi siaran! Diri kita itu, tidak ubah selaku penyata bagi Allah. Bukannya bagi bertujuan makan-minum, nikah kahwin atau lapar dahaga, tetapi diri kita itu, adalah selaku penyata bagi Allah.

Cuba bawa cerita itu kepada diri kita dan kepada diri tuan-tuan sendiri. Sebagaimana TV, begitulah adanya diri kita. Yang berhajat kepada sesuatu itu, bukan TV tetapi yang berhajat itu, adalah siaran.

Yang kedua, contoh kiasan wayang kulit. Yang berhajat kepada makan-minum, bini beranak itu, bukan patung wayang kulit tetapi yang berhajat itu, adalah Tok Dalang. Matinya patung wayang kulit itu, bagi menggambarkan yang hidup itu Tok Dalang. Bisunya wayang kulit itu, bagi menyatakan bahawa Tok Dalanglah yang berkata-kata. Yang dikatakan lapar dahaga itu, bukan patung wayang kulit, adapun dahaga dan lapar makan-minum itu, adalah Tok Dalang. Yang makan-minum itu bukan patung, yang berhajat dan yang berkehendak adalah Tok Dalang.

Yang berhajat kepada makan-minum itu, wayang kulit ke atau Tok Dalang? Yang berhajat kepada suara, berlakon sakit, berlakon susah dan berlakon itu dan itu, peti televisyen ke atau siaran?

Orang bukan makrifat, saya haramkan dari membaca blog saya dan jangan sekali-kali gatal tangan untuk menuduh! Nanti saya sambung lagi.

60 Replies to “Jawapan, Siapakah Yang Berhajat Kepada Makan-Minum?”

  1. assalamualaikum,tg h shaari,,,,,sebelumnya terima kasih banyak atas curahan ilmunya,,,,,,,inilah sebuah pengesahan bagi saya apa yg di dapatkan,,bukan hayalan semata mata,,tetapi kenyataan yg ada,,,,,,,betul sekali yg dikatakan tuan tg h shaari,,nak menyatakan Allah tu biar sampai parkir betul2,,,terima kasih sekali lagi bagi saya yg baru nak belajar ilmu makrifat ini,,silap kate tolong di luruskan,,,,aminnn,,Alhamdulillah

    Like

  2. Salam Tuan Haji yg disayangi…cerita ini saya ambil dari wali allah dalam group kita…kesimpulannya jika siapa yang baca dan faham ttg kaca ini ..barulah dia boleh kenal allah tanapa dalil…Sebabnya mereka memandang kepada dua..HAKIKATNYA SATU!!!!!! kerana mereka tertipu dengan nama, sifat,perbuatan dan zat!!!!!!

    Saya selalu nampak gelas dan kdg kdg je nampak kaca…..macamana nak nmpk kaca selalu.”

    Kaca dan Gelas adalah DUA hal yang kelihatan di dalam kenyataan yang SATU. Gelas menyatakan hal dirinya di dalam kaca dan kaca menyatakan perihal dirinya di dalam gelas. Namun, gelas bukan kaca dan kaca bukan gelas. Kaca tetap pada diri kacanya dan gelas tetap pada diri gelasnya. Bersatu tidak bercerai tiada. Namun kedua-duanya saling nyata menyatakan di antara satu dengan yang lain di dalam kewujudan yang satu.

    Nak nampak kaca selalu?

    Jawapan :

    Lihat saja pada gelas, kerana pada gelas itulah kaca sentiasa menzahirkan dirinya.

    Nak sentiasa lihat kaca, perlu latih 5 deria PENGAMATAN, 5 organ TINDAKAN dan 2 Pancaindera Batin fokus kepada perkara-perkara berikut :

    ( Deria PENGAMATAN : Dengar (Telinga), Lihat (Mata), Bau (Hidung), Rasa (Lidah) Sentuh (Kulit). ALAT TINDAKAN : Alat Tangan, Alat Kaki, Alat Mulut, Alat Kelamin, Alat Kumuh . Pancaindera BATIN : Akal (Otak), Roh (Hati).

    1. NAMA :

    Sentiasa tanamkan di minda bahawa meskipun apa saja Nama yang diberikan kepada gelas itu, samada namanya Gelas, Cangkir, Cawan, Kinnam, Kapa, Kappu, Kup, Chashka atau apa saja namanya, ia masih tetap bersumberkan Kaca, cuma nama kaca itu bertukar mengikut bahasa, tempat, bangsa, kebudayaan dan kaedah penggunaannya sahaja. Hakikatnya, ia masih Kaca yang sama.

    Tip : Jangan tertipu pada NAMA ! Kaca wujud di sebalik pelbagai NAMA.

    2. SIFAT :

    Sentiasa melihat SIFAT yang dizahirkan oleh gelas itu, semuanya memakai dan menunjukkan sifat kaca. Gelas adalah nama yang mengikut BENTUK Kaca. Jika Kaca itu berbentuk tingkap, maka Nama gelas tidak akan terpakai. Gelas akan bertukar nama menjadi tingkap! Jika Kaca berbentuk mentol, maka nama gelas juga tidak terpakai. Gelas itu bernama gelas kerana ia mengikut bentuk kaca yang berbentuk gelas!!
    Walau apapun SIFATnya, bentuk, saiz, warna, kasar atau lembut. Kaca tetap wujud di sebalik sifat-sifat itu.

    Tip : Jangan terpedaya kepada SIFAT. Kaca wujud dalam berbagai sifat yang disifatkan ke atasnya.

    3. PERBUATAN

    Sentisa melihat PERBUATAN atau KELAKUAN yang dibuat atau dikenakan ke atas subjek itu. Gelas digunakan untuk minum. Jika gelas itu digunakan untuk disangkut di mata, ia tidak dinamakan gelas, ia mungkin dinamakan ‘cermin mata’. Jika ia digunakan untuk melihat wajah, maka tu bukan gelas, itu mungkin cermin muka. Namun hakikatnya, Kaca masih wujud di dalam cermin mata dan cermin muka itu. Nama sahaja yang bertukar.

    Tip : Jangan dikelirukan oleh tindakan dan perbuatan. Meskipun Perbuatan itu menukarkan Nama dan Sifat ‘gelas’ kepada sesuatu objek yang lain, namun hakikatnya, diri kaca masih nyata pada objek yang baru itu.

    4. ZAT (ASAL/BAHAN MENTAH)

    Sentiasa belajar merenung dan melihat dari mana asal kejadiannya sesuatu itu. Asal gelas dari Kaca. Asal kaca dari pasir, asal pasir dari sillica, asal sillica dari magma, asal magma dari batu, asal batu dari gunung, asal gunung dari bumi, asal bumi dari gas, asal gas dari cahaya asal cahaya dari DIRI CAHAYA itu sendiri (Tuhan Cahaya Langit dan Bumi).

    Bila perkara bahan mentah atau asal-usul ini direnung, nantinya kita akan mengerti bahawa Mula penciptaan sesuatu itu adalah dari sumber CAHAYA (Nur) dan akhirnya juga kembali kepada CAHAYA yang sama juga.

    Bila sudah mengenal CAHAYA, pandang semula kepada KACA, tidakkah pada Kaca itu ada cahya? Cahaya itu menzahirkan dirinya di kaca.
    Atau jika kaca dipandang dari dalam bilik gelap yang tidak ada cahaya, masihkah kita nampak KACA itu?
    1. Kaca itu tidak nampak pada penglihatan mata, tapi pada pancaindera Batin, imej kaca itu masih nampak di minda. Jika masih nampak, itu tandanya ada cahaya ! Cahaya itulah hakikatnya kaca.
    2. Kaca tidak nampak di dalam bilik yang gelap. Tapi kita masih boleh melihat ‘GELAP’. Jika masih boleh melihat “gelap” itu tanda ada CAHAYA. Cahaya itulah hakikat atau asalnya KACA !

    Maka apakah susah untuk melihat KACA ?

    Praktis selalu ! Sentiasa merenung dan bertanya di dalam diri. Jadikan alam diri kita dan alam semesta ini sebagai “universiti” yang paling berprestij untuk mengajar kita dan untuk kita belajar dariNya.

    Maka yang mana GELAS ?

    Gelas Tiada !

    Yang ada hanyalah Nama : G E L A S

    Wujud Gelas itu hanya pada NAMA (Asma’) sahaja.

    Realitinya, Gelas itu Tiada !

    Gelas itu hanya wujud pada NAMA sahaja. Nama yang disebut “Gelas”. Nama gelas itu pula diberi sekadar untuk menunjukkan perihal objek yang hendak diperkatakan. Jika tiada bernama, maka bagaimana hendak merujuk kepada objek yang hendak diperkatakan itu? Bagaimana boleh mengenal tanpa Nama?

    Umpama Wira Satria tanpa Namanya. Jika tanpa nama, bagaimana hendak bercerita perihal diri hamba? Bagaimana boleh mengenal hamba tanpa nama? Setidak-tidaknya, jika dipanggil “Hoi”, itu juga Nama. Dipanggil ‘manusia’, dipanggil ‘penulis’ itu juga Nama. Setidak-tidaknya, panggilan “Hoi” itu boleh digunakan untuk merujuk atau mengenal kepada tuan punya diri.

    Justeru itu, bagi memudahkan objek itu dirujuk, maka objek itu pun dinamakan ‘GELAS’ oleh orang yang menamakanya mengikut kegunaan dan sifat objek itu. Objek itu tidak akan dinamkan gelas jika ia bukan berbentuk gelas. Jika objek itu berbentuk empat segi dan leper, ia mungkin dinamakan ‘CERMIN’. Jika ia berbentuk bunga, ia mungkin dinamakan ‘BUNGA KRISTAL’. Jika digunakan untuk mengisi sos, mungkin namanya ‘BOTOL’.

    Makanya, hakikat diri GELAS itu tiada !

    Gelas hanya menzahirkan diri Kaca pada penggunaan NAMA Gelas !

    Jika ditunjuk pada gelas, yang tertunjuk itu bukan gelas, tapi yang tertunjuk adalah Kaca. Kaca adalah HAKIKAT (kenyataan/asal/raw material) kepada gelas, tanpa kaca, gelas tidak wujud.

    Namun, perkataan ‘Kaca’ itu juga adalah satu NAMA. Nama yang dinamakan untuk merujuk kepada objek (kaca) itu bagi memudahkan kenal. Tanpa Nama, kaca tidak dapat dikenal oleh orang yang ingin mengenalnya. Tanpa Nama, segala sesuatu itu ‘kosong’ sunyi terasing di dunianya sendiri. Tiada sesiapa dapat mengenalinya (melainkan dirinya sendiri) walaupun ia nyata wujud di depan mata.

    Justeru itu, kaca ‘perlu’ kepada NAMA (Asma’), untuk menzahirkan dirinya bagi membolehkan dirinya dikenali. Tanpa NAMA, kaca tidak dapat menunjukkan dirinya. Tidak dapat menunjukkan diri bukan bermaksud kaca itu tidak wujud atau tidak ada atau tidak dapat dilihat. Tidak ada kerana, tidak dapat dikenal. Tidak dapat dikenal kerana tidak ada NAMA. Justeru itu, NAMA diperlukan untuk Mengenal. Dengan adanya NAMA, barulah sesuatu itu dapat menzahirkan dirinya untuk dikenal. Bila dikenali, baru sesuatu itu dapat ‘dizahirkan’ akan kenyataannya. Barulah boleh dirujuk, barulah boleh dimaksudkan kepadanya, barulah boleh diperkatakan tentangnya.

    Nama pula diberi mengikut kesesuaian SIFAT dan PERLAKUAN objek itu. Contohnya, jika sifat objek itu berbentuk silinder dan ada ruang menakung air ditengahnya, ia mungkin dinamakan ‘GELAS’. Jika objek itu digunakan sebagai tempat menghias bunga, ia mungkin dinamakan ‘PASU’.

    Nama itu pula bergantung kepada keadaan tempat, bahasa, budaya , masa, ilmu dan orang yang menamakannya.
    “Kaca” itu mungkin dinamakan “Cangkir” jika yang menamakannya itu orang Indonesia yang tinggal di Jakarta. Kaca itu mungkin juga bernama “Coca Cola Mug” jika ianya dibuat oleh syarikat, untuk tujuan perniagaan dan publisiti. Ia boleh saja dipanggil ‘barang’ atau ‘benda’ atau ‘gift’ atau ‘objek’ atau ‘cup’ atau apa saja NAMA. Namun, walau apa pun nama yang dinamakan kepada objek itu, ia tetap menunjukkan hal ‘Kaca’ yang sama.

    Jika Gelas TIADA (cuma ada pada Nama) maka mana KACA? Bukankah Kaca itu juga WUJUD hanya pada Nama?

    BUKAN !

    Kaca bukan Wujud hanya pada NAMA, tetapi pada setiap NAMA itulah, hanya Kaca yang Wujud.

    Yang wujud hanya pada Nama itu adalah Gelas BUKAN Kaca !

    Cuba lihat pada ‘Nama’ Gelas. Bila gelas dipanggil Cangkir, nama Gelas itu hilang bertukar kepada Cangkir, namun Kaca tetap WUJUD pada Cangkir itu. Jika nama Kaca dibilang Botol, maka nama Kaca lenyap diganti dengan nama Botol. Nama bertukar, namun Kaca tetap WUJUD pada Botol itu. Tukarlah apa saja nama, panggillah apa nama sekalipun, gelas, cawan, tingkap, mentol, cermin, pasu atau apa saja, Kaca tetap WUJUD pada setiap nama-nama itu.

    Ternyata, Kaca tidak pernah meninggalkan Gelas!

    Meskipun gelas pecah, pecahnya masih menampakkan serpihan. Serpihan itu dinamakanserpihan kaca. Jika kaca yang pecah itu dihancurkan, ia cuma berubah bentuk menjadi serbuk, namun serbuk itu masih diri kaca yang sama, bertukar nama dipanggil serbuk kaca. Jika serbuk kaca itu dibuang ke tanah, kembali ia menjadi silica. Hujan, panas dan angin kemudiannya membentuk silika yang di tanah itu menjadi pasir. Pasir tu diambil lalu dibentuk kembali menjadi kaca. Kaca kembali menjadi gelas. Gelas yang ber-NAMA baru, gelas yang ber-SIFAT baru, gelas yang ber-PERLAKUAN baru, namun masih bersumber dan berasal dari ZAT/BAHAN MENTAH yang sama.

    Maka apakah kaca pernah meninggalkan gelas?

    Justeru itu, Mana Kaca ?

    Umpama menunjuk Kaca pada Bunga Kristal. Jika ditunjuk pada bunga, itu bukan kaca, itu bunga yang ada pada kacanya. Ditunjuk pada tangkai, itu juga bukan kaca, itu tangkai bunga kristal. Ditunjuk pada badannya, tertunjuk warna, ternampak bentuk. Bila dipegang, terasa licin, terasa kerasnya. Bila diketuk, terdengar bunyi dentingannya. Jika dihempas, ia pecah. Namun, hakikat diri kaca yang sebenarnya, masih tidak juga nampak !

    Umpama kita menunjuk kepada baju. Yang ditunjuk itu baju, namun yang tertunjuk itu juga namanya kain, ditunjuk kain, yang tertunjuk itu juga namanya benang, ditunjuk benang yang tertunjuk itu juga namanya kapas, maka mana bajunya?

    Kelihatannya baju itu nyata wujudnya, tapi bila ditunjuk atau bila dicari, tidak pula nampak ! Kalau tak nampak, macamana pula kita tahu baju itu ada ?

    Begitulah umpamanya kaca. Bila ditunjuk ia tiada. Bila dicari, ia tidak ketemu. Namun, kalau tiada, kenapa ia kelihatan di mata? Jika tiada kenapa sifat-sifatnya dapat dirasa? Sifatnya yang dapat dialami, kerasnya yang boleh dipecahkan, tajamnya yang boleh melukakan, jernihnya yang boleh membiaskan. Jika kaca tiada, bagaimana gelas boleh ada? Apa pula asal atau bahan mentahnya gelas?

    Tunjukkan mana Kaca?

    Ternyata Kaca itu ADA, Kaca itu NYATA dan Kaca itu WUJUD!
    Namun adanya, nyatanya dan wujudnya Kaca itu tidak dapat dicari ! Tidak dapat ditunjuk. Makin dicari makin hilang. Hilang bukan tiada, hilangnya kerana terlalu nyata !

    Nyatanya kaca pada mana?

    Nyatanya Kaca itu pada NAMA-Nya

    Nyatanya Kaca itu pada SIFAT-Nya

    Nyatanya Kaca itu pada PERLAKUAN-Nya yang dinampakkan di atas SIFAT dan Nama

    Nyatanya Kaca itu pada HAKIKAT kewujudan segala Nama, pada HAKIKAT kewujudan segala Sifat, pada Hakikat kewujudan segala Perlakuan dan pada Hakikat kewujudan segala Hakikat (Zat/Bahan Mentah).

    Namun NYATA NYA tidak dapat ditunjuk. Tidak dapat dicari. Tidak dapat digambarkan. Tidak dapat diumpamakan.

    Namun, bila faham dan bila KENAL hakikat diri Kaca itu, segalanya :

    K E L U !!

    Kenal itu ertinya Makrifat !

    Makrifat Kaca !

    Liked by 1 person

      1. alhamdulillah setelah lama sy mencari arah bru kini sy berjumpa ilmu yg benar2 mengenal Allah. awal2 berugama itu adalah mengenal Allah. selalu sy diberitau Kalau kamu nk knal aku.knal la dirimu. setelah kamu mengenal aku maka binasalah kamu.

        Like

      2. ass wr wb, menanggapi hal yg tersebut diatas, sya hanya bisa menyampaikan bahwa yang terdapat pada diri kita ini adalah allah swt, zat dalam sifat akan tetapi sifat tidak didalam zat, setelah zat itu nampak/kenal maka sifat akan lebur , jd pengertian yang dpt diperoleh saya ini allah, dan allah bukan saya

        Like

    1. Askum Sdra. Roslan Nordin – input yg baik. Sudi sekiranya brkomunikasi dgn saya, no. hp 0169267898, mdh2an tali silaturrahim dpt dipanjangkan!
      Salam hormat utk Sdra, sahabat sejemaah dan khasnya buat TG Hj. Shaari.

      Like

    2. Cantik sekali khiasan yang diberi. Diharap semua yg melayari blog ini mendapat hidayah petunjuk Allah. Aminnnnn……

      Like

  3. yang tidak faham apa yang us. maksudkan adalah gara gara tebal iktikat mereka yang mengata tuhan duduk dilangit, spt iktikat us. rasul dahari, (sila buka youtube). kerana tebal sangatt lah smpai jadi buta. wallahuaaklam.

    Like

  4. Assalamualaikum guru tn hj,terima kasih tentang penerangan mengenai topik ‘yg berhajat kpd makan dan minum’ dengan contoh2 yg mudah untuk difahami.Didoakan agar guru tn hj sentiasa tabah mempertahankan atau menyampaikan ilmu makrifat ini kepada ahli2 makrifat yg sentiasa bersama tn hj. Amin.

    Like

  5. Salam, Tok Guru / Saudara Roslan Nordin. Keterangan yang di beri Saudara Roslan sungguh menerangi, memudahkan kefahaman saya terhadap hakikat siapa makhluk dan perhubungan makhluk dengan Yang Maha Pencipta (sungguh pun boleh faham dari segi hakikat masih belum sampai ke tahap makrifat). Yang menjadi kekeliruan dan kerunsingan bagi saya sekarang ini ialah apakah peranan syariat sebenarnya, apakah “tanggung jawab” kita terhadap perbuatan padahal setiap afal, setiap gerak itu tertulis, tercipta sedai azali. Harus kah kita merasai salah atau betul, baik atau kesal atas segala perbuatan yang di lakonkan mengikut baik atau buruknya? Di manakah letaknya baik/buruk, wajib/haram sesuatu perbuatan memandangkan segala gerak, segala afal itu adalah dari dan dengan penentuan Nya? Mohon penjelasan, terima kasih.

    Like

  6. “Siapa yang kenal dirinya akan kenallah pada Tuhannya”
    Rahsia-rahsia dari pengucapan ini hanya diberikan kepada mereka yang ada Makrifat. Dan berkaitan dengan Makrifat ini seorang guru Ahli Sufi Sheikh Ibni Atho’illah As-Kandari ada berkata tentang halnya iaitu

    Barangsiapa Makrifat(mengenal akan Haq Allah Taala), nescaya dipandangnya Allah dalam tiap-tiap sesuatu.
    yang mana pengertianya ialah “Barangsiapa mengenal ia akan haq Allah Taala, nescaya dipandangnya (musyahadahkan) akan Allah dalam tiap-tiap sesuatu di mana Allah yang berbuat dan yang memerintah”.
    Ini menunjukkan tujuan makrifat ini ialah untuk mentauhidkan Allah atau sebagai memaknakan pengucapan kalimah LAILLAHHAILLALLAH, Jauh sekalilah benarnya orang-orang yang menafikan Ketuhanan Lain Selain dari Allah tapi masih melihat amal dan ilmunya dengan orang menafikan wujudnya “ghair” dan terlupa akan wujud dirinya.
    Jauh sekalilah dari fahaman yang sebenarnya; orang yang Menafikan Ketuhanan tetapi masih besar kegoan(Keakuan) mereka dengan orang yang mengisbatkan Istiqna'(Terkaya)dan Iftikor(Berhajat) dalam Ketuhanan Allah.

    Dan jauh lagi dari sampainya(WASIL lLALLAH) orang-orang yang hanya memerhatikan zhohir sesuatu.

    Firman Allah dalam surah Yusof:106 bermaksud:

    Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

    Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhatikan yang Allah ada di mana sahaja adalah perjuangan. Matinya diri itulah kesudahannya.

    Like

  7. salam tuan.. berdasarkan penerangan di atas, saya ada soalan.. siaran itu dtg nya daripda mana.. jadi bila tertilik dtg nya daripada Allah, maka persoalan timbul dimanakah Allah itu sebab kita semua nak kembali kepada Allah.. jika siaran, ada sumber nya, puncanya, data nya, maka berbalik pada Allah, dimana Allah.. mohon pandangan tuan, terima kasih..

    Like

  8. As salam Tn. Haji. Alhamdulillah, saya telah pun habis membaca buku merah & hijau. Pn. Rina juga ada membantu. Cuma saya ada beberapa soalan yang masih tak jumpa jawapannya. Salah satunya seperti “Yang makan-minum dan beranak isteri itu, adalah siaran TV”. Tetapi bagaimana pula dengan kata2Nya dalam Surah Al Ikhlas, “Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan”. Mohon pencerahan Tn. Haji agar tidak lagi gelisah hati. Terima kasih.

    Like

  9. Assalamualaikum hj shaari…nak bertanya…makrifat ini boleh dipelajari seperti ilmu atau ia nya hanya rasa dalam hati?

    Like

  10. Yang berbahagia ayahandaku dan guruku Hj Shaari.
    Izinkan anakanda yang tak berapa faham ini berkonsii
    Diri kita ini ibarat robot remote control. Katakan lah saya telah reka cipta robot remote control. Muka sebiji macam muka saya. Macam kita lihat dalam filem Hollywood android robot. Dia berjalan dengan remote control. Matanya ada camera yang menghubungkan darinya ke screen lap top di rumah saya. Saya turn on dan dia celik matanya. Di screen monitor computer adalah apa yang dia pandang. Ok saya gerakkannya pergi ke pintu rumah dan dia buka pintu rumah dan pintu pun terbuka lalu dia pun berjalan keluar. Ok sebenarnya siapakah yang buka pintu? dan yang berjalan ke pintu? Jawapannya saya yang buka pintu. Bukannya dia sebab dia bukannya hidup dia mati.
    Dia keluar dari rumah menuju ke kedai roti canai. Sampai di tepi jalan dia lihat ada lori besar dan dia diam tak bergerak. Apabila jalan selamat, dia pun melintas jalan,
    Ok sebenarnya siapa yang lihat lori? Bukannya dia yang lihat lori itu. Saya yang lihat lori itu melalui screen monitor computer saya. Dia buta dan yang Nampak itu saya.
    KITA INI SERUPA MACAM ROBOT REMOTE CONTROL IT. Yang Nampak bukannya kita. Yang Nampak itu adalah Allah jua dengan pandanganNya.
    Ok kiasan kedua!
    Lihat anggota tangan dan kaki kita. Tangan kita bergerak-gerak. Kuku kita minggu lepas kita potong, Minggu ini dah tumbuh semula. Maka ertinya tangan itu hidup dan kuku itu hidup. Tapi yang hidup itu bukannya tangan itu yang hidup. Yang hidup itu adalah diri batin kita. Iaitu asal diri kita. Diri batin tak bernama dan tak berbangsa serta tak berjantina. Bangsa, nama dan jantina adalah kulit luar ini yang dinamakan jasmani.
    Rambut kita kita gunting di kedai gunting rambut sebulan yang lalu. Bulan ini dia panjang semula. Bererti dia hidup sebab boleh panjang semula. Bukannya dia yang hidup. Diri batin atau diri halus kita yang hidup. Dia hidup sebab diri kita yang hidup tersembunyi di sebalik tubuh kasar ini. Bila diri batin kita dikeluarkan bila sampai expired date, tubuh kasar ini sudah tak ada nilainya lagi. Siapa pun tak mahu simpan lama-lama. Kena di pulangkan ke tempat asalnya iaitu bumi. Diri batin asalnya dari Allah dan Allah ambil kembali. Tapi jika sewaktu hidup ini diri zahir kita pun kita sudah pulangkan kembali dan diri batin pun kita pulangkan serta perasaan hati dan sifat diri pun kita serahkan kembali. Allah akan terima semuanya. Sebab itu sahabat Nabi yang mereka gali kuburnya untuk dipindahkan ke tempat baru, mereka dapati masih seperti orang sedang tidur dan tidak Nampak seperti mayat. Kita seperti eobot remote control dan Allah yang control kita. Bukan lah bererti Dia duduk pegang alat kawalan jauh pulak. Sekadar nak mendekatkan kefahaman kepada rakan sealiran. Moga Allah terima diri kerdil kita dan ampuni semua dosa kita. Aamen

    Like

  11. As Salam TGHS, bersusah payah tuan hj mencari contoh utk menerangkan, terima kasih banyak2. Bukan semua di kurniakan kelebihan .. Allah jua. Alhamdulillah saya boleh faham dan amat berbesar hati.. Allah jua.. tapi saya tetap mahu menyatakan terima kasih kerana akhirnya saya akan fokuskan 5 deria pengamatan, 5 deria perbuatan dan 2 pacaindera batin ke atas dunia ini yang ada nama, sifat, perbuatan & zat. Semoga Allah memilih saya sebelum roh meninggalkan jasad saya. Begitu jugalah kepada mereka yang berusaha bersungguh2 (Allah jua) untuk melihat Allah. Terima Kasih Allah. Alhamdulillah… Allah Hu Akhbar ….

    Yg dimuliakan TGHS diakhirnya apakah yang ditemui… Allah hanya perkataan, sedangkan segala2nya kosong, tiada apa2, tidak tahu apa2, tidak nampak apa2, tapi tetap ada cuma tidak dapat di sebut. Bagaimana ya rasa berada dalam alam tersebut. Bolehkah TGHS ulas dalam bahasa dunia ini. Amin. Terima Kasih TGHS

    Like

  12. Terbaik..teruskan mendidik..yg dhgakan cinta dari yg maha AGUNG teruskan membaca..mudah2an ALLAH beri kefahaman dlm usaha kita mengenali NYA

    Like

  13. ” Bila hati memanggilmu,ikutlah kemampuan dia pergi…
    Ya Allah…jadikanlah batinku lebih baik daripada lahirku dan jadikanlah lahirku baik pula.”

    Like

  14. subhanallah. semoga Allah swt merahmati tuan Roslan Nordin. Amin Ya Allah…dan Tuan Guru HJ.Shaari. Allahuma Amin Ya Allah. IBARAT MANUSIA MEMPUNYAI HIDUNG. HIDUNG YANG DILIHAT TIADA NAMPAKNYA. MELAINKAN MANUSIA ITU MELIHAT PADA CERMINNYA. MAKA AKAN TERLIHATLAH HIDUNGNYA DENGAN SEMPURNA.

    Like

    1. Tdk ada yg salah sama kajian hj ashari akan makrifat tok kenali ini , hnye org org dangkal faham agama yg menentang ,kajian ini …. Apakah kalian yg menentang dan mempatwa sesat kajian hj ashari ini merasa bahwa bismillah kalian sudah sama zahir batin dgn bismillahnya baginda nabi muhammad saw …. Salam kenal by ahmad tarekat alawiyyin ba’alwi indonesia …. Teruskan perjuangan kalian wahai penerus waliyullah tok kenali pewaris rasulullah whatshap 08978771079

      Like

      1. Tuan, setelah saya baca kupasan tuan, saya dapati tuan juga adalah diantara yanng berilmu makrifat. Sya nasihatkan supaya tuan masuk dalam group wasap makrifat tok Kenali. sila col no ini katakan saya benarkan dimasuk dalam group. byk maklumat terdapat disana. cal 012 9538436. drp hj shaari amin

        Like

  15. sya orang yg sudah menerima bai’at makrifat sya ingin sekali mendownload semua perkataan tok kenali kelantan untuk sya baca dn untuk sya mendalami ilmu makrifat ini, saya ingin sekali membeli kitab dari tok kenali tapi saya jauh ada di indonesia, bagaimanakah caranya untuk saya bisa mendapatkan kitab tersebut tuan guru…???

    Like

  16. Makan dan minum,
    Minum dan makan,
    Apapun pecahan jika beroleh keizinan,
    HIlang hajatan tanpa penatan,
    Lapar dahaga menjadi ringan,
    Bukan angan-angan,
    Benaran.

    Like

  17. subhanallah t.kasih tuan guru dan en roslan diatas perkongsian ilmu.. Allah jua lah yg memberikan pemahaman kepada sesiapa yg dikehendakinya. bagi sesiapa yg masih ragu2 dan hendak kan dalil naqli, izinkan saya berkongsi ilmu yg sedikit ni..

    al baqarah: ayat 115 Maka kemanapun kamu mengadap, disitulah wajah Allah

    Fussilat ayat 54 Ingatlah, sesungguhnya Dia maha meliputi segala sesuatu

    Masyaallah tabarakallah

    Like

  18. Di dalam kalimah syahadah pun dh nyata tntang hakikat diri..dn juga kisah kejadian adam swaktu azazil tk nk sujud dkt adam..banyak orang2 feqah terlepas pandang dn tk nk kaji tentang kisah azazil tk nk sujud dkt adam…. Kisah tu hanya sekadar Allah nk memperkenalkn diri melalui cerita tu dn mengajar kita untuk mengenal diri..seperti orang2 feqah beranggapan bahawa Allah tu wujud tp di manakah buktinya wujud jika tanpa belajar bab mengenal diri mengenal Allah..selagi ternampak adanya diri dn ada Allah (syirik)..dh jadi dua wujud,dlm islam mengajar kita bertauhidkan Allah bkn menduakn Allah…. Jadi untuk mengelak daripada berlaku nya syirik marilah belajar ilmu makrifat mudah-mudahan akan kenal dgn nyata,dn jgn sesekali menuduh ilmu makrifat sesat,salah sedangkn yg salah dn silap tu orang yang tk kenal…sesudah mendalami ilmu makrifat baru akan merasa ketenangan dn bahagia yg belum pernah anda rasakan sebelum ni..yg memberi fhm tu Allah,guru hanya menyampaikn….di sini sy ingin ucapkan terima kasih kepada tuan guru hj.shaari sbb menyebarkan ilmu kebenaran ni kepada orang ramai dlm mendekati Allah secara nyata…Alhmdulillah mudah-mudahan ilmu yg tuan hj.shaari sampaikn orang akan memahami dgn hati yg bersih

    Like

  19. Assalamualaikum…nak bertanya..andai ad seorg insan ini tanya pada kita..mengapa allah x makan x minum..boleh bgthu apa buktinya??

    Like

  20. Salam tuan Hj Shaari..terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri..saya Syahrin dari WP.Labuan..dengan izin-Nya, pencarian saya selama ini telah saya temui tanpa saya duga melalui video youtube ceramah tuan mengenai makrifat ini,dan akhirnya saya telah menemukan dengan blog tuan ini..inilah ilmu yang saya cari..sebelum ini, nama ilmu ini pun saya tak tahu. Saya berasa amat gembira kerana saya tidak berseorangan mengenai makrifat ini atau mengenal Allah ini. Tafsiran atau bayangan saya mengenai Allah selama ini (dalam keadaan samar-samar) adalah bersamaan apa yang tuan terangkan (selama ini saya fikir saya keseorangan yang mempunyai kefahaman seperti ilmu tuan ini). Dan di sini saya bolehlah menuntut dan menghayati ilmu makrifat dengan lebih mendalam lagi. Alhamdulillah.

    Tuan, setelah saya mempelajari sedikit pelajaran mengenal Allah dari penulisan dan video tuan ini..timbul satu persoalan yang ingin saya ketahui, harap tuan sudilah menjawab persoalan saya yang baru belajar ini.

    Soalan 1
    Setelah kita mengenal Allah, apakah itu bermakna/menjamin bahawa Allah sayang akan kita dan akan menjaga/menjamin kita di dunia dan akhirat?

    Soalan 2
    Dengan pembelajaran ilmu makrifat ini, adakah secara dasarnya dapat menjadi pemangkin untuk kita menjadi seorang yang hebat dan berjaya di dunia yang sementara ini?hebat dan berjaya yang saya maksudkan itu adalah seperti menjadi usahawan yang berjaya, menjadi ahli politik yang di segani dan di hormati, menjadi seorang ketua yang di sanjung dan di segani, menjadi seorang pelakon atau penyanyi yang hebat dan diminati ramai, menjadi ahli sukan yang berjaya?-walhal kebanyakan bidang seperti ini kebiasaannya banyak perlu melanggar syariat islam untuk menjayakannya (contohnya:harus pandai menipu, mengumpat, menabur fitnah, mencela, rasuah, menganiaya, bersosial dan bergaul bebas, berurusan secara haram/melanggar undang2 negara, harus menguar-uarkan kejayaan dan kebolehan kita kepada umum (takbur), meninggi diri dan lain-lain lagi) . Jika tidak, kita akan mudah ditindas sekaligus akan ditenggelamkan oleh orang yang lebih rakus untuk mengejarnya. Apa pendapat tuan mengenai hal ini.

    Like

    1. Jawapan kepada soalan pertama: Tentang sayang Allah. Sayangnya Allah itu, meliputi sekalian anak Adam. Allah sayang kepada semua makhluk ciptaanNya. Cina, India, Melayu dan seluruh makhluk manusia, Allah ynga jadikan, semestinya Dia sayang kepad semua, sebab Dia yang jadikan. Orang Cina, India dan Muslim, seuanya boleh melihat, boleh mendengar, boleh bertutur dan sebagainya. jika Allah tidak sayang kepda semua, pastinya dimelihat, mendengar, bertutur dan bergerak itu, akan hanya diberi kepada orang yang bergama slam saja!.

      Hanya makrifat sahaja satu-satunya ilmu didunia ini, yang boleh mengubah dunia dan yang boleh mengubah seorang manusia dari jahat menjadi baik. Untuk itu, carilah makrifat supaya kita jadi anakyang baik, pekerja yang baik, pendu yang baik, banduan yang baik dan menjadi manusia yang baik.
      Amin drp Hj Shaari

      Jawapan kepada persoalan kedua.
      Sedangkan kenapa agama-agama lain pun boleh bertutur, melihat, mendengar dan bergerak sebagaimna orang islam, itu adalah tandanya Allah sayang kepada semua ciptaannya.

      Like

  21. Salam tn haji shaari dan muslimin dan muslimat yg dirahmahti ALLAH. Saya mohon izin untuk memberi sedikit pendapat tentang dalil seperti : Kepada orang berkenaan, adapun dalil untuk mengenal Allah itu, adalah bagi orang yang belum mengenal. Jika sudah mengenal, apakah perlu lagi memakai dalil. Seumpama, apakah untuk mengenal ibu bapa kita sendiri itu, memerlukan kepada. Pendapat saya simple je, dalil yg nyata dan jelas adalah pada diri kita sendiri, ertinya diri kita ini lah dalilnya, tapi apabila diri fana maka dalil pun fana. Terima kasih.

    Like

  22. awaluddin makrifatullah…jika ilmu makrifat di bilang sesat trus gmn dengan ilmu2 yang lain..teruskan perjuanganmu hj sharii selalu di tunggu kajian baru tentang.ilmu makrifnya by arik indonesia whattapps 087855773000

    Like

  23. Alhamdulillah..
    Assalamualaikum kpd tuan hj shaari dan pencinta ilmu Allah..
    Sudah terang lagi bersuluh..
    Subhanallah…nuurun ‘alannuur..bertambah kefahaman saya yg serba bodoh ini akan ilmu makrifatullah ini..
    Bak kata baginda sayidina Ali r.a..tidak aku lihat sesuatu melainkan kulihat Allah sebelumnya
    Banyak kupasan detail dari tuan hj shaari yg dapat dikutip dan dipelajari..izinkan saya mengambil secebis dua buat penawar jiwa..insyaAllah

    Like

  24. Assalamualaikum , nama ana fitri. Salam perkenalan ..Alhamdulillah , Terima kasih kepada Tuan Guru atas perkongsian . Boleh add ana dalam group whatapp 012-4348344. Jazakallah hukhair

    Like

  25. Alhamdulillah…terimakasih atas ilmu pemahamanya…semoga pak haji selalu di berikan kebaikan didalam penyampaian..salam dari kalimantan timur

    Like

Leave a comment