Tak Sepatutnya Bertanya Seperti ABR

 

(Petikan daripada keterangan Tuan Haji di atas)

Belajar ilmu makrifat itu, adalah bertujugan untuk belajar supaya sampai kepada tahap “kita tidak lagi terlihat adanya kita”. Dalam bahasa lain, belajar makrifat itu, adalah bertujuan biar sampai kepada tahap “jangan sampai terlihat adanya diri”.

Terlebih dahulu maafkan saya Tuan Haji, mengaju sedikit persoalan yang amat mengelirukan saya. Setelah seseorang itu berjaya sampai pada tahap “kita tidak lagi terlihat adanya kita” dan sampai pada tahap “kita tidak lagi terlihat adanya diri”. Maka berada pada tahap ini, apakah seseorang itu tidak lagi merasa hendak terberak (buang air besar) setelah makan? Apakah seseorang itu tidak lagi merasa hendak terkencing setelah minum agak berlebihan? Begitu juga setelah makan minum sepuas-puasnya mungkin seseorang itu tidak lagi merasa mahu bersendawa dan terkentut?

Kemudian sekiranya masih berlaku aktiviti-aktiviti seperti pertanyan saya tu terhadap seseorang yang telah berjaya sampai pada tahap tersebut, lantas mahu disandarkan pada siapa segala aktiviti dalam bentuk perbuatan yang terbit daripada seseorang yang berada pada tahap “tidak terlihat lagi adanya kita”?

Adakah situasi ini yang dimaksudkan, “La maujud illallah” yang bererti “Tiada yang wujud melainkan Allah? Oleh demikian pada tahap tersebut jika masih berlaku aktiviti seperti pertanyaan saya tu, bererti Allah makan? Allah berak? Allah kentut? Allah sendawa? Jadi, yang benar-benar makan itu siapa, hamba ke? Allah ke yang makan? Hisyyy…tidakkan kot macam tu Tuan Haji? Pelik la pulak bunyi Allah berak kencing ni. Minta sedikit pencerahannya Tuan Haji.

ABR | mustapharomli@yahoo.com | 203.106.151.225 | 31/03/2014 jam 8:58 PM

JAWAPAN HJ. SHAARI KEPADA PENULIS KOMEN BERNAMA ABR

Pertanyaan tuan itu, telah menggambarkan jauhnya dari ilmu mengenal diri dan terlebih jauh lagi dari ilmu mengenal Allah. Jika tuan orang yang berilmu (mengenal Allah atau mengenal diri), tidak terlafaz dan tidak akan timbul persoalan seperti itu. Saya kira pertanyaan itu, adalah pertanyaan orang yang tidak berilmu. Tuan masih jauh dan masih berada pada tahap orang yang tidak berilmu, jika tuan orang yag berilmu, masakan boleh sabitkan kepada Allah makan, berak, dan kencing. Saya malu hendak menjawab pertanyaan tuan, biarlah tuan kata saya jahil atau bodoh, memang saya jahil dan bodoh.

Tuan cuba baca komen-komen orang lain, orang lain seorangpun tidak bertanya seperti komen tuan. Orang berilmu tidak akan bertanya soalan seperti itu. Tuan tanya sedemikin tandanya tuan orang yang tidak mengenal diri, jika orang yang mengenal diri, tidak mungkin terlafaz di mulutnya soalan seperti itu. Biarlah saya serahkan kepada sahabat-sahabat di luar sana untuk menjawabnya. Saya tidak ada ilmu dan jahil untuk menjawab soalan tuan. Ilmu saya rendah dan sehingga tidak tahu atau belum sampai kepandaian saya untuk menjawab soalan yang tinggi seperti soalan tuan.

Cuma yang boleh saya jawab, apakah boleh kita arahkan gambar atau bayangan kita yang di dalam cermin itu berak? Cuba tuan suruh gambar di dalam cermin itu berak, dan cuba cucuk mata yang di dalam cermin dan pulas telinga yang di dalam cermin itu, boleh tidak? Itulah bagi menggambarkan kita ini tidak sedikitpun berdaya upaya, tidak sedikitpun berkuasa dan tidak sedikitpun punya apa-apa, hendak berak atau hendak kencingpun kita tiada upaya jika tidak dengan kehendak atau jika tidak dengan kerana Allah. Kerana Allah kita kencing, kerana Allah juga kita berak dan kerana Allah juga kita kentut. Jika tidak kerana Allah, masakan tuan boleh berak, kencing atau kentut?

Kita tidak ada dan kita tidak wujud, yang bersifat ada dan yang bersifat wujud itu, adalah hanya Allah. Jika kita tidak ada mana mungkin kita tahu kita berak atau tidak. Jika kita tidak ada mana mungkin kita tahu kita kentuk atau kencing.

ORANG YANG ADA DIRI SEPERTI TUAN SAHAJA YANG BOLEH KATA ALLAH BERAK, ALLAH KENCING DAN ALLAH KENTUT. Orang yang tidak ada diri seperti kami ini, adalah orang yang TIDAK BOLEH kata Allah berak, TIDAK BOLEH kata Allah kentut dan orang yang TIDAK BOLEH kata Allah kencing, sebab apa kami golongan yang tidak boleh berkata begitu, sebabnya adalah kerana kami ini, adalah golongan yang tidak ada diri. Golongan yang tidak ada diri seperti kita ini, adalah golongan yang tidak mengumpamakan Allah berak, kencing atau kentut. Diri kita tidak ada, makanya kita tidak kata Allah berak, kentut atau kencing. Kerana tuan ada dirilah, makanya tuan boleh dan sanggup mengumpamakan Allah berak, Allah kentut dan Allah kencing. Bilamana kita merasa diri kita itu ada, maka itulah sehingga tergamak kata Allah berak, Allah kencing dan Allah kentut. Orang yang ada diri seperti tuan sahaja yang sanggup kata Allah berak, kentut atau kencing. Kami golongan yang tidak ada diri, tidak sekali-kali boleh kata Allah berak, kentut tau kencing.

Tuan kata Allah berak, Allah kentut dan Allah kencing itu, adalah sebab kerana tuan masih mengadakan diri dan mengadakan Allah (SYIRIK). Ada Allah dan adanya diri itu, hukumnya syirik. HUKUMNYA SYIRIK. Kita bersifat tidak ada, bilamana Allah bersifat ada, sifat Allah itu adalah teramat-amat bersalahan dengan sifat kita yang baharu ini. Bila Allah bersifat ADA, bererti kita adalah bersifat TIDAK ADA. Jika ada diri tuan, sila tunjukkan di mana nama tuan?

Bertanya itu, sila guna adab yang sopan, supaya jawapan juga sopan. Tidak senonoh mengatidakan Allah berak, cuba cari ayat yang baik sikit, supaya manis telinga mendengar. Saya tahu tuan orang cerdik, jadi jika cerdik sila guna bahasa yang sopan, ini seolah-olah tuan hendak menjolok sarang tebuan. Jika ya pun, janganlah guna bahasa Allah berak, jijik saya mendengarnya, kan Allah itu Maha Suci.

Saya buat contoh TAHI itu, supaya tuan sedar, apa rasa hati tuan jika saya guna bahasa tahi, sedap tidak bunyinya? Jika tuan rasa tidak sedap, berlebih lagi tidak sedaplah telinga, bila guna nama Allah bagi tujugan mempersenda ilmu orang. Saya sedar yang bahasa tuan guna itu, seolah-olah menyindir saya biarpun nampaknya kelihatan seperti baik (saya orang tua, saya tahu bahasa baik atau bahasa sindiran).

Kiasan gambar yang di dalam cerminlah itu, itulah diri kita! Adapun diri kita itu, cuma sekadar bayang tuan yang empunya bayang. Jika tuan berkuasa berak, cuba cium tahi tuan dan jika tahi tuan itu busuk, cuba suruh ianya jadi wangi, boleh tidak?

Maka ambillah perhatian dengan contoh gambar atau contoh wajah tuan yang ada di dalam cermin, itu adalah contoh atau satu tauladan yang baik. Bagi menggambarkan kita ini sebenar-benarnya tidak ada dan tidak punya apa-apa, jika adanya diri sekalipun, adanya diri kita itu, adalah sekadar bayang. Cuba tuan lihat cermin dan cari, manakah yang dikatidakan nama tuan di atas diri tuan. Nama tuan sendiripun tidak ada di atas diri tuan, apa lagi sifat tuan. Jika tuan kata diri tuan ada, cuba tunjuk, mana nama tuan? Dan cuba cari mana bahagian anggota tubuh badan yang menjadi milik atau kepunyaan diri tuan.

Saya ini tidak pandai, jadi jawapanpun tidaklah seberapa, jadi bertanyalah kepada orang yang lebih arif. Maaf jika saya tidak pandai menjawab pertanyaan. Saya minta maaf kiranya bahasa saya terkasar dan harap tuanpun jangan berkasar dan samakan Allah dengan berak atau kentut, tidak manis begitu kalaupun tuan ini seorang yang berilmu.

Saya tidak pernah mengajar Allah berak, Allah kentut, Allah kencing atau Allah sendawa. Semasa hayat saya menjadi seorang penceramah, setahu saya, saya hanya mengajar Allah melihat, Allah mendengar, Allah berkuasa, Allah berilmu, Allah hidup dan hanya Allah sahaja yang wujud (ada). Tidak pernah saya mengajar Allah berak, kentut, kencing dan Allah sendawa. Jangan buat tuduhan yang berbentuk memfitnah, tidakkah fitnah itu lebih buruk dari membunuh atau berzina.

Jika tuan tidak suka kepada tulisan saya, janganlah carutkan Allah. Pertanyaan tuan itu, seolah-olah satu sindiran. Saya orang tua, jadi kata-kata sedemikian itu, sudah cukup buat saya faham, yang tuan sebenarnya menyindir saya dalam baik, nampak perkataan tuan itu seolah-olah bertanya, namun sebagai orang tua, saya cukup faham akan duduknya perkara. Namun saya masih berharap dan berprasangka baik terhadap tuan hendaknya. Lain kali bila bertanya gunalah bahasa yang baik, kerana Allah itu Maha Suci, janganlah tahi, berak, kencing, sendawa atau kentut pula dibuat contoh. Cuba tuan lihat pula, bila saya buat contoh tahi, SEDAP TIDAK TUAN DENGAR? Jika tuan tidak sedap dengar bila saya bunyikan contoh tahi atau bau tahi busuk boleh tuan ubah supaya menjadi wangi, kan tidak sedap didengar (saya guna bahasa tahi sebagai contoh itu), sebagai contoh dan pengajaran kepada tuan. Jika tuan tidak sedap dengar bila saya guna bahasa TAHI, sebegitulah tidak sedapnya telinga saya untuk mendengar contoh tuan. Tidak layak dan tidak sopan bahasa soalan tuan itu, seolah-olah mengeji Allah, biarpun secara tidak derek (sudah cukup membuat saya faham).

132 Replies to “Tak Sepatutnya Bertanya Seperti ABR”

  1. Setiap apa yg telah ditulis @ ditanya oleh saudara abr adalah tidak lain dan tidak bukan adalah dari gerak dan ketetapan DIA yang telah menulis sejak azali sebagai teguran daripadaNYA jua untuk kita semua supaya kita dapat memperbaiki kelemahan penyampaian ilmuNYA kepada mereka yang baru nak belajar.

    Like

  2. Salam kpd smua..lihat lah guru. kekayaan allah..dtgnya yg berbahagia saudara abr ini demi mnunjukkan khebatan allah dan ksempurnaanyajuga. .jika sudah khendaknya tiada siapa pn yg bisa mghalang.. jd aggplah komen dr saudara abr ini sbg wasilah untuk kita trus mndalami ilmu allah yg trcinta ini.. saudara abr pn tidak brupaya untuk menaip kalimat2 allah utk mngomen disini mlainkan dgn izin allah jua.. kpd saudara abr truskn usaha murni saudara.trima kasih krana sudi membri tunjuk ajr..insyaallah perkara n niat yg baik.pasti baik akhirnya:)

    Like

  3. Soalan saudara ABR di atas ini jawapan ringkas saya. Selagi saudara ABR masih nampak diri, selagi itu saudara ABR tidak dapat terima apapun yang saya katakan nanti, kecuali bila saudara ABR tahu ilmu mati sebelum mati. Selagi masih bertanya dan merasa diri saudara ABR benar, selagi itulah saudara tidak melihat kebenaran dari Tuan Guru dan sahabat yang lain kecuali di hati saudara ABR itu IKHLAS, barulah Allah buka jalan mudah faham. Saya tidak nampak saudara ABR berniat untuk tahu tapi sebaliknya. Bila saudara ABR terlihat ESA ALLAH pasti saudara ABR terkelu lidah.

    Like

    1. Salam ukuwah buat sahabat Zie. Di sekitar Kuala Lumpur, ada tak tempat belajar atau guru yang boleh mengajar mengenai ilmu makrifat ni? Niat saya nak belajar dengan Tuan Guru Hj. Shaari tu, tapi tak tau Tuan Guru mengajar kat mane.

      Like

  4. Agak lama saya tidak menulis dalam ruang ini, tetapi tetap dan sentiasa mengikutinya. Saya rasa sudah acapkali saya berpesan dalam blog tuan guru ini, agar cara kita menimba ilmu ini biarlah dalam keadaan memberi dan menerima, dalam erti kata berkongsi, berkongsi secara berhemah, bukannya cara menyindir atau perli serta berlagak sombong atau angkuh. Kalaulah begini caranya, di manakah hikmah dan kafiat setiap ilmu itu untuk diamalkan?

    Walau apapun setiap perkataan yang tuan-tuan tulis ini benar belaka, kerana ADA kata sebelum PERKATAAN, DIA YANG MAHA BENAR membenarkan semuanya kerana DIA mendahului setiap yang lepas berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Carilah dan amalkan dengan apa yang diperolehi, jika sesuai ilmu yang kita dapati dan tidak terkehel dari kalimahnya amalkan dengan tekun, ingat! Jawapan setiap amal itu ada dalam amalan yang dilakukan, TIDAK dinamakan SOLAT selagi mana TIDAK merasai DIPERSOLATKAN, TIDAK dinamakan ZIKIR selagi mana TIDAK merasai DIZIKIRKAN, TIDAK dinamakan RATIB selagi mana TIDAK merasai DIRATIBKAN.

    Semua permasalahan atau pertanyaan yang diajukan yang mana sukar untuk dirungkai dalam perkataan akan terjawab, BILA, DIMANA untuk merasai ini hanya DIA yang maha mengetahui. Wassalambilqhairiajimaiin.

    Liked by 1 person

    1. “Ingat! Jawapan setiap amal itu ada dalam amalan yang dilakukan, TIDAK dinamakan SOLAT selagi mana TIDAK merasai DIPERSOLATKAN, TIDAK dinamakan ZIKIR selagi mana TIDAK merasai DIZIKIRKAN, TIDAK dinamakan RATIB selagi mana TIDAK merasai DIRATIBKAN”. – (Petikan sahabat Osman)

      Peganglah pada ini! kerana inilah pegangan tauhid yang kembalikan segalanya atau sekaliannya kepada Yang Satu! Maka dengan itu bungkuslah dirimu sekalian dalam ILMUNYA!

      Apa upaya kita? Apa kuasa kita? Kerana segalanya adalah milikNya!

      Ahad…Ahad…Ahad…!

      Ikhlas

      1

      Like

  5. Stelah smuanya kembali pd ALLAH..maka yg ada hnyalh ALLAH..Sgala sbutan.,sgala prktaan segala apa2 skalipn lnyap pd kwujudn ALLAH..sy xnk bkata pnjang..sbbny y brada dsni smua sbnarny tlh tsgt fhm akn ilmu ini..cuma nk kmukakn 1 cntoh..1 je cth..pktaan @ nama’solat’..bila pkataan @ nama tu kembali kpd sbnar nma(empnya nama)..yakni ALLAH..tdaklah lg tpgil solat..mlainkn ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH.inilah ilmu ahli makrifat..ap jua pkataan @ nma..itulah DIA..TNMPAK BYK..TP SATU..barulah tlihat org mti bjalan d atas muka bumi ni..

    Like

  6. Jdilh bkas bg ALLAH..jika tdk blh jd bkas bg ALLAH..jgn jd bkas kpd dri kmu sndri..jika tdk blh jd bkas kpd dri kmu sndri..mka jdilh bkas bg ALLAH

    Like

  7. Mnunjuk2 klebihn dri @ karamah adlh tdk baik..mrilah kita tgelamkn dri kita dlm lautn tdk wjud(fana) dan timbul smula dgn pkaian wjud(baqa)

    Like

  8. Serulh mnusia ke jln ALLAH dn jgnlh dpggil mereka kpd drimu sndri..jika seorg alim dgki kpd seorg alim yg lain mjlnkn tgas sptny juga iaitu mgjak mnusia ke jln ALLAH..maka itu bererti bkn mgjak mnusia ke jln ALLAH ttapi adlh kpd driny sndri..jika tdk apakh sbb dia dgki

    Like

  9. Jdilh bkas bg ALLAH..jika tdk blh jd bkas bg ALLAH..jgn jd bkas kpd dri kmu sndri..jika tdk blh jd bkas kpd dri kmu sndri..mka jdilh bkas bg ALLAH

    Like

  10. Mnunjuk2 klebihan dri itu@karamah tdaklh baik..mrilh kita tgelamkn dri kita dlm lautn tdk wjud(fana) dan timbul smula dgn mmakai pakaian wjud(baqa)

    Like

  11. Lazimnya kebanyakan manusia lebih tertumpu pada kejadian yang berlaku, sebaliknya terlalu sedikit di antara manusia yang melihat pada sebab-sebab berlakunya sesuatu kejadian. Saya dikatakan berlagak sombong, bongkak dan sebagainya, tetapi tiada seorang pun di sini yang bertanya SEBAB apakah budak ABR ini berada pada posisi yang sedemikian rupa? Mereka lebih cenderung memberi fokus serta menilai pada perlakuan budak ABR, tetapi tidak pada isinya atau apa yang dituturkannya.

    Like

    1. Saya tiada perkatakan anda sedemikian sahabatku ABR.

      “Lazimnya kebanyakan manusia lebih tertumpu pada kejadian yang berlaku, sebaliknya terlalu sedikit di antara manusia yang melihat pada sebab-sebab berlakunya sesuatu kejadian”. (Kata-kata anda di atas)

      Saya tidak melihat begitu kerana telah terlihat “MUSABIT” atau “PUNCANYA” – ALLAH! Sebab itu saya sentiasa menyeru kepada semua waimah kepada tuan-tuan guru sekalipun untuk bersangka baik kepada semua umat!

      “Saya dikatakan berlagak sombong, bongkak dan sebagainya, tetapi tiada seorangpun di sini yang bertanya SEBAB apakah budak ABR ini berada pada posisi yang sedemikian rupa? Mereka lebih cenderung memberi fokus serta menilai pada perlakuan budak ABR, tetapi tidak pada isinya atau apa yang dituturkannya”. (Kata-kata anda lagi di atas)

      Sekiranya sahabat melihat komen-komen saya terdahulu tiada pernah saya katakan demikian kepada sesiapapun. Saya bertindak “neutral” mengikut kefahaman yang diberi olehNya tanpa “prejudis” kepada sesiapa kerana terlihat, terdengar Yang Satu sahaja.

      Dari kata-kata sahabat di atas terdapat rasa kekecewaan di atas jawapan-jawapan yang diberikan oleh tuan guru dan sahabat-sahabat yang lain. Oleh yang demikian, saya copy pastekan lagi di bawah komen atau jawapan saya terdahulu di atas.

      Dengan kata lain, kalian masih diperlihatkanNya, diperdengarkanNya pada ilmu, pada agama, pada istilah dan sebagainya, tidak mengapa itu! Kalian benar semuanya, SANGAT-SANGAT BENAR!

      Anda benar sahabatku ABR!

      Ikhlas

      1

      Like

  12. Hanya allah pemberi faham.Beribu dalil dan contoh diberikan untuk faham,jika allah tidak berkehendak,nescaya tidak akan faham.Harus bagaimana mahu diterbitkan rasa faham ini…?
    Jika sudah tiada lagi umpama,tiada lagi contoh dan sudah habis dalil dibacakan namun masih tiada beroleh faham,apa boleh buat….terima sahaja ketentuan ini.(Sekadar contoh belaka,beribu kemaafan jika ianya kurang enak didengar):Selama mana najis di dalam perut,seminggu,sebulan atau setahun namun tetap sah solat,namun jika telah terkeluar ia,dibungkuslah berapa kali bungkus dan diberi wangilah beribu kali wangi.namun tetap tidak akan sama semasa ia didalam dan setelah ia keluar.Ia tidak berhuruf dan tidak pula bersuara,tetapi ia tetap berkata-kata.Jika ia telah berkata-kata,benarkanlah kata-kata itu.Peganglah kata-kata itu,biarlah lebur dan karam dalam kalimah itu.Hendaknya janganlah sampai terbit dihujung bibir.Namun jika berkehendak ia akan begitu,apapun boleh.Tiada daya upaya melainkan dia.Belajar mengenal ini tuan-tuan,bukannya hendak menjadi allah.Ya…allah tetap allah.Benarkan kata-kataNya.Janganlah hendaknya terpekik terlolong memanggil namanya sedangkan tidak kenal empunya nama.Amin…..mohon berbanyak kemaafan jika ada terkasar dan tersasar.Sekadar coretan.

    Like

  13. Bukan NIAT berkata ABR sombong atau sebagainya, apakah molek jika keluarkan jika ADA yang mahu dikongsikan tanpa memperkecilkan ILMU ALLAH yang dicurahkan di benak sanubari Hj. Shaari dan yang lain, katakan terus TERANG secara FATONAH dan JANGAN BERSAMA kebencian supaya tanggapan terhadap ABR POSITIF. Alangkah baik jika saudara ABR berhajat dengan NIAT IKHLAS mendalami kefahaman ILMU yang Hj. Shaari katakan, kata orang “BERADAB ITU CERMIN ORANG MUKMIN YANG BERIMAN. Jika saudara ABR nak fahamkan ILMU yang saudara ABR nak kongsikan, kami sedia untuk mendengar tapi dengan SYARAT harus dengan PENUH KASIH DAN TAWADHUK, jangan ada hina menghina terutamanya ALLAH, andai bertanya gunakanlah percakapan dan ayat yang elok agar terserlah IMAN sebagai orang-orang berpegang pada tali ALLAH, amin.

    Like

  14. Si Fulan memandu kereta, di hadapan lampu isyarat MERAH menyala, si Fulan terus juga memandu. Seketika kemudian, beliau ditahan dan disaman oleh pihak berkuasa, si Fulan merungut memarahi lampu merah dan pihak yang menyamannya. Apakah lampu merah dan polis yang bersalah dalam hal ini? Gunakanlah KELEMBUTAN MUHAMMAD dalam pertanyaan, mencari, menuntut, tahkit ilmu ini, gunakanlah KEKERASAN MUHAMMAD dalam fiisabillillah.

    Liked by 1 person

    1. Saudara Osman, maka jelaslah kesempurnaan, kebijaksanaan dan keperkasaan Allah, tersimpullah “rasa hampir tapi tidak bersatu, jauh pula tidak berjarak”. Akal kita memikir hati merenung kehalusan ciptaan Allah, maka tertanamlah rasa kesedaran dan keinsafan, lalu beruntunglah bagi mereka yang mendapat petunjuk. Salam hormat dan terima kasih.

      Like

  15. Benar saudara-saudaraku semua, DIA DEKAT TIDAK TERCAPAI DIA JAUH TIDAK BERJARAK KERANA DIA TIDAK DIBATASI OLEH JARAK DAN WAKTU. Setelah faham duduk perkara, maka yang terpenting amalkan supaya tidak terputus hubungan denganNya, sertakan doa yang tidak berhuruf dan bersuara, kerana DIA Maha Mendengar lagi Mengetahui. Jangan kita membaca doa, kerana bagi orang yang melalui jalan ini tidak membaca doa tetapi mereka berdoa. Mudah-mudahan, secara fitrahnya akan tersingkap apa yang kita semua cari. Walaupun ilmu yang ada melangit tingginya, tapi sia-sia tanpa amal. Cuba saudara-saudaraku renung dan amati, apa rasanya bila berdoa atau membaca doa? Semoga dirahmati Allah semuanya, amin.

    Liked by 1 person

    1. Assalamualaikum Tuan Osman. Sangat baik penerangan tuan sebagai orang lama dalam bidang keilmuan ini. Saya sebagai orang yang baru belajar mohon agar kiranya tuan kupaskan perbezaan antara berdoa dan membaca doa. Mudah-mudahan, kupasan tuan akan menambah pengetahuan kepada yang baru belajar seperti saya. Terima kasih.

      Liked by 1 person

    2. Saudara Osman, baik sangat pertanyaan Aziela tu, siapa yang berdoa? Siapa yang membacakan doa dan siapa pula yang kena doa? Mudah-mudahan, apa yang menjadi amalan kita terputus pada asal PUNCANYA! Salam hormat kepada semua sahabat dan Tuan Guru Hj. Shaari, terima kasih.

      Like

  16. Assalamualaikum,
    Kepada tuan ABR, pesan guru saya, jika ingin menyalahkan ilmu orang, kaji dan pelajarilah ilmu orang itu dari tuan badan sendiri sampai habis khatam terlebih dahulu kemudian barulah kamu buat keputusan.

    Jika setakat tuan baca di blog ini, mungkin maksudnya tak tersampai kepada pemahaman tuan. Ataupun mungkin lain yang dimaksudkan oleh Tuan Hj. Shaari lain yang tuan fahamkan. Apa kata jika tuan belajar sampai khatam dengan Tuan Haji Shaari sendiri jika tuan benar-benar ikhlas ingin mencari kefahaman dan jawapan atas persoalan tuan.

    Melainkan jika tuan memang sengaja ingin menjolok sarang tebuan kerana saya perhatikan tuan punya asas kefahaman yang baik dari hujah-hujah yang tuan kemukakan.

    Saya pun sudah berumur spt Tuan Haji Shaari. Sudah lama saya berkecimpung dalam dunia online. Terlalu ramai yang saya jumpa terover excited dengan ilmu sendiri kemudian tanpa segan silu mendabik dada mencari kesalahan dalam ilmu orang lain. Bukan mereka tak tahu jawapannya tetapi saja nak pancing ajak orang berdebat. Berdebat pula bukan untuk mencari kemurnian ilmu untuk memperbaiki amal tetapi sebaliknya untuk semata-mata menyuburkan nafsu yang kotor.

    Jika tuan bukan jenis yang demikian, alhamdulillah. Eloklah tuan bersemuka atau hubungi Tuan Haji Shaari di no telefonnya yg tertera untuk membincangkan persoalan tersebut. Jauhilah perlakuan tajassus.

    Wallahua’lam.

    Like

  17. Soalan Tuan ABR pasal Allah buang air besar dan buang air kecil.
    Jawapan ringkas saya….Laisa kamislihi syai’un.

    Hanya jawapan syariat yang selayaknya bagi soalan yg takluk syariat.
    Don’t go further. Allahu a’lam.

    Like

  18. Assalammualaikum sahabat2 sekalian. Setelah saya membaca tulisan2 sahabat byk sungguh manfaat yg diperoleh. Tidak kira apa bentuk tulisan sahabat2 sama ada baik mahu pun buruk, sama ada puji atau pun keji .Yang baik dan buruk, yang puji dan keji adalah ilmuNya juga. Tidak ada yg ada melainkan Dia.terima kasih sahabat semua.

    Like

  19. Salam Abr tauhid mu sunguh baik .

    Allah dan mahluk berbeza sebagaimana seorang membuat roti dia. Dan
    Hasilannya berlainan

    Tidak ada ampunan syirik menyamakan tuhan dan mah

    Like

  20. Asalamualaikum…sy insan yg ingin merangkak untuk mengenal diri..d sini sy ingin brtanya kepada ahli2 makrifat.merangkak nya saya untuk mengenal diri alhamdulilah tiada halangan nya…tapi dgn izin nya perjalanan sy terbehenti seketika kerana oleh 1 sebab..sebab nya ada lah persoalan yg jwpn nya x sy dtemui…soalan nye begini…kita ambil contoh solat.bila solat, fana’ kan diri yakni bserah diri ke pada allah.maka tiada lah diri lg…siapa kah yg tgah bsolat e2 jika diri kita dah tiada?pasti jwpn nya allah kan..e2 dlm solat..jika di kehidupan nyata?siapa kah yg tgah bjalan di muka bumi ini jika diri kita tiada?pasti jwpn nya allah kan.yg mjadi persoalan sy siapa kah yg akan dihisab d akhirat nanti jika diri tlah tiada?adakah tubuh kita yg akan dihisab?atau roh?tpi roh tlah kita serah kan pada allah pula.situasi mcm ni mbuat sy duk pening..sy tgu jwpn ya…asalamualaikum.

    Like

  21. Aslmkm abr!saya telah lama mengukuti blog Tuan hj.ashaari antara penoraka yg senyap ten tang makrifatullah.soalan abr tu memang suul Adab.saya jawap dgn simple sj.hidup dan mati siyang dan malam ini nama nya sunnatulla jadi tuan abr sudah clear.

    Like

  22. Aslmkm Tuan hj!nama saya sebenar adala kiram b.hj.harun dari Sabah Sandakan juga aliran toriqat gazalia pelajar Tuan hj.d blog yg senyap ingin Ber bai’ah dgn Tuan hj.sekiranya d izin kan.terimah kasih Tuan hj.

    Like

  23. Bagaimana membuang najis dgn babi dari pandangan kita. Kan segala-galannya ALLAH. budak yg kena seksa. Org kena kerat leher. Budak dimasukkn dlm oven.panas smpai meletop terbakar. Putus kaki kena langgar. Rasa sakit tu btol2 sakit. Kita tk rasa. Yg kena yg rasakkn sakit . Satu saja lgi jawapan untuk sy..

    Like

  24. Bagaimana membuang najis dgn babi dari pandangan kita. Kan segala-galannya ALLAH. budak yg kena seksa. Org kena kerat leher. Budak dimasukkn dlm oven.panas smpai meletop terbakar. Putus kaki kena langgar. Rasa sakit tu btol2 sakit. Kita tk rasa. Yg kena yg rasakkn sakit . Satu saja lgi jawapan untuk sy.. Sy harapkan jawapan

    Like

Leave a reply to TAKTAHU Cancel reply