Rukun dan Hukum Sembahyang

 

DI SEBALIK FARDU SEMBAHYANG

Siapa Sebenarnya Yang Bersembahyang?

Tuan-tuan yang dirahmati Allah S.W.T sekalian. Semua orang boleh dan semua orang tahu menunaikan atau mengerjakan rukun sembahyang (rukun 13) dengan taat. Sayangnya, tidak ramai di kalangan kita yang tahu mengerjakan sembahyang. Perkara mengerjakan sembahyang dengan perkara mengerjakan rukun 13 sembahyang itu, adalah suatu perkara yang berbeza dan suatu perkara yang berlainan (sembahyang dengan rukun sembahyang itu berbeza). Perkara sembahyang dan perkara rukun sembahyang, akan kita bicarakan pada tajuk di bawah nanti. Dalam bab ini, mari kita tumpukan perhatian kepada perkara, siapakah yang sebenar-benar bersolat?

Perlu diingatkan di sini bahawa sebelum kita mendirikan sembahyang (solat), hendaklah terlebih dahulu kita mengetahui siapakah sebenar-benarnya yang bersembahyang? Untuk menentukan siapakah yang bersolat, hendaklah kita mempelajari terlebih dahulu perkara seperti berikut:

1) Sembahyang sebelum sembahyang (solat sebelum solat atau fardu sebelum fardu)
2) Sembahyang semasa sembahyang (solat semasa solat atau fardu di dalam fardu)
3) Sembahyang sesudah sembahyang (solat sesudah solat atau fardu sesudah fardu)

Sesudah kita benar-benar tahu akan ketiga-tiga perkara di atas, barulah boleh dikatakan yang kita ini benar-benar sembahyang. Barang siapa yang berhajat untuk mengetahuinya, mari kita sama-sama ikut pelayaran ilmu ini bersama saya. Pelayaran melalui bahtera makrifat itu, adalah pelayaran bahtera ilmu yang selalu menempuh gelombang fitnah, tiupan angin sesat yang kencang dan gelora tuduhan salah yang boleh mendatangkan maut dan karam. Gelora fitnah di lautan ilmu makrifat ini, selalunya tidak pernah sepi. Namun, barang siapa yang tahan dengan gelombang, gelora serta ombak lautan fitnah makrifat, ayuh mari kita sama-sama mengembara.

Sebelum kita berlayar di lautan fitnah ini, terlebih dahulu saya ingin mengajukan beberapa persoalan kepada tuan-tuan, siapakah yang bersolat sebelum kita solat? Siapakah terlebih dahulu mengerjakan sembahyang, sebelum tuan-tuan bersembahyang? Bolehkah solat kita itu, dibuat-buat sendiri, ditetapkan, dikerjakan atau diperlakukan dengan kuasa diri kita sendiri?

Bolehkah kita berkuasa untuk berdiri mengerjakan solat, jika tidak “terlebih dahulu didirikan”? Siapakah yang mendirikan kaki tuan-tuan, sebelum tuan-tuan berdiri, siapakah yang mendatangkan gerak sebelum tuan-tuan bergerak untuk bersembahyang? Siapakah yang menetapkan tuan-tuan untuk mengerjakan sembahyang? Cuba jawab dengan ikhlas, bolehkah kaki kita ini berdiri tanpa didahulukan oleh berdirinya Allah S.W.T? Bolehkah kita berniat, sebelum diniatkan terlebih dahulu oleh Allah S.W.T? Bolehkah kita rukuk, sebelum terlebih dahulu dirukukkan oleh Allah S.W.T? Siapakah yang memulakan pekerjaan sembahyang, jika tidak dimulai oleh Allah.

Adakah kuasa sembahyang itu, kita? Adakah yang memulai sembahyang itu, kita? Adakah yang rukuk itu, kita? Adakah yang sujud itu, kita? Cuba jawab, mana kuasa, mana kudrat dan mana kehendak serta kemahuan kita? Jika tidak digerakkan, dimulai dan jika tidak bermula dengan kudrat dan iradat Allah. Jika tidak dengan kehendak, kemahuan dan cita rasa kudrat dan iradat Allah, bolehkah kita bersembahyang?

Sebelum kita bersembahyang, sebenarnya Allah S.W.T telah terlebih dahulu mendirikan sembahyang kita di Luh Mahfuz. Sebelum kita beranak atau sebelum kita dilahirkan ke dunia ini, sebenarnya kita telah pun didirikan oleh Allah S.W.T untuk bersembahyang. Berdirinya kita untuk bersembahyang, sebenarnya adalah berdiri yang telah Allah S.W.T dirikan. Kita sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk mendirikan sembahyang, semasa di dalam kitab Luh Hul Mahfuz. Allah S.W.T telah terlebih dahulu mendirikan kita untuk bersolat, semasa di alam sebelum kita dilahirkan, Allah S.W.T sudah mendirikan kita sembahyang, semasa di dalam perut ibu lagi.

Jika tidak ditetapkan oleh Allah S.W.T di dalam Luh Hul Mahfuz, masakan kita boleh berdiri sembahyang. Pekerjaan sembahyang yang kita laksanakan itu, adalah pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh Allah S.W.T, sedari di alam Luh Hul Mahfuz. Perbuatan kita itu, sebenarnya bukan atas ketetapan atau kerajinan kita. Kita hanya mengikut garis yang telah Allah S.W.T tetapkan sedari dahulu. Kita hanya lalu, hanya ikut dan hanya turuti apa yang telah ditetapkan olehNya.

Kita hanya ikut apa yang sudah Allah S.W.T tetapkan. Pekerjaan sembahyang yang kita dirikan itu, bukan pekerjaan baru atau bukan perbuatan baru, ianya telah sedia ada di dalam kitab Luh Hul Mahfuz. Kita ini, hanya ajuk atau hanya sekadar melakonkan semula skrip yang telah disiapkan oleh Allah S.W.T. Kita seolah-olah melakukan pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh orang lain. Apakah boleh kita mengaku yang sembahyang itu kita punya? Apakah boleh kita mengaku yang mengerjakan sembahyang itu, kita? Cuba jawab.

Kuasa kaki untuk berdiri sembahyang milik orang. Kehendak untuk berniat sembahyang, milik orang. Yang menggerakkan solat, milik orang. Setelah semua seisi solat itu, milik orang, mana yang dikatakan bersolat itu kita. Cuba jawab?

Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan semua, adakah diri tuan-tuan itu, masih bersifat ada? Tidakkah sifat ada itu, hanya bagi Allah S.W.T? Bilamana Allah S.W.T bersifat ada dan tuan-tuan juga bersifat ada, tidakkah telah ada dua sifat wujud? Menduakan sifat Allah S.W.T itu, hukumnya syirik. Barang siapa yang menduakan Allah S.W.T, dosanya tidak akan diampun olehNya?

Sekiranya tuan-tuan sudah tidak ada, siapakah yang mengerjakan sembahyang? Hendak kata kita ada, bermakna kita telah menduakan sifat Allah S.W.T. Hendak kata tidak ada, yang membaca tulisan saya ini siapa? Hendak kata ada, salah dan hendak kata tidak ada pun salah. Hendak kata ada, seperti tidak ada dan hendak kata tidak ada, seperti ada. Bagaimanakah kesudahannya pegangan kita? Adakah kita perlu beriktikad seperti mana biskut Chipmore, sekejap ada dan sekejap tidak ada? Cuba jawab.

Siapakah sebenar-benarnya yang bersifat ada? Apakah yang ada itu, kita atau yang ada itu Allah S.W.T ataupun kedua-duanya dan adakah sekejap ada kita atau sekejap ada Allah S.W.T? Siapakah yang hendak mengerjakan sembahyang, sekiranya diri kita sudah tidak ada? Sekiranya tidak ada, ke mana perginya diri kita? Sekiranya kita mengaku bahawa diri kita ada dan Allah S.W.T juga ada, bermakna sudah kita adakan dua sifat Allah S.W.T. Di mana tempat duduknya iktikad kita? Beriktikad itu, biarlah putus. Jangan main sekejap ada sekejap tidak ada.

Bagi mendirikan sembahyang itu, hendaklah dengan mengunakan anggota kaki. Sekiranya tidak berkaki, bagaimana hendak berdiri? Siapakah pemilik anggota kaki kita?. Dalam geran asal (dalam rekod kad pendaftaran yang asal), siapakah sebenarnya yang menjadi pemilik asal yang sah kepada anggota kaki kita, cuba jawab?

Kaki siapa yang kita guna untuk berdiri? Cuba jawab. Tentu tuan-tuan takut hendak menjawab bahawasanya kaki itu, kaki Allah S.W.T. Mana mungkin Allah S.W.T ada kaki? Jika bukan kaki kita dan bukan kaki Allah S.W.T, kaki siapakah yang kita pakai? Itu baru pertanyaan tentang anggota kaki, bagaimana pula dengan anggota-anggota kita yang lain. Apakah masih ada lagi kepunyaan kita? Jika anggota itu bukan kepunyaan dan bukan milik kita, siapakah yang berdiri untuk bersolat? Kaki siapa, tangan siapa dan tubuh siapa yang bersolat? Sebelum, semasa dan sesudah itu, tidak sedikitpun tubuh kita ini milik kita, melainkan segalanya milik Allah. Setelah segalanya milik Allah, jadi siapakah yang bersolat?

Inilah yang hendak kita perhatikan, hendak kita tilik dan hendak kita amati betul-betul sebelum mengerjakan solat, supaya solat kita itu dikerjakan dengan kaedah yang betul (benar), tidak salah atau dikerjakan dengan cara sebenar-benar mengikut yang dikehendaki oleh solat, bukan hanya sekadar mengerjakan perbuatan sembahyang (mengerjakan perbuatan rukun 13).

Mari saya sebut lagi sekali, sekiranya segala anggota tubuh badan (diri) kita ini adalah hak kepunyaan Allah dan hak milik Allah, apakah lagi yang berbaki untuk kita, yang tersisa dan yang tertinggal untuk kita? Di sini bererti bahawa segala jasad tubuh badan kita ini, adalah milik Allah, sekiranya segalanya milik Allah, bererti sebesar zarah sekalipun, tidak ada hak kita, tidak ada milik kita dan tidak ada kepunyaan kita. Dengan itu, saya berseru kepada semua muslimin dan muslimat yang di luar sana, agar insaflah, sedarlah dan percayalah dengan sebenar-benar yakin bahawa sebenar-benar diri, sebenar-benar milik kita, kepunyaan kita itu, sebenarnya tidak ada. Yang ada, yang wujud dan yang maujud itu, adalah hanya Allah, hanya Allah dan hanya Allah.

Bahawa sesungguhnya wal awallu, wal akhiru, wal zahiru dan wal batinu itu, adalah Allah. Setelah segalanya telah kembali kepada Allah, manakah lagi adanya diri kita? Itulah sebabnya yang dikatakan berdiri kiam semasa berdiri solat itu, adalah dikatakan berdiri kiam (berdiri mati). Kiam itu, adalah bererti mati. Bila saja kita berdiri solat, itu adalah bererti kita berdiri mati atau bermaksud kita mati.

Semasa berdiri untuk bersolat itu, bererti diri kita sudah mati, iaitu hendaklah dimatikan diri kita atau diserah kembali diri kita kepada Allah. Setelah segalanya telah kita serah kepada Allah, itulah yang dimaksudkan dengan perkataan kiam (mati). Kiamkan dirimu di kala bersolat itu, adalah bererti hendaklah kita matikan diri di kala bersolat. Setelah kita berdiri kiam atau berdiri mati, mana mungkin ada lagi gerak kita. Seandainya kita masih mengaku kita yang bergerak (mengerjakan solat), bererti kita masih hidup, sedangkan makna, maksud atau erti perkara berdiri kiam itu, adalah merujuk kepada maksud “berdiri mati”. Bilamana berdiri mati, bererti kita mati, setelah kita mati, jadilah segala perbuatan solat itu, bukan lagi dikatakan kita, melainkan segalanya adalah kudrat dan iradat Allah. Untuk lebih jelas, mari kita ikuti bab di bawah.

RUKUN DAN HUKUM SEMBAHYANG

Selain dari rukun 13, sembahyang itu ada hukumnya. Hukum sembahyang itu ada 3 perkara, iaitu seperti berikut:

1) Hukum Fekli
2) Hukum Qauli
3) Hukum Qalbi

Di sini tidak bertujuan untuk kita membicarakan soal rukun 13, kerana rata-rata di antara kita kebanyakannya sudah maklum dan sudah mengerti perkara rukun 13. Mari kita guna ruangan yang terhad ini, untuk memberi lorong kepada “hukum sembahyang” dalam tafsiran ilmu makrifat.

1) Hukum Fekli

Soalan:

Apakah maksud, makna atau erti hukum fekli?

Jawapan:

Makna, maksud atau eri hukum fekli itu, adalah perkara “perbuatan” dalam solat. Persoalan perbuatan atau gerak geri dalam sembahyang itu, semua orang tahu dan semua orang mengerti untuk melakukannya. Seumpama berdiri, takbir, rukuk, sujud dan sebagainya itu, adalah dikenali sebagai perbuatan sembahyang. Apa yang kita lakukan di ketika bersolat itu, itulah yang dikatakan hukum fekli atau perbuatan sembahyang. Perbuatan sembahyang itu, adalah suatu perbuatan atau pekerjaan gerak tubuh yang boleh dilakukan oleh siapa sahaja, tidak kira kanak-kanak, dewasa, orang tua, oleh bangsa lain atau yang boleh dilakukan oleh agama-agama lain. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua di antara kita lulus dengan markah 100 persen.

2) Hukum Qauli

Soalan:

Apakah maksud, makna atau erti hukum qauli?

Jawapan:

Hukum qauli itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti bacaan, iaitu bacaan surah-surah atau ayat-ayat suci Al-Quran. Barang siapa yang hafal surah Al-Fatihah, sekalipun surah-surah lazim, ianya sudah memadai untuk dibuat sembahyang. Dihafal bacaan rukuk, iktidal, sujud, antara dua sujud, tahayat dan salam, ianya sudah memadai untuk dibaca ketika dalam bersolat. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua di antara kita lulus dengan markah 100 persen.

3) Hukum Qalbi

Soalan:

Apakah maksud, erti dan makna hukum qalbi?

Jawapan:

Hukum qalbi itu, adalah bererti, bermakna dan bermaksud bahawa solat itu bukan sahaja tertakluk kepada perbuatan dari anggota tubuh atau bacaan dari anggota bibir sahaja. Bersolat (bersembahyang) dengan hukum qalbi itu, adalah bersembahyang yang berserta dengan perbuatan batin dan bacaan batin. Berniat dengan batin (rohani), berdiri dengan batin (rohani), bertakbir dengan batin (rohani), rukuk dan sujud dengan batin (rohani). Perbuatan (pergerakan) zahir itu, hendaklah juga berserta, bersama dan bergandingan dengan perbuatan (pergerakan) batin (perbuatan rohani). Persoalannya di sini, manakah yang dikatakan mulut rohani, tangan rohani dan manakah yang dikatakan kaki rohani? Manakah yang dikatakan perbuatan atau pergerakan rohani?

AKAN DI JAWAB DI DALAM KITAB YANG KE-6 YANG AKAN TERBIT TIDAK BERAPA LAMA LAGI

Soalan:

Hukum qalbi itu, terbahagi kepada berapa peringkat?

Jawapan:

Hukum qalbi itu, terbahagi kepada tujuh peringkat, tujuh bahagian atau tujuh tangga. Bahagian, peringkat atau tangga itu, adalah terdiri daripada perkara:

1) Qosad
2) Takrukh
3) Takyin
4) Ehram
5) Mikrah
6) Munajat
7) Tabdi

Advertisements

71 Replies to “Rukun dan Hukum Sembahyang”

  1. Assalamualaikum Tuan Guru. Semoga sihat afiat, lama menunggu air tangan Tuan Guru, rindu rasanya. Terima kasih.

    Like

    1. Benar saudara Hisham. Tadahlah ‘air tangan’ Tuan Guru dalam bekas atau tin kita yang kosong ini. Dalam mengembara ‘ke penghujung’ ini, perlu ada bekalan kalau tidak kita akan rugi, lapar dan kehausan di sana nanti. Terima kasih Tuan Guru, mudah-mudahan bekalan Tuan Guru ini menjadi bekalan kami sepanjang masa. Amin.

      Like

  2. Salam Tuan Guru dan sahabat pencita blog….sebenarnya perkataan sembahyang kalau diertikan …..maksudnya apa ye ??? kalau kita panggil sembahyang jenazah ! adakah kita sembah jenazah ??? kalau kita sembah , maknanya ada dua identiti – satu yang disembah dan satu penyembah. Sebab tu perkataan MAT SALLEH mcm bagus sikit – PRAY…..PRAY FOR MH370, macam bunyi doakan untuk MH370. Jadi Pray mat salleh sama makna dengan berdoa aje.

    Maka islam ada dua. Satu Solat, dan satu berdoa – tapi mat salleh satu aje…PRAY…

    Kalau solat itu ada aktiviti2 tertentu..takbir, rukuk, sujud…… dan lain2 yang dituntut dalam solat. Seandainya kita rasa , kita menyembah maka kita tidak mengESAKAN – terdapat 2 wujud. Jadi solat sebenarnya JASAD KITA MEMATUNG. Baru benar yang bersolat itu adalah YANG ESA. Maka konsep sembah menyembah tiada. PATUNG yang digerakkan untuk bersolat…nah solat menyatakan sahaja. Maka DIALAH YANG BERSOLAT….tak ada sembahpun . ANGKAT BAKUL, MASUK SENDIRI….oh salam masuk bakul, angkat sendiri.

    Salam TUAN GURU……

    Like

    1. Azmi – apa saja yg mahkluk buat semata-mata utk mnyatakan prbuatan Al-Khaliq…jasad cuma menyegajakan prbuatan itu setelah di remote-control oleh satu lg jasad halus dan seni dalam diri……….bknkah semua urusan alam maya ini di dalam pengawasan Allah….Tuhan Rabbil-‘Alaminn……….!!!
      Azmi – klau dulu nk masuk bakul angkat sndiri mmg suatu yg mustahil tp skg nk naik bngunan brtingkat bkn susah; eskalator dah ada, naik lift pun ok tp x tntu juga, kdg2 liftpun jam….pe pun tulisan tuan menambah lg bhn utk diamalkan…tk dan salam hormat pa Tuan Guru………………….

      Like

  3. Salam Tuan Guru Hj. Shaari. Bagaimana caranya supaya saya bisa mendapatkan kitab tuan, sedangkan tidak punya rekening buat bayar?

    Like

    1. “Nama”, “Alamat” serta “Butiran Tempahan” ke nombor telefon 019-4444713. Kos tambahan bagi perkhidmatan Pos Laju adalah di antara RM6.00 sehingga RM15.00, bergantung kepada jumlah kitab yang ditempah dan tempat atau lokasi penghantaran. Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah membuat pembayaran melalui akaun Maybank : 1644-7231-9197 (Shaari Bin Mohd Yusof).

      Amin dan terima kasih.

      Like

    1. “Nama”, “Alamat” serta “Butiran Tempahan” ke nombor telefon 019-4444713. Kos tambahan bagi perkhidmatan Pos Laju adalah di antara RM6.00 sehingga RM15.00, bergantung kepada jumlah kitab yang ditempah dan tempat atau lokasi penghantaran. Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah membuat pembayaran melalui akaun Maybank : 1644-7231-9197 (Shaari Bin Mohd Yusof).

      Amin dan terima kasih.

      Like

  4. Assalamualaikum.. Ayahda Tuan Guru, kecil telapak Tangan nyiru ankda tadahkan curahan air ilmu dari ayahda… Bagi mnjawab ptnyaan Tuan Guru Azmi..apekah yg di katakan sembahyang, solat, doa dan juga pray… Maaf sy cuba bg pndpt org bodoh mcm sy…. Bg sy itu semua bahasa@perkataan Sebutlah ape pon Tiada mnjadi ksn Tiada mnjadi bekas… Asalkan tahu ape tujuan ape isi nya… Dan asalkan kita tahu ape tujuan perbuatan sembahyang@ solat..
    .Selagi kita tidak mnsyirikan Allah. Di antara kita keliru dan tertipu dgn fahaman bahasa oleh krn tidak memahami ape sebenar sesuatu perkataan yg di sebutkan… Kita mesti tahu ape nya hakikat smbahyang ape nya hakikat solat.. Sebut je smbahyang solat @ pon berdoa semua org ape perbuatan @ kelakuan yg perlu di buat… Xpi ramai di antara kita masih tersimpul @ terkunci dgn perkataan…
    Firman Allah swt: maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang.- (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),(al- maun 4-6)
    Oleh kerana kita tidak tahu ape hakikat perkataan @ perbuatan smbahyang maka inilah ucapan yg layak kita terima dari Allah swt kpd kita..
    Jadi kita perlu fahami ape yg di maksudkn dgn perkataan& perbuatan smbahyang @ solat.. Dan satu lagi iaitu solatudaimu. Sekian Dari anakda 10 jari di susun mhon kmaafan andai terslit bahasa yg kurang sopan, mohon perbutulkan ayahda Tuan Guru. Assalamualaikum..

    Like

  5. Assalamualaikum.. Ayahda Tuan Guru, kecil telapak Tangan nyiru ankda tadahkan curahan air ilmu dari ayahda… Bagi mnjawab ptnyaan Tuan Guru Azmi..apekah yg di katakan sembahyang, solat, doa dan juga pray… Maaf sy cuba bg pndpt org bodoh mcm sy…. Bg sy itu semua bahasa@perkataan Sebutlah ape pon Tiada mnjadi ksn Tiada mnjadi bekas… Asalkan tahu ape tujuan ape isi nya… Dan asalkan kita tahu ape tujuan perbuatan sembahyang@ solat..
    .Selagi kita tidak mnsyirikan Allah. Di antara kita keliru dan tertipu dgn fahaman bahasa oleh krn tidak memahami ape sebenar sesuatu perkataan yg di sebutkan… Kita mesti tahu ape nya hakikat smbahyang ape nya hakikat solat.. Sebut je smbahyang solat @ pon berdoa semua org ape perbuatan @ kelakuan yg perlu di buat… Xpi ramai di antara kita masih tersimpul @ terkunci dgn perkataan…
    Firman Allah swt: maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang.- (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),(al- maun 4-6)
    Oleh kerana kita tidak tahu ape hakikat perkataan @ perbuatan smbahyang maka inilah ucapan yg layak kita terima dari Allah swt kpd kita..
    Jadi kita perlu fahami ape yg di maksudkn dgn perkataan& perbuatan smbahyang @ solat.. Dan satu lagi iaitu solatudaimu. Sekian Dari anakda 10 jari di susun mhon kmaafan andai terslit bahasa yg kurang sopan, mohon perbutulkan ayahda Tuan Guru. Assalamualaikum..

    Like

  6. Askum TG yg saya hormati, klau TG kata jasad ini atau anggota tubuh ini hanya anggota sunat maka sudah tntu diri bathin itu ‘anggota fardhu’ yg kita hendak bawa brjumpa dgn Allah semasa sholat, mksud saya Roh kita itulah yg kita hendak ingat dan hendak kita hadirkan dlm setiapkali kita hendak mendirikan sholat….maka boleh atau benarkah pndangan saya ini bahawa dlm apa saja perbuatan kita ini hendaklah kita ‘menyatakan bhw itu semua perbuatan Allah’ brsandarkan kepada ayat “tidak ada daya dan upaya aku ( maknusia ) melainkan Allah” serta ” tidak bergerak wlau sebesar zarah melainkan dgn izin Allah”. Dgn kata lain bkn jasad dan akal yg brsholat atau bertemu dgn Allah yg bersifat Ghaibul-ghaib ttp diri bathin atau Roh yg halus dan ghaib itulah shj yg boleh bertemu dgn yg ghaib…!!!
    Mho pnjelasan kembali dr TG.
    Salam Hormat dan tkasih!!!

    Like

  7. Salam hormat buat TG dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah Taala, Menurut hemat saya definiisi SHOLAT yang sebenar-benarnya adalah segala bentuk aktifitas yang kita lakukan yang bertujuan semata-mata hanya untuk menyatakan ALLAH SWT yang ESA/TUNGGAL Dan aktifitas ini kita lakukan selama hayat dikandung badan dan sepanjang waktu. Kalau kita perhatikan dengan seksama sholat lima waktu adalah perbuatan sholat yang tujuannya juga untuk menyatakan ALLAH SWT. Yang berarti SHOLAT 5 WAKTU adalah bagian dari SHOLAT YG TIDAK MENGENAL WAKTU (sholat daim). Permasalahannya sekarang adalah pengertian SHOLAT dan PERBUATAN SHOLAT. Menurut hemat saya SHOLAT hanya bisa dilakukan oleh DIRI YG SEBENAR-BENARNYA DIRI yaitu ROH/JIWA , karena hanya ROH/JIWA yang mengenal ALLAH SWT. jASAD tidak mengenal ALLAH SWT dan sudah barang tentu jasad tidak bisa menyembah ALLAH SWT. KESIMPULAN : – SHOLAT adalah pekerjaan yang dilakukan oleh JIWA/ROH DALAM RANGKA MENYATAKAN ALLAH SWT YG ESA / AHAD DAN DILAKUKAN SEPANJANG WAKTU.
    – Dengan uraian diatas saya yakin dan percaya sahabat-sahabat akan bisa menyimpulkan kedudukan sholat lima waktu (perbuatan sholat) apakah wajib atau sunat . – Sahabat-sahabat yg budiman matikan diri kita dari sekarang supaya yang nyata hanya ALLAH SWT. Dengan tidak mengurangi rasa hormat kepada sahabat-sahabat , kami mohon maaf kiranya uraian saya diatas ada yang tidak berkenan .

    Like

    1. Ananda yang dikasihi, tidak rugi saya bertandan ke Pontinak, kerana di sana telah saya melahirkan sebiji mutiara yang tersangat mahal harganya. Buah bicaranya tersangat mendalam yang sehingga dapat terjangkau dilubuk hati para pembaca.

      Bicara dari orang yang mengenal itu, adalah bicara yang dapat difahami, dimengerti dan diselami oleh si pembaca. Itulah bahasa makrifat yang sejati dan ilmu yang sejati. Terima kasih anandaku Teguh, terima kasih dan terima kasih yang setinggi-tingginya atas kefahaman mu itu. amin drp hj shaari

      Like

  8. Mualaikumus salam warahmatullah hiwabarokatuh Tuan Bicarahati, TG dan semua pelayar blog ini. Saya bukanlah TG yg layak menjawab persoalan ini, tetapi seorang ‘Hamballah’ yg terpanggil bagi menyampaikan, mencerahkan apa yg termushkil di sanubari Tuan.
    Barisan 1 dan 2, bunyinya atau kata2nya sudah sedap di baca tetapi ” yg kita hendak bawa berjumpa dgn Allah semasa solat” itu, kurang cantiknya tetapi sudah benar. Sebenar2nya “kita” tidak mampu, tidak berupaya untuk membawanya semasa solat, di dalam solat atau pun sesudah solat sekali pun. Ulasannya :-
    “Kita” itu sebenarnya “Tiada”. Tiada itu membawa maksud diri yg sunat itu ” Tidak wujud “, jika masih wujud, wujudnya itu hanyalah ” bayang2 ” sahaja. Sebab itu bayang itu di namakannya ” Bebayang”. Bebayang itu ertinya tiada, adanya bebayang itu disebabkan adanya pemilik atau empunya banyangan itu.Ertinya bayang2 itu tidak akan terwujud jika tiada diri empunya bayang itu.
    ” maksud saya roh kita itulah yg hendak kita ingat dan hendak kita hadhirkan dlm setiap kali hendak mendirikan solat”.
    – Pada peringkat awal atau peringkat permulaannya atau baru2 hendak faham ini, tidaklah mengapa dan ok aje. Sebabnya ini perkara masih ‘baru’ bagi Tuan. Umpama kanak2 yang baru tahu huruf2 abjad lalu sentiasa dia mengeja2 dan menyusun2 abjad itu bagi menjadikan perkataan2 yg beliau inginkan. Apabila kanak2 itu sudah faham tentang penyusunan abjad2 itu sehingga menjadi perkataan sebagimana yg dia mahukan, akhirnya perbuatan itu akan di lupakan atau hilanglah kaedah itu dari ingatannya tetapi perkataan itu akan terjadi dgn sendirinya kerana kaedahnya telah tersemat di akalnya. Begitulah fitrah dan lumrah kehidupan ini.
    Begitu juga dengan “Roh”. Di peringkat awalnya, bolihlah di ingat2kan kerana mahu membiasakan atau memahamkan kpd diri bahawa segala perbuatan itu adalah dari Roh. Tetapi apabila sidah sampai di peringkat tahu “mengeja” atau telah memahami dengan sebenar2 faham Roh itu tak perlu di ingat2kan lagi dan tak perlu menghadhirkan di dalam setiap perkara baik sebelum solat, semasa solat atau sesudah solat. Sesungguhnya yang ingat itulah tidak ingat dan yang tak ingat itulah ingat.
    “Menyatakan bahawa itu semua perbuatan Allah”.
    – Benar, benar itu pada mereka yg sudah tidak terlihatnya adanya diri atau terlihat adanya makhlok. Bermaknanya mereka ini sudah betul2 faham tiada lain lagi yang maujud, hanya Allah semata2, baik di awal, diakhir, dizahir mahu pun di batin.
    Harus juga di fahami ketika mendirikan solat itu, bukan sahaja wajib melaksanakan rukun 13 dalam solat, tetapi mesti memahami solat sebelum solat, solat di dalam solat dan solat sesudah solat. Banyak atau ramai di kalangan kita hanya mendirikan rukun solat dan BUKANNYA mendirikan solat. Oolih itu carilah sebenar2 solat. Amin.
    ( Kitab kitab keluaran TG serta koleksi DVD nya mengupaskan segalanya. Carilah sementara hidayah datang mencurah yg tidak lain kerana Allah sedang memperkenalkan dirinya kepada mereka mereka yang menjadi KekasihNYA.

    Liked by 1 person

    1. Sungguh indah susunan bahasnya dan teratur ayatnya. Ini melambangkan kematangan dan kefasihan berbicara bahasa makrifat. Syabas tuan guru ku Ishak Ahmad. Tuan adalah guru dalam ilmu makrifat. Fasih ananda berbicara sekarang ini. Dari ungkapan dan lenggok bicara sata tahu jantan betina. Sekarang ananda adalah benar-benar jantan!.

      Syabas dan tahniah, kerana telah mengolah, mengadun danb mengiramakan lagu makrifat dengan lunak dan enak. amin drp hj shaari

      Like

  9. Penerangan yg jelas dari Tn Hj, mengenal diri dari kaedah fardu sembahyang.TAHNIAH dan TERBAIK. moga kita diberi faham melalui kaedah ini.
    JASAD-ROH-ALLOH…….ALLOH-ROH-JASAD. NIAT-GERAK…….GERAK-NIAT.
    Teruskan berkarya!!!!!!!!!

    Like

    1. Tuan Alias – klau x kberatan, pmhaman & pnjelasan tuan diperlukan mngenai pranan ALLAH-ROH-JASAD dan sebaliknya……tk dan semuga kita semua diRahmati Allah………!!!

      Like

      1. ALIF LAM MIM,
        YG WUJUD ITU HANYA ALLOH,YG LAIN TERHAPUS.
        DRPD ALLOH AKU DTG KPD ALLOH AKU KEMBALI TURUT SAMA TERHAPUS,YG ADA HANYA ALLOH…….ALLOH…….ALLOH
        DULU KINI DAN SELAMANYA. GERAK ALLOH NIAT PUN ALLOH.

        maafkan saya Tn Bicarahati,saya tak pandai memberi penjelasan sebagaimana Tn Hj shaari. marilah kita sama2 mengambil manfaat selagi Tn Hj masih bersama kita pesan org tua dahulu,kalau ingin menuntut diri,jgn dibawa gelas yg penuh nanti tumpah bila diisi tapi bawalah gelas yg kosong supaya senang utk diisi. yg faham alloh itu alloh, yg kenal alloh itu alloh. ilmu makripat inilah ilmu yg hak.

        ingin ku bawa sekali jasadku ini sebagaimana di alam mimpi.Jasad inilah penyataan Roh dan Roh inilah penyataan Alloh. moga mimpiku menjadi realiti.
        yg tersurat itulah yg tersirat, yg tersirat itulah yg tersurat.
        amin dari saya.

        Like

  10. DAHULU;
    Kita tidak ada dan Alloh pun tidak ada pada diri kita. mcmmana nak dikatakan Alloh itu ada kerena kita sendiri pun belum dilahirkan.

    KINI;
    Kita sudah ada, ada yg kata Alloh itu ada, ada yg kata Alloh itu tidak ada. yg pasti pd diri kita tertanya-tanya.,ada ke tak ada? maka belajarlah kita. dari satu gua ke satu gua, dari rukun sampai ke hukum, dari muda sampailah ke tua.dari iman sampai ke ihsan tapi masih tak jumpa2. maka tersesatlah kita sementara.

    KINI;
    Kita sudah ada segala2nya, ada jawatan besar, ada bini besar, ada anak besar, ada kereta besar, ada banglo besar ada segala2nya. dunia ini kita yg punya. maka alpalah kita.

    KINI;
    kita fidak punya apa2, merempat, tidak bertempat, meraba-raba. mana biniku,mana anakku,mana keretaku,mana rumahku. maka lalailah kita.

    KINI;
    Kita mencari agama. mencari bahagia…….dimanakah dikau berada? maka bersyahadatlah kita, bersembahyanglah kita, berpuasalah kita, berzakatlah kita,berjihadlah kita dan berhajilah kita. jadilah kita sekejap ada, sekejap tak ada.

    KINI;
    kita sdh jumpa, kita sangka kita ada rupanya tidak ada, kita tersesat dalam nama, tersesat kita dgn kaya,tersesat kita dgn kuasa,tersesat kita dgn alpa, tersesat kita dgn papa, tersesat kita dgn segala2nya.

    KINI;
    mana kita,mana kaya,mana kuasa,mana alpa,mana papa,mana sesat,mana segala2nya, mana?

    KINI;
    yang ada hanya DIA.

    SELAMA-LAMANYA:
    Bersyahadatlah AKU,bersolatlah AKU,berpuasalah AKU,berzakatlah AKU………
    ALLOHALLOHALLOHALLOH………MENGAKULAH,

    Like

    1. Sesungguhnya gerak laku segala-galanya adalah.. gerak Allah semata-mata. ..penjelasan dari tn. Hj. Shaari dan rakan2 sudah cukup memadai untuk memberi kefahaman keosda yg berminat medalami ilmu makrifat ini… teruskan tn guru dan rakan2 berkarya. .

      Like

    2. Sungguh dalam makna dan maksud tulisan tuan itu, sesungguhnya yang dicari itu adalah diri yang mencari, Unta yang disanggka hilang dicari sesemrata tempat, tahu-tahu unta yang dicari itulah yang sedang ditungangi. masakan berjumpa?…………………….

      Like

  11. slm..saya nak tanya..jika kita mengenal allah maka pulang kita menjadi allah(innalillahi wainnalillahhi rojiun) pa pula status mereka yg tak mengenal diri(allah) adakah mereka pun pulang(mati) menjadi allah jua? seperti di dlm syahadah (lailaha ila allah) tiada yg nyata hanya allah? jika mereka mati pun menjadi allah maka tiada kelebihan lah bagi yg mengenal dgn yg tidak mengenal …mohon perkongsian ilmu…wslm

    Like

  12. Bagi yg telah, sedang dan akan bercinta dengan Allah, seluruh waktunya adalah solat. Lazat dengan solat syariat, kecintaan dengan solat hakiki.

    Makrifat itu cinta (love). Cinta itu makrifat.
    Tuhan itu pencinta sejati/ hakiki.
    Kerana cinta Muhamad terjadi.

    Lakukanlah solat cinta!

    Ikhlas

    1

    Like

  13. Terima kasih Ayahanda Tuan guru dapat menerangkan pegertian solat sebenar2 solat Dan sentiasa menunggu Dari air tangan guru sendiri perkara tentang solat ini,di keluaran yg akan datang, semoga dapat lagi mendalami pegertian solat yg sebenar2 nya.kerana kejahilan anakhenda sendiri yg selama ini hanya terikut2 saja Tampa mendalami ilmu makrifat yg sangat cantik ini,mohon tunjuk ajar Dan bimbingan Dari Tuan guru walaupun anakhenda ini baru lagi soal ilmu ilmu kemakrifatan ini.tersangat lah kerinduanya untuk mendalalaminya walaupun melalui website Tuan guru maafkan sekira nya terkasar bahasa oleh kerana kurang megerti.wasallam.

    Like

  14. Tak sabar nak tunggu kitab yg ke 6. Banyak ilmu yang kita perolehi dari tn hj. Terima kasih tn hj. Semoga tn hj terus diberi hidayah untuk menyebarkan ilmu Allah. Dan semoga kami juga terus diberi hidayah untuk mendalami ilmu Allah yang tn hj. sampaikan. Amin

    Like

  15. Maaf ingin bertanya andai saya terlepas pandang..
    solat menurut huraian tuan hj Shaari tidak menyebut tentang waktu2 solat fardhu yang semestinya dilaksanakan pada masa2 tertentu…

    himpunan dari sebahagian catatan sy yg pernah bersama2 sahabat2 yg berfahaman seperti tn hj shaari ini juga tidak memberati tentang kaifiyat waktu solat fardhu…alasan mereka..solat kami adalah khususiyah…

    Mungkin ada pencerahan…Barakallah…

    Like

  16. sambungan sedikit…
    kami tidak solat seperti kelaziman ummat lain….malah kami lebih taqorrub dengan Allah dan sebati dengan ruh Allah ketika Solat. Kami solat seperti mana gerakan yang diberikan Allah.,,.tidak berwaktu dan bertempat…

    Harap ada pencerahan..

    Like

  17. ilmu makrifat adalah ilmu yang amat bernilai dan tidak sewajarnya ‘dijaja’ kepada golongan yang bukan ahli. Ilmu makrifat ‘dicari’, dipelajari dan diamalkan. Apa perlunya disogokkan kpd golongan tertentu……

    Like

  18. Assalamualaikum, sebelum tu saya mohon maaf terlebih dahulu atas apa jua tulisan yg akan di tulis ini, dari apa yg saya ikuti, saya baca dan tonton video tuan ini, memang saya akui akan kebenaran ajaran ilmu makrifat ini, cuma saya hairan kenapa ilmu yg begini tinggi akan kedudukkan boleh di ajar bagaikan tiada sebarang nilai, ini kan Rahsia Allah, jalan mengenal Allah ini hanya layak kepada yg mencari bukan diberi, begitu mudah,ini ilmu mengkaji bukan mengaji, utk mengenal diri lalu mengenal Allah, rahsia ini memang akan hanya di beri kepada yg benar benar yg mahu berusaha utk mencari, kalau dah begini mudah di ajar sehingga org yg tak sampai akan penerimaannya cuba utk sekadar-kadar belajar akan menyebabkan ilmu Allah yg begini tinggi akan kedudukkan tahapnya akan sewenang-wenangnya di anggap semua yg NEGATIF bagi akal yg masih belum dapat menerimanya, Bukankah mengajar bukan pada tempatnya dan pada bukan orang yg sepatutnya akan mendatangkan penyesallan yg amat besar bagi tuan guru yg mengajarnya, ini kerana, siapa yg nak jawap bila murid atau individu yg belajar tapi hanya separuh jalan dah merasa pandai tampa tamat untuk menerima kelayakkan terlebih dahulu dari tuan guru dengan cuba mengujinya, biarla di jalan Makrifat ini, setiap individu yg belajar harus tamat dan benar-benar pasti dan yakin akan bersiap sedia bagi menerima apa jua ujian dari Allah utk dapat melihat akan rahsia kehebatan dirinya, (Terlalu sedikit Hambaku yang mengetahui akan Rahsia diri ku)……..tiada maknanya kalau cakap kenal Allah tapi tidak dapat menggunakan ilmunya, apa boleh pegang besi panas utk dilentur dgn kon faya kon,boleh melihat saudara mara, adik beradik di kampung dgn melafaskan kalimah ke makamnya, lalu pergi sedangkan jasad masih ada didalam bilik, nampak akan segala mahluk bila melihat dgn mata batin, (mata Allah) MAHA Melihat, dan yg paling seronok dapat matikan diri sebelum mati dengan di pantau oleh guru, lalu mengembara ke alam…….???…….kalau sekadar tahu kita Allah, semua Allah tapi tidak dapat membuktikan akan rahsia kehebatan Allah, tiada la makna nya….Bertapa nikmatnya dapat merasa akan kelazatan ilmu Makrifattullah, sehinggakan kita akan lebih banyak mendiamkan diri, kerana kita dah binasa sebaik saja Allah itu benar-benar kita kenalinya…takut nanti dunia ini pun dah tak mau lagi kerana tak sabar nak kesana, maklumlah kan dan dapat tengok yg kekal, itu pasal la jalan mengenal Allah yg sebenarnya, di galakkan.kalau boleh biarlah yg dah berkahwin dan berumur 40 tahun keatas, kerana bagi yg dah menerima jalan mengenal Allah ini, mereka dapat melihat akan rahsia Allah sehingga dapat melihat yg sebenarnya bukan dunia yg penuh dgn kepalsuan, Sehingga untuk meyakinkkan apa yg telah diajar ini adalah ilmu yg sebenar-benarnya ilmu Mengenal Allah dan bagi membuktikannya kepada yang masih kurang yakin, maka guru terpaksalah membuktikan kebenaran agar semua yg belajar akan puas selepas dapat melihat bukti yg dinyatakan agar yakin memang benarlah apa yg di pelajari ini adalah memang benar ilmu jalan mengnal Allah, Contoh untuk membuktikan, satu daripadanya……guru berpesan kepada anak muridnya, Mesti melihat tubuh atau jasad nya bila dia meninggal dunia nanti, bagi membuktikan apa yg di ajar adalah betul, kata guru, lihat lah jasadnya bila dia meninggal dunia nanti, walaupun dah 2,,,3 hari baru nak tanam,lihatlah tubuh badannya sama ada keras atau lembut sewaktu mahu di angkat untuk memandikan mayat, kerana kalau dia mati , dia akan keras macam bangkai binatang yg mati, tapi kalau dia hanya Meninggalkan Dunia untuk Kembali Ke Rahmatullah, maka tubuh atau jasad nya lembut seperti mana kita tidur atau pengsan kerana dia bukan mati, tapi kalau jasadnya keras, maka salah
    lah jalan yg di ajar ini…..maka layak lah kencing berak ke atas kuburnya dan dia tak akan marah, Alhamdullilah ternyata kami dapat melihat bukti bukti yg diberitahu, itu salah satunya,…..subhanallah, memang hebat sungguh rahsia Allah ini, kalau memang benar kita dah mengenal Allah dgn sebenar benarnya sehinggakan boleh tempah keranda dan lubang kubur sendiri sebelum mati tapi hanya kita seorang saja yg tahu, tidak boleh di beritahu kepada sesiapa pun kerana mana boleh kita mendahalui Kuasa Allah nanti jadi riak dan takbur, dan terakhir dari saya nak bertanya pada tuan guru, waktu kita sembahyang, tuan guru cakap yg sembahyang itu bukannya kita, itu memang betul, tapi mesti ada yg mengEsa kan Allah bila duduk di antara dua sujud untuk mengangkat tahyat bagi bersaksi utk mengEsa kan Allah dan Rasullullah, Siapa yang menyembah?, Apa yang di Sembah? dan Apa yang di Persembah? Memang bukan kita yg sembahyang kerana kita kan tiada, jadi minta pencerahan dari Tuan Guru,,,terima kasih, Amin, sebelum saya mengundurkan diri sekali lagi saya memohon maaf andaikata ada yg salah di perkiraan Tuan Guru, Saya selalu Kontack dan memanggil Tuan Guru tapi kenapa tiada respon, kan kita ………?????……..mungkin belum di izinkannya………Assalamualaikum.

    Like

  19. harta diri dan masa kita bukan hak kita,hak Allah. Semua hak Allah. Kembalikan pada Allah. buat usaha agama sebagai maksud hidup kita. Amin. Harta kita hanyalah yg kita impak pada jalan Allah.

    Like

  20. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu.mhon ijin bertanya,syeikh sy dari dulu mencari jawaban atas pertanyaan ttg kisah uwais qarni yg mengatakan kpd SyadinaAliy bahwa ia blm mengenal Muhamad…lantas SydinaAliy mengatakn betul Aku jg brtmu Muhammad bru 1x…mohon ilmunya Syeikh.Sy Dari Sorong PAPUA Barat

    Like

  21. AssalamTuan guru, dlm 1 ceramah tentang israkmikraj, Disitu tuan kata peningkatan ilmu rasulullah telah sampai pada tuhannya.Bagaimana dgn jasad? tak naik ke langit? dipasti tak lihat tuhannya? banyak yang saya pelajari dari tuan alhamdulilah tapi bagi bab israkmikraj, saya senang dgn penjelasan almurshid syeh sidi Abdul Rashid yg juga termasyhur.Dia nyatakan rasulullah lihat Allah dgn mata kepalanya sendiri. Juga naik ke langit roh+jasad!! Bab zikirpun ada peringkat. Zikir lidah,hati,nafas sehingga tampa bunyi dan huruf. Tapi smua ada tangganya bukan? habis makam zikir lidah baru naik ke makam lain.Jika kita lompat,dapatkah majzubnya?getarannya? Bila datang dugaanya, mampukah bertahan? tarekatpun perjalanan wali yg sampai pada Allah. sama seperti tok kenali. banyak orang masih baru belajar termasuk saya.Sekian harap tuan guru jelas.Harap maaf atas hujah saya yg bodoh ini. hanya kongsi. Tkasih tuan guru

    Like

  22. Assalamualaikum..sebelum itu izinkan sya memanggil tuan haji dengan panggilan guru..alhamdullilah sya amat mengkehendaki makhluk yg dpatmenerangkan dn memahamkan kpd sya apa yyg dikatakan ilmu makrifat…sejujurnya bagaimana itu saya slalu ingin berkomunikasi dengan guru dn mnjadi panduan dn rujukan utk sya slalu dpat berkomunikasi dengan guru…

    Like

  23. Assalamualaikum , terima kasih tuan guru atas perkongsian, saya ku muhammad fadhli bin ku Abdul halim minta halalkn ilmu ini, saya sekadar mampu membaca, belum berdaya untuk datang bertalakki.

    Like

  24. Assalamualaikum tn hj. Shaari. Saya kl dpt ingin memiliki seluruh kitab yg ade. Mhn kiranya diksh pencerahan utk dpt kitab2 tersebut atau bs dikirm ke Alamat saya, jl. Padang baru RT.01 no.60 desa padang baru kec.pangkalan baru kabupaten bangka tengah( kode pos 33171) provinsi kep.bangka belitung Indonesia.

    Like

  25. Maaf yea tuan guru. Banyak anak murid tuan guru yang bljr separuh jalan da xnak solat. Da xnak beramal da buat hubungan sulit dgn bini orang katanya pasal bljr ilmu ni. Jika bole tuan guru ajar jangan di internet sbb mereka bljr tebuk2 terus cakap xpyh solat lg dsb. Saya hormat tuan guru. Saya minta tuan guru buatla kelas yg tertutup supaya orang awam xkeliru dengan fakta2 tuan

    Like

  26. AKUM…..SEMUA AHLI. SAYA YANG HINA INI LAGI JAHIL DAN LEMAH INGIN BERTANYA SERBA SEDIKIT PASAL SOAL SOLAT INI. BOLEHKAN TUAN TERANGKAN DENGAN KEIKLASAN PERTANYAAN INI:
    SEDANGKAN NABI MUHAMMAD ADALAH SEBAGAI PENGHULU AGUNG DIALAM ANGKASA RAYA INI TELAH MENINGGALKAN DUA KITABBULLAH KEPADA PARA2 SAHABATNYA DAN SELURUH UMAT MANUSIA DIALAM YANG FANA INI IAITU: KITAB AL-QURANNUL KARIM DAN HADISTKU (HADIST QUDSI).
    1. PERSOALAN PERTAMA: DIMANAKAH DIDALAM AL QURAN DAN HADIST QUDSI YANG MENERANGKAN BERKENAAN 24434=17 RAKAAT SEHARI SEMALAM. SEDANGKAN KEDUA2 KITAB TERSEBUT HANYA BANYAK MENGATAKAN SOLATLAH KAMU DAN SUJUDLAH KAMU, AKAN TETAPI TAK ADA SATU PUN DIKEDUA2 KITAB TERSEBUT MENGATAKAN 17 RAKAAT SEHARI SEMALAM.
    2. PERSOALAN KEDUA: DIMANAKAH DIKEDUA2 KITAB TERSEBUT YANG MENGATAKAN SUBUH ITU 2 RAKKAT, ZOHOR ITU 4 RAKAAT, ASAR ITU 4 RAKAAT, MAGHRIB ITU 3 RAKAAT DAN ISYAK ITU 4 RAKAAT.

    KATA NABI SAW PENGHULU SEMESTA ALAM: BERPEGANGLAH HAI MANUSIA KEPADA KEDUA2 KITABBULLAH ITU AGAR SELAMAT DIDUNIA DAN DIAKHIRAT. INILAH KEDUA2 KITAB YANG HARUS KITA IKUTI BUKAN BERBAGAI2 KITAB CIPTAAN MANUSIA. SEDANGKAN KESEMUA ITU ADALAH CIPTAAN BAHARU.

    PADA PANDANGAN SAYA, RAMAI DIANTARA ORANG2 ISLAM DARI DULU DAN SEKARANG RAMAI YANG KECUNDANG KERANA : ISLAM KETURUNAN, ISLAM DATO NENEK, ISLAM BAQA DAN BERBAGAI2 LAGI. SEDANGKAN ISLAM YANG SEJATI ADALAH SEJAHTERA, JERNIH, BERSIH SEBERSIH2NYA. DAN TIDAK BOLEH DITANDINGI DAN DIPERBAGAI2KAN KERANA SELURUH MANUSIA DIMUKA BUMI YANG FANA INI SAMAADA IANYA APA JENIS BANGSA ATAU AGAMA SEKALI PUN ASALNYA SEBELUM DATANG KEBUMI INI IANYA ADALAH HANYA SATU TITIK PERTEMUAN UNTUK MENCARI DAN MENGENAL MAHA PECIPTA DAN MAHA AGUNG IAITU ALLAH. KERANA MANUSIA TELAH MEMBUAT SUMPAH JANJI SEBELUM DIJADIKAN DAN DITURUNKAN KEALAM NYATA. MANUSIA JUGA MEMBUAT PENGAKUAN DAN PENGISTIHARAN AKAN MEMULANGKAN BALIK ROH CIPTAAN SERTA TANAH, API, AIR DAN ANGIN AKAN KEMBALI KETEMPAT ASALNYA. HANYA MANUSIALAH JUGA YANG MEMBUAT BERBAGAI CORAK DAN BENTUK SERTA MENGHANCURKAN ALAM SEJAGAK INI.

    SOLAT ITU ADALAH JALAN KEMBALI KEHADRAT ALLAH. (TAJJALI SOLAT). DISINI SAYA MOHON MAAF DAN AMPUN SEKIRANYA PERTANYAAN SAYA INI MEMBUAT TUAN TERGANGGU. SEBAB SUDAH BANYAK SAYA BERJUMPA USTAH2, GURU2 DAN AHLI2 KETUHANAN, SEMUANYA JAWAPAN TIDAK MEMUASKAN HATI SAYA. BERBAGAI JAWAPAN YANG DILEMPARKAN HANYA MENGIKUT NAFSU LAHIRAN DAN FIKIRAN. ADA JUGA YANG JAWAPANNYA SECARA ANGKUH DAN SOMBONG. APABILA SAYA BERKATA APAKAH BENAR KAMU ORANG ISLAM. SAYA RASA TIDAK, KERANA KAMU SENDIRI TIDAK MENGETAHUI ASAL USULNYA DAN TERBENTUK KEDUA2 KALIMAT SYAHADAT. KAMU HANYA MENGAKU SEBAGAI PAK TURUT DAN PAK IKUT DAN PAK PANDIR. MAAF DIPINTA DAN SALAM.

    Like

  27. assalamualaikum ayahnda..klau boleh anaknda nak berjumpa ayahnda utk diterima sebagai murid.kerna sudah byk ilmu ayahnda yg anaknda ambil dan amalkan..sbb pesan org tua..klau nak belajar biarlah diitiraf oleh guru baru berkat

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s