Cuba Cari Nama Tuan-Tuan, Letaknya Dimana?

Sudah lama saya tidak mengukir kata melalui web (universiti Qalbu mukmin), rasanya teramat rindu untuk bertemu peminat2 di luar sana. Apa kahabar ananda semua?, semoga dirahmati Allah hendaknya.

Diruangan yang sesingkat ini, inginlah ayahnda bertanya kepada sakalian peminat universiti ayahnda ini, dengan satu pertanyaan. Kalin semua sudah mengaji, belajar dan menuntut di universiti Qalbu Mukmin sydah sekian lama, oleh itu inginlah saya buat satu ujian bertulis melalui blog ini. Ujian ini, adalah bertujuan untuk mengukur samada lulus atau gagal (tahu atau tidak) perkara mengenal diri?. Untuk menentukan lulus atau gagal, saya ingin ajukan satu solan, manakah yang dikatakan diri? (sebenar-benar diri).

Contohnya tuan-tuan bernama mamat bin dollah, saya ingin bertanya kepada pelajar-pelajar sekalin, manakah yang diletaknya atau bertempatnya mamat bin Dolah, cuba tunjukkan kepada saya mana bertempat atau letaknya mamat bin dollah diatas diri tuan-tuan.

Jika tuan-tuan angkat tangan bagi mengisyaratkan diri tuan-tuan itu mamat bin dollah, tangan yang tuan-tuan anggkat itu, bukan mamat bin dollah, itu bernama tangan. Jika tuan-tuan mengisyareatkan dengan menunjuk ke arah dada, dada yang tuan-tuan tunjuk itu, bukan mamat bin dollah, yang ditunjuk itu adalah dada (dada bukanya mamat bin dollah).

Dimanakah bertempatnya mamat bin dolah atas batang tubuh tuan-tuan kiranya ada?. Tuan mengaku diri tuan-tuan seumpama bernama mamat bin dolah tetapi dimanakah letaknya mamat bin dollah.Tangan bukan mamat bin dollah dan dadapun juga bukan mamat bin dollah. Anggota yang tuan-tuan tunjuk itu, bukan mamat bin dollah, itu anggota dada dan itu anggota tangan. Dimanakah letak atau bertempatnya mamat bin dollah. Yang saya mahu tahu, manakah yang dikatakan mamat bin dollah atas diri tuan-tuan, kiranya ada?.

Jika tuan-tuan tidak dapat jumpa nama sendiri di atas diri (batang tubuh) tuan-tuan, bagaimanakah tuan-tuan semua boleh mendabik dada mengaku mengenal diri?. Barang siapa berjumpa jawapan manakah nama diri sendiri di atas batang tubuh, bererti tuan-tuan adalah tergolong dalam mereka yang mengenal diri.

Jika ada berjumpa dengan diri sendiri, sila jawab melalui laman ini, agar semua orang diluar sana dapat membaca dan menilainyanya. Jika nama sendiripun tidak dapat ditemui, bagaimanakah pula ingin mengenal Allah (sedang diri sendiripun belum lepas dan tidak dapat dicari, mana mungkin dapat mengenal Allah!). Saya berseru kepada mereka-mereka yang diluar sana, yang selalu bercakap tentang mengenal Allah, sila beri jawapan…………….

Belajar ilmu makrtifat itu, bukan sekadar tahu bercakap atau tahu berpidato sahaja, lebihnya ilmu makrifat itu, adalah diatas faham, faham dan faham…………………Jika benar-benar faham, sila beri jawapan supaya kita semua dapat mempelajari dan menilainya.

Sila beri komen, baik murid lama atau murid baru……………………………… daripada haji Shaari

102 Replies to “Cuba Cari Nama Tuan-Tuan, Letaknya Dimana?”

  1. Nama pada diri kita umpama Hassan, Ahmad, Kassim hanya sebagai sebutan sahaja. Ia nya tidak menyatakan diri yang sebenar diri. Diri yang sebenar diri itu ada lah Roh, Nur Muhammad, yang mengenal Tuhan nya saperti Sabda Nabi Junjungan kita Siapa mengenal akan diri nya sa nya mengenal akan Tuhan nya dan siapa mengenal akan Tuhan nya sa nya binasa diri nya “Man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu waman arafa rabbahu fasadaljasad”. Yang mengenal itu lah diri yang sebenar diri. Pada hakikat nya diri kita ini Samad , atau Hashim atau siapa siapa saja tidak adaatau wujud. Jika ada pun tidak lebih dari bayang pada yang empunya bayang ia itu diri yang sebenar diri. Wallahu”alam

    Like

  2. Wahai Ayahanda Tuan GURU yang dikasihi, izinkan hamba budak baru belajar yg bodoh lagi hina dina ini cuba utk menjawab. hamba memang tak pandai menterjemah faham dalam bentuk tulisan maka maafkan salah silap dan kebodohan hamba dalam cuba menjawap pertanyaan Tn Guru.Rasulullah SAW sendiri pernah ditanya para Sahabat “Ya Rasulullah, siapakah engkau? maka dijawap oleh Nabi, “Aku AHMAD tanpa MIM.” dari jawapan tersebut maka jelaslah bila dah mati sebelum mati, apa lagi yang tinggal tersisa pada kita? usahkan nama, bahkan segala2nya pun kembali kepada yg empunya segala2nya. oleh itu tiada lagi yang bernama Mamat bin Dolah yang ada dan nyata hanyalah AHAD…AHAD…AHAD…..

    Like

  3. Yg sebenar benar nama itu hanya pd istilah sebutan..Nama itu hanya sekadar sebutan pd bibir..atau gelaran pd ingatan & minda..sangkaan palsu..itu pon kalau ada disebut atau tersebut..Diri sebenar sudah tidak ada..dah mati..dipulang kembali kpdNya..Tempat sbnr yg layak bg semua yg bernama atau tidak bernama adalah mutlak milikNya..padaNya..

    Like

  4. Maaf..ini adalah pndangan sy shj. Pengajaran yg dpt dibuat dari masalah di atas samalah spt kita cuba meletakkan nama Allah di atas sesuatu kerana walaupun dia menyatakan dirinya pada tiap sesuatu..tetapi tiap sesuatu yg cuba kita rujuk bukan Allah. Sebagai contoh Allah menyatakan dirinya pada gunung ganang kerana kewujudan gunung ganang itu menyatakan kewujudan diriNya. Tetapi kita tidak boleh merujuk pada gunung itu adalah Allah. Itu adalah gunung Allah..di mana Allah?
    Oleh itu spt yg telah ditunjukkan oleh ayahanda bahwa kita harus mengembalikan sifat2 pd gunung itu kepada Allah hingga tiada lagi kelihatan gunung tersebut maka leburlah gunung itu dari pandangan mata barulah kita dapat melihat Allah…
    Hal ini harus dilakukan juga terhadap keberadaan diri..di manakah nama diri atas batang tubuh ini? Haruslah juga sifat2 diri ini dikembalikan kepada Allah sehingga tiada apa lagi hendak dikembalikan iaitu telah lebur diri maka barulah nama diri itu dapat diletakkan pada sebenar2 diri….

    Like

    1. salam tuan guru…..
      pada saya nama letaknya pada perbuatan, perlakuan….
      sbgai contoh…..nama Abu….tapi perangai macam setan….jadi org panggil dia abu setan….

      Like

  5. Nama saya terletak di akal fikiran. Akal telah set nama abu dan akan respond apabila nama Abu disebut. Jika hilang akal mungkin dipanggil apa skali pun akan respond atau pun sebaliknya.

    Like

  6. as salam…

    alhamdullilah- segala puji bagi Allah swt akhirnya terpanggil jua ayahanda tuan guru utk menulis tentang tajuk “diri sebenar diri” setelah agak lama menyepi diri. di komen saya terdahulu ada mengatakan… diri sebenar diri….dot…dot..dot (komen saya di video clip yang dikongsikan oleh sahabat azmi). sesungguhnya kami semua di sinilah yang patut berterima kasih kpd tuan guru ayahanda kerana membimbing kami selama ini dan menyediakan “platform” ini utk berkongsi dan menimba ilmu Yang Maha Luas ini.

    Adapun sebenar benar hakikat Nafi itu Isbat dan hakikat Isbat itu Tauhid, manakala hakikat Tauhid itu Ma’rifat. Oleh kerana itulah sabda Nabi s.a.w. ” La yufarriqu bainan nafi wal ithbat, man faraqa bainahuma fahuwa kafirun” Tiada becerai diantara Nafi dan Isbat, barang siapa memisahkan maka kafirlah dia. Oleh kerana hal keadaan Nafi mengandung Isbat dan Isbat mengandung Nafi, yang demikian bererti bilamana kamu Nafikan sesuatu yang mustahil bagi Allah, maka tak dapat tidak yang kamu Isbatkan itu sesuatu yang mustahil bagi Allah. AWAS. Bilamana kamu nafikan sesuatu yang haq bagi Allah maka tak dapat tidak yang kamu Isbat pun haq bagi Allah jua tiada lain. Maka faham daripada kata kata ini bahawa tidak syak lagi bilamana kamu Nafikan Zat kamu maka yang diisbatkan Zat Allah, Nafikan sifat kamu, diisbatkan Sifat Allah, Nafikan A’fal kamu diisbatkan A’fal Allah, Nafikan asma’ kamu, diisbatkan Asma’ Allah. Demikianlah adanya Hakikat Nafi/Isbat yang dikehendakki dalam memahami istilah diri sebenar diri.

    banyak istilah lain diri umpamanya seperti diri tajalli, diri terperi dan sebagainya dan kalau istilah roh pula banyak juga ada yang istilahkan kepada 9 jenis roh dan fungsi2 serta tugasnya masing2…. waimah apa sekalipon apa yang saya faham tentang pelbagai istilah di atas hanyalah istilah bagi memberi faham mengikut aliran masing2 dan bila terbuka hakikatnya akan terpandang lah kita akan terkenal lah kita akan Yang Maha Satu jua tiada yang lain.

    terima kasih sekali lagi ayahanda tuan guru dan sahabat2 sekelian.

    ikhlas

    1

    Like

  7. Tiada apa-apa pun kepunyaan kita di dunia ini malahan diri kita ini pun bukan hak kita. Semuanya adalah hak Allah Taala. Jika ditanya mana letaknya nama diri kita ini maka jawabnya tiadalah adanya kerana nama hanyalah panggilan tiada membawa erti apa-apa pun. Seperti contoh kereta..nama diberi setelah lengkap pembuatannya..jika diteliti pembuatannya semua datang dari bahan yang berlainan. Yang penting adalah darimana bahan2 itu datang. Harap maaf jika tersalah saya baru hendak belajar ayahanda tuan guru.

    Like

  8. Umpama bulu roma Mamat Bin Dollah..bulu roma bukan Mamat Bin Dollah tapi ia terkandung DNA Mamat Bin Dollah..tidak boleh YA serta tidak boleh TIDAK..

    Like

  9. Ni faham dari diri saya yang benih duriannya baru nak bercambah,belum kukuh pun lagi batangnya ditiup angin kuat sedikit patahlah ia. Bila sudah mengenal diri sebenar diri maka diri sebenar diri itu sudah tidak ada zat/dirinya, sudah tidak ada sifatnya, sudah tidak ada asma’nya sudah tidak ada afaalnya kerana zat sifat asma afaal diri sebenar diri itu telah tenggelam dalam lautan Zat yang haq & baqo, tenggelam dalam lautan sifat yang haq & baqo, tenggelam dalam lautan asma’yang haq & baqo,tenggelam dalam lautan afaal yang haq & baqo. Maka tidaklah lagi aku itu bernama kerana sesungguhnya aku itu sudah tidak berwujud lagi, aku itu sudah tiada zat/diri lagi. Asma’ku itu adalah asma’NYA jua yang telah ditentukanNYA di LUH MAHFUZ, bukannya ibu bapaku yang menentukan namaku itu.

    Setelah aku mengenal aku, maka Engkau ku kenal dengan nyata, maka Engkau itu sudah tidak ada zat, Engkau itu sudah tidak ada sifat, engkau itu sudah tidak ada asma’,Engkau itu sudah tidak ada afaal kerana Engkau telah nyatakan semua itu ke atas aku yang mengenal aku.

    Like

    1. as salam…

      sdri hamisah terima kasih atas nukilan di atas. bagi saya ianya adalah terbaik setakat ini dari sdri. dan sya akan menanti tulisan2 sdri yang mendatang. amat bermanfaat bagi diri saya dan yang lain. marilah kita semua berkongsi secara ikhlas dan berhemah disini. perkongsian kita semua disini bukanlah untuk menunjuk-nunjukkan ilmu dan mendabik dada tetapi sebuah perkongsian ikhlas dan kalau menyimpang, tuan guru kita bisa perbetulkannya.

      dan ayat yang paling saya suka adalah ayat terakhir sdri berbunyi…..”…..Engkau telah nyatakan semua itu ke atas aku yang mengenal aku.”

      ikhlas,

      1

      Like

      1. Terbaik dari Hamba Pasrah dan Hamisah Harun yg telah jauh pengembaraannya…menafaat bagiku yg baru belajar mendayung…sesekali buah tangan TG Shaari menyentak perasaan ‘krn aku masih keaku-akuan’….!!!

        Like

    2. Diri ku ada brdiri dlm diri mu dn diri ku ada duduk d,dlm nyawamu ,,,tiada tuhan slain allha ,,,kenali diri mu jika km mau mngenal tuhan mu ,,jika km kenal tuhan mu maka km akn mengenal spa diri mu ,,,q adalah km ,,km adalah q ,,,,spa yg menyembah dn spa yg d,sembah ,,,,menurut pengalaman sya ,,,sya lum bisa sbut kn spa dy tp sya tau spa dy krn jika sya melihatx maka hancur lh sya ,,,,krn hanya kpdanya kta kmbali ,,,manusia adalah rahasia dn tuhan ada rahasia tuhan ,,,q ada krn km ,,,dan km ada krn q ,,,hehehe ini sja yg sya tau susah mau jlz kn krn blh d kta itu itu jg blh d,kta kn dy d,sna dn dy jg d,sni jd susah mau d bilang apa,,,,key wsalam

      Like

  10. Salam Tuan Guru, salam untuk semua yang sukakan blog Haji Shaari. Saya suka suka, dan sesiapa faham maksud saya, dia dapat diskaun ke syurga !!!!

    Ada 2 orang yang hidup di satu daerah di India. Di tempat mereka ada seorang guru rohani terkenal. Salah seorang yang yang 2 orang ni, warak dan suka beramal. Hari hari dia beramal dan mengabdi diri pada tuhan. Satu hari dia terfikir, adakah tuhan ??? Kalau tuhan tak ada maknanya selama ini dia buang masa !!! Dia pun jumpa guru sufi ini. Dia tanya guru, adakah TUHAN WUJUD ??? Guru ini jawap TUHAN TAK ADA !!! Dia sungguh kecewa kerana guru tu kata TUHAN TAK ADA. Jadi dia rasa apa dia buat selama ini sia sia. dia frust !!!

    Seorang lagi pula, dia memang tak percaya Tuhan itu ada. Hari hari dia memberi ceramah suruh manusia jangan percaya Tuhan. Kerja sia sia. Satu hari dia pula terfikir, kalau TUHAN ada, dia tentu akan dihukum oleh Tuhan kerana mengajak manusia tak percaya Tuhan. Dia juga sebelah petangnya jumpa guru yang sama. Guru ini kata TUHAN itu wujud. Dia mulai takut.

    Guru rohani yang sama , sebelah PAGI DIA KATA TUHAN TIDAK ADA dan PETANGNYA , GURU ITU KATA TUHAN ADA. Pelikkan, bagaimana guru yang sama memberi jawapan yang berlainan kepada 2 orang ini ?? 2 orang ini juga BINGGUNG!!! Masing masing dah hilang arah……

    maaf , saya SUKA SANGAT SANGAT apa yang tuan Hamba Pasrah dan Hamizah sampaikan, boleh tolong ulas apa maksud saya, kerana sepertinya tulisan tuan dan puan, sudah benar benar nyata !!

    Like

    1. as salam…

      sahabat ku azmi ini adalah pandangan dan penglihatan peribadi saya atas apa yang sahabat azmi utarakan di atas. dan dari pengamatan saya telah 2 kali sahabat azmi utarakan perihal ini. di sini menunjukkan sahabat azmi bersungguh-sungguh untuk mengetahui pandangan sahabat2 yang lain. diharapkan sahabat2 yang lain juga bisa membantu mengupas persoalan sahabat azmi secara bersama dan berhemah. lagi banyak pandangan lagi bagus. cuma apa jua yang diperkatakan oleh para sahabat disini terima lah dengan hati terbuka dan berpeganglah hanya kepada Allah- iktikadkan di dalam hati hanya Allah sahajalah Yang Maha Benar. kita semua disini digerakkan dan didiamkan olehNya jua tiada yang lain di dalam ilmuNya yang Maha Hikmah.

      sebelum itu di harapkan sahabat azmi bisa baca tentang nafi/isbat yang terdapat dalam kalimah tauhid (kalimah yg dilihatkan oleh Allah swt sebaik sahaja bapa jasad kita Nabi Adam membuka matanya) di atas berulang2 kali dan cuba fahamkan maksudnya sebenar2 maksud dan iringkan ia dengan nukilan sdri hamisah harun di atas serta komen saya atas nukilan sdri hamisah tersebut dan penutupnya cuba sahabat azmi baca nukilan sahabat kita yang lain iaitu mohamad hambami utarakan di komen beliau di bawah dan fahamkan sebenar2 faham firman Allah swt di dalam surah a–anaan ayat 6:32. insyaAllah sahabat ku azmi akan faham maksud kami bertiga.

      saya ada nukilkan tentang pengalaman saya berjumpa dengan seorang guru rohani dan ariffbillah di melaka ini yang ditemukan oleh sahabat lama saya tempoh hari di komen saya sebelum ini di tajuk post ini http://makrifattokkenali.com/2014/01/31/nafsu-bukan-diri-diri-sebenar-diri-itu-adalah/#comments. tetapi ulasan saya telah tidak di pertontonkan secara umum lagi disitu kerana ianya sensitif. tidak dipertontonkan oleh tuan guru kita dengan gerak dari Allah swt atas kehendakNya kerana untuk menjaga kemurnian blog ini dan untuk tidak dijadikan modal sanggahan oleh yang lain yang tidak faham apa yang cuba kita semua sampaikan disini secara tersirat. dan untuk pengetahuan sahabat azmi guru kita ini ayahanda tuan guru hj shaari adalah juga seorang guru rohani dan ariffbillah yang mengetahui yang mendengar dan yang melihat dengan menggunakan “indera dalaman”.

      jadi untuk memanfaatkan ilmu dari seorang ariffibillah kita perlu menggunakan “indera dalaman” – iaitu “penglihatan dalaman” dan jua “pendengaran dalaman” barulah akan terbuka segala hakikat dengan izinNya jua

      dari nukilan sahabat di atas itu adalah contoh “iktibar” yang kita boleh dapat dari seorang guru rohani di benua India. Allah swt sebenarnya telah dan akan membuka dan menyampaikan “iktibarNya” ke seluruh pelusuk dunia untuk seluruh zaman dan untuk seluruh umat (bila kita katakan umat bukan hanya tertuju kepada manusia sahaja, ia tertuju jua kepada makhluk2 yang ghaib seperti jin dan seumpamanya bagi kelangsungan ilmu dan kenyataanNya di kerajaaanNya disini) bagi memperlihatkan semata2 kekuasaanNya, kebesaranNya, kebijaksanaanNya yang dinyatakan olehNya kepada para utusanNya.

      maka dengan itu jika kita gunakan “indera luaran” maka akan terlihatlah kita kepelikan sifat2 seorang guru ariffbillah tersebut dan mungkin akan membingungkan kita. ianya adalah umpama “hijab” yang ditutup sendiri oleh Yang Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa ke atas diri guru rohani tersebut. maka dengan itu sukar untuk kita fahami bahasa, sebutan, istilah dan sebagainya yang di persembahkan olehnya. ada hikmahnya sahabat ku azmi.

      guru adalah utusanNya jua untuk menunjuki kita semua setelah tertutupnya “pintu kenabian/ kerasulan” di tanah Mekah mengikut ajaran syariat dan feqah dan kita wajib mempercayainya. tetapi ingatlah sahabatku azmi “Kalam Allah” tidak berputus2 adanya. sesungguhnya hakikat kenabian dan kerasulan ini jua akan terbuka hanya dengan izin Allah swt kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Allah swt telah menurunkan beratus ribu nabi kepada umat2Nya (sila rujuk pengertian umat di atas) tetapi yang wajib kita ketahui ada berapa….? dan kalau rasul pula ada berapa yang wajib kita ketahui..? ada hikmah disebaliknya sahabat ku azmi.

      berbalik kepada persoalan sahabat azmi di atas, mengapakah guru rohani yang sama berbeda memberikan pendapat beliau kepada 2 orang tersebut…??? inilah yang dikatakan “kebijaksanaan” dan “hikmah” yang dikurniakan oleh Allah swt.

      dari cerita di atas guru tersebut sebenarnya bertujuan untuk “menunjukki jalan yang benar” yang perlu di lalui oleh 2 orang yang berbeda tersebut. dan guru tersebut telah mengambil contoh teladan terbaik dari Rasullullah saw junjungan Nabi kita Muhammad saw dalam menangani segala permasalah yang dikemukakan kepada beliau ketika hidop beliau. key disini adalah “kebijaksanaan” dan saya rasa sahabat azmi telah pon ketahui sifat2 nabi yang lain. itulah terladan terbaik untuk seluruh zaman.

      ketahuilah sahabat ku azmi seorang guru rohani dan ariffbillah itu (sebutan ramai) adalah seorang yang “bijaksana” dan bisa melihat dengan “indera dalaman” beliau bisa lihat di dalam lihat dan dengar di dalam dengar dan mengetahui hakikat2 kejadian yang ada (maujud). di perkatakan oleh beliau kepada si A “Tuhan itu tidak ada/tiada wujud” dan dikatakan kepada si B “Tuhan itu ada/wujud” ada hikmahnya bagi tujuan “mendidik hati” keduanya.

      maaf…saya akan bersambung dengan izinNya. ada hal/urusan anak yang perlu saya utamakan.

      terima kasih dan sehingga ketemu lagi….

      ikhlas

      1

      Like

      1. as salam…

        saya sambung sebentar sahaja… terima kasih kpd sdri hamisah yang memberikan pandangan berhemah beliau di atas. versi sdri itu sangat bermanfaat kpd semua dan pastinya kepada diri saya jua. itu adalah antara jawapan2 penutup dan akhir @ pemutus bagi yang telah “putus”. terima kasih sekali lagi sdri.

        tetapi cuma saya terpanggil utk memperlengkapkan lagi isi kandungan sdri hamisah harun tersebut – cuba baca balik nukilan akhir sahabat azmi kita di atas. saya copy pastekan untuk tatapan semua bagi kefahaman semua.

        petikan 1 – sahabat azmi

        “Guru rohani yang sama , sebelah PAGI DIA KATA TUHAN TIDAK ADA dan PETANGNYA , GURU ITU KATA TUHAN ADA. Pelikkan, bagaimana guru yang sama memberi jawapan yang berlainan kepada 2 orang ini ?? 2 orang ini juga BINGGUNG!!! Masing masing dah hilang arah……” – petikan persoalan dari sahabat azmi.

        dari petikan akhir di atas kita dapati beberapa perkara berikut mengikut pengamatan dan penglihatan saya…. (bukan menafikan apa yg sdri hamisah perkatakan di atas cuma mungkin bisa lengkap memperlengkapi antara satu sama lain. dan inilah gunanya dan manfaatnya kalau kita semua sebagai anak2 murid berbincang dan mengemukakan pandangan masing2…bukan untuk mencari kesalahan, bukan mencari kebatilan tetapi untuk mendapatkan “kefahaman!”. dan sebelum itu kita lihat pulak petikan 2 berbunyi sedemikian.

        petikan 2 – sdri hamisah harun

        Guru berkata kepada si alim yang abid Tuhan itu tidak wujud kerana si guru beranggapan bahawa si alim yang abid ini seorang yang mengenal akan dirinya, bila si alim yang abid ini mengenal akan dirinya maka dia pasti akan mengenal tuhannya, maka sebab itulah si guru menyatakan bahawa tuhan itu tidak wujud – ini adalah petikan dari kata2 sdri hamisah harun sebentar tadi.

        dari petikan2 di atas saya terlihat akan ini:-

        1) seorang guru yang “arif sebenar2 arif” tidak akan hanya “beranggapan melulu” mengatakan bahawa si abid @ si A itu telah mengenal Tuhan maka dengan itu beliau dengan berani dan yakin mengatakan “Tuhan itu Tidak Ada/ Tiada Wujud” kerana ayat ini sangat sensitif dan amat mengelirukan.

        dan terbukti bahawa ianya benar bahawa si A (abid) memang telah keliru dan bingung bersama2 dengan si B tadi mengikut petikan ayat akhir sahabat azmi di atas. saya copy pastekan kata2 sahabat azmi tentang kekeliruan @ kekusutan yang berlaku ketika itu – “2 orang ini juga BINGGUNG!!! Masing masing dah hilang arah……” . jadi memang sah kedua2nya bingung dan keliru serta tidak berpuas hati akan jawapan guru rohani yang arif tersebut.

        ketahuilah sebenar guru yang arif akan mengetahui hakikat dan apa jua yg tersurat serta tersirat kedatangan 2 orang berbeda tersebut kerana Allah swt telah kurniakan “pandangan hidayah” ke atas guru arif tersebut. 2 orang berbeda tersebut berjumpa dgn guru arif tersebut untuk “ditunjukki”.

        jadi adakah guru tersebut tidak arif….? tidak sahabat2 ku kerana guru yang arif tidak akan berkata2 dgn sia2.

        2) dan si A adakah beliau telah benar2 mengenal Tuhan. bagi saya belum lagi atau tidak lagi walaupon anggapannya telah banyak amalannya kepada Tuhan – kerana di akhir cerita beliau sendiri “kecewa” dan “bingung”. seorang abid yang telah mengenal Tuhan tidak akan berasa “hilang arah”. tidak ada sedemikian sahabat2 ku kerana Allah swt telah berjanji akan sentiasa bersama dan melindungi wali2nya di dalam Al-Quran.

        cuma perasaan “kecewa”, “bingung”, “sedikit resah” dan sebagainya pastinya akan dirasai selagi bernama/berbangsa manusia ini. umpamanya Nabi saw kita pon sedemikian rupa dalam menjalani kehidupan baginda bersama keluarga, para sahabat dan kaumnya – TETAPI TIDAK LAH SEHINGGA HILANG ARAH!!!!!!! INGAT ITU SAHABAT2 KU! makna kenal itu kenal, maksud kenal itu adalah kenal rata2..!!!

        3) dan si B pulak memang sedia ada tidak percaya pada Tuhan tetap tidak dapat mengenal Tuhan dan “kecewa” serta “bingung” mengikut cerita nukilan sahabat azmi di atas.

        jadi dengan itu insyaAllah saya akan teruskan perkongsian saya ini untuk memberi laluan kepada urusan kehidupan saya di sini ketika ini.

        saya akan menyambung versi kefahaman saya yang mana insyaAllah akan melengkapi versi sdri hamisah tersebut. saya tidak menafikan apa yang dinukilkan oleh sdri hamisah harun tersebut “bahkan” saya menerimanya kerana itulah kedudukan atau terletak akan “putusNya” – bahawa tiada Yang Wujud melainkan Yang Maha Wujud……!!!!

        ikhlas dari saya….

        1

        Like

    2. Saudara azmi saya cuba menjawab maksud disebalik kisah 2 situasi tersebut, Guru berkata kepada si alim yang abid Tuhan itu tidak wujud kerana si guru beranggapan bahawa si alim yang abid ini seorang yang mengenal akan dirinya, bila si alim yang abid ini mengenal akan dirinya maka dia pasti akan mengenal tuhannya, maka sebab itulah si guru menyatakan bahawa tuhan itu tidak wujud. Bila engkau sudah mengenal tuhan maka tuhan itu sudah tiada zatNya, sudah tiada sifatNya, sudah tiada asma’Nya dan sudah tiada afaalNya. Bila zat,sifat,asma’ dan afaal tiada maka benarlah kata si guru bahawa tuhan itu tiada kerana zat, sifat,asma’ dan afaal tuhan itu telah ditajali/dinyata/dizahirkan ke atas diri si alim yang abid itu.

      si guru berkata diri yang tidak percaya kepada tuhan bahawa tuhan itu wujud kerana si guru beranggapan bahawa dia tidak mengenal dirinya, bila tidak mengenal diri maka sudah pastilah tidak mengenal tuhannya. Bila mana tidak mengenal tuhannya maka tuhan itu mempunyai zat, sifat, asma’dan afaal (wujudlah tuhan) kerana diri yg tidak mengenal tidak dapat melihat/menilik zat, sifat, asma’ dan afaal tuhan ke atas dirinya. Semoga para pembaca beroleh faham.

      Like

      1. as salam…

        saya terpaksa copy paste kan lagi disini kerana sebelum ini ianya tidak mengikut susunan ditakuti mengelirukan pembaca2 yg lain.

        ################################################################

        saya sambung sebentar sahaja… terima kasih kpd sdri hamisah yang memberikan pandangan berhemah beliau di atas. versi sdri itu sangat bermanfaat kpd semua dan pastinya kepada diri saya jua. itu adalah antara jawapan2 penutup dan akhir @ pemutus bagi yang telah “putus”. terima kasih sekali lagi sdri.

        tetapi cuma saya terpanggil utk memperlengkapkan lagi isi kandungan sdri hamisah harun tersebut – cuba baca balik nukilan akhir sahabat azmi kita di atas. saya copy pastekan untuk tatapan semua bagi kefahaman semua.

        petikan 1 – sahabat azmi

        “Guru rohani yang sama , sebelah PAGI DIA KATA TUHAN TIDAK ADA dan PETANGNYA , GURU ITU KATA TUHAN ADA. Pelikkan, bagaimana guru yang sama memberi jawapan yang berlainan kepada 2 orang ini ?? 2 orang ini juga BINGGUNG!!! Masing masing dah hilang arah……” – petikan persoalan dari sahabat azmi.

        dari petikan akhir di atas kita dapati beberapa perkara berikut mengikut pengamatan dan penglihatan saya…. (bukan menafikan apa yg sdri hamisah perkatakan di atas cuma mungkin bisa lengkap memperlengkapi antara satu sama lain. dan inilah gunanya dan manfaatnya kalau kita semua sebagai anak2 murid berbincang dan mengemukakan pandangan masing2…bukan untuk mencari kesalahan, bukan mencari kebatilan tetapi untuk mendapatkan “kefahaman!”. dan sebelum itu kita lihat pulak petikan 2 berbunyi sedemikian.

        petikan 2 – sdri hamisah harun

        Guru berkata kepada si alim yang abid Tuhan itu tidak wujud kerana si guru beranggapan bahawa si alim yang abid ini seorang yang mengenal akan dirinya, bila si alim yang abid ini mengenal akan dirinya maka dia pasti akan mengenal tuhannya, maka sebab itulah si guru menyatakan bahawa tuhan itu tidak wujud – ini adalah petikan dari kata2 sdri hamisah harun sebentar tadi.

        dari petikan2 di atas saya terlihat akan ini:-

        1) seorang guru yang “arif sebenar2 arif” tidak akan hanya “beranggapan melulu” mengatakan bahawa si abid @ si A itu telah mengenal Tuhan maka dengan itu beliau dengan berani dan yakin mengatakan “Tuhan itu Tidak Ada/ Tiada Wujud” kerana ayat ini sangat sensitif dan amat mengelirukan.

        dan terbukti bahawa ianya benar bahawa si A (abid) memang telah keliru dan bingung bersama2 dengan si B tadi mengikut petikan ayat akhir sahabat azmi di atas. saya copy pastekan kata2 sahabat azmi tentang kekeliruan @ kekusutan yang berlaku ketika itu – “2 orang ini juga BINGGUNG!!! Masing masing dah hilang arah……” . jadi memang sah kedua2nya bingung dan keliru serta tidak berpuas hati akan jawapan guru rohani yang arif tersebut.

        ketahuilah sebenar guru yang arif akan mengetahui hakikat dan apa jua yg tersurat serta tersirat kedatangan 2 orang berbeda tersebut kerana Allah swt telah kurniakan “pandangan hidayah” ke atas guru arif tersebut. 2 orang berbeda tersebut berjumpa dgn guru arif tersebut untuk “ditunjukki”.

        jadi adakah guru tersebut tidak arif….? tidak sahabat2 ku kerana guru yang arif tidak akan berkata2 dgn sia2.

        2) dan si A adakah beliau telah benar2 mengenal Tuhan. bagi saya belum lagi atau tidak lagi walaupon anggapannya telah banyak amalannya kepada Tuhan – kerana di akhir cerita beliau sendiri “kecewa” dan “bingung”. seorang abid yang telah mengenal Tuhan tidak akan berasa “hilang arah”. tidak ada sedemikian sahabat2 ku kerana Allah swt telah berjanji akan sentiasa bersama dan melindungi wali2nya di dalam Al-Quran.

        cuma perasaan “kecewa”, “bingung”, “sedikit resah” dan sebagainya pastinya akan dirasai selagi bernama/berbangsa manusia ini. umpamanya Nabi saw kita pon sedemikian rupa dalam menjalani kehidupan baginda bersama keluarga, para sahabat dan kaumnya – TETAPI TIDAK LAH SEHINGGA HILANG ARAH!!!!!!! INGAT ITU SAHABAT2 KU! makna kenal itu kenal, maksud kenal itu adalah kenal rata2..!!!

        3) dan si B pulak memang sedia ada tidak percaya pada Tuhan tetap tidak dapat mengenal Tuhan dan “kecewa” serta “bingung” mengikut cerita nukilan sahabat azmi di atas.

        jadi dengan itu insyaAllah saya akan teruskan perkongsian saya ini untuk memberi laluan kepada urusan kehidupan saya di sini ketika ini.

        saya akan menyambung versi kefahaman saya yang mana insyaAllah akan melengkapi versi sdri hamisah tersebut. saya tidak menafikan apa yang dinukilkan oleh sdri hamisah harun tersebut “bahkan” saya menerimanya kerana itulah kedudukan atau terletak akan “putusNya” – bahawa tiada Yang Wujud melainkan Yang Maha Wujud……!!!!

        ikhlas dari saya….

        1

        Like

    3. Assalamualaikum saudara Azmi dan sahabat sekelian….
      Adapun pada pandangan dan kefahaman saya dari permasalahan tersebut adalah berlandaskan sifat ” Keakuan ” dan mengenal diri kita ini tadi.
      Bagi yang kuat beramal itu bermaksud dia tidak mengenal diri kerana dia mengaku dia yang beramal sedangkan hakikatnya kita ini TIADA. Bila diri dia ada, secara tidak sedar dia mewujudkan diri dia. Sebab itu guru Sufi kata Tuhan tidak wujud.a

      Bagi yang mengatakan tuhan itu tidak ada, dialah sebenarnya mengenal diri. Kerana dia tahu dirinya tidak ada. Macammana nak mengatakan tuhan itu ada bila diri sudah tiada… Jadinya dia mengakulah tuhan itu tidak ada… Kalau dia mengaku tuhan itu ada, bermaksud dia dah mendahului tuhan dan adalah dirinya itu… Sebab itu guru sufi kata tuhan itu ada… Guru sufi berkata pun diatas apa yang ada didepan matanya. Kesimpulannya bagi yang mengadakan diri…tiadalah tuhan. Tetapi bagi yang tidak mengadakan diri…adalah tuhan.
      Sesungguhnya kehendakNya jualah saya cuba berkongsi kefahaman. Maaf sekiranya tersalah…

      Like

    4. Murid A : Adakah TUHAN WUJUD?
      Guru : TUHAN TAK ADA!
      Murid B : Adakah TUHAN TAK ADA?
      Guru : TUHAN itu WUJUD!

      Soalan itulah jawapannya.

      Like

  11. Salam tuan haji Sesungguhnya Pada hakikanya diri kita ini tidak Wujud yang wujud allah
    “:pada permulaan allah sahaja yang ada dan tiada apa pun bersamanya ”
    sesungguhnya segala yang alah laku hanya lah pada dirinya (sudah Ditulis di Loh Mahfuz sejak azali lagi ) baginya tiadalah kehidupan dunia ini selain main2 dan senda gurau (al Anaan 6:32) . maka peranan inilah yang dilakonkan oleh diri yang tak wujud ini .

    Like

  12. Subhanallah wal hamdulillah walaa ilaa ha ill allah wallohuakbar… semoga sy dapat bimbingan dari sdr-sdri,, khususnya dariTuan guru. terimakasih,,, sy baru belajar tok kenali diri sebenar-benar diri.

    Like

  13. Assalamualaikum tuan guru …kpd sahabat semua…semoga sihat..
    terima kasih tuan guru mberi ujian ini dapat la diri ini mgukur kefahaman ini yg selama ini ditaburkan seperti hujan oleh tuan guru…..
    DIMANA TETAK NAMA?
    Kalau ditanya di mana letak nya mohd hisham bin mohd noor pd diri ini jawapan sudah tiada tempat didiri ini…semuanya sudah bernama….jd faham la sebenarnya mohd hisham tiada tmpat didiri ini ianya hanyalah sekadar nama dn sebutan…NAMA tidak mberi apa apa makna. ..leburkan segala sifat nama…tiada la mohd hisham bin mohd noor. ..tiada la diri ini………….

    kefahaman nya……
    segala yg ada pd batang tubuh diri ini , dr kepala hingga ke hujung kuku kaki…diberikan sifat nama…mohd hisham bin mohd noor. …..
    “(Siapa yg mengenal akn dirinya pasti ia akn kenal akan tuhannya)”….
    Segala yg ada dibumi…di langit. .segala yg ada di 7 petala langit …segala penglihatan. ..segala pendengaran…segala pergerakan. ..segala yg tahu..yg tdk tahu…segala yg pandai segala yg bodoh ..yg faham yg tdk faham….segala yg terfikir yg tak terfikir” (hati ini sebak hendak meneruskannya..air mati jatuh sndiri…)”dan segala yg BERSIFAT NAMA..itu la tuhan ku ALLAH ALLAH ALLAH. …..

    Faham..rupanya aku tdk faham….semngkin aku faham semangkin aku bodoh….
    Maaf tuan guruku…diri ini tdk pndai mbuat karang..tp ini la yg ALLAH faham kn..
    ujian ini lulus ke tdk lulus sudah tdk mjd keutamaan..
    lulus itu Allah. ..tdk lulus pon ALLAH. ..
    TIADA DAYA UPAYAKU SELAIN ALLAH. ..
    Assalamualaikum …

    Like

  14. Assalamualaikum tuan guru dan semua…
    Setiap yang ada NAMA berbaliklah kepada SIFATNYA… Dan berbaliklah kepadaNYA. Bermaksud tiadalah yang lain melainkan MILIKNYA jua… Kalau kita masih nak mencari dimana letaknya NAMA… Memang takkan jumpa sebab NAMA itu tidaklah lain dari NAMA Dia Yang Esa… Semuanya MILIK ALLAH TAALA… Jadinya kita sebagai hamba tidak tahulah jawapnya… Yang Tahu Hanyalah ALLAH YANG ESA…
    Wassalam…

    Like

  15. Salam untuk semua dan tuan guru….Apakah message sebenar yang ingin disampaikan ???? Tuan puan cerita pusing sana, pusing sini . Tapi apakan INTIPATI atau ISInya……..ceritanya apa ye ???

    Like

    1. Tuan Azmi…teka-teki tuan mmg memelikkan ttp ade cerita dan rahsia yg tersembunyi ingin dikongsikan…………….

      Like

    2. Saya pun ada cerita nak dikongsikan, sekadar mengisi masa lapang tuan azmi:

      Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..

      “Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”

      Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu. Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.

      “Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”

      Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.

      “Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

      Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.

      “Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”

      Setelah mendapatkan jawaban daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau dikampung itu untuk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dengan orang kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dengan seorang makcik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.

      Sesampainya ditempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah. Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.

      “Ada apa urusan nak jumpa saya ini?”

      Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.

      “Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

      Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab..

      “Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

      Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar dibenak kepalanya.

      Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dengan jawaban yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma’rifat. Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..

      “Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

      Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat. Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.

      Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.

      Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu. Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..

      “Benarkah anda menjawab ‘Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.

      Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.

      Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.

      “Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”

      Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..

      “Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”

      “Untuk kesalahan anda yang mengatakan Allah tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram!”

      “Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”

      Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat. Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada dihalaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.

      Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..

      “Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”

      Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang kearah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan. Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.

      Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.

      “Wahai muridku, marilah duduk dihadapanku ini.”

      Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.

      “Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini.”

      Lembut sahaja bicaranya.

      “Adapun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat. Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”

      “bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

      “Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘Allah’ itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isimNya. Perkataan ‘Allah’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”

      Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.

      “Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

      “bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

      “Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam namun yang ada Cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman Allah dalam surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang. Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi Allah. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-budha. Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya…”.

      Si pemuda semakin tertunduk.

      “Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram?”

      “Ya tuan guru, sekarang barulah jelas.”

      “Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan Allah.”

      Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku dimana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.

      “Adapun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu!”

      Bentak sang guru tasawuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.

      “bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

      “Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau dihadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian. Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”

      “Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

      “Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu. Adapun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada Allah.”

      “Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu?”

      Tanya si pemuda hairan.

      “Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.”

      Si pemuda itu terkejut lantas berkata…

      “Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”

      “Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu.”

      “Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”

      “Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat disana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.”

      Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali. Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat. Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.

      Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu……… Didalam hati si pemuda merintih..

      “Ya Allah.. berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya Allah cukup kerana sekarang aku sudah mengerti….”

      Like

      1. Sungguh hebat jalan penulisan tuan. Sy lebih terpegun kepada cara susunan ayat tuan berbanding cerita. Cerita memang sudah hebat, sesungguhnya hebat lagi gubahan ayat atau gaya penulisan tuan yang indah bunganya. Selaku pengarang dan penulis, pandangan saya tertumpu pd gaya penulisan, tuan berjaya mengolah cerita menjadi hebat dgn mengolah ayat agar menjadikan cerita bertambah hebat, agar kelihatan cerita itu hidup.t. kasih drp hj shaari

        Like

  16. wahai manusia bernama azmi… kalau tidak sabar carilah jawaban anda sendiri!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tiada sesiapa yang pusing sana pusing sini.

    dengan gerakNya saya hentikan perkongsian saya disini…..!!!!!!!!!!!!

    ikhlas

    1

    Like

  17. Salam ayahanda tn guru hj shaari dan sahabat2 sume.sy murid baru tn guru ingin cube2 mnjwb setakat mna yg sy faham.jawapan sy pun sy ambil dr kitab hitam tn guru d ms4 baris 13 yg menyatakan jika kita bersifat dan allah juga bersifat bererti ada dua sifat jika kita berafaal dan allah juga berafaal bererti dua afaal jika kita berasma dan allah juga berasma bererti dua nama dan bilamana kita berzat dan allah juga ada berzat bererti sudah wujud dua zat dari petikan diatas maka kefahaman saya yg masih baru ini jelas dan nyata lah jgn kata diri nama yg selama ini kita rasa milik kite sebnrnye pun tdk kite miliki segalanye milik yg empunye nama .sekian t.kasih

    Like

    1. Ayahnda dapati, jawapan ananda adalah jawapan yang paling bernas dan tepat. Inilah jawapan yang ayahnda tunggu-tunggu. Jika kita ada nama dan Allah juga ada nama, bererti kita telah samakan sifat Allah dgn sifat makhluk!. Hukumnya syirik dan telah dikatakan telah mensyirikan Allah.

      Cuba cari, mana yang dikatakan diri kita?, seumpama sifat mulut, Allah yang punya, sifat suara, Allah yanng punya, sifat bunyi yang keluar dari halkum itu, Allah yang punya, sebutan yang keluar dari mulut kita itu, adalah juga Allah yg punya. Malahan seluruh diri kita sebenarnya tidak ada dan tidak wujud. Inilah bahasa makrifat, bahasa makrifat itu, adalah bahasa yg tidak selalu diterima oleh mereka yang berkedudukan awam. Sebenar-benarnya diri melalui suluhan ilmu makrifat itu, adalah tidak ada, tidak wujud. Jika jasad atau tubuh atau diri tidak ada (tidak wujud), masakan wujudnya nama!. Yang bersifat wujud (ada) itu, adalah Allahh. Jika kita wujud dan Allah juga wujud, huykumnya adalah syirik (tak berbau syurga kita). Yang bersifat ada itu, hanyalah Allah.

      Tidakkah diri kita telah terjual kepada Allah, setelah segalanya terjual, mana ada lagi milik kita. Jika segalanya telah terjual, mana lagi adanya diri kita!. Sekalipun diri kita itu dikatakan ada (wujud), ada atau wujudnya diri kita itu, adalah hanya sekadar bayang. Sifat bayang adalah sifat yang hanya wujud pada mata, jika tidak ada mata, bayangpun tidak ada. Sebenarnya bayang itu tidak wujud dan tidak ada, sekaliupun bayang itu ada, adanya bayang itu hanya pada kenyataan mata yang bersifat binasa.

      Yanng bersifat, yang berafaal, yang berasma’ dan yang berzat itu, sudah dikembalikan kepada Allah, setelah segalanya kembali kepada Allah, mana lagi adanya wujud diri kita!. Jika kita tidak wujud (tidak wujud), mana mungkin adanya nama dan mana mungkin adanya diri kita. Jika diri kita tidak ada, masakan nama boleh berdiri sendiri?. Usah kata diri, namapun kita tidak punya!.

      Nama panggil-panggilan kita itu, sebenar-benarnya adalah perkataan KUN ALLAH. Kun Allahlah yang menjadikan sifat, afaal, asma’ dan yang menjadikan zat kita. Semua dan keempat-empat sifat itu, adalah berasal berasal dari kun Allah. Balik atau kembalikan segala nama, segala sifat, segala afaal dan segala zat kepada KUN ALLAH, mana terlihat adanya diri dan mana lagi terlihat diri!.

      Jadilah segala-galanya adalah KUN ALLAH. Nama kita adalah kun Allah, sifat kita adalah kun Allah, afaal kita adalah kun Allah dan zat kitapun adalah berasal dari kun Allah. Oleh itu, buanglah nama anjing, lihatlah pencipta anjing,buangn cina, india, kristian, budha atau islam tetapi lihatlah kepada pencipta cina, pencipta india, pencipta krintien, pencipta islam dan pencipta nama. Jika kita lihat kepada pencipta, maka terbinasalah sifat orang cina, india, islam dan terbinasalah sifat diri atau sifat nama.

      Tidak ada nama makhluk dan tidak ada nama kita, melainkan yang ada itu, hanyalah semata-mata nama Allah, sifat Allah, afaal allah dan zat Allah.

      Biarpun ringkas jawapan ananda teramat jelas dan tepat. T.kasih ananda semoga ilmu ananda bertambah hebat dimasa-masa yang akan datang.drp hj shaari

      Like

  18. nama itu menutup itu kita untu lihat dan sebut ALLAH..andaikata kita melihat kun itu turun secara perlahan lahan bersama dengan malaikat, apa yg terjadi..KITA KAN DAPATI MALAIKAT AKAN HANYA SEBUT , ALLAH, ALLAH, ALLAH….tetapi si manusia pula akan sebut, itu, kucing, itu harimua, oh itu klcc,oh itu langkawi, oh itu perempuan cantik, oh itu sihensem, oh itu buruk
    , oh itu kotor…….
    Dalam quran ALLAH beritahu nama nama pada Adam, tapi tidak pada malaikat….malaikat tidak tahu nama nama itu, tetapi adam tahu semua nama nama itu!!!!… so pilih nak jadi malaikat atau manusia!!!

    Like

  19. Assalamu’alaikum tuan haji. Bagi pendapat saya, nama itu adalah sekadar untuk sebutan sahaja.Yang hanya ada adalah diri yang sebenar-benar diri yang hidup berserta.

    Like

  20. salam untuk, seandainya tuan ada perasaan marah maknanya belum mati lagi !!! Apa kata saya jemput saudara Wira Satria untuk memberikan pandangan !!! Apapun salam, siapa rasa nak marah, nak geram – matikan diri dulu…heheeeee
    Kalau tidak belum mati lagi….

    Like

    1. Salam semua…
      Adakah marah itu kita yang jadikan…? Adakah geram itu kita yang jadikan…? Bukankah semua itu dari Dia..!
      Firman… Faallun lima yurid… Berbuat Dia sekehendaknya…
      Bukankah Allah itu Maha Kuasa…. Mati sebelum mati pun diatas kehendakNya…
      Janganlah ada unsur unsur lawak jenaka lagi sebab rasa seperti terganggu ketika cuba memahami perkongsian ini…. Namun saya REDHA ini semua adalah KETETAPAN ALLAH…. Tiada satu pun tertinggal… Maafkan kerana apa yang tertulis ini pun datangnya dariNya jua…

      Like

    2. Pada pendapat hamba, Intipati yang ingin disampaikan ialah :

      Tuhan itu meliputi segala sesuatu YANG WUJUD (Ada) dan meliputi segala sesuatu YANG TIDAK WUJUD ! (Tiada)

      Dalam ADA-Nya itu, Dia menyatakan KETIADAAN DiriNya !

      Itulah bukti yang DiriNya Maha Suci lagi Maha Esa. Tuhan Maha Tunggal, yang tiada segala sesuatu pun serupa dan tiada segala sesuatupun yang dapat menyerupaiNya. Tiada segala sesuatupun boleh memahamiNya melainkan DiriNya sendiri.

      ADA-Nya tidak dapat dinyatakan. Nyata ADA-Nya, tidak dapat dicari. Makin dicari makin TIADA! Tiada BUKAN kerana TIDAK ADA. Tiada kerana dek terlalu NYATA !

      Mana nyataNya DIA ?

      NyataNya DIA pada ‘IDENTITI Pengenalan DiriNya’ yang meliputi 4 tanda pengenalan :

      1. NAMA
      2. SIFAT
      3. PERBUATAN
      4. ASAL USUL (ZAT)

      Kesemua 4 tanda pengenalan diri ini NYATA pada setiap DERIA PENGAMATAN (5), ORGAN TINDAKAN (5), PANCAINDERA BATIN (2) yang ada pada setiap manusia.

      DERIA PENGAMATAN :

      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap PENGLIHATAN yang dilihat.
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap PENDENGARAN yang didengar.
      Nyata IDENTITI Nya yang 4 , pada setiap BAU yang Dihidu.
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap RASA di lidah.
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap SENTUHAN di kulit.

      ORGAN TINDAKAN

      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT TANGAN yang berkuasa
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT KAKI yang berjalan
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT MULUT yang berkata-kata
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT KELAMIN yang nikmat
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT KUMUH yang membersihkan

      PANCAINDERA BATIN

      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap pertimbangan AKAL
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap rasa di HATI (Roh)

      Jika IDENTITI yang 4 ini TIDAK dapat dikenal pasti oleh PANCAINDERA BATIN,
      maka DERIA PENGAMATAN tidak dapat SYNCRONIZE dengan ORGAN TINDAKAN.

      Bila tidak Syncronize, akibatnya Akal tidak akan FAHAM dan HATI tidak akan ME-RASA Faham itu. Bila tidak merasa faham, maka inilah yang dikatakan TIDAK KENAL. Bila tidak KENAL, maka dikatakan DIA itu TIDAK ADA.

      TIDAK ADA bukan kerana tidak wujud atau bukan kerana tidak nyata. TIDAK ADA kerana TIDAK KENAL, meskipun Identiti Pengenalan DiriNya telah dizahirkan kepada setiap DERIA PENGAMATAN (5), ORGAN TINDAKAN (5), PANCAINDERA BATIN (2)

      Umpama melihat diri manusia yang bernama WIRA.

      Yang nyata dilihat pada pandangan mata ialah makhluk manusia yang bertubuh jasad yang ber- NAMA : WIRA.

      Namun bila diri yang bernama WIRA itu dicari, tidak pula berjumpa. Bila cari WIRA, ternampak tubuh yang berbentuk (SIFAT).

      Disentuh tubuh terpegang tangan.

      Untuk menyentuh atau untuk memegang itu memerlukan GERAK. Bergerak itu PERBUATAN. Bila bergerak, maka nyatalah PERBUATAN. Bila nyata PERBUATAN (dari gerak) dan bila nyata SIFAT (dari tangan), maka ternyatalah itu gerak tangan (PERBUATAN) milik si WIRA. Ternyata itu SIFAT tangan milik si WIRA, namun diri si WIRA itu masih belum juga ketemu.

      Tangan itu BUKAN diri si WIRA tetapi tangan milik jasad yang bernama WIRA.

      Nampak SERUPA, tetapi TIDAK SAMA.

      Dibelek tangan, ternampak kulit, dibelek kulit ternampak urat, dicari urat, yang ternampak daging, ternampak darah, ternampak tulang. Direnung tulang, terlihat sel, dikaji sel ternampak ATOM, namun diri si WIRA itu masih juga tidak dijumpai !

      Bila tidak dijumpai, maka inilah yang dimaksudkan TIDAK WUJUD!

      Nampak macam si WIRA itu ADA, namun bila dicari, TIADA pula berjumpa!

      TIADA itu mengenalkan ADA. Jika TIADA mustahil kita boleh tahu yang WIRA itu ADA!

      dan…

      ADA itu mengenalkan TIADA. Jika ADA, kenapa bila dicari si WIRA itu TIADA?

      Ibarat bila TIADA malam, barulah nyata ADAnya siang dan bila ADA malam barulah nyata TIADAnya siang.

      ADA nya si WIRA itu hanya pada NAMA dan “GANTINAMA” nya sahaja.

      Dalam mencari si WIRA itu, dirinya dirujuk dengan gantinama ‘DIA’, ‘MAKHLUK’, ‘MANUSIA’, ‘LAKI-LAKI’, ‘ORANG’, ‘PEMILIK NAMA’ ‘SAUDARA’ dan pelbagai lagi Nama dan gantinama.

      Di kalangan sahabat, ada yang memanggil dia Satria. Ada yang memanggilnya Boss. Pada anak dia panggil Papa. Pada kekasih, dia dipanggil Sayang. Pada adik, dia digelar Abang. Pada murid, dia digelar Guru. Pada guru, dia dipanggil Murid. Pada ibu, dia dikatakan Anak. Di Jakarta, dia di panggil Akang. Di US, dia dipanggil Mr. Di Saudi, dia dipanggil Brother. Di UK, dia dipanggil Sir. Di KL dia dipangil Bro dan di dalam blog ini, dia digelar Tuan !

      Apa jua Nama dan Gantinama yang diberikan, ia tetap merujuk kepada diri si WIRA yang satu itu juga bergantung kepada siapa yang memanggilnya mengikut kesesuaian.

      Bila dipanggil WIRA maka yang ADA dan Nyata terdengar adalah WIRA. Maka segala nama-nama lain itu TIADA terdengar. Bila TIADA didengar, maka TIDAK WUJUD lah nama-nama lain pada pendengaran telinga.

      Tidak wujud itu BUKAN kerana TIADA, tetapi kerana ia tidak didengar ! Bila disebut Nyatalah Dia ! Nyata itu tanda ADA !

      KESIMPULAN

      ADA dan TIADA, Wujud dan Maujud (penzahiran), kedua-duanya saling nyata menyata ! Berpisah tidak bersatu Tiada !

      Pada pihak yang mengatakan WUJUD. Memang Dia Wujud ! WujudNya Dia pada Hati diri yang dapat merasakanNya.

      Pada pihak yang mengatakan TIDAK WUJUD. Memang Dia itu tidak wujud TETAPI tidak wujudNya itu hanya terpakai, bila kita mencari ! Bila tidak bertemu dalam pencarian, maka tidak merasa Kenal di hati. Bila tidak Kenal, maka Tidak Wujudlah Dia pada hati orang yang tidak mengenal, meskipun Dia NYATA-SENYATANYA !

      Wujud itu tanda NYATA penzahiran diriNya!

      Tidak Wujud itu tanda TIDAK NYATA penzahiran hakikat diriNya. Bila di cari Dia Tiada !

      Jika tiada, bagaimana kita boleh membicarakan perihal sesuatu yang TIADA ?

      Jika boleh berbicara tentangNya, itu tanda Dia ADA !

      Aku………

      KELU !

      Like

      1. Terima kasih atas ulasan yang bernas, sekurang2nya dgn usul ayahnda itu, sekurang2nya ada mrk diluar sana buka mati utk mencari diri dan ada usul utk menjawab. T.kasih drp hj shaari atas jawapan yang bernas.

        Like

    3. Pada pendapat hamba, Intipati yang ingin disampaikan ialah :

      Tuhan itu meliputi segala sesuatu YANG WUJUD (Ada) dan meliputi segala sesuatu YANG TIDAK WUJUD ! (Tiada)

      Dalam ADA-Nya itu, Dia menyatakan KETIADAAN DiriNya !

      Itulah bukti yang DiriNya Maha Suci lagi Maha Esa. Tuhan Maha Tunggal, yang tiada segala sesuatu pun serupa dan tiada segala sesuatupun yang dapat menyerupaiNya. Tiada segala sesuatupun boleh memahamiNya melainkan DiriNya sendiri.

      ADA-Nya tidak dapat dinyatakan. Nyata ADA-Nya, tidak dapat dicari. Makin dicari makin TIADA! Tiada BUKAN kerana TIDAK ADA. Tiada kerana dek terlalu NYATA !

      Mana nyataNya DIA ?

      NyataNya DIA pada ‘IDENTITI Pengenalan DiriNya’ yang meliputi 4 tanda pengenalan :

      1. NAMA
      2. SIFAT
      3. PERBUATAN
      4. ASAL USUL (ZAT)

      Kesemua 4 tanda pengenalan diri ini NYATA pada setiap DERIA PENGAMATAN (5), ORGAN TINDAKAN (5), PANCAINDERA BATIN (2) yang ada pada setiap manusia.

      DERIA PENGAMATAN :

      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap PENGLIHATAN yang dilihat.
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap PENDENGARAN yang didengar.
      Nyata IDENTITI Nya yang 4 , pada setiap BAU yang Dihidu.
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap RASA di lidah.
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap SENTUHAN di kulit.

      ORGAN TINDAKAN

      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT TANGAN yang berkuasa
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT KAKI yang berjalan
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT MULUT yang berkata-kata
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT KELAMIN yang nikmat
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap Gerak ALAT KUMUH yang membersihkan

      PANCAINDERA BATIN

      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap pertimbangan AKAL
      Nyata IDENTITINya yang 4, pada setiap rasa di HATI (Roh)

      Jika IDENTITI yang 4 ini TIDAK dapat dikenal pasti oleh PANCAINDERA BATIN,
      maka DERIA PENGAMATAN tidak dapat SYNCRONIZE dengan ORGAN TINDAKAN.

      Bila tidak Syncronize, akibatnya Akal tidak akan FAHAM dan HATI tidak akan ME-RASA Faham itu. Bila tidak merasa faham, maka inilah yang dikatakan TIDAK KENAL. Bila tidak KENAL, maka dikatakan DIA itu TIDAK ADA.

      TIDAK ADA bukan kerana tidak wujud atau bukan kerana tidak nyata. TIDAK ADA kerana TIDAK KENAL, meskipun Identiti Pengenalan DiriNya telah dizahirkan kepada setiap DERIA PENGAMATAN (5), ORGAN TINDAKAN (5), PANCAINDERA BATIN (2)

      Umpama melihat diri manusia yang bernama WIRA.

      Yang nyata dilihat pada pandangan mata ialah makhluk manusia yang bertubuh jasad yang ber- NAMA : WIRA.

      Namun bila diri yang bernama WIRA itu dicari, tidak pula berjumpa. Bila cari WIRA, ternampak tubuh yang berbentuk (SIFAT).

      Disentuh tubuh terpegang tangan.

      Untuk menyentuh atau untuk memegang itu memerlukan GERAK. Bergerak itu PERBUATAN. Bila bergerak, maka nyatalah PERBUATAN. Bila nyata PERBUATAN (dari gerak) dan bila nyata SIFAT (dari tangan), maka ternyatalah itu gerak tangan (PERBUATAN) milik si WIRA. Ternyata itu SIFAT tangan milik si WIRA, namun diri si WIRA itu masih belum juga ketemu.

      Tangan itu BUKAN diri si WIRA tetapi tangan milik jasad yang bernama WIRA.

      Nampak SERUPA, tetapi TIDAK SAMA.

      Dibelek tangan, ternampak kulit, dibelek kulit ternampak urat, dicari urat, yang ternampak daging, ternampak darah, ternampak tulang. Direnung tulang, terlihat sel, dikaji sel ternampak ATOM, namun diri si WIRA itu masih juga tidak dijumpai !

      Bila tidak dijumpai, maka inilah yang dimaksudkan TIDAK WUJUD!

      Nampak macam si WIRA itu ADA, namun bila dicari, TIADA pula berjumpa!

      TIADA itu mengenalkan ADA. Jika TIADA mustahil kita boleh tahu yang WIRA itu ADA!

      dan…

      ADA itu mengenalkan TIADA. Jika ADA, kenapa bila dicari si WIRA itu TIADA?

      Ibarat bila TIADA malam, barulah nyata ADAnya siang dan bila ADA malam barulah nyata TIADAnya siang.

      ADA nya si WIRA itu hanya pada NAMA dan “GANTINAMA” nya sahaja.

      Dalam mencari si WIRA itu, dirinya dirujuk dengan gantinama ‘DIA’, ‘MAKHLUK’, ‘MANUSIA’, ‘LAKI-LAKI’, ‘ORANG’, ‘PEMILIK NAMA’ ‘SAUDARA’ dan pelbagai lagi Nama dan gantinama.

      Di kalangan sahabat, ada yang memanggil dia Satria. Ada yang memanggilnya Boss. Pada anak dia panggil Papa. Pada kekasih, dia dipanggil Sayang. Pada adik, dia digelar Abang. Pada murid, dia digelar Guru. Pada guru, dia dipanggil Murid. Pada ibu, dia dikatakan Anak. Di Jakarta, dia di panggil Akang. Di US, dia dipanggil Mr. Di Saudi, dia dipanggil Brother. Di UK, dia dipanggil Sir. Di KL dia dipangil Bro dan di dalam blog ini, dia digelar Tuan !

      Apa jua Nama dan Gantinama yang diberikan, ia tetap merujuk kepada diri si WIRA yang satu itu juga bergantung kepada siapa yang memanggilnya mengikut kesesuaian.

      Bila dipanggil WIRA maka yang ADA dan Nyata terdengar adalah WIRA. Maka segala nama-nama lain itu TIADA terdengar. Bila TIADA didengar, maka TIDAK WUJUD lah nama-nama lain pada pendengaran telinga.

      Tidak wujud itu BUKAN kerana TIADA, tetapi kerana ia tidak didengar ! Bila disebut Nyatalah Dia ! Nyata itu tanda ADA !

      KESIMPULAN

      ADA dan TIADA, Wujud dan Maujud (penzahiran), kedua-duanya saling nyata menyata ! Berpisah tidak bersatu Tiada !

      Pada pihak yang mengatakan WUJUD. Memang Dia Wujud ! WujudNya Dia pada Hati diri yang dapat merasakanNya.

      Pada pihak yang mengatakan TIDAK WUJUD. Memang Dia itu tidak wujud TETAPI tidak wujudNya itu hanya terpakai, bila kita mencari ! Bila tidak bertemu dalam pencarian, maka tidak merasa Kenal di hati. Bila tidak Kenal, maka Tidak Wujudlah Dia pada hati orang yang tidak mengenal, meskipun Dia NYATA-SENYATANYA !

      Wujud itu tanda NYATA penzahiran diriNya!

      Tidak Wujud itu tanda TIDAK NYATA penzahiran hakikat diriNya. Bila di cari Dia Tiada !

      Jika tiada, bagaimana kita boleh membicarakan perihal sesuatu yang TIADA ?

      Jika boleh berbicara tentangNya, itu tanda Dia ADA !

      Aku………

      KELU !

      Like

      1. Diri ku ada brdiri dlm diri mu dn diri ku ada duduk d,dlm nyawamu ,,,tiada tuhan slain allha ,,,kenali diri mu jika km mau mngenal tuhan mu ,,jika km kenal tuhan mu maka km akn mengenal spa diri mu ,,,q adalah km ,,km adalah q ,,,,spa yg menyembah dn spa yg d,sembah ,,,,menurut pengalaman sya ,,,sya lum bisa sbut kn spa dy tp sya tau spa dy krn jika sya melihatx maka hancur lh sya ,,,,krn hanya kpdanya kta kmbali ,,,manusia adalah rahasia dn tuhan ada rahasia tuhan ,,,q ada krn km ,,,dan km ada krn q ,,,hehehe ini sja yg sya tau susah mau jlz kn krn blh d kta itu itu jg blh d,kta kn dy d,sna dn dy jg d,sni jd susah mau d bilang apa,,,,key wsalam

        Like

    4. panjang sgt ulasan2 di atas nanti jadi mcm citer saudara azmi tu…hehehe.
      gambar kat kulit dpn buku2 tu gambar hj.saari ke,azmi ke,hamisah ke,keter satria ke hamba xpasrah?ke kena pegi tanya tok guru di india?

      Tuan Hj boleh bagi free ke tidak buku2 dan cd tu pd saya?

      Like

      1. Maaf jika apa yg saya katakan ini tidak sedap didengar. Pasal gambar itu tak usahlah dibuat lawak. Org putih kata “don’t judge the book by its cover”. Sila hormati ilmu yang ditulis oleh tuan guru di dalam buku itu. Wang ringgit tidak ternilai dengan ilmu yang diturunkan. Jika kita mampu bayar utk bil telepon atau bil internet, apakah kita tak mampu utk menyumbang sedikit utk mendapatkan ilmu yang tidak boleh diperolehi di mana-mana? Kebiasaannya benda yg percuma tidak akan dihargai.

        Like

      2. Setiap benda yang percuma itu, menunukan perkara yang tidak ada nilai. Demi menghargai ilmu, kenalah dengan ada pengorbanan, yg pepeh tak datang mengoleh dan yang bulat tdk datang mengolek, tp jika itu sudah kehendak Allah, insyak allah sy akan bg percuma.
        Apakah yang digambarkan oleh azmi, sy pun belum tahu.
        amin drp hj shaari

        Like

  21. nama yg asli itu ada di diri yg Zahir. yg ada disekarang adalah bukan diri yg zahir tetapi cermin/refleksi diri yg zahir.
    diri yg Zahir konsumsi kekuatannya tergantung kepada Allah tetapi sayangnya, hanya sedikit orang yg mengetahui diri yg Zahir.
    kebanyakan manusia hanya masuk atau melihat, mendengar dan beraktifitas melalui cermin diri yg zahir karena Allah menutup pandangan dan pendengaran.
    Diri yg Zahir hanya terbangun ketika manusia sudah menyadari bahwa Allah dzat yg menghidupi dirinya dan menerima dengan pengakuan kefahaman ilmu.
    ketika dibuka pandangan dab pendengaran diri yg Zahir disanalah kita akan mengenal siapa Tuhan kita.
    wassalam.

    Like

  22. Saudara azmi. Benar orang yang dah mati itu sudah tidak mampu untuk marah,berkata-kata, bergerak dan berbuat apa2 seperti orang hidup, tapi perlu DIINGATKAN bahawa yang murka, yang berkata-kata, yang bergerak dan yang berbuat apa2/berafaal itu adalah DIA yang ahad. DIA yang berkehendakkan seperti itu.

    Like

  23. salam untuk semua , dan seribu dan sejuta maaf untuk ……bak kata tuan guru minyak wangi berbau hapak. itulah jawapan nya. Saudara Wira telah membuat penjelasan yang baik. apa pun ianya apa yang kamu fikirkan. teruskan apa kamu fikirkan……message Penyataan / Penyata / Kenyataan adalah yang Nyata . Creator yang dicari adalah semua creations. Creations adalah creator tersembunyi = DIA . Apa yang tuan guru nak sampaikan Creator n Creations adalah satu. Sama ada nak percaya atau tak percaya Tuhan adalah dia.

    Like

  24. Semoga kita senantiasa dirahmati Allah SWT, Menurut hemat saya yang “TIDAK ADA ” tidak bisa menjadi dalil dan atau pembuktian adanya “YANG ADA” . Aku bukan Dia tetapi tak lain dari Dia. Yang ada hanya “DIA” kita dan atau segala sesuatu sejatinya “TIDAK ADA” . Kita dan atau segala sesuatu adalah “KENYATAAN DIA” . Senang atau tidak senang, sadar atau tidak sadar kita dan atau segala sesuatu sudah menanggung ” KENYATAAN-NYA”. Yang ada hanya “SANG MAHA SEGALA-GALANYA”. Kata kunci = AKU (DIRI) ADALAH KENYATAAN TUHAN , Berbahagilah bagi yang sudah mengengenal diri karena otomatis mengenal Allah SWT akan datang sendiri. Salam hormat kami buat Tuan Haji Shaari dan para pembaca yang budiman , tks

    Like

    1. Pandai ananda berkalam, terima kasih atas kalam yangn cantik dan bagus. kenyataan itu sungguh hebat. siapa diri nanti sy maklum kemudian, bagi orang2 diluar jawab dulu. t.kasih drp hj shaari

      Like

  25. Assalam…tuan guru dan tuan-tuan semua….terima kasih kerana telah menyumbangkan ilmu di-ruangan ini .
    Apabila Allah berfirman KUN keatas dirinya sahaja kerana masa itu belum terjadinya makhluk…maka terciptalah makhluk yang yang telah sempurna kejadian nya dan tidak boleh berubah lagi….segala-galanya telah di-tentukan di-loh mahfuz.Makhluk ini umpama pelakun dalam sebuah drama dan hanya mengikut skrip yang telah di-sediakan oleh pengarahnya.Semua peranan samaada kita di-jadikan hero,penjahat,orang kafir atau islam,haiwan atau manusia,api atau air,lelaki atau wanita,guru atau murid,pemarah atau penyabar,pandai atau bodoh,kaya atau miskin dan sebagainya itu telah tertulis di-dalam skrip sejak azali lagi.
    Sesungguhnya diri ini TIADA yang ada hanya Allah..Allah…Allah,diri ini umpama air batu dan laut itu umpama zat Allah….apabila air batu di-campakkan kedalam air laut,,,siapa kah yang wujud???air batu atau air laut???.
    Sesungguhnya segalanya dari Allah jua.
    Wassalam.

    Like

  26. panjang sgt ulasan2 di atas nanti jadi mcm citer saudara azmi tu…hehehe.
    gambar kat kulit dpn buku2 tu gambar hj.saari ke,azmi ke,hamisah ke,keter satria ke hamba xpasrah?ke kena pegi tanya tok guru di india?

    Tuan Hj boleh bagi free ke tidak buku2 dan cd tu pd saya?

    Like

  27. As salam, Tuan Guru Hj Shaari yang dikasihi.Saya budak baru belajar kalau salah
    Tolong tunjukkan…..

    Bismillah…

    ‘Kenal diri, BINASA diri’….letaknya mamat bin dolah ialah pada Nur Muhamad…

    Wasalam

    Like

  28. Tuan Guru…Kata Hamzah Fansuri: Adapun dirinya itu, sungguhpun beroleh nama dan rupa jua, hakikatnya rupanya dan namanya tiada. Seperti bayang-bayang dalam cermin; rupanya dan namanya ada hakikatnya tiada. Seperti sabda Rasullulah saw; Yang Mukmin itu cermin samanya mukmin.

    Ertinya, Nama Allah Mukmin, maka hambanya yang khas pun namanya mukmin. Jika demikian sama dengan Tuhannya, kerana hamba tidak bercerai dengan Tuhannya, dan Tuhan pun tidak bercerai dengan hambaNya.

    Like

  29. as salam….

    di awal pertemuan aku dengan khidir pernah ku tanyakan sedemikian…

    “ya khidir…bagaimanakah aku mendapatkan ilmu Yang Haq..” tanya ku setelah di beri isyarat untuk kemukakan segala pertanyaan ketika itu.

    “sabar ya Muhamad….sabar….sabar…” jawab khidir dengan ringkas. sentiasa tersenyum kepada aku tetapi kekadang memberikan pandangan yang “TEGAS” bagi tujuan mendidik “hati” ku.

    “bagaimana caranya utk aku sabar sebenar sabar….?” tanyaku lagi.

    “bungkus dirimu dalam ilmuNya…..” pantas khidir menjawab memberikan faham pada aku.

    disini aku diberi faham sebenar2 faham tentang 20 sifatNya dan juga nama2 Tuhan yang sebenar2 nama bagiNya yang telah dinyatakanNya.

    ikhlas

    1

    Like

  30. 20 sifat je ke? mana pegi 1 lagi sifat tuan pasrah?
    sdr azmi,mana pegi keter satria?dia boleh jawat international guru tu….hehehe.

    Like

  31. makripat ni baru celik mata dari tidur ke Tn Hj?
    krn dr makripat inj lah yg melahirkan tauhid,iman dan seterusnya islam yg sejati.
    1- islam———- makripat
    2- iman———- tauhid
    3- tauhid——– iman
    4- makripat—– islam
    {tidur}-{mimpi}- {bangun}

    maafkan saya,
    memerlukan pencerahan dr Tn HJ.dan saudara saudari di sini.

    Like

  32. Ayahanda Hj Shaari, sebenarnya diri kita tak wujud. disebut nama Muhammad , Hashim, Sabri dan sebagainya itu hanyalah waham sahaja. Macam dalam mimpi. Kita bertemu seseorang dalam mimpi yang namanya Harun. Sebenarnya Harun itu tak wujud pun dalam dunia ini orang yangj kita mimpikan itu.. Nama-nama hanya mainan dunia sahaja. Kita adalah hanya satu sahaja nama iaitu ROH dan ROH itu beasal dari Yang Maha Esa. Seperti arus letrik yang masuk ke dalam rumah kita. Letrik itu dating dari janakuasa letrik hydro yang tenagnya beribu-ribu kilowatt. Sebenarnya yang menyalakan lampiu dirumah kita adalah Janajukuasa letrik hidro dan bukannya letrik yang nilainya 250 kilo watt itu. Datangnya dari tenaga letrik hydro. Begitulah dengan diri kita yang batin. Datangnya dari Nur Allah dari Allah. Diri batin kita itu bukan Allah tapi tak lain dan tak bukan adalah Allah jua.

    Like

    1. Alangkan bernasnya jawapan tuan, ini semua mengambarkan sudah ramai orang diluar sana yang telah memahami ilmu makrifatt, kenapa tidak sedari dulu ilmu makrifat ini dipamirkan?. Kefahaman tuan itu, mengambarkan tuan org yang mengenal tuan yg empunya diri. amin drp hj shaari

      Like

      1. Amin,saya paham alloh dgn alloh.
        saya pernah tak solat krn ilmu ni
        saya pernah mencabar alloh krn ilmu ni.
        saya jadi gila.byk perkara pelik saya lalui,org sekeliling mencerca.
        amat sukar rupanya jln ni.

        apa sebenarnya yg mung cari dlm dunia ni?
        jumpa alloh hilang diri,jumpa diri hilang alloh!
        satu soalan yg memerlukan satu jawapan.
        satu jawapan dgn satu perkataan krn alloh itu satu.
        seminggu masa diberi utk mencari.
        apa punya soalan guru ni……

        ikhlas pula yg dicari.
        ke hulu ke hilir membawa diri.
        kanan memberi kiri dok tahu
        bagaimana mungkin ini terjadi
        singgah kedai kopi dgn gundah di hati
        segelas teh tarik ilham dtg sendiri
        oooo…….

        ikhlas….ahad,ikhlas…ahad
        bila mengaji… infiniti
        bila mengkaji…. kenal diri
        123456………infiniti
        6543210.makripatdiri.

        melawan arus mmg sukar sekali.
        inilah jawapan yg boleh diberi.
        satu hari nanti ketemu Tn Hj
        letak diri utk mengaji dan mengkaji.
        maaf dipinta ,SAHAYA undur diri.

        Like

  33. Semoga kita senantiasa dirahmati Allah SWT, Menurut hemat saya yang “TIDAK ADA ” tidak bisa menjadi dalil dan atau pembuktian adanya “YANG ADA” . Aku bukan Dia tetapi tak lain dari Dia. Yang ada hanya “DIA” kita dan atau segala sesuatu sejatinya “TIDAK ADA” . Kita dan atau segala sesuatu adalah “KENYATAAN DIA” . Senang atau tidak senang, sadar atau tidak sadar kita dan atau segala sesuatu sudah menanggung ” KENYATAAN-NYA”. Yang ada hanya “SANG MAHA SEGALA-GALANYA”. Kata kunci = AKU (DIRI) ADALAH KENYATAAN TUHAN , Berbahagilah bagi yang sudah mengengenal diri karena otomatis mengenal Allah SWT akan datang sendiri. Salam hormat kami buat Tuan Haji Shaari dan para pembaca yang budiman , tks

    Like

      1. Salam sodaraku semua.

        Izinkan saya yang bodoh ini ikut memberi pendapat.
        Letak nama kita ada dalam stiap perbuatan kita.
        Takkan terpisah nama dengan sifat dan juga perbuatan kita.

        Like

      2. selamat mlm tuan haji,sya bru sngt mengenĺ akn ilmu mengenal diri ini,ada yg sya fhm,ada yg sya tak fhm,tetapï smua ank murid tuan haji pndai2 belaka,rasa cemburu d hti sya bila membca komen2 mereka,ada satu hri sya trbca tentg tentg hakikat fatiha yg brmakna bgini .bismillah…menjdhkn dirinya..ar rahman ..itu ya muhammad engkau jua keadaan.ya rahim itu.
        …ya muhammad engkaulh kekasihku tiada yg lain.alhamdulillah itu…ya muhammad yg membca fatiha itu aku.yg memuji itu pn aku.alhamdulillah itu ya muhammad.solatmu ganti solatku tmpat memuji diriku sndiri.rabbulalamin itu aku tuhan sklian alam..ar rahman ar rahim..ya muhammad yg membca fatiha itu aku.yg memuji itupn aku juga.malikiyaummttiddin..ya muhammad aku raja yg maha besar..engkaulh kerajaanya..iyya kana,budu…ya muhammad yg solat itu aku.aku memuji diriku sndiri..waiyya kanas taain..ya muhammad tiada kenyataanku jika engkat tiada..ehdinassiratalmustakim..ya muhammad awal dan akhir itu aku.siratallazi na an amtaalaihim..ya muhammad sebab aku sukakn engkau ialah engkau itu kekasihku.ghairilmagdu bialaihim..ya muhammad aku jadi pemurah pdamu kerana engkau itu kekasihku..waladdalin..ya muhammad jika tiada aku maka tiadalh engkau..amin..ya muhammad rahsia mu itu rahsiaku..yakni yg d smbah itu tiada suatu jua pn d dlmnya melainkn tuhanku jua..engkau tiada daya upaya dn kekuatan untuk melakukn solat atau sesuatu melainkn engkau lakukn atas kurniaan dn rahmat aku semata mata..kenapa engkau merasa ada keujudan dlm hidup ini,sdangkn ujud itu adalh aku semata mata..yg mengerjakn kelakuanmu itu aku atas kudrat dn iradatku,yg menentukn waktu pn aku,aku punya ilmu,tanpa itu engkau tiada hamba ku,aku sengaja menyatakn diriku padamu dn aku memuji diriku di atas lidahmu wahai hamba…tuan haji semasa sya membca ayat2 d atas ini malu rasa pda allah tak trhinga,bgi sya yg lain sya tak fhm tak mengapalh,mungkin stakat yg ini shaja allah bri sya fhm.pda sesiapa yg membca karatan inï dn dpt selami rasanya alhamdulillah,tak perlu nk brdebat ,kita siapalh,kita ini sngat daif,saya tak cerdik mcm smua ank murid tuan haji,tpi trima ksh pda allah,amin,

        Like

  34. jawaban untuk saudara adalah cukup dg firman allah taala ”sesungguhnya manusia itu adalah rahasia-Ku,dan rahasia itu adalah sifat-Ku,tiada lain adalah Aku”dimikian kiranya,mudahan dimengerti…’perahu sama perahu bendera tajak dimuka,tahu sama tahu, rahasia jangan dibuka’

    Like

  35. Salam ayahnda, nama-nama ini hanya istilah bagi mengenal diri yang berjasad. Jika sudah kenal, nama tidak perlu lagi disebut di mulut. Apabila diri sudah mati, nama pun sudah tidak ada lagi. Umpama kita tidur, kita tidak ingat kepada nama kita.

    Like

  36. Assalamualaikum Hj. Shaari & rakan2 ….. moga berbahagia hendaknya …. maafkan sy kerana berbicara sebegini … tiada sembunyi lagi akan diri ini …sesungguhnya tangan yang ku angakat itulah tangan Allah, kaki yang melangkah itulah kaki Allah, mata yang memandang itu pandangan Allah, maka ertinya 7 anggota yang berdiri ini adalah Allah … benarlah Allah Maha Berdiri Sendiri … siapa yg melihat Allah … Sandiwara Allah sudah ketahuan, bersembunyi disebalik Adam, Wujud ertinya Ada, dan mustahil tiada, bererti nyata ADA…. AKU TIDAK BISA MENYAMAR DAN MAIN SEMBUNYI-SEMBUNYI LAGI … KERANA AKU SEMEMANGNYA NYATA DAN TERANG … BAGI NAMA-NAMA KU YG AKU PILIH AGAR AKU BISA DIKENALI DAN TERKENAL…. salam santun…..

    Like

    1. Anandaku Qaseh, ananda sekarang di dalam berkeadaan karam. Karamnya garam di dalam lautan masin. Baru bertama kali saya jumpa orang seberani ananda. Tapi harus diingat, dimana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung. Inilah bahasa Mansur Al-Halaj dibunuh dan hamzah fansuri, Ibu Arabbi dan Wali Allah Abu Yazid dan juga syhek Siti jenar kena penggal kepala nya.

      DiBumi Malaysia ini, perkataan sebagaimana ananda ucapkan itu, adalah didapati salah (bertentangan dengan hkum syara’). Kerana mereka tidak faham bahasa karam, mereka tidak pernah karam dilautan baqa’. Mana mungkin mereka boleh membenarkan ucapan ananda, sedangkan mereka belum pernah karam!. Bagaimana mereka nak karam, sedangkan perahu dan sungaipun belum mereka kenal, usah kata nak karam dilautan masin, sedang garampun mereka belum kenal. Naik perahupun mereka belum pernah bagaimana mungkin mengenal karam), tetapi biarpun mereka tidak pernah karam didalam lautan masin, namun mereka ada kuasa membunuh dan menuduh ananda sesat!.

      Bagi ayahanda, saya cukup faham dengan bahasa ananda itu, kan sy bilang sedari dulu, ananda adalah seorang wali hidup yang keramat ucapannya. belum pernah terkeluar dari mulut orang lain sebagaimana ucapan ananda. Semoga segala-galanya sudah kehendak Allah dan sudah menurut ketentuan Allah. Terima kasih drp hj shaari yang setinggi-tingginya untuk ananda Qaseh. amin drp hj shaari

      Like

  37. Assalamualaikum Hj. Shaari & rakan2 ….. moga berbahagia hendaknya …. maafkan sy kerana berbicara sebegini … tiada sembunyi lagi akan diri ini …sesungguhnya tangan yang ku angakat itulah tangan Allah, kaki yang melangkah itulah kaki Allah, mata yang memandang itu pandangan Allah, maka ertinya 7 anggota yang berdiri ini adalah Allah … benarlah Allah Maha Berdiri Sendiri … siapa yg melihat Allah … Sandiwara Allah sudah ketahuan, bersembunyi disebalik Adam, Wujud ertinya Ada, dan mustahil tiada, bererti nyata ADA…. AKU TIDAK BISA MENYAMAR DAN MAIN SEMBUNYI-SEMBUNYI LAGI … KERANA AKU SEMEMANGNYA NYATA DAN TERANG … BAGI NAMA-NAMA KU YG AKU PILIH AGAR AKU BISA DIKENALI DAN TERKENAL…. salam santun…..

    Like

  38. Assalamualaikum Hj. Shaari & rakan2 ….. moga berbahagia hendaknya …. maafkan sy kerana berbicara sebegini … tiada sembunyi lagi akan diri ini …sesungguhnya tangan yang ku angkat itulah tangan Allah, kaki yang melangkah itulah kaki Allah, mata yang memandang itulah pandangan Allah, maka ertinya 7 anggota yang berdiri ini adalah Allah … benarlah Allah Maha Berdiri Sendiri … siapa yg melihat Allah … Sandiwara Allah sudah ketahuan, bersembunyi disebalik Adam, Wujud ertinya Ada, dan mustahil tiada, bererti nyata ADA…. AKU TIDAK BISA MENYAMAR DAN MAIN SEMBUNYI-SEMBUNYI LAGI … KERANA AKU SEMEMANGNYA NYATA DAN TERANG … BAGI NAMA-NAMA KU YG AKU PILIH AGAR AKU BISA DIKENALI DAN TERKENAL…. salam santun…..

    Like

  39. Assalamualikum,…. pendapat saya tidak semestinya yg yang telah matikan diri … tidak ada perasaan marah …. siapa yang marah itu? …. kenapa mesti ada kekesalan kerana terkeluarnya perasaan marah itu …. Marah itu AKU … tiada sesiapa yg mampu untuk mengeluarkan Marah …amin…..

    Like

    1. Cantik jawapan ananda. Itu makanya Baginda Nabi pun keluar berperang memenggal kepala musuh, jika tidak ada perasaan, cukup dengan hanya duduk di dalam masjid dan hanya cukup dengan Baginda menadah tangan sahaja, tetapi ternyata Bagindaa juga turut turun padang berperang, bg menunjukkan yang kita ini, tidak terlepas dari perasaan marah, tetapi yang marahpun dia jua………………. drp hj shaari terima kasih drp hj shaari

      Like

  40. mohon izin untuk ayahda,untuk menjawab pertanyaan ini…
    nama adalah kebesaran wujud setiap ada nama tentu ada wujud musamma yg punya nama dan nama itu sendiri meliputi pada tiap2 sesuatu sedangkan Allah bkn sesuatu tp Allah nyata pd tiap2 sesuatu.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s