Orang Selalu Bertanya Soal Amalan, Apakah Itu Amalan?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Selalu orang bertanya kepada saya tentang amalan Tok Kenali dan amalan saya. Apa lagi amalan yang tuan-tuan cari dan amalan apa lagi yang tuan-tuan nak tahu, tidak cukup lagikah amalan yang selalu tuan-tuan amalkan?.Nak amalan yang sebagaimana lagi?.

Mahukah saya bagi amalan ratib atau berzikir Tok Kenali sebanyak 80,000 kali dalam satu malam?. Laratkah atau sangggupkahh tuan-tuan amalkan (apa bolehkah tuan-tuan buat?), saya bimbang kalau-kalau tak terbuat!. Jika terbuat sekalipun, kebanyakannya hanya sekadar dua atau tiga hari sahaja! (tingi-tingi satu atau dua minggu). Lihatlah, tiliklah dan perhatikanlah kawan-kawan, sahabat-sahabat atau diri tuan-tuan sendiri yang pernah melalui perjalanan atau aliran torikat yang memerlukan zikir atau ratib sejumlah 80,000 (lapan puluh ribu) dalam satu malam, terbuatkah mereka dan terbuatkah kita?. Jika termampu sekalipun hanya dalam jangka masa yang pendek, habis itu, wirid kemana dan zikir kemana!.

Apakah untuk ingat (zikir) kepada Allah itu, memerlukan kepada bilangan?, cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, sekiranya habis pusingan atau bilangan buah tasbih, kemana  perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada sewaktukita bilang buah tasbih sahaja, bilamana habis bilangan 80,000, kemana perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada diwaktu malam sahaja, apakah Allah itu, hanya tidak ada pada waktu siang, sehingga zikir atau wirid itu, perlu kepada waktu malam?.

Jika sekiranya tidak ada buah tasbih, apakah Allah tidak boleh diingat?. Jika kurang bilangannya dari 80,000 kepada  79,000, selalunya kena ulang semula pada malam berikutnya, apakah Allah tidak terima zikir kita bilamana kurang dari 80,000, sehinggga kita kena ulangi semula?.

Apakah zikir atau ingat kepada Allah itu, hanya melalui suara bibir mulut sahaja. Jika tidak dengan mulut, apakah kita tidak boleh ingat kepada Allah?. Cuba bawa berfikir dengan fikiran yang waras?. Apakah mata, telinga, hidung, tangan serta kaki itu, tidak perlu ingat (zikir) kepada Allah?, sehingga kena melalui mulut dan buah tasbih?. Cuba jawab?…………………………

Bagi Tok Kenali, bukan banyaknya amalan zikir yang menjadi perhitungan, yang diambil kira itu, adalah keikhlasan!. Sekalipun berjuta kali, jika kita tidak mengenal tuan yang empunya nama, ianya tidak lebih daripada sekadar riadah! dan bukannya beribadah. Yang menjadi ibadah atau yang dikatakan ibadah itu, bilamana kita benar-benar ingat kepada Allah. Ingat kepada Allah itu, adalah dalam erti kata ingat kepada tuan yang empunya zikir dan ingat kepada tuan yang empunya nama).

Nama tidak sedikitpun memberi bekas. Cuba tuan-tuan lihat kereta yang digantungn dengan nama Allah atau yang berpelekat dengan nama Allah, bilamana berlaku perlangaran, tidakah dengan kereta dan dengan tuan-tuannya sekali hancur (dengan ada nama Allah, sepatutnya kita tidak cedera, kenapa masih ada yang cedera sehingga ada yang membawa maut) . Cuba kita lihat orang yang tengah berzikir dan menyebut nama Allah semasa memotong sayur, tiba-tiba tangan boleh terluka terhiris pisau. Ini memberi gambaran kepada kita, bahawa nama tidak membawa erti, yang bermakna dan bererti itu, adalah tuan yangn empunya nama.

Tuan yang empunya nama itu, boleh di ingat dan boleh dizikir dengan tidak perlu kepada jumlah bialangan tasbih dan tidak perlu kepada waktu malam sahaja. Sayanngnya kebanyakan kita tidak mengenal tuan yang empunya suara, tuan yang empunya bibir, tuan yang empunya buah tasbih dan sayangnya kebanyakakn kita tidak mengenal tuan yang empunya zikir?.

Sayangnya masyarakat kita pada hari ini, kebanyakannya berebut-rebut untuk tunjuk hebat, tunjuk alim dan tunjuk ulamak, bilamana bilangannya sebutan itu sakan dan  banyak dalam membilang buah tasbih. Tak cukup dengan buah tasbih, orang sekarang ini guna alat kaunter (yang tekan-tekan dengan jari, boleh keluar nombor).

Saya bukan berhajat untuk merendah-rendahkan golongan yang berzikir, zikir itu adalah amalan yang baik, tetapi sayangnya, kebayakan dari kita bilamana berzikir, zikirnya adalah zikir yang tidak ingat kepada Allah (tuan kepada yang empunya sebutan). Melainkan kebanyakanya hanya tahu ingat kepada bilangan atau tahu ingat kepada buah tasbih!. Apa yang mahu saya tekan disini, adalah zikir yang disertai mengenal kepada tuan yang empunya nama!.Sebutlah nama Allah itu dengan ilmu, sebutlah nama Allah dengan mengenal dan sebutlah dengan fatonah (bijaksana).

Amalan Tok kenali atau amalan saya itu, adalah amalan zikir (ingat) yang tidak pernah putus dan tidak pernah habis. Zikir (ingat kepada Allah) itu mudah dan senang, tidak perlu kepada hanya malam, malahan boleh diamalkan pada waktu singa atau pada waktu malam.

Berzikir (ingat kepada Allah) Tok Kenali itu, seumpama berzikir dengan penglihatan, bagaimanakah caranya kita berzikir dengan penglihatan atau cara berzikir dengan pendengaran, pergerakan, penciuman?. Dengan telan air liur kita boleh zikir, dengan ludah kita boleh berzikir, dengan gosoh sabun di badan semasa waktu mandi boleh zikir (ingat kepada Allah), semasa gosok gigi, semasa buang air besar atau buang air kecil, semasa gosok daki dikulit, semasa tidur, semasa jaga, duduk, baring malahan zikir Tok Kenali itu, boleh semasa kita sedan nyeyak tidur, boleh berzikir sewaktu bermimpi, boleh berzikir (ingat kepada Allahh) semasa sedang koma atau sedanng pengsan!.

Bagaimanakah caranya untuk berzikir sebagaimana zikir Tok Kenali, tungggu, tunggu dan tunggu!, saya nak lihat dulu komen dari orang diluar dulu, baru boleh saya bagi jawapan. Mungkin sahabat-sahabat diluar sana boleh beri zikir yang lebih tinggi dari zikir Tok kenali, siapa tahu!. Tok Kenali beramal dengan zikir yang tidak perlu kepada buah tasbih dan tidak perlu kepada hitungan jumlah!. Jadi zikir Tok Kenali itu, adalah zikir yang paling rendah dan paling bawah (zikir low class atau zikit tamada kata ore kelate). Jika ada zikir yang paling tinggi, sila kemukan boleh kita sama-samma belajar. amin drp hj shaari

89 Replies to “Orang Selalu Bertanya Soal Amalan, Apakah Itu Amalan?.”

  1. salam tuan guru.dzikir itu maknanya ingat.kata tuan guru yg sebenar-benarnya ingat itu adalah tidak ingat.tapi kebanyakan saya ini masih ingat apakah itu juga dinamakan tidak ingat kepada ALLAH?maaf tuan guru saya memberi soalan begini.semoga tuan guru sehat selalu.

    Like

  2. Assalamualaikum w.b.t,

    Saya pernah melakukan zikir2 seperti yang tuan beritahu… Memang benar kata2 itu, zikir tanpa keikhlasan tidak akan memberi apa2 makna malah diri menjadi TAKBUR seolah kita saja yang banyak berzikir… bagi manusia yang berzikir dengan ikhlas dan benar2 merasai ketulusan hati, kita akan merasai ketenangan yang sedap… sebenarnya zikir dimalam hari tu kerana malam kan sunyi… memang sedap berzikir… hehehe… baik lagi zikir 24 jam… ingat-mengingat… kadang2 bila terlalu banyak zikir… ada pulak makhluk asing datang nak kawan… maka dari zikir 100x jadilah 10,000x semata2 nak kawan untuk dapatkan kuasa makhluk tersebut… ntah lah mereka2 yang kawan dengan makhluk tu…. apa akan jadi bila Allah menjemput balik….. tapi pada pendapat saya makhluk apapun yang datang… mereka tetap makhluk ciptaan Allah… manusia jua yang HEBAT… hehehe. Wassalam…

    Like

  3. Inikah kiraNya jawapan yg dimaksud dgn cikgu itu, bahwa:

    Dzikir nya orang-orang yang telah ber-makrifat kepada Allah itu, adalah sebenar-benarNya Dzikir. Dzikir yang dapat membuat dia lupa dan tidak ingat lagi keberadaan diriNya(Fana), sehingga yang ia rasakan(zuq) hanya allah, semuaNya sudah diliputi oleh Allah… Allah… Allah.. Allah.

    Salam.

    Like

  4. Alhamdulillah..Terima kasih Tn Hj Shaari berkarya semula setelah sekian lama menyepi sejak peristiwa Jakim tu..Kami sentiasa dahagakan air tangan dan minyak wangi Tn Hj. Teruskan Tn Hj tatkala nyawa masih dikandung badan. Alhamdulillah.

    Like

  5. Alhamdulillah. Tn Hj berkarya semula sejak menyepi lantaran peristiwa Jakim tu. Teruskan Tn Hj, kami dahagakan air tangan dan minyak wangi Tn Hj tatkala nyawa Tn Hj masih dikandung badan. Selamat dan Rahmat selamanya.

    Like

  6. zikir ku tidak lah tinggi dan juga tidak rendahnya
    tidak ada awal juga hujungnya
    yang mana melihat bila ia melihat
    yang mana mendegar bila ia mendegar
    yang mana berkata bila ia berkata-kata
    yang mana bergerak bila ia bergerak
    zikir bagi yang sudah tidak ingat
    hanya yang terniat…….

    Like

  7. as salam..

    pernah ku tanyakan pada khidir sedemikian….

    “ya khidir apakah amalan terbaik untuk ku….?” tanya ku…

    “tiada ya Muhammad…” jawab khidir pendek dan ringkas sambil merenung tepat ke bebola mata ku spt mengerti kerutan hatiku. lantas aku bertanya lagi…

    “maaf khidir…. jadi apa perlu aku perbuat..?” soalan agak kedunguan terpacul dari mulut ku…

    “ketetapan TuhanMu adalah amalan terbaik buat mu ya Muhammad…”

    disini aku diberi faham sebenar maksud perkataan “taat” dan “engkar” serta “amalan dalam ilmuNya”.

    ikhlas

    1

    Like

      1. Mana boleh dikatakan ada Allah dan ada kita (itu sudah syirik atau sudah mensyirikkan Allah). Sifat ada itu, hanya milik mutlak bagi Allah. Bahasa yang betul itu, adalah begini duhai anandaku “adanya Allah dan tidak adanya kita”. drp hj shaari

        Like

  8. zikir yg tdk berhuruf dan tdk bersuara dlm keadaan menyadari bhw Alloh nyata pd tiap2 sesuatu, yg diingat dan mengingat adalah sama. mohon bimbingan Tn Guru

    Like

  9. Salam.. Tuan haji, ana kurang mengerti tntng cara zikir ini. Ana ada juga ikut pgm 3 jemaah lain, masg~msg menjelaskan dgn menggunakan al quran dan sunnah tntg cara menegakkan islam. Msg-msg mengatakan jemaah itu sndiri yg plg lurus…… Ana makin konfius x tau nk ikut yang mn 1. Ana jd pening dan jd mudah cpt nk marah skrg nie. Ana ada juga beli dan baca buku mngnl diri n tuhan. Bila baca, ana pun betul juga…… Boleh tuan haji bagi sedikit pandagan utk ana selesaikan kecelaruan otak ana. Dan kalu boleh ana pun ingin berguru dgn tuan haji tntg ilmu ini…. Hamba allah yang konfius.

    Like

  10. Ingat kepada allah..ingat kepada yang tidak berhuruf..tidak bersuara..dan berupa itulah ingat kepada allah. Diamkan halus bicara..dalam diam pun tidak berdetik lagi..letakkan dia yang ingat dengan dia punya ingat. Dia memandang dengan dia punya pandangan. Dia yang menyebut dengan dia punya sebut..kita mana ada lagi..itulah tidak ada nafi dan isbat lagi..zikirlah allah…allah..allah walaupun tanpa sebutan dibibir..larutkan zikir itu sepi bagaikan digurun sahara..didalam minda hati batin dengan bahasa minda otak halus. Safuan seksyen 20 shah alam.

    Like

  11. kedengaranya pelik tapi hakikatnya zikir yang hakiki adalah tidak persuara tidak berhuruf tidak tidak tidak tapi ada

    Like

  12. ku lihat burung berterbangan, ku lihat pokok teguh berdiri, ku lihat manusia menjalani kehidupan. Hakikatnya bukan burung yg berterbangan tetapi dia, hakikatnya bukan pokok teguh berdiri tapi dia, dan bukan manusia yg menjalani kehidupan tetapi dia. lantas ku lihat begitulah juga pada diriku sendiri.
    Perlukah ku berzikir ingat pada nama sedangkan kata-kata yang keluar di bibir ini juga ialah dia yang berkata-kata. mampukah asyik berzikir 80,000 kali jikalau diri telah lebur didalam sifat kalamnya yg membuat bibir terkunci kerana asyiknya rasa.
    selagi kita masih merasa mampu berzikir beribu kali. sampai lama mana sekalipun masih tidak akan dpt mengenali dan ingat pada yang empunya nama.
    tetapi jika berzikir dalam keadaan diri mati inshaAllah dpt mengenali dan ingat sehingga akhir hayat.

    maaf jika ada kesalahan dlm penyampaian ini, sesunggguhnya yg menyampaikan ini juga dia.

    Like

  13. Assalamualaikum…
    Benar.. Benar.. Benar..

    HasbunAllah wa ni’mal wakill
    Cukup la Allah, Dia la sebaik-baik pengurus..

    Allah Hu Akbar, Allah HU Ahad

    😉

    Like

  14. Assalamualaikum, Muhammad Rosulallah zikir hamba…yg tiada engkar… hanya taat, … maaf ya Tuan Guru Hj Shaari jika jawapan hamba kurang tepat…mohon tunjuk ajar Tuan Guru Hj Shaari…

    Like

  15. Salam tuan guru..
    Makin puja.. makin cinta
    menusuk kalbu ku
    DALAM NAIK TURUN NAFAS
    menjunjung namamu
    makin asik..makin jauh
    dihanyutkan rindu
    tiap saat ketika ku
    dambakan jiwamu..

    Like

  16. As salam tuan guru hj shaari – bila yg membawa diri itu sendiri adalah DIA ..apalagi nak dizikirkan dan disebut2kan lagi..kerna DIA lah meninggat sendirinya …

    Like

  17. tidak ada istilah zikir tok kenali atau apa. Yg sy tahu hanya zikir yg diajar Nabi Muhammad SAW sahaja. Antaranya selepas solat tasbih33 tahmid33 takbir33 dan dicukupkan 100 ‘lailahaillallah hu wah dahu la syarikalah,lahulmul kuwalahulhamdu wa hu wa a’la kulli syai in khodir’. Nabi x tetapkan smpai 80k pun,zikir ni mengingati Allah,jd mjlis ilmu juga mjlis zikir. Daripada bg zikir yg x sabit dari nabi baik apa yg sahih, contoh subhanallah hi wa bi hamdihi,subhanallah hil azim. Nasihat saya jangan melayukan islam,tapi islamkan melayu

    Like

  18. Tuan Hj Shaari yang di rahmati Allah. Saya cuba tuliskan di sini apa yang saya tahu berkenaan zikir. Sapertimana Tuan Haji selalu menyatakan ZikirraAllah itu mengingati Allah. Tetapi kita tidak bolih ingat jika tidak kenal! Ulamak dahulu membuat pembahagian zikir saperti berikut

    Zikir mulut (zikir Jahar) yang kita selalu dengar bila orang bertahlil (La ilaha Illa Allah)
    Zikir senyap atau zikir hati yang merupakan pergerakkan emosi atau perasaan. Zakir hati ia lah melalui “rasa” ia itu rasa tentang pengzahiran keagunggan dan keindahan Allah swt
    Zikir roh ia lah melalui sinaran Nurullah (cahaya Allah) yang di pancarkan olih keagungan dan keindahan Allah swt itu
    Zikir peringkat rahsia ia lah melaui “dzauq” yang di rasai hasil melihat rahsia rahsia Allah swt
    Zikir peringkat rahsia bagi segala rahsia membawa kita kepada pengertian ayat ini
    “Fi maq’adisidkininda malikinmuktadir” Ayat 55 Surah Al Qamar yang bermaksud “Di tempat yang di senangi di sisi Tuhan yang berkuasa”
    Zikir peringkat terakhir ia lah zikir “Khafiy al-Akhfa, ia itu yang paling dalam dan paling tersembunyi. Ini membawa kita ke peringkat perasaan “fana” atau lenyap diri dan perasaan…bersama Allah… Allah. Pada hakikat nya tiada siapa pun kecuali Allah yang mengtahui keadaan seseorang yang telah memasukki peringkat itu di mana terkandung semua ilmu. Di situ lah Hujung atau Penamat segala dan setiap sesuaatu. Firman Allah” Fainnahu yaklamu sirra waaghfa” yang bermaksud “Dia mengtahui yang rahsia dan yang lebih tersembunyi” Surah Thaha ayat 7)
    Wallahua’lam

    Like

  19. yang dikatakan zikir sebenar bagi hamba adalah zikir peyerahan nyawa, kerana zikir Hu Allah, Allah hu itu bermakna Dia Allah maka sesungguhnya apa y kita lihat dan menyebut itu benar2 nyata dan bukan hanya pada nama… kerana itu inilah amalan rahsia nyawa… bukan sekadar menyebut nama namun ia adalah tuan empunya nama..DIA!!!! DIA!!!! dan DIA!!!!! hanya orang yang memiliki matahati dapat menembus hijab atau tingkatan hakiki….sedarlah bahawa yang disebut dan y dilihat bukan sebenar nama namun itulah tuan empunya nama meliputi sekelian Alam diri dan alam kabir…..!!!! sekiranya benar wahai hj shaari apa yang saya katakan silakan kemukakan jawapan saya ini kepada tulisan kamu.. saya buat kerana Allah dari Allah untuk Allah kembali Allah… !!!!!

    TIADA YANG NYATA HANYA ALLAH AKU MUHAMMAD PESURUH ALLAH!!!!!!!

    Like

  20. As salam..tidur, mimpi, bangun, solat 5 waktu, berkerja dan sebagainya hanya dpt di lakukan sekiranya ada sifat hidup, daya upaya, melihat, mendengar, berkata-kata dan lain2..jika kiranya kita kenal Allah, semuanya milik Allah, Allah, Allah..dan di tambah dengan rasa ‘ikhlas’ sepertimana surah al-ikhlas, semuanya ahad, ahad, ahad..serah diri kepada Allah, dpt kenal Allah dan automatiknya ingat&zikirAllah..

    Like

  21. yang di kata berzikir dengan penglihatan, bagaimanakah caranya kita berzikir dengan penglihatan atau cara berzikir dengan pendengaran, pergerakan, Dengan telan air liur kita boleh zikir, dengan ludah kita boleh berzikir, dengan gosoh sabun di badan semasa waktu mandi boleh zikir (ingat kepada Allah), semasa gosok gigi, semasa buang air besar atau buang air kecil, semasa gosok daki dikulit, semasa tidur, semasa jaga, duduk, baring itu apabila kita telah kenal yang empuNya zikir.

    dimana saja kamu memandang di situ aku ada….itu lah dinamakan zikir (ingat pd Allah)
    dan x lupa yang ingat itu juga dia dan diingat pun juga dia….dia yg awal dia yang akhir dia yg zahir dia yg batin. maaf jika saya salah tuan haji….saya ni kosong org nye

    Like

  22. Salam Sejahtera Tuan Guru,
    Pendapat saya,” ingat Allah itu ialah ingat dan rasa apa saja yang sedang kita lakukan adalah juga semuanya faalNya…kita ini Lahaulawala……..!!!!!!

    Like

  23. Bismillahirahmanirahim…

    Assalamualaikum…

    Tuan guru, maafkan hamba jika jawapan hamba salah. Hamba budak baru belajar. Yang hamba tahu, zikir pada Allah itu adalah setiap waktu, tanpa mengira tempat, tanpa mempunyai bilangan, tanpa berbunyi dan tanpa rupa dan bentuk. Tiadalah upaya kecuali Dia. Mohon maaf kiranya hamba salah. Ilmu adalah ilmuNya dan pemberian adalah pemberianNya. Cuma hamba kurang pasti.

    Like

  24. Allah…..setiap saat ini la amalan…..pernah sahabat nabi Muhamad s.a.w…bertanya nabi…ya rasululah bila kah engkau di rasul kan oleh Allah….nabi Muhamad s.a.w menjawab ….aku telah dirasul kn sebelum Adam di tempe (diciptakn lg)…..fham la akn kita….setiap yg berlaku ini telah pon berlaku….setiap akn zikir, amalan dn segalanye pon telah berlaku….hidup jew didunia ini itu la amalan…(harap btl kn akan kefahaman saya tuan haji….)

    Like

  25. Mengenal Allah itu makrifat,meletakkan hak Allah itu hakikat,beramal itu tarikat ataupun berpegang pd fi sabililah,melaksanakan ibadah zahiriah serentak dengan batiniah itulah syariat,gabungan dari keempatnya lengkaplah islam.sabar mengingati Allah itulah ikhlas sebagaimana air yg turun atas daun keladi mengalir terus tanpa dicemari apa2 pun barulah dtgnya redzo,dari redzonya barulah datang kasih sayangnya.kasih sayang dari Allah dan segala isi kerajaannya.berzikir itu juga fi sabililah,fi=dalam diri kita,sabil=disucikan diri kita baru bertemu Allah,Dialah Tuhan Masrek wal Maqhrib,yg nyata dan Qhaib semata2 Dia,ambillah Dia menjadi wakil untuk menyerahkan segala urusan hidup hanya kepadanya.Itulah zikir amalan rohsulullah.Rahsia alfatihah ada dalam basmalah,rahsia basmalah ada pd titik bawah Ba,Hadiah fatihah kpd semua yg menjalankan tugas dalam kerajaan Allah Taala dari qhaib ke zahir membawa kita menyatakan Allah,Maha suci Tuhan di tangannya segala kerajaan,bagaimana nak menyatakan Allah,jika tidak dinyatakan kerajaannya terlebih dahulu?nak bertemu sang Raja kenalah bertemu pentadbiran kerajaannya dahulu baru bertemu Raja,satu kerajaan yg besar telah diberikan kpd Sulaiman hinggalah kpd rohsulullah,selesai sahaja zaman nabi,muncul pula zaman auliya di nusantara membawa kerajaan yg sama.

    Like

  26. As slam Tuan Guru dan para shabat…
    amalan apalagi jika yg berbuat itu ada lah diriNYA sendiri…dari DIA utk DIa..
    yang menyebut tu pun DIa…yg nak beramal tu pun DIA…yg diada hanya DIA..

    Like

  27. diri sendiri tu dah zikir ,

    alam itu pun berzikir dengan bahasanya

    ingat diri

    ingat allah

    zikir la tu

    zikir itu INGAT..

    nak ingat apa lagi..

    zikir guna tasbih dia,tak zikir dia..

    nak zikir juta2 kali pun dia

    allah meliputi sekelian alam

    Like

  28. salam ustaz.

    apa yang saya faham, zikir nafas paling tinggi. tidak berhuruf, tidak bersuara. tidak berhenti dan tidak putus selagi tidak mati.

    wallahualam.

    -zul sentul-

    Like

  29. Salam alaikum,

    terlebih dulu ma’af tuan Guru haji, Al fakir ini mau belajar berpendapat ….
    arti kata zikir itu ingat ( bila tak salah ), ingat itu membawa maksud bukanlah ucapan atau lisan atau lapaz …. tapi kenapa masih banyak juga mengartkan zikir itu dalam bentuk lisan, ucapan atau lapaz – lapaz…..
    bukankah zikir itu ingat … ingat berkekalan lahir dan bathin hanya kpd Allah … ( kalau ingat nya saja tak berkekalan , itu tanda masih jauh dengan Allah ) … puncak daripada zikir itu hingga kelu lah lidah ini…. atau Diam sediam diamnya…..
    Mohon diluruskan bila kefahaman saya ini tidak lurus tuan Guru …. terima kasih… wassalamualaikum wr wb.

    Like

  30. Salam ayahanda Hj Shaari…. Eloklah kiranya muslimin dan muslimat yang ada di luar sana membeli buku-buku nukilan ayahanda shaari seperti buku mengenal Allah, mengenal Diri, Mati sebelum mati, 7 petala langit dan 7 petala bumi dan juga buku cahaya di atas cahaya. Termasuklah bab zikir ini. Zikir ahli haqiqatun tak sama dengan ahli feqah… Jawapan itulah yang menentukan kita semua ahli yang mana. Nak tahu kenapa tak sama, bacalah buku mati sebelum mati…… jawapannya ada di sanaaaaaaaa…..Allah…

    Like

  31. ingat kepada allah..ingat kepada yang tidak berhuruf..tidak bersuara..tidak berupa..itulah ingat kepada allah. Diamkan halus bicara..dalam diam pun tidak berdetik lagi..letakkan dia yang ingat dengan dia punya ingat. dia memandang dengan dia punya pandang. dia menyebut dengan dia punya sebut..ingat kepada laisa..memandang kepada laisa..mendengar kepada laisa..menyebut kepada laisa…kita mana ada lagi..adapun atas rahmat dan kurnianya sahaja. itulah tidak ada nafi dan isbat lagi.. zikirlah allah..allah..allah..walaupun tanpa sebutan dibibir.. larutkan zikir itu sepi bagaikan di gurun sahara…..didalam minda hati batin. dengan bahasa minda iaitu otak halus berbangsa rohani. terima kasih

    Like

    1. ahmadatp :
      zikir Allah hanyalah gelaran nama yang di beriNYA….NYA adalah sebahagian dari berbillion(tak berjumlah)
      “titik “( yang ditiupan) kejantung kamu(ia hidup berkekalan) kembali ke Alif Lam Mim..

      Like

  32. Amalan Tok kenali atau amalan saya itu, adalah
    amalan zikir (ingat) yang tidak pernah putus
    dan tidak pernah habis.

    Klo boleh saya bertanya soal dzikir apakah itu?, jika seseorang yang telah wafat, bagaimana pula ia berdzikir, apa dzikir nya tidak putus-putus juga.

    Apakah ada dalil nya didalam hadist ato di al quran: soal dzikir tiada putus-putus itu

    Mohon di perjelas.

    Like

  33. Assalammualaikum….
    Tuan yg arif…
    Adapun sifat ingat itu adalah sifat tahu akan diri…adapun tahu akan diri itu tiada bersifat..krana yg bersifat itu muhammad..tiada lafaz tiada huruf..
    Maafkan hamba yg tiada berilmu..ajarkan hamba kalau hamba salah

    Like

  34. Kita akan sempurna ingatan terhadap Allah apabila kita sudah “rasa” diri kita sebenar-benar tiada, sudah mati, sudah fana’. Bila sudah tiada siapa yang mandi dan yang gosok badan kita. Siapa yang berzikir dan siapa yang bersolat. Jika tidak DIA Yang Wajibul Wujud iaitu Allah. Kita bukannya Allah! kita hanya bayanganNya sahaja. WajahNya sahaja.

    Like

  35. Berzikir itu perlukah disebut? habis orang bisu zikirnya tidak diterima, bukahkah Allah itu bisu,
    Bezikir pada mulut? habis mulut pecah? zikirnya dimana?
    Berzikir pada hati? hati hancur selepas mati…zikirnya dimana?
    Berzikir dari roh..roh tidak akan hancur…walau jasad sudah hancur dimakan tanah, zikir roh tetap hidup disisiNya

    Like

  36. Askm…….Alhamdulillah. …tuan menunjukkan asas supaya tidak menjadi sia2 dalam beramal….setiap sesuatu ada rohNya…….setiap perbuatan ada makna tersirat……setiap tutur kata ada isi bukan kosong…..setiap yg berlaku ada hikmahnya…….jalan yg satu….Allahhhh……jadi jadilah

    Like

  37. Allah…….
    Allah……..
    Allah……….
    Lamaujudaillallah.
    Dia yang zhahir dan yang bathin, segalanya………
    Yang bersuara dan yang senyap, segalanya………
    Wahdatul wujud
    Hu……..
    Hu………..
    Hu…………..
    .

    Like

  38. Salam…
    pandang depan Allah, blkg Allah kiri Allah…kanan pun nampak Allah…atas bawah…semuanya nampak Allah…kalau buta pun yang didengari itu jua Allah… makan Allah…tidur pun Allah…kentut pun Allah…sembahyang pun Allah… jika kita masih rasa wujud diri ..masih rasa kita yang kuat…masih rasa kita yg berilmu…selagi itulah kita mlakukan syirik…subhanallah… yang ada hanya Allah…Allah…Allah…zikir apa lg yg diperlukan? Zikir sebutan itu bagi yg masih belum mengenal Allah… dah kenal ke belum???

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s