Hakikat (maksud) yang menyembah itu, adalah juga yang disembah

Ilmu makifat itu benar (diperakui benar) dan guru makrifat itu benar, tetapi yang menjadi tidak benar itu, adalah kerana tidak faham. Kerana tidak fahamlah kebanyakan kita menuduh makrifat itu sesat atau salah. Lanjutan dari kefahaman tajuk semalam, hari ini saya hendak meyampaikan sedikit ilmu, iaitu bagaimana untuk meletakkan atau melihat Allah pada diri kita sendiri. Semalam kita belajar cara meletakkan (menyatakan) atau menzahirkan Allah pada batu, bukit bukau, lembu (binatang) atau meletakkan Allah pada bulan bintang, hari ini mari kita belajar pula bagaimana cara untuk meletak Allah atau menzahirkan atau menyatakan Allah pada diri kita sendiri.

Yang meyembah itu, adalah juga yang disembah. Maksudnya disini bukannya bermaksud untuk kita menjadi Allah atau mengaku Allah. Tetapi pelajaran ini adalah bertujuan untuk kita menyatakan Allah. Lihatlah pada perkara solat atau pada hakikat sembahyang (hakikat bersolat). Siapa yang berdiri solat, yang berdiri solat itu bukan kaki, ada kaki sekalipun jikalau tidak ada roh (hayat), masakan kita boleh berdiri. Oleh itu, berdirinya solat kita itu, adapun bersolat itu, adalah kerana adanya hayat (hidup) atau kerana adanya nyawa.

Manakala nyawa atau hidup atau hayat itu siapa?, nyawa, nafas, hidup atau hayat itu, itulah Allah!. Tetapi harus diingat, Nyawa itu bukan Allah dan roh itu bukan Allah. Adapun maksud roh, nyawa, nafas, angin yang turun naik dari hidung, degupan jantung yang didalam dada itu, bukan Allah. Maksud roh, nyawa atau nafas itu, adalah merujuk kepada sifat hidup!. Tidakkah sifat hidup itu Allah!.

Jangan salah faham, nyawa atau nafas atau roh itu, adalah merujuk kepada hidup (hayat). Tidakah hayat atau hidup itu, sifat Allah!. Manakala sifat Allah itu, tentulah merujuk kepada Allah.

Setelah kita tahu erti hayat atau erti hidup, barulah sebenar-benar dikatakan  bersolat. Yang sebenar-benar bersolat itu, adalah roh (roh sembahyang), yang sebenar-benar berdiri itu bukan kaki tetapi roh, yang sebenar-benar bertakbir itu bukan tangan tetapi roh, yang sebenar-benar melafazkan ayat itu bukan mulut tetapi roh. Jika tidak ada roh masakan kita boleh bersolat!. Tidak ada anggota tangan, kita masih boleh bersolat, tidak ada anggota kaki masih juga kita boleh bersolat, tidak ada mata, telinga, mulut dan anggota jasad, kita masih lagi boleh bersolat. Cuba jika tidak ada roh, bolehkah kita bersolat!. Siapakah yangn bersolat, jika tidak roh (hayat atau hidup).

Itulah tandanya yang besolat itu adalah roh, manakala roh pula adalah bemaksud, bermakana atau bererti hayat (hidup), tidakkah hayat atau hidup itu Allah. Makanya mengikut suluhan ilmu makrifat, sebenar-benar yang bersolat dan sebenar-benar yang meyolat,  sebenar-benar yang meyembah dan sebenar-benar yang disembah itu, adalah satu. Yang meyembah itu, adalah juga yang disembah), itulah yang dikatakan satu (ahad). Satu disitu bukan bererti mengaku Allah atau nak jadi Allah!.Tetapi untuk menyatakan Allah (esa atau tauhidnya Allah itu).

Inilah diantara rentetan berbahasan pertemuan saya dengan JAKIM tempoh hari.

cukuplah untuk santapan rohani harri ini, pada jam 12 tgh hari ini, saya akan beranggkat ke Kota Singapore, kerana sahabat-sahabat di singapore telah menunggu. Kepada sahabat- disingapore tunggulah kedatangan saya disingapore.amin

26 Replies to “Hakikat (maksud) yang menyembah itu, adalah juga yang disembah”

  1. Ilmu Makrifat, ilmu allah mengenal allah, Allah adalah allah, Tiada yg lain hanya allah, dengan allah, untuk allah, {Lillahi ta’ala}

    Tiada diri(ke-Aku-an), tiada alam serta se-isi alam kecuali allah.

    “Siapa mengenal dan siapa dikenal, mengenal itu yg dikenal, dikenal itu yg mengenal.”

    “Siapa menyembah dan siapa disembah, Menyembah itu yg disembah, disembah itu yg menyembah.”

    Pabila sirna diri(ke-Aku-an), sirna pula amal ibadah, semuanya kembali kepada allah. Rukun iman, rukun islam – perintah siapa, pelaksana siapa, kembali kpd allah jua asalNya.

    Pabila semua hukum-hukum kembali kpd allah, entahlah apa jadinya:

    “Siapa menghukum dan siapa yg dihukum, Menghukum itu yg dihukum, dihukum itu yg menghukum.”

    “Pabila dikau terpandang aku, maka malu-lah aku”

    Subhanallah, misalkan: seluruh air laut dijadikan tinta, dan daun-daun sejagad raya dijadikan kertasnya, masih belum cukup menuliskan ilmu allah.

    “La haula wala quwata illa billahi”

    Dari sekalian web, cuma website ini yg buat saya senang membacanya, Salam buat Bpk.hj sahaari di- tempat.

    Like

  2. Saya sependapat dgn firmansyah, memang ini lah blog yg terang, menyenangkan lagi mengembirakan. Terima kasih kerna memeriahkan blog ini. Kepada Tuan Guru Hj Shaari ” Welcome back” dan terima kasih.

    Like

  3. “Hanya ALLAH yang hebat MakrifatNya, tiada yang serupa dengan dia”..
    Apalah kedudukan diri ini, nampak saja terpandang pada hakekatnya tidak pernah ada, telah tenggelam dilautan AHADIYAH, sirna tiada tersisa.

    “ALLAH itu keadaanku, sirnaNya aku Nyata Nya ia atas ketiadaan ku”

    salam bt bpk. hj shaari di-tempat, mohon maaf pak jika salah menulis kn nama bpk sebelumnya.

    Firmansyah (27) – Pontianak.

    Like

  4. Dari mula Kun..hanya Dia..tiada makhluk..Lalu dgn firman Kun..ke atas Zatnya sendiri(hanya Dia yg Awal..Dia yg Akhir)..terjadilah..dgn kehebatanNya..kehendakNya..kudratNya..rahmatNya..oleh Zat yg Agung..terciptalah alam ini..segalanya.. termasuk kita..dan kita ini adalah ciptaanNya..yg sebenarnya hidup di atas izinNya..kudrat Nya..atas wujud Nya..Firman Kun ke atas Zatnya yg menzahirkan penciptaan seluruh alam & makhluk..dgn bertujuan hanya satu..iaitu..mengEsakanNya..
    Tetapi..belalai bukan gajah..ekor bukan gajah..telinga bukan gajah..Wujud Dia..KekuasaanNya..meliputi segala sesuatu di alam semesta..tetapi..setiap sesuatu secara berasingan..tidak boleh sama sekali bersamaan dgn Dia..

    Kita..bersama seluruh ciptaanNya..seluruh alam semesta disatukan..hanya seumpama..sebutir pasir di lautan..jika hendak dibandingkan..dgn kehebatan Tuhan Yg Satu..Allah Yg Esa..kita berserta segala ciptaanNya amat amat halus..kerdil..tak akan mungkin dpt terbanding dgn kekuasaanNya..

    Bila segalaNya itu berasal & berpunca dari Dia..jelas sekali..setiap apa yg berada disekeliling..termasuk yg yg di luar,di dlm diri kita..yg diberi rasa,diberi sentuh,diberi lihat,diberi dengar..malah..termasuk yg tak dpt dilihat atau didengar..spt roh..fikiran..nafsu..kudrat..segalanya..hanya dari Dia..

    Kita lihat dinding..dinding dari batu bata..batu bata dtg dari pasir..pasir dtg dariNya..Kita lihat meja..meja dari kayu..kayu dtg dari pokok..pokok dtg dariNya..Kita lihat wang..wang kertas dari kertas..kertas dari pokok..pokok dtg dariNya..Mana boleh kita lari darinya? Segalanya yg ada semua dari Dia..

    Termasuk diri kita sendiri..jasadnya dari tanah..ditiupkan roh..yg kedua dua tergenggam erat dlm kekuasaanNya..yg kedua duanya termaktub atas ketentuanNya..yg sedia tertulis..terkunci..di Loh Mahfuz..Kalau kedua dua jasad & roh manusia itu sudah tentu dtg dariNya..apabila kita mengingatiNya..apabila kita sujud kpdNya..apabila kita diam solat kpdNya..itulah saatnya yg dinamakan ‘pandang memandang’..apabila ciptaan & Pencipta..apabila yg menyembah..adalah juga dtgnya dari punca yg Disembah..

    Like

  5. keberadaan tuhan itu adalah lahir-batin yang satu.
    “Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Lahir dan Yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” – (QS.57:3),
    Inilah yang dinyatakan dalam quran , bahwa tuhan itu lahir dan batin, al-zahir al-bathin. Tuhan itu tidak berada di dalam sesuatu, dan tidak pula berada di luar sesuatu. Dia meliputi semuanya, kalau Dia disembah, Dia pula yang menyembah, ini seperti “orang yang bercermin” dengan “bayangan” yang ada di dalam cermin.
    kalau perhatiakan dengan seksama, apa bedanya “yang bercermin” dengan “bayangan” dalam cermin. dari segi sifat yang diamati, tentu tak ada bedanya. tapi dari segi hakikat, semua gerak-gerik bayangan itu tergantung dari gerak-gerik orang yang bercermin. yang bercermin itu Tuhan Yang Maha Esa, maka manusia yang dapat menjadi banyangan-nya pasti berupa manusia sempurna.

    Dalam Q. 2:152 dinyatakan bahwa bila seseorang hamba berzikir kepada-Nya, maka dia pun berzikir kepada hamba itu. jika ayat tersebut diungkapkan dalam bahasa sederhana, maka yang berzikir akan terzikiri, yang mengingat diingat, yang memuji dipuji. tak ada yang salah , tidak ada yang sesat dan menyesatkan dalam hal ini.

    Di sebutkan, manusia di perintahkan untuk berbudipekerti Tuhan. Takhallaqu bi akhlaqi allah (berbudipekertilah dengan budipekerti allah). dalam ilmu ini kita bukan ingin menjadi tuhan, tapi ingin meniru sifat-Nya yang pengasih penyayang lagi maha pemurah. sifat allah itu semuanya baik terhimpun dalam 99 nama bahkan lebih, apa kita tidak bisa meniru sifatnya yang baik ? ……
    Oleh karena itu “Jadilah Manusia yang mempunyai sifat tuhan”

    salam

    Like

  6. Sebagai pencerahan: saya ambil pen lalu saya tulis puisi indah memuji diri saya yg lawa. Selepas menulis saya letak kertas yg tertulis puisi itu. Puisi itu dibaca oleh adik saya lalu dia kata “amboi abang ni puji diri pulak. Saya kata mana ada ! Dia kata tu puisi atas meja tu! Saya tanya ha! Apa hal nya? Dia sambung ya la abang tulis puisi tu. Lalu saya kata “cuba kau tengok betul2 tulisan tu warna biru kan? Dari dakwat pen yg warna biru. Jadi yg puji saya pen inilah. Dia mncelah :pen tu jika abang tak angkat dan tulis dia boleh buat apa? . Maka kita ini alat semcm pen itu. Jika Allah tak gerakkan anggota badn kita utk bersolat kita bolehkh gerakkn sendiri? Alat itu adalh “hambaNya”. Selagi ada “dakwat” . Wassalam

    Like

  7. Assalamu’alaikum teman-teman seperjuangan! teringat dahulu datuk saya almarhum al-‘arif bilah al-waliyullah Tok Awang sewaktu beliau menerima ilmu ini dari salah seorang anak ,murid Tok Kenali yang dating ke Penang dekat Masjid Indai (kalau saya tak salah) Tapi nama anak murid Tok Kenali ini kami anak cucu Tok Awang tak ingat namanya. Apabila anak murid Tok Kenali nak balik (mungkin balik Kelantan kot) dia lantik Tok Awang utk menambung tugasnya. Namun Tok Awang pada mula-mullanya tak mahu. Dia ambil tak kesah lantikan gurunya itu. Dia jalani kehidupan seperti org lain. Usahakan sawah padi tapi tak bernah berhasil, dia ternak kerbau, tapi kerbaunya mati apabila dia tepuk belakang sebab kerbau itu berhenti. Apabila dia lihat semua kerja yang dia lakukan tak menjadi, maka dia ketahui ini alamat dia kena teruskan amanah gurunya. Lalu dia pun mengajarlah ilmu makrifat. Ramai juga yang ikut dia. Hingga paada suatu hari ketika dia mengajar, mari ayat menyatakan hak milik Allah semua yang ada di langit dan di bumi. Lalu dia bagi contoh “Apabila kita kentut, yang kentut itu bukannya kita, tetapi Allah yg kentut”. Maka timbullah fitnah kepadanya dituduh sesat oleh org yg tak ada mata hati. Lalu Tuan Samad seorang alim adakah majlis tahkim utu Tok Awang di Masjid Tuan Samad Permatang Sg Dua. Tuan Samad yg menjadi hakim bertanya Tok Awang ada kta bila kita kentut, Allah yg kentut betul kah ? Tok Awang jawab Ya betul/ Lalu Tuan Saman bertanya : “Kenapa tak kata bila kita berak (buang air besar) Allah yang berak dan najis itu adalah najis Allah? Lalu Tok Awang jawab : “Ya betul najis itu najis Allah juga! Tuan Samad jadi keliru lalu bethujjah :”macam man ni kita berak kita kata ALlh yang berak dan tahi itu tahi Allah? lalu Tok Awang bertanya Tuan Samad: Tuan Samad jika tahi itu hak milik Tuan Samad,cuba bagi dia Wangi tengok! boleh tak? Tanya Tok Awang. Tuan Samad menjawab :”Tak boleh lah !. Lalu Tok Awang membuat kesimpulan: Jadi tahi itu hak milik Allah lah jika hak milik kita kita boleh jadikannya wangai. Akhirnya Tuan Samad Allah bukakan mata hatinya dan Nampak apa sebenarnya maksud Tok Awang. lalu dia kata Tok Awang kamu dan anak cucu kamu apabila mati datamglah simpan jenazah di masjid ini. Saya duduk di Nyior Sebatang lebih kurang 5 km dari Masjid Tuan Samad. tapi keluarga saya apabila kematian tidak di simpan di masjid Nyior Sebatang. Rupa-rupanya Tuan Samad malu alah dengan Tok Awang. Jadi jika siapa yang cuba untuk mengenengahkan ilmu makrifat ini, pastinya akan menemui musuh yang paling ramai. malahan sahabat yang rapat pun boleh jaid musuh kita. Ketentuan Allah Yang atur semua ii. Kita kena sabar. Tapi apabila kita kata kita sabar, bukan kita yang sabar sebenar-benarnya Allah lah Yang Sabar dengan sifat Nya As-Sabur Maha Sabar. Kita mana layak mendabik dada mengatakan bahawa kita sabar, kkta kenal dan kita ingat Allah. Allah Yang Sabar, Ingat dan Kenal DiriNya. Bukannya kita. JAdi kita binasakan diri kita, hancurkan diri kita, fana’kan diri kita dan serahkan semuanya kepada Allah menjadi milik Allah dan hanya Allah tiada yang lain melainkan Allah

    Like

  8. Sebelum saya mengenal diri dan mengenal Allah, hidup saya sentiasa dalam keadaan syirik-mengaku segala amalan aku yang buat, segala harta aku yang punya, segala-galanya aku yang punya. Kini dan selamanya tiada lagi aku-yang ada hanya Allah..Allah…Allah segala-galanya Allah. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ayahanda yang disayangi kerana mengeluarkan diri saya dari kegelapan kepada cahaya yang terang bersinar.

    Like

  9. Maaf;Konsep solat itu menyembah sudah tidak sesuai pada zaman ini.Kembali ke bahasa Arab untuk ambil perinsip,matlamat solat.Menyembah dan disembah itu konsep ibadat majusi,hindu,budhaa.Pada zaman awal islam di Nusantara dulu gelaran sembahyang untuk ganti perkataan solat dikekalkan dan diharap ia diubahkan oleh ulama yang kemudian.Kaum tarekat masih memainkan perkatan yang disembah menyembah.Ada ke dalam Quran membawa maksud menyembah.Mengapa tidak mengatakan yang menghapiri dihampiri.Iaitu sifat mendekati zat.Jika perkataan tidak tepat kepada ibadat maka lari banyak maksud dan perinsip serta fokusnya ibadat solat.Kelalaian ini besar.Ulama bertanggungjawab memperbetulkan bahasanya.Oleh sebab itu bahasa yang menyembah disembah dan sebagainya adalah dalam keadaan bahasa yang tidak benar.Jangan kita ambik faham umum atas pengaruh-pengaruh agama lampau.Dulu orang nusantara payah nak tangkap faham perkataan solat yang membawa makna dekat atau hampir.Dekat dengan sembah bukankah berbedza maknanya?.Bawalah perinsip dekat kepada Allah .Maka semua konsep yang berteraskan perkataan sembah hendaklah dibubarkan dari pengaruh solat.Tidak kira kata itu dari kaum makrifat atau wali yang agung sekalipun. Makna bahasa dan perinsipnya salah sedangkan tahap wali mesti faham usul darjat dari perkataan dan maqamnya.Hari ini saya menentang perkataan sembahyang diteruskan guna pakai walau oleh golongan tarekat atau kajian ketuhanan ilmu islam terutama dalam penulisan dan laman web.Hapuskan secara beransur-ansur dan digantikan dengan perkataan solat yang membawa maksud dekati.Saya menegerti dalam hal yang disembah menyembah dan sebaliknya.Namun saya katakan bahasa sembah( si ir ) itu salah dan tidak ada dalam quran yang ada solat dan ibadah atau sujud mengikut tafsiran .Tapi ramai yang tahu solah atau solat bawa maksud dekati.Siapakah yang dekat mendekati?.Kita di akhirat nanti adakah duduk seperti menyembah Allah atau di sisi Allah.Para nabi dan wali itu disisi Allah ,zat Allah Taala.Perbetulkan bahasa maka dapatlah konsep ibadat dengan fokus yang sebetulnya.Kalau dulu mereka butahuruf buta bahasa Arab.Mubaligh pula teruskanlah perkataan sembah itu.Maka cerdikpandai dan peminat jalan sufisme perlulah betulkan perkataan makna solah.Tidak guna tulis perkara lain untuk umat islam umum.mereka tidak akan dapat dipesongkan kepada jalan hakikat dan makrifat semudahnya.Buku-buku tidak dapat menerangkan ilmu yang sir kerana sir itu perlu dikhaskan kepada golongan tertentu.Antara sebab guru mursyid terpadam dalam dunia ini lalu diganti oleh guru corak baru adalahkata-kata mereka disampaikan oleh muridnya sendiri kepada pihak lain.Yang akhirnya sampai kepada pemerintah.Lalu guru aliran ini dihukum bunuh atau diusir. Ilmu tasauf jalan hakikat dan marifat dan sufi tidak seperti tasauf syariat yang ada di universiti islam dan di sekolah menengah.

    Bagaimanakah mati dapat mengenal diri?.mengapa mati sebelum mati itu adalah ehwal yang boleh mengenal diri? Perkara ini amat mudah dan rumit.Cuma bagaim,ana anda dapat pengalamn mati sebelum mati itu. Setiap manusia yang mati walau berbagai agama atau tiada agama akan dihadap dihadapan mayat itu oleh roh rubi (jiwa /batin/korib),,Roh Idhofi(roh halus/rohani),Roh Kudus(sir).Maka menjadi kenallah ketika itu.Apabila 3 hari mati maka roh kudus dinaikan bertemu zat Allah Taala,maka kenallah diri itu kepada Allah Taala.Kemudian roh diturunkan kembali ke bumi.Roh itu tidak binasa melainkan jasad.Roh itu tidak mati.sebab ia sifat Allah.Soal reka buat mati dan sebagainya adalah ilmu dan sangkaan aliran tertentu.Kalau berjaya dapat ehwal mati sebelum mati sebenar maka lakukanlah ikut aliran dan riadah berkenaan masing-masing.Diperingkat ini saya memulangkan atas ilmu masing-masing.Cahaya diatas cahaya,cahaya menjadikan cahaya,cahaya mengadungi cahaya,cahaya didalam cahaya.Ianya merujuk kepada zat Allah.Rujuk Surah Fatihah:Ia mengambarkan tentang penciptaan di situ.Bismilah itu Dengan nama Allah.Apakah benda dengan nama Allah?.Maka sebenarnya Cahaya Zat dinamakan Allah oleh Nur Muhammad .Maka Zat Allah menciptakan dirinya menjadikan sekelian roh serentah dengan sifat yang amat pemurah dan pengasih.Maka yang dicipta itu mengucapkan Alhamdulilah semasa di peringkat roh dan kemudian semasa peringkat benih di dalam kandungan atau telur atau biji benih.Berlaku kun kun sehingga berterusan hingga takdir qiamat kemudiannya.Segala yang dijadikan ini dinaungi dengan sifat zat yang pemurah dan pengasih.Maka berdoalah untuk menuju jalan yang benar……bagi manusia dan jin.yang dijanjikan habuan kehidupan akhirat.Jangan jadi orang yang dimurkai….Roh itu cahaya,akal pun cahaya.Maka bentuk cahaya dan warna zat Allah itu tidak diceritakan oleh nabi mana-mana pun kepada umatnya.Maka ulama yang diangkat menemui zat Allah Taala pun mendiamkannya agar ia tidak menjadi ilmu ajaran dari manusia kepada manusia tetapi hanya dari zat Allah kepada sifat Allah..Bukan susah nak faham tapi amat susah dan terpencil untuk israk mikraj seperti para rasul.Mimpi mungkin boleh seperti Imam Al Ghazali katakan tentang hal itu.Tapi untuk yang lain nabi Muhammad berkenan benar kalau sampai ke sana sebelum mati. Allah pun memang suka .Memang ada ungkapan sufi bahawa “aku Allah suka dicari,sunnah ku berahsia””Aku cipta manusia dan jin untuk mengenal dan melihat ku”.Lihat seperti nabi dan al ghazali lihat,kenal dan jumpa.satu anugerah tertinggi untuk insan dengan ihsan dan rahmat Allah azawajala.Mengarut itu kesilapan besar dalam ilmu yang benar.Ingat..jangan menyatakan yang tida menepati dan sembarano memberi keterangan berdasarkan akal dan ilmiah serta teori.

    Like

  10. ilmu ni memang baca mcm ni tp di larang baca umum mcm ni. hukum nye haram. lau yg bukan pd ahli. doh hj saari deme nk menda wat punoh ilmu comel2 . ingat org baca boleh faham ke ? dih kalau org sesat dgn tulisan deme ni deme nk bertanggung jawab? akhir zaman ulama suul. tiap satu ada larangan. zaman nabi sahabat boleh diam tp deme buka yg bukan pd tempat. haram hukum nye. yg awam tempat nye awam . mane boleh. patut rr deme jual TOK KENALI PUN. nanti org jual awak pulok. masa tu awak mati doh . pah org yg jual tu x benar krn ajoran awak hooo bayang kan best x kena siksa lam kubur. ingat ilmu yg benar srdrkah amal jariah tp yg sesat bala yg berterusan. deme taw sesat kat mane? saya x kata ilmu tu tp saye kate awk yg x ikut nabi. ckp dgn buat x sama

    Like

  11. bise deme wali tanah melayu yg cari makan dgn name tok kenali. ilmu tok kenali betul tp deme g nego. wali gane gitu. nabi x jual ugama tp wali bole jual ugama …hina nye . doh wape sen leh duit hasil nego. doh mane bahagian tok kenali nye. nk ngjor ngajor lah diam2 x payoh rr niat wat baik tp bidaah. ilmu dlm dada. yg dlm kitab? nego bohh muroh gat ilmu tok kenali buleh beli marifat .. nk marifat gan tuhan ohh muroh ja lening. wape sen gat.. hohoho. muroh sgt ilmu org kelantan. ulamal dio boleh d buat nego ilmu marifat murohan. kah kah kah . hina nye bila ugama d jual beli.

    Like

  12. baca dan renung saye bagi contoh . bukan menghina. tp anda harus sedor. lau awak x bikeh terima teguran ni . ok tp ingat awat jgn myesal satu masa nanti. jgn jual nama dan agama kerana itu bentuk perniagaan. diam dan tgk dam tunggu. biar murid yg cari guru. ni buat ape jaja merata. deme ingat ye doh ke? hok betul2 bukan mcm ni. sedih ambe tgk wajah tok kenali.. bertape ni rr baik x payoh ada gambor. x boleh mcm ni. baik awk jd gentle man rr jual diri awak sendiri. boleh x? karang buku MARIFAT HJ SAARI wali agung penjual ugama yg sesat lg myesat kan.

    Like

  13. hehe… mcm ni juga contoh dlm internet lau nk kat nk kutuk pun ada aku kisakau x kenal aku suka hati aku. tp lau kau x benar aku x perduli kamu siapa. ugama jika kamu buat bidaah kamu waji d cela dan d tentang. ingat ilmu yg rahsia bukan syariaat mcm mmane salah yg bukan pd tempat.SYOK SENDIRI. dengor ape aku kata. KAMU X BENAR. tinggal kan bidaah ini jika kamu betul2 mahu. maaf kan aku krn allah dan benci aku krn allah dan ingat ini ADALAH SATU PERINGATAN. AS SALAM

    Like

  14. assalamualaikum.kehadapan tuan haji.saya amat tertarik dgn ilmu yg tuan haji miliki.saya ingin mendapatkan karangan tuan haji….bagaimana caranya.

    Like

Leave a comment