Dakwaan dari khiri, saya tidak ilmiah……………………Benar tuduhan itu

khairi.yunus@yahoo.com
183.171.171.193

Salam tn hj. Maafkan saya untuk memberi pandangan.
Tn mengajar agar tidak menghina anjing dan babi tapi pada masa yg sama tuan mengkiaskan perangai keji manusia dengan perangai babi yg menjelekkan. Tidakkah itu juga menghina anjing dan babi?
Penerangan tn ttg haramnya kedua haiwan yg diqiaskan kepada manusia yg tak mengenal diri dan Allah sukar diterima dan difahami org awam. Ini kerana tn banyak menggunakan akal fikiran dan kurang ilmiah dlm penerangan. Saya tidak gemar menulis dan tidak pandai untuk translate rasa kepada tulisan.
Tapi yg jelasnya haiwan terbahagi kpd 3. Yg haram dimkn d hrm disentuh. Yg haram dimkn d boleh disentuh. Yg halal dimkn d boleh disentuh. Begitu juga bab air. Ada air najis. Ada air mustakmal. Ada air mutlak. Begitu juga islam. Ada kafir. Ada kufur. Ada mukmin. Cuba tuan huraikan agar orm awam akan dapat menerima dengan lapang dada. Maafkan saya.

45 Replies to “Dakwaan dari khiri, saya tidak ilmiah……………………Benar tuduhan itu”

  1. rasanya tuan dah salah faham dengan maksud yang tn haji ingin sampaikan…baiklah dibaca keseluruhan artikel yang ada di laman ini agar tidak timbul salah faham dan tuduh menuduh…

    Like

  2. Salam tuan itu adalah semata kiasan untuk bagi faham bukan menghina, sesungguh allah jadikan kita sebaik kejadian maka jika kita tidak mengenal jati diri kita yang sebenar lebih teruk dari haiwan. Tuan haji memberi kupasan untuk tuan berfikir dan muhasabkan diri kita ini.

    Like

  3. Assalamualaikum Tn Hj Shaari, Trima kasih….saya telah mendengar ceramah Tn Hj Shaari. Tuan Hj Shaari mengajar dengan penuh ilmiah….

    Like

  4. Salam Tuan Guru Haji Shaari Dan Rakan rakan seperjalanan. Tuan Tuan mungkin terbaca dalam akhbar beberapa bulan lepas. Apa tuan tuan buat dengan benda benda yang tuan tak mahu ??? Tuan Buangkan !!! Ianya ibarat sampah. Jadi manusia manusia yang buang bayi juga ibarat sampah. Selagi tak terlihat ALLAH, maka sesiapa yang buang anak dipersalahkan. Orang orang yang mengenal ALLAH tahu yang berkehendak itu ALLAH.

    Disebalik buang buang bayi , seolah oleh buang sampah sebenarnya pengajaran untuk manusia . Manusia yang tak kenal ALLAH juga ibarat sampah. ALLAH Itu TUAN PUNYA SEGALANYA, dia boleh buat apa dia suka. Manusia yang tak kenal ALLAH akan buat sesuka hati nya seolah dunia dia yang punya, Maka saya juga mengkiaskan manusia yang tak kenal ALLAH sebagai sampah. Salah ke saya ???? YANG ADA HANYA ALLAH

    Bahasa tidak mencerminkan watak. Bahasa juga terjemahan. Ayat pertama Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad itu bermula dengan IQRA – bahasa Melayu baca maknanya dan Bahasa Inggeris RECITE. IQRA sebenarnya dalam kontek ayat Pertama yang diwahyukan langsung tak membawa maksud baca. Ianya membawa maksud MENGAKULAH….ini link youtube

    Kalau maksud Baca , maknanya JIBRAIL bawa RISALAH, atau BUKU, atau zaman moden ini munkin IPAD atau SAMSUNG TABLET, atau TABLETs jenama lain yang malaikat suruh rasul baca sedangkan ALLAH mengetahui Rasul tak tahu membaca.

    Makna syahadah juga tidak mencerminkan maknanya. Nak jadi saksi mesti nampak kalau ikut bahasa Macam mana nak jadi saksi sedangkan kita tak pernah jumpa ALLAH dan Muhammad. Bahasa hanyalah kiasan yang digambarkan oleh penulis. Mansur AL-hallaj mentafsirkan cinta itu ALLAH. Jalalludin RUMI mengatakan TENGGELAM tanpa pengharapan. Saya mengatakan manusia yang tak kenal ALLAH IBARAT SAMPAH.

    Semuanya bahasa. SUMBER SEGALA TAHU IALAH ALLAH, manusia serba tak tahu. Yang mereka tahu rasa dirinya hebat, sedangkan mereka yang tak kenal ALLAH adalah juga sampah.

    Like

  5. Salah satu Karakteristik dalam Ilmiah adalah dapat diterima dengan akal. Tak usah dikata ingin mengenal Tuhan, mengenal diripun jika masih melibatkan ‘akal’ tak akan kenal…
    Akal itu barang baru… Bagaimana barang yang baru akan tahu dengan yang Awal… ???
    Bagaimanapun ramai orang awam, jika masih terlihat akan diri… Ramai pulalah yang tak akan pernah ‘sampai’. Jika baru ingin berdalil untuk mengenal Tuhan…, artinyapun kita belum kenal. Belajarlah tuan khiri memelihara kulit buah yang baik agar nantinya dapat isi yang baik pula… Dan setelah dapat isi yg baik patutlah tahu akan rasa… , tapi janganlah hanya pintar menjaga kulit tapi isinya pun kita tak pernah tahu…
    Ayahnda Tuan H. Shaari tak pernah mengajar dengan melibatkan akal, maka benarlah kata tuan jika Ayahnda Tuan H. Shaari tak ilmiah…

    Like

    1. Terima kasih ananda, krn telah mewakili saya, dalam memberi kesedaran kepada Khairi. Kita tidak sedikitpun marah kpd Khairi (krn kita faham bahawa yang kelluar dari mult Khairi itu, adalah juga dari gerak Allah), tetapi sebagai guru makrifat, kita sama-sama bertanggungjawab untk membetulkannya.

      Terima kasih kerana ananda berani dan sudi menegur tuan guru Khairi.amin

      Like

  6. salam…kenapa angjing dan babi menjadi persoalan?sedangkan sudut pandangan ilmu makrifat bukan untuk difikir dgn akal…pertanyaan saya adakah anjing atau babi itu faham apakah perkataan yg menghina?samalah juga adakala kita dengar org menyumpah bila marah menggunakan nama anjing atau babi….adakah babi atau anjing faham akan apa yg menghinanya hatta depan anjing atau babi sekalipun…..jd apakah ilmiahnya ilmu untuk memberi faham…..
    bukan takad anjing je lain pun sama asalkan binatang….sebaik…baik makluk adalah manusia…jd apakah sebutan itu juga akan menghina lembu,kambing,buaya atau sbgnya….kefahaman dan suluhan makrifat amat luas tidak boleh dijangkau dgn akal…tapi dgn ilmu rasa..begitu juga dgn air samada mutlak atau tiadak….sudut pandangan makrifat bukan setakad bersuci sahaja….tp suci lg menyucikan…siapa yg bersuci dan siapa yg menyucikan…adakah air itu yg menyucikan atau…kita atau siapa?…..termasuklah haram yg mengharamkan……sekian minta maaf

    Like

  7. Pergi berburu ddlm hutan, memburu kncil jd tujuan, bgitulah diri dkawal keakuan,asyik mnuduh mnimbulkn kekeliruan,, kna blajar brulh fhm

    Like

  8. telebih dahulu mohon maaf pada semua,….marifat klu tiada asas,memang susah ,dan klu tidak mengikuti
    tuan guru dari awal,memang tersasar,……….saya buta dan bisu alhamdulillah,setelah mengikuti tuan guru
    dari awal blog ini,…..dan dari kitab tuan guru kefahaman dan hidayat amin,………………jadi tidak timbul
    apa2 persoalan lagi,…………….ALLAH HU AKBAR,….cuma lemah dlm penulisan,……..salam buat tuan guru
    hj sahaari yg dikasihi,…………………………

    Like

  9. Assalammualaikum..untuk tuan khairi…maafkan saya. Hanya sedikit sahaja saya nak menyentuh tentang apa yang telah tuan perkatakan, selagi tuan berdiri diatas syariat, tuan takkan jumpa makrifat. Sebagaimana kata Tuan Hj Saari, ilmu makrifat ini ilmu rohani, jadi untuk bertemu makrifat tuan khairi kena masuk dan duduk dalam ilmu makrifat nanti disitu tuan akan faham.
    Disudut ilmu feqah…memang betul apa yang tuan perkatakan. Tapi disini tuan kena faham, kita bukan belajar tentang ilmu syariaat atau ilmu feqah. Kita belajar ilmu rohani. Dulu saya macam tu juga, susah nak diterima akal…bertahun lamanya dan syukur Allah terus kekalkan saya mengikuti setiap butiran permata yang Tn Guru Hj Saari hamburkan. Alhamdulillah barulah sekarang saya dapat rasa kemanisannya, dapat memetik dan memakan buah hasil semaian Tn Guru Hj Saari. Terima kasih Tn Guru, semuga tuan guru tetap teguh dalam menyampaikan ilmu kepada kami yang dahagakan air makrifat dr tangan Tn Guru.
    Nasihat saya pada tuan khairi, carilah dan duduklah dalam majlis Tn Guru Saari dan InsyaAllah tuan pasti akan mendapat jawapannya, apa disebalik apa yang tuan Guru Hj Saari perkatakan.
    Maafkan saya Tn Guru kalau saya tersilap dalam bicara ini…wassalam

    Like

  10. Jika telah memahami erti sebenar mengenal diri maka apa-apa pun bahasa, kiasan, perumpamaan akan diperlihatkan rahsia di dalam rahsia…

    Like

  11. tuan….apa yg tuan katakan itu benar…..benar dlm ilmu feqah……tetapi apa yg disampaikan oleh tuan guru melangkaui ilmu syariat….bermakna tuan kena faham dalamannya disebalik kias yg diberikan…mudah2an diberi faham………..amin………

    Like

  12. tn khairi. sdh menemukan blog ini bukanlah kebetulan tp sdh tuntun oleh Alloh. sebaiknya tuan baca dulu tulisan tn guru di blog ini dari awal. tuan akan memahami kiasan anjing dan babi. jgn menilai isi buku hanya dg satu kalimat. mudah2 tn khari di beri kepahaman oleh Alloh Swt. amin

    Like

  13. Assalam Tuan Khairi,
    “Tapi yg jelasnya haiwan terbahagi kpd 3. Yg haram dimkn d hrm disentuh. Yg haram dimkn d boleh disentuh. Yg halal dimkn d boleh disentuh. Begitu juga bab air. Ada air najis. Ada air mustakmal. Ada air mutlak. Begitu juga islam. Ada kafir. Ada kufur. Ada mukmin. Cuba tuan huraikan agar orm awam akan dapat menerima dengan lapang dada” ~ Penjelasan ini bukanlah Tn Hj Shaari yang perlu jelaskan , perkara ini Tuan Khairi boleh dapat penjelasan daripada ulamak Feqah yang banyak boleh kita jumpa di mana-mana seperti di TV, radio, majalah, surau, masjid. Kiasan-kiasan yang Tn Hj Shaari sampaikan adalah benar belaka, dari dahulu lagi perkara ini telah pun di sampaikan oleh guru-guru terdahulu. Jikalau Tuan Khairi kurang faham, banyakkan lah bertanya. “Kurang ilmiah” adalah diri Tuan Khairi sendiri, bukan lah Tn Hj Shaari. fikirkan sedalam-dalamnya…jangan malu bertanya kiranya tidak faham sesuatu perkara.

    Like

  14. Salam Tuan Guru Haji Shaari dan Rakan rakan seperjalanan. Pernahkah Tuan2 berfikir akan kebesaran ALLAH. Mari saya bawa tuan tuan berfikir sejenak. Semula ADAM, manusia tidak pernah dilepaskan tanpa pentunjuk dari ALLAH dengan mengutuskan Rasul2 dan Nabi2. Nabi Muhammad , ialah Rasul AKHIR, maka berfikirlah logikkah kita tanpa petunjuk selepas wafat Rasul ? Jadi, cari lah wali-wali, mereka adalah penerus. Mana mungkin manusia dibiarkan ALLAH tanpa petunjuk ????

    Mari saya bawa tuan2 guna akal TUAN2 dan PUAN2, kalau tuan tuan guna akal, dan masih tak percaya SEGALANya Ketentuan ALLAH, mari saya cebiskan satu scenario. KATAkan saya ingin merogol seorang wanita. Tuan tuan akan mengatakan saya ada pilihanan untuk merogol. Samada mahu merogol atau tak mahu merogol. Seolah ianya saya yang menentukan. Saya pun merancang untuk merogol seorang wanita yang saya suka. saya pun menunggu ditempat yang sunyi. Bila saya nampak wanita itu bersaorangan, saya pun berkata dalam hati, ini peluang. Bila saya cuba melakukannya tiba lalu orang dan menumpang kan ia maka terlepas peluang saya. esok saya tunggu lagi. Sedang saya hampir nak melakukannya lalu pula tok imam juga menghantarnya pulang. Hari ketiga, saya teruskan niat saya. saya tunggu dan saya berjaya. Tentu tuan kata saya yang memilih untuk buat jahat….Betul tak ???

    mari kita pula lihat perspektif wanita pula. Dia tak pernah mencalonkan dirinya untuk dirogol. Dia tiada pilihan ! Adakah adil, saya diberi pilihan dan tidak untuk wanita itu. maka berfikirlah. Maka kamu akan katakan sudah takdir wanita itu dirogol. Kalau itu takdir ALLAH yg esa, maka ALLAH juga menentukkan PEROGOLnya saya.

    Maka, SEGALANYA KETENTUAN ALLAH dan SEGALANYA KEESAAN ALLAH. Dunia ini ALLAH yang punya, ALLAH BOLEH BUAT APA DIA SUKA. Sedangkan orang raja pun suka buat apa dia suka, INI ALLAH EMPUNYA SEMESTA ALAM.
    Maka kita semua adalah CERITAnya.

    Maka jangan ingat nak kaya, jangan inginkan segalanya. Ia telah ALLAH tentukan sejak AZALI lagi maka Pasrahkan segalanya kepada EMPUNYAnya.

    Like

    1. Sungguh baik perumpamaan itu. Segala-galanya dari Allah jua, samaada perogol atau yang kena rogal, sesungguhnya telah merogol dan kena rogol sedari didalam kitab Luh Hul Mahfuz lagi (dalam ilmu Allah)!. Kita nampak perogol dan orang yang kena rogol, sesungguhnya yang merogol dan yang kena rogol itu, sudah berlaku diLuh Hul Mahfuz.

      Seumpama filem P.Ramli. P.Ramli yang berlakon sebagai Hang Tuan dan Ahmad Nordeh berlakon sebagai Hang Jebat yang kita tonton hari ini, telah lama dilakonkan oleh P.Ramli dan Ahmad Norden yang diarah oleh pengarah sedari mula. P.Ramli dan Nordin Ahmad, sudah lama mati, tetapi ceritanya masih kita lihat sampai kehari ini.

      Cuba jawab pertanyaan saya, Berapa kali P.Ramli dan Nordrn Ahmad berlakon?. Cuba jawab?, berapa kali mereka berlakon?. Mereka berlakon hanya sekali seumur hidup. Apa yang kita lihat dan tonton pada hari ini, adalah lakonan yang sudah dilakonkan terdahulu. Begitu juga dengan perogal dan yang kena rogol. Cerita rogol yang kita dengar hari ini, adalah rogol yang telah berlaku sedari azali (sedari belum berlaku perkara rogol!). Apa yang berlaku sekarang adalah ulangan perkara dulu (yang sudah ada dalam ketetapan Allah di luh hulmahfuz). Sekarang bukan zaman berlakon, tetapi zaman mengulang semula cerita lama.

      Sebelum berbuat, sesungguhnya kita sudah berbuat!. Sebelum sembahyanhg, sesungguhnya kita sudah tersembahyang. Sebelum hidup, sesungguhnya kita sudah terhidup sedari azali dan sebelum kita mati, sebelum masuk syurga atau masuk neraka, sesunguhnya sudah kita hidup, sudah kita mati, sudah kita masuk syurga atau sudah masukneraka sedari azali (dalam kitab Luhhulmahfuz). Hidup dan mati kita kini, adalah seumpama filem P.TRamli yang diulang tayang atau yang dipasang semula. Berlakonannya P.Ramli didalam filem yang kita tonton itu, adalah lakonan P.Ramli yang terdahulu, bukannya setiap kali pasang dvd setiap kali juga P.Ramli berlakon. P.Ramli berlakon hanya sekali…………..

      Terima kasih Tuan Waliallah Azmi, keturunan wali sogo. Kemana tumpahnya kuah jika tidak kenasi!. Amin drp hj shaari

      Like

  15. salam…..kurang ilmiah atau tidak tuan guru telah membuka dimensi baru dlm pengajian makrifat…..beliau tegas dan berani dan sanggup menghadapi apa jua halangan demi kelangsungan makrifat tokkenali…cuba saudara tunjukkan pd saya siapa lg yg sealiran dan berani mengetengahkan pengajian ini melalui siber???wed beliau jugalah menjadi salah satu sumber rujukan ilmiah utk sy menyiapkan tesis akhir pengajian sy..
    walau pun kita berpandukan quran dan hadis….tetapi kesemuanya pasti menggunakan akal utk merumus apa yg tersurat dan yg tersirat…perkara yg tuan sebut itu benar….tetapi benar dr aspek feqah/syariat….maksud tuan guru
    lebih jauh dan dalam drp ilmu feqah……sepatutnya tuan tidak mengambil kulitnya sahaja……ambil intinya….kemudian patinya…..jadi sila pecahkan ruyung baru dapat sagunya…………maaf…..wassallam…

    Like

  16. Alhamdulillah digerak diri ini oleh NYA ke blog Ustaz, sebagai seorg awam saya tertarik dgn komen Tuan Khairi, dan bukan sedikit saudara2 kita berpandangan sedemikian. molek lah jika anjing dn babi di pandang dari sudut kemudharatan. Jika kita dipaksa memilih antara dua, dpt lah kita membuat pilihan yg tepat. Jika saya sebut pemilihan kerajaan tempoh hari seperti memilih anjing dan babi semestinya akan menimbulkan pelbagai fitnah. Salam Ustaz apakah dpt kitab yg Ustaz syorkan bagi saya yg baru hendak mula mengenal secara percuma. (senyuman)

    Like

  17. asalamu’alaikum.

    saya sarankan SEMUA komen dari pembaca, tuan siarkan supaya pembaca yang lain dapat menatapi setiap ulasan yang diberikan. saya lihat kebanyakan ulasan/jawapan yang diberikan tuan hanya dengan “terima kasih, benar, amin dll”. sebagai seorang pembaca, saya tidak merasakan kepuasan dengan tidak mengetahui ulasan dari pembaca/peminat.

    terima kasih.

    Like

      1. Assallamualaikum Tuan Haji Shaari.
        Mengikut tafsiran saya apa yang sahabat bernama Aku maksudkan adalah ingin membaca segala komen yang dihantar oleh pembaca lain di blog ini, kebanyakkannya telahpun terpadam. Saya ada copy kebanyakkan komen yang terpadam itu dan jika sahabat bernama Aku serta sahabat lain ingin membaca komen-komen yang dihantar oleh pembaca lain sila ke http://www.qalbu-mukmin.tk

        Saya copy semuanya secara manual untuk rujukan sendiri dimasa akan datang dan sedia berkongsi dengan sahabat-sahabat yang berhajat. Harap Tuan Haji dapat memberi keizinan. Terima kasih, salam dan maaf.

        Like

  18. terima kasih kepada sdr Noor Azam,

    dengan iniative yang sdr lakukan itu, saya yakin ilmu yang diketengahkan oleh Tn Guru dapat diabadikan. saya yakin peminat serta pembaca dapat membuat rujukan serta memunafaatkan hasil kerja sdr. semoga Allah memberikan sdr kemudahan didalam segala kerja yang disempurnakan. insya Allah.

    Like

  19. Bukanlah anjing dan babi jadi tujuan..
    Itu cerita guru memperkenalkan jalan…
    Supaya faham akan tuntutan..
    Bukannya membenci segala binatang…
    Cuma kaedah mencari jalan..
    Membuang najis binatang melekat di badan…
    Supaya membeza sifat manusia dan binatang..
    Jadi kenallah diri kenallah Tuhan…
    Agar hati dan mulut tak reti nak temberang….

    Like

  20. Saudara Noor Azam asalamu’alaikum,

    Terima kasih kerana memberikan link dimana saya kira amat membantu didalam memahami penulisan dan komen dari pembaca. Ada kah saudara hanya terhenti disitu sahaja atau akan masukkan segala komen dan ulasan pembaca keatas tajuk Tn Guru Hj Ashaari dari permulaan blog beliau itu?

    Maaf saya pohonkan kiranya pertanyaan ini merupakan satu bebanan kepada saudara.

    Asalamu’alaikum

    Like

  21. Waalaikumsallam Saudara d8soul. Terimakasih diatas perhatian Saudara. Insyaallah akan saya update dari masa ke semasa, cuma komen-komen dari pos terawal tidak dapat saya kutip kerana waktu itu belum diberi ilham untuk menghasilkan apa yang saudara dapat tatap di http://www.qalbu-mukmin.tk. Akan tetapi update itu berkemingkinan lewat sedikit dari blog makrifattokkenali.com kerana saya melakukannya secara manual dan bergantung kepada kelapangan masa yang saya ada serta talian internet yang kadangkala terlalu perlahan.

    Sekian, Terima kasih sekali lagi dan terima kasih juga kepada yang dihormati Tuan Haji Shaari kerana memberi izin untuk saya copy segala isi dalam blog makrifattokkenali.com untuk dimuatkan dalam blog replika yang tersebut.

    Like

Leave a comment