Post yu-ka-yu reput

reput…
open.mg58@gmail.com
219.92.77.150

Salam…

Alhamdulillah sempat juga kami menelaah sedikit untaian siri makrifat dari Tuan blog yang hijaou sokmo ni… kami tak komen banyak lah cuma ada beberapa kengkawan suruh gatal tangan mengomen hahaha….

Banyak cara bermakrifat, bukan satu kaedah sahaja. Ada orang yang masa tidur dalam bermimpi sahaja sudah makrifat contohnya Nabi Yusuf AS, Ada yang melihat alam terbentang bulan, matahari, bintang-bintang lalu makrifat atas Kewujudan Penciptanya…contohnya Nabi Ibrahim AS.

Nak makrifat itu sangat mudah semudah 1,2 dan 3…hanya beberapa saat sudah bolih makrifat,…Tetapi yang payahnya untuk memperolihi RAHMAT dari Allah SWT,…dengan rahmat yang datang bersama hidayah itulah baru memperolihi pengertian keatas makna makrifah tadi … Auliya Allah ada “mengatakan aku beribadah selama hidupku, berzikir, qiamulalil, tahajut tidak tinggal … namun begitu semuanya itu tidak berguna di sisi Tuhanku,…. semuanya sebagai ritual hidup sahaja…yang meMakrifahkan serta menyelamatkan aku bukan ibadah dan amalan tetapi dengan Rahmat-Nya semata-mata…”

Jadi rahmat itulah yang susah sedikit nak dapat. Walau Tuhan sehampir urat leher ( Surah Qaaf ;16) tanpa rahmat Allah SWT tetap juga dia tidak akan makrifat/mengenal. Jadi kita sekadar menyampaikan sahajalah yang lain kita serahkan kepada Nya jua. Kami tiada apa masalah dengan tulisan Tuan blog mengenai makrifat Tok Kenali ini…. maveles, bagussss!!!….cuma beberapa hal yang masih terkait dengan pekat fahamam mujassimah, materialisme dan kebendaan.

“penadol itu pun Allah“. apa tu???

Fahaman mujassimah ini sangat merbahayakan kerana terkait dengan aliran sistem Dajjal di akhir zaman ini. Tuhan adalah Khaliq… iaitu Allah adalah Pencipta…Noktah !!!… Suka atau tidak manusia wajib menerimanya. Tuhan tidak akan sekali-sekali menjadi panadol. Atau serupa dengan mahkluk. Hari ini ilmuan Islam sudah mengemaskinikan semula kefahaman yang asalnya sangat mengelirukan. Ianya telah berzaman lamanya bercampur aduk denga fahaman filsafat. Mujassimah adalah bayang-bayang, illusi, fatamorgana… jemput masuk ke link sini:-

http://id.harunyahya.com/id/Film/2187/RAHASIA-DI-BALIK-MATERI

http://id.harunyahya.com/

Segala-galanya hanya gambaran yang bermain di dalam otak kita dan gambaran ini di pertontonkan olih ROH. Siapa yang membuat siaran/gambaran? Sudah tentu Allah… bohong kalau ada orang kata “tidak ada Allah melainkan Allah Allah Allah…” sebab ucapan ini menggambarkan pencipta sama sepertinya mahkluk. Nah! hari ini ilmu sudah sampai pada hakikatnya…. Makrifat yang sempurna bukan mematikan diri tetapi menafikan seluruh wujud mahkluk termasuk diri berdaging serta ROH yang masih ada sifat, anggota, warna, rupa, rasa, pancaindera dan wajah…sedangkan wujud Allah SWT ….Laisyaikamislihi syaiun… tidak ada suatu pun yang setara/menyerupaiNya (Surah Syura; 11)… baru kita lepas syirik seluruhnya termasuk syirik keatas badan halus kita… haiii.. takkan kita lupa dialam roh dahulu pun kita sudah ber-Alastu…

Allah SWT bukan mahkluk tetapi Allah SWT yang Maha Esa meliputi segala-segalanya termasuk panadol tadi ya…maka goncanglah habis-habisan fahaman mujassimah ini jika Tuan ingin menyempurnakan makrifat yang benar dan melepaskan umat dari cengkaman iblis/setan/dajjal…. serta memerdekakan hidup mereka yang seperti robot dizaman siber ini…. wallahualam…

tambah sedikit lagiii….bicara pasal Tok Kenali ini kami juga ada sedikit maklumat berkenaan ilmu hakikat insan, Maaf kalau tersilap…setau kami kitab ini memang dari Tok Kenali, katanya ada ramai anak murid yang lain juga mengambil sumber dari tulisan ini. Murid ini bertebaran seluruh negara, ada ilmu hakikat insan yang menjadikan alat kemaluan manusia sebagai perumpamaan dalam bermakrifah kepada Allah SWT.

Macam tu kah nak kenal Allah cara Tok Kenali? Para Rasul dan Para Nabi, Allah memperkenalkan kewujudannya dengan mengajar zakar dan faraj kepada mereka kah? Menggunakan ZAKAR DAN FARAJ sebagai satu volume mengenali Allah sahih akan terjadi kalau mahkluk pun di setarakan dengan Allah SWT. Ada yang menafikan itu ilmu Tok Kenali anehnya mereka anak murid yang belajar dari beliau juga.. Apabila di buat kajian didapati fahaman iktikad dari kemaluan ini adalah dari fahaman hindu tantra dan ajaran penyembah phallus paganisme…simbol ini ternampak jelas dalam simbol lingga dan yoni dalam tradisi hindu… bolih google sendiri dan ada beberapa link di bawah kami sertakann…sekadar bertanya… wallahualam..

https://www.google.com/search?q=lingga+yoni&client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=rcs&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=-U4HUt3_GsW5rgeHv4G4AQ&ved=0CCkQsAQ&biw=1920&bih=987

http://bedhesbiroe.blogspot.com/2009/07/paganism.html

https://www.google.com/search?q=phallus+symbol&client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=rcs&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=JlIHUuPcFMvNrQfwvoD4Aw&ved=0CAcQ_AUoAQ&biw=1920&bih=987

akhirnya…pokok KESEMPURNAAN agama kita ada tiga..Islam, Iman dan Ihsan.. Penyempurnaan rukun Islam dari didikkan syariat/fiqih, rukun Iman dari didikkan Tauhid dan Usuluddin sementara rukun Ihsan dari didikkan Tasawuf…Banyak cara bermakrifat, bukan satu kaedah sahaja.

Ahli fiqih mampu bermakrifat dengan dallil naqli (al Quran/sunnah). Ahli Tauhid mampu bermakrifat dengan kajian, buat analisa dan mantiq. Ahli Tasawuf mampu bermakrifat dengan pembersihan hati serta mukasyafah. Benarnya mereka dapat diukur apabila berjaya kembali kepada Allah SWT diatas segala rahmat dan hidayahNya jua…Sesungguhnya ada banyak lagi jalan yang …masyallah.. hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya…. sesungguhnya kita harus meraikan pandangan dan pendapat saudara kita yang lain bukan dengan jalan memperlecehkan baik mereka ahli fiqih, tasawuf atau tauhidin…

wallahualam …
sekadar memberi komen dari kami yang daif dan tahap kayu reput jer…Sejahtera keatas kalian… :)

TQ

33 Replies to “Post yu-ka-yu reput”

  1. Alhamdulillah syukur,trima kasih kpd tuan guru kayu reput smoga Allah mramati tuan guru,dan dgn kata2 tuan guru td insyaallah tidak sdikitpn mlmahkn semangat kami untuk trus mnggali mngorek mndalami ilmu mngen al diri tok kenali ini yg dpimpin oleh tuan guru trcinta tuan hj shaari shingga ke akhir hayat,,akhir kata,,kalau kail
    Panjang sejengkal lautan dalam jgn dduga , klau diri blum mngenal, sgala kbaikn mnjadi dusta,,,

    pnjang sejengkal,lautan dlm jgn dduga,klau pendek pikiran dn akal, intan brlian pn dsangka kaca,,

    Like

  2. Sesugguhnya semua pembaca blog ini berada dalam Kerahmatan Allah disetiap masa yang berdetik. Amin.

    Salam persahabatan buat tuan yu-ka-yu-reput.

    Mencari ilmu itu bukannya dengan mencuri, kalau mencuri pun biarlah berfatonah. Sebab itu ilmu yang dibaca itu menjadi tidak faham dan tidak berkat lalu memakan diri sendiri. Membaca kitab tanpa berguru, gurunya adalah syaitan.
    “Nak makrifat sangat mudah, semudah1,2 dan 3, hanya beberapa saat sudah bolih makrifat”
    Dari tulisan tangan yg gatal itu sudah jelas penulisnya belum memahami erti makrifat (mengenal) yg di jelaskan olih Tn guru Hj Shaari.
    Tahukah tuan, bilamana sesaorang itu sudah faham erti makrifat, ” Dirinya sudah tiada ” . Fahamkah tuan dgn maksud dirinya sudah tiada. Jika dirinya masih ‘ada’ itu tandanya dia belum lagi makrifat. Selagi adanya diri selagi itulah ‘RAHMAT’ tidak di temui. Kerana rahmat itu sendiri milik Allah dan akan di beri kepada yg bermakrifat sahaja. Umpama makan gula, manis datang sendiri. Makan garam, masin datang sendiri. Makrifat Allah, Rahmat datang sendiri.
    Rahmat itu menjadi payah, susah bilamana yg menyebut itu tidak tahu, tidak faham dgn apa yg di sebut, sebab itulah dia menjadi keliru dengan bahasanya sendiri. Allah itu terlindung dibalik material, kata2, pendengaran dan apa sahaja yg nyata atau tidak nyata. Sesungguhnya Allah itu amat terang dan nyata senyata-nyatanya umpama terang matahari terang lagi Allah ( bagi mereka yg bermakrifat sahaja ). Mereka2 yg makrifat itu sudah tidak ada perkara untuk di persoalkan, kerana mereka sudah binasa, sudah REPUT, sudah hancur, sudah tiada, sudah mati, sudah lebur dan yg WUJUD, yg ada hanya Allah semata. Mereka2 inilah yg menerima, yg memahami erti nikmat dan rahmat Allah itu.

    Makrifat Tok Kenali yg di anugerahkan kepada kami melalui yg kami hormati Tuan guru Hj Shaari adalah ilmu Tauhid, Ilmu mengESAkan Allah yg di ajarkan olih Baginda Rasullullah selama 13 tahun di Kota Mekah, dan sesungguhnya kami tidak akan tergugat dgn apa2 pun fahaman yg sedang atau yg akan mendatang.

    Wahai tuan yg mulia, carilah siapa itu Allah, bukan nama Allah tetapi Allah itu sendiri. Walau pun ‘ laisa kamis lihi syaiun’ tetapi jauhnya tidak berantara dekatnya tidak bersekutu. Jangan memakai pakaianNya nanti akan dipersoalkan. Jangan syirik padaNya, nanti akan di hukum!!!? Dosa seperti bueh di laut Aku ampun, kecuali syirik pada Ku.
    Sesungguhnya kami juga berdoa semuga tuan akan di berkati sepanjang perjalanan mencariNya. Amin.

    Like

    1. Inilah cara atau gaya bahasa yang saya nanti-nantikan dari air tangan seorang guru!. Benarlah pada, saat ini, detik ini, jam ini, hari ini dan diketika ini, lengkaplah dan layaklah tuan bergelar seorang guru makrifat, selama ini, tuan bergerak hanya dengan mulut, kini tuan sudah bergherak beserta tangan. Alhamdulillah sy bersykur kepada Allah krn telah menumukan saya kepada seorang guru yang boleh bercakap dan boleh berbahasa tulisan .amin tuan guru Haji Isyak.amin drp hj shaari

      Like

  3. Bismillahirohmanirohim……..Allahummasoli ala sayidina Muhammad waala alihi sayidina Muhammad…ama..baadu..

    Didalam mencari makrifat hanyalah semata2 ianya rahmat dari Allah…jika tiada rahmat dan belas kasih dariNya, tiadalah sesaorang itu dapat bermakrifat. Ada orang diberi makrifat oleh Allah dgn bermacam2 ragam.

    1) Umpamanya seorang yg mendapatkan nya seperti Sayidina Umar AlKhatab yg mendapat makrifat setelah mendengar ayat AlQuran yg dibaca oleh adiknya.

    2) Ada yg mendapatnya setelah perbuatanya utk membunuh Rasulullah…tapi berubah menjadi Islam..

    3) Ada kerana perbuatan dosanya..kemudian setelah mendapat hidayah, dia bertaubat dan menjadi wali Allah…

    Dan berbagai2 macam lagi cerita yg kita dengar atau baca dari kisah2 para sahabat dan anbiya..

    Ini menunjukan jika Allah berkehendak, tiada siapa yg dpt menghalang atau menidakannya. Samalah seperti kita sekarang ni..utk berdakwah tidaklah hanya menjadi tugas para Ustaz, Imam, Kiayi, Mufti atau Wali. Ianya tugas kita sebagai seorang yg mengakui Islam sebagai agama kita. Utk menyampaikan dakwah bukanlah hanya di surau, masjid atau madrasah sahaja, ianya boleh disebarkan melalui media massa atau sebagainya…asalkan ianya bertujuan utk membaiki ummah dan ikhlas kerana Allah.

    Kita telah dipermudahkan utk menggunakan alam siber sebagai wadah utk menyampaikan ilmu yg dulunya dizaman Tok Kenali masih belum ada lagi. Inilah satu cara utk mendekati masyarakat asalkan ianya memberi manafaat dan ikhlas.

    Kalau segala2nya kita rahsiakan ilmu makrifat ini dari pengetahuan org Islam, macamana kita nak menyambung perjuangan ulama2 yg terdahulu? Mungkin Ilmu makrifat ini akan terkubur sama dgn mereka2 yg mengamalkanya. Sesungguhnya inilah yg diinginkan oleh kaum Yahudi. Setelah tiada lagi org Islam yg mempunyai Makrifat, mereka akan senang membaham dan melenyapkan Islam yg sebenar.

    Sesungguhnya perbuatan Allah sungguh halus. Janganlah menafsirkan ilmu makrifat menurut nafsu dan akal sahaja. Mohonlah pertolongan dari Allah. Hendaknya jgnlah hanya tahu utk menyalahkan pihak yg ingin menegakkan ilmu makrifat ini. Tetapi hendaklah tolong menolong, memperbaiki dan menyokong didlm perkara kebaikan demi mencapai keridhaan Allah..

    “Engkau ( Muhammad) hanyalah ditugaskan utk menyampaikan risalah Agama Islam ini dan Akulah yg memberi hidayah kepada sesiapa yg Aku kehendaki” ……Wasallam..

    Like

  4. I tried to find Him on the Christian cross, but He was not there;
    I went to the temple of the Hindus and to the old pagodas,
    but I could not find a trace of Him anywhere…
    I searched on the mountains and in the valleys
    but neither in the heights nor in the depths was I able to find Him.
    I went to the Ka’bah in Mecca, but He was not there either…
    I questioned the scholars and philosophers but He was beyond their understanding…
    Then I looked into my heart and HE was there
    where He dwelled that I saw Him,
    He was nowhere else to be found.

    Rumi

    P/s: baca tulisan ini – bukan maksudnya ALLAH itu bertempat tetapi apa yang kita RASAI kerana tiada sesiapa dapat melihat ALLAH selagi kita hidup. Hanya orang mati sahaja yang akan PULANG kepada ALLAH, maka itu ilmu yang di ajar untuk mengenal ALLAH semasa hidup ialah MATI – belajar mati sebelum mati. BILA dah mati sahaja, apa yang dilihat itu ALLAH, selagi hidup, KITA TIDAK AKAN DAPAT KITA MELIHAT ALLAH dan kita sekadar menyebut menyebut nama ALLAH sahaja tanpa kenal pada ALLAH

    Bila kita dah mati, barulah yang kita nampak hanya ALLAH, maka barulah boleh tanya (Mana aku ? Aku cuba cari diriku ? Aku tak jumpa – segalanya ALLAH yang punya – SEGALANya ALLAH).

    semuanya menyebut kalimah ini:

    لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

    La haula wa la quwwata illa billah
    (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

    Like

  5. Ini salah satu link yang TUAN Yu-Ka-Yu Reput POST

    https://www.google.com/search?q=lingga+yoni&client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=rcs&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=-U4HUt3_GsW5rgeHv4G4AQ&ved=0CCkQsAQ&biw=1920&bih=987

    Salah satu gambar nya adalah GAMBAR “HAJRAL ASWAD”, apa pandangan TUAN ???? sila jawab TUAN? dan Nama ALLAH pun ada …….cuba tengok semua images itu semua…….

    ITU semua adalah pandangan setengah pendapat dan bukan semua orang.

    Like

  6. pandanglah diri itu dari ZAHIR dan BATHIN, diri SEJATI dan SEBENAR itu yang dalam atau ROH. Roh itu yang menggerakkan yang luar BATIN. Kalau Zahir “bersyirik” maka dia tak kenal yang dalam HANYA sekadar menyebut menyebut nama sahaja. Bila ZAHIR itu mati, baru yang terlihat adalah “SATU”, itu lah diri yang tidak bersyirik – tiada melainkan ALLAH

    Like

  7. sejahtera juga buat saudara yu-ka-yu reput………setahu dan faham sayalah orang2 yang melalui jln makrifah tak pernah menghina mana2 ahli syariat/feqah atau sewaktu dengannya….tetapi kalau saudara tak percaya pergilah kesurau atau masjid semasa ceramah diadakan……dengar betul2 apa pengisian ceramah yg keluar dr mulut ustaz……….menghentam….menyindir pd kami yg mencari tauhid…..pd mereka apa yg kami lalui ini semuanya salah……..terpesong sesat…………
    memang benar pelbagai jln boleh dipilih utk mengenal Allah….tetapi jika tiada ilmu kearah itu mana mungkin…….walau pun semudah 1,2,3…sepantas memetik jari….begitu juga jika mahu membaiki kereta rosak…pasti ada ilmunya….kalau tidak ibarat “seperti tikus membaiki labu…….bertambah rosak….
    katakanlah(contoh)..si A,si B dan si C tinggal di Ampang….mereka nak pergi ke KLCC…si A ikut jln besar Ampang….si B naik LRT menukar tren di setesen masjid jamek….si C pula naik kapcai ikut jln dato keramat…yg pasti tujuan meraka adalah sama….ilmu untuk kesitu mesti ada…sampai atau tidak…cepat atau lambat….Allah jua yg TAHU…..
    ilmu haq ini luas tidak terkira walau pun dinilai dengan 7petala langit/7petala bumi……..jangan sesekali menjadi jahil murakad…..jangan sesekali menjadi buluh kasap hujung hilang pangkal lesap….
    kita ambil lah contoh sebiji bawang besar/merah…selaklah lapis pertama..pasti lapis kedua menanti dan seterusnya hingga sekecil2nya dan seterusnya…..jd apa yg tinggal???begitulah perjalanan ilmu marifak ini….selagi ada diri selagi itulah kita tidak menemuiNYA……..
    saudara yu-ka-yu reput…..kalau nak bercerita memang panjang….mudah2an semuanya memberi faham…..dalam behujah jangan sampai ibarat”menegakkan benang yang basah sedangkan yg kering tak tertegak”…..amin……..

    Like

  8. Salam Tuan Haji

    Sesungguh mengenal allah ini senang dan mudah seperti 1,2, 3 tetapi bagi yang sudah sampai tahap matikan diri , diri ini sudah tiada yang ada hanya allah semata2) tetapi bagi yang masih ada sifat keakuan sukarnya seperti melepas roh dari jasad (yang tidak Mengenal Allah) . Tuan – Tuan jangan ada Istilah aku dalam diri barulah kita dapat untuk menjadikan kan allah nyata dalam diri Kita .Tuan _ Tuan jangan mengaku diri kita ini pandai dan berilmu sesungguhnya yang pandai dan berilmu adalah allah jua dalam hal ini apabila ada sifat aku yang pandai maka terjadi lah seperti yang pandai aku, yang betul makrifat aku, (salah Menyalah antara satu sama lain ) memang dalam Pengajian yang diajar oleh Tok Kenali Mengajar sekian murid jangan tertengok ilmu , kepandaian , kebolehan diri yang diajar oleh Tok Kenali adalah konsep berserah secara Total Kepada allah serta dengan Rahmat serta hidayah allah inilah konsep yang terbaik bagi diri kita . Contoh Tuan Apabila Diri Kita Ini sudah Tiada (matikab Diri) apa lagi yang nak Kata SemuaNya hak allah semata- mata . Dalam pengajian makrifat Tok Kenali beliau mengajar mengenal allah serta ingat kepada allah itu apabila sampai kepada tahap tidak apa yang harus dikenal dan diingat , ingat kat allah bukan dengan dalil dan ingat kat allah jangan sampai ada dikeranakan dengan sesuatu kerana. Ingat kat kat Allah jangan sampai disandarkan kepada ilmu, amal, sebab dan lain- lain lagi . Sebabnya allah itu allah , allah , allah tuan yang empunya segala- galanya . Masalah kita sekarang ini masih adanya sifat diri kita , kita nampak kita wujud dalam dunia ini , kita pandai dalam ilmu makrifat , kita lah tahu tentang rahmat allah , kitalah seorang yang alim itulah maka kita tidak dapat menyatakan allah dalam diri kita Walaupaun allah itu dekat dengan kita .

    Allah itu terang , yang lebih terang dari cahaya matahari Maka Mengapa Kita tak Nampak Allah sebabnya “kita ini masih terlihat adanya Diri Kita “

    Like

  9. Alhamdulillah…puji bagi Allah…menggerakkan tuan2 guru ishakahmad,osman dan hambami utk menjawab dgn lebih jelas dan cerah…bagi pihak tuan guru kita hj.shaari.didoakan moga tuan yu-ka-yu reput mendapat pencerahan dan petunjuk kepada makrifat yg putus lagi benar…amin saya mengikuti setiap yg tertulis di blog ni….Alhamdulillah…dgn gerakkan Allah saya mendapat faham sedikit demi sedikit, dan setiap komen dan pandangan yg hadir di blog ini, menjadi ilmu dan contoh utk lebih memahami apa yg tuan hj shaari kongsikan.saya baca, dan ikut gerak kefahaman yg diberi oleh Allah seperti yg tn hj shaari kata ” Biar Allah yg mmebri faham ” jadi setiap yg puji atau tohmah saya senyum dan ingat akan kata tn.hj shaari.
    ” la tataharroku syaiun illa bi iznillah”.

    Like

    1. Terima kasih, seperkara lagi, sy minta tuan jawab persoalan blog al-kelangi, yang menuduh saya sesat. Mungkin sy ini benar-benar sesat, nanti sesat saya itu akan berjangkit kepada tuan.amin drp hj shaari

      Like

  10. Salam Tuan semua , Israq itu perjalanan. Kita semua sedang dalam perjalanan dan GPS nya adalah RASA (adalah ROH ….). dan destinasinya ALLAH. Perjalanan itu ada mcm mcm jalan !!! Tapi , ceritanya nak sampai destinasi !!! orang yg dah sampai itu ceritanya , cerita sampai. orang yg masih dalam perjalanan , ceritanya hanya perjalanan , maka ceritanya , cerita TAK JUMPA dan tercari-cari !!!! Haji Shaari mengajar KAEDAH mati sebelum mati….., guru sebenar itu adalah ALLAH…(mengenal ALLAH melalui ALLAH). Yang ada HANYA ALLAH and there is no right or wrong. Kita dikeluarkan ke dunia tak sama tarikh dan kita kembali pada ALLAH tak sama tarikh. Kita tak tahu diri kita sebelum lahir , kita tahu diri kita sekarang, dan kita tak tahu diri kita bila pulang nanti. Kita akan pulang dari mana kita datang. Kita sebenarnya tidak tahu, yang tahu itu YANG MAHA TAHU. Bila kita pulang, yang ada HANYALAH yang MAHA ADA. diri kita sebenarnya tak ada. Maka jasad kita akan dimamah cacing……yang ada HANYA ALLAH, dia yg awal dan dia yang akhir. dia yang zahir dan dia yang bathin. diriku sebenarnya hanyalah wayang kulit yang bisa menyebut la hawla wala quwata illa billah.
    AKU hanyalah PENYATAAN ALLAH YANG MAHA AGUNG – tiada melainkan ALLAH. segalanya ALLAH…..

    Like

  11. Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…

    Mohon sekiranya Ayahnda Tuan Guru mengijinkan pada saya tuk memberikan sedikit komen… Dan dimaafkan sebelumnya jika tersilap kata… Karena tidaklah saya begitu pandai dalam menjawab soalan… Hanya semata ingin mendapatkan Ridha Allah melalui Ridha pada Ayahnda Tuan Guru Hj. Shaari dan semoga bertambahlah ilmu yang saya miliki…

    Kepada Saudaraku yu kayu reput…,
    Jika saya berpendapat bahwa dari yang selama ini saya pelajari pada Makrifat Tok Kenali, bahwa Ayahnda Tuan Guru ” Tidak Sedikitpun” pernah mengajarkan kepada anak didik / muridnya untuk menyatarakan Allah dengan Mahluknya… Karena bagaimana nak Ayahnda Tuan Guru Hj. Shaari mengajarkan muridnya menyatarakan Allah dengan Mahluknya ??? Belumlah lagi kami belajar/ mengaji makrifat… Sudahlah diri ini untuk dimatikan? ?? jadi bagaimana nak menyatarakan jikapun diri ini sudah lebih dahulu mati… Hanya pelajaran “Hidup” saja yang dapat naik keperingkat “Setara” …., jika pelajaran “Mati” saya rasa dengan akal logikpun kita akan dapat mudah berfikir ” bagaimana nak setara”.
    Mengenai soalan panadol…, andaikan saja Si Panadol itu diberikan Roh untuk dapat menjawab soalan tentu/ panadol tersebut akan mengatakan 2 jawaban :
    Jawaban yg pertama : Ya akulah penyembuhmu, maka sembahlah aku… krn tak mungkin engkau sembuh tanpaku.
    Jawaban yg kedua : aku ni tidak lebih hanya campuran zat kimia dan sebagainya… Yang dibuat oleh kepintaran akal manusia, tapi itupun janganlah engkau terhenti pada kepintaran akal manusia… Krn tak mungkin sedikitpun akal manusia dapat berpikir jika tak ada siapa yang menggerakkan- Nya.
    Tinggal Kita sebagai manusia nak memilih yang mana… ???
    Ayahnda Tuan Guru selalu dan selalu berpesan kepada anak didik / muridnya untuk tidak pernah terhenti dengan terpandang Mahluk… karena sedari awalpun memang kita diajarkan untuk meniadakan diri / matikan dirimu sebelum mati… Jadi nak apa lagi? ?? jangankan nak mengaku Tuhan… Mengaku yang diri ini saja tak boleh? ?? Syirik hukumnya…
    Belajar makrifat / mengenal tak semudah 1,2 dan 3… Kenapa saya mengatakan demikian? ?? saya nak bertanya kepada kita semua… Adakah kita mudah memperoleh faham belajar 1 + 1 = 2 jika tak ada Rahmat, Nikmat dan Berkah dari Allah? ?? bolehkan kita mengerti jika 1+ 1= 2 jika Allah berkenhendak bahwa otak/akal kita diberikan Kecacatan? ?? Cuba jawab… Adakah kita mudah mengatakan bahwa oohhh itu biru.., ohh itu merah…, ohh itu hijauuu… Jika Tak ada Rahmat, Berkah dan Nikmat Allah pada diri kita untuk mengenali warna… ( buta warna ), ada mata kenapa tak kenal warna? ??
    Artinya… Tak layak dan sungguhpun tak layak jika kita telah menyatakan bahwa diri ini telahpun mati/ menafikkan diri mengatakan ini semua mudah… Mudah, Susah, Ingat, Tak Ingat,mengerti, tak mengerti itu semuapun Allah yang memiliki… Kita hanya harus sadar… Bahwa diri ini tak ada artinya…, kita hanya berikhtiar, tawakal, do’a agar dijauhkan dari kejahilan dan terakhir ikhlas… Ikhlas dgn sebenar-benar ikhlas…
    Sungguh Allah mengetahui apa yang ada dalam hati manusia, mana mahluknya yang benar – benaringin mengenalnya mana mahlukya yang hanya sekedar ingin membuat kejahilan… Semogakita semua dijauhkan dr jahil.
    Saya hanya mengingatkan kepada kita semua…, bahwa Ayahnda Tuan Guru Hj. Shaari tak pernah sedikitpun mengajarkan kepada kita untuk menyetarakan atau bahkan nak jadi Tuhan… , perumpamaan – perumpamaan hanya dimaksudkan agar kita dapat lebih mudah memperoleh faham. Jikapun masih tak faham janganlah mudah berputus asa… Baca, baca dan baca… Jikapun masih belum memperoleh faham. Berdo’alah Kepada Allah agar kita semua diberikan kefahaman karena Ilmu itupun Allah yang memilikinya dan fapat ditanyakan soalan melalui menemui langsung kepada beliau Ayhnda Tuan Guru ataupun melalui email beliau.
    Terima kasih… Dan mohon maaf dan ampun sebsar – besarnya jika ada kata yang tersalah…

    Like

  12. SALAM hormat dan kaseh pada Tuan Guru Ustaz Syaari dan salam kaseh pada sahabat2 sepencarian…….

    Bukan kah semua ini “ESA”? Kita disuruh sangat mengesakan/mentauhidkan ALLAH.
    Sesungguhnya…..yang tak kenal itulah kenal , yang tak tau itulah tau, yang tak ingat itulah ingat, yang tak dapat itulah pendapatan…..Hanya Allah yang kenal Allah, hanya Allah yg tau Allah , hanya Allah yg ingat Allah, dan hanya Allah sahaja yang kedapatan.
    Kesempurnaan itu apabila kita mukhlis (kosong/mati). Keberadaan diri lah yang mendatangkan segala macam perkara, segala macam rasa yang buruk dan baik dengan tidak putus2nya memberi kesan/memberi beban yang ditanggung sepanjang zaman. …yang hanya terus duduk didalam sangka2 dan pengharapan sahaja yang sampai bila2 pun tidak akan putus dan bermutlaq.

    Makrifat ada 2 kategori: i). Makrifat didalam kehambaan dan ii).Makrifat didalam ketuhanan. Bermakrifat didalam peringkat kehambaan adalah bila kita dapat mengenal mana yang haq dan mana yg batil dimana kewujudan diri masih ada dan dia dapat membeza2….., manakala bermakrifat didalam peringkat ketuhanan pula hanya Allah (roh) yang kenal Allah dimana kewujudan diri tidak ada, kosong, mati, binasa, lebur……..
    Diperingkat kehambaan kita menyembah, tetapi diperingkat ketuhanan kita bertauhid, mati,kosong……………

    Sesempurna2 “takut” ada lah dosa syirik kerana tiada ruang pengampunan langsung. Perkara syirik ini lah yang seafdal2nyer kita sungguhkan untuk dijauhi.
    Kesempurnaa berugama bukan kerana hendakan faedah tetapi kerana hendakan ISLAM ( berserah diri pada fitrah) yang mana fitrah nya ghair, hanya…ALLAH………ALLAH…….ALLAH…………

    Bermakrifat memang perkara mudah sangat, bukan hanya setakat 1.2..3…, cuma “mati” jer., baru lah dpt ke’rahmat’ullah, baru lah bole bersanding nama kita dengan nama Allah saperti didalam lirik lagu M.Nasir ,hijap kekaseh…. “haram kelamin untuk kita berpisah” dpt rahmat…..nikmat…..tamat…..Mudah sangat dpt tutup semua cerita…..hanya tinggal dan biar Allah…Allah…Allah……sahaja….saperti sireh pulang ke tampok, saperti pohon pulang ke benih, saperti huruf pulang ke titik….tiada kekuwatiran, tidak bersedih hati….tenang…..kosonggggggg….………

    Kita bermakrifat dimakam mana?:
    i). Kafir – sapa2 yang menyembah nama tanpa makna
    ii). Munafik – sapa2 yang menyembah nama dan makna
    iii). Syirik – sapa2 yang menyembah makna sahaja.
    iv). Mukmin – sapa2 yang menyembah nama dan makna beserta haqiqat dan makrifat.
    v). Arif Billah – sapa2 yang meninggalkan nama dan makna.
    Note: makna disini bermaksud akal……cerita2…..tanpa nyata

    Tidak timbul perlecehan, pertikaian, pertelingkahan kalau duduk dimakam Ariff Billah……………Sendiri tau sendiri, sendiri jawab sendiri

    TANPA NYATA MAKRIFAT TAK SEMPURNA”
    Wallahualam…………………………………………

    Like

  13. Tuhan yang Maha Sempurna Lagi Maha Mengetahui,

    Ayahanda, izinkan hamba menjawap persoalan ini.

    Wahai tuan hamba, Yu-Ka-Yu Reput. Izinkan hamba yang bodoh ini menyatakan pandangan.

    Sebenarnya persoalan yang dibangkitkan oleh tuan hamba telah pun dijawap oleh Yang Ariff, Tuan Hj Shaari. Bagi yang faham, tiada apa lagi yang hendak diperkatakan, namun bagi yang tidak faham, pasti masih ada persoalan yang membungkam di benak sanubari. Apakan daya, kita hanya makhluk yang tertakluk menerima faham dari Tuhan yang Maha Mengetahui.

    “Alhamdulillah sempat juga kami menelaah sedikit untaian siri makrifat dari Tuan blog yang hijaou sokmo ni… kami tak komen banyak lah cuma ada beberapa kengkawan suruh gatal tangan mengomen hahaha….”

    Dari pernyataan di atas, ternyata tujuan mereka yang menulis hanya semata-mata “gatal tangan nak mengomen kerana disuruh kawan”, walaupun hanya sempat “menelaah sedikit”.Barangkali, mungkin mereka “nak test” bagaimanakah agaknya jawapan dari makrifattokkenali.com menjawap kritikan dari mereka.

    Adat orang bersilat, diuji dengan persilatan, adat orang bersukan diuji dengan pertandingan, adat orang bermakrifat diuji dengan persoalan makrifat. Maka, tidak hairanlah jika banyak soalan-soalan “ujian” sebegini timbul. Namun, adalah malang jika tujuan soalan itu adalah semata-mata mahu mencari perbedaan atau mahu menegakkan fahaman masing-masing. Bukankah lebih elok jika kita menyoal untuk mencari faham?

    “Banyak cara bermakrifat, bukan satu kaedah sahaja. Ada orang yang masa tidur dalam bermimpi sahaja sudah makrifat contohnya Nabi Yusuf AS, Ada yang melihat alam terbentang bulan, matahari, bintang-bintang lalu makrifat atas Kewujudan Penciptanya…contohnya Nabi Ibrahim AS.”

    Apakah ada pembaca blog makrifattokkenali.com terjumpa mana-mana kenyataan ditulis yang menyatakan bahawa cara bermakrifat itu hanya ada satu kaedah sahaja? Ternyata, memang benar kenyataan mereka pada ayat di perenggan pertama yang menyatakan bahawa mereka hanya sempat “menelaah sedikit” sahaja untaian siri makrifat ini. Dengan, tela’ah yang sedikit itulah, mereka terus memberi komen dan menjatuhkan hukum bahawa ajaran Tok Kenali ini terkait dengan fahaman “mujassimah, materialisme dan kebendaan”. Hanya memandang sebab, terus menjatuhkan hukum ! Tidak pun mencari sebab ! Apakah itu hukuman yang adil?

    “Nak makrifat itu sangat mudah semudah 1,2 dan 3…hanya beberapa saat sudah bolih makrifat,… “

    Bagi sesetengah pihak, untuk bermakrifat itu sangat mudah, semudah 1,2, dan 3. Namun, bagi sesetengah pihak yang lain, makrifat itu dilihat sebagai sesuatu yang amat susah, sesuatu yang amat berat, yang amat rahsia, yang amat mistik dan sesuatu yang amat sukar untuk difahami. Makrifat bagi pihak ini bukan semudah 1,2, dan 3 ! Masih terlalu ramai lagi di luar sana yang masih tidak tahu akan makna perkataan “makrifat” itu sendiri !

    Kita boleh saja mengatakan “nak makrifat itu sangat mudah”. Namun, bagaimana jika kita diminta untuk membuktikannya? Bolehkah kita buktikan yang “nak makrifat itu sangat mudah” ? Setiap bukti perlu dibuktikan dan setiap yang terbukti perlu ada pembuktian. Sebab itu para arifbillah, lebih suka diam daripada berkata-kata kerana mereka akan dipertanggung jawapkan, akan apa yang mereka kata.
    Para ariffbillah yang ariff, lagikan bingung dalam bermakrifah, inikan pula mereka yang tidak ariff. Kenapa mereka bingung? Kerana semakin mereka mengenal, mereka bertambah tak kenal ! Semakin mereka faham, mereka bertambah tak faham ! Semakin mudah mengenal, mereka makin susah nak kenal !!

    Maka, bagaimana kita boleh buktikan bahawa “nak makrifah itu sangat mudah” ?

    “Tetapi yang payahnya untuk memperolihi RAHMAT dari Allah SWT,…dengan rahmat yang datang bersama hidayah itulah baru memperolihi pengertian keatas makna makrifah tadi ”

    Daripada pernyataan di atas, ternyata, makrifat (kenal ) yang dikata mudah itu, hakikatnya masih tidak mudah ! Kenapa ? Kerana, sepatutnya bila mudah kenal, maka mudahlah mengenal rahmat. Bila sudah mengenal rahmat, maka mudahlah dirahmati. Rupanya tidak ! Maka, apa sebenarnya yang dikatakan mudah ?

    Seumpama, kita baru berkenalan dengan seorang kawan yang berjawatan pengarah tertinggi. Kita ingat bila kita sudah kenal dia, maka kita boleh lah mintak satu dua projek dari dia. Rupanya tidak ! Dah kenal tapi, masih tak dapat projek ? Kenapa ya ? Sebab, kita sebenarnya masih tak kenal sepenuhnya akan si pengarah itu ! Cuba kalau kita dah memang bersahabat lama dan dah kenal hati budi, luar dan dalam perihal si pengarah itu. Nescaya berlimpah ruah dapat projek. Tak dapat projek besar, dapat projek kecil pun dikira dapat. Ada saja jalan-jalan untuk mendapatkannya. Entah-entah, tender kita belum hantar, tapi “Letter of Offer” (LO) dah dapat. Sebab apa? Sebab dah betul-betul kenal !

    Sebab itu, dalam pengajian ilmu makrifat Tok Kenali, ilmu yang mula-mula dianjurkan untuk dipelajari ialah ilmu Mengenal Diri. Kenapa perlu mengenal diri ? Kerana, setelah mengenal diri, barulah kita mengenal Rahmat ! Jika diri tidak dikenal, bagaimana hendak mengenal Rahmat apatah lagi hendak mengenal Tuhan pemberi Rahmat.

    Ada di kalangan kita kononnya mudah nak makrifat, tapi susah nak dapat rahmat. Soalnya kenapa? Sebab belum kenal !! Kalau sudah makrifat (kenal) maka kenapa pula ada alasan tidak dapat rahmat ? Kerana rahmat itu pun mereka tak kenal !! Lantas, mereka seolah menuding jari kepada Tuhan kerana sukar untuk memperoleh rahmat ! Sedangkan rahmat yang disangka sukar nak dapat itu sebenarnya telah mereka dapat, tapi mereka tak sedar. Rahmat yang disangka sukar nak dapat itu, telah mereka guna, tapi mereka tak bersyukur, rahmat telah lama mereka nikmati, tapi tak dihargai !

    Kalau mereka mengatakan mereka “mudah untuk makrifat dan dalam beberapa saat saja sudah boleh makrifat”, bukankah itu satu rahmat ? Kalau mereka telah dan masih boleh beroleh nikmat berfikir (akal), bukankah itu suatu rahmat? Kalau mereka telah dan masih beroleh nikmat penglihatan (mata), tidakkah itu jua suatu rahmat? Menikmati nikmat pendengaran (telinga), nikmat bau (hidung), nikmat rasa (lidah), nikmat sentuhan (kulit), nikmat hidup (roh), apakah itu bukah suatu rahmat ? Rahmat apa lagi yang mereka mahukan ?

    Mereka kata makrifat itu mudah, tapi dalam mudah itu mereka lupa yang lidah mereka telah “dituturkan” untuk menyebut segala nama yang bernama (nama). Dalam mudah itu, mereka lupa yang tubuh jasad mereka telah “digerakkan” untuk melakukan segala perlakuan (perbuatan). Mereka telah “dipinjamkan” untuk menggunakan segala sesuatu yang bersifat (sifat). Mereka “dihidupkan”, mereka “ditidurkan” dan mereka “dimatikan” (roh). Kalau segalanya “dituturkan”, “digerakkan”, “dipinjamkan” “dihidup” dan “dimatikan”, maka di manakah yang dikatakan mudah ?

    Sudahlah segalanya “di”, “di” dan “di” kan, namun, mereka masih menginginkan Rahmat ? Masih ada kehendak yang menginginkan sesuatu? Masih lagi berharap, masih lagi meminta-minta ? Apa yang mereka kenal ?

    Tidak cukup dengan rahmat, mereka mahukan hidayah ! Mereka kata “nak makrifat itu sangat mudah, semudah 1,2 dan 3” hanya beberapa saat sudah boleh nak makrifat”. Kalau mudah nak makrifat, maka bukankah itu tandanya sudah mendapat hidayah? Lantas hidayah apa lagi yang mereka mahukan?

    Rupanya mereka mahukan Rahmat dan hidayah Allah, agar makrifat yang dikatakan mudah dapat itu, dapat memberi makna kepada makrifat mereka. Maknanya, tidak bermaknalah “makrifat mudah” yang mereka dapat itu tanpa Rahmat dan Hidayah Allah !!

    Mereka belajar makrifat kerana mahukan Rahmat dan Hidayah !! Seumpama para ‘abid (ahli ibadah) yang hanya melakukan sesuatu ibadah itu kerana mahukan pahala, sedangkan rahmat, hidayah dan pahala itu jua akan pulang kepada TuhanNya !

    Dalam mengaji ilmu makrifat Tok Kenali, kami diajar supaya bermakrifat itu harus putus, harus sampai dan harus tau tempat “parking” ! Tempat sampai itu ialah kepada Allah ! Tidak lagi tertuju kepada ganjaran dan nikmat-nikmat lain, kerana segala ganjaran dan nikmat itu adalah ciptaanNya jua seperti kita!

    “Auliya Allah ada “mengatakan aku beribadah selama hidupku, berzikir, qiamulalil, tahajut tidak tinggal … namun begitu semuanya itu tidak berguna di sisi Tuhanku,…. semuanya sebagai ritual hidup sahaja…yang meMakrifahkan serta menyelamatkan aku bukan ibadah dan amalan tetapi dengan Rahmat-Nya semata-mata”

    Tidak ada salahnya pada kenyataan di atas. Sebab itu para arifbillah lebih suka menyembunyikan apa yang dia ada, sedangkan para ulama lebih suka menunjukan apa yang dia tidak ada ! Ini adalah kata kiasan yang memerlukan “kenal” untuk menghuraikannya. Begitu jua dengan ungkapan yang mereka nyatakan di atas. Ungkapan itu ada ayat kiasan yang memerlukan takwil untuk memahaminya : “ yang meMakrifahkan serta menyelamatkan aku bukan ibadah dan amalan tetapi dengan Rahmat-Nya semata-mata…”

    Takwilnya,

    Setelah mengenal, maka tiada lagi apa-apa yang menjadi milik kita. Untuk beribadah, kita perlukan tubuh jasad. Tubuh jasad perlukan roh. Roh perlukan PenciptaNya. Tubuh jasad telahpun diberi. Inilah rahmat! Roh juga telah diberi, dengan roh kita hidup. Inilah rahmat ! Bila kenal pencipta roh, Inilah rahmat ! Untuk beribadah samada berzikir, bertahajud atau berqiamulail memerlukan tubuh jasad dan pancaindera yang tujuh. Semuanya telah diberi. Inilah rahmat !

    Penglihatan itu suatu rahmat, maka bila mengenal, yang melihat bukan lagi mata, tetapi rahmat penzahiran penglihatan dari Allah kepada mata. Bila sudah mengenal, yang mendengar bukan lagi telinga, tetapi rahmat penzahiran pendengaran dari Allah kepada telinga. Bila segala pancaindera yang tujuh dan bila segala nama yang bernama, sifat yang bersifat, buat yang berperbuatan dan unsur yang berzat, telah dikenal sebagai Rahmat dan “memulangkan” Rahmat itu balik kepada TuhanNya, maka inilah yang sebenarnya ditakwilkan “ yang meMakrifahkan serta menyelamatkan aku bukan ibadah dan amalan tetapi dengan Rahmat-Nya semata-mata…”

    Empunya rahmatlah yang merahmati akan setiap ibadah dan amalanNya dan merahmatkan diriNya sendiri. Bukan kita yang meminta-minta rahmat dari tuan punya rahmat !

    Maka, Rahmat apa yang masih dicari ?

    “Kami tiada apa masalah dengan tulisan Tuan blog mengenai makrifat Tok Kenali ini…. maveles, bagussss!!!….cuma beberapa hal yang masih terkait dengan pekat fahamam mujassimah, materialisme dan kebendaan”

    Sepanjang membaca buku-buku nukilan Tuan Hj Shaari dan blog makrifattokkenali.com, hamba tidak nampak satu pun kenyataan yang boleh dikaitkan dengan fahaman mujassimah (fahaman yang mengiktikadkan yang Allah itu berjisim atau menyerupai makhluk) atau dengan fahaman materialisme dan kebendaan. Bertambah hairan bila pihak Jakim dan KDN yang memberikan izin percetakkan (ISBN) juga tidak nampak isu ini.

    Hamba berpendapat, bahawa sesiapa pun yang membuat andaian ini berkemungkinan besar orang itu tidak membaca keseluruhan teks atas keseluruhan artikel yang berkaitan. Ataupun, kalaupun dia membaca, berkemungkinan orang itu terkhilaf (terkeliru) dalam menafsirkannya.

    Dalam setiap buku dan hampir dalam setiap artikel, Tuan Hj Shaari sering sahaja mengingatkan para pembaca agar “Jangan sampai terlihat adanya diri” . Kenapa ? Kerana jika selagi masih terlihat akan diri, selagi itu berada dalam syirik. Kalau masih terlihat diri sudah dikatakan syirik, apatah lagi jika mengatakan panadol itu Allah !

    “penadol itu pun Allah“. apa tu???”

    Soalnya, siapa yang mengatakan panadol itu Allah? Kami tidak pernah diajar dan belajar fahaman mujassimah sehingga mengatakan bahawa panadol itu Allah !! Ada kemungkinan mereka yang menuduh ini membuat tuduhan selepas membaca artikel berikut, di dalam makrifattokkenali.com :

    “Inilah Jawapan Satu Nama Allah Yang Tersembunyi 6 Dec 6.56 Pg : December 3, 2012.

    Penjelasan berkaitan ini telahpun dijawap oleh Yang Ariff ayahanda Tuan Hj Shaari, maka tidak perlulah hamba mengulang jawapannya, cuma hamba ingin menambah sedikit.

    Bukankah ayat “panadol itu pun Allah” telah di “bold” kan oleh penulis? (Sila rujuk artikel berkenaan di makrifattokkenali.com) Perkataan itu adalah kiasan untuk memudahkan faham sahaja !! Pihak yang membaca perlu membaca keseluruhan konteks akan apa yang ingin diterangkan. Cuba baca dan fahamkan perenggan-perenggan yang sebelum dan selepasnya. Jangan potong dan ambil perkataan ditengah-tengah dan kemudian menjatuhkan hukum mengikut kehendak sendiri ! Takkan dengan hanya melihat pada beberapa perkataan itu terus menghukum, mengatakan ini fahaman mujassimah ?

    Kalau begitu apakah kenyataan ini juga salah bila Rasulullah mengatakan bahawa Khalid Al-Walid itu sebagai “Satu pedang dari pedang Allah”. Apakah cukup dengan hanya membaca lima patah perkataan ini, kita kemudiaannya menjatuhkan hukum bahawa ini adalah salah? Apakah ini mujassimah?

    Kalau begitu, hamba pun boleh menghukum mereka, dengan mengatakan mereka jua adalah orang-orang yang zalim !! Zalim kerana menghukum tanpa mencari sebab dan tanpa membuktikan sebab ! Zalim kerana sekonyong-konyongnya menuduh makrifat Tok Kenali berfahaman mujassimah ! Soalnya, kalau mereka menuduh, kita juga menuduh, maka sampai bila tuduh menuduh ini akan berkesudahan?

    Panadol bukan Allah dan Allah bukan panadol tetapi saling nyata menyata ! Umpama kertas dengan duit. Kertas bukan duit dan duit bukan kertas, tetapi keduanya saling nyata menyatakan di antara satu dengan lainnya. Kertas menyatakan duit dan duit menyatakan kertas. Tanpa kertas, duit tidak wujud dan tanpa duit, kertas itu tidaklah dapat menzahirkan dirinya! Duit menyatakan dirinya duit dengan segala perihal bentuk (sifat), nama, kelakuan dan unsur duit. Duit tidaklah dinamakan duit kalau bentuknya berbentuk gelas. Duit tidaklah dinamakan duit jika ianya tidak dapat diperlakukan dengan nilai. Walau apapun perihal duit, ia tetap menunjukkan perihal kertas, kerana hakikat duit adalah kertas.

    Begitulah perumpamaanya.

    “cuma beberapa hal yang masih terkait dengan pekat fahamam mujassimah, materialisme dan kebendaan”

    Ilmu makrifat Tok Kenali mengajar erti mati sebelum mati. Bila mati, segalanya tidak ada daya dan upaya, apatah lagi untuk memikirkan hal materialisme atau kebendaan. Ilmu Tok Kenali, mengajar erti miskin, maka pada sudut manakah yang dikatakan ajaran ini “terkait dengan pekat” fahaman materialisme atau kebendaan?

    Jika nak menulis dan menerbitkan buku pun terpaksa bergolok bergadai, adakah itu dikatakan materialisme? Jika modal nak beli buku bacaan atau CD Tok Kenali pun terkadang tidak mampu, apakah itu dikatakan “kebendaan” ? Usah dicakap soal untung atau royalti yang entahkan ada entahkan tidak ! Maka material dan kebendaan yang bagaimanakah yang mereka maksudkan ? Atau apakah mereka maksudkan “mujassimah itu sebagai materialisme atau kebendaan?

    Tahukah mereka akan apa yang mereka perkatakan? Tahukah apa itu fahaman mujassimah? Tahukah mereka asal-usul timbulnya fahaman ini? Tahukah mereka apakah pokok ajarannya? Tahukan mereka siapa tokoh-tokoh fahaman ini dan kenapa mereka mengikut fahaman ini? Tahukah mereka pada sudut mana pandangan mujassimah ini bertentangan dengan sunnah dan ijmak?

    “Segala-galanya hanya gambaran yang bermain di dalam otak kita dan gambaran ini di pertontonkan olih ROH. Siapa yang membuat siaran/gambaran? Sudah tentu Allah… bohong kalau ada orang kata “tidak ada Allah melainkan Allah Allah Allah…” sebab ucapan ini menggambarkan pencipta sama sepertinya mahkluk. Nah! hari ini ilmu sudah sampai pada hakikatnya…. Makrifat yang sempurna bukan mematikan diri tetapi menafikan seluruh wujud mahkluk termasuk diri berdaging serta ROH yang masih ada sifat, anggota, warna, rupa, rasa, pancaindera dan wajah…sedangkan wujud Allah SWT ….Laisyaikamislihi syaiun… tidak ada suatu pun yang setara/menyerupaiNya (Surah Syura; 11)… baru kita lepas syirik seluruhnya termasuk syirik keatas badan halus kita… haiii.. takkan kita lupa dialam roh dahulu pun kita sudah ber-Alastu”

    Hamba tidak pasti di manakah yang dikatakan “bohong kalau ada orang kata “tidak ada Allah melainkan Allah Allah Allah…” sebab ucapan ini menggambarkan pencipta sama sepertinya mahkluk.”

    Bohongnya di mana? Perkataan atau perumpamaan mana yang menggambarkan pencipta sama seperti makhluk? Dimana salahnya ungkapan “tidak ada Allah melainkan Allah Allah Allah” ? Apakah dengan menyebut Allah berulang kali itu bermakna menggambarkan Allah dengan makhluk?

    “Makrifat yang sempurna bukan mematikan diri tetapi menafikan seluruh wujud mahkluk termasuk diri berdaging serta ROH yang masih ada sifat, anggota, warna, rupa, rasa, pancaindera dan wajah…sedangkan wujud Allah SWT ….Laisyaikamislihi syaiun… tidak ada suatu pun yang setara/menyerupaiNya (Surah Syura; 11)… baru kita lepas syirik seluruhnya termasuk syirik keatas badan halus kita… haiii.. takkan kita lupa dialam roh dahulu pun kita sudah ber-Alastu”

    Soalnya, bagaimanakah kita boleh mengukur kesempurnaan sesuatu makrifat itu? Cukupkah dengan sekadar “menafikan seluruh wujud makhluk” itu, telah dikira sempurna akan makrifat seseorang? Siapa yang memberi penarafan akan “sempurna”nya makrifat itu? Apakah ada kaedah-kaedah pengiktirafan dan penarafannya?

    Lain guru, lain takrifan kesempurnaan makrifatnya. Ada guru mengukur kesempurnaan makrifat dengan bersyariat. Ada guru mengukur kesempurnaan makrifat dengan bertariqat. Ada pula dengan berhakikat. Ada guru yang mengukur kesempurnaan makrifah dengan kesemuanya. Ada juga guru yang menyatakan bahawa makrifat itu belum sempurna dan bukan ilmu yang penamat. Menurut mereka selepas Makrifat ada Ilmu HARIKAT, selepasnya RAMAKAT dan penamatnya EKATAT. Soalnya, bagaimana sebenarnya kaedah untuk mengukur kesempurnaan makrifat ?

    Makrifat fahaman Tok Kenali menggunakan tag line “Mati sebelum Mati” manakala makrifat fahaman Yu-Ka-Yu Reput pula menggunakan tag line “Menafikan seluruh wujud makhluk”. Soalnya, apakah ini suatu perbezaan atau suatu persamaan? Dalam satu sudut pandangan, ianya kelihatan ada persamaan, namun dari satu sudut pandangan yang lain, ianya kelihatan ada perbezaan, namun kedua-dua “tag line” ini tetap bertujuan ingin menuju kepada Allah, cuma atas dua istilah yang berbeza. Maka alangkah baiknya jika kita mencari faham di antara keduanya, tanpa saling salah menyalahkan di antara satu dengan lainnya.

    Bila telah mati, tidak ternafikah wujud makhluk?

    “haiii.. takkan kita lupa dialam roh dahulu pun kita sudah ber-Alastu”

    Apakah mereka yang mengucapkan perkataan ini masih ingat perihal “ber-Alastu” semasa di alam roh dahulu? Kalau masih ingat, hamba juga teringin nak tahu, bahasa apa agaknya yang digunakan semasa dialog “ber-Alastu” itu. Bahasa Arab ke? Bahasa Melayu ke? Bahasa Inggeris ke? Ataupun mungkin bahasa isyarat saja?

    Dek kerana lupalah, maka ramai di kalangan kita ini belajar. Namun, jika mereka mengatakan mereka ingat, ingat mereka itu ingat yang bagaimana? Adakah sekadar ingat pada ingatan yang kosong atau semata-mata ingat pada perkataan sahaja ? Bagi para arifbillah, bila lupa, tatkala itulah mereka mengingat !

    “Allah SWT bukan mahkluk tetapi Allah SWT yang Maha Esa meliputi segala-segalanya termasuk panadol tadi ya”

    Apakah ayat ini mengiyakan pendapat makrifat Tok Kenali atau sebaliknya?

    “maka goncanglah habis-habisan fahaman mujassimah ini jika Tuan ingin menyempurnakan makrifat yang benar dan melepaskan umat dari cengkaman iblis/setan/dajjal…. serta memerdekakan hidup mereka yang seperti robot dizaman siber ini”.

    Makrifat Tok Kenali sememangnya bukan dan tidak berfahamkan fahaman mujassimah. Maka goncangan yang bagaimanakah yang kami perlu lakukan untuk menyempurnakan makrifat yang sebenar supaya kami dapat melepaskan diri kami dan umat lain dari cengkama iblis/setan/dajjal ?

    “tambah sedikit lagiii….bicara pasal Tok Kenali ini kami juga ada sedikit maklumat berkenaan ilmu hakikat insan, Maaf kalau tersilap…setau kami kitab ini memang dari Tok Kenali, katanya ada ramai anak murid yang lain juga mengambil sumber dari tulisan ini. Murid ini bertebaran seluruh negara, ada ilmu hakikat insan yang menjadikan alat kemaluan manusia sebagai perumpamaan dalam bermakrifah kepada Allah SWT”. Macam tu kah nak kenal Allah cara Tok Kenali? Para Rasul dan Para Nabi, Allah memperkenalkan kewujudannya dengan mengajar zakar dan faraj kepada mereka kah? Menggunakan ZAKAR DAN FARAJ sebagai satu volume mengenali Allah sahih akan terjadi kalau mahkluk pun di setarakan dengan Allah SWT. Ada yang menafikan itu ilmu Tok Kenali anehnya mereka anak murid yang belajar dari beliau juga.. Apabila di buat kajian didapati fahaman iktikad dari kemaluan ini adalah dari fahaman hindu tantra dan ajaran penyembah phallus paganisme…simbol ini ternampak jelas dalam simbol lingga dan yoni dalam tradisi hindu… bolih google sendiri dan ada beberapa link di bawah kami sertakann…sekadar bertanya… wallahualam”

    Janganlah dek kerana seekor kerbau terpalit lumpur, maka semua pun terkena lumpurnya. Kalaupun ada sebiji dua pisang yang busuk, takkan nak dibuang seluruh tandan. Mungkin benar ada beberapa pihak yang menjadikan alat kemaluan manusia sebagai perumpamaan dalam bermakrifah, tetapi kebenarannya ialah Makrifat Tok Kenali tidak pernah pun mengajarkan perbuatan yang sedemikian. Perbuatan itu, tidak “fatonah” (bijak) untuk dibicarakan secara awam. Mereka boleh mendakwa yang melakukan itu adalah dari kalangan “anak murid” Tok Kenali, tetapi, benarkah ?

    Hamba berpendapat mereka yang seperti ini, bukan belajar ilmu makrifat Tok Kenali. Mungkin mereka belajar ilmu “Tak Dikenali”. Mereka yang jenis ini, ibarat murid yang suka belajar memandu kereta di merata tempat. Belajar memandu sikit dengan instruktur di sana, belajar memandu sikit dengan instruktur di sini, tapi pemanduannya, semua pun tak boleh “parking” !

    Mungkin mereka ada belajar sedikit ilmu Tok Kenali dan berkemungkinan juga mereka banyak belajar dari guru-guru lain. Maka jika mereka bertindak tidak “fatonah” apakah makrifat Tok Kenali yang bersalah ?

    “Apabila di buat kajian didapati fahaman iktikad dari kemaluan ini adalah dari fahaman hindu tantra dan ajaran penyembah phallus paganisme…simbol ini ternampak jelas dalam simbol lingga dan yoni dalam tradisi hindu”

    Ilmu Makrifat Tok Kenali, tidak mengajarkan fahaman paganisme (perihal kepercayaan dan penyembahan manusia sebelum adanya agama). Ilmu Tok Kenali mengajar erti Mengenal Diri dengan kaedah “Ma-Se-Ma-nisme” ! atau nama penuhnya ialah; Mati Sebelum Mati (Barangkali mereka yang mengkritik ini berminat dengan mainan kata-kata istilah, nah ! ambillah istilah ini !).

    Apakah “kajian” yang didakwa telah dibuat oleh para pengkritik ini, telah mengkaji ilmu usul, dari mana asal usul dan bagaimanakah tercetusnya penyembahan “yoni” (bahasa sanskrit bagi alat kelamin wanita) dan “phallus” (nama latin bagi alat kelamin lelaki) ?

    Kenapa anutan-anutan kuno seperti Hindu, Mesir Purba dan Greek menggunakan simbol-simbol ini di dalam ritual mereka? Apakah “kajian” yang didakwa oleh mereka itu, ada jawapannya?

    Wahai para sahabat sekalian,

    Tidakkah pernah kita terfikir untuk mencari pengajaran dalam setiap penjuru alam ini samada ianya hal buruk atau hal baik agar kita beroleh faham dan dapat mengenal? Kenapa kita hanya suka melihat hal yang tidak baik sahaja dalam sesuatu? Umpamanya, kalau memandang kudis, kenapa yang terpandang hanya kotor, busuk, buruk dan sakit? Tidak terfikirkah kita disebalik kotor itu ianya membawa kebersihan? Tidakkah kita terfikir di sebalik busuk itu ianya sedang mewangikan. Di sebalik buruk itu, nantinya datang kecantikan dan di sebalik sakit itu ada kenikmatan? Jangan melihat apa yang tersurat sahaja ! Cuba lihat maklumat yang tersirat ! Bukankah ini pegangan orang yang sudah mengenal ?

    Walaubagaimanapun, ini tidaklah bermakna hamba bersetuju dengan fahaman ini. Cuma sekadar ingin memberi pandangan bahawa kita seharusnya janganlah hanya memandang sebab, maka terus kita jatuhkan hukum. Kajilah hal dan perihal yang tersirat yang ada disebaliknya.

    Contohnya,

    Bagaimana kalau ada orang Islam, mengatakan bahawa “babi itu tidak haram”? Tentutnya, kebanyakan daripada kita akan mengatakan “ Itu Salah ! Itu Sesat !. Mungkin orang yang menuturkan kata itu tidak “fatonah” (bijak), tapi soalnya, adakah sesiapa yang bertanya kepada orang itu untuk mencari sebab kenapa dia berkata begitu?

    Bukankah mencari sebab itu lebih baik daripada memandang sebab? Ini tidak, bila dengar atau bila baca saja kenyataan yang seperti itu, terus ingin menjatuhkan hukum.

    Cuba tanya kepada orang itu, “kenapa tuan hamba mengatakan bahawa babi itu tidak haram? Apa maksud tuan hamba. Awas !”

    Bila ditanya kepada orang itu katanya…

    “Ohhh maksud hamba begini…”

    “Babi itu tidak haram pada kejadiannya. Jika haram kejadian babi itu, maka haramlah kejadian Tuhan. Bila haram kejadian Tuhan maka diri babi itu sendiri tak kan wujud. Yang haram bukan pada babi, yang haram itu pada HUKUM. Bila pula jatuh hukum ? Jatuh hukum bila kita makan atau bila kita sentuh babi. Kalau tak dimakan dan kalau tak disentuh, tidak lah jatuh hukumnya. Bila dimakan atau bila disentuh babi itu, maka barulah jatuh HUKUM haram. Jatuh hukum haram pada siapa? Jatuh hukum haram pada orang yang makan atau orang yang menyentuhnya, BUKAN pada babi”.

    “Itulah maksud hamba”, kata orang itu.

    “akhirnya…pokok KESEMPURNAAN agama kita ada tiga..Islam, Iman dan Ihsan.. Penyempurnaan rukun Islam dari didikkan syariat/fiqih, rukun Iman dari didikkan Tauhid dan Usuluddin sementara rukun Ihsan dari didikkan Tasawuf…Banyak cara bermakrifat, bukan satu kaedah sahaja.
    Ahli fiqih mampu bermakrifat dengan dallil naqli (al Quran/sunnah). Ahli Tauhid mampu bermakrifat dengan kajian, buat analisa dan mantiq. Ahli Tasawuf mampu bermakrifat dengan pembersihan hati serta mukasyafah. Benarnya mereka dapat diukur apabila berjaya kembali kepada Allah SWT diatas segala rahmat dan hidayahNya jua…Sesungguhnya ada banyak lagi jalan yang …masyallah.. hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya…. sesungguhnya kita harus meraikan pandangan dan pendapat saudara kita yang lain bukan dengan jalan memperlecehkan baik mereka ahli fiqih, tasawuf atau tauhidin…

    Semenjak hamba mengaji ilmu makrifat Tok Kenali ini, tidak pula hamba jumpa atau terdengar Tn. Hj Shaari atau mana-mana guru mengajar dan mengatakan yang cara bermakrifat hanya satu. Bahkan, tuan-tuan guru terutama Tuan Guru Hj Shaari, sering saja menyuruh kami berguru dengan banyak guru. Menyuruh kami mencari ilmu makrifat bukan saja dari ajaran Tok Kenali, malah carilah dari ajaran Tok Tok lain. Carilah dari ajaran Syeikh, Sayyid, Lebai, Imam, Ustaz, Dr, Professor, Mufti, Ulamak, Mursyid dan Ariffbillah mana sekalipun.

    Belajarlah ilmu apa sekalipun. Kalau belajar ilmu Fiqh (fekah) dan diajar berzikir membilang buah tasbih, tetapi jikalau dengan membilang buah tasbih itu kita dapat mengenal dan menuju kepada Tuhan, kenapa tidak? Kalau belajar Ilmu Antropology dan dengannya kita mengkaji perihal “yoni” atau “phallus” dan dari ilmu antropology itu, kita mampu beroleh faham dan mengenal Tuhan, apakah itu salah ? Kalaupun kita belajar ilmu muzik dan melalui muzik itu boleh menginsafkan dan menemukan kita dengan Tuhan, kenapa tidak?

    Belajar ilmu Fiqh atau belajar ilmu Antropology atau belajar ilmu muzik yang boleh membawa kepada “mengenal” Tuhan itu sesungguhnya lebih baik daripada belajar ilmu makrifat yang tidak dapat mengenal akan TuhanNya.

    “sesungguhnya kita harus meraikan pandangan dan pendapat saudara kita yang lain bukan dengan jalan memperlecehkan baik mereka ahli fiqih, tasawuf atau tauhidin”

    Bukan memperlecehkannnnnnn. Tidak pernah pun kami memperleceh atau merendah-rendahkan sesiapun. Tidak terniat pun di hati kami untuk memperleceh orang itu atau memperlecehkan fahaman ini. Cuma, ada kalanya, sewaktu kami dituju dengan tuduhan dan tohmahan yang bertalu-talu seperti serangan dari tuan hamba ini, maka kelihatannya kami “tersebut” perkataan-perkataan yang seumpama memperlecehkan.

    Biar pun siapa mereka itu, samada ahli fiqh, ahli toriqat, ahli hakikat, ahli tasawuf, ahli tauhid, ahli hakikat, ahli makrifat, ahli kalam, bahkan ahli nujum sekalilpun, kami tidak pernah terlintas untuk memperkecil atau memperlekehkan mereka. Selalunya, kami inilah yang sering saja diperlekehkan dan diperkecil-kecilkan. Maklumlah, kami ini “Orang Mati” yang tak berkuasa ke atas segala sesuatu dan dan tak punya segala sesuatu!!

    Maaf jika tersalah kata.

    Like

    1. SALAM hormat dan kaseh buat Tuan Guru Ustaz Shaari dan salam kaseh buat Wira Satria dan sahabat2 sepencarian.

      Alhamdullillah penerangan yg cukup bernas.
      Syukran……..

      Like

    2. Alhamdulillah, indah sungguh bahasa tuan. Kemas, teratur dan bijaksana menyampaikan kalam. Allah merahmati tuan. Sangat sesuai dengan nama WIRASATRIA. Amin.

      Like

  14. Salam tuan Haji Jika kita kita bertubuh allah (mahasuci) berpegang kepada keesaan Allah Satu , Tunggal , esa maka diri kita karam di lautan Tauhid allah iaitu lautan ahadiyah atau la ‘ta ta yin iaitu lautan yang tiada sesuatu hanya allah,allah ,allah . Maka Kukuhkan Kita Kepada allah jangan ada selain allah serta kukuh kan kesadaran kita kepada Allah dengan berpegang kepada keesaan allah . Maka akan terbit kecemerlangan cahaya tauhid dalam diri kita ini bahawa mata yang melihat allah, telinga yang mendengar allah, mulut yang berkata -kata allah dan segalanya allah . Tuan Haji Mengajar untuk jangan adanya Diri (matikan diri) apabila diri sudah lebur , hancur, binasa maka tinggal allah yang kekal selama- lamanya .

    Like

    1. Maaf, Kata ” Jangan adanya diri ” tetapi dalam tulisan dan karangan itu masih memperlihatkan diri. Kita kita mana bolih bertubuh Allah, kalau karam seperti garam, adakah bertubuh lagi ?. Yang ada hanya masin dan garam tidak di perlukan lagi. Macam mana nak kukuh kita dengan Allah kerana kita sudah karam. Maaf jika tersinggung. Semuanya dari Allah dan hanya untuk Allah. Amin.

      Like

      1. Salam hormat buat tuan guru yg di kasihi serta semua peminat blog keramat ini.
        Sesungguhnya baru hari ini saya terlihat amanah tuan kpd saya bagi menjawab Dr. M itu.
        Setelah meneliti segala kenyataannya, adalah di dapati semuanya telah dalam pengatahuan semua jamaah kita dan perkara yg di kaitkan adalah perkara syariat sahaja dan tidak perlu kepada jawapan hakikat. Penulis kata itu, semua nya ‘Benar’, benarnya itu di tahap syariat dan torikat dan tidaklah bolih di pertikaikan, kankah itu Kebesaran dan KekayaanNya.
        Mudah2an beliau juga akan mendapat barokah apabila memahami apa yg di sampaikan olih Tuan.
        Amin, amin ya robbalalamin.

        Like

  15. alangkah besar kurniaan Allah.terima kasih saudara wirasatria dan sahabat semua.perjalanan ”sufi” seseorang tidak semestinya sama.Allah yang menentukannya.ada seseorang itu mengEsakan Allah dengan hati yang sedih..ada pula seseorang itu yang mengEsakan Allah dengan hati yang gembira.terpulang kepada pemberi Rahmat..mana yang Dia inginkan..Amin

    Like

  16. Ayahanda,

    Anakanda tak berjumpa soalan atau penjelasan dari Dr M, maka hamba tak dapat nak beri penjelasan seperi yang diminta. Harap dapat ayahanda emailkan.

    Apa yang dapat anakanda baca, hanyalah artikel yg telah di update oleh ayahanda di blog makrifattokkenali.com. Yang tidak dipaparkan, ananda tidak dapat nak membacanya.

    Anakanda amat berharap agar ayahanda dapat memberi segala teguran ke atas semua persoalan dan jawapan yang anakanda telah berikan di dalam artikel artikel terdahulu atau yang akan datang.

    Anakanda masih belajar dan perjalanan belajar ini masih dirasakan terlalu jauh. Mohon ayahanda tunjuk dan ajarkan kalau ada mana-mana fakta atau jawapan atau pendapat yang anakanda beri itu salah.

    Tunjuk ajar ayahanda amatlah dihargai dan tiada ternilai.

    Terima kasih ayahanda.

    Like

Leave a comment