Jawapan kepada yu-ka-yu reput

 

 

Hebat tulisan tuan, sy ucap terima kasih diatas tunjuk ajar tuan terhadap kami. Apa yang dapat saya faham melalui ilmu Tok Kenali, Tok Kenali tidak pernah mengajar anak muridnya ilmu mencarut. Setahu saya Tok Kenali mengajar anak muridnya ilmu “mati sebelum mati” (Al mutu kablaan tamautu). Tetapi saudara menolak ilmu Tok Kenali dengan berkata; Makrifat yang sempurna bukan mematikan diri tetapi menafikan seluruh wujud mahkluk (Ini petikan ayat dari blog yu-ka-yu reput).

Sebelum saya menjawab soalan tuan, terlebih dahulu saya ingin bertanya kepada yu-ka-yu reput. Apa beza, apa maksud dan apa erti  perkataan “matikan diri” dengan perkataan “menafikan seluruh wujud makhluk?”.

 

Pada fahaman saya, perkataan “menafikan suluruh wujud makhluk” sebagaimana dakwaan tuan itu,  adalah membawa maksud bahawa kita sebagai makhluk manusia yang dianggap hidup ini, hendaklah menyerahkan, memulangkan dan megembalikan sekalian yang bersifat makhluk kepada Allah!.

 

Bagi pengajian ilmu makrifat Tok kenali yang bodoh itu, Tok Kenali tidak pernah mengajar anak muridnya supaya menyerah, memulang atau mengembalikan (menafikan) seluruh wujud makhluk kepada Allah!.

 

Kerana apa?, Kerana “kita bersifat tidak wujud dan kita bersifat tidak ada!”. Yang bersifat ada dan yang bersifat wujud itu, adalah hanya Allah. Bilamana Allah bersifat ada (wujud), kita selaku makhluk bersifat dengan sifat tidak ada (tidak wujud). Sifat bagi kita itu, adalah berlawanan dengan sifat Allah. Jika Allah bersifat ada dan Allah bersifat wujud, ertinya kita selaku makhluk manusia itu, semestinya adalah bersifat dengan sifat  tidak ada dan bersifat tidak wujud!. Jika kita bersifat wujud dan Allah juga bersifat wujud, bererti sudah ada dua wujud.

 

Sendainya hanya Allah sahaja yang bersifat wujud, bererti kita selaku makhluk manusia itu, hendaklah bersifat dengan sifat tidak wujud (tidak ada). Kiranya sifat kita tidak ada (tidak wujud), dari mana datangnya istilah serah menyerah dan apakah lagi ada istilah serah menyerah?. Nak serah apa jika diri kitapun tidak ada?. Maksud serah menyerah itu, bilamana ada diri dan bilamana ada Allah. Jika diri kita sudah tidak ada, apakah ada lagi istilah serah menyerah. Cuba jawab?……………………

 

Saya nak tanya yu-ka-yu reput. Mana yang dikatakan diri tuan, cuba cari, mana diri tuan?. Jika tuan kata tuan masih ada, cuba bari tahu saya mana diri tuan?. Jika tuan bersifat ada dan Allah bersifat ada, bererti tuan sudah menduakan sifat Allah, apa hukumnya bagi orang yang menduakan sifat Allah?, cuba jawab. Samaada ada itu bersifat baharu atau ada yang bersifat kadim, janji ada dua yang bersifat, bererti telah menduakan Allah (syirik).

Jika tuan kata, diri tuan tidak ada dan yang ada hanya sifat bagi Allah, jika itu jawapan tuan, saya ingin bertanya, apa lagi yang hendak tuan nafikan, apa lagi yang hendak tuan tolak, buang, singgkir dan apa lagi yang hendak  tuan kembalikan?, sebagaiman kenyataan tuan “menafikan suluruh wujud makhluk”. Cuba jawab pertanyaan saya, apa lagi yang hendak dikembalikan oleh orang yang sudah tidak ada?.

Maaf kiranya saya keterlalun, saya kira tuan ini, adalah orang yang belum tahu untuk membezakan antara perkara mati dengan perkara nafi!. Nafi itu, adalah bagi orang yang masih mengaku dirinya ada, bilamana diri masih ada dan masih wujudnya diri, maka timbulah persoalan perkara yang hendak dibuang, diserah, dikembalikan atau yang hendak dinafikan!. Cuba bayangkan diri kita mati, apa lagi yang hendak kita serah?……………………………………….

Apabila tuan mengaku yang diri tuan masih ada, masih hidup dan masih mengaku adanya diri, itu sebab tuan nak serah atau nak menafikan yang wujud kepada Allah………………………………

 

Untuk itu, mari saya ajar cara mati Tok Kenali kelantan!.

Jika kita mati (sudah mati), apa lagi yang hendak dinafikan?. Yang hendak dinafikan itu, bilamana kita sanggka kita hidup. Jika kita mati (mati sebelum mati), apa lagi yang hendak kita nafi, apa lagi yang hendak kita serah dan apa lagi yang hendak kita kembalikan?. Itu makanya Tok Kenali tak mengajar ilmu nafi tetapi Tok Kenali mengajar ilmu mati “matikan diri kamu sebelum kamu mati”.

Maksud mati disini, bukan bererti nak serah diri kepada Allah dan bukan bererti nak serah anggota tujuh kepada Allah. Allah tak perlu kepada tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan Allah tidak perlu kepada tubuh badan kita!. Allah tidak sedikitpun mengambil faedah diatas anggota kita!. Sekalipun kita serah diri zahir dan serah diri batin kita kepada Allah, Allah tak nak!. Sebab apa Allah tak nak anggota tubuh badan kita dan sebab apa Allah tak nak isi seluruh alam, sebabnya adalah kerana kerajaan Allah itu, sudah sedia luas, sedia perkasa, sedia cukup, sedia genap dan sudah sedia besar yang tidak perlu kepada anggota tubuh badan kita.

 

Jika Allah masih berhajat kepada anggota tubuh dan berhajat kepada makhluk, bererti Allah itu lemah!. Allah itu, sifatNya tidak megambil faedah atas hamba makhlukNya!. Kalau makhluk serahkan seisi alam kepada Nya, tidak akan bertambah kerajaan Allah dan sekiranya tidak dikebalikan seisi alam kepada Allah ,tidak sedikitpun berkurang kerajaan Allah!. Jadi apa yang hendak dinafi atau apakah yang hendak dikembalikan?. Cuba jawab pertanyaan saya………………………….

 

Bagaimana mungkin kita boleh serah diri dan serah anggota tujuh kita kepada Allah, sedangkan anggota tujuh kita (diri kita) itu atau seisi maklhluk alam itu,  adalah sememangnya hak  milik kekal bagi Allah!. Jika kita nak serah diri kita dan nak serah alam makhluk kepada Allah, bererti diri kita itu pada asalnya adalah milik kita dan alam makhluk itu, adalah milik kita, sedangkan segala makhluk termasuk diri kita, sebenar-benarnya adalah milik Allah dan bukannya milik kita.  Jika sekiranya segala-gala itu milik Allah, buat apa lagi nak kita kembalikan kepada Allah, kerana sememangnya hak Allah. Apa ada kena mengena hak Allah dengan kita, sehingga nak megembalikan hak Allah kepada Allah?. Segala hak itu, adalah milik Allah, apabila segala-galanya milik Allah, kenapa sehingga sampai kepada tahap nak menyerah!. Seumpama tubuh kita, adakah tangan kita, kita nak serah kepada kita dan apakah mulut kita, kita nak serah kepada diri kita sendiri.

 

Jika kita hendak menyerah atau hendak megembalikan sifat diri dan sifat wujud alam kepada Allah, bererti diri kita itu pada asalnya adalah menjadi milik kita, lalu kita nak serah kembali kepada Allah. Jika itulah iktikad atau kefahaman yu- ka-yu reput tentang diri, disini saya nak ajukan satu pertanyaan kepada tuan,  “bilakah masanya Allah berjanji untuk menyerahkan tubuh badan (jasad anggota tujuh) kita kepada kita dan pernahkah Allah berjanji untuk menyerahkan wujud makhluk kepada tuan, supaya dikembalikan?”. Apakah pernah Allah buat surat perjanjian untuk menyerahkan sifat, afaal, asma dan zat kita itu, kepada Allah?. Pernahkah kita turunkan tanda tangan buat surat perjanjian pindah milik dengan Allah?. Daripada hak Allah, ditukar ganti menjadi milik kita, supaya dapat dikembalilkan semula?.

 

Setahu saya yang bodoh ini, Allah tidak pernah berjanji untuk serahkan segala sifat untuk kita!.Jika Allah tidak pernah menyerahkan milikNya kepada kita, bagaimana mungkin kita boleh mengaku yang jasad dan tubuh badan kita itu hak kita, sehinggga sampai kepada tahap nak serah diri supaya kembali kepada Allah?. Sedangkan Allah tidak pernah perjanji untuk menyerahkannya!.

 

Segala sifat (tubuh jasad kita), segala afaal (tingkah laku kita), segala asma (nama-nama yang kita panggil) dan segala zat  (roh) itu, adalah sesungguhnya hak milik Allah, bukannya hak milik kita. Jika ianya menjadi hak milik Allah, kenapa nak dikembalikan diri kita kepada Allah, sedangkan segala sifat itu, sememanngnya sudah menjadi milikNya?.

 

Tok Kenali tak ajar suruh menyerah diri. Tok kenali ajar suruh mati sebelum mati. Hak Allah tak perlu dikembalikan kepada Allah. Saya nak bertanya kepada tuan, mana satukah sifat tuan yang menjadi milik tuan dan mana satu anggotakah yang dikatakan hak tuan?. CUBA JAWAB?.

Jika tidak ada, bagaimana mungkin tuan nak megembalikan diri tuan kepada Allah?. Itulah makanya Tok Kenali ajar kita mengenal diri. Orang yangn mengenal diri itu, adalah orangn yangn sudah tidak lagi terllihat adanya diri. Sifat ada atau sifat wujud itu, adalah sifat bagi Allahh. Sifat bagi kita makhluk adalah berllawanan denngan sifat Allah. Jika Allah bersifat wujud (ada), bererti kita makhluk manusia itu, adalah bersifat tidak wujud (tidak ada).  BILA MANA KITA BERSIFAT TIDAK ADA, APA LAGI YANG HENDAJ DISERAH?.

 

Perkara kedua yang tuan timbulkan adalah permasaalahan penadol, sebagaimana kata tuan (saya petik dari kata yu-ka-yu reput) “Kami tiada apa masalah dengan tulisan Tuan blog mengenai makrifat Tok Kenali ini…. maveles, bagussss!!!….cuma beberapa hal yang masih terkait dengan pekat fahamam mujassimah, materialisme dan kebendaan.

“penadol itu pun Allah“. apa tu???

Pada asalnya, sedap hati saya, bilamana tuan katakan yang “Kami tiada apa masalah dengan tulisan Tuan blog mengenai makrifat Tok Kenali ini…. maveles, bagussss!. Tetapi bagi saya, perkataan tuan itu, seumpama pukul anak sindir menantu.

 

Tuan yang saya kasihi. Itu makanya mengaji itu hendaklah sampai putus, jika tidak putus, inilah jadinya. Tok Kenali tidak pernah ajar Mohd Yusof mengatakan yang penadol itu Allah dan Mohd Yusof juga tidak pernah ajar saya mengatakan yang penadol itu Allah dan saya pula tidak pernah mengatakan yang penadol itu Allah.

 

Setelah diri kita tidak ada, (lebih senang saya beri perumpamaan, jika mulut kita sudah mati atau perumpamaan mulut orang mati atau mulut jenazah), apakah lagi mulut orang mati itu, boleh lagi berkata-kata dengan perkataan penadol?. Cuba jawab pertanyaan saya…………………………

 

Jika diri kita sudah lebur, sudah karam dan sudah binasa dalam erti kata fana’ dan baqa. Apakah lagi boleh berkata-kata atau menyebutan perkataan penadol…………………..

 

Jika kita tidak ada, jika penadol tidak ada dan jika seluruh alam tidak ada (tidak wujud), sifat siapa yang wujud dan sifat siapa yang ada?. Sila jawab…………………………………………………………Tidakkah wujudnya penadol itu juga, akan binasa dalam wajah Allah, bilamana sudah karam atau sudah lebur dalam wajah Allah. Sesudah segalanya lebur, tidakkah segala-galanya Allah, Allah, Allah. Tidakkah wal akhiru, walawalu, walzahiru dan wal batinu itu Allah, Allah, Allah…………………………………………….

 

Jika tidak tuan sebut Allah, tuan nak sebut apa?.  Mengaji ilmu makrifat itu, biar sampai putus, khatam, tamat dan biar sampai boleh parking!. Bilamana makhluk sudah karam dalam wajah Allah, barulah tuan boleh sebut apa sahaja yang tuan nak sebut, sesunggguhnya yang menyebut dan yang disebut itu bukan Allah tetapi tidak lain dari Allah. Belajar nafi dan isbat itu biar rata……………………………………….Belajar mengenal garam supaya kelihatan masin dan belajar mengenal diri rata supaya mengenal Allah yang rata ………………………………….

 

Jika saya nak karang dan jika saya nak jawab secara panjang lebar, lima hari lima malampun tak habis. Saya kira tuan yu-ka- yu reput beroleh faham. Selebihnya saya minta WIRA SATRIA yang jawab bagi pihak saya.

Sahabat-sahabat saya yang lain apa kurangnya dalam berilmu makrifat, tetapi kebanyakannya tidak tahu mengarang (tahu bercakap tetapi kurang pandai mengarang). Tuan Guru Sungai Buloh, Tuan Guru Kubang Kerian, Tuan Guru Sri Gombak, Tuan Guru Melaka, Tuan Guru Kulim, Tuan Guru Sungai Bakap, Tuan Guru Pasir Gudang, Tuan Guru Johor Bharu, Tuan Guru Macang dan lain-lain, semuanya pandai dalam baba bercakap, tetapi kurang dalam baba mengarang, jadi saya serahkan kepada WIRA SATRIA.

 

Maaf wahai sahabatku yu-ka-yu reput, saya sekadar menjawab apa yang dipersoalkan tuan, jika saya tak jawab, nanti ramai anak buah saya yang diluar sana tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya jawapan dari air tangan saya.

 

Dikesempatan ini, saya berseru kepada sahabat-sahabat saya Tuan-Tuan Guru, silalah mengarang, silalah mengarang dan silalah mengarang. Ramai murid-murid diluar sana tertunggu-tunggu hasil karya air tangan dari tangan tuan-tuan. Kepada Guru Sri Gombak merangkap Guru Johor, bila nak serah karangan tuan kepada saya untuk disemak?………………………………………

 

Jika saya jarang-jarang mengarang, jangan berkeciul hati, kerana saya  tengah sibuk menyiapakan nukilan kitab ketiga dan keempat yang akan keluar pada bulan Sept ini. Insyakallah…………………………..maaf kiranya jawapan saya tidak mendapat tempat dilubuk hati tuan. Jam sudah menunjukkan pukul 2.04 pagi, saya minta diri untuk tidur dulu ya………………………………….

34 Replies to “Jawapan kepada yu-ka-yu reput”

  1. Apabila kita [telah ] mati ,sebab kita [ tak ] pernah hidup , apa lagi yang hendak diserahkan, yang ujud hanya ALLAH ,selagi ada keberadaan DIRI kita maseh mengadakan keberadaan ALLAH ,setelah tiada keberadaan diri nyatalah keberadaan ALLAH ,senyatanyatanya ,Tok Kenali mengajar jangan sampai terlihat adanya DIRI ,

    Like

  2. Salam Tuan Haji….
    Panjang juga huraian yang tuan haji berikan. Benarlah tu, belajar makrifat itu perlu bersungguh2, tekun dan rajin ingin mengambil tahu dan bertanya sehingga beroleh faham. Kepada yang berkenaan, ilmu makrifat ini seumpama meniti diatas mata pedang…. Janganlah terus membuat andaian sebab ditakuti beroleh kefahaman yang salah. Betul la tu tuan haji kata belajar biar putus…. Ingatlah Rakan Pembaca Sekelian, TIADA HAK MAKHLUK MELAINKAN HAK ALLAH….. TIADA YANG LAIN MELAINKAN ALLAH….. Kemudian TIADA YANG ADA MELAINKAN ALLAH ( La Maujud Bihaqqi Illallah ) Bunyinya memanglah senang, TETAPI nak menjadikannnya senang bukannya mudah…. Kpd tuan haji, jgnlah give up untuk menerangkan kepada yang memerlukan. InsyaAllah… Amin

    Like

  3. Salam Tuan Haji Betul Kata Tuan haji apa yang hendak dipulang lagi semua hak allah . Sesungguhnya kita ini dari allah (allah meliputi, merangkumi, mempayungi diri kita ) oleh itu tok kenali mengajar ilmi matikan diri zahir dan batin maka apabila sudah mati apa yang ada lagi allah,allah,allah kita ini hanya tahu tetapi tidak kenal dan ingat allah ada dalam diri kita . Kalau Sudah mati apakah percakapan, pendengaran, penglihatan dan segala gerak dari kita semuanya allah. oleh itu apabila belajar Mengenal diri dan mengenal allah putus segala -segalanya allah . Tuan apabila tuan melihat penglihatan milik allah , apabila tuan mendengar pendengaran milik allah dan segala- gala allah .Allah bukan sesuatu nyata pada sesuatu apa lagi nak rasa nyatalah allah dalam diri kita umpama orang mati mana boleh nak nyata lagi . akhir sekali maka putuslah sesungguh diri kita sudah mati semenjak di luh mahfus lagi .

    Like

  4. Tuan haji Dan Sahabat Sekian 2 pada Pandangan saya yang faqir sepatutnya kita hendaklah merasai kehadiran allah dalam Diri kita ini (tauhid Syuhudi) . Dalam penyaksian ini, jasad sama sekali tidak “dilihat” lagi, jikalau masih dilihat, maka Tidak lah Nyatalah allah pada Sesuatu . Oleh itu apabila kita ini sudah Mati Segala Sifat,afal,asma , Zat adalah milik allah yang Mutklak dan sepatutnya kita Merasai Dengan Yakin tanpa sebarang was- was bahawa allah ada didalam diri kita . Oleh itu apabila keyakinan kita Merasai kehadiran allah maha segala gerak kita adalah gerak allah.

    Like

  5. Teringat kisah nabi musa dipertemuan dua laut..diharap bersabarlah semua
    ..jika tidak yang nak belajar nanti tak inzal2…hehe (maaf kalau bahasa tak berapa cantik). Teringat pulak masa zaman sekolah rendah..cikgu mate ajar kenal nombor..sampai sekolah menengah ada jugak tajuk nombor…tapi bukan nombor biasa lagi la..kena sabar cikit insyallah boleh faham jugak..tak banyak sikit pon jadilah..

    Like

  6. Kosongkanlah timbamu dahulu sebelum menimba ilmu yang lain. Bila merasa diri berilmu maka menyalahkan keilmuan orang lain. Ingin mencari ilmu tapi bongkak dengan ilmu sendiri yang ada. Segala galanya haq Allah. Rezeki ilmu adalah hidayah dari Allah. Rezeki kita yang secupak, jangan disalahkan pada yg mendapat rezeki segantang.

    Like

  7. salam Tuan Haji, katakan saya ada ilmu Tenggiling atau Ulat Gogok – (yang pandai mematikan diri). Bila orang nak dapatkan jawapan dari orang yang dah mati, boleh kah kita dapat jawapan? Tentu tak bolehkan. Yang ada HANYA ALLAH – mana aku (kalau dah mati soalan ni pun tak boleh tanya). YANG ADA TETAP ALLAH. Kerana yang mati tak mampu bersuara , maka yang ada tetap ALLAH. Kalau menafikan, maknanya mengatakan tidak sahaja. macam orang yang kena TUDUH dalam mahkamah, kadang2 tak mengaku dan menafikan tuduhan sahaja. ORANG MATI TIADA JAWAPAN – segalanya didunia memang mati , YANG ADA HANYA ALLAH. bila diri ada, baru menafikan itu boleh berlaku .

    Cuma tengok ayat ini – TIADA SELAIN ALLAH (mana aku ? aku pun tiada .SEGALAnya ALLAH)
    dan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH (ini adalah penafian).

    Akhir kata, nak capai martabat ini pun KERANA ALLAH JUA. Salam dari yang satu….

    Like

  8. Trimurti (tiga sifat Tuhan yang tidak terpisahkan), yaitu sifat Tuhan Hyang Widi Wasa, dimana ketiga sifat itu tidak bisa dipisahkan antara satu dengan yang lainnya yaitu Dewa Brahma (Pencipta), Wisnu ( Pemelihara), Siwa ( Perusak atau pelebur). Kaum Hindu menyadari bahwa Tuhan yang sebenarnya tidak bisa digambarkan dengan pikiran, tidak bisa diserupakan dengan yang lainnya, Aku berada dimana-mana diseluruh alam semesta dalam bentuk-Ku yang tidak terwujud (tidak bisa dibayangkan). Semua makhluk hidup berada didalam diri-Ku(liputan-Ku) tetapi Aku tidak berada di dalam mereka (Bhagavat Gita Sloka 9.0 ) dan tidak boleh menyembah sifatnya seperti tercantum dalam kitab Bhagavat Gita sloka 9.25 : Yanti deva-vranta devan pitrn yanti pitr-vantrah, bhutani yanti bhutejya, yanti mad-yajino ‘pimam artinya : orang yang menyembah dewa-dewa akan dilahirkan diatara para dewa , orang yang menyembah leluhur akan pergi ke leluhur, orang yang menyembah hantu dan roh halus akan dilahirkan ditengah-tengah makhluk-makhluk seperti itu. Dan orang yang menyembah-KU akan hidup bersama-Ku.

    Like

  9. I tried to find Him on the Christian cross, but He was not there;
    I went to the temple of the Hindus and to the old pagodas,
    but I could not find a trace of Him anywhere…
    I searched on the mountains and in the valleys
    but neither in the heights nor in the depths was I able to find Him.
    I went to the Ka’bah in Mecca, but He was not there either…
    I questioned the scholars and philosophers but He was beyond their understanding…
    Then I looked into my heart and HE was there
    where He dwelled that I saw Him,
    He was nowhere else to be found.

    Rumi

    P/s: baca tulisan ini – bukan maksudnya ALLAH itu bertempat tetapi apa yang kita RASAI kerana tiada sesiapa dapat melihat ALLAH selagi kita hidup. Hanya orang mati sahaja yang akan PULANG kepada ALLAH, maka itu ilmu yang di ajar untuk mengenal ALLAH semasa hidup ialah MATI – belajar mati sebelum mati. BILA dah mati sahaja, apa yang dilihat itu ALLAH, selagi hidup, KITA TIDAK AKAN DAPAT KITA MELIHAT ALLAH dan kita sekadar menyebut menyebut nama ALLAH sahaja tanpa kenal pada ALLAH

    Bila kita dah mati, barulah yang kita nampak hanya ALLAH, maka barulah boleh tanya (Mana aku ? Aku cuba cari diriku ? Aku tak jumpa – segalanya ALLAH yang punya – SEGALANya ALLAH).

    semuanya menyebut kalimah ini:

    لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

    La haula wa la quwwata illa billah
    (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

    Like

    1. maaf atas tu, sila ganti hanya orang yang dah mati sahaja yang dah pulang pada ALLAH (bukan akan pulang). maaf salah bahasa

      Like

  10. benar benar benar apa yang guru katakan….
    Bagi yang sudah mati (tidak melihat adanya diri )
    tidak ada apa lgi yang hendak diserah dipulang dikmbali pada Allah…kerananya yang ada hanya sifat bagi Allah ….dan sifat bgi makluk tidak prnah ada sejak dulu2 lagi ,dan mana mgkin pula sekarang boleh jadi ada pulak…
    Jika masih ingin menyerah memulang mengembalikan kpd Allah ,bermaksud masih terlihat adanya diri ,masih ada wujud ssuatu selain Allah ,masih menduakan ,menyamakan dan mengadakan ssuatu yang lain selain adanya Allah…
    Hanya Allahlah sahaja yang ada ,yang wujudnya tiada bercampur bersama berserta berdua atau bagainya.,
    Allah bersifat laisakamislihi syaiun…yang tidak ada sesuatupun yang seumpama ,yang sama yang serupa dengannya…
    SESUATU2 itu adalah berhala yang paling besar…
    Jad jika mati jika tidak ada ,tidak ada lagi istilah serah pulang kmbali dan segala sesuatu2….

    Like

  11. Salam hormat Tuan Haji. Saya yang bodoh ini berpendapat “Menafikan seluruh wujud makhluk” boleh digunapakai pada peringkat awal belajar makrifat tetapi bukan dipenghujung ilmu makrifat. Kata Tuan Haji “Belajar makrifat biar putus” kalau dah putus perkataan “Menafikan seluruh wujud makhluk” tidak lagi boleh digunapakai. Bagaimana mata hendak melihat mata tanpa alat kerana mata itu sendiri yg melihat. Kalau boleh pisahkan garam dari masin perkataan “Menafikan seluruh wujud makhluk” boleh kita gunapakai. Kalau tak boleh pisahkan garam dari masin . . . Kefahaman itu memerlukan pencerahan yg lebih jelas lagi agaknya yeee . . . ! Maafkan saya yg tak cukup pencerahan ini ye !

    Like

  12. KITA DISURUH OLEH ALLAH UNTUK MENYERAHKAN DIRI ZAHIR, DIRI BATIN, SIFAT DAN PERASAAN KEMBALI KEPADA ALLAH MENJADI MILIK ALLAH. KITA SEBENARNYA TIDAK WUJUD ATAU WUJUD KITA ADALAH HANYA WUJUD WAHAM ATAU FANTASI SAHAJA. SEBAGAIMANA KATA SHEIKH YUSUF DARI SYRIA. KATA SHEIKH YUSUF WUJUD KITA ADALAH SEBAGAIMANA WUJUD DALAM MIMPI. DALAM MIMPI KITA MAKAN NASI 5 PINGGAN, DAN KITA MINUM AIR SEBANYAK 5 JUG AIR SIRAP MANIS. SEWAKTU KITA BERMIMPI TERASA SEDAP NASI YANG KITA MAKAN DAN TERASA TERAMAT KENYANG DAN TERASA HILANG DAHAGA. TETAPI APABILA KITA TERJAGA DARI TIDUR KITA MASIH LAGI CARI NASI DAN CARI AIR LAGI. KENAPA KITA MASIH CARI NASI LAGI SEDANGKAN KITA SUDAH MAKAN NASI 5 P[INGGAN PENUH DALAM MIMPI? SEBAB MAKAN NASI DALAM MIMPI HANYA FANTASI DAN BUKAN BETUL-BETUL MAKAN. MAKA BEGITULAH DENGANNYA KITA HIDUP DI ATAS MUKA BUMI INI!! APABILA KITA TERJAGA DARI ALAM BARZAKH BARULAH KITA TAHU TINGGI DAN RENDAH. WUJUD KITA HANYA FANTASI SEBAGIMANA WUJUDNYA BAYANGAN DISIANG HARI. APABILA MALAM MENJELMA BAYANG PUN HILANG GHUYUB. HANYA BAGI YANG ADA QALBUN SALEEM SAHAJA YANG DAPAT MENGERTI KIASAN INI. BAGI YANG MENYANGGAH KIASAN INI. KITA DOAKAN SEMOGA ALLAH BUKAKAN PINTU HATINYA SUPAYA DAPAT MEMAHAMI AMIINN DARI USTAZ MUHAMMAD BIN RAMLI BIN TOK AWANG BIN TOK SAHAK BIN TOK JALALUDDIN AL-FATONI

    Like

  13. sesungguhnya segala ilmu,segala perumpamaan dan segala kata-kata tuan guru sya`ari adalah benar-benar belaka…apabila arah utara kita lihat,arah selatan kita lihat,ke arah timur dan barat kita melihat adalah segala-galanya wajah allah…tiada yg dikatakan wujudnya makhluk sekiranya diri kita ini sudah merasakan fana`,sudah mati ataupun tidak wujud di alam ini dan hanya segala yg wujud itu adalah allah semata-matanya dan setunggal-tunggalnya…terima kasih tuan guru sya`ari

    Like

  14. sesungguhnya segala ilmu,perumpamaan dan kata-kata dari tuan guru sya`ari adalah benar-benar belaka serta memberi pelajaran dan pengajaran…. Apabila arah ke utara kita melihat,arah ke selatan kita melihat,arah ke timur dan barat kita melihat,sesungguhnya itulah wajah allah…. Sekiranya diri makhluk ini sudah merasakan mati,fana` dan tiada lagi maka yang wujud itu hanyalah allah semata-matanya dan setunggal-tunggalnya… Tiada yang dikatakan wujudnya makhluk… Terima kasih tuan guru sya`ari!!!!!

    Like

  15. Assalamualaikum.

    Kita mnyerah 20 sifat haknya ALLAH TAALA yg di beri pinjam pada kita. Itulah martabatnya matikn diri sebelum mati.

    Like

Leave a comment