Siapa Saksi Dan Siapa Yang Menyaksikan Syahadah Kita?

Alhamdulillah, sempena bulan nikmat, rahmat dan bulan barokah ini, saya terpanggil untuk menjawab soalan dari Zainal Bin Ibrahim Pada 24 Julai, 2019 jam 11.36 tentang siapa saksi dan siapa yang menyaksikan syahadah kita.

Penyaksian Kalimah Syahadah

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Di sini saya tidak bercadang untuk mengupas atau tidak bercadang untuk menterjemahkan syahadah dalam bentuk kalimah tauhid atau kalimah rasul, kerana kalimah tauhid dan kalimah rasul, tafsir panjang lebar sudah terkandung dan sudah terdapat di dalam kitab mengenal makrifat (Kitab Mengenal Allah yang bewarna hijau), halaman 26 daripada muka surat 496 sehingga 530.

Di kesempatan ini, saya bercadang untuk membicarakan tentang penyaksian, iaitu apa maksud saksi dan apa makna menyaksikan. Sebelum berkalimah syahadah, terlebih dahulu marilah bersama-sama kita memohon petunjuk dan hidayah dari Allah SWT, agar lafaz yang terkeluar dari kalam bibir kita itu, dipersetujui, diperkenan dan diredhai Allah SWT.

Bagi mendapatkan perkenan atau persetujuan Allah SWT, hendaklah terlebih dahulu kita tanya kepada diri kita sendiri, apakah kalimah syahadah yang telah berlangsung di kalam bibir kita itu, dihayati dengan sajian ilmu atau berlangsung dengan sekadar dendangan alunan suara  bibir. Hanya hati mereka-mereka yang ditunjuki, dianugerahi dan yang dikehendaki Allah SWT sahaja yang dapat membuka simpulan iman yang tersembunyi di sebalik kalimah syahadah. Allah SWT sahaja yang dapat membuka simpulan iman itu dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat  memberi petunjuk ke arah mengetahui rahsia di sebalik syahadah.

Simpulan iman yang tersimpul di sebalik syahadah itu, teramat sulit untuk dibuka oleh akal. Syahadah itu, tersimpul di sebalik simpulan iman. Simpulan iman itu tersimpul di dalam kalimah “tahu” tetapi tidak “mengetahui” (kenal). Perkataan tahu itu, adalah simpulan yang tersimpul di sebalik khayalan akal  atau hanya sekadar angan-angan.

Soalan: Siapa saksi dan siapa yang menyaksikan?

Jawapan: Semasa melafaz dua kalimah syahadah, kita dikehendaki menghadirkan saksi dan mengadakan saksi. Barulah lafazan kita itu diterima pakai, jika kita melafazkan dengan tidak ada saksi, seumpama lafaz seekor burung tiung dan seumpama lafaz dari sebuah radio kaset. Lafaz kita itu tidak ubah seperti lafaz yang keluar dari bibir seorang kanak-kanak yang belum akil baligh.

Sebelum kita melafazkan kalimah syahadah, terutamanya di dalam solat, kita dikehendaki menghadirkan dan menyatakan wajah Allah terlebih dahulu di dalam hati. Setelah wajah Allah itu benar-benar hadir di dalam lubuk hati kita, barulah dua kalimah syahadah yang kita ucapkan itu, ada nilai, ada makna dan ada yang menyaksikannya. Jika Allah tidak dapat kita hadirkan, kepada Tuhan mana hendak kita persaksikan syahadah kita?

Siapakah saksi dan siapakah yang menyaksikan di kala kita melafazkan kalimah syahadah? Yang bersaksi (melafaz) kalimah syahadah kita itu, adalah roh, saksinya adalah Allah sendiri dan yang menyaksikannya atau selaku pemerhatinya adalah anggota zahir dan makhluk alam seluruhnya. Oleh itu sebelum bersyahadah, kita dikehendaki menghadirkan dan menzahirkan wajah Allah terlebih dahulu sebagai saksi ucapan syahadah kita. Barulah ucapan kita itu, boleh dikatakan dilafaz melalui saksi.

Jika kita tidak dapat menghadirkan Allah sebagai saksi, siapa lagi yang hendak menjadi saksi kita? Tidak sah sebuah kesaksian (perjanjian), bila kita yang melafaz, kita yang menjadi hakim dan kita juga yang menjadi saksinya.

Syahadah yang sah dan yang diterima Allah itu adalah syahadah yang disertai dengan saksi. Saksi syahadah kita itu adalah Allah sendiri, tidak ada perantaraan dengan yang lain selain Allah. Seandainya kita tidak mengenal Allah, bagaimana untuk menghadirkan Allah ke dalam hati, sebagai saksi? Seandainya kita tidak mengenal diri, bagaimana pula untuk menghadirkan roh, bagi menyaksikan perjanjian syahadah kita, ketika mulut melafazkan syahadah? Selaku orang Islam, jangan kita ambil mudah dan pandang ringan tentang syahadah, ianya adalah payung kepada segala ibadah.

Apabila kedua-duanya tidak dapat kita hadirkan di ketika bersyahadah atau di ketika sembahyang, apalah ertinya sebuah kalimah syahadah dan apalah maknanya sebuah ibadah sembahyang. Cuba ajukan pertanyaan ini kepada diri kita sendiri, apakah ucapan kalimah syahadah dan sembahyang kita itu, sudah dihadiri oleh wajah Allah dan roh? Jika jawapannya memihak kepada tidak, apalah ertinya, gunanya dan nilainya sebuah syahadah atau solat kita itu, tanpa kehadiran keduanya. Seandainya kita tidak mengenal Allah, kita tidak akan dapat memahami apa ertinya sebuah kalimah tauhid (La ilaha ilallah). Manakala seandainya kita tidak mengenal diri, kita tidak akan dapat memahami erti sebutan kalimah rasul (Muhamadur Rasulullah). Pokok pangkalnya di dalam sebarang ucapan kalimah syahadah yang kita lafazkan itu, ianya memerlukan kepada perkara mengenal Allah dan Rasulnya terlebih dahulu. Barulah segala ibadah dan segala ucapan yang kita lafazkan itu, penuh makna dan penuh erti serta diterima Allah Taala. Apabila kita melafazkan ucapan dua kalimah syahadah atau bersolat, hati kita hendaklah terlebih dahulu menghadirkan Allah. Setelah Allah itu hadir dengan jelas dan nyata di hati kita, barulah lafaz kita itu dianggap sah dan disertai sekali dengan saksi dan yang menyaksikannya. Barulah syahadah kita itu, diperakui benar oleh Allah Taala.

Kita tidak perlu menghadirkan orang lain selain Allah bagi menjadi saksi  dalam berkalimah. Antara kita dengan Allah, tidak ada hijab, dinding, tembok, sempadan atau perantara. Segala makhluk tidak layak untuk menjadi saksi lafazan keramat syahadah, melainkan Allah sendiri. Bagaimana untuk menzahir dan menghadirkan Allah ke dalam hati kita, cara dan kaedah untuk menzahir  dan menghadirkan wajah Allah ke dalam hati, adalah dengan belajar ilmu mengenal Allah (ilmu makrifat). Manakala semasa kita melafazkan kalimah rasul (Muhammad Rasulullah), kita dikehendaki mengenal diri (mengenal roh) terlebih dahulu. Bagi yang tidak mengenal diri, bagaimana untuk menzahir dan menghadirkan roh untuk bersaksi (berjanji). Bagi sesiapa yang tidak dapat menghadir dan menzahirkan roh, siapakah lagi yang layak untuk menyampai dan mengucapan kalimah syahadah kita kepada Allah?

Anggota zahir seumpama bibir mulut, hanya selaku pemerhati atau selaku menyaksikannya sahaja, tidak lebih dari itu. Diri kita yang zahir ini hanya selaku tukang sebut sahaja, seumpama kuli angkat barang. Selaku kuli, tugas kita hanyalah angkat, angkut dan pikul barang, manakala yang menerima barang itu, adalah majikan kita (roh), selaku tuan yang empunya barang, kita selaku kuli hanya dapat penat dan dapat pandang sahaja, tanpa dapat rasa sedikit pun dari barang yang kita angkut. Inilah nasib kuli dan nasib orang yang kena suruh.

Apalah yang ada pada kita, selaku hamba abdi yang fakir lagi daif untuk menjadi saksi lafaz kalimah Allah Yang Maha Tinggi. Cuba kita gerak-gerakkan bibir orang yang sudah mati, anggota orang mati itu, boleh bergerak bila ianya digerakkan, sebegitu jugalah taraf dan kedudukan diri kita selaku seorang hamba Allah, selaku abdi dan selaku kuli yang fakir. Sudah tentu tidak layak menjadi saksi dan bersaksi dengan Allah, dalam melafazkan kalimah syahadah.

Yang melafazkan ucapan kalimah syahadah itu, adalah diri rohani (roh) yang berkedudukan tinggi dan bukannya lafaz dari sifat anggota diri jasmani yang berkedudukan rendah lagi kotor, apa lagi dari seorang diri yang tidak kenal diri dan mengenal Allah. Diri jasmani tidak ubah seumpama diri orang mati, yang tidak berkuasa melafazkan kalimah Allah Yang Maha Tinggi, yang akan menyambut kalimah itu nantinya, adalah dari kalangan yang tinggi-tinggi kedudukannya. Apabila yang menyambutnya berkedudukan tinggi, semestinya yang melafazkannya juga, seharusnya dari kalangan yang berkedudukan tinggi juga. Rohani (roh) kitalah sebenarnya yang melafazkan kalimah syahadah Yang Maha Tinggi itu.

Kalimah syahadah yang kita lafazkan itu, bukan sekadar main-main atau bukan sekadar lafazan dari seekor burung tiung atau dari bibir mulut seorang yang hanya tahu menyebut sahaja. Apabila kedudukan yang melafaz itu berada pada kedudukan tinggi, barulah yang berkedudukan tinggi juga akan menyambutnya, yang menyambut syahadah kita itu adalah Allah sendiri.

Setiap kali syahadah yang disebut, setiap kali itu juga bergegarnya tiang arash. Seandainya tiang arash Allah yang menjadi pasak bumi boleh bergegar bila mengucapkan kalimah syahadah, inikan pula hati kita yang lembut. Sudah tentu gegaran, getaran serta sentuhan lafaz kalimah syahadah itu, teramat hebat menerjah ke dinding hati.

Tidak ada yang dapat mengegarkan tiang arash Allah, melainkan kalimah syahadah. Letupan gunung berapi dan laungan malaikat Israfil semasa meniup trompet sangka kala di hari kiamat, tidak sediki tpun dapat mengegarkan tiang arash, melainkan hanya kalimah syahadah dari hamba-hambaNya yang mengenal Allah. Begitulah besar, tinggi, hebat serta dahsyatnya ucapan kalimah syahadah itu, bila ianya dilafaz dengan pengetahuan ilmu mengenal Allah, sehingga ianya dapat mengegar dan mengoncang pintu hati dengan rasa yang amat hebat dan dahsyat. Kalimah syahadah yang keluar dari peti suara kita, janganlah sama dengan suara yang keluar dari peti radio kaset atau dari peti suara seekor burung tiung. Untuk membezakan lafaz kita itu, berbeza dengan lafaz kanak-kanak yang belum akil baligh atau lafaz burung tiung, kita hendaklah mengenal diri (roh) dan mengenal Allah. Barulah lafaz kita itu, benar-benar lafaz kalimah syahadah yang sebenar-benarnya berbeza dari mereka yang tidak mengenal Allah. Barulah lafaz syahadah kita itu ada saksi, bersaksi dan ada yang menyaksikannya.

Kalimah syahadahlah yang menentu dan membezakan apakah kita itu, benar-benar seorang Islam atau tidak. Apabila benar dalam bersyahadah, maka akan benarlah dalam sembahyang dan benarlah juga menjadi seorang Islam muslim yang beriman.

Yang bersyahadah, yang berjanji dan yang bersaksi itu adalah roh. Yang menjadi saksi dan yang menerima penyaksian kita itu, adalah Allah sendiri, tanpa ada makhluk perantaraan. Manakala anggota tubuh dan makhluk sekalian alam ini, hanya bertindak selaku pemerhati dan selaku menyaksikannya sahaja. Ingat itu.

Sungguhpun begitu, tuan-tuan harus ingat, pengajian ilmu syahadah belum tamat dan belum putus di sini. Tangga pengajian sebagaimana saya nyatakan di atas dan sebagaimana saya nyatakan dalam kitab pertama (mengenal makrifat atau mengenal Allah) itu, belum tamat dan belum putus. Pengajian dalam kitab pertama atau pengajian ilmu syahadah sebagaimana saya hujahkan di atas, itu adalah pengajian ilmu bagi mereka-mereka yang duduk pada anak tangga syariat atau tangga tarekat. Penerangan ilmu pada peringkat itu, hanya baru berlegar dalam lingkungan ilmu feqah. Saya belum sentuh lagi syahadah dalam bentuk ilmu hakikat dan makrifat. Manakala dalam kitab ketiga ini, akan saya nyatakan syahadah yang lebih tinggi, menurut saluran, menurut sudut pandang atau menurut kefahaman ilmu hakikat dan makrifat.

Pertanyaan: Bagaimana hakikat syahadah menurut sudut pandang ilmu makrifat?

Jawapan: Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Lafaz syahadah yang sebenar mengikut sudut pandang ilmu hakikat itu, bukan lagi terletak pada saksi, dipersaksi atau menyaksi lagi. Sebutan bersaksi, saksi dan meyaksikan itu, adalah syahadah yang berada pada anak tangga ilmu syariat iaitu sebutan atau lafazan yang terbit, yang keluar dan yang terzahir di bibir mulut itu, adalah sekadar bunyi yang keluar dari suara halkum. Syahadah di peringkat ilmu syariat itu adalah lafaz syahadah yang keluar bertujuan untuk meletakkan suara menjadi saksi. Sedangkan suara tidak boleh menjadi saksi. Kebanyakkan kita, secara tidak sedar dan secara tidak sengaja, telah meletakkan suara bagi menjadi saksi, bersaksi dan meyaksikan dalam bersyahadah.

Soalan: Bagaimana syahadah makam (tangga) orang feqah (syariat) atau syahadah orang  awam?

Jawapan: Orang syariat menyebut kalimah syahadah “Aku bersaksi atau aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah”. Pada peringkat permulaan (peringkat syariat), sebagaimana dinyatakan di dalam kitab pertama (Kitab Mengenal Makrifat), pengarang telah meletakkan adanya perkara bersaksi, saksi dan menyaksikan iaitu roh itu bersaksi, Allah itu saksi dan tubuh badan sebagai menyaksi.

Soalan: Bagaimana syahadah makam (tangga) orang tarekat?

Jawapan: Adapun syahadah peringkat orang hakikat bila mana melafaz perkataan syahadah itu, adalah lafazan yang disertai dengan “mengetahui”. Bukan syahadah yang berpaksi kepada ikrar mulut, bukan berpaksi kepada bersaksi, bukan berpaksi kepada menyaksi dan tidak berpaksi kepada disaksikan, tetapi berpaksi kepada mengetahui.

Bila mana tingkatan ilmu sudah sampai kepada tangga hakikat, sudah tentu lafaz syahadah kita memberi pengertian yang lebih tinggi, berbanding tahap syariat. Orang syariat berpaksi kepada “suara atau bunyi”, manakala orang tarekat melafaz kalimah syahadah pula, adalah berpaksi kepada “mengetahui”, aku mengetahui bahawa Allah itu, adalah Allah”.

Soalan: Bagaimana syahadah makam (tangga) orang hakikat dan makrifat?

Tidak perlu kepada bersaksi, saksi dan tidak perlu lagi kepada penyaksian. Tidak perlu lagi kepada apa-apa. Tidak perlu kepada perkara suara dan tidak perlu kepada perkara mengetahui. Syahadah makam orang hakikat dan orang makrifat itu, bukan lagi berhajat kepada niat “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan lain selain Allah” tetapi lebih berhajat kepada “Aku mengetahui bahawa Allah itu, adalah Allah”.

Orang hakikat atau orang makrifat itu, makam syahadahnya bukan lagi duduk pada sebutan mulut atau niat hati tetapi duduk kepada daripada Allah kepada Allah sendiri. Syahadah mereka-mereka yang mengenal Allah itu, adalah syahadah yang disertai dengan perkara “rasa”. Mereka-mereka yang mengenal Allah (makrifatullah) itu, tidak lagi perlu saksi, bersaksi atau menyaksi lagi. Bagi mereka-mereka yang sudah tamat dan sudah khatam dalam bidang ilmu makrifat itu, tidak ada lagi berdalil dengan mulut, suara, saksi, bersaksi atau menyaksikan.

Cukuplah Allah itu, adalah Allah. Allah bagi orang makrifat itu, teramat jelas, terang dan teramat nyata, yang tidak perlu lagi berdalil dengan yang lain selain Allah. Apa yang hendak saksi menyaksikan lagi, bukankah Allah itu nyata. Setelah nyatanya Allah itu senyata-nyatanya, apakah masih memerlukan kepada saksi dan yang memerlukan kepada penyaksian  lain?

Mereka-mereka yang belum nyata Allah sahaja, yang masih lagi nak diadakan dalil-dalil lain, yang masih nak disaksi atau yang terpaksa dibenar, terpaksa disah atau terpaksa diiyakan oleh orang lain. Apakah tidak cukup Allah yang membenarkan ucapan kita? Terjemahan sebenar kalimah “La ilaha ilallah” itu, adalah bermaksud “Aku mengetahui tiada lain melainkan hanya Allah”. Jika tidak kita faham dan tidak kita ketahui makna di sebalik maksud, seberapa banyak sekalipun kita menyebut perkataan bersaksi atau  kita menyebut perkataan naik saksi, tidak bermakna kita sudah bersyahadah. Lafaz syahadah kita itu, hanyalah sekadar lafaz di bibir yang berangan-angan atau khayalan akal semata-mata.

Lafaz syahadah dalam keadaan tidak mengetahui, adalah lafaz yang tidak terlafaz atau ucap yang tidak terucap. Syahadah dari bibir mereka-mereka yang dalam berkeadaan hilang ingatan, hilang akal, khayal atau dalam berkeadaan mabuk. Lafaz syahadah dari bibir orang  yang “tidak megetahui” itu, seumpama garam yang tiada masin. Lafaz yang tidak diterima Allah SWT.

Maksud atau makna perkataan “mengetahui” itu adalah merujuk kepada “mengenal”. Sekiranya kita tidak mengenal Allah SWT, apa kesaksian yang hendak kita persaksikan atau yang hendak kita persembahkan kepada Allah SWT? Cuba anda jawab pertanyaan saya?

Setiap yang bersaksi, hendaklah terlebih dahulu mengenal antara satu sama lain. Sepatutnya yang bersaksi itu, mengenal dengan yang menyaksikannya. Sekiranya saksi tidak kenal kepada yang menyaksikan dan yang menyaksikan pula tidak mengenal kepada yang bersaksi, apakah ertinya bersyahadah? Di antara mereka saling tidak kenal-mengenal di antara satu sama lain, apa yang hendak kita persaksikan?

Kefahaman Mengenai Peyaksian Atau Kesaksian Semasa Bersyahadah Mengikut Suluhan Ilmu Makrifat

Bagi mereka-mereka yang sudah mengenal diri dan mengenal Allah, tidak ada lagi perkara saksi, perkara bersaksi atau perkara menyaksi.

Diri kita adalah sifat yang bersifat dengan sifat lebur, sifat binasa dan sifat tidak ada. Bila mana segalanya sudah lebur, sudah binasa dan sudah fana, apakah lagi yang tersisa atau terbaki pada kita? Setelah tidak ada lagi yang tersisa, tidak ada yang berbaki dan tidak ada yang tertinggal, apa lagi dan siapa lagi yang hendak menyaksi atau bersaksi?

Sebagai makhluk, kita adalah bersifat dengan sifat binasa. Setelah binasa segala sifat makhluk, mana adanya lagi kita? Setelah diri kita semuanya tidak ada, siapa lagi yang hendak menyaksi dan siapa lagi yang hendak bersaksi? Cuba jawab?

Setelah kita tidak ada dan setelah sifat kita binasa, siapa lagi yang hendak menjadi saksi? Seandainya tidak ada saksi, mana mungkin untuk menyaksikan kesaksian. Saksi itu roh dan yang bersaksi itu tubuh badan (bibir mulut), manakala yang menyaksikan kesaksian kita itu, adalah Allah SWT. Setelah roh dan setelah segala anggota tubuh badan kita telah selamat kita kembalikan ke pangkuan Allah (mati sebelum mati), apa lagi yang hendak Allah tagih dari kita dan apa lagi yang hendak Allah tuntut atas kita?

Cuba jawab pertanyaan saya, setelah segalanya (jiwa dan raga) telah tidak ada (semua telah kembali menjadi milik Allah). Apakah lagi yang hendak Allah tuntut?

Seandainya sifat tubuh badan dan roh kita binasa, ke mana lagi hendak kita hadapkan penyaksian kita? Itulah makanya bagi mereka yang sudah sampai kepada tahap makrifat, tidak ada lagi yang menjadi saksi, tidak ada lagi yang bersaksi dan tidak ada lagi yang menyaksi.

Melainkan yang ditilik itu, adalah juga yang menilik, yang dilihat itu, adalah yang yang melihat, yang dipanggil itu, adalah juga yang memanggil dan yang menyembah itu adalah juga yang disembah.

Seumpama sifat garam sudah kembali pulang ke dalam sifat masin. Tidak ada lagi sifat garam melainkan segala-galanya masin belaka. Setelah segala-galanya masin, maka hilanglah ketulan garam dan leburlah sifat garam ke dalam masin. Setelah hilangnya garam dan setelah segalanya masin, siapa lagi yang hendak menyaksi siapa? Cuba jawab?

Inilah yang dikatakan tangga atau martabat pelajaran ilmu makrifat. Bicara ilmu makrifat ini, nampaknya seperti kasar, biadab atau bahasa yang tidak bersopan, tetapi inilah kenyataan dan inilah sebenarnya ilmu makrifat dan inilah cara kita bersyahadah yang sebenar-benar syahadah. Selagi tidak binasa, tidaklah ia bersyahadah, melainkan sekadar angan-angan atau melainkan hanya sekadar hayalan atau mainan akal atau dalam bahasa orang sekarang menyebut dengan perkataan “syok sendiri”.

Bersaksi itu bila mana ada dua sifat wujud iaitu bila mana wujud aku dan wujud Dia. Setelah wujud diri yang bersifat majazi itu lebur, mana ada lagi wujud yang lain selain wujud hakiki iaitu Allah SWT. Maka yang lain akan dengan sendirinya menjadi lebur musnah, bila mana penglihatan mata hati terpandang akan wujudnya Allah SWT.

Erti wujud itu bermaksud ada. Sifat ada itu, adalah hanya bagi Allah SWT. Makhluk itu, adalah bersifat dengan sifat binasa. Setelah makhluk bersifat binasa, mana ada lagi wujudnya makhluk. Setelah tidak wujudnya makhluk, di situlah baru timbulnya sebenar-benar yang dikatakan Allah SWT itu wujud dengan sendiri. Tidak berkongsi wujud Allah SWT itu dengan wujud yang lain selain dari Dia.

Bila mana sampainya kita kepada tahap itu, barulah boleh dikatakan bahawa saksi itu Dia, yang bersaksi itu Dia dan yang menyaksikan pun Dia. Dialah seDia-Dianya. Allahlah seAllah-Allahnya Allah. Tidak adalah yang wujud, yang ujud dan yang maujud di alam ini, selain Allah. Allah itulah Allah, Allah, Allah.

Inilah syahadah yang sebenar-benar syahadah, pengakuan yang sebenar-benar pengakuan dan tauhid yang sebenar-benar tauhid. Pengakuan yang bukan sahaja putus setakat di bibir mulut, tetapi pengakuan yang berserta dengan tasdik hati yang ikhlas, jujur dan benar. Yang boleh dikatakan tasdik hati (pengakuan hati) yang ikhlas, benar dan jujur itu adalah setelah kita campakkan garam ke dalam sifat masin. Campakkan diri ke dalam lautan fana dan baqa Allah.

Apa Makna Dan Apa Gunanya Kita Naik Saksi, Jikalau Tidak Mengenal Siapa Saksi Dan Siapa Yang Menyaksi? (Apa guna bersaksi, jika tidak mengenal Allah)

Sekiranya anda masih tidak faham apa itu maksud saksi dan apa itu maksud yang menyaksi, mari ikut saya. Saya bawa anda masuk sekejap ke dalam mahkamah. Saya mahu anda menjadi seorang saksi dalam satu kes rompakan bersenjata yang mendatangkan kematian. Secara kebetulan, anda melihat dan menyaksikan rompakan tersebut dengan mata kepala sendiri. Sebagai saksi, tuan hakim meminta anda mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan.

Hakim mengumpulkan beberapa orang suspek untuk anda kenal pasti, yang mana satukah perompak yang benar-benar melakukan rompakan tersebut. Cuba tuan-tuan jawab soalan saya, bagaimana sekiranya anda tidak dapat cam atau tidak dapat untuk mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan tersebut, bolehkah anda disebut atau dipanggil sebagai seorang saksi? Sebagai seorang saksi itu, hendaklah mengenal orang yang disaksikannya.

Begitu juga halnya dalam soal kita berkalimah syahadah. Kita mengaku untuk naik saksi bahawasanya tidak ada Allah lain selain Allah. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, bila masanya anda mengenali Allah SWT? Bila masanya anda pernah melihat Allah SWT? Sekiranya anda belum pernah melihat Allah dan belum pun pernah mengenal Allah, bagaimana anda hendak menjadikan diri anda itu sebagai seorang saksi, sekiranya anda sendiri belum pernah menyaksikannya.

Seorang saksi yang belum pernah dipersaksikan (belum pernah diperlihatkan), mana mungkin dapat menjadi saksi bagi menyaksikan suatu kesaksian? Cuba jawab, cuba jawab dan cuba jawab dengan hati yang jujur? Boleh atau tidak? Jika jawapannya memihak kepada tidak, bagaimana kesaksian anda terhadap kalimah syahadah yang anda sendiri sebut dan yang anda sendiri lafazkan? Tidakkah itu satu pembohongan atau satu penipuan? Anda adalah seorang makhluk pendusta.

Dusta pada Allah SWT, dusta pada pandangan masyarakat dan dusta juga kepada diri sendiri. Apakah ertinya tuan-tuan dan puan-puan sebagai hamba Allah SWT yang berpaksi kepada kalimah syahadah? Cuba jawab kepada diri sendiri.

Kefahaman Syahadah Itu, Bukan Mengikut Sebagaimana Kefahaman Akal!

Maksud atau makna mengenal itu pula, adalah merujuk kepada kefahaman Allah SWT, bukan datangnya dari kefahaman atau pengertian khayalan akal atau angan-angan. Setelah mengenal Allah SWT, barulah terbitnya perkataan sebutan bibir yang disertai dengan perkara “rasa”. Perkataan rasa itulah maksud mengetahui. Lafaz dengan mengetahui itulah baru sah melafazkan kalimah syahadah.

Mari kita sama-sama melafazkan dua kalimah syahadah dengan mengetahui Allah SWT, bukannya dengan pengetahuan kita. Untuk melafaz sambil mengetahui Allah SWT, terlebih dahulu harus kita faham apa itu pengertian perkataan “Aku”.

Bila mana menyebut perkataan “Aku”, rujuklah kepada Allah SWT. Perkataan “Aku” di situ, bukannya merujuk kepada diri kita. Diri kita bersifat tidak mengetahui. Hanya Allah SWT sahaja yang bersifat tahu dan mengetahui. Bila mana menyebut perkataan “Aku mengetahui”, rujuklah bahawasanya yang mengetahui itu, adalah sifat Allah SWT. Allah itu, tiada lain selain Allah. Aku itu, adalah Aku. Allah itu, adalah Allah.

Selagi kita mengaku bahawa kita yang mengetahui dan kita yang tahu, berertinya kita belum lagi bersyahadah. Perkataan “Aku mengetahui” itu, adalah merujuk kepada Allah SWT Yang Mengetahui itu hanya Allah SWT. Bila mana kita melafaz, tasdiklah di dalam hati dan ingatlah dengan perasaan akal yang lemah itu, bahawasanya yang boleh mengetahui akan syahadah kita itu hanya Allah SWT. Yang mengerti dan yang faham akan syahadah kita itu, hanya Allah SWT. Setelah kita faham maksud mengetahui Allah SWT, barulah boleh kita tambah dengan perkataan aku bersaksi atau aku naik saksi. Sesudah kita faham akan duduknya makna yang tersirat itu, sebutlah apa sahaja perkataan yang terlafaz oleh bibir, ia tidak lagi memberi bekas kerana yang memberi  bekas itu, adalah hanya Allah SWT.

Cakaplah apa pun yang kita sanggup cakap, ianya tidak sedikit pun memberi bekas kepada Allah SWT, kerana yang terlafaz, terucap dan terluah dari bibir itu, adalah dengan mengetahui Allah (dalam ilmu Allah).

Orang yang dalam berkeadaan tidak mengetahui itu, adalah sama dengan orang yang dalam berkeadaan mabuk, lalai, hilang akal atau hilang ingatan. Tidak tahu dari apa yang dilafaz atau tidak tahu dari apa yang diperkatakan. Sekadar sedap mulut untuk berkata. Sekiranya sekadar sedap mulut, budak kecil atau kaset pun boleh mengucapkan sebagaimana lafaz bibir mulut tuan-tuan.

Apakah itu yang dimaksud atau yang ditakrifkan oleh syarak? Mengucap sekadar lepas dari bibir, apakah itu yang disarankan oleh agama kita? Cuba jawab pertanyaan saya? Jika tidak betul dari apa yang saya sangkakan, cuba anda ceritakan bagaimana lafaz syahadah yang sebenar? Cuba anda jelaskan, apa yang hendak dinafi dan apa yang hendak diisbatkan.

117 Replies to “Siapa Saksi Dan Siapa Yang Menyaksikan Syahadah Kita?”

  1. Terima kasih Tn Guru…

    Allah adalah Allah. Tiada kata-kata dan lafaz yang dapat menyatakan Allah.
    Pandang makhluk untuk menyatakan Allah. Wujud Allah bila melihat pada Tiada.

    Lafaz syahadah syariat adalah untuk yang kembali semula ke agama fitrah, bila menyatakan tiada Tuhan melainkan Allah.

    Kefahaman salik ini syahadah adalah menyatakan Allah… Allah itu Allah.

    Cuma mohon pencerahan dari Tuan Guru, Penyaksian Muhammad pula bagaimana.
    Pemahaman saya adalah Muhammad itu menyatakan Roh.

    Kalau tersasar mohon Tn Guru luruskan.

    Like

  2. salam tok guru, saya dah tak tahu nak cakap apa lagi. I am CORNERED, pusing 360 darjah, tonggang terbalik, upside down, masuk lubang keluar lubang, segala nya ALLAH. (betul tak Tuan kalau syahadah sebegini rupa – TIADA MELAINKAN ALLAH)……saya nak saksikan apa lagi tok guru – DIA DAH, DIA BELAKA…….maaf tok guru bergurau senda membawa bahagia…..warna warni kehidupan sementara . YANG KEKAL ITU SEBENARNYA KEHIDUPAN BERMUA….

    Like

  3. Assalammualaikum…
    Benarlah apa yang diterangkan oleh tuan haji itu… Sesungguhnya nafi dan isbat itu tidaklah dapat dipisahkan sepertimana garam dan masin, gula dan manis dan sebagainya. Apa yang faham… NAFI itu adalah kita nafikan hak makhluk. Bukan nafi makhluk. Kalau kita nafi makhluk nak NYATA ALLAH dimana? ISBAT pula adalah BENARKAN hak ALLAH kerana apa yang terjadi dan berlaku itu adalah milik ALLAH…. Syahadah itu sendiri pun terkandung NAFI & ISBAT. Jadinya benarlah TIADA YANG LAIN MELAINKAN ALLAH. Dan sesungguhnya Nyatalah Allah itu. Mohon dibetulkan sekiranya tersalah…

    Like

    1. Ananda, bilamana kita menafi, kita tidak boleh menafikan separuh-separuh!. Tulisan dan kenyataan ananda itu, memang sudah betul, tetapi bilamana sampai kepada ayat (NAFI itu adalah kita nafikan hak makhluk. Bukan nafi makhluk), kenyataan ananda itu, seolah-olah ananda telah menafikan sebahagian dan meninggalkan sebahagaian. Sekiranya ananda manfikan “hak makhluk” dan tidak pada sifat makhluk, bererti makhluk itu masih wujud!. Jika sifat makhluk wujud dan Allah jugapun wujud, mana satu yang benar-benar bersifat wujud?.

      Apakah kita ini ada dua wujud?. Bilamana menafi, hendaklah menafikan segala-galanya. Nafi sampai kepada tahap diri kita sendiripun tidak wujud!. Yang bersifat wujud (ada) itu, adalah hanya Allah. Sekalipun ananda nak kata kita ini wujud, memang dibolehkan, sungguhpun ianya dibolehkan, boleh itu hanya sekadar seumpama wujud bayang. Wujud atau adanya bayang itu, tidak lain hanya bagi “menyatakan” tuan yang empunya bayang.

      Apa lagi yang ananda hendak nafi dan apa lagi yang ananda nak isbat, tidakkah diri ananda sudah mati (sudah tidak ada, lebur, karam)!. Hati-hati dalam bermakrifat, kebimbangan masih lagi ada kecenderungan untuk ananda menduakan Allah!.

      Semoga ananda guru yang saya kasihi, megambil faham. Tidak akan bercerai warna dengan kain bilamana terkoyak. Sunggguhpun sifat kain dan sifat warna itu berlainan atau berbeza, tetapi bilamana terkoyak, itu ertinya bercerai tidak berpisah tiada (sebab Esa)………………………

      Like

  4. Huraian tentang syahadah Tn Hj semuanya tidak sampai kepada pengertian makrifat.Kalimah tauhid dan kalimah rasul hendaklah diulas sebagaimana kaitan diri zahir dgn diri bathin..dan bagaimana diri zahir ini menanggung rahsia Allah.Bagaimana kalimah ini hendak dibaca bagi menyatakan penyaksian diri bathin dan hubungannya dgn diri zahir.Laa Ilaha Illa Llah itu bermakna ‘tiada yg nyata melainkan Aku’,maka apabila melafazkan Allah Akbar,ghaiblah diri didalam Aku,yakni diri yg empunya diri.Barulah nyata Allah setelah mematikan diri………sekadar pencerahan.

    Like

    1. Kali ini, kenyataan tuan itu, didapati ada isi dan bernas, tidak sebagaimana kenyataan yang lepas-lepas.Cuma sedikit kebimbangan tentang perkataan terjemahan tuan dalam menterjemah kalimah syahadah “Laa Ilaha Illa Llah”. Tuan telah menterjemah bermakna “Laa Ilaha Illa Llah”(tiada yg nyata melainkan Aku). Kebimbangan orang yang tidak faham makrifat, mengaku Allah.

      Sedangkan terjemahan tuan itu benar kiranya kita mentafsir perkataan aku itu, aku yang membawa erti diri Allah, bukan aku yang mentafsirkan diri kita. Aku dalam erti kata diri Allah, itu benar. manakala jika kita tafsir aku bererti diri kita sebagai Allah, itu tidak benar. Terima kasih diatas kenyataan tuan itu.

      Diatas tuduhan tuan terhadap saya, yang mengatakan semua huraian yang saya huraikan itu, adalah didapati tidak sampai kepada tahap makrifat (Huraian tentang syahadah Tn Hj semuanya tidak sampai kepada pengertian makrifat) itu. Memang benar, saya mengaku yang bahawasanya makrifat saya itu, tidak sebenar-benar makrifat. Makrifat saya ini adalah sekadar makrifat orang awam sahaja, makrifat yang paling rendah sahaja dan makrifat yang cuma sekadar ucapan lafasan bibir mulut yang dusta.Janganlah tuan ikuti makrifat saya, makrifat saya hanya makrifat kosong dan makrifat yang salah. Makrifat tuan, mungkin makrifat yanng lebih tingggi dari makrifat saya, itu makanya setiap karangan saya, tuan komen dan tuan cemuh habis habisan.Sehinggga tidak pernah benar dimata tuan. Sehingga saya terpaksa padam tulisan tuan dari dibaca orang umum, kebimbangnan orang yang baru nak berjinnak-jinak, akan terpengaruh dengan kenyataan tuan.

      Saya tidak kecewa bilamana tuan tuduh saya dengan bermacam-macam, kerana sememangnya saya jahil. Tapi saya bimbang pucut muda yang baru nak tumnbuh akan patah dengan ungkapan-ungkapan tuan yang berbisa. Apa-apapun itu hak tuan untuk menuduh saya, saya terima dengan hati yang terbuka, maaklumlah saya putik dua hari, yang baru nak belajar ilmu makrifat!.

      Saya dapati, rata-rata orang lain kebanyakkannya tidak menolak ilmu makrifat Tok Kenali, malahan kebanyakkannya menerima dengan baik, tetapi bilamana tiba pada tuan,saya dapati tuan menolak semua apa yang saya perkatakan. Sayapun tak tahu, apa yang kena pada tuan.

      Selama saya berkecimpong dalam penulisan blog ini, saya sudah temui 3 orang (termasuk tuan), orang yang menolak ilmu amakrifat saya. Pertama dulu blog yang bernama (ikhwan) yang kedua blog ustaz Ghazalii dan yang ketika adalah blog dari tuan sendiri. Saya baru jumpa 3 orang, diantara orang-orang yang seperti tuan yang menolak pendapat saya, sekiranya tuan rasa makrifat saya ini tidak benar dan salah, saya harap selepas ini janganlah lagi tuan baca dan janganb lagi tuan ikuti blog saya. Nanti akan lebih memesongkan akidah tuan.

      Sebagai guru makrifat, saya sedar bahawa penolakkan dan cemuhan tuan itu, adalah juga datangnya dari Allah jua. Dalam banyak-banyak orang yang menerima makrifat saya, mesti ada dua tiga orang termasuk diri tuan yang menolak ilmu makrifat saya. Saya sedar dengan sepenuh sedar bahawa yang menolak itupun juga adalah dari Allah jua.

      Jika semua orang terima dan membenarkan ucapan saya, bererti ilmu makrifat itu tidak ceria dan tidak ada warna-warna atau hilanglah seri. Dengan adanya orang-orang seperti tuan, bererti berserilah, cerialah dan bercahayalah laman blog makrifat saya. Setiap ada putih mesti ada hitam dan setiap ada baik, pasti ada buruk dan setiap yang menerima, pasti ada orangn yang menolak. Tuan adalah diantara orang yang menceriakan ruangan blog saya, terima kasih.

      Dengan kedatangan blog tuan keruangan blog saya itu, sekurang-kurangnya boleh membuatkan pengemar diluar sana membuat ukuran dan membuat perbandingan.

      Apa-apapun saya ucap tahniah diatas kupasan tuan tentang kalimah syahadah yang baik dan jitu, biarpun hari ini tuan tidak habis-habis kutuk saya, tapi yang baik tetap saya sokong. Kenyataan tuan tentang kalimah syahadah hari ini, teramat baik dan teramat benar.(Laa Ilaha Illa Llah itu bermakna ‘tiada yg nyata melainkan Aku’) Dia menyatakan diri Dia sendiri.Terima kasih.

      Sebelum saya berundur, tuan kata dalam blog terdahulu berhajat nak jumpa saya, sila tuan tinggalkan no fon dan alamat, nanti saya datang berjumpa tuan. Saya minta maaf kiranya saya meyinggong perasaan tuan, tidak berniat saya untuk meyinggong perasaan tuan, melainkan sekadar memberi pengajaran, supaya jangan diulangi lagi. Amin

      Like

  5. trm kasih atas pencerahan tuan guru yg mantap tentang syahadah yg amat penting ….saya memahami dengan izin Allah jua tentang nafi dan isbat bahawa sentiasalah kita nafikan adanya diri dan isbatkan yang ada hanya Allah…Allah…Allah….semoga penjelasan syahadah ini terus diamalkan oleh semua jamaah yg merindui penciptanya…aminn

    Like

  6. Maaf tuan, idzinkan saya mencelah. Apa yang dikemukakan oleh saudar Noor Azam itu juga yang pernah saya bertemu. Pada saya dia yang mengusulkan hujah kepada saudara Noor Azam itu menggunakan sihir, ayat jampi. Beliau itu menggunakan amalan ayat ayat untuk mendatangkan hasil akan sesuatu.

    Saya juga pernah bertemu dengan kawan saperti beliau ini yang tidak kurang juga hebat membicara tentang ilmu hakikat. Mereka mereka saperti ini percaya wajah yang seumpama mereka itu adalah tuhan mereka. Saya pernah ditanyakan soalan saperti berapa ramai maknusia didunia ini dan ada kah kedapat maknusia saperti di Amerika/Australia/Eropah dan sebagainya. Bila saya memberitahu bahawa tiada data yang tepat dapat diberikan deisebabkan setiap saat ada kematian dan juga kelahiran, terus beliau mengatakan begitulah saperti dikatakan Allah tidak terbilang, dan berada dimana sahaja. Apabila seseorang nazak, hendaklah kita rapat dan bisikkan ketelinga beliau mengatakan “aku tuhan (nama kita) ampunkan segala dosa dan kesalahan kamu”.

    Apabila hendak bersembahyang hendaklah kita lihat wajah kita dengan sejelas jelasnya terlebih dahulu, kemudian baru bertakbir. Kita hanya menyebut “All” sahaja kemudian tungkatkan lidah kelangit langit kemudian telan “llah”. Teruskan bacaan didalam hati kerana Allah tidak berhuruf dan tidak bersuara.

    Kawan saya itu menunjukkan dihadapan saya sendiri dengan mencucuh api rokok ke tangan beliau tapi sedikit pun kulitnya tidak terjejas dan tidak ada buru romanya yang terbakar. Ilmu beliau itu juga dikatakan “terbang burung terbang sangkar” dan memberitahu saya bahawa penuntutanya akan dihidupkan semula setelah mati sebanyak tujuh kali.

    Saya berkawan baik dengan beliau itu dan dapati punyai ilmu tauhid yang baik. Tapi maklumlah, saya baru saja berjinak dengan ilmu yang tuan paparkan dan punyai sebab saya kadangkalan terkeliru.

    Beliau juga mengatakan bahawa matinya yang ketujuh kali, beliau akan ditempatkan didalam satu kandil emas dengan segala apa keistimewaan. Untuk mati yang kekal, beliau akan hanya dapat membawa (member syufaa) tujuh orang termasuk kedua ibu bapa. Beliau juga adalah seorang guru makrifat dan punyai ramai murid, tidak termasuk saya sebab, walau pun berkawan baik dan telah disajikan dengan pelbagai keanihan, saya tetap tidak dapat menerimanya kerana beliau tidak bersolat, tidak berpuasa dan beliau minum arak.

    Pergh!!!! Kalau nak diceritakan tetang ilmu ini, saya kira satu hari pun tak habis. Oh ya! Beliau juga telah membuat pengakuan mengatakan beliau itu Allah. Disini saya telah mengusik beliau, iaitu, kiranya dia benar benar Allah, saya minta dia masuk kedalam botol air minuman; secara kebetulan kami sedang minum di sebuah warong. Tujuan saya kiranya benarlah beliau boleh masuk kedalam botol saya bertekad untuk menutupkanya dan buang ke laut. Beliau enggan berbuat demikian walau pun mampu berbuat demikian menurut beliau.

    Beliau telah berpindah dan kami telah terputus hubungan.

    Like

  7. Tiada nyata hanya allah ketika mengucapkan lailahaillallah di sini kita bersifat tiada yg ada allah ilaha isbat hanya nyata allah yg menyaksikan dan menjadi saksi pun allah karena diri kita sudah tidak ada mana ada kita,ruh bersaksi manakala allah yg menyaksikan dan menjadi saksi.sedangkan muhammadurrosululloh merujuk kepada syahadah rosul tubuh ini yg berbangsa muhammad tubuh ini yg menjadi penyata bagi diri yg batin.pengalaman saya yg bodoh ini ketika bersyahadah badan pun gemetar dan bangkit segala bulu ,inilah rasa.yg lain dari pada it tak dapat hamba tlis karena rasa yg sebenarx dirasakan dg rasa.

    hilangnya diri nyatalah allah.
    sudah nyata allah binasalah diri hingga tak berbekas lagi.

    mohon ampun kiranya jawban org bodoh ini tak memuaskan,karena saya tak pandai bahasa tulis ,tak pandai kata ,hanya allah yg pandai segala galanya,hanya dg bersama allah tlisan yg timbul dalam batin ini dapat timbul dg rasa allah.
    trimakash tuan guru yg di kasihi allah.

    Like

    1. salam tn guru dn smua, benar katamu rudi, tiada nyata hanyalah Allah, Muhammad itu penyata diri rahsiaMu ya Allah.

      Like

      1. Yg payah dan ramai pengamal makrifat gagal ia lah untuk mengujudkan allah dlm hati dan binasakan diri,,,,,,,ramai yg gagal,,,lagi ramai yg berangan angan,,,,,,,,,selama nama nya manusia,,akan truss gagal,,,,,,,,,innalillah,,,,,

        Like

      1. Asalamualaikum tuan, saya pacal yang hina dari johor teringin sekali mengadap tuan, bertemu pandang
        untuk mengemis ilmu untuk saya gunapakai selagi hayat di kandung badan.

        Like

  8. setiap sesuatu ade sejarah nye.sy hendak tahu bagaimana kalimah la illa ha illallah itu terjadi,bukan dari siapa kepada siapa.boleh tuan ajar kan sy,penulisan sy ni mungkin kurang baik.kiranye sy salah sy pohon maaf

    Like

  9. Banyak dari sabda Rasullullah menyatakan perlunya penyaksian. Antaranya, Nenda Rasullullah ketika hendak menghembuskan nafasnya yg terakhir ketika Rasullullah berada di sisi Nendanya, meminta supaya melafazkan Kalimah Syahadah tetapi Nendanya tidak dapat melafazkanya dgn alasan Nendanya, agama yg Nendanya anuti turun temurun telah sebati di dalam diri Nendanya. Keadaan itu telah membuatkan Rasullullah amat sedih dan Rasullullah akhirnya keluar dari kamar Nendanya. Semasa berada diluar kamar datang sahabat Rasulullah membawa berita akhirnya yg Nendanya telah meninggal dunia dan telah melafazkan Kalimah Syahadah. Rasulullah menjawab, sesungguhnya Aku tidak mendengarnya. Jadi pada pendapat saya yg sungguh cetek pengetahuan ini adakah anda merasakan yg lafaz Nenda Rasulullah tadi diterima Allah? Dan cuba tuan fikirkan yg kejadian itu dimana Rasullullah masih wujud di dunia tidak mendengar lafaz kalimah Nendanya? Bagaimana dgn kita manusia dizaman Rasullullah telah wafat? Adakah Tuan rasa Allah menyaksikan lafaz kalimah kita?

    Like

  10. syahadah itu melangkaui ilmu. Syahadah perlu ada isinya. isinya “hakikat” dibaluti oleh syariat. Selagi ilmu tidak capai hakikat, tidak sempurnalah syahadahnya………Allah jua yg maha Tahu.

    Like

    1. Katakanlah olehmu hai Muhammad, ‘Barangsiapa ingin mencariku ikutlah Engkau, sesungguhnya aku mengasihani mereka…

      On Monday, December 18, 2017, MAKRIFAT TOK KENALI wrote:

      > Mohd Isa hadhim commented: “Assalamualikum tn saya insan faqir….ingin > belajar dari tn bagaimana saya boleh hubungi tn.?” >

      Like

  11. Asalamualaikum tuan,
    Setelah saya membaca beberapa posting tentang sahadah dari beberapa blog ( seperti blog ilmu warisan tuan guru raja rizal kelayang) termasuklah blog tuan.Saya rasa ingin meninggalkan terus agama islam ini.Sebab menurut apa yang saya baca tentang sahadah ini,amal ibadah saya selama ini tidak ada makna lansung.solat,puasa,zakat dll itu semua kosong.Kenapa saya cakap seperti itu karena saya didalam bersahadah tidak sebenarnya ( bukan sahadah asli ) seperti apa yang tuan tulis dan raja rizal tulis.Bukan kah sahadah adalah pokok dasar didalam beragama?itu yang pertama,dan yang kedua kenapa ilmu sahadah yang sebenar-benarnya ini terpassword.Apakah memang begitu?
    itu sajalah tuan,mohon maaf kalau ada kata-kata saya yang kurang berkenaan dihati tuan.Asalamualaikum waroh matullah.
    oh ya lupa:nama saya Amansah bin idrus
    E-mail saya:amansah.idrus@gmail.com

    Like

  12. Aku bersaksi di hadapan Dzat-ku sendiri
    Sesungguhnya tiada tuhan selain Aku
    Aku bersaksi sesungguhnya Muhammad itu utusan-Ku
    Sesungguhnya yang disebut Allah itu badan-Ku
    Rasul itu rasa-Ku
    Muhammad itu cahaya-Ku
    Akulah yang hidup tidak terkena kematian
    Akulah yang senantiasa ingat tanpa tersentuh lupa
    Akulah yang kekal tanpa terkena perubahan di segala keadaan
    Akulah yang selalu mengawasi dan tidak ada sesuatupun yang luput dari pengawasan-Ku
    Akulah yang maha kuasa, yang bijaksana, tiada kekurangan dalam pengertian
    Byar
    Sempurna terang benderang
    Tidak terasa apa-apa
    Tidak kelihatan apa-apa
    Hanya aku yang meliputi seluruh alam
    Dengan kodrat-Ku

    Like

  13. Aslmkm tuan guru, saya hendak bertanya satu hal, apakah maksud dari ”SYAHADAT MENGEGARKAN TIANG ARASH ALLAH?” sementara tuan guru sendiri sering menulis kalau Allah itu tdk bertempat diarash, jadi macam mana nih maksudnya pening kepala membacanya???????????

    Like

  14. Penyaksian syahadah adalah keturunan nabi muhammad patah tumbuh hilang berganti ia itu hak Allah menerusi keturunannya yang terpilih(imam) jika engkau mengangkari ahli sunnah ku seperti engkau mengangkari aku aku (Muhammad) jadi manusia itu sendirilah mencarinya syahadah yang hakiki bukan syariat kunci itu lah untuk dibawa kealam Allah dan roh kita la sendiri yang akan mengenal Allah besrta imamnya itu dialam Allah sekiranya didunia kita telah ucapkan nya pada Empunya bumi ini benar kah begitu cara nya apa faham atau saya salah faham harap tuan dapat jelaskan

    Like

  15. ASALLAMUALAIKUM…… TUAN GURU, BAGAIMANA KAH KITA MENYATU DAN PERJALANKAN HALUS (ROH) KITA KESATU TEMPAT KETEMPAT LAIN DENGAN CARA MAKRIFAT

    Like

  16. السلام عليكم.
    Saya tinggal di tanjong malim, perak. Mohon bertanya. Di mana boleh saya dapatkan “talqin Syahadah”. Menerima pusaka wali dan menerima pusaka rasul? Mohon pencerahan.

    Like

  17. Salah jika saya katakan tentang penjelasan ini.

    Siapakah saksi dan siapakah yang menyaksikan di kala kita melafazkan kalimah syahadah?. Yang bersaksi (melafaz) kalimah syahadah kita itu, adalah roh, saksinya adalah Allah sendiri dan yang meyaksikannya atau selaku pemerhatinya, adalah anggota zahir dan makhluk alam seluruhnya. Oleh itu sebelum bersyahadah, kita dikehendaki menghadir dan menzahirkan wajah Allah terlebih dahulu, sebagai saksi ucapan syahadah kita. Barulah ucapan kita itu, boleh dikatakan dilafaz melalui saksi.

     Jika kita tidak dapat menghadirkan Allah sebagai saksi, siapa lagi yang hendak menjadi saksi kita?. Tidak sah sesebuah kesaksian (perjanjian), bila kita yang melafaz, kita yang menjadi hakim dan kita juga yang menjadi saksinya.

    Sedangkan didalam Al-Quran Allah menyatakan bahawa.

    Firman Allah
    Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?(An-Nisa’ Ayat 41)

    Firman Allah
    Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya.(Yunus ayat 47)

    Firman Allah
    Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Ibrahim ayat 4)

    Bukankah seorang laki-laki… bukan roh yang menjadi saksi.. orang yang Allah beri pengetahuan tentang Al kitab kemudian dia mebngajak kepada iman.

    Like

  18. Assalamu a’laikum warahmatullahi wabarokatuh

    Tuan guru ayahanda H.Shaari diri yang mati ini banyak2 terima kasih…atas ilmu yg ayahanda sampaikan, tak layak rasanya diri ini menulis dan bertanya karna semua gerak dan perkataan adalah milikny, diri minta di berikan jawaban tentang isi syahadah muhammad rasulullah yang sebenarnya….mohon ayahanda berikan jawababan, diri bertanya karna Allah, terima kasih ayahanda

    Like

  19. Yang saya tahu, Syahadat Orang Makrifat adalah Asyhadu An Laa Ilaha Illaha Illa Alloh, wa Asyhadu Anna Kudrat Pasti Rosululloh.

    Itu yang saya tahu. Kalau ada yang lain wallohu A’lam.

    Karena maqom makrifat itu sifatnya sudah Kudrat Pasti Gusti Alloh.

    Like

    1. Anandaku, janganlah bersyahadah selain dari apa yang orang ramai sebut. Kenapa nak ubah2, tidak cukupkah apa yang sedia ada. Oranng makrifat itu, adalah orang yg mengikut pandangan masyarakat ramai. Asal saja kita faham apa yang kita sebut jangan jadi spt burung tiung. amin drp hj shaari

      Like

  20. Jika sudah berugama dgn sebenar-benar ugama yg mengenal Allah , adakah msh wujud lg AKU dan aku ? atau sudah matinya/binasa diri zahir (mati sblm mati), maka yg bershahadah itu bkn lah diri aku tetapi diri AKU semata? Bagaimana nak kenal pasti semuanya sah mmg AKU bkn nya aku..

    Like

  21. Salam ta,dim kiranya tuan guru mau membimbing saya ke jaln allah, barakalllah .walaupun saya di indonesia ,tapi masih saudara se iman, kiranya tuan mengirim nasehat ke email ini trima kasih wssala alaikum wr wbrkatuh

    Like

  22. Salam Tok Guru..nak tanya…bukan Rahsia Aku/ shahadat tu duduk di sabdu alif kecil tanda didepan…Ain Zat Wajibul Wujud….ke Tok guru simpan untuk pakai sendiri…ajar ilmu memang tak habis habis..tapi kalau Tok guru tak tunjukan bendanya..banyak la yang berangan2 dalam mengenal diri…ya lah…ni kan zaman material..semua pakai duit…

    Like

  23. aku telah di ilham kan laillah hakillah muhammad darasullah fi kulilam hatin wa
    nafasin adadama wasiahu ilmulkah pada saty malam jumaat lebih 20 tahun yyg silam tetapi belum memahami di masok ke dalam embun 2 ku ?

    Like

Leave a Reply to Cikgu Izuan Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s