Best Tak Belajar Ilmu Makrifat Tok Kenali?

Sila tuan-tuan beri komen untuk menambahkan keyakinan dan untuk membakar semangat saya supaya dapat bertahan untuk terus berkarya. Sila kemukakan komen, jika tak suka, saya boleh berhenti di sini saja. Sayapun sudah letih dan penat.

 

219 Replies to “Best Tak Belajar Ilmu Makrifat Tok Kenali?”

  1. Assalamualaikum Tuan Guru dan sahabat sahabat sekalian.hari ini saya berjalan jalan di jalan tar.mencari buku nota psra utk sekolah kafa anak saya. Tiba di kedai buku Pustaka Mukmin terlihat gambar Tok Kenali dan dan kitab Hijau Merah.macam pernah ku lihat tapi di mana ya.Rupanya di sini ada menjual kitab Tok Kenali.kemudian saya susur lg hingga sampai satu lg pustaka buku bertentangan dgn gs gill.pun ada menjual juga.kepada sahabat sahabat yg shopping raya di jalan tar atau area sogo.bolehlah dapatkan kitab tersebut di situ.sekadar perkongsian.Wassalam

    Like

  2. Tn Guru, teruskan berkarya dan menulis blog dan menulis buku. Saya tak sabar nak tunggu buku Tn Guru yg ke tiga dan ke empat setelah saya khatam kedua dua buku Tn Guru. Ramai yg ternanti dan ramai yg menyokong usaha murni Tn Guru.

    Like

  3. Komen kepada:

    Md Sidek Mohamed Lam adalah
    sidek_md@yahoo.com
    183.171.167.142

    Saya tidak mengerti akan komen saudara yang mengatakan ilmu yang dicurahkan diblog ini tidak makrifat. Saya kurang pasti dari sudut mana dan apa yang saudara menilaikanya. Saudara mengharapkan amalan tarikat, sedangkan yang dibicarakan ialah makrifat. Syariat, hakikat, tarikat dan makrifat adalah sudut pandangan yang berbeza. Menghubungkan diatara roh dan Allah adalah merupakan jalan, iaitu tarikat sapertimana yang saudara ungkapkan. Tidak ada langsung sesuatu peraturan yang mengatakan guru hendaklah mentauliahkan ilmu yang dipelajari kepada murid. Dari sudut feqah sahajalah yang melakukanya saperti seorang graduan akan dikurniakan ijazah selepas tamat pengajianya.

    Jika dibincangkan segi makrifat, contoh nasi yang saudara berikan itu amat jauh tersasar. Ilmu makrifat membincangkan nasi yang sudah dimasak dengan sempurnanya iatu bersih dan suci dan sedia untuk dimakan. Perut tidak akan merasa sakit kiranya saudara tidak mencampur adukkan dengan bahan bahan yang lain yang tidak bersih.

    Saya kira TG Shaari, didalam artikelnya telah menerangkan atau memberikan pandangan bahawa tidak terdapat ilmu ini dipelajari disekolah sekolah dan university. Disebabkan itulah tidak terdapat guru guru yang bertauliah (ijazah saperti yang saudara sarankan) untuk ketengahkan ilmu ini. TG Shaari juga ada mengatakan didalam artikelnya bahawa pendapat orang feqah terlalu amat jauh berbeza dengan orang orang yang mempelajari makrifat. Justeru pelajaran ilmu makrifat terus dianggap salah. Salah kerana mereka tidak mengetahuinya.

    Tujuan blog ini diujudkan saya rasa adalah untuk menyebarkan ilmu makrifat dan memperkenalkan kepada yang tidak pernah mengetahuinya. TG Shaari juga telah mempamerkan diblog beliau dari masa kemasa akan aktiviti aktiviti yang dilakukan saperti berceramah ditempat tempat yang dipaparkan. Sekiranya ingin saudara benar benar mendapatkan tali yang kukuh untuk dipegang, saya sarankan saudara pergilah keceramah yang mana terdekat dengan saudara.

    Jika sekiranya hendah mengikut contoh mereka mereka terdahulu belajar ilmu, mereka akan sanggup berkorban untuk bertemu dengan guru. Pendekata mencari guru untuk mendapatkan ilmu dan sanggup tiggal bersama guru dan membuat kerja kerja membantu guru. Pengorbanan mencari guru belum lepas, usahlah hendak diiktirafkan ilmu yang dipaparkan tidak saperti yang saudara harapkan. Jika inginkan keberkatan yang sebenar, berjumpalah guru. Bukan ijazah yang dicari tetapi kepuasan, ketenangan yang berpunca dari satu diaria iaitu RASA.

    Like

    1. Terima kasih diatas kata nasihat tuan. semoga sahabat2 diluar sana menghargai tulisan tuan dan membuat pedoman utk terus beristikomah dalam makrifat kepada Allah!. Jangan asyik menyalahkan ilmu orang dengan kebodahan ilmu kita!. terima kasih. amin

      Like

  4. Salam Tn Guru
    Izinkan saya memberi pandangan. saya amat memahami akan perasaan Tn Guru. Sebenarnya memang perasaan kecewa tetap ada kerana makhluk tak terlepas dari rasa kecewa. Saya ingin mengambil contoh Almarhum ayahanda saya sendiri yang sudah lama mengajar ilmu makrifat ini sehingga ke akhir hayat beliau 2 tahun yang lalu. Pada mulanya ilmu ini diceritakan kepada kami anak anak sahaja. namun beliau cuba bercerita dengan kaum kerabat yang lain. Namun seperti yang Tn Guru alami. Mereka menuduh ilmu ini ilmu sesat. malah diceritakan ke seluruh kampung sehingga ayah saya dipulau oleh orang kampung. Orang masjid tidak mahu berkawan dengan beliau. Tetapi beliau tetap sabar dan istiqomah terus bercerita ilmu ini dikedai kopi di hadapan rumah. namun malangnya tiada siapa yang “menyahut” ilmu ini. Beliau tidak pernah kecewa setelah ada seorang yang menyahut ilmu. Beliau terus bersemangat hingga beliau menemui ajal di hadapan kedai kopi itu lah ketika menyeberang jalan. Tiada yang berubah selepas itu. beliau selalu berpesan kepada saya semasa hayat nya agar saya mencari ilmu ini. Puas saya cari dan akhir ketemu dengan blog ini. malah saya juga mengajak sahabat sahabat saya untuk turut mengikuti blog ini namun hampa. Saya tak kesah janji saya sendiri yang mengikut blog ini. Tn Guru teruskan menulis dan bercerita kpd kami. Biar lah mereka dengan cara mereka. Allahuakbar.

    Like

  5. Salam Tuan Guru…. jgn berhenti atau letih kerana Tuan telah merubah kehidupan saya khususnya serta org. Lain secara amnya. Tuan Guru telah memudahkan satu ilmu yg. pada syariatnya dikatakan sesat tp pd hakikatnya amat mudah utk difahami. Dimana semua segala perkara hanya satu jawapannya iaitu ALLAH. Kemuncaknya adalah tiada perkataan atau bayangan yg. dapat digambarkan melainkan rasa lazat yg x terucap. Segala semuanya dari Allah. Amin.

    Like

  6. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui,

    Dalam belajar ilmu makrifat Tok Kenali, kami diajarkan supaya “Mati Sebelum Mati”. Bila merasai mati, segala perasaan yang ada telah binasa. Diri kami hilang entah ke mana. Jika diri kami ini pun telah tiada, bagaimana mungkin untuk kami nyatakan rasa “Best” atau ” Tak Best”. Maka, tiadalah daya upaya kami untuk menjawap soalan Tuan Guru, samaada Bess atau Tak Bess belajar ilmu makrifat tok kenali. Namun, seandainya, jika orang mati ini boleh menjawap, hamba ingin menyatakan bahawa, sesungguhnya mati ini “Best” !! dan hamba hanya menjumpai mati ini, selepas belajar ilmu makrifat Tok Kenali !

    Terima kasih wahai ayahanda Tuan Guru…

    Like

  7. Belajarlah ilmu makrifat..
    Kerana itu tuntutan yang tepat..
    Jika biar tiada dilihat..
    Alahai rugi dunia akhirat..
    Tiadalah arah tiadalah kiblat..
    Tiadalah penawar tiadalah ubat..
    Pergi haji sangkaan bertaubat..
    balik kemari ,perangai makin hebat..

    Like

      1. salam tuan haji,gerak dan diam semuanya dalam ketentuan “DIA” jua.sama seperti apa yg saya nyatakan dahulu pada tuan,ramai orang nak belajar ilmu makrifat dengan berbagai cara dari guru2 yang melata di alam ni,tapi kebanyakannya berpegang pada syariat.(pegangnya tak putus)ada yang belajar cara bertatih,ada yg belajar cara berjalan, berlari dan tak kurang yang belajar main kutip2 sana sikit,sini sikit lepas tu melalak tak tentu hala.ada juga yang nak cepat sampai(konon2nya).bagi saya,tuan teruskan perjuangan tuan dan orang akan menilai sendiri dari apa yang tuan hasilkan.biarlah orang tak menilai karya tuan sekarang atau selepas tuan tiada,yang pentingnya keikhlasan kita berkarya.

        Like

  8. Salam,Tuan Hj.permasalshan ini sering berlaku kepada saya iaitu pemilihan ataupun keseronokan.ketidak puas hati sering berlaku sekiranya tidak mengikut jalannya.umpama terlajak simpang.adakah perlu berundur utk smpai kesimpang yg terlajak tadi atau teruskan utk mencari simpang dihadapan,kerana ketidak pastian simpang yang mana paling benar di mana melibatkan masa,waktu.sifat beginilah menyatakan kita ini manusia.dimana fizikal tidak dpt menguasai jln asal sekiranya empunya tidak mengizinkan.untuk terus ataupun berundur itu adalah cerita utk dapatkan kepuasan hati,redha,ikhlas maka dgn rasa- rasa yg dikecapi itulah yg akan menggerakkan kefahaman.umpama mengambil nafas yang baru utk meneruskan perjalanan.disebabkan putus asa, kesedihan,kecewa maka hadiah istimewa diberi iaitu kefahaman itulah antara syurga-syurga yang dirasai.tiada keputusan dari kita,tiada manja majaan akan tetapi ia datang dgn sendirinya.semata mata menunjukkan pemberi dan penerima,penguasa dan penghuni,yang nyata dan yg kelam, yang wujud dan tiada.semoga tuan hj dirahmati agar kami dapat menikmati atas sifat menyinari yg ada pd tuan hj.salam

    Like

    1. Jawapan kpd permasalahhan tuan itu, adalah dengan melalui ilmu. Nak masuk syurga adalah dgn ilmu, nak miliki dunia juga dengan ilmu dan nak pilih jalan makrifat juga adalah dgn ilmu.

      Jadi milikilah ilmu. Nak ilmu syariaat, hendaklah belajarlah ilmu syariaat dan jika sekiranya tuan berhajat kepada ilmu makrifat, hendaklah tuan belajar ilmu makrifat. Bukannya belajar ilmu syariaat untuk mendapat ilmu makrifat.Untuk belajar ilmu makrifat itu, hendaklah dengan ilmu makrifat, baru betul jalannya.
      Jalan yang benar itu, tidak payah mundur dan tidak payah maju mencari jalan kebelakang atau jalan kehadapan. Cukup dgn hanya menilik diri sendiri!, tuan akan jumpa jalan yg dicari tanpa perlu maju kehadapan atau mundur kebelakang.

      Tetapi untuk mendapat kesemuanya belajarlah ilmu mengenal Allah, tuan akan mendapat kesemuanya. drp hj shaari

      Like

  9. Assalamualaikum Tuan Guru,..belajar ilmu makrifat membuat kan hati saya sentiasa rasa bersalah dengan sikap perbuatan saya yang yg kadang-kadang melampaui batas yang saya sendiri sedar akan kesalahan itu..tpi gagal untuk membendungnya..ini yang menyebabkan saya sedih..dgn diri saya sendiri…ya tuan guru…bagaimanakah saya ini ya Tuan Guru..

    Like

  10. Assalamualaikum Tuan Guru.
    Belajar ilmu makrifat sedikit sebanyak memberi impak kepada saya..semenjak saya terjumpa blog tuan guru ini dan saya kerap melayari nya.cuba memahami sedikit demi sedikit apa yg tertulis..saya selalu berasa sedih bila saya bersendirian..sedih mengenangkan sikap dan perbuatan kelakuan saya yang kdang2 melampaui batas..yang kdang2 sukar saya bendung…yang kelakuan itu saya sendiri menyadarinya…apakah saya ini Tuan Guru..

    Like

  11. Syukur pd Allah SWT krn dberikn hidayahnya aamiin …. Ayahnda jgn behenti disini shj teruskn kalam yg tersembunyi rahasianya
    ..

    Like

    1. Assalamualaikum
      Truskan berkarya menyampaikan apa yg trsembunyi anaknda sentiasa menyokong ayhnda..semiga Allah merahmati ayahnda dlm dakwah makrifatullah.

      Like

      1. Lama tuan menghilang, timbul kembali kenapa dan buat orang tergantung-gantung tiada penghujung jalan sedangkan air sentiasa mengalir walaupun yang mengambilnya tanpa henti, adakah nak berkaryapun macam ulat berselindung di sebalik daun?

        Like

      2. Tidak lh kemana sya menghilang, saya masih ikut perkembangan ayahnda tuan guru, dan menilik kitab yg di perolehi dari tuan guru..

        Like

Leave a comment