Belajar Makrifat Itu, Bukan Bertujaun Untuk Jadi Allah!

Submitted on 2013/07/25 at 6:40 am

Assallamualaikum Tuan Haji, seorang sahabat ada mengatakan:-

Kalau api itu bukan panas… Cuba letak tangan atas api nak tengok benar tak tahkik ketinggian makrifat anda bahawa api itu tidak panas dan membakar.. Macam bila nabi Ibrahim a.s berada dalam api Namrud… Kiranya tajam itu bukan mendatangkan luka.. Maka ambil pisau dan kerat tangan tu… Tengok luka atau tidak…. Kalau letak tangan atas api tangan melecur dan kalau kerat tangan dengan pisau masih luka… Makanya kata-kata tadi sekadar bual bicara tidak menjadi tahkik dalam makrifah seseorang… Jauh lagi perjalanan tu…

Apabila kita menggunakan kata-kata tahkik maka tahkik jugalah dalam amal dan perbuatan dan suasananya… Inilah sebenarnya yang dikatakan ahli haqiqat… Bukan omong kosong dalam istilah semata-mata…. Sebagai contoh seorang sahabat ana pernah ditembak berkali-kali oleh guru dia dari bahagian belakang sewaktu sedang berzikir dalam jarak dekat… Dan dia tidak merasa apa-apa dan tidak tahu pun dia ditembak dari belakang… Sehinggalah apabila dia menukar bajunya kelihatan beberapa lubang tembakan dibajunya… Bukan pula dia menuntut ilmu kebal yang merupakan perkara syirik dalam amalan…. Kata-kata haqiqat biasa menjadi istilah-istilah yang digemari oleh mereka yang mencari tuhan…. Namun isi haqiqat itu ramai yang tidak merasai dan menjiwainya makanya para wali itu tahkik mereka dengan segala istilah ketuhanan dan mereka berada dalam maqam KUN FAYAKUN.

Apa pendapat dan ulasan yang boleh Tuan Haji berikan tentang kenyataan sahabat saya itu?
Sekian salam dan maaf.

Salam kepada peminat blog makrifat Tok Kenali Kelantan, diseluruh Dunia yang mengikut perkembangan blog ini. Terima kasih dari saya Hj Shaari. Pada pagi bulan Ramadhan yang mulia ini, saya amat-amat tertarik untuk menjawab pertanyaan dari sahabat blog kita yang bernama  Noor  Azam yang bertarikh 25HB July jam 6.40 pagi waktu Malaysia, sebagaimana persoalan yang saya lampirdan yang saya paparkan diatas.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat  yang dirahmati Allah sekalian. Sebelum saya mengutarakan pendapat melalui, terlebih dahulu saya ingin mengajak tuan-tuan semua supaya memberi pendapat tuan-tuan tentang persoalan diatas!. Apa kefahaman, pendapat serta apa komen tuan-tuan tentang kenyataan dari sahabat kita itu?. Ini adalah satu hujah yang baik dan komen yang membena, yang harus kita ambil perhatian oleh semua kita. Dalam makrifat kepada Allah, dalam percaya dan dalam yakin kita kepada Allah itu, kita tidak boleh hanya sekadar bercakap, sekadar bahasa atau sekadar beristilah sahaja. Kita kena ambil kata putus atau jalan yang muktamat. Jangan hanya pandai bermain cakap dibibir sahaja.

Jika sekadar nak bercakap, nak menulis dan jika sekadar nak mengarang dalam bahasa dibibir atau dalam bahasa istilah,  semua orang boleh cakap (budak sekolah menengahpun boleh). Cakap orang makrifat itu, bukan sekadar cakap dari segi bahasa mulut atau sekadar bahasa istilah. Cakap orang makrifat itu, adalah cakap yang berlandaskan diatas dasar kebenaran yang benar dan pengalaman sendiri yang tidak boleh dijual beli. Bercakap orang makrifat yang sebenar itu, adalah percakapan yang putus, tamat dan muktamat (penamat)

Sebelum saya menjawab dengan panjang lebar, apa kata kita dengar dulu komen tuan-tuan (sahabat-sahabat blog kita dulu), sila kemukan segera, saya nak tahu dan saya nak ukur setakat mana kefahaman, pegangan atau keyakinan tuan-tuan dalam ilmu makrifat selama ini.

Kepada saudara Noor Azam, saya minta tuan pergi berjumpa semula dengan orang yang melontarkan komen itu, minta dia tunjukkan kepada tuan, bagaimanakah cara atau kaedah kefahaman sebenar makrifat beliau, yang dikatakan makrifat yang sebenar itu, bagaimana, sehingga boleh sampai kepada tahap tembak tak lut dan bakar tak hangus (minta dia tunjukkan kepada tuan makrifat yang sebenar)!. Saya khuatir, saya bimbang dan saya ragu, kiranya beliau juga adalah ahli makrifat yang hanya sekadar bermain istilah atau sekadar bermain makrifat dalam bahasa bibir juga!.

Jika beliau makrifat yang benar dan tidak sekadar hanya bermain bahasa atau istilah sahaja, suruh beliau tunjukkan kehebatan kebalnya dihadapan tuan. Suruh dia tetak tangannya dihadapan tuan dan suruh dia bakar tangannya dihadapan tuan (bakar biarlah lama bukan main gerak-gerakkan mancis api ditangan sahaja). Ataupun minta tuan sendiri yang bakar atau tetak tangan beliau!.

Sebelum saya menjawab pertanyaan blog Noor Azam, saya Hj Shaari bin Hj. Mohd Yussof bin Cik Wook bin Hussin bin Syaid Husssin, minta orang yang mengemukakan komen kepada Noor Azam itu, tampil untuk mengemukakan usul beliau, bagaimanakah cara  makrifat beliau kepada Allah Taala, yang sebenar-benar makrifat, iaitu makrifat yang bukan sahaja bahasa cakap dan yang bukan sahaja bahasa istilah. Suruh beliau terangkan dan nyatakan bagaimana makrifat sebenar!. Makrifat sebenar itu, bukan supaya menjadi seperti Nabi Ibrahim, sehingga tidak hangus bila dibakar.

Adapun kefahaman Agama Islam dan ilmu makrifat yang sebenar itu, hendaklah kita befriktikod, bahawa kita tidak boleh mempercayai yang api itu boleh membakar  (panas), yang membakar atau panas itu,adalah Allah. Nasi tidak boleh mengeyangkan kita, yang mengeyangkan kita itu, adalah Allah. Penadol (ubat), tidak boleh meyembuhkan, yang menyembuhkan itu, hanya Allah. Pistol, parang atau pisau, tidak boleh melukakan kita, yang melukakan kita itu, adalah Allah. Ini pegangan Agama Islam (bukan ilmu yang kita buat sendiri, ini adalah dalil dari Al-Quraan).

Bilamana kita masuk kealam nyata iaitu alam kehidupan kita seharian sekarang ini, ternyata ayat-ayat (firman) Allah itu, meleset dan lari jauh dari benarnya!. Ternyata api boleh membakar , pisau boleh melukakan kulit kita, peluru boleh memati, ubat boleh meyembuhkan penyakit atau keris boleh menembus jasad kita. Sedangkan Al-Quraan menyarankan supaya kita beriktikod (percaya dengan sebenar-benar yakin) bahawa yang mengeyangkan itu Allah bukan nasi, yang membakarkan kita itu Allah  bukan api. Tetapi kenyataannya pada kehidupannya sekarang ini,  api itu tetap boleh membakar kita dan penadol tetap boleh meryembuhkan penyakit pening kepala kita.

Dengan kenyataan itulah makanya ramai dikalangan kita sekarang ini, ingin menjadi kebal, tak lut tembak, tak makan api bila dibakar dan sebagainya. Seolah-olah sudah nak jadi Allah dan nak jadi Tuhan!.

Jika tuan-tuan diluar sana nak tahu makrifat sebenar Tok Kenali, yang bukan bahasa dan yang bukan istilah, tunggu komen saya. Tetapi dengan syarat!, syaratnya adalah, saya mahu tuan-tuan diluar sana, menghantarkan komen tuan-tuan terlebih dahulu. Setelah tuan-tuan kirim komen tuan-tuan, baru saya jawab komen tuan-tuan dan baru saya meyampaikan ilmu makrifat sebenar yang tidak sekadar bahasa dan ilmu makrifat yang tidak sekadar  ilmu istilah!.

Kepada sahabat kita yang memberi komen kepada Noor Azam itu, saya minta sila tuan beri kenyataan makrifat tuan, yang dikatakan makrifat sebenar!. Terima kasih Noor Azam kerana mengeluarkan persoalan yang bernas itu. Apa-apapun saya minta Noor Azam, pergi berjumpa dengan orang yanng mengeluarkan komen itu, minta beliau jelaskan atau minta beliau keluarkan kenyataan beliau, bagaimana makrifat beliau yang dikatakan sebanar (yang tembak tak lut dan yang bakar tak hangus). Jika perlu suruh dia tetak tangannya sendiri dan suruh dia bakar tanngannya sendiri dihadapan tuan. Saya nak tahu hangus atau tidak! Dan maklumkan kepada saya perkembangan itu, samaada hangus atau tidak dan harap maklum kepada saya. Jangan-jangan, beliau sendiripun setakat main bahasa cakap atau hanya sekadar mempermainkan bahasa istilah cakap sahaja?. Kerana ramai orang yang megambil kesempatan atas nama ilmu makrifat untuk mencari kelebihan.

Tetapi sekiranya benar berlaku sdemikian itu, adalah suatu perkara yang tidak mustahil. Allah boleh berhendak berlaku atau berkehendak tidak berlaku.

Bagi orang yang benar-benar makrifat itu,  adalah orang-orang yang tidak takut kepada peluru pistol, tak takut dibakar api dan tidak takut jika dibunuh. Jika tuan-tuan tak percaya, sila tuan-tuan cuba betul-betul tembak!. Silakan tembak, silakan tetak dan silakan bakar dia dihadapan tuan-tuan.   Orang makrifat sebenar tidak gentar dan sedikitpun tidak takut kepada makhluk, jika tuan-tuan tak percaya silakan buat betul-betul apa yang saya perkatakan!. Saya cabar tuan-tuan sekarang (yang belajar ilmu makrifat), sila ambil api bakar diri tuan-tuan, tikam orang makrifat dan tetak orang makrifat dengan pedang atau keris tajam, (nak tahu lut, terbakar dan mati atau tidak).  Jangan main cakap sahaja!. Saya mahu dan saya minta Tuan Noor Azam bawa orang yang bercakap itu  suruh dia pula bakar dan tetak dengan parang tajam kepada orang makrifat yang bercakap makrifat itu dihadapan tuan……………………………..

Ramai yang kita dengar, orang makrifat itu, selalu mengakuk kebal, saya juga orang makrifat, tetapi terbakar bila terkena api, luka tangan bila terkena pisau dan terkoyak lutut bila terjatuh motorsikal. Orang makrifat itu, ada yang miskin, sakit dan menderita kerana dipulau, sebagaimana baginda Nabi.

Dengar cakap saya ini, wahai anak didik saya Noor Azam. Dalam kita bermakrifat itu, kita tidak sedikitpun mencari faedah, pengajian makrifat itu, kita tidak mencari faedah tetapi kita mencari kaedah. Kita belajar ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk jadi kebal, bukan bertujuan untuk jadi bakar tak hanguus dan bukan bertujuan untuk jadi tembak tak meletup. Belajar ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk teranggkat badan semasa berzikir dan belajar ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk jadi Allah (kun fayakun).

Sedang seorangn Nabi Besar Junjungan kita Muhamad Rasulullah sendiri, lagikan patah gigi dalam peperangan dan Baginda juga sakit deman dan miskin serta papa kedana macam kita juga. Baginda itu Nabi dan Rasul, apa kurangnya jika nak kepada ilmu kebal, apa kurangnya jika nak kaya dan apa kurangnya jika Baginda nak kepada ilmu kebal supaya tak lut bila dibunuh (dibunuh tak mati). Tetapi apakah itu yang menjadi tujuan Baginda Rasul? dan apakah itu tujuan tuan-tuan belajar ilmu makrifat!. Sila jawab?……………………………..

Mentang-mentang belajar ilmu makrifat, berebut-rebut nak jadi Allah dan nak jadi Tuhan!, supaya jadi KUN FAYAKUN!. Orang yang mengakuk boleh Kun Fayakun itu, adalah orang yang nak jadi dirinya itu sebagai Tuhan (Allah). Firaunpun tak berani mengaku, tapi apakah kita belajar makrifat itu, nak jadi lebih dari firaun atau nak jadi Allah dan nak mengaku Allah?.

Kita belajar makrifat itu, bukan bertujuan untuk bakar tak hangus, tembak tak lut atau zikir boleh teranggkat!. Kita belajar makrifat itu, adalah semata-mata bertujuan untuk menyatakan Allah. Menyatakan Allah itu, bilamana diri kita tidak lagi nyata. Setelah diri kita nyata, barulah Allah itu nyata!. Setelah nyatanya Allah, apakah tuan-tuan perlu lagi kepada kebal, tembak tak lut, tetak tak luka atau bakar tak hangus?. Cuba jawab……………………………………

Jika tuan-tuan masih lagi berkehendak dan masih lagi berhajat kepada kebal, tembak tak lut, tetak tak luka dan bakar tak hangus, bererti dan bermakna tuan-tuan belum lagi mengenal diri. Apa lagi untuk mengenal Allah, mengenal diripun masih lagi teramat jauh!.

Kepada sesiapa yang berhajat kepada Allah, singkir, buang dan kuburkanlah hajat untuk jadi bakar tak hangus dan tembak tak lut. Guru yang makrifat yang sebenar-benar makrifat itu, tidak akan sekali-kali menembak anak muridnya. Jika masih nak tembak muridnya, ertinya guru itu masih tidak percaya kepada Allah!. Masih nak uji, masih nak buat uji kaji dan masih nak berdalil-dalil dengan pistol, nak berdalil dengan api dan masih nak berdalil dengan keris lembing!.

Bagi pendapat saya yang bodoh ini, urusan nak luka, nak terbakar, nak jadi tak lut bilamana ditetak dengan parang tajam, itu adalah urusan Allah. Nak mati, nak hidup, nak luka, nak terbakar, nak tembak taklut, nak terbang atau nak………………………………itu semua urusan Allah, buat apa nak jadi kebal dan buat apa nak bakar tak hangus, seolah-olah kita nak jadi Allah!. Apakah tuan-tuan berhajat dan bercita-cita untuk jadi Allah?. Sifat Allah, biarlah Allah sahaja yang pegang, biarlah kita pegang sifat mati, sifat binasa, sifat  hangus, sifat luka, sifat patah gigi, sifat miskin dan yang penting sekali sifat tidak ada.

Biar sampai kepada tahap diri kita tidak ada. Bilamana diri kita tidak ada, siapakah lagi yang bersifat ada, jika tidak ada itu, adalah sifat bagi Allah Taala!.  Bilamana Allah Taala bersifa ada, kita selaku makhluk itu, adalah bersifat dengan sifat tidak ada!. Bilamana kita sudah bersifat tidak ada, apakah lagi tuan-tuan mahui kebal, tembak tak lut dan bakar tak hangus?, cuba jawab pertanyaan saya.

Bagi sesiapa yang berhajat nak mengaku Allah dan mengaku  dirinya Tuhan yang tembak tak lut, bakar tak hangus, rendam tak basas, gantung tak tinggi, tanam tak dalam, lontar tak jauh dan tetak tak luka itu, bawa berjumpa saya ,biar tangan saya yang bakar dan biar tangan saya yang tetak, nak tahu putus atau tidak dan nak tahu terbakar atau tidak?.

Ada orang yang bilamana belajar ilmu makrifat (mengenal Allah), mengaku dirinya KODIM. Bakar tak hangus dan tetak tak lut, jika benar-benar KODIM, kenapa kita masih lagi lihat mereka makan nasi dan kenapa kita lihat mereka juga masih berbini sampai 4 orang bini. Apakah Kodim itu kawin atau apakah kodim itu lapar? Cuba jawab pertanyaan saya………………………………………………………….

Mengaku Kodim, tetapi kenapa masih, kawin, masih makan nasi dan masih minum kopi di kedai mamak!. Orang yang menjadi kodim itu, sepatutnya tak perlu berbini (ini bini sampai 4, jika boleh nak sampai 9 orang bini), kenapa masih beranak (sehingga anak seperti anak tangga, ramainya) dan kenapa masih nak cari wang, tidakkahh kodim itu, kaya?. Cuba jawab pertanyyaan saya………………………………..

Oleh itu, nasihat saya kepada para pencari ilmu makrifat diluar sana dan kepada orang yang sudah mengaku makrifat itu, cukup-cukuplah dan henti-hentilah mengaku Allah (mengaku kodim) dan sudah-sudahlah mengaku tembak tak lut dan tetak tak luka. Kita belajat ilmu makrifat itu, bukan untuk nak jadi Allahh, bukan untuk nak cari faedah.

Belajar ilmu makrifat itu, adalah bertujuan untuk belajar supaya sampai kepada tahap “kita tidak lagi terlihat adanya kita. Dalam bahasa lain, belajar makrifat itu,  adalah bertujuan biar sampai kepada tahap “jangan sampai terlihat adanya diri”.

Bilamana sudah tidak ada diri, apakah tuan-tuan masih lagi berhajat kepada kebal, tembak tak lut atau bakar tak hangus?. Cuba jawab pertanyaan saya…………………………………..

Bilamana diri kita tidak ada, benarlah bahawasanya yang ada itu hanya Allah, Allah, Allah…………………………………………………………………

Menjawab pertanyaan Noor Azam, saya tidak tuju kepada seseorang, tetapi saya tuju kepada semua orang makrifat. Orang makrifat yang selalu megambil kesempatan dan yang selalu mencari faedah dari nama ilmu makrifat, hentikan dari mencari faedah melalui ilmu makrifat!. makrifat (ilmu mengenal Allah), tidak mencari faedah atau kelebihan atau keramat!.

Jangan sekali-kali mendakwa belajar ilmu makrifat itu, bertujuan boleh kebal!. Ingat itu………………………………….itu…………………….

83 Replies to “Belajar Makrifat Itu, Bukan Bertujaun Untuk Jadi Allah!”

  1. Salam Tuan Haji Sesungguhnya kita belajar ilmu mengenal diri dan mengenal allah bukan untuk mendapat semua itu , itu tidak perlu apabila kita niat mencari semua itu maka kita akan diberi allah jua , tetapi yang sebenarnya adalah mencari dan menyakini allah ada bersama kita. Apabila kita yakin allah sentiasa bersama kita nak perlu iktikad apa lagi yakinlah sepenuhnya allah ada bersama kita apabila allah bersama kita akan timbul perasaan allah melindungi kita dalam segala hal . Masalah kita sekarang ini tahu allah tetapi tidak mengenal allah dengan hati yang berserah segalanya kepada allah, Kami yang faqir tidak memerlukan kebal kami hanya perlu rahmat dari allah setiap detik yang tersisa ini .

    Like

  2. Pernah belajar dari guru-guru yang menunjukkan kebolehan yang menongkah arus sebelum ini…. Kemudian tersedar. Bukan ini yang kucari. AKU mencari DIA. Bukan kelebihan yang dicari tapi RedhaNYA.

    Like

  3. Sy nak bercerita mgenai diri sy yg sy lalui sendiri semasa melayari nukilan2 tn..
    mula2 berjinak2 dln penulisan tn,fikiran sy menjadi berat utk memahami penulisan tn..tp..sy teruskan juga pembacaan…ini kerana,penulisan tn adalah perkara baru yg sy
    tak pernah pelajari sblm ni…nak dijadikan cerita….dipinjamkan oleh ALLAH kpd sy satu perasaan tenang yg tak dapat dibayangkan serta dperlihatkan bahawa kehidupan ini tlh diatur oleh ALLAH mcm sebuah buku…perkara ini berlanjutan selama 1 minggu shj…..SAYA AMAT RINDUKAN AKAN PERASAAN ITU……

    Like

  4. Assalam Tuan guru yang di kasihi, tergelak saya membaca kenyataan Tuan Guru( sehingga anak seperti anak tangga)….kefahaman dalam mendalami ilmu makrifat adalah berlapis-lapis. Setiap manusia pelbagai lapisan ujian yang diberi oleh Allah…maka itu pelbagai pula pendapat dan hajat serta niat masing-masing dalam tujuan mendalami ilmu makrifat. Bagi saya yang jahil ini, keinginan mencari dan mendalami ilmu mengenal diri dan mengenal Allah ini di dorong sendiri oleh Allah (membuak-buak di dalam hati saya) semenjak saya berusia 7tahun…sewaktu itu tercari-cari sesuatu yang saya sendiri tidak tahu, membaca pelbagai buku-buku tasawwuf, bertanya dengan rakan-rakan yang ada sedikit ilmu ini, mereka tidak mahu langsung menerangkan kepada saya, pertanyaan saya dibiar tergantung tanpa jawapan, akhirnya pencarian dan pertanyaan selama beberapa tahun terjawab setelah Allah temukan dengan blog Tuan Guru yang sangat saya kasihi. Yang saya tahu di dalam hati saya dan segala amalan perbuatan saya hanya redha Allah sahaja yang saya harapkan…. .rasa tenang dan bahagia yang tidak pernah saya rasai sebelum ini sepanjang hayat saya.mohon tunjuk ajar Tuan Guru yang sebenar-benarnya Allah jua yang menghantar kepada saya. Wallahualam.

    Like

  5. salam sejahtera semuga guru di berkati allah.
    yg bahwasanya ilmu marifat it ilmu mengenal,mengenal dg rasa yg mana rasa sakit dari semua it adalah nikmat rasa kepada allah karena datangnya dan kembalinya pun tiada lain allah,sakit pun allah seperti bilal bin rabbah di siksa iax tetap mengatakan ahad yg tiada lain datangnya siksaan dan yg kena siksa itu datangnya dari allah.Ianya tidak ada karena yg ada hanya allah
    terima kasih,allah bersama tuan guru

    Like

  6. Asskom Saya ingin berkongsi pendapat tentang isu yang encik Noor Azam paparkan sebelum tuan guru huraikan saya terjemahkan dulu sekurang-kurang ada kelemahan yang boleh ditegur . Saya ni memang takpandai yang pandai hanya Allah kalau jawapan saya salah itu pun kehendaknya juga kalau jawapan saya betul sudah tentu dia maha segala-gala nya. Yang menaksirkan salah ada maksud disebalik huraian kesalahan tersebut tetapi kita tak tahu Cuma dia yang tahu. Nanti orang kat luar sana kata bodohnya ke Allah Taala ni,
    Sifat yang harus bagi Allah hanya satu iaitu harus Allah melakukan atau meninggalkannya. Ertiinya Allah itu harus melakukan sesuatu mengikut kehendak dan kudratNya, tidak dipengaruhi oleh sesiapapun
    mana kita nak letakan sifat harus allah taala. Tuan tuan kena paham kalau ujud putih mesti ada hitam, kuat lawan lemah, pandai lawan bodoh semua kerja dia. Dengan adanya benda itu semua baru mahluk boleh bezakan’ berbalik kepada persoalan Noor Azam Cuba letak tangan atas api nak tengok benar tak tahkik ketinggian makrifat.atau sahabat ditembak berkali-kali oleh guru dia dari bahagian belakang sewaktu sedang berzikir dalam jarak dekat… Dan dia tidak merasa apa-apa dan tidak tahu pun dia ditembak dari belakang. Semua itu adalah dalam takluk ilmu Allah sudah dirancang dari awal nanti orang syariat kata ini amalanlah, atau zikirlah. Itu semua atas kehendaknya bukan atas kita berzikir jadi tak apa-apa pun atau bertahkik jawapannya syirik. Kalau kita yakin kita tak ujud yang ujud hanya Allah terpulang kapada Allah apa dia nak buat kita sebagai hamba ikut perintahnya. Kita sebagai hamba/mahluk – awal ada permulaan dan ahkir ada kesudahan lain pula Allah awal tiada permulaan dan akhir takada kesudahan. Ingat Allah dan Muhammad bercerai tidak jadi dua dan bersatu tidak menjadi satu. Tuan tuan kena ingat niat itu tidak bersuara, berjirim berjisim, berbentuk dan berupa kan itu juga zat Allah, Allah itu sendiri takada zat, bersifat dan tak bernama pun. Ada orang kata mohamad zahir itu bayang-bayang, mohamad bathin bayang dan empunya bayang allah tidak berhuruf,,,,,,,,,, , sebenar nya awal muhammad, akhir muhamad, zahir muhammad dan bathin muhammad itu sekadar nama sahaja yang penting ilmu fikir tahu faham. Tuan haji saya nak tanya soalan bukan untuk menguji tapi untuk meneliti, Adakah Allah tahu apa yang dia tak tahu ?. maaf kalau ada perkataan yang menyingong atau tak betul terutama tok guru hj shaari yang dihormati dan orang ramai diluar sana. Buah cempedak diluar pagar.

    Like

  7. Assallamualaikum Tuan Haji. Didoakan semoga Tuan haji dalam kesihatan yang baik.
    Terima kasih kerana perihatin dengan persoalan yang saya kemukakan sehingga terlahir satu entry yang panjang lebar. Sayangnya saya hanya mengenali sahabat saya itu hanya di alam maya. Saya baru mengenali beliau melalui status dan komen di facebook beberapa hari lepas, jadi apakah perlu untuk saya nyatakan pada beliau tentang apa yang Tuan Haji komen berkaitan kenyataan beliau?

    Dengan ini juga saya memohon nasihat Tuan Haji, adakah cadangan Tuan Haji meminta saya berjumpa beliau dan membawa bersua dengan Tuan Haji satu permintaan yang serius yang perlu saya tunaikan? Saya agak bimbang akan menjadi perselisihan yang tak menguntungkan mana-mana pihak malahan hanya menganggu tumpuan kita sahaja.

    Sekian salam dan maaf

    Like

    1. Saya sekadar ingin menunjuk jalan yang benar, supaya kita jangan terpengaruh dengan perkara-perkara seumpama itu. Kita pilihlah jalan Allah, yang redo atas ketentuanNya. Mati, hidup, luka, terbakar dan sebagainya itu, adalah hak Allah, bukan hak orangn belajar makrifat!.

      Bukan belajar ilmu makrifat (mengenal Allahh) itu untuk menjadi kebal atau mencari faedah. Saya bukan nak memperlekeh atau nak cabar mencabar, sekadar memberi faham kepada ananda Noor Azam, supaya tuan tidak terpengaruh. Kita tidak bermaksud memperkecilkan kebolehan orang, yang Allah anugerahkan kepada sesiapa yang dikehendaki. tetapi apa yang cuba saya tekankan disini, kita jangan terpengaruh kepada dakyah seumpama itu, seolah-olah meletak Allah dibelakang dan meletak kepentingan ilmu makrifat dihadapan berbanding Allah.

      Tidak perlu tuan menghubungi beliau, nanti kecil hati beliau. Disitu saya cuma memberi gambaran semata-mata, yang tidak merendahkan ilmu oranng!. Kita semua adalah sekadar mencari redo Allah dan jalan yang tidak sampai kepada terlihat adanya diri. Sudah ramai saya temui orang seumpama itu. Jadi harap tuan jangan sampai terpenguaruh. Biarlah ilmu makrifat yang kita belajar ini, adalah jalan yang diredoi Allah.amin dan terima kasih ananda dari ayahdamu hj shaari

      Like

  8. Makrifat itu jalan mengenal Allah, mengesakan Allah dan menyatakan Allah.
    Allah itu menyalahi segala suatu yang baharu. Allah itu Allah Jua.

    Like

  9. Kalau itu sudah ketentuan ditembak tak mati, ditikam tak luka maka itulah yang terjadi. Siapalah kita untuk menentukan kebal atau luka. Segala urusannya. Yang aku tahu aku hanya mahu mengenalinya. Dah kenal cukuplah……… aku sudah tidak punya apa-apa. Mati matilah, hidup hiduplah selagi dia berkhendak aku hidup aku teruskan kehidupan. Ulasan tuan hj menginsafkan saya. Terima kasih tuan hj.

    Like

  10. Belajar Makrifat bukan nak jadi tuhan . Belajar Makrifatd agar dapat mebezakan antara Khalik dan makhlok .antara nafi dan isbat .antara khodim dan muhaddas . ALLAH ………itu nama . nama bagi zat , tapi zat bukan ALLAH….
    Khalik dan makhlok itu bersatu tidak berpisah tiada…………..

    Like

  11. Elok juga kalau saudara noorazam dapat jumpa orang tu. Saudara boleh test sendiri dia tu. Tak perlu pakai senapang atau api, cuba cubit atau hiris pakai pisau jilid sikit je boleh tengok luka atau tak. Kalau terbukti tak lut bawa dia jumpa tuan hj. Lepas tu boleh tengok betul ke dakwaan dia itu. Manalah tau dia ada ilmu makrifat mengalahkan syeikh Kadir Jailani. Sesekali kena tunjukkan karomah pada orang macam ni.

    Like

  12. Andaiakan saja dengan belajar ilmu makrifat seperti yang Ayahnda Tuan Haji sampaikan selama ini hingga nanti diri ini benar – benar mengenal Allah dan sampai tak sedikitpun terkhilaf dan lupa untuk selalu ” Ingat “. Cukuplah biar diri ini terpotong, terbakar bahkan terbunuh sekalipun… Hari ini,jam ini dan detik ini juga… Karena tujuan kita sebenarnya bukanlah sebuah makhkota, bukanlah sebuah pujian, bukanlah dunia, bukanlah sebuah kekebalan melainkan hanya Ridha-Mu Ya Allah melalui Ridha seorang Guru…
    Ya Allah… Hamba menangis dan selalu menangis, andaikan jika hamba belum dapat mencapai / mengenal Diri-mu… Hingga akhir hayat dan berpulang Kepada-Mu. sesungguhnya… Engkau Maha Mengetahui apa yang sudah hamba lakukan… Semoga Allah Ta’ala dan tuan guru selalu ridha apa yang telah hamba ikhtiarkan… Amin

    Like

    1. Sungguh hebat kefahaman ananda terhadap ilmu makrifat. Bilamana dilihat dari sudut tulisan Ananda, sunggguh begitu yakin bahawa ananda seorang yang faham dan yakin kepada Allah taala. terima kasih atas kefahaman yang mendalam dan jitu.amin

      Like

  13. salam….

    izinkan saya juga memberi pendapat wahai tuan guru hj.shaari…

    Wahai tuan noor azam….

    ini kata-kata al-imamu Ghazali(guru makrifat), ” klupun pendapat aku benar….tidak semestinya pendapat orang lain salah…”. jadi kebanyakkan golongan makrifat itu bukan bermain dengan kata-kata dan istilah. semua istilah yang digunakan itu adalah memberi faham cuma…..kerana ‘rasa’ yang dicapai bagi org2 yang makrifat itu tidak tergambar dengan kata-kata!! hanya yang benar merasainya sahaja dpt merasainya…tapi bilamana sdh merasai tidak semestinya dapat diterjemahkan melalui kata2. Makanya digunakan istilah2 dan perumpamaan2 bagi memahamkan orang yang belum merasainya..

    jadi…tuan noor azam ambillah nasihat tuan guru hj.shaari itu. belajar ilmu makrifat ini bukan utk meraih martabat ketuhanan…tetapi memahami hakikat ketuhanan….setelah anda benar2 faham…jalanilah hakikat diri anda yakni ubudiyyah(MUHAMMAD) dan hakikat uluhiyyah (ALLAH/RAHSIA INSAN). jadi berpesanlah kepada sahabat anda tersebut…..ilmu makrifat itu bukan bertujuan mencarik adat seumpama terbang di udara…berjalan atas air…..sekiranya ianya berlaku kepada anda berupa ma’unah(pertolongan2 kecil) dan karamah dari Allah……bagi orang2 yang benar2 makrifat, iktikadnya ialah benda itu berlaku dari allah, dengan allah dan kerana allah. sebab……………………………………..kita ini sudah mati/binasa/tiada.

    sebenarnya ramai dari kalangan kita di sini….bnyk pengalaman2 aneh….yang berlaku kpd diri masing2. tetapi bagi yang benar2 makrifat, mereka sedikitpun!! tidak kisah akan hal tersebut. kerana itu semua Allah mengurniakan kepada Dirinya sendiri sahaja. kita tidak layak memakai sifat kesempurnaannya. bukankah kita sudah binasa…..

    Mari saya kongsikan pengalaman aneh tetapi tidak menjadi kehairananpun……

    dipendekkan cerita saya nak final exam….saya memang tidak ready utk paper ni!!! sikit pun tak!!! kerna pada waktu itu…saya tgh sibuk memahamkan ilmu makrifatullah ini..jadi urusan dunia saya hanya berserah. iktikad saya dulu di loh mahfuz lagi saya sdh exam. lulus dan gagal pun dah ditentukan…saya tak kisah….klupun saya belajar, itu kehendak allah…tak belajar pun….kehendak allah juga. kerna waktu itu saya tgh ‘mabuk’ ketuhanan. TIADA YANG ADA KECUALI ALLAH…..

    Paper start kul 9 pagi…selepas solat subuh…tergerak DIRI membuka buku setebal 2 buku hj.shaari…bayangkan!! paper dlm berapa jam lagi. nak baca buku setebal itu!! tetiba………tergerak DIRI membuka satu subtopic. dan RasulKu seakan-akan memberi nasihat, bukan jgn setakat baca. hafal!!!!! jadi saya pun hafal lah……

    tuan azam ingin tahu….subtopic itulah yang benar2!!!!! keluar dlm final exam saya soalan esei!!!!………saya menjawab bukan dalam keadaan gembira!!! tetapi terketar-ketar takut!! dan menangis(zauk) rasa diri kehambaan……tidak layak menerima sedemikian. sebab saya betul2 kosong bab tu…sehinggalah pulang rumah..driving dlm keadaan nangis bersyukur……….

    jadi…………………………………………………………..perlukah saya nyatakan……………….belajar ilmu makrifat itu sehingga soalan exam keluar apa pun kita blh tau, baru benar kita makrifat?????????????????

    jawapannya….tidak perlu pun…………..hheehhehe….itulah yang tuan guru hj.shaari maksudkan…..

    jadi ini pengalamaan saya, bnyk lagi tapi tidak perlulah diceritakan semuanya utk menunjukkan kita ini benar2 makrifat….dan tidak menjadi kehairanan pun. malah utk pengetahuan noor azam…ilmuan makrifat itu paling takut sekiranya menerima maunah2 dan karamah. takut tertimbul diri ujub, riyak dan sumah…sebab mereka beriktikad diri mereka sdh binasa…jadi tidak perlu hairan pun….kerana anugerah2 itu allah mengurniakan kpd Dirinya sendiri….

    cuba tuan-tuan yang ada di sini…..cari di youtube ceramah abah syamsuri abdul majid tajuknya maa’rifatullah…dan 1 lagi videonya tajuk ma huwa islam. inilah contoh yang tuan bolh ambil, tokoh yang bukan sahaja hebat dari segi fekah malah beliau seorang yang benar2 ma’arifatullah…….dari kata2nya sahaja kita blh tau orang ini benar2 makrifat…

    utk cerita bodoh/kelakar pengalaman exam saya di atas tu juga terjawab dlm videonya ma huwa islam…bila dia berkata “cobalah kamu berserah kepada Allah….”….amin….

    sekian tuan noor azam…salam saya dari sabah….

    terima kasih tuan guru hj.shaari…..

    Like

    1. Maaf tuan, idzinkan saya mencelah. Apa yang dikemukakan oleh saudar Noor Azam itu juga yang pernah saya bertemu. Pada saya dia yang mengusulkan hujah kepada saudara Noor Azam itu menggunakan sihir, ayat jampi. Beliau itu menggunakan amalan ayat ayat untuk mendatangkan hasil akan sesuatu.

      Saya juga pernah bertemu dengan kawan saperti beliau ini yang tidak kurang juga hebat membicara tentang ilmu hakikat. Mereka mereka saperti ini percaya wajah yang seumpama mereka itu adalah tuhan mereka. Saya pernah ditanyakan soalan saperti berapa ramai maknusia didunia ini dan ada kah kedapat maknusia saperti di Amerika/Australia/Eropah dan sebagainya. Bila saya memberitahu bahawa tiada data yang tepat dapat diberikan deisebabkan setiap saat ada kematian dan juga kelahiran, terus beliau mengatakan begitulah saperti dikatakan Allah tidak terbilang, dan berada dimana sahaja. Apabila seseorang nazak, hendaklah kita rapat dan bisikkan ketelinga beliau mengatakan “aku tuhan (nama kita) ampunkan segala dosa dan kesalahan kamu”.

      Apabila hendak bersembahyang hendaklah kita lihat wajah kita dengan sejelas jelasnya terlebih dahulu, kemudian baru bertakbir. Kita hanya menyebut “All” sahaja kemudian tungkatkan lidah kelangit langit kemudian telan “llah”. Teruskan bacaan didalam hati kerana Allah tidak berhuruf dan tidak bersuara.

      Kawan saya itu menunjukkan dihadapan saya sendiri dengan mencucuh api rokok ke tangan beliau tapi sedikit pun kulitnya tidak terjejas dan tidak ada buru romanya yang terbakar. Ilmu beliau itu juga dikatakan “terbang burung terbang sangkar” dan memberitahu saya bahawa penuntutanya akan dihidupkan semula setelah mati sebanyak tujuh kali.

      Saya berkawan baik dengan beliau itu dan dapati punyai ilmu tauhid yang baik. Tapi maklumlah, saya baru saja berjinak dengan ilmu yang tuan paparkan dan punyai sebab saya kadangkalan terkeliru.

      Beliau juga mengatakan bahawa matinya yang ketujuh kali, beliau akan ditempatkan didalam satu kandil emas dengan segala apa keistimewaan. Untuk mati yang kekal, beliau akan hanya dapat membawa (member syufaa) tujuh orang termasuk kedua ibu bapa. Beliau juga adalah seorang guru makrifat dan punyai ramai murid, tidak termasuk saya sebab, walau pun berkawan baik dan telah disajikan dengan pelbagai keanihan, saya tetap tidak dapat menerimanya kerana beliau tidak bersolat, tidak berpuasa dan beliau minum arak.

      Pergh!!!! Kalau nak diceritakan tetang ilmu ini, saya kira satu hari pun tak habis. Oh ya! Beliau juga telah membuat pengakuan mengatakan beliau itu Allah. Disini saya telah mengusik beliau, iaitu, kiranya dia benar benar Allah, saya minta dia masuk kedalam botol air minuman; secara kebetulan kami sedang minum di sebuah warong. Tujuan saya kiranya benarlah beliau boleh masuk kedalam botol saya bertekad untuk menutupkanya dan buang ke laut. Beliau enggan berbuat demikian walau pun mampu berbuat demikian menurut beliau.

      Beliau telah berpindah dan kami telah terputus hubungan.

      Like

    2. Terima kasih ananda, kerana telah berkongsi pengalaman. Itulah sebenar-benar oranng makrifat, yang tidak mencari faedah atau menafaat darinya melainkan mencari kaedah menuju Allah Taala. syabas ananda, sy doakan ananda terus istikomah dan kunci.

      Like

  14. pado den…ahli hakikat itu taat…apa itu taat..siapa yang faham…maka sebenarnya semua telah taat..dan siapa yg taat sebelum taat…..jadi jika pisau dipotong memang takdir membunuh kita maka memang terbunuh la dia hatta punya ilmu kebal…kerna taat pada takdir..pada pembuat bayang….bayang2 tiada mampu utk membuat bayang……begitu jua jika pisau itu pada waktu itu menghiris kita berdarah maka itu jua takdirnya berdarah la ia..takkan ia bercanggah dgn ditakdirkan..kerna tiada gerak sesuatu zarahpun melainkan tanpa REDHONYA….terima kasih Tuan Guru Haji Shaari kerna membimbing dan mengajar…ini semua kerna TAAT…bayang2 memang taat pada pembuat bayang…

    Like

  15. As-Salam Saudara Noor Azam. Boleh saya tahu nama dan alamat hamba Allah yang tuan maksudkan itu. Jika ada blognya ataupun nombor telefonnya sekali. Makrifat jalan wali ataukah jalan nabi pembawaannya? Jika dapat tolonglah nyatakan pada blog makrifatokkenali ini. Sekian, terima kasih.

    Like

    1. Tidak payahlah kita panjang-panjangkan, itupun dari Allah jua, cuma saya sekadar memberi pendapat, agar tuan-tuan tahu menilai diantara permata dengan batu, supaya tidak tersasar jauh dalam mencari jalan makrifat!.amin

      Like

  16. Pada sya sudah terang lagi bersuluh, dari tajuk lagi sudah jelas kita belajar ilmu mengenal DIRI bkn ilmu menjadi DIRI, ALLAH suruh kenal bukan jadi,

    Like

  17. Assalamualaikum, sy amat bersetuju dengan tulisan tuan hj, namun sy masih belum faham sepenuhnya tentang ilmu makrifat ini. Saya ada satu kemusykilan, seorang sahabat yg mengaku dirinya makrifat telah mengamalkan zikir ini :”akulah sebenar-benar zat allah yg keramat di atas muka bumi ini”. Apa pandangan tuan hj tentang hal ini. Betulkan saya jika saya tersilap faham. Terima kasih.

    Like

    1. BENER, bagus jua persoalan ini…moga kita semua dan pembaca dapat berkongsi cerita…..ini semua baik kerna kita semua inginkan ketelusan…ketelusan itu jua dari DIA….

      Like

  18. Assallamualaikum Tuan Haji Shaari dan peminat-peminat blog makrifattokkenali.com. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

    Terima kasih buat sahabat-sahabat yang berkongsi pendapat tentang apa yang telah saya tanyakan kepada Tuan Haji.

    Terima kasih kepada sahabat bernama Aku yang telah menceritakan pengalaman aneh yang berlaku keatas dirinya sendiri.

    Kepada sahabat bernama mustaqim, biarlah semua itu berlalu dan tak perlu dipanjang-panjangkan sebagaimana yang disaran oleh Tuan Haji. Apa yang penting biarlah kita kekal dilandasan yang benar dan tidak tersasar dari tujuan asal belajar ilmu makrifat.

    Akhir kata terima kasih kepada Tuan Haji atas penerangan yang telah diberikan agar kami lebih tahu menilai diantara permata dengan batu, supaya tidak tersasar jauh dalam mencari jalan makrifat sebenar.

    Sekian salam dan maaf.

    Like

  19. Assalammualaikum tuan haji dan pembaca blog sekelian…

    Sesungguhnya, belajar makrifat ni biarlah ikhlas dan redha diatas ketentuannya. Segala kelebihan dan keistimewaan yang Allah kurniakan bukanlah untuk dipertontonkan atau di banding banding. Segalanya adalah dari Allah jua. Luka atau tidak luka, lut atau tidak lut dsbnya itu semua adalah kerja Dia. Janganlah dipersoalkan. Samalah seperti bagi kopi nak hilangkan mengantuk. Bagi saya bagilah apapun kalau dah mengantuk tu tidur juga. Jadinya, janganlah ada seperti perbandingan siapa bagus siapa tidak kerana ini semua akan menjerumus kepada riak. Dalam mencari dan mendalami ilmu makrifat ini, macam macam dugaan harus ditempuh. Kepada tuan haji, penerangan yang baik dan teruskan lagi usaha semoga mendapat keredhaannya. Tuan Haji tak nak datang Kuala Pilah lagi ke? Surau di Kpg Angga Bisa Gachung… Amin

    Like

  20. Salam sejahtera ini pandangan ikhlas..bila sampai makrifat tunjuan hanya 1 berserah diri,apa pun yang berlaku di masa akan datang terima seredha Nya..sama ada buruk atau pn baik orang yg duduk di makrifat ni hanya menunggu Allah gerakkan jika kata Nya tak kena peluru atau pedang tak mati itu perilakuNya dan jika sebalikNya itu juga kehendakNya.Orang makrifat dah tidak ada keinginan untuk semua perkara …orang makrifat pasti faham jika sudah makrifat.apa pun orang yg dah makrifat jiwanya lembut dan penyayang dah tak da sifat ingin bersaing sebagaimana orang yang belum makrifat.orang makrifat bukan kata berani tapi orang yang berserah pada Allah…jika Allah mahu tiada yang mustahil boleh berlaku ….kehebatan Allah beri pada manusia ni berperingkat dan mengikut tahap..ada yg doa atau dgn kun fa ya kun boleh jdi,..sekelip mata dah terbang atau jalan atas air pn boleh jalan itu jg kehendakNya tapi cara orang makrifat berbeza mereka sudah tak ingat itu semua hati mereka dah terisi dengan ingat kepada Allah dn hal hal pasal kebal kebal bukan tujuan lagi yg ada Allah..berserah bulat bulat pada KUN FA YA KUN…terserah pada mereka jika mereka bukan makrifat dan mereka tidak akan mengetahui jika mereka belum di anugerahi ….amin

    Like

  21. Salam Tuan Haji, Tok Guru Mampan dan Ariff. Izinkan saya komen sikit. Saya membesar di ESTATE. Saya selalu tengok orang HINDU menyambut THAIPUSAM. Mereka cocok badan dan lidah !!! Mereka tak rasa sakit . Tapi saya rasakan, itu adalah satu cabang ilmu sahaja. Sama juga jenis jenis silat yg orang pelajari, ada juga mereka kebal dengan mengamalkan ilmu mereka. Tak semestinya mereka MAKRIFAT pun. CUBA kita gosokkan kedua telapak tangan , kita akan rasa panas kan ??? Di dunia semuanya HUKUM ALLAH – QADA dan QADAR nya. Tetapi dengan IZIN ALLAH jua India yg cocok badan masa Thaipusam tak rasa sakit. HANDPHONE bagaimana ia berfungsi ??? sama aja dengan kita gosokkan tangan yg rasa panas. RADIO WAVES atau YG KITA PANGGIL ENERGI ada disekeliling kita, inilah kita GUNAKAN untuk mefungsikan talipon . Ini semua adalah CIPTAAN ALLAH untuk kita gunakan. Adakah ALLAH ciptakan Hand PHONE ??? Orang yg tak belajar MAKRIFAT akan katakan manusia CIPTAKAN Hand PHONE !!! Tetapi kalau kita belajar MAKRIFAT SEBENAR !! Maka kita akan katakan ALLAH yg ciptakan. Sama juga BANGUNAN BANGUNAN TINGGI, kita akan katakan manusia ciptakan tapi tidak BAGI YG BENAR2 MENGENAL ALLAH.

    Sama juga, cerita kebal. siapa yg kata kebal ??? Saya setakat ni dengar ILMU KEBAL – kebal senjata (pisau, parang, pistol , dan senapang aje). Saya tak dengar lagi orang KEBAL kalau BULLDOZER, KERETA KEBAL, EXCAVATOR, atau LORI langgar ada yg kebal ????? Jadi, ilmu manusia dengan IZIN ALLAH juga ada batasan. CUMA KALAU ADA KARAMAH yg ALLAH kepada individu tertentu, maka berkemungkinan ia nya tak mengherankan. Juga banyak cerita cerita menarik berlaku diseluruh dunia. Contohnya, seorang wanita mampu mengangkat VAN yg berat lebih kurang 2 TAN/TONs yg menghempap anaknya semasa ACCIDENT . Orang yg belajar makrifat akan kata ALLAH, tetapi tak belajar makrifat itu hanya satu dalam seribu.

    Belajar makrifat, hanya nak kenal diri dan ALLAH. Bila kita berkata diri , maka manusia ada dua DIRI – satu sangkar yg dibuat dari tanah dari adam yg satu (walau pun pengertian makrifat ADAM IS KOSONG) dan satu lagi ROH (kita belajar yg ini kerana nak tahu DIRI SEBENAR atau DIRI yg sejati ????), untuk apa kita hendak SELAIN ALLAH kerana ALLAH lah segalanya. KIta hanyalah sangkar kosong . Tanpa ALLAH sangkar kosng itu akan dihantar ke kuburan….

    MAKRIFAT itu cerita ROH…………..dan cerita ALLAH – the ONE. Manusia itu hanya karakter wayang kulit sahaja. Bila kenal ALLAH sebenar benar kenal maka cerminlah sangkar kosong itu – adakah layak untuk jadi TUHAN. Kerana ALLAH yg saya kenal bukan setakat kebal sahaja, DIA MAHA HEBAT, hebat kita semua TAK BOLEH TERFIKIR kehebatannya. kalau ALLAH itu apa sahaja yg kita fikirkan , maka dia bukan ALLAH . Bayangkan kita setitik air dilautan. Bagaimana nak kenal lautan ??? Lautan boleh kenal kita tapi kita tak kan mampu mengenal lautan. Dan lebih menyedihkan yg kata dirinya TUHAN lepas belajar makrifat nanti kawan2 akan usung kekubur when the time comes. So untuk apa ini semua. KITA CAN NEVER BE ALLAH. CUMA ALLAH BOLEH buat sewenang wenangnya. Cuba yg kata kebal tu pergi tolong orang orang Palestin berperang……boleh tak dia ????

    Apapun saya sangat Bersetuju dengan TUAN HAJI SHAARI, belajar makrifat bukan nak dapat keuntungan, cukuplah lafaz TIADA MELAINKAN ALLAH itu SEMPURNA atau SYAHADAH itu SEMPURNA supaya kita tidak syirik selama kita belum dijemput ALLAH pulang . Bila kita didunia tak kenal ALLAH, bagaimana nak jumpa ALLAH nanti???? BAGAIMANA NAK HIDUP KEKAL ???????

    Salam

    Like

  22. Salamualaikum, mohon bimbingan Tn Guru, Memang harus makrifat sampai pada tidak ada yg lain selain Alloh. Shg semua yg dilihat, didengar, di ucapkan, dirasa hanya Alloh semata. Segala2nya Alloh. Ridhlo dg apapun yg dialami, sekarang, saat ini, kondisi begini, karena Alloh juga yang mengatur. Nyatanya itu semua hanya Alloh semata. Kita sdh mati

    Like

  23. salam buat tuan guru dan rakan-rakan……rasanya tidak salah buat saudara noor azam bertanya…agar dapat memberi faham pd beliu dan juga pengkaji jalan ini…..kalau tiada pertanyaan masakan ada jawapan…setiap pertanyaan atau soalan pasti ada jawapan…..setidak-tidaknya beliau rasa lega bila ada jawapan yg bernas dari tuan guru dan juga rakan-rakan….mudahan-mudahan semua kita mendapat pengajaran.amin……..

    Like

    1. Assallamualaikum. Benar kata saudara osman 1958, Pada siapa lagi saya nak merujuk sebarang masalah kalau bukan pada Tuan Haji, Para Guru dan juga rakan-rakan sealiran. Alhamdulillah segala persoalan telah terjawab. Terima kasih.

      Like

      1. Terima kasih kepada orang Johor, krn telah meyuntik semangat baru kepada saya. Terima kasih sekali lagi semoga atas sokongan dan doa tuan-tuan, akan membuat saya bertambah semangat!.Amin

        Like

    2. Benar kata ananda itu, pertanyaan dari Tuan noor Azam itu, telah menjadi satu ilmu atau pengajaran yang baik kepada kita semua. Pertanyaan yang sebegitulah yang saya nanti-nantikan, kerana ramai diantara kita yang tersasar jauh…………………………..

      Like

  24. Kenapa harus ada persoalan sebegini?
    Adalah lebih baik kita tumpukan segala usaha dan tenaga untuk betul2 mendalami dan mengamalkan ilmu ini dari mempersoalkan soalan2 sebegini.

    Like

  25. assalamualaikum..
    alhamdulillah dgn izin allah di pertemukan kita semua dgn niat yg baik..
    rasa terpanggil untuk berkongsi..harap dgn izin penulis..sekadar berkongsi ilmu.
    tok kenali sendiri suatu masa dahulu kakinya berulat..(memang nyata ulat hidup sementara di kaki kanannya)
    saya di fahamkan guru saya kerana penyakit..tidak serius pun..(dan kakinya sembuh dgn izin allah)
    pd suatu hari,seorng muridnya membuang ulat itu dr kakinya untuk membersihkannya dr jangkitan kuman..
    tp di tegur oleh tok kenali..
    katanya..’kalu mung bue ulat tu..mati la ulat tu..ulat tu nok make gappo..letok semula..biar dio mkn.itu semua hak allah.buke hok kita..tuhan buat semuo tu come doh..’..
    munkin ada antara kita tau kisah ini..
    juga kisah2 lain kehebatan makamnya yg nyata membuktikan kekuasaan allah..
    maknanya..
    hidup mati kita dgn izin allh.hanya untuknya..tiada yg lain dr shuhud dan syahadah menuju jihad ke jalan allah.
    dia sendiri berulat kakinya..(walaupun sembuh selepas itu)
    itu fitrah..batas fitrah manusia..sesuai dgn sifatnya manusia.
    dalil naqli lg jelas dr alquran sendiri tiada yg maksum selepas rasullullah s.a.w..
    bermakna,dgn izin allah semuanya berlaku..tp andai kejadian itu berlaku di luar batas fitrah manusia..di khuatiri(nauzubillah) itu dr kuasa/ilmu/sihir/jin..(dan semua perkataan yg sama maksud dgnnya)..
    dgn izin allah itu boleh berlaku..tp itu hanya sekadar kelebihan atau sebagai ujian allah untuk hambanya.
    bersifat sementara..selagi tidak di jemput ajal.
    hanya dgn satu jln menuju makrifat..iaitu dgn ilmu..iman dan takwa.
    umpama..
    umpama meniti atas rambut dlm satu perjalanan panjang..
    salah ikatan..rambut tu terlucut..(merujuk ilmu)
    rambut tu sendiri tak kuat..boleh putus..(merujuk iman)
    rambut tu kuat jasad dan ikatannya skalipun..masih boleh jatuh kerana perjalanannya panjang..(merujuk kpd nikmat dan ujian2 allah)
    ujiannya dr semua cabang..kiri kanan atas bawah..(merujuk kepada aqidah)
    tp ingat..yg menanti dibawahnya andai jatuh..boleh rosak syahadah..boleh lalai..
    boleh lebur iman,terpaling aqidah kalau jatuh dr jln betul.
    sesungguhnya itu janji syaitan hingga sampainya hari kiamat..untuk menyesatkan umat manusia.
    jd cr la ilmu yg betul..berguru dgn ilmu yg betul..dgn niat lillahitaala..
    hanya sekadar berkongsi..
    maaf kalau terkasar bahasa..
    itu pemahaman saya..betulkan saya andai saya pemahaman saya ini menyimpang dr yg sepatutnya..
    harap ustaz sudi berkongsi..
    terima kasih

    mohamad hakimi

    Like

  26. Alhamdullilah diatas kurniaan ilmu sebenar-benar ilmu dan teramat syukur dipertemukan dgn seorang guru yg mungkin tidak akan kita temui kerana teknik penjelasan yg benar-benar ingin memberi tahu kita semua agar dapat mengenal dan menyata Allah sebenar-benar Allah…sebelum ini teramat sukar rasanya apabila terbaca dan mengenangkan seseorang yg berilmu dan telah dekat dgn Allah punyai kelebihan seperti yg banyak diceritakan …. sukar rasanya mencapai ketinggian iman sebegitu… dimanalah saya berada….. teramat jauhnya daripada Allah…. namun tanggungjawab sebagai hamba tetap diteruskan jugak…. demi untuk mencari redhanya…. Namun akhirnya pertemuan dgn Hj, blog dan buku2 tulisan Hj. telah byk memberi penerangan yg jelas bertapa Esanya Allah…. dan setelah ini barulah saya rasakan orang yg berilmu sebenar-benar berilmu adalah seperti insan biasa ….. dan Tiada Daya upaya melainkan Allah semata-mata…”Mati sebelum Mati” dan setelah melihat ketiadaan diri, barulah terbukanya rahsia-rahsia Allah yg tersembunyi….dan merasa hadirnya Allah 24 jam adalah satu anugerah yg tidak ternilai, alhamdullilah dan moga mendapat rahmat selamanya buat guru Hj. Shaari kerana usahanya yg berani dan berkeyakinan….aamin..

    Like

  27. awaluddin ma’rifatullah…awal2 agama mengenal Allah…ma’rifat ni adalah ilmu mengenal Allah supaya sedar akan hakikat ketuhanan dan kehambaan dalam bertariqat pulang kpd Allah dengan mengikuti syariat Allah…

    Like

  28. Assalamu alaikum wr wb . Ayahanda haji guru maafkanlah kalancangan ananda sekiranya nanti di pertanyaan ananda ada yang kurang bekenan,sebelumnya perkenalkan anakda heru dari kalimantan timur,berau. Mau bertanya ?anakda pernah di tanya sama orang yang katanya tau ilmu ma’rifat, pertanyaanya begini”, kalau api di nyalakan datangnya dari mana dan kalau di matikan hilangnya kemana”, yang ke dua: kenalilah dirimu sebelum engkau mengenal tuhanmu,kalau kau mengenal dirimu niscaya kau akan mengenal tuhanmu, dan yang ketiga bagaimana penjabaran ayat yang ada di surah al waqiah :85 dan Al qaaf : 16 ” dan kami lebih dekat daripadanya dari pada urat lehernya”. Moga2 ayahanda haji guru sudi memberikan pencerahan pada anakda.lebih dan kurangnya mohon di maafkan dan semoga ayahanda selalu di berikan limpahan kesehatan serta rahmat oleh Allah SWT.amin yarobbal alamin,wasAssalamu alaikum wr wb . Ayahanda haji guru maafkanlah kalancangan ananda sekiranya nanti di pertanyaan ananda ada yang kurang bekenan,sebelumnya perkenalkan anakda heru dari kalimantan timur,berau. Mau bertanya ?anakda pernah di tanya sama orang yang katanya tau ilmu ma’rifat, pertanyaanya begini”, kalau api di nyalakan datangnya dari mana dan kalau di matikan hilangnya kemana”, yang ke dua: kenalilah dirimu sebelum engkau mengenal tuhanmu,kalau kau mengenal dirimu niscaya kau akan mengenal tuhanmu, dan yang ketiga bagaimana penjabaran ayat yang ada di surah al waqiah :85 dan Al qaaf : 16 ” dan kami lebih dekat daripadanya dari pada urat lehernya”. Moga2 ayahanda haji guru sudi memberikan pencerahan pada anakda.lebih dan kurangnya mohon di maafkan dan semoga ayahanda selalu di berikan limpahan kesehatan serta rahmat oleh Allah SWT.amin yarobbal alamin,wasAssalamu alaikum wr wb . Ayahanda haji guru maafkanlah kalancangan ananda sekiranya nanti di pertanyaan ananda ada yang kurang bekenan,sebelumnya perkenalkan anakda heru dari kalimantan timur,berau. Mau bertanya ?anakda pernah di tanya sama orang yang katanya tau ilmu ma’rifat, pertanyaanya begini”, kalau api di nyalakan datangnya dari mana dan kalau di matikan hilangnya kemana”, yang ke dua: kenalilah dirimu sebelum engkau mengenal tuhanmu,kalau kau mengenal dirimu niscaya kau akan mengenal tuhanmu, dan yang ketiga bagaimana penjabaran ayat yang ada di surah al waqiah :85 dan Al qaaf : 16 ” dan kami lebih dekat daripadanya dari pada urat lehernya”. Moga2 ayahanda haji guru sudi memberikan pencerahan pada anakda.lebih dan kurangnya mohon di maafkan dan semoga ayahanda selalu di berikan limpahan kesehatan serta rahmat oleh Allah SWT.amin yarobbal alamin,wasAssalamu alaikum wr wb . Ayahanda haji guru maafkanlah kalancangan ananda sekiranya nanti di pertanyaan ananda ada yang kurang bekenan,sebelumnya perkenalkan anakda heru dari kalimantan timur,berau. Mau bertanya ?anakda pernah di tanya sama orang yang katanya tau ilmu ma’rifat, pertanyaanya begini”, kalau api di nyalakan datangnya dari mana dan kalau di matikan hilangnya kemana”, yang ke dua: kenalilah dirimu sebelum engkau mengenal tuhanmu,kalau kau mengenal dirimu niscaya kau akan mengenal tuhanmu, dan yang ketiga bagaimana penjabaran ayat yang ada di surah al waqiah :85 dan Al qaaf : 16 ” dan kami lebih dekat daripadanya dari pada urat lehernya”. Moga2 ayahanda haji guru sudi memberikan pencerahan pada anakda.lebih dan kurangnya mohon di maafkan dan semoga ayahanda selalu di berikan limpahan kesehatan serta rahmat oleh Allah SWT.amin yarobbal alamin,wassalam.

    Like

    1. Terima kasih ananda kerana sudi bertanya dengan ikhlas. Dari kata-kataitu, ayahnda tahu ananda ikhlkas dalam bertanya. Jika nak dijawab, tak terjawab melalui tulisan blog. apa kata ananda sms alamat nanti ayahnda kirim rakaman dvd. Disitu banyak membantu ananda bagi menjawab pertanyaan ananda itu. Harga dvd adalah RM 10.00 sekeping semua ada 17 keping. terpulang kepada ananda mahunya berapa keping. Terima kasih ananda drp hj shaari

      Like

      1. Assalamu alaikum wr wb.Alhamdulillah satu kesyukuran anakda kerna mungkin diantara beribu pengunjung blog anakda salah satunya yang mendapat balasan dari ayahanda guru haji, andai anakda boleh berandai – andai jadi orang kaya,mau rasnya bersua dengan ayahanda guru tok sekedar mencium tangan serta mendegar nasehat dari ayahanda,tapi apa mau dikata penghasilan pun dah pas -pasan,besar keinginan anakda memiliki buku serta vcd dari ayahanda tapi anakda masih ragu, bila harga buku serta vcd bila dirupiahkan tak sanggup anakda anakda capai.”maaf ayahanda”,anakda mau tanya bila tukar rupiah kira berapa penggantinya ? sekiranya anakda tak mampu anakda harus lebiah giat lagi cari wang, tok dapat memiliki buku tersebut, dari itu anakda mohon doa dari ayahanda haji guru moga saya di beri kesehatan dan limpahan rezki dari ALLAH SWT. Begitu pula anakda tak lupa memohon kehadirat ALLAH SWT semoga di limpahkan rahmat,di beri kesehatan,serta di panjangkan umurnya AMIN YAROBBAL ALAMIN.wassalamu alaikum wr wb.

        Like

      2. Assalamu alaikum wr wb.Alhamdulillah satu kesyukuran anakda kerna mungkin diantara beribu pengunjung blog anakda salah satunya yang mendapat balasan dari ayahanda guru haji, andai anakda boleh berandai – andai jadi orang kaya,mau rasnya bersua dengan ayahanda guru tok sekedar mencium tangan serta mendegar nasehat dari ayahanda,tapi apa mau dikata penghasilan pun dah pas -pasan,besar keinginan anakda memiliki buku serta vcd dari ayahanda tapi anakda masih ragu, bila harga buku serta vcd bila dirupiahkan tak sanggup anakda anakda capai.”maaf ayahanda”,anakda mau tanya bila tukar rupiah kira berapa penggantinya ? sekiranya anakda tak mampu anakda harus lebiah giat lagi cari wang, tok dapat memiliki buku tersebut, dari itu anakda mohon doa dari ayahanda haji guru moga saya di beri kesehatan dan limpahan rezki dari ALLAH SWT. Begitu pula anakda tak lupa memohon kehadirat ALLAH SWT semoga ayahanda haji guru di limpahkan rahmat,di beri kesehatan,serta di panjangkan umurnya AMIN YAROBBAL ALAMIN.wassalamu alaikum wr wb.

        Like

    2. Senang aja.suruh orang yang tanya tu tutup hudung dengan tangan pastu tengok boleh tahan x…ckap kat dia itulah jawapanya..tak payah nk kias2 konon.

      Like

  29. hehe.. yang tu… jawapan tok guru tu menyimpang dari apa yang dimaksud… banyak pula buruk sangkanya… bila pula kita mahu mengangkat ilmu kebal ditetak tak luka atau bakar tak hangus atau direndam dalam air tak lemas… bukankah saya telah menyebutkan dalam komen saya …” Bukan pula dia menuntut ilmu kebal yang merupakan perkara syirik dalam amalan ” dan bila mana pula kita “mengaku tuhan “…dia pun nampak kurang faham akan istilah ” kun fayakun ” yang digunakan….

    dia pula meminta anak didik dia agar menyuruh agar saya menetak atau membakar diri agar terbukti kata2 istilah yang saya gunakan adalah benar dan bukan sekadar istilah semata-mata… apakah beliau tidak faham bahawa ahli makrifah akan sesekali tidak akan mahu menunjukk2kan kelebihan mereka kiranya diberi kurnia Allah swt memiliki kelebihan tertentu.. apakah beliau tidak faham apa itu istilah riya’ dan sum’ah… apakah perkara tahkik itu mahu di test2 atau dicuba2 supaya ditetak atau dibakar agar benar orang yang mengatakan istilah tersebut sampai makrifat nya…

    ahli taichi pun kebal… sami2 shao lin ada yang hebat ilmu seni beladirinya… bahkan ahli silat pun kebanyakkannya mengamalkan ilmu kebatinan kebal, tahan api dan seumpamanya dan adakah dengan itu mereka ahli makrifah ..? kena faham hal yang mencarik adat ini ta’luqnya dimana.. pada irhas, istidraj, maunah atau pun karamah. Daripada jawapannya memperlihatkan tidak ada rasa rendah dirinya malah kemungkinan beliau rasa tercabar apabila anak muridnya cuba meminta beliau memberikan komen. mungkin anak murid dia ikhlas meminta gurunya memberikan komen yang membolehkan beliau memahami lagi komen yang saya berikan tapi sayangnya beliau tidak memberikan jawapan yang sebaik mungkin malah berburok sangka pula atas komen saya yang anak muridnya kemukakan.

    Sebenarnya apa yang saya ceritakan berkaitan sahabat saya yang ditembak tidak tembus tadi adalah beliau berada dalam maqam fana fillah yang tahkiknya beliau dengan Allah swt sehingga hilang diri dalam “merasai ” Allah swt. Ingat kesah saidina Ali dan saidina Omar yang ditikam sehingga membawa kematian mereka. Bilakah pedang yang tertusuk di tubuh mereka boleh dikeluarkan..? kesah ini sangat mahsyur yakni hanya diwaktu solat lah pedang yang tertusuk itu boleh dicabut disebabkan pada waktu itulah saidina ali dan saidina omar ” bersama ” tuhannya sehingga mereka tidak merasai akan kesakitan akibat tikaman pedang ditubuh mereka masing2..

    Mereka yang berada dalam fana fillah memang tidak merasa selain Allah swt.. Benar juga kesah Nabi s.a.w itu patah giginya dalam perang uhud tetapi patah giginya Rasul s.a.w itu bukan pula bermakna Rasul s.a.w itu bukan ahli makrifah bahkan beliaulah bapa segala ahli makrifah.. cumanya kena faham hal Rasul s.a.w itu adalah iktibar bagi diri insan.. ada ibrah yang yang menjadi contoh tauladan bagi manusia keseluruhannya. Kiranyalah di tunjukkan pada diri Rasulullah s.a.w itu kebal giginya tidak patah akan menjadii hujah pula bahawa semua manusia wajib kebal giginya tak patah2 sebab gigi Rasulullah s.a.w itu tidak patah…

    bukankah haru-biru semua ummat manusia nanti kalau gigi mereka ada yang patah maka orang akan mengatakan meraka tak ikut sunnah Rasulullah s.a.w yang tak patah giginya?… itu sebab manusia itu ada maqamnya.. maqam orang awam, maqam orang khawas dan khususul khawas… dan Rasulullah s.a.w menjadi contoh pada semua peringkat tingkatan manusia ini. Serrah ini pun kena faham betul2… mukjizat tidak sama dengan karamah.. karamah tidak sama dengan maunah.. maunah tidak sama dengan irhas… irhas tidak sama dengan istidraj… al kuli hal.. semoga kita semua diberi taufiq dan hidayat dari sisi Allah swt dalam memahami ilmu makrifat. Di doakan hj. Shaari dan anak2 muridnya diberkati dan dirahmati Allah swt. Aameen.

    Like

  30. [petikan drp keterangan tuan haji di atas]

    Belajar ilmu makrifat itu, adalah bertujuan untuk belajar supaya sampai kepada tahap “kita tidak lagi terlihat adanya kita. Dalam bahasa lain, belajar makrifat itu, adalah bertujuan biar sampai kepada tahap “jangan sampai terlihat adanya diri”.

    Terlebih dahulu maafkan saya tuan haji, mengaju sedikit persoalan yg amat mengelirukan saya. Setelah seseorang itu berjaya sampai pada tahap “kita tidak lagi terlihat adanya kita” dan sampai pada tahap “kita tidak lagi terlihat adanya diri”. Maka berada pada tahap ini, apakah seseorang itu tidak lagi merasa hendak terberak [buang air besar] setelah makan? Apakah seseorang itu tidak lagi merasa hendak terkencing setelah minum agak berlebihan? Begitu jua setelah makan minum sepuas2nya mungkin seseorang itu tidak lagi merasa mahu bersendawa dan terkentut?

    Kemudian sekiranya masih berlaku aktiviti-aktiviti seperti pertanyan saya tu terhadap seseorang yg telah berjaya sampai pada tahap tersebut, lantas mahu disandarkan pada siapa segala aktiviti dalam bentuk perbuatan yang terbit daripada seseorang yang berada pada tahap “tidak terlihat lagi adanya kita”?

    Adakah situasi ini yang dimaksudkan [La maujud illallah / tiada yg wujud melainkan Allah]? Oleh demikian pada tahap tersebut jika masih berlaku aktiviti seperti pertanyaan saya tu, bererti Allah makan? Allah berak? Allah kentut? Allah sendawa? Jadi, yang benar-benar makan tu siapa, hamba ke? Allah ke? yang makan?. Hisyyy…takkan kot macam tu tuan haji?.. Pelik la pulak bunyi Allah berak kencing ni. Minta sedikit pencerahannya tuan haji.

    Like

    1. JAWAPAN HJ SHAARI KEPDA BLOG abr
      Pertanyaan tuan itu, telah mengambakan jauhnya dari ilmu mengenal diri dan terlebih jauh dari ilmu mengenal Allah. Jika tuan orang yang berilmu (mengenal Allah atau mengenal diri), tidak terlafas dan tidak akan timbul persoalan seperti itu. Saya kira pertanyaan itu, adalah pertanyaan orang yang tidak berilmu. Tuan masih jauh dan masih berada pada tahap orang yang tidak berilmu, jika tuan orang yag berilmu, masakan boleh sabitkan kepada Allah makan, berak, kencing!. Saya malu nak jawab pertanyaan tuan. biarlah tuan kata saya jahil atau bodoh, memang saya jahil dan bodoh.
      Tuan cuba baca komen-komen orang lain, orang lain seorang pun tidak bertanya seperti komen tuan. Orang berilmu tak akan bertanya soalan seperti itu!.
      Tuan tanya sedemikin tada nya tuan orang yang tidak mengenal diri. jika orang yang mengenal diri, tidak mungkin terlafas di mulutnya soalan seperti itu.
      Biarlah saya serahkan kepada sahabat-sahabat diluar sana untuk menjawabnya. Saya tak ada ilmu dan jahil untuk menjawab soalan tuan. Ilmu saya rendah dan sehingga tidak tahu atau belum sampau kepandaian saya untuk menjawab solan yang tinggi seperti soalan tuan.
      Cuma yang boleh saya jawab, apakah boleh kita arahkan gambar atau (bayangan kita) yang didalam cermin itu berak?. Cuba tuan suruh gambar di dalam cermin itu berak!. Dan cuba tuan cucuk mata tuan yang di dalam cermin dan pulas telinga tuan yang di dalam cermin itu, Boleh Tidak?……………………………jika tidak boleh itulah bagi mengambarkan yangn diri kita ini, tidak sedikitpun memiliki daya upaya, tidak sedikitpun berkuasa dan tidak sedikitpun punya apa-apa. nak berak atau nak kencingpun kita tidak upaya jika tidak dengan kehendak atau jika tidak dengan kerana Allah. Kerana Allah kita kencing, kerana Allah jua kita berak dan kerana Allah jua kita kentut dan sendawa. Jika tidak kerana Allah, masakan tuan boleh berak, kencing atau kentut?.
      Jika tuan orang yang berilmu, tidak sampai hati untuk mencontohkan contoh seumpama itu!. Orang makrifat, tidak akan berkata sebagaimana contoh tuan. Orang makrifat, adalah orang yang tidak ada diri, bila tidak ada diri, bagaimana untuk mengatakan Allah berak, kencing, kentut atau sendawa?. Hanya oarang yang ada diri seumpama tuan sahaja yang mengaku ada diri, bila mengaku adanya diri, itulah makanya terlafaz perkataan yang tidak sepatutnya dijadikan contoh.
      Kita tidak ada dan kita tidak wujud, yang bersifat ada dan yang bersifat wujud itu, adalah hanya Allah. jika kita tidak ada mana mungkin kita tahu kita berak atau tidak!. Jika kita tidak ada mana kemungkin kita tahu kita kentuk atau kencing!.
      ORANG YANG ADA DIRI SEPERTI TUAN SAHAJA YANG BOLEH KATA ALLAH BERAK, ALLAH KENCING DAN ALLAH KENTUT. Orang yang tidak Ada diri seperti kami ini, adalah orAng yang tidak boleh kta Allah berak, TIDAK BOLEH Allah kentut dan ORANG YANG TIDAK BOLEH Allah kencing, sebab apa kami tdak boleh berkata begitu, sebabnya adalah kerana kami ini, adalah golongan yang tidak ada diri. Golongan yang tidak ada diri seperti kita ini, adalah golongan yang tidak mengumpamakan Allah berak, kencing atau kentut. Diri kita tidak ada, makanya kita tidak kata Allah berak, kentut atau kencing. Kerana tuan adanya dirilah, makanya tuan boleh dan sanggup mengumamakan Allah berak, Allah kentut dan Allah kencing!. Bilamana kita merasa diri kita itu ada, maka itulah sehingg tergamak kata Allah berak, Allah kencing dan Allah kentut. Orang yang ada diri seperti tuan sahaja yang sanggup kata Allah berak, kentut tau kencing. Kami golongan yang tidak ada diri, tidak sekali-kali boleh kata Allah berak, kentut tau kencing…………………..
      Jika kita bersifat ada (wujud) dan tuan juga bersifat ada (wujud), bererti kita telah mensyirikkan Allah. Bagaimana mungkin kita nak kata Allah berak, nak kata Allah kentut atau nak kata Allah kencing, JIKA DIRI KITAPUN TIDAK ADA!.
      Tuan kata Allah berak, Allah kentut dan Allah kencing itu, adalah sebab kerana tuan masih mengadakan diri dan mengadakan Allah (SYIRIK). Ada Allah dan adanya diri itu, hukumnya syirik. HUKUMNYA SYIRIK. kita bersifat tidak ada, bilamana Allah bersifat ada, sifat Allah itu adalah termat-amat bersalahan dengan sifat kita yang baharu ini. Bila Allah bersifat ADA, bererti kita adalah bersifat TIDAK ADA. Jika ada diri tuan, sila tunjukkan di mana nama tuan?……………………..
      Bertanya itu, sila guna adap yang sopan, supaya jawapan juga sopan. Tak senonoh katakan Allah berak, cuba cari ayat yang baik sikit, supaya manis telinga menengar. Saya tahu tuan orang cerdik, jadi jika cerdik sila guna bahasa yang sopan, ini seolah-olah tuan hendak menjolok sarang tebuan. Jika iapun, janganlah guna bahasa Allah berak, jijik saya mendengarnya, kan Allah itu maha suci………………………
      Kiasan Gambar yang didalam cerminlah itu, itulah diri kita!………………………Adapun diri kita itu, cuba sekadar bayang, walaupuan bayang itu ada, adanya bayang itu, sesungguhnya adalah bagi mengambarkan tuan yang empunya bayang. Kita tidak berkuasa, jika tuan rasa tuan berkuasa, sekarang cuba tuan berak, selepas berak cuba tuan cium tahi tuan dan jika tahi tuan itu busuk, cuba suruh ianya jadi wangi, boleh tidak?. Jika rasa tuan berkuasa, sila jadikan tahi tuan itu dari busuk supaya menjadi wangi.
      Saya buat contoh TAHI itu, supaya tuan sedar, apa rasa hati tuan jika saya guna bahasa tahi, sedap tak bunyinya?. Jika tuan rasa tidak sedap, berlebih lagi tidak sedaplah telinga, bila guna nama Allah bagi tujuan mempersenda ilmu orang. Saya sedar yang bahasa tuan guna itu, seolah-olah meyindir saya biarpun nampaknya kelihatan seperti baik (saya orang tua, saya tahu bahasa baik atau bahasa sindiran).
      Sungguhpun hati saya merasa sedih dengan contoh tuan itu, namun di sini inginlah saya bagi sedikit panduan, iaitu bayang dalam cermin itu, itulah contoh diri kita. Itu bagi mengambarkan kita ini tidak ada dan tidak punya apa-apa………… jika adanya diri kita, cuba tuan cari, manakah yang dikatakan nama tuan di atas diri tuan. Nama tuan sendiripun tidak ada di atas diri tuan. Jika ada cuba tunjuk, mana nama tuan?. dan cuba cari mana bahagian anggota tubuh badan yang menjadi milik atau kepunyaan diri tuan.
      Saya ini tak pandai, jadi jawapanpun tidak seberapa, jadi bertanyalah kepda orang yang lebih arif. maaf jika saya tak pandai menjawab pertanyaan saya. maaf kiranya bahasa saya terkasar, dan harap tuan pun jangan berkasar dan samakan Allah dengan berak atau kentut, tidak manis begitu kalaupun tuan ini se orang yang berilmu. daripada haji SHAARI

      Like

  31. assalamu’alaikum ww mohon maaf kalo saya berkomentar kurang berkenan di hati saudaraku semua. ilmu makrifat bukanlah ilmu kesaktian dan di butuhkan pengendalian nafsu. semua adalah kehendak allah kita tidak punya apa-apa siapa diri kita ini sebenarnya. gunakanlah hati yg bersih selalu di dalam hidup. maaf kalo kata-kata saya salah karena saya orang bodoh dan tidak punya apa-apa. mohon bimbingan nya. amin

    Like

Leave a comment