Di Penghujung “Rasa” Hari Raya

Faedah dan untungnya kita mempelajari ilmu makrifat itu, adalah bertujuan untuk mencari rasa!. Dipenghujung ilmu makrifat itu, adanya rasa. Dipenghujung rasa itulah, adanya Allah. Perkara rasa dalam ilmu mengenal Allah  itu, adalah bagi membawa kita bersama Allah dalam sebarang keadaan. Samaada dalam keadaan gembira, suka, tenang, senang, aman dan berbahagia. Berbahagia itulah yang dikatakan rasa. Rasa berbahagia dalam setiap keadaan. Rasa berbahagia itulah, maksud atau konsep mengenal Allah yang sebenar.  Inilah faedah dan untungnya bagi mereka-mereka yang berilmu dengan ilmu mengenal Allah Taala.

Orang-orang yang berada didalam ilmu megenal Allah itu, adalah orang-orang yang hatinya sentiasa diselubungi bahagia atau berkeadaan sentiasa berbahagia (berhari raya). Berhari raya dalam erti kata ilmu makrifat, adalah berbahagia (As-Sa’dah), itulah maksud hari raya yang sebenar-benar hari raya. Maksud berhari raya itu, adalah hari yang terlepasnya diri kita dari ikatan sifat-sifat keakuan!. Selepas terlepas dari sifat-sifat keakuan itu, barulah kita didatangi dengan perkara dan keadaan “rasa”.

Mengenal Allah sehingga sampai kepada tahap rasa itu, adalah bilamana kita tidak lagi terlihat sifat-sifat keakuan. Setelah tidak lagi terlihat sifat-sifat keakukan, barulah makrifat itu didatangi “rasa”. Rasa apa?, iaitu rasa lazat dan rasa berbahagia. Rasa lazat dan berbahagi bilamana sentiasa dapat bersama Allah, dengan Allah dan kerana Allah pada sebilang masa (tanpa had atau sempadan waktu).!.

Berbahagia itu, ertinya sesuai di kaitkan dengan tabiat. Tabiat kita tidur dengan cara berbaring. Berbahagia ayam atau burung tidur dengan cara berdiri dan burung helang berbahagia dengan cara tidur tergantung kepala ke bawah. Berbahagia sifat mata apabila dapat melihat gambar yang bagus-bagus dan cantik. Berbahagia sifat telinga apabila dapat mendengar suara atau lagu-lagu yang merdu. Berbahagianya sifat lidah itu, apabila dapat merasa makanan yang enak-enak. Begitu juga berbahagianya sifat  hati nurani (qalbu) setiap dari kita itu, apabila dapat melihat Allah s.w.t dalam berkeadaan “rasa”.

Rasa yang sebagaimana. Rasa bahawa yang melihat itu bukan lagi kita, yang mendengar itu bukan lagi kita.,yang berjalan itu bukan lagi kita, yang bernafas itu bukan lagi kita!. Kita dan diri kita itu, sebenarnya sudah lebur, binasa, hangus, terbakar, tengelam, karam dan sudah mati dalam erti kata mati sebelum mati!.

Saya ingin bertanya kepada para pembaca yang budiman sekalilan;

Bilamana diri dan jasad kita sudah bersifat mati, apa lagi yang boleh kita buat, cuba jawab?. Bilamana kita mati, siapakah yang melangkahkan kaki kita bilamana kita melangkah?.  Yang kita boleh buat sesudah kita mati, adalah hanya berserah diri kepada Allah!. Setelah berserah diri kepada Allah, maka yang bergerak itu Allah, yang hidup itu Allah, yang nyata itu Allah, yang mendengar itu Allah, yang melihat itu Allah, yang berkata-kata itu Allah, yang beilmu itu Allah dan yang hanya bersifat ada itu, adalah hanya Allah, Allah, Allah……………………………………………

Berbahagiakah bilamana tuan-tuan bersama Allah, sila jawab?. Dikala itu, disaat itu dan diketika itu, Allah sudah meliputi, membungkus, menaungi, memayungi dan menyelimuti kita, sehingga diri dan tubuh badan kita dengan sendirinya terbungkus dengan wajah Aallah, disitulah akan datangnya rasa lazat, biarpun dihadapan kita ada harimau yang sudah terngaga, sekalipun pisau diurat lehier dan biarpun nyawa dihujung senapang, akan kita rasai lazat, sedap, nikmat dan itulah yang dikatakan faedah, kelebihan, untung dan kegunaannya bilamana kita dapat menceburkan diri kedalam dunia ilmu megenal Allah (ilmu makrifatullah).

Rasa lazat, zuk dan karamnya sifat diri kita dalam wajah Allah bilamana megenal ilmu makrifat itu, sungguh luar biasa, yang tidak pernah tuan-tuan rasa sebelumnya, sesudahnya dan selamanya. Tidak lagi dapat digambarkan dengan kata-kata. Kalian akan dapat merasainya bilamana tuan-tuan sampai kesana! Insyallah!. . Rasa dalam kita berilmu makrifat kepada Allah itu, sungguh hebat!. Itulah gambaran atau maksud sebenar-benar hari raya.

 

 

———————————————————————-9.4 jam4

Hari raya mengikut suluhan ilmu makrifat itu, bukan sahaja diketika Aidil Fitri atau Aidil Adhar sahaja!. Malahan hari raya yang sebenar itu, adalah bilamana kita berjaya melepaskan diri dari sifat keakuan!. Sebenar-benar kita itu, sudah binasa dalam wajah Allah!, barulah setiap apa yang kilalaui itu dengan Alllah, bersama Allah kerana Aallah dan Allah, Allah, Allah ……….. itulag rasa. Rasa apa?, iaitu rasa Allah!.

Kenikmatan dan kebahagiaan yang tidak terbanding dan yang paling besar serta agung, adalah kebahagiaan serta kenikmatan bilamana hati, nurani atau qalbu kita dapat melihat dan memandang Allah s.w.t. Tidak ada perkataan atau bahasa untuk mengukur perbandingan kebahagiaan rasa melihat dan memandang Allah s.w.t. Suatu kenikmatan yang melebihi kenikmatan yang lain dan suatu kebahagiaan yang mengatasi kebahagiaan yang lain. Itulah yang merupakan kelebihan dan faedahnya mengenal Allah (makrifat) pada tahap rasa.

Kenikmatan dan kebahagiaan melihat serta memandang Allah s.w.t itu mengatasi kenikmatan dan kebahagiaan  yang lain. Seumpama kenikmatan dan kebahagiaan mata. Nikmat dan bahagianya apabila dapat memandang gambar yang cantik. Setelah hilang yang cantik, maka kenikmatan dan kebahagiaan mata itu juga akan turut hilang. Begitu juga dengan kenikmatan dan kebahagiaan telinga, akan turut hilang bilamana merdunya hilang. Nikmat memandang dunia akan turut terkubur bersama dunia, manakala nikmat memandang Allah s.w.t itu, akan kekal sampai bila-bila dan untuk selama-lamanya dari dunia hingga akhirat.

Inilah bahagia, sentosa, aman dan nikmatnya bagi mereka-mereka yang berjaya sampai kepada tahap mengenal Allah s.w.t. Inilah untung dan faedahnya kita menuntut ilmu makrifat kerana ilmu ini akan membawa kita kepada tahap mengenal dan melihat Allah s.w.t secara terus tanpa terhijab oleh sesuatu. Mengenal dan melihat Allah s.w.t, dengan mata kepala dan sifat zahir batin secara serentak, itulah kemuncak cita-cita, harapan dan idaman mereka yang berilmu makrifat. Insyaallah.

 

19 Replies to “Di Penghujung “Rasa” Hari Raya”

  1. assalam alaikum… ya tuan haji ..mintak maaf sya ingin bertanya bgmana untuk mencapai yang tiada hijab dan kun fa yakun itu …….mohon penjelasan jika tiada keberatan..

    Like

    1. tuan, kita ini makhluk, sifat makhluk itu, tidak ada. Jika kita sudah tidak ada, mana mungkin ada lagi perkataan yang berkehendak kepada kun fayakun. Jika kita masih berkehendak kepada kun fayakun, berrti kita masih ada (masih wujud). Jika hanya Allah sahaja yang wujud, kenapa kita pula yanng berhajat kepada kun fayakun!.

      Jika masih nak kpd kun fayakun, bererti mrk itu, adalahh mereka yang blm mengenal diri.

      Like

  2. Alhamdulillah, berkat kemuliaan tuan, kami telah berhari raya sejak di Lohhulmahfuz lagi dan akan sebegitu buat selama lamanya. Amin, amin dan amin.

    Like

  3. Salam Tuan Haji Terimakasih banyak- banyak semenjak bersama tuan guru kami mendapat lailatul qadar kami sentiasa bersama allah setiap saat kamil mengamil menjadi satu iaitu hanya allah..allah..allah

    Like

  4. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…., terima kasih telah engkau berikan kepada Kami seorang guru dan para sahabat yang ada, bagi memberikan ilmu yang dapat menyampaikan Kepada-Mu. Semoga kita semua dapat diberikan Ridha Allah dalam berkesempatan untuk menyampaikan ilmu makrifat pada istri/anak/keluarga dan handai taulan… Yg selama ini hanya syariat saja. Karena Syariat yang tidak dibawa kepada Makrifat adalah batal….

    Like

  5. Barang siapa mengenal akan TuhanNya akan Binasa jasadnya.Nabi bersabda:”sesungguhnya ALLAH mempunyai hamba-hamba yang jasadnya di bumi dan hatinya di bawah Arasy”.makna hati itu adalah roh yang kenal akan tuhanNya.Terjadilah mati sebelum mati…..

    Like

  6. BERGEMBIRA DALAM KENESTAPAAN / BERHARIRAYA DALAM KETENTUAN TAKDIR / PASRAH SELURUH KEPASTIAN /DENGAN KENEKMATAN ANUGERAH …….ALLAH .

    Like

  7. Sy masih belum faham sepenuhnya tentang erti “kebahagiaan” yang sebenar-benarnya. Apa yg saya faham, bila kita ditimpa kesusahan,tekanan dlm hidup, kita tak perlu bersedih kerana itu semua dtgnya dr allah. Jadi haruskah kita berdiam diri shj tanpa perlu buat apa2 ,tunggu dan lihat shj apa akn berlaku seterusnya kerana semuanya telah ditetapkn ke atas kita. Apa pandangan tuan hj. tentang isu ini? Tolong bimbing saya utk sampai ke ilmu kebahagiaan hakiki ini. Terima kasih.

    Like

  8. Assalamu’alaikum Tuan Guru!

    Saya ingin mengetahui apakah persamaan dan perbezaan diantara iktiqad tauhid dengan makrifatullah, saya terbaca akan firman Allah,

    17.Surah Al-‘Isrā’ (Verse 41)
    وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

    Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

    Apa yang saya faham berkaitan firman Allah seperti diatas, Allah sendiri telah menyediakan pelbagai jalan dan cara yang boleh dijalani sendiri oleh setiap individu…

    Apa yang saya faham dari penerangan Tuan Guru seperti diatas ialah satu penerangan setiap diri kita tidak boleh ada keakuan diri sendiri,

    Tuan Guru!

    Berdasarkan kepada firman Allah didalam ayat seperti diatas, saya berharap Tusn Guru boleh membantu saya dsn juga para pembaca yang lain dapat kiranya Tuan Guru terangkan apakah salah satu jalan dan cara yang perlu dilslui oleh seorang murid Tuan Guru untuk mencapai kepada iktiqad Tauhid serta makrifatullah…

    Jalan dan cara yang Tuan Guru jelaskan berdasarkan kepada firman Allah yang mana satu…

    Allah juga telah menjelaskan didalam firmannya tentang sangkaan didalam ilmu pengetahuan bukanlah merupakaan iktiqad atau pegangan tetapi lebih kepada sangkaan

    10.Surah Yūnus (Verse 36)
    وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّاۚ إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًاۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

    Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

    10.Surah Yūnus (Verse 66)
    أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِۗ وَمَا يَتَّبِعُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ شُرَكَاءَۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

    Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.

    53.Surah An-Najm (Verse 28)
    وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

    Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

    Saya juga ingin tahu apskah sebenarnya msksudnya yang telah difirmankan oleh Allah

    JANGAN KATAKAN APA YANG TIDAK DILAKUKAN

    61.Surah Aş-Şaf (Verse 1)
    سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

    Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

    61.Surah Aş-Şaf (Verse 2)
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

    Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

    61.Surah Aş-Şaf (Verse 3)
    كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

    Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

    Saya memohon pencerahan dari Tuan Guru yang arif untuk memberi psndangan, yang tidak mencerai beraikan diantara syari’at, torikat, hakikat dan makrifat…

    Like

Leave a comment