SIAPA YANG BERDIRI SENDIRI? (Qiamuhu Binafsih)

SIAPA YANG BERDIRI SENDIRI?
(Qiamuhu Binafsih)

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah skalian. Ramai dikalangan kita yang tidak tahu untuk mentafsir makna, erti atau mentafsir istilah perkataan sifat dua puloh “Kiamuhu Binafsih” (berdiri Allah dengan sendiri)!.

Ramai yang mentafsir “kiamuhu binafsih” (berdirinya Allah itu dengan sendiri). Iaitu dengan pengertian Allah itu, tidak perlu kepada pembantu, tidak perlu kepada penasihat dan tidak perlu kepada pekerja sokongan. Allah itu bekerja, bertindak dan pelaksana dengan sendiri, tanpa pembantu, tanpa penasihat dan tanpa pekerja sokongan. Inilah ilmu (ilmu syariaat atau ilmu feqah) yang selalu diperdengarkan kepada kita.

Adapun menurut kefahaman, suluhan, kaca mata dan menurut sudut pandang ilmu makrifat, erti, makna, tafsiran atau istilah kepada perkataan “Allah berdiri sendiri” itu, adalah seperti berikut;
1)    Allah bersendirian
2)    Allah berkeseorangan
3)    Tidak ada yang lain selain Allah (tidak ada orang lain)
4)    Allah itu Esa
5)     La Maujud Bil Haqqi Ilallah (Tidak ada yang dijadikan ini, melainkan Allah)

Kiamuhu Binafsih itu, bererti, bermakna dan bermaksud bahawa Allah itu, tidak perlu kepada yang lain selain diriNya sendiri. Allah sahaja yang wujud (ada), ujud (mengadakan) dan yang maujud (yang diadakan). Sebagaimana sifat nafsiah wujud (ada), Allah sahaja yang bersifat ada. Selain daripada sifat Allah, bererti dan bermakna “tidak ada”.

Benarlah sebagaimana sifat wujud (ada), yanng ada hanya Alllah. Ertinya disini, Allah itu bersendirian (sendiri). Seumpama tuan datang kerumah saya secara berkeseorang, lalu saya bertanya kepada tuan, “tuan datang berapa oarang?”. Lalu tuan menjawab “saya datang sendiri”. Perkataan”sendiri” disitu menunjukkan, mengambarkan dan menceritakan berkeseorangan!.

Begitu juga Allah, Allah itu adalah tunggal, Esa dan bersendirian. Bilamana bersendirian (sendiri), maka Dialah yang meyembah Dia, Dialah yanng menyatakan Dia, Dialah yang menilik Dia, Dialah yang memandang Dia, Dialah yang mengenal Dia dan Dialah seDia-Dianya Dia…………………………………………………….

Bolehkan kita berdiri sendiri?. Setahu saya, yang bersifat berdiri sendiri itu, adalah Allah s.w.t. Sifat “kiamuhu binafsih” (Allah berdiri dengan sendiri). Berdiri sendiri itu, adalah sifat Allah, bukan sifat  aku, bukan sifat kita, bukan sifat saya dan bukan sifat kamu!.  Jadi, cuba jawab pertanyaan saya, jika semuanya bukan, bukan bukan aku, bukan saya, bukan kami dan bukan kamu, siapakah yang mendirikan kaki kita?. Bolehkah kita berdiri sendiri?. Jika sekiranya kita tidak boleh berdiri sendiri, siapakah yang mendirikan kaki kita?.
Bilamana Allah yang mendirikan kita dan Allah yang menjadikan kaki kita berdiri, jika segalanya Dia, mana bahagian kita?. Kemana perginya hak kita dan ke mana perginya kepunyaan kita?. Mana yang dikatakan diri kita, mana kaki, tangan, mulut dan mata kita, jika segalanya milik Allah?. Mana kita, cuba jawab?. Bolehkah barang milik orang, kita mengaku milik kita?. Tanah orang punya atau rumah orang punya, bolehkah kita mengaku harta milik kita?. Cuba jawab.
Disini memang benarlah bahawa Allah itu berdiri sendiri (berkeseorangan, Esa, satu atau tungggal). Allah itu, adalah Allah. Allah yang awal mula, Allah yang  akhir, Allah yang zahir dan Allah yang batin. Yang tidak ada wujud yang lain selain Allah……………………………………….

Cuba tuan-tuan terlebih dahulu tanya atau ajukan persoalan ini kepada diri tuan-tuan sendiri. Sekiranya tuan-tuan ingin beroleh kefahaman dalam mempelajari ilmu makrifat (ilmu ketuhanan), tuan-tuan hendaklah ikut serta patuh kepada perintah guru atau cikgu. Sekarang, anggap saya sebagai cikgu, saya mahu tuan-tuan benar-benar tanya diri sendiri dan jawab pertanyaan di atas!.
Siapa yang membolehkan kaki tuan-tuan berdiri untuk bersembahyang?. Adakah berdirinya kaki tuan-tuan itu, atas dasar kehendak, kuasa, kudrat atau iradat tuan-tuan sendiri?.
Tidakkah berdirinya kaki tuan-tuan itu, adalah di atas dasar kuasa dan kudrat Allah!. Tidakkah kuasaNya yang mendirikan kedua-dua belah kaki tuan-tuan semasa tuan-tuan berdiri untuk mengerjakan sembahyang?. Sekiranya yang mendirikan kaki kita, semasa kita berdiri itu, adalah Allah, mana yang dikatakan kuasa atau kudrat kita.  Sila jawab, siapa yang sebenar-benar berdiri?. Apa masih ada lagi kaki kita?. Apa masih ada lagi daya upaya, apa masih ada lagi  kudrat atau iradat kita?. Cuba jawab!……………………..

64 Replies to “SIAPA YANG BERDIRI SENDIRI? (Qiamuhu Binafsih)”

  1. Kalau wujud dia, kita tidak wujud nak berdiri apa lagi dan jika allah saja hidup kita ini mati nak apa lagi semuanya allah..allah..allah

    Like

      1. mengapa harus kita mengembara jauh mencari Dia….mengapa harus tinggi gunung kita mendaki untuk melihat Dia….mengapa harus kita menyelami dalamnya laut untuk mengenal Dia…sedangkan dalam diri ada Dia…dalam Dia ada segalanya….minta komen Tuan Guru. imam impian indah Sg Buloh

        Like

  2. Asalamualaikum……waalaikumussalam wal awal wal anna minal muslimin……sy nk mengajukan persoalan pd tuan guru hj shaari,,sy selalu antara tdr dan jaga sy sering nampak diri sy lg satu, apabila sy nk bercakap dgn nya sy menjadi kaku, kelu dgn jasad sy sekali dan tdk blh berbuat apa zahir dan batin…apakah petandanya itu? wahai tuan guru hj shaari yg sy hormati dan kasihi? Mohon penjelasan dr tuan guru..

    Like

    1. Tandanya Allah nak memperkenalkan kepada tuan, diri yg sebenar diri. Itlah diri tuan yg sebenar! . Taraf itu adalah taraf wali. jadi t.kasih krn tuan adalah org terpilih. jadi beljarlah mengenal dri (roh)……………..

      Like

  3. Kalau mengikut maklumat kesufian,diri ini adalah nyata.Cuma apabila kita sudah tenggelam dalam Allah,barulah kita takbirkan Allah Akbar.Bermaksud karam dalam Allah.Kalau umpama besi yg dibakar,ianya nampak besi semata2 sebelum ianya menjadi merah dan api.Bila besi sudah merahmembara maka akan dipanggil api dan diri besi itu sudah hilang . Maka disini tenggelamlah besi itu,dan yg nampak ialah api yg merah…barulah dikatakan tiada lg ujud diri…mertabat insan kamil dan sampai ketahap yg Tn Hj katakan mati sebelum mati.Sama2 kita renungkan adakah ini pengajian feqah atau hakikat atau makrifat.

    Like

  4. Dari Majazi Ke Hakiki

    Yang tidak pernah kutahu
    dalam diam akal fikirku
    kutempuh daerah majazi
    menuju kekota hakiki
    kuteruskan pencarian ini
    biar ranjau onak berduri
    kan ku relaikan…

    gunung yang tinggi telah kutawan
    kusangka engkau disana
    namun belum kutemui lagi

    lalu kuterjun dalam refleksi
    diriku sendiri
    mengembara meneroka alam
    namun belum kutemui lagi

    menelusuri hati ini
    segera kutinggalkan alam maya
    aku tumpas dalam dimensi ini
    tiada kata dapat kuhurai
    tiada huruf boleh kubaca
    tiada rupa hendak kupandang

    kudiamkan halus bicaraku
    kuhadirkan rasa jeliramu
    kudengarkan puji saling memuja

    disanalah dia berjumpa aku…
    aku menyambutnya dengan tersenyum
    maha dalam kebesaran…

    Like

  5. ALLAH maha mdengar tp kite tuli…ALLAH maha melihat tp kite buta…ALLAH maha bkata2 tp kite bisu…. kite tiada bsifat. Nafikan sifat kite….. hanya ALLAH awal dn akhir.. zahir n batin.. kita hanya hayalannn… jika silap sila betulkan… tq

    Like

  6. tiada lain..Allahlah segalanya..Allah..Allah..Allah…
    Guru mencari kaedah yg mudah..
    Supaya senang murid mentelaah..
    Agar muridnya makrifatullah..
    Baru tenang guru arif billah…

    Like

      1. Asalamualikum..Tn guru yg dihormati semoga kita dirahmati Allah .Terima kasih diatas ilmu yang dicurah apabila saya membaca kesimpulannya tidak ada sesuatu pun melainkan Allah jua.Saya hamba yang jahil ingin bertanya berapa persoalan iaitu:
        1.Imam Malik r.h.m pernah berkata:
        “Barang siapa berfekah (syariat) tanpa tasawuf (hakikat), maka ia jadi fasik. Barang siapa bertasawuf (hakikat) tanpa fekah (syariat), maka ia jadi kafir zindik (kafir secara tidak sedar).” Mohon penjelasan persoalan diatas ..?

        2.Yang dikatakan ‘Ma’rifat’ ialah seseorang itu ‘itiqadnya putus berbetulan yang benar dan ADA padanya 2 dalil iaitu Firman Allah Ta’ala (Al-Quran) dan Hadis Rasulullah saw.
        Asal makna ‘MAKRIFAT’ itu – ialah “Membezakan antara yang Qadim dengan Muhadas”
        Yang Qadim itu :- Zat Allah Ta’ala, Sifat-sifatNya, Efeil-Nya (Perbuatan) dan Asma’ (Sempurna Nama atau Kata-kata Allah Ta’ala), yang terkandung pada Kalimah Syahadah Tauhid yakni Kalimah pengakuan mengEsakan Allah Ta’ala iaitu :
        Mohon jasa baik Tn guru memghuraikan persoalan membezakan antara yang Qadim dan Muhadas.

        3,Dalam kitab al-Arba’in fi Ushuliddin, al-Imam al-Ghazali menuliskan:

        وأنه لا يحل في شىء ولا يحل فيه شىء، تعالى عن أن يحويه مكان كما تقدس عن أن يحده زمان، بل كان قبل أن خلق الزمان والمكان وهو الآن على ما عليه كان (الأربعين في أصول الدين، ص 8)

        “… dan bahwa Allah tidak bertempat di dalam sesuatu, dan tidak ada sesuatu apapun yang bertempat pada-Nya. Allah maha suci dari diliputi oleh tempat, sebagaimana Dia maha suci dari dibatasi oleh waktu/zaman. Dia Allah ada sebelum terciptanya waktu dan tempat, dan Dia sekarang (setelah menciptakan tempat dan waktu) ada sebagaimana pada sifat-Nya azaly; tanpa tempat dan tidak terikat oleh waktu”. (al-Arba’in Fi Ushuliddin, h. 8)
        Mohon jasa baik tn guru menghuraikan bahwa Allah tidak bertempat di dalam sesuatu, dan tidak ada sesuatu apapun.
        yang bertempat pada-Nya. Allah maha suci dari diliputi oleh tempat, ..?

        Like

      2. sungguh cantik perumpamaan yg diberi wahai guru. tiada daya pada kita. kudrat hanya pada allah sahaja. pandangan allah,pendengaran allah, gerak allah ,yang nak merasainya pun allah. mana datangnya kita. muhammad atas nama sahaja. kenyataannya hanya allah. Tiada wujudnya pemikiran atas diri tapi tenggelam bersama kenyataan allah. alhamdulillah

        Like

  7. AKU… berkata……

    Ingat kpd tiada yg lain selain ALLAH
    Air mata ku mengalir …
    Dalam tiada penghujung, luas tidak bertepi…
    SYUKUR ALHAMDULILLAH……
    Begitu sempurna penciptaan mu tiada cacat cela
    Maha Besar kerajaan dan kekuasaan Mu…
    Adakah yg lain lagi selain ALLAH….

    Tidak pernah ku bermimpi akan mendapat mutiara didasar lautan makrifat…..

    Nukilan
    Penggembara Dari Singapura

    Like

  8. segala2nya Allah,baik buruk jahat,,,Makhluk ini sifatnya menyata,,,menyata apa yg telah ditetatapkan…….jadi manusia ini mati sifatnya…begikan tuan guru

    Like

  9. maaf mengganggu MAN ARAFA RABBAHU,PAKAD ARAFA BAHLAHU NAFSAHU barang siapa mengenal tuhan nya,bahawa sa nya mengenal diri nya-bodoh 1/2 erti bodoh 1/2 itu tiada menghendakan perbuatan dan tiada menghendaki berbuat erti nya khalaq(pencipta)dan makhlok,erti nya tiada tuhan tiada hamba yakni suci diri nya tiada bercampor dengan 1 pon melainkan diri nya sendiri. maka bernama diri nya tu (ROH ALQUDUS)erti nya nyawa yg.suci lagi mengsucikan sekelian yg.suci.ada pon ROH ALQUDUS,itu bernama ROH AL KHASAF,erti nya nyawa yg.terbuka-nyawa yg. berpintu.pertanyaan sy. ia lah ni yg. di kata QIAMUHU BINAFSIH. minta ampon dan maaf sakira sy. tersalah terlanjur kata2.assalam mualaikom warah matullah.

    Like

  10. hilang sgala luputan..maka timbulnya ja al haq..masa ini lah yg dikatakan fana ul fana..yg karang di dlm lautan ketuhanan…yg dikatakan makrifatullah…segala gerak geri atas kuasa ALLAH.. ALLAH ALLAH ALLAH

    Like

  11. Saya tak paham.kenapa kita kena tengok contoh berdiri dengan kaki sediri..untuk mengenal allah..tengok contoh alam sendiri pon boleh tau milik allah..saya rasa susah sangat nak untuk paham.ada tak ayat quran yg boleh menerangkan mengenai perkara ini.saya mohon pencerahan

    Like

  12. Salam tuan guru…saya masih keliru..apabila semuanya gerak milik Allah, jika yg baik2 seperti solat, puasa, buat baik senanglah cuba memandang dan menerima yg bahawa hakikatnya gerak milik Allah,tapi jika seseorg yg melakukan jahat seperti membunuh,merogol, dan lain2 lg kelakuan jahat, agak sukar memandang ia dgn gerak Allah apakah hikmahnya utk kita yg tiada ini dilihatkan dgn org2 yg kelaku jahat? Apa pula peranan dan kaitan nafsu dgn diri kita yg tiada? Mohon pencerahan dr tuan guru.

    Like

  13. PUJI BAGI ALLAH SERU SEKALIAN ALAM..SEGALA-GALANYA ISI BUMI DAN LANGIT ADALAH HAK ALLAH..ALLAH..ALLAH..YG WUJUD HANYA ALLAH…ALLAH………..

    Like

      1. Tuan Guru…
        Saya pernah diajukan soalan…kalau kita sudah matikan diri secara total atau mutlak bahawa tidak ada lagi kita..yang ujud hanya semata-mata Allah, jadi apakah peranan akal masih lagi ada..? Minta tuan guru perjelasan. Wassalam

        Like

  14. Mana mungkin bayang mengaku berkuasa sedangkan bayang bergerak dari gerak empunya bayang. Mana mungkin bergantung empunya bayang kepada bayang. Berdiri Allah dengan sendiri tanpa mengambil faedah dari makhluk. Mana mungkin makhluk boleh mengaku juga berdiri dengan kudrat sendiri.

    Like

  15. Assalam Tuan guru,
    Hamba ada membaca kitab mengenal diri pada muka surat 127ada menyatakan tentang nama malaikat maut yang tertulis adalah izrafil se dangkan yg sebenarnya ialah ialah izrail.sekian mohon penjelasan Tuan.

    Like

  16. Assalam Tuan,

    mohon penjelasan berkenaan nama malaikat maut dalam kitab mengenal diri tertulis malaikat izrafil sedangkan yg sebenarnya malaikat izrail,kitab mengenal diri muka surat 127.ter ima kasih.

    Like

  17. Salam.
    Rukun Islam 5 perkara.
    Pertama syahadat. ..dan seterusnya.
    Pengetahuan umum, syahadat cukup di lafas dan 4 rukun lagi dikerjakan.
    Tapi Sebenarya…Rukun Pertamalah yg sedang dikerjakan atau dijalankan tanpa putus hingga tidak disedari .Malah setiap gerak geri dan diam adalah berlandaskan Syahadat tersebut.

    Kita terkeliru dengan istilah KERANA.
    Contohnya..aku solat KERANA Allah.
    Yg bermaksudkan ..kita kononya ikhlas melakonkan solat kerana Allah.

    Tapi yg sebenar pengertianya yg HAK adalah..KERANA Allah lah maka dapat AKU solat. KERANA Allah…DARI Allah. .UNTUK Allah. .

    Maaf jikalau tersilap. Terima Kasih.

    Like

  18. Tidak perlu ditunggu…..sehingga berpisah roh dgn jasad…..sehingga berhimpun di padang masyar…..sehingga terpampang syurga & neraka…..untuk merasai dekatnya Dia…..hampirnya Dia…..dgn diri ini…..Kita dikelilingi…..dilingkungi…..kebesaranNya…..kasih sayangNya…..Lihatlah sekeliling sekarang & rasalah dgn jiwa yg kosong…..Lihatlah dgn diri yg sebenar benar diri…..diri yg terlebih dahulu mengenal Penciptanya…..diri sebelum lahirnya ia dikandung jasad ke dunia yg fana…..Lalu terbitlah hubungan cinta yg abadi…..cinta yg Satu…..cinta yg kekal…..cinta yg tidak terjangkau akal fikiran…..

    Like

  19. Assallamualaikum Ustaz,
    Ramadhan telah pun tiba, maka saya ingin mengucapkan salam Ramadhan buat ustaz dan sahabat-sahabat semua.
    Sempena tibanya ramadhan ini maka pada pendapat saya eloklah jika ustaz keluarkan karya ustas berkaitan dengan ramadhan bulan nikmat, rahmat dan barokah. Bilamana ibu bulan telah menutupi anak bulan dan pencerahan atas tajuk ramadhan untuk ulangkaji.
    Terima kasih.

    Like

  20. Salam alaikum,Tuan….
    ALLAH ….Dia yang awal Dia yang akhir
    Menurut kajian Tauhid dzuk; Tuhan/Rabb , Tiada awal Tiada Akhir
    “Zahiru Rabbi wal Bathinu Abdi”
    Terima kasih…..

    Like

  21. emang betul alloh brdiri dg sndirinya tdk brkehedak kpd tmpt yg brdri pd dzat dn tdak brkhedak kpda yg mjdiknya,krna dia tdk d jdikn ttpi tlah jdi dg sndirinya

    Like

Leave a reply to humaira zahra Cancel reply