Orang Lain Yang Buat Kerja, Apakah Patut Kita Pula Yang menerimaUpah?)

Orang Lain Yang Buat Kerja, Apakah Patut Kita Pula Yang Meminta Upah?)
Bilamana orang lain yang mendirikan rumah, diatas tapak tanah sendiri, menggunakan wang ringgit sendiri dan dengan kehendak reka ciptaan mereka sendiri, bolehkah kita mengaku yang rumah tersebut, rumah kita?. Orang lain yang penat lelah membena rumah, apakah patut kita mengaku milik kita?. Cuba jawab pertanyaan saya!.

Bilamana orang lain yang membuat kerja, apa kah boleh kita yang minta upahnya?. Sekiranya benar tuan-tuan ingin belajar dan ingin beroleh faham akanilmu makrifat, sila jawab pertanyaan saya!.

Setelah tuan-tuan menjawab pertanyaan itu, mari sama-sama kita lihat kepada perkara sembahyang atau puasa. Selalunya kita mengaku yang kita bediri untuk mengerjakan sembahyang dan sebelum kita mengaku yang kita mengerjakan puasa. Kita yang berzikir, kita yang bersedekah, kita yang beribadah, kita yang taat, kita yang alim, kita yang patuh dan galanya. Mengaku yang iabadah itu datangnya dari usaha diri kita sendiri, ikhtiar  sendiri, usaha  sendiri, kepatuhan dan ketaatan itu datangnya dari diri kita sendiri, Cuba jawab pertanyaan saya?.

Darimana datangnya sifat mata dan jika mata datangnya dari milik Allah, sudah tentu sifat  penglihatan juga adalah datangnya dari Allah. Dari mana datangnya sifat kaki?, jika tidak dari Allah!. Jika sifat kaki datangnya dari Allah, sudah tentu sifat berdiri juga, adalah datangnya dari Allah. Dari mana datangnya tangan?, jika tidak dari Allah!. Jika sifat tangan datangnya dari Allah, sudah tentu bertakbirpun dari Allah. Dari mana datangnya mulut?, jika tidak dari Allah!. Jika sifat mulut datangnya dari Allah, sudah tentu segala lafaz bibirpun dari Allah. Dari mana datangnya akal, usaha, ikhtiar, kehendak dan dari mana datangnya  niat?, jika tidak dari Allah!. Bilamana segalanya datang dari Allah, mana yang dikatakan datang dari diri kita sendiri?. Cuba jawab pertanyaan saya, yang mana satukah datangnya dari diri kita?.

Bilamana tidak ada satu perkarapun (walau sebesar zarah) yang datangnya dari diri kita sendiri, kenapa masih nak mengaku kita beribadat, kenapa masih nak mengaku kita yang taat, kita yang patuh, kita yang rajin, kita yang berusaha, kita yang berikhtiar dan kenapa masih nak mengaku kita yang bersolat, berpuasa, berzikir, bersedekah dan kita yang bersyahadah?.  Cuba jawab pertanyaan saya.

Tidakkah tuan-tuan merasa malu kepada diri sendiri, untuk megambil atau untuk mengaku hak orang sebagai hak kita?. Orang lain yang membena rumah, tiba-tiba saja tuan sanggup untuk mengaku yang membuat kita. Tidak patut, tidak layak dan tidak sajak untuk kita mengaku hak orang. Marilah kita akur, mari kita perakui dan marilah kita terima hakikat, bahawasanya hak milik orang itu, tetap selamanya menjadi hak orang!. Marilah kita sama-sama terima, mengaku dan redha dengan sebenar-benar pengakuan (pengakuan yang datangnya dari hati suci bersih) bahawasanya segala kuasa, segala gerak, segala kehendak dan kemahuan kita itu, adalah hak orang.

Milik oranglah kedua-dua belah kaki yang kita gunakan untuk berdiri sembahyang. Milik oranglah kedua belah tangan, yang kita gunakan untuk mengangkat takbir. Milik oranglah kedua bibir mulut, yang kita guna untuk melafaz kalam Allah. Ingat, ingat dan ingatlah bahawa bermulanya diri tubuh badan kita inii, adalah milik orang. Setelah bermula dengan milik orang, hak orang dan kepunyaan orang, kenapa kita masih sanggup mengaku milik kita!. Hak oranglah sebelum, sesudah dan selamanya!.

Begitulah dalam perbuatan beribadah kita, seumpama pebuatan ibadah sembahyang, puasa, zakat, haji, syahadah, sedekah, zikir, membaca Quraan dan sebagainya. Bkan kita yang melakukan dan bukan kita yang megerjakannya. Kita sudah tidak ada dan kita sudah mati. Masakan orang mati boleh berdiri, membaca Quraan, puasa, sembahyang dan sebagainya?.

“Oleh itu, jangan hendaknya mengaku adanya diri”

26 Replies to “Orang Lain Yang Buat Kerja, Apakah Patut Kita Pula Yang menerimaUpah?)”

  1. semua huraian Hj Shaari diatas adalah menuju kepada pengajian Usuluddin yg membawa maksud ‘Nafi dan Isbat’..nafikan keujudan diri dan isbatkan ujud Allah subhanahuwa Taala.Pertama2 dlm pengajian usuluddin ialah jalan mengenal diri,dgn menafikan segala muajud melainkan ujud haqiqi.Isbatkan segala yg ujud kepada yg Esa.

    Like

  2. Salam Kita Ini ibarat Kayu Yang Buruk yang dibawa sungai yang deras ikut saja kemana. itulah diri kita tiada daya upaya satu pun berserah dan bertawakal dengan ketentuan nya .(orang yang mati)

    Like

  3. diri ku dimatikan
    diri ku diserahkan
    bukan dikemudian
    tetapi sekarang
    apa guna mnjadi hijab,beban
    andai bertuankan hak orang
    biarlah diri ku difanakan
    agar baqa dlm keadaan…
    Biar hilang tiada kesyirikan
    baru dtg pandangan Tuhan
    jgn kita mgaku tuan
    lebih teruk feelnya setan
    dengarlah wahai sekelian
    jadikan ia satu renungan
    moga faham jadi panduan..,.

    Like

      1. tuan jika kita dahulunya rajin beribadat dan ,,kemudian kita berjumpa pemahaman yag semua nya telah ditentukan Allah,,kemudian tiba2 setelah sampai sampai pemahaman itu,,,kita jadi malas untuk bersolat,zakat,puasa…tetapi pada masa yang sama kita mengakui kemalasan itu sudah ketetapan Allah,tetapi kadang2 timbul kerajinan untuk melakukan ibadat itu dan kita juga mengaku kerajinan yang tiba2 itu juga ketetapan Allah,,sehingga tiada daya upaya lagi diri ini melainkan upaya Allah semata2…apakah kedudukan ini

        Like

      2. tuan jika keingkaran melakukan ibadat seperti puasa, solat,zakat berlaku,,,jadi yang melakukan itu Allah?…apakah kedudukan kita?…..tidak adakah kita yang melakukan keingkaran itu?Allah kah yang melakukan keingkaran itu?

        Like

  4. Selagi masih ada diri maka perbuatlah segalanya demi upah…. Itu yang diajari.. Setiap kerja dengan balasan. Masih wujud diri maka masih duduk dalam makam syariat… Perbuatlah segala amalan yang fardhu. Jangan sekali-kali menyatakan bahawa telah masuk dalam makam makrifat jika hanya dimulut sedangkan di hati masih di makam syariat. Kenal dan rasa jauh bezanya dengan ingat dan tahu.

    Masih mencari yang tiada….

    Like

  5. Salam tuan guru…saya masih keliru..apabila semuanya gerak milik Allah, jika yg baik2 seperti solat, puasa, buat baik senanglah cuba memandang dan menerima yg bahawa hakikatnya gerak milik Allah,tapi jika seseorg yg melakukan jahat seperti membunuh,merogol, dan lain2 lg kelakuan jahat, agak sukar memandang ia dgn gerak Allah apakah hikmahnya utk kita yg tiada ini dilihatkan dgn org2 yg kelaku jahat? Apa pula peranan dan kaitan nafsu dgn diri kita yg tiada? Mohon pencerahan dr tuan guru.

    Like

  6. Salam tuan guru…saya masih keliru..apabila semuanya gerak milik Allah, jika yg baik2 seperti solat, puasa, buat baik senanglah cuba memandang dan menerima yg bahawa hakikatnya gerak milik Allah,tapi jika seseorg yg melakukan jahat seperti membunuh,merogol, dan lain2 lg kelakuan jahat, agak sukar memandang ia dgn gerak Allah apakah hikmahnya utk kita yg tiada ini dilihatkan dgn org2 yg kelaku jahat? Apa pula peranan dan kaitan nafsu dgn diri kita yg tiada? Mohon pencerahan dr tuan guru.

    Like

    1. sila lihat rakaman ceramah dalam dvd, ada jawapannya yang sy umpamakan gunting dengan benang, siapa yang memutuskan benang. apakah gunting atau apakah tajamnya? Yang memutuskan benang itu, adalah sifat tajam bukan sifat gunting

      Like

  7. Tuan guru,izinkan saya menjawab pertanyaan saudara me. Kalau salah tolong tunjukkan. Sesungguhnya Allah telah mengilhamkan dua perkara iaitu sukma kebaikan dan sukma kejahatan. Beruntunglah mereka yang memilih sukma kebaikan dan rugilah mereka yang memilih sukma kejahatan (surah matahari). Dari ayat ini jelas Allah telah memberi pilihan kepada kita akan dua perkara tersebut semasa di alam arwah. Semasa di tanya “tidak kah aku tuhan mu”. Maka di jawab oleh mereka “ya bahkan kamu lah tuhan kami”. Jika diperincikan lagi siapa mereka yang menjawab itu? Adakah semua makhluk menjawab “ya”. Setelah itu ditunjukkan kepada roh roh masa itu akan baik dan jahat. Terus dicatit ke dalam luhul mahfuz. Maka apa yg berlaku pada hari ini adalah atas permintaan sendiri yg sudah diketahui Allah akan permintaan makhluk. Yang tidak berbuat kebaikan pada hari ini adalah atas permintaan sendiri setelah diilhamkan oleh Allah dengan ilham kebaikan dan kejahatan. Malah ditulis ke dalam luhul mahfuz. Mohon pembetulan tuan guru atas jawapan saya ini. Tiada daya ku melainkan kudrat Mu jua Allah.

    Like

    1. Masih ada sedikit yang sangkut. Makhluk roh, tidak ada daya upaya memilih, melainkan sudah ditetapkan Allahsedari dan sebelum terciptanya roh. Ketetapan luh mahhfuz sudah tercata sebelm kejadian roh!amin

      Like

  8. Askumm ……mf kiranya bhasa sy tdk sesuai dgn phmn tuan.
    Ssungguhnya sy ini org baru dlm phmn ilmu ini..ingin sy bertanya tntg perihal mulut itu sendiri,seperti anggota2 lain seperti Mata,telinga,hidung dll tdk berbunyi tdk berhuruf.sedgkn mulut berkata2 dgn berbagai gaya beribu bahasa.namun tanpa adanya telinga yg mrndgr tiada gunalh mulut itu.persoalnya adakh mulut itu jg tdk berhuruf dn berbunyi….

    Like

    1. anggota mulut adalah sama dgn anggota2 lain. Sungguhpun kita hanya nampak anggota mulut shj yang berbunyi suara dan anggota2 lain tidak boleh bersuara atau berbunyi. Dalam kefahaman ilmu makrifat, Mulut tidak akan berbunyi atau tidak akan bersuara jika tidak digerakkan oleh tuan yg empunya mulut (pemilik mulut). Mulut itu, adalah anggota mati, sama dgm anggota lain, walaupun kita nampak mulut bercakap damn berkata-kata, tetapi kata yg terkelluar dari kedua bibir mulut itu, suara siapa?, jika tidak dari pemilik suara! (Allah).

      Oleh itu, saya cukup tidak setuju jika kita mengatakan bahawa anggota mulut kita yang berkata-kata. Tidakkah kita tahu yg sifat mulut itu, adalah bisu!. Bilamana kita bersifat bisu, siapakah yg berkata-kata, jika tidak Allah!. Hanya sifat Allah shj yg berkata-kata. Bilamana yg berkata-kata itu hanya Allah, maka apa yg terkeluar dari kata mulut itu, adalah kata Allah……………………………………………….

      Jgn pula ada yg gatal-gatal tangan, menuduh atau mendakwa saya mengatakan bahawa mulut itu Allah pulak?. Saya tak kata mulut itu Allah, saya hanya berkata bahawa yg bersifat berkata-kata itu, itulah Allah. Bg mrk yg terang hatinya, akan faham kata sindiran sy yg sedikit itu!……………………………………….

      Like

  9. Salam hormat tuanku hj shaari, dari orng seberang kalimantan barat , belajat ilmu makrifat harus siap dicaci dimaki dihina dibenci orng yg tak faham, krn makrifat sdh tak tau dng dirinya sendir sdh benci dng dirinya sendiri krn sdh matiiiiiiii

    Like

Leave a reply to hidayah Cancel reply