Bolehkah Kita Melihat Allah?

Bilamana ada orang bertanya kepada kita, bolehkah untuk kita melihat Allah !.

Kita selalu mendengar guru berkata, bahawa Allah itu terang. Seterang-terang cahaya matahari, lebih terang lagi Allah. Sedekat-dekat antara mata putih dan mata hitam, lebih dekat lagi Allah!. Kenpa tidak kita lihat?.

Katakan kepada mereka, Allah tidak akan dapat sama sekali untuk kita melihatnya!. Tidak boleh melihat itu, bukan kerana jauh atau atau halus. Tetapi dikeranakan terlampau hampir dan terlampau nyata.

Sebagai latihan, sekarang saya mahu tuan-tuan melihat mata tuan-tuan sendiri.  Jangan melihat mata melalui cermin, pakai cermin (pakai cermin tak aci). Saya mahu tuan-tuan melihat mata tuan-tuan sendiri (sekarang saya minta tuan–tuan lihat)!

Jika penglihatan boleh melihat mata, maka tuan-tuan boleh melihat dan memandang Allah  Sekiranya penglihatan tuan-tuan tidak boleh melihat mata, maka begitulah tidak bolehnya melihat Allah atau roh!.

Sebab apa kita tidak boleh melihat?. Dan sebab apa penglihatan tidak boleh melihat mata?

32 Replies to “Bolehkah Kita Melihat Allah?”

  1. assalammualaikum, bila dah sampai pengetahuan rasa yang tidak berasa barulah kita tahu yang melihat itu siapa dan dilihat itu siapa. maka pengesaan itu barulah mutlak suci daripada kesyirikan. t.kasih

    Like

  2. Sebab melihat itu Sifat Dia. Dia yang melihat. Kita mana boleh melihat..sebab kita sendiri pun tak ada. Yang ada hanya Dia..Dia…. Dia….
    Penglihatan tidak dapat melihat mata sebab mata itu sifat makhluk. Sifat makhluk tak wujud lagi binasa. Yang wujud hanya Dia, Dia, Dia yakni Allah. Jadinya betul lah tu. Mana boleh kita melihat….

    Like

  3. Sebelum kita dibawa untuk melihat Allah,Perlulah rasanya kita ketahui bagaimana rupanya benda yg bernama Allah itu.Kalau ianya umpama buah betik pastinya kita blh tunjukkan rupanya bujur atau bulat,warnanya hijau atau kuning.Jadi kalau nak tengok Allah ni bagaimana rupanya dan sifatnya?
    Tn Hj Shaari perlu jelaskan sifat dan afaal Allah dulu sebelum mengajak pembaca melihat Allah samada dari jauh atau dekat.Kalau kita tdk kenal siapa itu Allah,usahkan mata dan telinga nak cuba mencari2,bahkan sesat kita krn tak tahu apa sebenarnya yg hendak dilihat dan dicari.Minta Tn Hj Shaari perjelaskan bagaimana nak mulakan pencarian untuk membolehkan kita melihat Allah spt yg dimaksudkan itu.

    Like

    1. Bolehkan penglihatan melihat mata?. Sedangkan penglihatan itu sendiri adalah mata!. Mata tidak pernah mengatakan yang ianya mata. Mata tidak bersuara dan tidak berhuruf, sehingga mata tidak perna mengatakan yang dia adalah mata. Yang mengatakan dia mata it, adalah kita. sedangkan mata itu sendiri, tidak pernah mengelarkan dirinya mata!.

      Bagaimana penglihatan nak melihat mata, sedangkan mata itu sendiri adalah penglihatan dan penglihatan itu, adalah mata!………………………………..

      Jadilah mata melihat mata, mata menyatakan mata dan mata mengenal mata………………………………….

      Bagaimana mungkin kita nak mengenal Allah, sedang yang mengenal itu sendiri itu, adalah juga yang dikenal!. Yang dikenal itu sendiri adalah juga yang mengenal.

      Itu mmakanya Hadis Baginda Rasulullah mengatakan “Ana araftu Rabbi Bibbbi” (aku mengenal Allah dengan Allah atau aku mengenal Tuhan dengan Tuhanku)

      Kitakan dah mati, kitakan bersifat dengan sifat tidak wujud (tidak ada). Yang wujud dan yang bersifat ada itu, hanya Allah. Jika Allah sahaja yang ada, mana yang dikatakan adanya diri kita?………………………………..

      Kesimpulannya disini, Allah jangan dicari dan tak perlu dicari, kerana yang mencari itu, adalah juga yangn dicari (setelah garam diri telah terlebur dalam lautan masin)…………………………….

      Like

  4. Yang melihat dan terlihat pun ALLAH sedangkan diri yg tiada ini hanya buta sebagaimana orang yg sudah mati jadi mata kita adalah mataNYA.

    Like

  5. Bolehkah kita melihat Allah ?

    “Jika penglihatan boleh melihat mata, maka tuan-tuan boleh melihat dan memandang Allah. Sekiranya penglihatan tuan-tuan tidak boleh melihat mata, maka begitulah tidak bolehnya melihat Allah atau roh!.
    Sebab apa kita tidak boleh melihat?. Dan sebab apa penglihatan tidak boleh melihat mata?”

    Soalnya, yang mana satu yang melihat? Mata atau penglihatan?

    Kalau kita melihat dengan mata, kenapa orang buta, ada mata, malah besar, bulat lagi celik, tetapi masih tidak dapat melihat? Kalau kita melihat dengan mata, kenapa bila kita pejam mata, kita masih nampak gambaran rupa sesuatu? Cuba kita tutup mata, bukankah kita masih nampak rupa ibu kita? Bukankah kita masih nampak wajah anak kita? Bukankah kita masih nampak rupa kereta, rupa duit, rupa artis, rupa buku dan rupa segala? Orang buta sekalipun masih boleh melihat dan nampak “gelap” atau “hitam” atau “kelam” meskipun dia tiada kedua biji mata. Ini bermakna kita bukan melihat dengan mata !

    Orang buta bukan tidak boleh melihat kerana tidak ada mata, tetapi orang buta tidak boleh melihat kerana tidak ada “Penglihatan”, maka ternyata yang melihat itu bukan mata tetapi yang melihat itu penglihatan. Penglihatan bukan mata dan mata bukan penglihatan tetapi saling nyata-menyata, namun tidak sama.

    Umpama api dengan panas, umpama garam dengan masin, umpama kaca dengan gelas. Masing-masing berpisah tidak, bercantum pun tidak, tetapi saling nyata-menyata di antara satu dengan yang lainnya. Api menyatakan panas, panas menyatakan api, tanpa api bagaimana nak mengenal panas, tanpa panas tidaklah api dikatakan api (tiada).

    Begitu juga perumpamaan antara mata dengan penglihatan. Mata menyatakan penglihatan (menyatakan perihal yang dilihat) dan penglihatan menyatakan mata (menyatakan perihal yang melihat), tanpa mata bagaimana nak mengenal penglihatan (mengenal apa yang dilihat) dan tanpa penglihatan bagaimana nak mengenal mata. Namun sebelum mata boleh mengenal penglihatan dan sebelum penglihatan boleh mengenal mata, perlu ada satu syarat. Syarat itu ialah, perlu ada CAHAYA . Bila ada cahaya baru ada penglihatan dan penglihatan itulah yang dizahirkan kepada mata. Bila ada cahaya, barulah orang buta yang tidak ada dua biji mata sekalipun masih boleh melihat, meskipun yang dilihat itu cuma hitam, atau gelap atau kelam. Cahaya itulah yang menampakkan yang hitam, yang gelap dan yang kelam.
    Bila ada cahaya barulah kita boleh melihat rupa ibu kita, rupa isteri kita, rupa anak kita. Bila ada cahaya barulah kita nampak mimpi-mimpi kita tatkala tidur, meskipun mata tertutup rapat. Cahaya inilah yang diumpamakan sebagai “Roh”. Tanpa roh bermakna mati, bila mati tiadalah penglihatan, hancurlah mata.

    Mata itu perkara yang TERSURAT (zahir). Penglihatan itu perkara yang TERSIRAT (batin). Manakala Cahaya itu perkara yang Tersirat di dalam Tersirat(diri batin)

    Zahir (mata) itu boleh dilihat, tetapi perlukan batin (penglihatan) untuk melihat dan batin itu perlukan diri batin (roh) untuk menampakkan. Tanpa diri batin (roh), maka segalanya tidak berfungsi. Mati !

    Justeru itu, untuk melihat yang zahir, perlu ada yang batin dan untuk melihat yang batin perlu terlebih dahulu mengenal diri yang batin. Hanya yang batin boleh melihat yang batin dan hanya yang batin juga boleh mengenal hakikat diri yang batin.

    Mata tidak boleh melihat mata, kerana hal “melihat” (penglihatan) itu adalah hal batin. Bila yang melihat itu hal batin, maka yang nampak juga adalah hal batin. Bila mata (zahir) melihat mata (zahir), apa yang nampak? Kosong! Tidak nampak apa-apa! Kenapa kosong dan tidak nampak apa-apa? Nak nampak apa sedangkan nak melihat diri mata sendiripun tidak boleh!

    Mana mungkin secara zahir, mata kita boleh melihat mata kita sendiri?, melainkan jika kita gunakan perantaraan cermin atau air, atau kamera atau apa saja perantaraan. Jika kita guna cermin, baru kita nampak penzahiran mata kita di atas cermin. Penzahiran mata dalam wajah di atas cermin itulah hal kita, hal makhluk yang mati yang tak mampu untuk melakukan segala sesuatu wa’imah untuk mengelipkan mata sekalipun. Penzahiran wajah dicermin itu hanya menerima dan mengikut perlakuan tuan yang empunya diri yang memegang cermin itu.

    Wajah pemegang cermin di atas cermin itu nampak macam nyata, tapi hakikatnya ia tidak nyata. Ia hanya penzahiran atau pembalikan wajah si pemegang cermin yang dinampakkan oleh penglihatan ke atas cermin kepada mata.

    Hal batin itu boleh “dikiaskan”atau “dizahirkan” untuk dinampakkan secara zahir melalui mata. Tujuan kiasan atau penzahiran itu adalah untuk mengenal diri batin. Bila diri batin itu telah dikenal, maka nyatakanlah diri batin itu dalam setiap sesuatu yang kita lakukan, baik zahir atau batin.

    Contohnya begini.

    Cuba kita pandang pada sebatang pokok. Mata (zahir) yang memandang itu dapat melihat pokok kerana adanya penglihatan (batin). Pokok yang dipandang itu dinampakkan oleh penglihatan pada mata kerana ada cahaya (diri batih/roh). Pokok yang “dizahirkan” pada mata itu nampak macam nyata (ada) namun hakikatnya pokok itu tidak nyata! (tidak ada).

    Kenapa tidak ada? Sekarang kita pegang pokok yang dinampakkan oleh penglihatan itu. Apa yang kita pegang. Kalau yang dipegang itu daun, itu bukan pokok, itu daun kepada pokok. Kalau yang dipegang itu ranting, itu bukan pokok, itu ranting kepada pokok. Kalau yang dipegang itu akar, itu bukan pokok, itu akar kepada pokok. Begitu juga dengan buah, bunga, dahan, putik dan sebagainya. Semua itu bukan pokok tetapi adalah buah, bunga, dahan, putik kepada pokok.

    Maka yang mana satu pokok? Pokok tiada! kosong! dan tidak nampak! Setiap kali kita ingin menunjukkan diri pokok, tunjuk kita itu akan menunjukkan diri yang lain. Ingin menunjukkan pokok, tetapi yang ditunjuk itu daun. Ingin menunjuk pokok, tapi yang ditunjuk itu dahan. Ingin menunjuk pokok, tapi yang ditunjuk itu buah. Seolah-olah pokok itu hilang bila setiap kali ditunjuk.

    Yang ada cuma nama yang bergelar “pokok”. Pokok itu dinamakan pokok hanya untuk memudahkan kita mengenal akan hal yang dizahirkan oleh mata. Bila ada nama baru mudah untuk kita kenal dan baru mudah untuk kita bercakap tentang perkara yang kita lihat. Namun, jika pokok tiada, kosong dan tidak nampak, apa pula yang dinampakkan oleh mata itu kalau bukan pokok? Nampak zahir ada pokok, tapi hakikatnya tiada pokok. Ilmu apa ini, nampak macam ada tapi tiada?

    Tiada bukan bermakna tidak wujud. Kalau tidak wujud maka pokok itu tidaklah kita nampak. Kalau tidak nampak, macam mana pula kita tahu itu pokok? Tentulah bila kita nampak, baru kita kenal itu pokok.

    Tiada di sini bermaksud tidak nampak, tidak nampak bukan bermaksud buta. Tidak nampak kerana dek terlalu hampirnya penglihatan dengan mata. Umpama kita melihat kuku di jari telunjuk, dari jauh kita boleh melihat kuku, tapi bila jari didekatkan hampir bersentuh mata, kita langsung tak nampak kuku. Kuku tetap ada, tapi kita tiada penglihatan untuk melihat kuku yang teramat dekat dengan mata itu. Dek kerana terlalu dekat itulah, mata tidak nampak akan kuku.

    Inilah hakikat pokok. Yang kita nampak itu cuma satu pokok, tetapi dari diri pokok yang satu itulah ia menunjuk dan menyatakan banyak diri-diri yang lain. Dari diri pokok yang satu itulah kita nampak daun. Dari diri pokok yang satu itulah kita nampak dahan. Dari diri pokok yang satu itulah kita nampak buah, nampak ranting, nampak bunga, nampak akar, nampak hijau, nampak tinggi, nampak bentuk, nampak burung, nampak gerak angin, nampak embun, bahkan nampak hantu sekalipun!!

    Sebaliknya, tiap-tiap diri yang satu itu, samada daun, dahan, buah, ranting, bunga, akar, hijau, tinggi, bentuk, burung, gerak angin dan hantu itupun menyatakan tentang diri pokok yang satu itu juga.

    Yang satu menyatakan yang banyak dan yang banyak menyatakan yang satu. Saling nyata-menyata tetapi tidak sama. Pokok bukan daun dan daun bukan pokok, tetapi dari pokok itulah daun menyatakan dirinya dan dari daun itulah pokok menyatakan dirinya. Daun juga banyak, tetapi bilangan daun yang banyak itu tetap menunjukkan setiap diri-diri daun yang satu.

    Umpama bila kita membilang jari yang ada pada tangan kanan. Nampak ada 5 jari (banyak) tetapi yang 5 jari itu menunjukkan diri ibu jari yang satu. Yang 5 jari itu, menampakkan jari telunjuk yang satu, nampak jari hantu yang satu, nampak jari manis yang satu, nampak jari kelingking yang satu. Yang nampak pada bilangan ada 5 jari, tetapi tetap menunjukkan diri-diri jari lain yang satu. 5 jari pun betul, 1 jari pun betul. 5 menunjukkan yang 1, yang 1 menunjukkan yang 5. Saling nyata menyata tetapi tidak sama. 5 bukan 1, dan 1 bukan 5, tetapi kesemuanya Jari.

    Hakikatnya, pokok itu perkara batin. Perkara batin tidak boleh dilihat oleh mata zahir. Hanya “mata batin” boleh melihat perkara batin. Hal batin tidak dapat diperjelaskan oleh kata-kata. Hal batin adalah bahasa rasa, bukan bahasa kata-kata.

    Begitulah perumpamaannya bila cuba menjawap soalan, Bolehkah kita melihat roh atau bolehkah kita melihat Allah ?

    Mata itu dikiaskan sebagai hal zahir. Melihat (penglihatan) dikiaskan sebagai hal batin. Roh itu dikiaskan sebagai diri batin. Allah itu dikiaskan sebagai hakikat batin. Yang zahir tidak boleh melihat yang batin. Hanya yang batin dapat melihat yang batin. Untuk melihat yang batin, matikanlah hal-hal zahir (makhluk). Pulangkan segala sesuatu yang bernama (nama), pulangkan sesuatu yang berbuat (perbuatan), pulangkan sesuatu yang bersifat (sifat) dan pulangkan sesuatu yang berzat (zat) kepada pemilikNya. Bila segalanya telah dipulangkan, akan matilah perihal zahir (makhluk), mati nama, mati perbuatan, mati sifat, mati zat. Bila mati yang zahir, akan hidup dan nampaklah yang batin. Bila nampak yang batin, kelu lidah untuk berkata-kata, kerana tiada kata yang mampu untuk menggambarkan akan apa yang nampak.

    Batin adalah bahasa rasa bukan bahasa kata-kata.

    Maka bolehkah kita melihat Roh atau Allah ?

    Lihat lah !

    Hamba budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

    WiraSatria

    Like

  6. Asalamu’alaikum. Saya adalah peminat yang baru mengikuti blog tuan dan tidak terlepas mengikuti setiap nukilan yang amat berharga oleh tuan. Kandungan yang amat kemas tersusun indah diperkuatkan dengan ibarat yang amat jelas lagi sabit. Teramat ruginya dirasakan jika terlepas ilmu fahaman yang begitu tersentuh dan menyentuh qalbu. Amat rugi kiranya ramai orang Islam diluar sana tidak mengikuti blog tuan yang saya kira benar benar jalan untuk kembali kepada asal. Kandungan dan persoalan persoalan yang merupakan usul untuk mencari yang asal.

    Dari apa yang saya fahamkan segala pencarian tetap berakhir dihadapan kita, menyeluruh, meliputi lapang. Dekat tidak berperantara dan jarak tidak berenggang. Dihadapan kita yang tersergam dan tersimpan segala rahsia yang sebenarnya benar adalah perbendaharaan yang bukan lagi tersembunyi yang sangat perlu diterokai, tiada berhuruf dan tiada bersuara. Sehinggakan lidah kelu untuk berkata dan musnah segala kata untuk dibicara akan keujudanya. Hanya dari sinilah ternyata segala afa’al, sifat, asma’ dan sebagainya untuk dijadikan cerita, kias dan bahas. Ini jugalah yang didikata nama yang tersembunyi yang telah menjadi asal segala nama nama yang banyak dan akan dikembalikan semula pada yang Esa, yang empunya.

    Bukanlah ilmu itu didalam kepala yang hanya berupakan oragan otak sahaja. Sebenar benarnya ilmu berada dihadapan mata. Lihatkan saja keluar dan masuknya nafas yang pasti akan diketahui tempat asal dan kembalinya kita. Disini jugalah beradanya syurga dan neraka yang amat jelas saperti yang diriwayatkan didalam hadith : “syurga dan neraka berada paling hampir dengan kamu saperti tali capal” Tuan telah dinyatakan menjadi hijab yang telah membuka segala rahsia. Tahu dan fahamlah bahawa Allah sangat pengasih lagi penyayang. Hidup telah disempurnakan olehNya dengan begitu teratur dan sabar sehingga makan, minum, mandi, tempat tidur malahan pasangan hidup juga telah diuruskan dengan sempurnya sekali. Segala pujian tertentu bagi Allah pencipta sekelian alam.

    Maafkan saya kiranya pendapat dan fahaman saya tersasar. Tegurlah saya dan berikanlah panduan kepada seorang insan yang telah sekian lama teraba raba didalam terang, seorang insan yang insaf dan mengaku dengan sebenar benarnya tiada yang lain yang disembah melainkan apa yang saya lihat dan rasakan.

    Like

      1. Pencarian telah membawa kita mengembara sebegitu jauh sekali dan telah mengambil masa yang teramat lama. Namun semua itu pasti akan kita lalui dan saperti kata pepatah, manakan dapat sagunya kalau tidak dipecahkan ruyung. Hasil dari penat lelah dan tekanan fikiran serta onak dan ranjau yang telah kita lalui itu akan memberikan kita satu kepuasan dan ketenteraman yang tak mungkin dapat diperkhabarkan melalui bahasa. Seindah mana pun bahasa dan semerdu mana pun suara, tetap datangnya dari tempat yang satu.

        Kita mendapat hidup dan segala gerak atau diam daripada nafas yang keluar masuk. Dengan itu terbentuklah berbagai sifat, afa’al, asma’ dan diri sekelian makhluk. Dari situlah maka terpapar kerenah makhluk yang berbagai dan dari sinilah bermulanya syariat (kenyataan) beserta hukum yang telah pun ditetapkan.

        Nafas yang keluar masuk yang telah menggerakdiamkan itu datangnya dari “lapang” yang begitu nyata dengan senyata nyatanya dihadapan kita. Dimana kamu halakan pandangan kamu tetap akan kelihatan “lapang”.

        “Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, Maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah[83]. Sesungguhnya Allah Maha luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui.

        [83] Disitulah wajah Allah maksudnya; kekuasaan Allah meliputi seluruh alam; sebab itu di mana saja manusia berada, Allah mengetahui perbuatannya, Karena ia selalu berhadapan dengan Allah”.

        [002. Al Baqarah : Ayat 115]

        Tidak dapat hendak dibayangkan dan tidak mungkin dapat diungkapkan dengan sesuatu apa jua pun melainkan terpegun dan tergamam dengan keujudanNya. Tiada kata secantik bahasa untuk diberikan pujian dan tiada kata yang dapat diluahkan sebagai berita untuk disampaikan. Hanya mereka mereka yang sabar, tabah, tekun dan berkemahuan sahajalah yang dapat merasakan DIA beserta dimana dan kemana sahaja kita berada. Begitu kasih dan sayangnya DIA kepada makhluknya sehinggakan tidak dapat bercerai walau sebesar zarah sekalipun. DIA adalah kekasih awal dan kekasih akhir. DIA “sedia” menguruskan hidup dan matinya kita dan DIA “tetap” bersama kita dalam apa jua keadaan sekali pun. DIA “tetap” bersama walaupun kita tidak mengingatiNya. DIA yang lebih mengetahui segala apa yang tesurat dan tersirat dihati kita.

        “dan Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa Yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”,

        [050. Qaaf : 16]

        Olih itu saya, sebagai seorang insan biasa yang tidak punyai apa, bermohon kepada Tuan agar teruskanlah menulis. Tuan adalah “kurnia” Illahi dengan semangat yang tabah dan cekal untuk berkongsi segala yang tersirat yang hanya dapat diperkhabarkan oleh mereka mereka yang telah melalui dan merasakan “MATI”. Berbicara dari pengalaman amat mudah difahami dari mereka mereka yang hanya dapat menyampaikan melalui ilmu yang tidak berkemungkinan sampai kepada yang diceritakan. Saya tetap akan mengikuti nukilan tuan dengan setiap siratan yang disuratkan.

        “Dan janganlah kamu (berkata) atau mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya”.

        surah al-Isra’, ayat 36

        Dapatlah kiranya tuan menerima saya sebagai seorang murid yang buta, jahil dan yang tidak berdaya. Berkongsilah dengan saya melalui penulisan tuan akan pengalaman yang telah dan sedang dilalui. Saya amat menyanjungi rekabetuk seni penulisan tuan. Hanya jauhari jua yang mengenal manikam.

        Like

      2. Mahasuci Allah. Dialah yang melakukan segala sesuatu. Apa lah daya hamba untuk berbuat sesuatu melainkan melakonkan saja segala perlakuan.

        Hambalah yang sepatutnya meminta jadi murid ayahanda, bukan sebaliknya. Ayahanda lah yang sebenarnya telah banyak mengajar hamba.

        Ayahanda,

        Hamba bukan wali. Bagaimana mungkin hamba dapat menjadi “Teman Allah” yang menjadi pelindung? Untuk mengenal Allah pun hamba sudah tidak tahu apatah lagi untuk jadi temanNya.. Untuk berlindung pun hamba tiada perlindungan, apatah lagi untuk jadi pelindung..

        Hamba amat berterima kasih di atas segala nukilan ayahanda. Sekali lagi, izinkan hamba mencedok segala ilmunya. Semoga dengannya, hamba dapat beroleh faham.

        Terima kasih ayahanda.

        Like

      3. Cedoklah seberapa banyaknya ilmu dan ianya tidak akan berkeberkatan dan tidak memberikan munafaat sekiranya tidak diamalkan. Ilmu sekadar tahu dan ilmu yang baik sepatutnya diamalkan iaitu dilakukan. Kita tidak akan tahu kiranya minuman itu manis selagi tidak kita merasainya. Zaman menjadi ikutan telah sepatutnya lama berlalu. Mencuba dan melakukan sesuatu yang baik itu akan meningkatkan kedewasan kita. Usah diletakkan harapan kepada setiap perkara yang dilakukan sebab kekecewaan akan tetap membelenggu kita kiranya tidak mendatangkan pulangan saperti yang diharapkan. Lakukanlah segalanya dengan hati yang ikhlas, sebab mereka yang sebegini tidak mengharapkan balasan dan bersikap redha dengan ketentuan Illahi.

        Maafkan saya kiranya komen saya tidak menyenangkan. Kadangkala kita terpaksa terima hakikat walaupun pahit bahawa kita perlukan cermin dalam hidup kita. Rakan dan taulan adalah sebaik baiknya cermin yang sepatutnya kita punyai sebab mereka mereka ini akan menegur segala apa yang kita tidak nampak pada diri kita. Kemudian itu barulah kita mencari cermin yang sebenar untuk perjalanan kita pulang ke kampong halaman kita, kampong asal yang telah lama dilupakan.

        Like

    1. Sejahtera juga buat tuan guruku yang amat hamba hormati lagi kasihi.

      Hamba amat terharu mendapat email dari ayahanda. Tambah terharu bila ada kata-kata “pujian” dari ayahanda. Terketar dan terkedu hamba membaca email ayahanda. Tuhan itulah yang memuji diriNya sendiri.

      Ayahanda yang dikasihi,

      Nukilan hamba di blog ayahanda semata-mata ingin mencari faham. Selepas membaca buku Mengenal Diri, nukilan ayahdanda, hamba mendapat faham, seolah ayahanda mengajar hamba depan-depan, mata bertentang mata. Hamba mula mengerti erti mengenal diri.

      Guruku,

      Apa yang hamba nukilkan, hanya mencurahkan kembali ilmu-ilmu yang ayahanda ajarkan dari kitab-kitab dan tulisan-tulisan di blog ayahanda. Ayahanda pernah berkata bahawa ilmu yang ayahanda curahkan itu bagai air terjun yang melimpah ruah, terpulang kepada sesiapa yang ingin mencedoknya samada ingin secedok, ingin sebaldi atau ingin sekolam. Hamba mendapat limpahan ilmu yang ayahanda sampaikan hingga lemas dan karam dek kerana banyaknya limpahan bagai empang yang pecah. Terima kasih sebanyak banyaknya atas pencerahan yang telah ayahanda berikan.

      Hamba lah yang sepatutnya menerima teguran dari ayahanda andai ada salah silap dalam memberi jawapan. Tegurlah hamba wahai guruku yang dikasihi.

      Terima kasih sekali lagi wahai guruku. Izinkan hamba terus belajar dan mencedok ilmu yang ayahanda berikan.

      WiraSatria.

      Like

      1. amin, amin, amin ananda wali. Mari kita sama2 tegakkan ilmu Allah dipersada dunia. Jgn lagi berlengah dan ditangguh2, untuk meyampaikan kebenaran makrifat!, umur kita sudah tidak mengizinkan kita tinggal lama di dunia ini, sebelum kita tutup mata, ayoh ananda ku, kita sama2 berjuang.Ananda salah seorang wali Allah yang sampai kpd ilmu rasa. amin

        Like

  7. Amat ramai dikalangan pembaca yang telah menyampaikan kefahaman yang tinggi kedalam blog makrifattokkenali.com yang kelihatan semakin meyakinkan bagi TG Hj Shaari. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada TG Hj Shaari yang telah berjaya menarik minat pembaca kepada ilmu makrifat. Amat diharapkan kepada mereka mereka yang diluar sana dapat memberikan sokongan kepada TG Hj Shaari yang berupa pendapat atau pun pandangan; atau juga mungkin ada dari kalangan pembaca yang sudah pun memilikki ilmu yang sama yang perlu dikongsikan bersama.

    TG Hj Shaari diumpamakan saperti gunung yang telah menghasilkan air terjun yang begitu indah dialam cyber. Blog TG Hj Shaari seumpama tempat perkelahan dan tempat mencarai kedamaian dihati. Udaranya nyaman, tempatnya tenang dan aman dan tersangat menyenangkan.

    Didalam menghayati ketenangan jiwa, pernah kah rakan pembaca terlintas difikiran dari mana kah datangnya segala ilmu yang TG Hj Shaari curahkan ini dan dimana kah tempat simpan ilmu TG Shaari yang tidak dapat diperkatakan banyaknya. Didalam penulisanya, TG Hj Shaari telah menyatakan beliau telah diketemukan ilmu ini sedari kecil lagi sehingga sekarang. Dengan jarak masa yang begitu panjang maka sudah tentunya ilmu yang diperolehi beliau tidak terhingga. Rasanya tak muat kiranya hendak disimpan dikepala, maka dimanakah agaknya tempat simpanan ilmu TG Shaari?

    Bagaimana kalau saya mencadangkan agar kita ramai ramai berpakat merompak gedung simpanan ilmu TG Hj Shaari kiranya kita tahu dimana letaknya ia. Agak agak kita, miskin kah TG Hj Shaari kiranya gedung ilmu beliau dirompak?

    Mohon maaf TG Hj Shaari, saya hanya mengusik. Kata orang muda usik mengusik bawa bahagia, betul kah itu?

    Like

  8. 7 sifat Allah nyata dan zahir pada diri tuan2. Basar (melihat). Tuan2 melihat bukan dengan mata. Tuan2 melihat dengan PENGLIHATAN. Bagaimana rupanya PENGLIHATAN itu? Bukankah ianya LAISA KAMISLIHI SYAIUN? Tidak malukah tuan2 bila sedar tuan2 menggunakan nikmat PENGLIHATAN yang tak dapat nak diperkatakan maujudnya?

    Like

  9. Jika kita tidak boleh tengoh matahari dengan mata telanjang kita. Walhal matarahari adalah makluk kejadian ALLAH ( Baru). Maka bagaimana kita tidak boleh melihat ALLAh pencipta Sang Matahari ?

    Like

Leave a comment