Mari Berkalimah Dgn Maksud “MENGETAHUI”

KALIMAH SYAHADAH

Sebelum berkalimah syahadah, terlebih dahulu marilah bersama-sama kita memohon petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t, agar lafaz yang terkeluar dari kalam bibir kita itu, dipersetujui, diperkenan dan diredhai Allah s.w.t.

Bagi mendapatkan perkenan atau persetujuan Allah s.w.t, hendaklah terlebih dahulu kita tanya kepada diri kita sendiri, apakah kalimah syahadah yang telah berlangsung di kalam bibir kita itu, dihayati dengan sajian  ilmu atau berlangsung dengan sekadar dendangan alunan suara  bibir?.

Hanya hati mereka-mereka yang ditunjuki, dianugerah dan yang dikehendaki  Allah s.w.t sahaja yang dapat membuka simpulan iman yang tersembunyi di sebalik kalimah syahadah. Allah s.w.t sahaja yang dapat membuka simpulan iman itu dan hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat  memberi petunjuk ke arah mengetahui rahsia di sebalik syahadah.

Simpulan iman yang tersimpul di sebalik syahadah itu, teramat sulit untuk dibuka oleh akal. Syahadah itu, tersimpul disebalik simpulan iman. Simpulan iman itu tersimpul di dalam  kalimah  “tahu“  tetapi tidak  “mengetahui” (kenal). Perkataan tahu itu, adalah  simpulan yang tersimpul di sebalik khayalan akal  atau hanya sekadar angan-angan.

Maksud Lafaz Syahadah Yang Sebenar

Terjemahan sebenar kalimah La Ila haillah” itu, adalah bermaksud “Aku mengetahui  tiada lain melainkan hanya Allah”. Jika tidak kita faham dan tidak kita ketahui  makna di sebalik   maksud, seberapa banyak sekalipun kita menyebut perkataan bersaksi atau  kita menyebut perkataan naik saksi, tidak bermakna kita sudah bersyahadah!. Lafaz syahadah kita itu, hanyalah sekadar lafaz di bibir yang berangan-angan atau khayalan akal semata-mata!.

Lafaz syahadah dalam keadaan tidak mengetahui, adalah lafaz yang tidak terlafaz atau ucap yang tidak terucap. Syahadah dari bibir mereka-mereka yang dalam berkeadaan hilang ingatan, hilang akal, khayal atau dalam berkeadaan mabuk. Lafaz syahadah dari bibir orang  yang “tidak megetahui” itu, seumpama  garam yang tiada masin!. Lafaz yang tidak diterima Allah s.w.t!.

Maksud atau makna perkataan “mengetahui” itu, adalah merujuk kepada “mengenal”. Sekiranya kita tidak mengenal Allah s.w.t, apa kesaksian yang hendak kita persaksikan atau yang hendak kita  persembahkan kepada Allah s.w.t?. Cuba anda jawab pertanyaan saya?.

Setiap yang bersaksi, hendaklah terlebih dahulu mengenal antara satu sama lain. Sepatutnya yang bersaksi itu, mengenal dengan yang menyaksikannya!.  Sekiranya saksi tidak kenal kepada yang menyaksi dan yang menyaksi pula tidak mengenal kepada yang bersaksi, apakah ertinya bersyahadah?. Di antara mereka saling tidak kenal-mengenal di antara satu sama lain, apa yang hendak kita persaksikan?.

 

Apakah Maknanya Naik Saksi Tetapi Dengan Tidak Bersaksi (Saksi Yang Tidak Mengenal Yang Disaksi!)

Sekiranya anda masih tidak faham apa itu maksud saksi dan apa itu maksud yang menyaksi, mari ikut saya. Saya bawa anda masuk sekejap ke dalam mahkamah!. Saya mahu anda menjadi seorang saksi dalam satu kes rompakan bersenjata yang mendatangkan kematian. Secara kebetulan, anda melihat dan menyaksikan rompakan tersebut dengan mata kepala sendiri. Sebagai saksi, tuan hakim meminta anda mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan.

Hakim mengumpulkan beberapa orang suspek untuk anda kenal pasti, yang mana satukah perompak yang benar-benar melakukan rompakan tersebut.

Cuba tuan-tuan jawab soalan saya, bagaimana sekiranya anda tidak dapat cam atau tidak dapat untuk mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan tersebut. Bolehkan anda disebut atau dipanggil sebagai seorang saksi?. Sebagai seorang saksi itu, hendaklah mengenal orang yang disaksikannya!.

Begitu juga halnya dalam soal kita berkalimah syahadah.  Kita mengaku untuk naik saksi bahawasanya tidak ada Allah lain selain Allah!. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, bila masanya anda mengenali Allah s.w.t?.  Bila masanya anda pernah melihat Allah s.w.t?.

Sekiranya anda belum pernah melihat Allah dan belum pun pernah mengenal Allah, bagaimana anda hendak menjadikan diri anda itu sebagai seorang saksi, sekiranya anda sendiri belum pernah menyaksikannya.

Seorang saksi yang belum pernah dipersaksikan (belum pernah diperlihatkan), mana mungkin dapat menjadi saksi bagi menyaksikan suatu kesaksian?. Cuba jawab, cuba jawab dan cuba jawab dengan hati yang jujur?.  Boleh atau tidak?. Jika jawapannya memihak kepada tidak, bagaimana kesaksian anda terhadap kalimah syahadah yang anda sendiri sebut dan yang anda sendiri lafazkan?. Tidakkah itu satu pembohongan atau satu penipuan?. Anda adalah seorang makhluk pendusta!.

Dusta pada Allah s.w.t, dusta pada pandangan masyarakat dan dusta juga kepada diri sendiri!. Apakah ertinya tuan-tuan dan puan-puan sebagai hamba Allah s.w.t yang berpaksi kepada kalimah syahadah?. Cuba jawab kepada diri sendiri!.

 

21 Replies to “Mari Berkalimah Dgn Maksud “MENGETAHUI””

  1. benar tuan guru….tatkala penciptaan roh…penciptaan nafsu….penciptaan akal….insan di alam dunia….sakaratul maut…..hinggalah ke alam kubur….semuanya di tanya soalan yang sama dan basi. SIAPA TUHANMU?????

    soalan ini adalah merujuk samaada kita mengenal atau tidak Allah yang satu….tetpi sayang….walaupun diceritakan di dalam al-quran agar manusia mengambil ikhtibar…tidak ramai yang memahami maksud Allah….

    terima kasih guru…

    Like

  2. Salam tn Guru,
    Allah sentiasa memberkati guru dn kluarga dlm apa pn yg tn guru perjuangkan.. Amin.

    Tn guru, d sini ingin sy berkongsi sedikit mimpi sy pd tn guru. Sy bukan lah org seni yg pandai dlm berkata2 tp moga tulisan sy dpt mudh d mengerti.

    Mimpi sy bgni.. sy dn tn guru duduk d kerusi kayu d halaman yg ala2 kampung menikmati pohon2 dn angin2 sepoi bahasa, kemudian dtg seorg pemuda tidak terlalu tua dn tidak terlalu muda dlm lingkungan 40an dtg d hdpn tn guru berhajat untuk menuntut ilmu Tok Kenali.. tn guru hnya tersenyum dn berkata pd pemuda itu.. iya iya..bljr lgi ye.. bljr lgi.. dn pemuda itu berlalu pergi.
    Sya bertyn pd guru, knp guru x ingin mengjr org yg dtg menuntut ilmu Tok Kenali tu..
    Guru menjwb pd sy, tdk apa.. cuma kamu ada sesuatu yg ingin sy ajarkn pd kmu suatu ilmu yg blm pernh sy ajrkn pd org ln.. ilmu Tok kenali amalan yg sebelum sebelum sebelum sebelum lgi selain mematikn diri..
    Sy cuma hairan, dn menjwb pd guru..apakh ilmu itu guru..apa? Guru cuma mnjwb akn sy ajrkn..
    Sy hnya diam memujuk hti agr bersabar, kiranya sy berezeki dn ada tkdir psti guru akn smpaikn pd sya krna x ingin memaksa guru. D dlm hti.. hrus bljr sabar sabar lgi..
    Dn terakhir guru berpesan, akn sy ajarkn ye..

    Hnya itu.. dn sy terjga dri tdo.. sy xfhm apkh kiadan tdo sy itu guru.. tp smjk sy mndalami ilmu makrifat ini byk yg sy perolehi tnpa sy pinta. Alhamdullilah.
    Hnya kata2 syukur dn terima kasih yg tak terhingga sya ucapkn pd guru krna x jemu2 membimbing sya dn terlalu byk ilmu yg d berikn pd sy, rn x bosan dgn sgala persoaln2 sy slama ini..
    Allah memberi barokah dn rezeki yg byk bt guru..Amin
    T.kasih guru..

    Like

  3. Kita menyaksikan dengan diri kita bahwa tiada yg nyata hanya allah dialah penanggung rahasia allahdan diri dhohir ini adalah penyata bagi rahasia allah.
    rahasia allah terkandung di dalam muhammad.
    mhon maaf kiranya di betulkan tuan guru.trimakasih.

    Like

  4. benar kata tuan itu. Namun Allah itu maha terag, lebih terag dari cahaya matahri, kenapa ramai yang tdk nampak?. Allah ada dekat dan ada terang jelas serta nyata!. Kenapa tak nampak?. Utk nyatakan Allah, tak perlu kelangit dan tak perlu tunggu mati!. Allah bkhn sesutu, tetapi nyata pada tiap2 sesuatu. Kenapa semua orang nak tunggu mati (alam kubur), baru nak kenal dan baru nak jumpa Allah………………….

    Like

  5. Asalamualaikum tn hj.mengikut pengalaman sy.kalimah syahadah itu di lafaz dengan sebenar benar lafaz yg ketika itu melihat wujud Allah swt tanpa sedikit pun keraguan melihat nyataNya Dia dan yang berkalimah itu pd sy itu adalah DiriNya sendiri.sesungguhNya yang tepatnya yg berkalimah dan melafazkan pun Dia juga.nikmat ketika itu tidak dapat sy khabarkan..keasyikan yg tidak tergambar..rindu teramat sangat kesan kejadian itu sy mengenali Diri Empunya Diri..amin.

    Like

  6. Salam…ingin benar sy kongsikan perjalanan untuk mencapai makrifat..hendaklah ikhlas.mentauhidkan Nya serta penyerahan diri dengan sebenar benar penyerahan diri d samping itu banyak banyak lah bersabar dalam memerangi nafsu nafsu supaya pembersihan hati dapat di laksanakan sekali gus akan terpancarlah nur ilahi…semakin lama perjalanan makrifat itu akan Allah tunjuki sampai lah makam tidak merasa wujud diri hanyut dalam lautan wajahNya..di ketika itu jiwa menjadi tenang tidak bercampur hal kebendaan kerana Empunya diri telah mengambil tempat….itu lah maksud mati sebelum mati…amin

    Like

  7. Mohon koreksi pemahaman saya……Bersaksi bahwa apa semua yg terjadi terzahir,terlahir,adalah gambaran,ke ‘ADA’an yg maha ‘ADA’ tak ada yg lain selain si ‘ADA’ itu sendiri….semua kehendak,kemauan si ‘ADA’ lah yg membuat kita tahu si’ADA’ yg mengetahui/menyaksikan keberadaan si ‘ADA’ sendiri. ma.af kan saya tak bisa mengambarkan.memisalkan,..

    Like

Leave a reply to zarmisukses Cancel reply