Terharu Bercampur Bangga

Setelah membaca komen dari pembaca blog. hati saya menjadi teramat bangga bercampur sedih. Sebab apa?, sebabnya adalah kerana saya dapati kefahaman tuan-tuan  dalam bidang ilmu makrifat ini, telah tersangat jauh dari apa yang saya ajar!. Telah tersangat menjangkaui dari apa yang saya bimbing.

Saya ajar sedikit, tuan-tuan ternyata telah lebih jauh dan telah terlebih tinggi  pencapaiannya!. Syukur kerana telah ramai dikalangan kita yang sudah dapat menempatkan ilmu makrifat pada tempatnya.

Jika dulu, orang takut-takut, sorok-sorok dan sembunyi-sembunyi untuk membicarakan ilmu makrifat, sekarang sudah sampailah masanya ilmu makrifat megambil tempat sebagaimana zaman kegemilangannya!.

Saya hanyalah sekadar insan kerdil yang menghulur galah, yang menjolok buahnya, adalah diri tuan-tuan sendiri. Pandai-pandailah membawa galah, agar dapat menjolok buah yang ranum. Kalau dulu tuan-tuan tidak ada galah, kini, dayung sudah ditangan dan perahu sudah di air, ayuh joloklah buah tauhid dan buah makrifatullah sampai gugur keribaan!.

Rata-rata saya dapati, hujah yang di nukilkan dalam ruangan komen itu, teramat baik dan tinggi.

Biarpun ada dua orang yang membantah, itu sudah lumrahnya alam. Zaman Nabipun ada orang bantah, apa lagi zaman ini. Angggap saja bantahan dari dua atau tiga orang itu, adalah juga dari Allah.  Allah jadikan hati mereka itu begitu, ada tujuan dan  kebaikannya (hikmahnya).  Hikmah dari tuduhan sesat itu,   sekurang-kurangnya,  boleh juga kita  jadikan perbandingan. Jika tidak ada hitam, masakan kita kenal putih?. Sepatutnya kita ucap terima kasih kepada Tuan gapar dan Tuan Mohd Sidek Muhamad  (dulu saudara IKHWAN). Kerana dengan adanya mereka itu, membuatkan ruangan blog kita ini, menjadi lebih meriah dan ceria.

Saya suka ada orang yang membantah-bantah, tentang ilmu saya!. Sekurang-kuranngnya tuan dapat ukur setakat mana  ilmu saya dan setakat mana ilmu orang!. Tinggi atau rendah ilmu makrifat  saya itu, tidak akan dapat diketahui sebelum ianya diuji. . Jika tidak diuji, masakan kita tahu tingggi rendahnya makrifat Tok Kenali.

Sebelum anggota tangan Tuan Gapar dan Mohd Sidek Mohd Lam menulis diruangan komen blog ini, sesungguhnya Allah sudah terlebih awal menulis sebagaimana mereka tulis!. Mereka berdua itu, hanya sekadar melakonkannya semula!. Jadi kita tidak boleh marah kepada meraka. kerana itupun juga Allah…………………………………

Baik buruk itu, adalah kenyataan kebesaran Allah.  Jika berlaku baik, kita selalu katakan dari Allah, bilamana berlaku buruk , apakah ada Allah lain yang buat?…………..Sedikitpun saya tidak berkecil hati!. Kenyataan dari mereka berdua itu, baru sedikit dan kecil, berbanding yang lepas-lepas!………………

Ada orang yang berasal dari kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur, telah menalipon sahabat kita yang diPadang Besar melalui (019 5189 667), mengatakan yang ilmu makrifat Tok kenali ini sesat dan salah. Untuk megetahui siapa orang itu, tuan callah nombor diatas.

Ada orang yang melaporkan sampai ke majlis Agama Islam Putera jaya dan jakim puterajaya. Ternyata saya sebagaiman yang tuan-tuan lihat sekarang (dengan izin Allah). Ada orang yang sanggup melaporkan ceramah saya takda tauliah kejabatan agama, ternyata saya ada lesen Penceramah Motivasi Kerohanian (speritual Motivasi), pengedar, penerbit, penjual, penulis, pengarang, pencetak………..yang sah disisi Undang-undang!.

Sampai KDN menyiasat sampai kerumah peningggalan arwah ibubapa saya diTanah Merah kelantan. Ternyata kuasa Allahh masih meyebelahi saya! Dari mulut pegawai KDN, sendiri menalipon saya melalui telinga saya sendiri mendengar yang bahawasanya “TIDAK ADA APA-APA ISU YANG HENDAK DIKETENGAHKAN”.

Ramai orang yang tuduh kitab Mengenal diri (merah) dan Mengenal Allah (hijau)  itu, diharamkan oleh JAKIM. Saya minta dengan hormat, mana yang menuduh sesat itu, talipon sendiri ke JAKIM Puterajaya dan KDN dan saya minta bukalah diruangan pengharaman kitab!. Kitab saya tidak termasuk dalam senarai diharamkan!.

Itulah cabaran yang saya hadapi sepanjang berkecimpong dalam dunia makrifat!. Dengan dua tiga orang yang menudoh ilmu Tok Kenali sesat, salah dan saya bodoh itu, tidak memungkinkan saya berhenti dari berkariya!. Patah sayap bertongkat paroh, namun berundur tidak sekali, melainkan mati………………………………….

Sahabat-sahabat diluar sana, kejilah saya, cacilah saya dan fitnahlah saya, itu sudah menjadi “nasi makan dan air minum” bagi orang makrifat seperti saya, yang tidak sunyi dari difitnah!.

Sepanjang saya berkariya, saya hanya baru jumpa tiga orang yang membantah ilmu Tok kenali. Pertama saudara IKHWAN  kedua saudara GAPAR dan saudara MOHD SIDEK MUHAMAD LAN ADFALAH. Terima kasih, denngan kehadiran tuan, lebih menceriakan ruangan blog!. Saya minta maaf, andainya  sepanjang saya berkariya, ianya telah meyinggong atau menguris hati tuan.

Terima kasih kerana menceriakan suasana. Dulu HARIAN METRO JOHOR, keluar kenyataan yang kitab ini, boleh mengelirukan. Dgn kelularnya berita itu dalam Harian Metro dua hari berturut-turut, kitab Tok kenali ini sekarang, sudah menerima banyak tempahan demi tempahan.

Kepada berpuloh ribu orang yang menjadi pembaca blog saya, saya ucapkan terima kasih dan amat berpuas hati dengan kefahaman yang tuan-tuan tulis dalam ruangan komen!. Komen tuan itu, dibaca oleh seluruh sahabat-sahabat diluar sana!………………..

Satu pesan saya

JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI

Drp Hj Shaari

51 Replies to “Terharu Bercampur Bangga”

  1. Benar, syukur alhamdulillah, terima kaseh Allah.
    Guru ku pasti tetap ” Patah sayap, paruh kan ku tungkat jua” Semuanya sudah tertulis, apa yang nak jadi pasti terjadi,tidak ada apa yg meninggalkan bekas, semuanya itu adalah kehendakNya jua. Amin, amin, amin.

    Like

  2. Amatlah benar kenyataan tn guru…dan tiada apa melainkan hanya Allah….berlapang dada saja dgn org2 seperti mereka…asal jgn sampai terlihat adanya diri….itulah ubat bg kalbu mukmin baitullah….

    Like

  3. Benar Guru…..setiap makhluk ada pasangannya…..inikan pula dgn rasa…..Setiap manusia punya rasa berbeza ikut citarasa…..Tapi, rasa yg hakiki & sejati tidak sesekali bercampur dgn rasa buatan…..Rasa hakiki terlebih sukar apabila dah merasa pelbagai macam rasa yg sebenarnya diolah dari rasa yg asal…..Ada orang yg suka masin merasa marah kalau garam tiada…..& ada yg rasa marah kalau manisnya kurang…..Amat sukar bg tukang masak utk memuaskan rasa setiap orang yg menjamah…..Tetapi,bg orang yg sentiasa lapar & hanya tau & kenal ubi rebus yg tawar, semua yg dihidang merupakan rahmat jua…..Dan tidak kurang juga yg boleh rasa segala macam masin,manis,masam & lemak walau dgn sesuap ubi kayu…..

    Like

  4. Yang mengerti juga memahami pengertian / yang mengenal juga menghargai pengenalan /berjalan diaspal berkerikil / biar bisu dalam ungkapan /pasti terbit juga mentari …………….

    Like

  5. Sabas kekandaku sesungguhnya Sabda Rasulullah : ” Jangan kamu mengafir seseorang itu kelak kafir akan datang kepada kamu ” maksud disini rasullullah telah memberi peringatan kepada kita, kita tidak boleh mengata kepada sesiapa apa yang dikatakan akan kembali kepada kita

    Like

  6. salam tuan haji shaari, terlebih dahulu saya ucapkan syabas kerana ikhlas untuk memperkenalkan ilmu makrifat kepada umum. bagi ane yang sedikit ilmu ini, makrifat umpama pedang bermata dua, batasan antara hak dan batil amat halus.
    ane harap tuan dapat berlapang dada, cuba tuan fikirkan pandangan ane yang tak seberapa ini, umum tahu diri yang sebenar diri itu adalah ruh qudus, dan ruh tidak mati. jadi bagaimanakah kita dapat mematikan ruh. kata-kata “matikan diri sebelum mati” itu pada pendapat ane adalah bukan mematikan ruh tetapi mematikan nafsu. kerana apabila mati nafsu maka kembalilah insan itu kepada fitrahnya, iaitu suci bersih.
    berkaitan kata-kata “mengenal diri mengenal tuhan”, diri yang hendak dikenal adalah ruh qudus, kerana ruh qudus ini adalah rahsia bagi insan dan tuhan. al insanu siiri wa ana sirruhu, insan adalah rahsiaKu dan aku adalah rahsia insan. jadi apabila kita kenal ruh qudus kita kenal allah kerana itu adalah rahsianya. (dirinya juga).
    berkaitan debat tuan dengan sdr gapur, bagi ane hanyalah persilisihan teknikal saja, tuan memandang dari sudut fana manakala gapur memandang dari sudut baqa.
    minta ampun dan maaf jika tidak setuju dengan pandangan ane ini. Subhanallah, Maha Suci Allah dari segala sesuatu.

    Like

  7. salam…

    teruskan tuan guru….masih banyak lagi orang2 di luar sana yang sama telah “mati”. cuma mungkin…..diorang tiada di sini…al maklumlah tuan guru…ilmu makrifat ini…pelajaran orang2 terdahulu(orang2 tua)…jadi golongan2 cendikiawan makrifat ini kurang mahir menggunakan internet. sebab itu kelibat mereka terselindung…atau lebih tepat lagi..ulamak2 syariat mashur di kaca2 tv…corong2 radio…dan wadah2 youtube…tetapi para ulamak tasawuf sengaja Allah merahsiakan mereka kerana mereka memegang “perbendaharaan” agung!!! Allah sendiri yang menjaganya…

    sungguhpun saya menerima ilmu ini dari ibunda….beliau tidak pernah melarang sama sekali mempelajarinya daripada orang lain. kerna hakikatnya ilmu ini tetap sama….klu beliau pandai internet…rasanya sekarang ni pasti dia berada sama di cni…begitu juga dgn arwah bapa…syukur ya allah..dikurniakan ibu dan bapa yg arif billah….

    tidak lupa juga kepada tuan guru….teruskan perjuangan tuan guru…kami utuh!! di belakang tuan guru…..amin…dan sekian terim kasih….

    Like

  8. As’salamualaikum Ustaz.

    Maaf dah lama tidak ketemu, teruskan perjuangan Ustaz dalam menyebarkan / membimbing Ilmu Marifat Tok Kenali. Insyaallah mudah-mudahan Allah SWT memberi taufik dan hidayah buat semua. A’min

    Like

  9. Hikmah dsebalik cerita empat org buta mngenal gajah mmbuatkn kita lbih bersifat terbuka mnerima segala tohmahan dn cacian, kerna yg pastinya kulkullum min indillah, kataknlh smuanya dtg dr allah,,

    Like

  10. Salam… kemana pun kita lihat dan pandang di situlah adanya wajah Allah… segala sesuatu tlh ditentukan oleh Allah… bagiNya Segala Pujian…baik buruk sesuatu itu,menunjukkan betapa sempurnanya Allah yg Maha Pencipta lagi Maha Agung… wallahu A’lam.. teruskan berkarya..semoga Allah memudahkan segala urusan… Amin..

    Like

  11. dah menjadi sunnatullah, golongan yg sedikit itu dicerca dihina ambil iktibar dr sirah nabi kita muhammad al-mustofa rasulillah s.a.w dlm mengajak kaumnya mentauhidkan Allah..usah dipedulikan cercaan, hinaan, tuduhan tu tuan haji..teruskan perjalanan jgn putus asa jgn gentar maupun takut kerana “dimana pun kita menghadap disitulah wajah KU”.

    Like

  12. saya ingin tanya sesuatu pada tuan guru.. di pemikiran saya ini bermain yang baik atau yang buruk datangnya dari ALLAH SWT , jika begitu seseorang yang melakukan zina, mencuri , adakah itu jugak datangnya dari ALLAH….maaf tuan guru.

    Like

    1. Terima kasih krn bertanya. Jka nak dijawab dalam blog ini, tak tertulis oleh tangan saya. jadi sila dapatkan koleksi dvd ceramah saya. segala-galanya ada disana. sila sms alamat beserta no fon, akan sy kirim .amin

      Like

    2. Jika nak dicurahkan jawapan mlalui blog ini, sy kira tak termuat dan tak sesuai. jadi milikilah koleksi dcd ceramah saya, segalanya ada terjawab disana. siala sms alamat dan no fon nanti sy kirim.

      Like

      1. Asalamualaikum ayahanda Tn guru, jazakallahu kasiran kasira alangkah berbahagianya insan yang dengannya menjadi wasilah bagi Allah menzahirkan ilmunya kepada sekelian insan yang lain…Tiada yang ada melainkan ALLAH jua….ALLAH…ALLAH…ALLAH

        Like

  13. Assalam Tuan Guru,
    Rukun iman meyakinkan kita bahawa segalanya telah di-tentukan ALLAH sejak azali lagi.Adakah ahli shurga dan neraka itu juga telah di-tentukan.Wassalam

    Like

  14. Salam kpd pembaca semua….tuan guru sy ingin bertanya di manakah luh mahfus berada skrg?mohon pencerahan dr tuan guru……

    Like

  15. Salam. Tak salah kalau terlihatnya adanya diri. Yang dimaksudkan matikan diri ialah menafikan diri ini berkuasa dan melakukan perbuatannya sendiri. Bersesuaian sabda nabi…Lahaulawalaquwataillabillah.

    Like

  16. Semakin hari semakin ramai orang yang berminat untuk belajar ilmu makrifat, ALHAMDULILLAH..
    tapi di waktu yang sama tak kurang juga kedengaran suara2 yag memberi tentangan dan tuduhan yang keras
    sehingga ada yang bertelingkah. yang lebih menyayat hati ialah orang2 yang bertegang leher itu adalah orang2 yang sangat dihormati dan ada yang dipanggil tuan guru, ustad dan pelbagai panggilan yang merujuk pada tahap keilmuan yang tinggi.
    saya sangat sedih dan bergenang air mata bila merenung perkara seperti ini berlaku. jelas kelihatan di mata saya di manakah letaknya ilmu, letaknya ikhlas, letaknya redha. akhirnya saya tersenyum sendiri….nyata segala pertelingkahan, pergaduhan, perselisihan faham, semuanya seperti terdampar atas satu taman permainan, ada yang jatuh, ada yang ketawa, ada yang sakit,
    ada yang lompat, ada yang jerit. semuanya bergerak seperti yang dikawal, yang sudah di atur. baik taman permainan, tanah, rumput, orang2, penataan cahaya dan segala yang mungkin dapat digambarkan itu, dibuat dengan tersangat rapi, sangat sempurna. Ya, sememangnya datangnya dari satu jua. Allah………………

    Like

  17. asslamualaikum tuan guru…..yang membantah dan mengatakan sesat ilmu makrifat semoga nanti hatinya sadar dengan ucapannya…

    Like

  18. Akum Tuan, terima kasih tuan diatas buku yang dikirimkan pada saya . Alhamudlillah sedikit sebanyak dapat juga saya meneruskan ilmu yang separuh jalan dari orang tua saya. Wasallam.

    Like

  19. Syahidna Ya Rasulullah…Dialah Yg Awal, Dialah Yg Akhir, Dialah Zahir Dialah Batin, Dialah Saksi yang menyaksikan Dirinya Sendiri, Dia jugalah yg berkata-kata dan Dikata….Dia Yang Mengetahui dan Diketahui…Dialah wujud yang sebenar2 wujud..La Maujudul Ilallah….La ilaha illallah…

    Like

Leave a reply to yahya talib Cancel reply