Tuan-tuan Sila Baca, Commen Yang Dihantar Oleh Yang Bernama Gapar

Tuan guru Gapar telah menuduh saya bodoh. Cuba tuan-tuan baca tuduhan Tuan Guru Gapar, dalam blogg saya (dalam ruangan komen)!.. Jadi, didalam ruangan ini, inginlah saya nyatakan kepada tuan-tuan sekalian, yang sesungguh dan sebenar-benarnya saya ini, adalah seorang guru yang sebenar-benar bodoh. Sebagaimana tuduhan Tuan Guru Gapar terhadap saya.

Tuan guru Gapar mengajar kita supaya mengadakan diri (menghidupkan diri). Sedangkan saya pula mengajar mematikan diri (meniadakan diri).  Jadi benarlah kata Guru Gapar yang saya itu bodoh. Ilmu tuan Guru Gapparlah yang benar…………………………………………Saya membenarkan ilmu tuan guru Gapar. Jadi saya minta, marilah tuan-tuan semua, sama2 ikut saya, kita pergi berguru dengan tuan Guru Gapar.

Saya hanya pandai mengajar yang wujud itu, adalah ertinya ada. Ada itu pula, adalah hanya sifat bagi Allah. Selain dari Allah itu, tidak ada, termasuklah diri kita makhluk. Sifat 20 mengatakan, “ada” itu hanya sifat bagi Allah, selain dari Allah , adalah bersifat tidak ada!.

Saya mengajar, diri kita tidak ada.. jika kita bersifat ada dan Allah juga bersifat ada, beerti sudah ada 2 sifat wujud! (SYIRIK).

Seperkara lagi yang dituduh oleh Tuan Guru Gapar. Dia bertanya kepada saya, apakah tuan kita dicipta  atau dijadikan sebagai khalifah?.

Saya mengajar anak murid sy, tujun kita dijadikan Allah itu, adalah bertujuan untuk dimatikan. Sedangkan tuan guru gapar, mengatakan yang  tujuan kita dijadikan Allah itu, adalah bertujuan untuk “MENGADAKAN DIRI”” (menghidupkan diri). Sedangkkan saya pula mengajar kepada anak urid saya, tujuan dijadikan kita makhlk itu, adalah “”BERRTUUJUAN UNTUK DIMATIIKAN).. Appakah Allah jadika

Tetapi tuan guru gapar, menuduh saya bodoh,, kerana mengajar ilmu “tidak ada diri”.. Tan guru gapar mengajar kita yang Allla ada dan diri kkiitappun ada. Tuduhan tuan guuru Gapar terhadap saya, jika tidak ada diri, bagaimana nak kenal Allah?. Cuba lihat blog saya dalam rangan komen.

Sedangkan saya yang bodoh ini, telah belajar ilmu makrifat ini melalui guru dan Hadis Nabi Muhamad saw. Melalui ajaran Baginda Rasulullah saw bilamana ditanya oleh para sahabat tentang ilmu mengenal Allah, wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya Baginda belajar mengenal Allah?. ” lalu Baginda Rasuulullah menjawab “ANA ARAFTU ROOBBBI TUROBBBI” (AKU MENGENAL ALLAH, DENGAN ALLAH) ( aku mengenal Tuhan dengan Tuhanku).

Setahu saya sebagai seorang guru yang bodoh ini, Rasululah sendiri, tidak pernah bersabbda dan tidak pernah mengaku yang bahawasanya mengenal Allah itu, dengan diri!. Setahu saya, Rasulullah menggenal Tuhan dengan Tuhannya (mengenal Allah dengan Allah). Setahu saya tidak pernah sepotong Hadis atau sebaris Al- Qurraan mengajar kita mengenal Allah dengan “diri”, sebagaimana ilmu Tuan Guru Gapar yang mengajar kita, mengenal Allah dengan diri!.

Tuan guru Gapar mendakwa dan mengajar kita, ” mengenal Allah itu, mesti dengan adanya diri (kenal Allah mesti dengan diri), katanya jika tidak ada diri, bagaiana nak kenal Allah!

Mulai hari ini, jam ini dan saat ini, saya minta janngan lagi tuan-tuan berguru dengan saya. saya ini “BODOH” . Dikesempatan ini, sy dengan rasa penuh rendah diri, mengucapkkan terima kasih yang tidak terhingga tinggginya kepada Tuan Guru kita En. Gapar, kerana telah mengajar kita Hadis baru dan Firman baru, iaitu mengenal Allah itu mesti dengan adanya diri dan hidupnya diri. Sedangkan saya mengajar mengenal Allah itu, adalah melalui Allah dan dengan Allah.

Seperkara lagi beliau mempersoal tentang tujuan kita hidup . Beliau mendakwa bahawa tujuan dicipta diri kita itu, adalah bertujuan untuk mengenal Allah. Adapun saya pula, mengajar erti dan tujuan hidup kita itu, adalah bertujuan untuk “MATI”.

Tidak ada diri kita mahupun diri Nabi Adam, sedari dulu sehingga sekarang dicipta Allah diri kita untuk tetap hidup selamanya sampai sekarang. Setiap yang hidup itu, adalah dicipta  bertujuan untuk mati.

Setelah kita mati,”Al-mutu kablaan tamautu (mati sebelum mati), setelah kita mati atau setelah kita mati sebelum mati, barulah kita dapat menemui dan mengenal Allah. Selagi kita belum mati dan selagi adanya sifat diri kita, selagi itulah kita tidak akan dapat mengenal Allah! (ini ajaran ilmu makrifat saya). Tetapi lain pula ajaran atau dakwaan ilmu makrifat Tuan guru Gapar, Tuan guru Gapar mendakwa bahawa mengenal Allah itu, hendaklah kena ada diri dan tujuan diciptanya diri makhluk manusia itu, adalah bertujuan untuk mengenal Allah melalui adanya diri!.

Sila lihat tuduhan bahawa saya adalah seorang guru yang BODOH  yanng dituduh oleh Tuan Guru Gapar terhadap saya, diruangan commen diblog  saya .amin drp hj shaari

Diingatkan  kepada peminat blog, hendaklah kita pandang  commen drp Gapar itu, adalah juga datangnya dari gerak Allah. Jgn kita pandang buruknya Gapar. Kitakan tidak ada, yg ada hanya Allah, jadi segala yang datang itu, adalah juga datangnya dari Allah………………………………………………

 

 

 

 

 

53 Replies to “Tuan-tuan Sila Baca, Commen Yang Dihantar Oleh Yang Bernama Gapar”

  1. Aslkum ustad. Matlamat hidup atas tujuan allah semata- mata sahaja. Kita hanya pelakon yg berkehendak hanya allah sahaja. diri tiada berkehendak melainkan allah berkehendak. Wujudnya diri disebabkan tiada mengenal. Apa beza bodoh dan pandai. Mengaku diri ada sahaja yg wujudnya perbezaan. Dah nyata lg bersuluh. Kenal Allah atas allah. Tiada selain allah. Aku sahaja yg melakonkan watakku atas kehendakku. Allah tetap allah tiada diriku selain allah

    Like

  2. Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka. (Surah Ad-Dukhan ayat 56).

    Like

  3. Assalam Tuan Guru serta Teman-teman sekelian,
    Menelusuri tulisan Tuan Ghafar dapat difahami bahawa semua itu hanyalah bertitik tolak dari rasa “kekeliruan”.Tanpa menidakkan kebenaran yang Tuan Gafar lontarkan. Cumanya……beliau khilaf dlm memahami maksud ketiadaan diri/matikan diri sebelum mati seperti inti pati makrifat Tok Kenali yg diajarkan oleh Tuan Guru Hj Shaari.
    Tetapi sekiranya memahami sifat pertama Allah SWT yang dijabar menerusi sifat 20 iaitu WUJUD(ADA)ssseorang itu akan dapat memahami maksud “ketiadaan diri” dan mati sebelum mati.Benar kata Tuan Guru Hj Shaari, ilmu ni mudah sekiranya kita memahami “point” atau kunci kefahaman untuk memahaminya.
    Mungkin bagi org lain, berbeza dlm memiliki kefahaman ilmu ini. Tetapi bagi diri saya SIFAT 20 yang WUJUD itu menjadi kunci untuk saya memahaminya dan yang paling UTAMA DIA jugalah yg mencampakkan FAHAM dlm hati.

    Untuk Tuan Gafar, kita mengaji makrifat dan selain matlamat akhir mengenal diri dan mengenal Allah SWT,natijah yg kita perolehi adalah sifat MAHMUDAH serta tersingkir segala yang MAZMUMAH……..sudah tentu apabila kita MERAIKAN sesuatu PERBEZAAN tutur kata tetap terkawal tanpa terhambur ungkapan nihil yang lahir dari sifat MAZMUMAH.
    Untuk Tuan Guru Hj Shaari, terimalah,sabarlah……..menjadi DAIE semenangnya terhampar seribu MEHNAH/TRIBULASI. Nabi kita SAW lagi sejuta ujian Allah SWT hadirkan. Teruskan mencurahkan ilmu untuk orang seperti saya yg sentiasa dahagakan suluhan makrifat.
    Wassalamualaikum

    Like

    1. Terima kasih atas kefahaman tuan yang tinggi. sy juga sedar yang itu juga dari Allah. Tidak lain niat saya hanya sekadar membuka mata anak didik sekalian agar tidak terpengaruh dgn dakyah penabur fitnah.amin.

      Like

  4. Benar kata tuan guru kita sudah tdk ada dan telah mati…..hanya yg mati shj blh menerima ilmu mati yg di sampaikan olh tuan guru hj shaari….bg mereka2 yg masih mengatakan dirinya masih ada atau hidup sudah tentu tdk dpt menerima ilmu org yg sudah mati….bg diri yg mati ini sudah tdk ada apa2 lg melainkan yg tersisa hanyalah haqkulyakin (la maujud bihaqki illallah)…..amin

    Like

  5. “mati sebelum mati” pengalaman yang pernah saya alami. Bila saya membaca blog tuan saya mudah untuk memahami isinya…. kerana saya pernah berada dalam suasana itu tanpa arah tujuan.

    Like

  6. Tidak ade ape yg nak di pertikaikan kepada pendapat Gapar, Tn Guru. Allah telah menetap kn bahagian2 ilmuNye pada mereka seperti ini. Kita cuma bole mengucapkan kesian pada mereka sebegini. Mudah2an mereka dapat jalan yang Allah redhoi…

    Ayuh! sebarkanlah seluas2 ilmu Tn Guru sebeberapa yang Allah kehendaki….saya yang turut BODOH akan tetap sokong!…..aamiin

    Like

  7. Saya tlh baca polemik antara Hj Shari dan Gapar mengenai hal diri.Bagi saya perihal diri hendaklah diperjelaskan dgn mengikut kehendak pengertian hakikat.Diri ini mestilah dizahirkan krn kita adalah Adam yg dimasukkan roh untuk dijadikan khalifah dimuka bumi ini.
    Jadi diri inilah yg nak dikenali supayaa ada kaitan dengan kenyataan wujud Allah .Kalau nak ghaibkan diri pun biarlah kita ni sampai kesatu mertabat,Insan Kamil.Banyak ulasan Hj Shaari telah lari daripada menghuraikan apakah diri itu…diri tajalli,diri terjali,diri terperi dan diri sendiri.Kalau Hj Shaari mengetahui ilmu hakikat sebenarnya,beliau sepatutnya huraikan mengenai sifat 20,dimana sangat2 berkaitan antara wujud kita dgn Allah.Kenalah huraikan sifat2 Napsiah,Sifat Salbiah,Maani dan Maanawiah.
    Dalam tulisan Hj Shaari sblm ini byk kesalahan beliau blh ditunjukkan.Umpamanya beliau cuba mentafsirkan ayat
    Alif Lam Mim.Mcm mana beliau mencacat kudungkan huruf Lam dan menjadikan La.Sangat besar kesalahannya krn ayat Lam mempunyai erti yg sangat mendalam.Tdk blh nak tafsir sesuka hati krn Quran itu sudah lengkap dan sempurna.Byk ulamak atau guru mursyid mentafsirkan tetapi tanpa mengubah Lam dan jadi La.Ada ditafsirkan Alif Lam Mim itu spt,Allah ,dalam Muhammad,Allah Jibril dan Muhammad dan ada juga tafsiran Allah Sifat Muhammad.Huruf Lam itu hendaklah dikaitkan dgn nama Allah ( Alif Lam Lam Ha ) yg berteraskan Zat,Sifat,Asma dan Afaal.Mcm mana tafsiran pun ianya adalah kaitan antara diri bathin dan diri zahir.Dalam hal ini perihal mertabat 7 hendaklah diperincikan.Saya minta Hj Shaari jelaskan sejelas2nya adakah ini dibawa oleh arwah Tok Kenali?Ilmu Tok Kenali sgt terpelihara disegi hakikatnya sehinggalah ketangga maakrifat.Huraian Hj haari msh jauh lg untk capai tangga2 makrifat sebenar.

    Like

    1. Benar saya tidak berilmu, yg berilmu itu Allah. Sy hanya menukilkan apa yang terkalam oleh Tuan Guru Tok kenali.

      Alif, lam dan min itu. Ditafsir Wujud Allah tidak ada wujud selainNya (la maujud bil hakki ilallah). Alif itu (Allah). Lam itu la (tidak ada) dan mim itu maujud (selain Allah). Inilah pengajian makrifat Tok Kenali.

      Tuan mendakwa saya jauh dari makrifat, dakwaan tuan itu memang benar, saya tersangat jauh dari makrifat, jadi saya minta tuan yang dekat dengan makrifat, ajarlah “ilmu makrifat tuan?” kepada kami!. ilmu manakah yang paling dekat dengan makrifat?…………………….Boleh saya tumpang belajar?…………………

      Tuan mendakwa ilmu saya bukan dari makrifat Tok kenali, jadi tolong tuan ajarkan kepada kami, manakah ilmu makrifat Tok Kenali yang sebenar-benar?. Makrifat Tok kenali yang saya ajar itu, adalah makrifat yang tidak sampai, jadi manakah ilmu makrifat tuan yang dikatakan sampai.

      Ramai yang menuduh ilmu Tok Kenali itu tidak sampai, ilmu sesat dan ilmu salah, Menuduh tidak sampai, menuduh tidak sampai, menuduh sesat dan menuduh tidak benar, itu mudah. Jika semua salah, sesat, tak kena dan tak betul, tunjuk dan ajarlah kepada kami, mana yang benar, mana yang betul, mana yang tak salah dan mana yang tak sesat?……………………………. Cuba tunjukkan.

      Mendakwa salah, sesat dan tidak betul itu, memang senang dan tidak payah, tetapi kenyataannya manakah ilmu yang benar, ilmu betul dan mana ilmu yang tidak sesat, ajarlah kepada kami, ………………

      Mana ilmu makrifat tuan?, mana sifat 20 tuan? dan mana martabat 7 tuan. Silalah karang dan tunjukkan kepada kami, boleh kami tumpang belajar. Harap jangan sahaja tahu tuduh………………..

      Apa-apapun saya ucap terima kasih atas teguran tuan, dan saya akaui ilmu saya tidak setinggi ilmu makrifat, sifat 20 dan martabat 7 tuan, tapi sekurang-kurangnya saya ada menyatakann biarpun salahh. jika salah marilah kita sama-sama betulkan.

      SAYA MINTA TUAN BACA KOMEN DARI YANG BERNAMA “AKU” dan komen DRP ZUL MAJID.

      Terima kasih atas teguran tuan.

      Maafkan saya tuan, saya tidak bermaksud melukai hati apa lagi menguris hati tuan, kerana saya sedar segala-galanya dari Allah jua (sekadar memperingati).Saya doakan semoga tuan dan keluarga tuan beroleh kerahmatan Allah. amin drp hj shaari

      Like

  8. biarlah dikata apa pon… yg pntg berada di jalan yg benar…..
    hanya yg mati sja dpt menerima ilmu yg mati…

    Like

  9. Saya cuma ingin nasihatkan agar pembaca blog yg kurang faham isi kandungan yg Tn guru hj Shaari cuba sampaikan janganlah mudah nak melatah memanggil orang dengan panggilan bodoh. Kalau tak faham, cubalah ikuti atau kalau dah tak faham juga tanyalah dengan bersopan dan berhikmah. InsyaAllah, Allah akan bukakan ilmu Nya yang lebih luas untuk kita fahami.

    Like

  10. yang zahir tidak akan mengenali yang batin…..hanya batin mengenal yang batin..amiin…kata allah”itu sifat aku…af’al aku”

    Like

  11. minta maaf kalau saya ulang …yang zahir tidak akan mengenal yang batin….hanya batin mengenal yang batin(kata allah..itu sifat aku,itu af’al aku…)

    Like

  12. proses mati adalah utk menaik taraf…utk berada pd alam yg lebih luas…
    Umpama pisang mengeluarkan buah …
    Tanda dirinya akan kembali diserah..

    Bila berbuah dn ditebang barulah mndapat akan faedah…
    Pengorbanan si pisang…

    Like

  13. Tak apa tok…… bodohpun bodohlah sebab…… sebab mula mengaji dulupun saya diajar mengenal diri, kemudian disuruh matikan diri……….. Rupanya sayapun bodoh juga sebab bila dah mati mana ada pandainya….. Bodohpun bodohlan tok.

    Like

  14. Tapi seingat-ingatlah saya tak pernah guru ajo mengenal diri…….. dia suruh buat aje………… masa tu saya memang bodoh tok………. masa tu tak tahupun saya ni belajo ape……….. bila dah mati baru tahu tok… ala kok belajo mati…………..aduh…….. matipun matilah tok apa nak kisah………… senang senang aje tok………

    Like

  15. tuan haji…Yang Berilmu itu Allah, Yg Mengetahui itu Allah, Yg hidup itu Allah, Yang Ada itu Allah…sebenarnya kita inilah pelakon, boneka, penzahir, klu, hint, bayangan kpd ilmu Allah, Pengetahuan Allah, Hidup Allah dan jg Adanya Allah….jika nak kenal harimau kena tau bunyi ngauman nya, kesan tapak kakinya, bau hamisnya, bentuk rupanya jika bunyi mengembik bkn lah harimau namanya…sekadar yg hamba diberi tahu…

    Like

  16. Tak apalah bodoh tuan. Dah jadi adatorang mengaji makrifah. Makin lama semakin bodoh. Bila satu pintu makrifah dibuka akan nampak beribu lagi pintu yg tak pernah kita ketahui.

    Like

  17. salam. Umpama itik berbicara dengan ayam menggunakan bahasa masing-masing. Ilmu makrifah mempunyai tingkat atau sylabus yg mesti dipatuhi. Bila berada ditingkat bawah jangan andaikan tiada lagi tingkat yg tinggi. Bila berada di tingkat atas jangan lupa tingkat yg bawah. Rasulullah bila berisra mikraj turun semula kebawah.

    Like

  18. Salam. Harus difaham maksud wujud. Wujud bermaksud ada. Wujud adalah mutlak manakala ada bg yg terhad yakni makhluk. Ini diqiaskan kepada malam dan siang. Inilah maksud hadith nabi…mengenal aku akan Allah dengan Allah…yakni baginda kenal yg mutlak dan yg ada.

    Like

  19. Lakukan pengabdian seutuhnya,
    Kelak kau tahu namanya yang tersembunyi,
    Disuruh jadi katak, jadi kataklah kamu,
    Disuruh makan, makanlah kamu,
    Munafiklah kamu, musyriklah kamu,
    Andai kamu mendewakan selain suara hatimu,
    Bukankah telah kau tahu tiada dirimu?
    DIALAH YANG MELIPUTI SEGALA SESUATU,
    TERMASUKLAH DIRIMU,
    DIA jualah yang MENGUASAI segala gerak fikir tindak tandukmu,
    Masa makanmu, denyut jantungmu, masa depanmu,
    Mana ada kamu! TIADA KAMU!
    Musyriklah kamu andai ada lagi sebesar debu akan dirimu,
    Serahlah dirimu biar DIA jadi ganti tempatmu,
    Kerana DIA Maha TAHU tiada dayamu memikul sebesar debu,
    Kembalilah dikau kepadaNYA,
    Biarlah DIA jadi AWALmu, Biarlah DIA juga jadi AKHIRmu,
    Biarlah DIA jadi ZAHIRmu, Biarlah DIA juga yang jadi BATINmu………….

    Wassalam

    Like

  20. Tn hj. Bagaimana kalau saya katakansetiap satu diri ini bukan dicipta tetapi memang sudah ada dalam ilmu Allah dan diberi penzahiran sehingga ternyata di alam ini.

    Like

  21. ‘Asalamu alaiqum’wr wb.
    Kata aku ialah yang empunya haq hanya berlaku bagi yang awal yang akhir yang dohir yang bathin nah sekarang anda tanya hatimu.! ‘ apakah awalmu? apakah akhirmu? apakah dzohirmu? apakah bathinmu??

    Yang bisa jawab bukan dirimu pasti!
    ☺Hë•⌣•hë•⌣•Hë•⌣•hë☺

    Like

  22. Anugrah Alloh sahaja dzohir dan Bathin terimalah dengan putus (jazam) tiada yang haq pada kita meski sebesar jarahpun maka kembalikan kepada yang empunya haq dengan putus pula, tiada sisa lagi pada kita FANA tiada hantar menghantar tiada hubung menghubung melainkan ia juga TERANG Alhamdulillah ya Alloh..trus lah tuan guru haji saari.

    Like

  23. Ajaran awal para wali yang datang ke NUSANTARA ialah -Permulaan ada ialah dari yg MAHA ADA , segala yang ada akan kembali kepada yg MAHA ADA. jadi hakikat ada , adalah tiada . Jadi HAKIKAT YANG MAHA ADA IALAH ADA sebenarnya. Didunia ini, AWAL AGAMA IALAH MENGENAL ALLAH. KITA akan kenal ALLAH bila sampai umur kita mati (bila sampai masanya – ini otomatis kita akan jumpa ALLAH), tapi dah terlambatlah……………jadi rahsia nak kenal ALLAH ialah melihat diri, jadi selagi kita tak matikan diri maka , mana bisa kita kenal ALLAH. jadi ilmu TOK KENALI / TUAN HAJI SHAARI ialah bukan nak tunggu umur dijemput baru kita kenal ALLAH, semasa didunia sementara inilah kita mematikan diri supaya kita dah kenal ALLAH , supaya nanti kita tak tunggu dijemput baru nak kenal ALLAH. mana diri ku ??? DIRI ku TIADA…..yang ADA HANYA ALLAH………..yg sebenar benar ADA……

    Like

  24. Assalamualaikum tuan guru…sy mau bertanya kerana terbatasnya ilmu saya,jika kita bersolat hanya ALLAH memberi kekuatan utk kita bagai mana pula yg malas solat?maaf jika soalan saya agak kebudak2kan…ingin pencerahan tuan guru. Maaf sekali lagi dari insan yg lemah kasarnya dan halusnya…..

    Like

  25. Sebelum merungkai sesuatu persoalan, ingat…ingat dan ingatlah apa yang tersirat dan tersurat semuanya dari kalam Allah, kita hambanya diperzahirkan untuk mencari rahsia sebalik rahsia dan matikan diri sebelum mati. Bersabar ayahandaku akan ujian-Nya kerana Allah tidak memungkiri janji-Nya pada yang mengenal makrifat, amin.

    Like

Leave a reply to azizalkapari Cancel reply