Pesanan Saya kepada Tuan-Tuan Guru Sekalian !

Tuan-tuan guru ku yang dihormati lagi dikasihi sekalian.

Bilamana mengajar ilmu, mengajarlah ilmu yang mudah difaham orang dan jangan cuba-cuba mengajar imu makrifat yang kita sendiri tidak arif!. Jika kita sendiri tidak tahu, tidak faham atau tidak arif tentang sesuatu hal, katakan saja secara berterus terang kepada murid, yang bahawasanya kita juga kurang ilmu tersebut!. Jangan cuba-cuba buat pandai dengan hukum Allah……………………….

Saya banyak mendapat panggilan yang memperkhabarkan, guru itu begini dan guru ini begitu, Kitakan sama-sama satu guru, satu pengajian dan sama-sama bertaraf guru,  kenapa berlainan bilamana menjawab pertanyaan murid?.

Seperkar lagi yang saya nak ingatkan disini, bilamana memberi jawapan, jangan sekali-kali lari atau terkeluar dari hukum Al-Quraan dan Sunnah Rasulullah!.

Jangan banyak sangat guna bahasa istilah, berilah jawaan seberapa tetat dan ringgkas. Jangan bercakap panjang-panjang, kerana mereka menggunakan talipon  yang bayar bil. Talipon mereka adalah talian yang kena bayar, jadi jangan bercakap panjang sangat!.Bilamana tak tahu, cakap saja “minta maaf saya tidak tidak tahu”. Jangnan buat-buat tahu, nanti mereka keliru!.

Selepas mereka talion tuan-tuan guru, mereka talipon semula kepada saya dan bercerita sebagaimana tuan-tuan cerita kepada meraka. Hati-hati bila menjawab terutama bab sembahyang,  kalimah syahadah dan mengenal diri (penyerahan diri) dan perkara buruk baik!………………………

Apa-apapun saya merasa bangga dengan pengorbanan tuan-tuan guru semua!. Semoga tuan-tuan guru bertambah barokah.amin

16 Replies to “Pesanan Saya kepada Tuan-Tuan Guru Sekalian !”

  1. sememangnya benar, setiap perkara yang kita lakukan hendaklah bersikap ikhlas iaitu tidak mengharapkan sebarang faedah. tidak perlu diharapkan pujian. setelah kita kenal, sepatutnya kita telah tahu dengan siapa yang kita berbicara.

    guru ibarat pembimbing kejalan yang benar

    wallahu’alam.

    Like

  2. benar sebenar benarnya,alang alang mandi biar sampai basah,alang alang belayar biar sampai destinasinya,
    biar hancur biar lebur ,langkah yg tidak boleh diundurkan, walaupun berat walaupun pahit wlaupun susah,katakanlah.
    kerana cinta,.,…………………salam buat tuan guru hj dan tuan guru guru semua……….amin.

    Like

  3. Salam Guruku..

    Bagus kitab hijau . Semua soalan terjawab..sampai terbawa2 dalam mimpi..

    rupanya Allah itu terlalu dekat.

    kitab merah pun sedang di baca…bila rasanya Guru nak naik ke Kuala Lumpur…teringin nak dengar ceramah.

    Hamba Allah.

    Like

      1. Asalamualaikum Ayahanda Tuan Haji, Alhamdulillah saya telah habis saya mentelaah kitab yang ayahanda kirimkan Merah, hijau, kuning dan biru, Alhamdulillah saya ucapkan Jazakallahu khairan Kasira , Ya Allah tinggikan dan muliakan darjat insan yang dengannya menjadi wasilah bagi insan yang telah engkau takdirkan untuk kau titipkan akan ilmumu ini….Innama ilmu indillah, sesungguhnya ilmu itu disisi Allah. Yahdi mai yasyak, Allah menunjuki sesiapa yang ia kehendaki…..Nur ala nur, Allahu nurus samawati wal ardh, yah dillahu li nurihi mai yasyak……cahaya diatas cahaya , Allah memberi cahaya bagi langit dan bumi, ia menunjuki kepada cahayanya sesiapa yang dia kehendaki.

        Ya Allah ….Alhamdulillah dengan bahasa yang begitu mudah difahami dan sangat menyentuh hati….bahasa makrifat adalah bahasa rasa yang cuma akan difahami oleh insan insan dianugerahi akan rasa itu. Ayahnda Tuan Haji saya mohon untuk menjadi murid Ayahanda Tuan Haji……Ayahanda Tuan Haji tidak adakah program Ayahanda di kawasan utara…..saya ingin sangat bertemu dengan Ayahanda…Sebenarnya saya tinggal di Negeri Perlis, sekitar Kangar….no tel saya 019 4988263 Syed Abdul Jalil Syed Abdul Kadir. Terimakasih dan sekali lagi ucapan Jazakallahukhairankasira

        Like

      2. Anandaku yang dirahmati Allah, kenapa ananda begitu yakin dengan ilmu makrifat, sedangkan ramai yang diluar sana menolak dan menuduh sesat?. Oleh itu, berfikirlah banyak kali untuk mengatakan ilmu makrifat itu benar!.Apa-apapun ayahnda mengucapkan berbanyak syukur kepada Allah, krn telah memberi ananda faham akan ilmu Nya!. Semoga ananda bertambah barokah disisi ilmu yang dipelajari. amin drp hj shaari

        Like

  4. Salam tuan -tuan..sy ada mengenali guru makrifat yg mengajar ilmu mengenali diri..sy ingin bertanya jika guru tersebut kerap berbohong adakah ilmu guru tersebut boleh di guna pakai?maaf jika sy salah bertanya..

    Like

Leave a comment