Apa Maksud Kenal Diri Rata-Rata Agar Mengenal Allah Yang Nyata?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Ramai orang beranggapan bahawa mengenal diri rata-rata itu, mereka meyanggka mengenal jasad (dari hujung rambut sehinggga kehujung kaki).

Sebenarnya maksud mengenal diri rata-rata itu, bukannya bermaksud mengenal diri tubuh badan atau mengenal jasad!. Biarpun kita sebagai seorang Dokter yang pakar dalam bidang kaji hayat, yang boleh mengkaji soal tubuh badan manusia, belum tentu mereka mengenal diri!.

Tuan-tuan kena faham maksud perkataan “rata-rata” (mengenal diri rata-rata).  Bilamana sudah faham maksud, erti atau makna perkataan rata-rata, barulah tuan-tuan akan mengenal apakah itu diri dan apakah itu Allah.

Maksud, erti atau makna rata-rata itu, adalah seumpama jika boleh saya bagi contoh padang bola, padang tenes atau gelangang badminten.

Cuba tuan-tuan perhatikan garisan padang bola, perhatikan gol, perhatikan bilangan pemain. Tidakkah sebelah menyebelah padang bola itu mengambarkan sama!. Sebelah kira padang ada gol, manakala sebelah kanan juga ada gol. Bilamana sebelah kiri padang ada petak garisan, manakala sebelah kiri juga ada petak garisan. Bilamana 11 pemain disebelah kiri padang maka disebelah kanan  padang juga ada 11 orang pemain.

Begitu juga dengan keadaan padang!. Kedua-dua belah padang bola itu, semestinya rata (sama). Tidak ada padang bola yang sebelah tinggi dan sebelahnya lagi rendah dan tidak ada sebelahnya rata (sama) manakala sebelahnya lagi berlubang. Sudah pasti padang bola itu, sama (rata), sama rendah dan sama tinggi. Itu barulah dikatakan rata. Perkataan sama itulah yang dimaksudkan dengan perkataan rata.

Cuba tuan-tuan tukar perkataan rata-rata dengan perkataan sama-sama!.

Setelah kita ganti perkataan rata dengan perkataan sama, mari kita lihat kembali perkataan ini, “Kenal diri rata-rata agar mengenal Allah yang nyata ditukar kepada perkataan “kenal diri sama-sama, agar mengenal Allah yang nyata”.

Untuk mengenal Allah itu, hendaklah mengenal diri dulu. Manakala untuk mengenal diri itu, hendaklah biar sama-sama (biar rata-rata) denngan Allah. Sama-sama disini bermaksud, supaya kita mengenal diri itu, biar sama dengan mengenal Allah. Mengenal diri itu, biar sampai tidak terlihat lagi sebelah sana berbeza dengan sebelah sini (seumpama padang bola).

Untuk mengenal Allah yang nyata itu, hendaklah mengenal diri rata-rata (sama-sama). Biar sampai kita melihat kedua-dua belah pihak itu sama!. Aku engkau dan engkau aku. Jika masih duduk pada tahap engkau itu engakau dan aku itu aku, sampai bilapun kita tidak akan dapat mengenal Allah yang nyata!. Jika masih duduk mengaku engkau itu engkau dan aku itu aku, usah kata nak mengenal Allah yang nyata, untuk mengenal diripun belum tentu.

Untuk mengenal Allah yang nyata itu, hendaklah mengenal diri rata-rata atau mengenal diri itu biar sama-sama!. Sama-sama disini adalah bermaksud, tidak ada bezanya antara yang menilik dengan yang ditilik dan tidak ada beza yang meyembah dengan yang disembah, Itu baru dikatakan rata dan itu baru dikatakan sama!. Sebagaimana gelangang petak, garisan, pemaina dan gol gelangang padang bola, yang sama banyak, sama rata dan seimbang diantara kedua-dua belah pihak.

Tidak ada beza antara pemain dipadang sebelah kiri dengan pemain di padang sebalah kanan. Ukuran padang sama, sama besar, sama kecil, sama-sama ada tiang gol dan kedua-duanya itu adalah sama dan keluasanpun sama. Itu makanya separuh masa pertama kita main digelangang sebelah kanan dan setelah separuh masa kedua pula, kita main di gelangang padang sebelah kiri. Sebabnya sama-sama!. Perkataan rata-rata itu diganti dengan sama-sama, maka barulah kita mengenal diri yang rata. Ingat padang bola, ingat diri dengan Allah. Kedua-dua belah gelangan hendaklah dibiarkan  sama rata, sama luas, sama besar, itu baru dikatakan rata (sama). Tanah (tapak padangnya) sama atau rata.

Letakkan perkataan rata (sama) atas diri kita. Pandang sifat diri kita itu, biar sampai kepada tahap sama-sama tidak nampak!. Sebagaimana tidak nampak keberadaan Allah, sebegitulah tidak nampaknya keberadaan diri!.

Jika kita masih boleh nampak keberadaan diri, selagi itulah kita tidak akan nampak keberadaan Allah!. Kita tidak boleh mengatakan kedua-duanya ada, yang bersifat ada atau yang bersifat keberadaan itu, adalah hanya Allah. Dalam perkara ini, tidak boleh ada dua ada (tidak boleh ada dua wujud). Bilamana yang ini ada, sebaliknya yang sebelah pihak lagi itu, pasti akan tidak ada (pasti akan binasa).

Hendaklah kita melihat diri yang menadanng itu, sama dengan diri yang dipandang. Bila dah jadi sama, maka itulah yang dikatakan rata dan itulah yang dikatakan satu. Sama atau rata itu, adalah ertinya satu. Tapi ingat, ingat dan ingat! , jangan pula disanggka kita ini boleh bersatu, bercampur, berkamil dengan Allah pula!. Orang-orang feqah itu, hanya menunggu masa, saat, ketika, pelulang dan ruang sahaja untuk menfitnah kita!. Kita tidak boleh bersatu dengan Allah (hulul) atau kita dan Allah itu satu  (wahdatul wujud). Pengajian ilmu makrifat Tok Kenali itu, adalah ilmu yang mengata, mendakwa dan mengaku bahawa Allah itu Allah yang tidak ada lain selain Allah (wahdah tul wahdah) atau dalam kata lain, “yang satu itu tetap satu!”.  Makrifat Tok Kenalli itu, bukan wahdatu wujud atau hulul. Makrifat Tok kenali itu, adalah makrifat yanng mengaku bahawasanya Allah itu Allah, yang tidak ada selain Allah……………………

Bilamana sudah kelihatan satu, maka hilanglah keberadaan diri, setelah hialangnya keberadaan diri, maka disitulah tidak timbul lagi perbandingan, tidak ada lagi berukuran atau tidak ada lagi kecil atau besar!. Bilamana dah jadi anggka satu, tidak ada lagi pertandingan, perlawanan dan tidak ada lagi perbezaan. Barang yang satu, dah tidak ada lagi lawan untuk dibandingkan. Memang dah satu, maka satulah……………………………………Kecuali nampak wujud dua, baru ada perbanding bahawa yang satunya rendah, ini tinggi, yang satunya gemuk itu kurus dan sebagaimnya. Bilamana hanya ada satu, nak banding dengan apa lagi!. Satu itulah yang dikatakan  dengan perkataan “rata”. Yang mana rata itu, adalah bermaksud “sama”. Bilamana dah sama, tentulah ianya satu. Bermain dipadang sebelah kiri sama juga dengan bermain padang sebelah kanan (kedua-duanya “sama”) atau “rata”.

Bilamana dah sama dan dah rata, itulah yang dikatakan dengan perkataan satu. Saya nak tanya tuan-tuan sidang pembaca yang budiman sekalian, siapakah yang bersifat satu (esa) atau yang bersifat tunggal?. Yang bersifat satu (tunggal atau esa) itu, hanyalah sifat Allah………………….Bilamana wujud itu hanya sifat Allah, bermakna sifat makhluk itu, tidak wujud!. Bilamana makhluk tidak wujud, maka benarlah yang wujud itu hanya Allah. Setelah wujud itu hanya Allah, barulah Allah itu benar-benar nyata senyata-nyatanya. Satunya Allah itu, tunggalnya Allah itu dan Esanya Allah itu, sehingga tidak “sama” dengan yang lain. Setelah tidak ada perbandingan dengan yang lain. Dalam erti kata lain, sudah tidak wujud lagi adanya diri kita, maka nyatalah Allah……………………………….

Yang ditilik adalah sama (rata) dengan yang menilik…………………………………Tapi ingat, aku bukan Dia tetapi lain dari NYa!……………………Asap bukan api, tetapi tidak lain dariNya………………………..Garam bukan masin tetapi tidak lain dari masin!………………………………………….amin

29 Replies to “Apa Maksud Kenal Diri Rata-Rata Agar Mengenal Allah Yang Nyata?.”

  1. salam rahman dan rahimnya
    kenal diri dgn rata agar allah d kenal dgn nyata

    diri sebaik2 diri sahaja yg dpat megenal allah x munkin diri mahluk mengenal allah jika bukan dirinya sendiri.
    kenal asalmu wahai diri agar diri zahirmu tngelam dalam diri batim mu maka ternampaklah trlihat lah terpandanglah wajah allah.hanya yg batin sahaja yg dapat mengenal yg batin.minta pencerahan ayahda dari jawapan yg rinkas ini .amim

    Like

  2. Assallamualaikum Ustaz,
    Syukur Alhamdulillah, pencerahan ini begitu jelas sekali. Kiasan padang bola memang kena dan tepat serta mudah difahami.
    Bila diri telah tiada, yang ada hanya Allah…

    Like

  3. Salam Tuan Haji Terimakasih Kupasan Tersebut , sesunggahnya allah terang dan nyata.Yang ditilik adalah sama dengan yang menilik…Tapi ingat, aku bukan Dia tetapi lain dari NYaAsap bukan api, tetapi tidak lain dariNyaGaram bukan masin tetapi tidak lain dari masin. Terimakasih banyak2

    Like

  4. assalamualaikum wr wb
    mungkin kita harus memFANAkan diri agar terlihat diri yang satu, sehinga terlihat tiada yang berwujud hanya allah

    Like

  5. Salam Tuan Guru Hj Saari,

    Tahniah atas ajaran Tuan dan perjuangan atas menegakkan agama Allah.
    Saya rasakan sudah hampir 18 tahun saya mencari Allah. Sejak masuk dalam bermacam-macam persatuan atau tariqah yang masing-masing mengaku yang benar.

    Tapi tak ketemu jua jawapannya, yang memuaskan hati .

    dari semalam sejak terbaca blog tuan, tidah tido, kerana sering berdoa kepada Sang Khaliq agar ditunjukkan jalan yang membawa cintanya , hanya untuk Cintanya. Bukan yang lain, saya ketemu blog ini.

    Persoalan saya:-
    1. Apakah tujuan hidup kita? Jika kita perlu serahkan segala daya dan upaya kepada Allah. Kita tiada kuasa, akal atau pilihan, mengapa dijadikan syurga atau neraka?

    2. Apakah seruan-seruan didalam tariqat sebelum zikir memanggil wali-wali yang telah mati dan untuk membayangkan muka syeikh itu adalah tidah menduakan Allah?

    Saya sebernarnya dalam mencari Cinta Sang latif, takut tersesat dan tersilap jalan, takut mati dalam kesesatan.

    Penah beberapa kali mengalami cahaya terang datang tapi tak pasti itu Sang Khaliq atau Gangguan kerana diri ini penuh dosa dan nista.

    benci pada dunia, hipokrasinya dan sebagainya tapi tanggungjawab diberikan Sang Ilahi mesti di selesaikan. Tak pasti samada dimana Saya berada. Dalam kasihNya atau Murkanya. Cukupkah Amal?

    Tolong berikan penjelasan.

    Hamba Allah yg Dahagakan CintaNya.

    Like

    1. Untuk mendapat jawapan, sila baca kiitab Tok Kenali yang warna merah dan hijau dan jgn lup dapatkkan juga koleksi ceramah melalaui dvd, banyak ilmu didalam dvd yang menjawab kemuskilann tuan.amin

      Like

  6. saya amat meminati ilmu yg disampakan oleh tuan haji..saya mohon tuan haji halalkan ilmu yg saya ambil dari semua blog tuan haji..saya berharap suatu hari nanti saya dapat bertemu dengan tuan haji..teruskan menulis tuan haji..sekian lama sejak berttemu dengan blog tuan haji setiap hari saya akan membukanya dan membaca terus membaca berkali kali tanpa jemu..sekalipun karangan yang sama setiap kali saya baca setiap kali jugalah saya akan faham dan terus faham seolah olah tiada penghujungnya..mungkin inilah yang dikatakan tulisan karomah yang penuh barokah kerana cara pemahaman dari membacanya sukar untuk saya jelaskan disini..terima kasih tuan haji dan syukur saya kepada allah kerana dipertemukan dengan blog tuan haji..

    Like

  7. salam sahabat? sy cuba ulas sedikit dri diri yg jahil ini…brpegang pd iktikad hakkul yakin bhwa mentauhidkn Allah itu adlh Ujud hnya bgi Allah mahluk tiada maka disini tiada lg 2 ujud…maknanya disini jika kita brkehendak dn Allah brkehendak tidak kh disitu ada 2 kehendak…akal kehendak sudah tdk brfungsi lg…nk mengenal Allah tdk boleh guna akal..membeku akal kita! nk kenal Allah gunakn lh qolbu! syurga itu benar neraka itu pun benar…bukan kh syurg dn neraka itu mahluk…kita mengenal diri adlh utk mengenal Allah bkn utk megejar mahluk….matik lh diri sblum mati itu lh jln yg sebenar2 lurus…Laa maujud Bihakki Illallah….amin..

    Like

  8. Salam Tuan Haji hamba yang faqir ingin mengulas untuk liputan siaran Radio Tuan Haji , tuan haji ada berpesan “Jangan ada ternampak adanya diri” ini lah yang sebaiknya apabila kita tidak ada nampak diri kita , maka kita akan sadar bahawa yang berkata -kata allah , yang melihat allah dan segalanya allah . maka sebaik- baiknya jadilah kamu bekas untuk Allah. Jikalau kamu tidak menjadi bekas kepada Dia, janganlah kamu menjadi bekas untuk diri kamu sendiri, kerana dengan tidak menjadi bekas untuk diri kamu sendiri, dengan sendirinya kamu menjadi bekas untuk Dia (menjadi bekas itu seperti menjadi tempat penzahiran Allah di dunia ini). Sebaik-baiknya kamu jadilah Dia. Jikalau kamu bukan Dia, janganlah kamu jadi diri kamu sendiri, jikalau kamu bukan diri kamu sendiri kamu adalah DIA. maka itulah yang diketengah dalam ilmu tok kenali wahdahtul wahdah (mengesakan allah). maka Jika sudah mati siapa lagi yang ada ? allah semata mata maka yang berzikir berdayu dayu pun allah , salam tuan haji kalau ada kesilapan pun dari allah jua saya tak mampu serah sahaja pada allah .

    Like

  9. Salam tuan guru hj saari.

    Disini sy ingn brtnyakn pndpt tuan guru tntg hakikat syuhadat(syuhadat tauhid & syuhadat rasul)

    1.LAILAHAILLAHMUHAMADRASULULAH

    bahawa kalimah syuhadat menyatakn dri zahir dn batin.menyaksikan yg dikandung oleh diri zahir adalh rhsia ALLAH S.W.T(diri batin).seprtimana yg didlam hdis Qudsi “manusia itu adalah rahsiaku,dan akulh rahsianya”.minta penerngn lebh mendalm mengenainya.

    2.mengapakah kita diajarkn bhawa maksud kalimah LAILAHAILLALLAH..”tiada tuhan yg disembah melainkn ALLAH..sdngkn ianya brmksd “tiada nyata hanya ALLAH.

    Minta tuan guru jelaskn lg brkenaan diatas bg menambahkn kefahaman diri.

    Like

      1. Tuhan manusia……. Dari nabi adam sampai ke nabi2 lain dan sampai kpd nabi mohd saw dan ke manusia pilihan allah salah satunya syeikh abd qadir jailani dan yg lain sampai le ke hari ini….. Semuanya memakai gelaran al qutb……… betul ke tuan haji?

        Like

  10. MANDALAJATI NISKALA
    Seorang Filsuf Sunda Abad 21
    Menjelaskan Dalam Buku
    SANG PEMBAHARU DUNIA
    DI ABAD 21,
    Mengenai
    HAKEKAT DIRI

    Salah seorang peneliti Sunda yang sedang menulis buku
    “SANG PEMBAHARU DUNIA DI ABAD 21,
    bertanya kepada Mandalajati Niskala:
    “Apa yang anda ketahui satu saja RAHASIA PENTING mengenai apa DIRI itu? Darimana dan mau kemana?
    Jawaban Mandalajati Niskala:
    “Saya katakan dengan sesungguhnya bahwa pertanyaan ini satu-satunya pertanyaan yang sangat penting dibanding dari ratusan pertanyaan yang anda lontarkan kepada saya selama anda menyusun buku ini.
    Memang pertanyaan ini sepertinya bukan pertanyaan yang istimewa karena kata “DIRI” bukan kata asing dan sering diucapkan, terlebih kita beranggapan diri dimiliki oleh setiap manusia, sehingga mudah dijawab terutama oleh para akhli.
    Kesimpulan para Akhli yang berstandar akademis mengatakan BAHWA DIRI ADALAH UNSUR DALAM DARI TUBUH MANUSIA.
    Pernyataan semacam ini hingga abad 21 tidak berubah dan tak ada yang sanggup menyangkalnya. Para Akademis Dunia Barat maupun Dunia Timur banyak mengeluarkan teori dan argumentasi bahwa diri adalah unsure dalam dari tubuh manusia. Argumentasi dan teori mereka bertebaran dalam ribuan buku tebal. Kesimpulan akademis telah melahirkan argumentasi Rasional yaitu argumentasi yang muncul berdasarkan “Nilai Rasio” atau nilai rata-rata pemahaman Dunia Pendidikan.
    Saya yakin Andapun sama punya jawaban rasional seperti di atas.
    Tentu anda akan kaget jika mendengar jawaban saya yang kebalikan dari teori mereka.
    Sebelum saya menjawab pertanyaan anda, saya ingin mengajak siapapun untuk menjadi cerdas dan itu dapat dilakukan dengan mudah dan sederhana.
    Coba kita mulai belajar melacak dengan memunculkan beberapa pertanyaan yang berhubungan dengan kata DIRI, JIWA dan BADAN, agar kita dapat memahami apa DIRI itu sebenarnya. Beberapa contoh pertanyaan saya susun seperti hal dibawah ini:
    1)Apa bedanya antara MEMBERSIHKAN BADAN, MEMBERSIHKAN JIWA dan MEMBERSIHKAN DIRI?
    2)Apa bedanya KEKUATAN BADAN, KEKUATAN JIWA dan KEKUATAN DIRI?
    3)Kenapa ada istilah KESADARAN JIWA dan KESADARAN DIRI sedangkan istilah KESADARAN BADAN tidak ada?
    4)Kenapa ada istilah SEORANG DIRI tetapi tidak ada istilah SEORANG BADAN dan SEORANG JIWA?
    5)Kenapa ada istilah DIRI PRIBADI sedangkan istilah BADAN PRIBADI tidak ada, demikian pula istilah JIWA PRIBADI menjadi rancu?
    6)Kenapa ada istilah KETETAPAN DIRI dan KETETAPAN JIWA tetapi tidak ada istilah KETETAPAN BADAN?
    7)Kenapa ada istilah BERAT BADAN tetapi tidak ada istilah BERAT JIWA dan BERAT DIRI?
    8)Kenapa ada istilah BELA DIRI sedangkan istilah BELA JIWA dan BELA BADAN tidak ada?
    9)Kenapa ada istilah TAHU DIRI tetapi tidak ada istilah TAHU BADAN dan TAHU JIWA?
    10)Kenapa ada istilah JATI DIRI sedangkan istilah JATI BADAN dan JATI JIWA tidak ada?
    11)Apa bedanya antara kata BER~BADAN, BER~JIWA dan BER~DIRI?
    12)Kenapa ada istilah BER~DIRI DENGAN SEN~DIRI~NYA tetapi tidak ada istilah BER~BADAN DENGAN SE~BADAN~NYA dan BER~JIWA DENGAN SE~JIWA~NYA?
    13)Kenapa ada istilah ANGGOTA BADAN tetapi tidak ada istilah ANGGOTA JIWA dan ANGGOTA DIRI?
    Beribu pertanyaan seperti diatas bisa anda munculkan kemudian anda renungkan. Saya jamin anda akan menjadi faham dan cerdas dengan sendirinya, apalagi jika anda hubungkan dengan kata yang lainnya seperti; SUKMA, RAGA, HATI, PERASAAN, dsb.
    Kembali kepada pemahaman Akhli Filsafat, Ahli Budaya, Akhli Spiritual, Akhli Agama, Para Ulama, Para Kyai dan masyarakat umum BAHWA DIRI ADALAH UNSUR DALAM DARI TUBUH MANUSIA. Mulculnya pemahaman para akhli seperti ini dapat saya maklumi karena mereka semuah adalah kaum akademis yang menggunakan standar kebenaran akademis.
    Saya berani mengetasnamakan Sunda, bahwa pemikiran di atas adalah SALAH.
    Dalam Filsafat Sunda yang saya gali, saya temukan kesimpulan yang berbeda dengan pemahaman umum dalam dunia ilmu pengetahuan.
    Setelah saya konfirmasi dengan cara tenggelam dalam “ALAM DIRI”, menemukan kesimpulan BAHWA DIRI ADALAH UNSUR LUAR DARI TUBUH MANUSIA. Pendapat saya yang bertentangan 180 Derajat ini, tentu menjadi sebuah resiko yang sangat berat karena harus bertubrukan dengan Pendapat Para Akhli di tataran akademik.
    Saya katakan dengan sadar ‘Demi Alloh. Demi Alloh. Demi Alloh’ saya bersaksi bahwa diri adalah UNSUR LUAR dari tubuh manusia yang masuk menyeruak, kemudian bersemayam di alam bawah sadar. ‘DIRI ADALAH ENERGI GAIB YANG TIDAK BISA TERPISAHKAN DENGAN SANG MAHA TUNGGAL’. ‘DIRI MENYERUAK KE TIAP TUBUH MANUSIA UNTUK DIKENALI SIAPA DIA SEBENARNYA’. ‘KETAHUILAH JIKA DIRI TELAH DIKENALI MAKA DIRI ITU DISERAHTERIKAN KEPADA KITA DAN HILANGLAH APA YANG DINAMAKAN ALAM BAWAH SADAR PADA SETIAP DIRI MANUSIA’.
    Perbedaan pandangan antara saya dengan seluruh para akhli di permukaan Bumi tentu akan dipandang SANGAT EKSTRIM. Ini sangat beresiko, karena akan menghancurkan teori ilmu pengetahuan mengenai KEBERADAAN DIRI.
    Aneh sekali bahwa yang lebih memahami mengenai diri adalah Dazal, namun sengaja diselewengkan oleh Dazal agar manusia sesat, kemudian Dazal menebarkan kesesatan tersebut pada dunia pendidikan dan ilmu pengetahuan ‘DI UFUK BARAT’ maupun ‘DI UFUK TIMUR’.
    Sebenarnya sampai saat ini DAZAL SANGAT MEMAHAMI bahwa DIRI adalah unsur luar yang masuk menyeruak pada seluruh tubuh manusia. DIRI merupakan ENERGI KEMANUNGGALAN DARI TUHAN SANG MAHA TUNGGAL. Oleh karena pemahaman tersebut DAZAL MENJADI SANGAT MUDAH MENGAKSES ILMU PENGETAHUAN. Salah satu ilmu yang Dia pahami secara fasih adalah Sastra Jendra Hayu Ningrat Pangruwating Diyu. Ilmu ini dibongkar dan dipraktekan hingga dia menjadi SAKTI. Dengan kesaktiannya itu Dia menjadi manusia “Abadi” dan mampu melakukan apapun yang dia kehendaki dari dulu hingga kini. Dia merancang tafsir-tafsir ilmu dan menyusupkannya pada dunia pendidikan agar manusia tersesat. Dia tidak menginginkan manusia mamahami rahasia ini. Dazal dengan sangat hebatnya menyusun berbagai cerita kebohongan yang disusupkan pada Dunia Ilmu Pengetahuan, bahwa cerita Dazal yang paling hebat agar dapat bersembunyi dengan tenang, yaitu MENGHEMBUSKAN ISU bahwa Dazal akan muncul di akhir jaman, PADAHAL DIA TELAH EKSIS MENCENGKRAM DAN MERUSAK MANUSIA BERATUS-RATUS TAHUN LAMANYA HINGGA KINI.
    Ketahuilah bahwa Dazal bukan akan datang tapi Dazal akan berakhir, karena manusia saat ini ke depan akan banyak yang memahami bahwa DIRI merupakan unsur luar dari tubuh manusia YANG DATANG MERUPAKAN SIBGHOTALLOH DARI TUHAN SANG MAHA TUNGGAL. Sang Maha Tunggal keberadaannya lebih dekat dari pada urat leher siapapun, karena Sang Maha Tunggal MELIPUT SELURUH JAGAT RAYA dan kita semua berada TENGGELAM “Berenang-renang” DALAM LIPUTANNYA.
    Inilah Filsafat Sunda yang sangat menakjubkan.
    Perlu saya sampaikan agar kita memahami bahwa Sunda tidak bertubrukan dengan Islam, saya temukan beberapa Firman Allohurabbul’alamin dalam Al Qur’an yang bisa dijadikan pijakan untuk bertafakur, mudah-mudahan semua menjadi faham bahwa DIRI adalah “UNSUR KETUHANAN” yang masuk ke dalam tubuh manusia untuk dikenali dan diserah~terimakan dari Sang Maha Tunggal sebagai JATI DIRI, sbb:
    1)Bila hamba-hambaku bertanya tentang aku katakan aku lebih dekat (Al Baqarah 2:186)
    2)Lebih dekat aku daripada urat leher (Al Qaf 50:16)
    3)Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kami disegenap penjuru dan pada nafasmu sendiri (Fushshilat 41:53)
    4)Dzat Allah meliputi segala sesuatu (Fushshilat 41:54)
    5)Dia (Allah) Bersamamu dimanapun kamu berada (Al Hadid 57:4)
    6)Kami telah mengutus seorang utusan dalam nafasmu (AT-TAUBAH 9:128)
    7)Di dalam nafasmu apakah engkau tidak memperhatikan (Adzdzaariyaat 51:21)
    8)Tuhan menempatkan DIRI antara manusia dengan qolbunya (Al Anfaal 8:24)
    9)Aku menciptakan manusia dengan cara yang sempurna (At Tin 95:4)
    Jawaban mengenai APA DIRI ITU. DARIMANA & MAU KEMANA (Sangkan Paraning Dumadi), akan saya jelaskan secara rinci dan tuntas pada sebuah buku.

    Di masa kini ke depan Sunda akan melahirkan Para Filsuf Handal yang siap menghancurkan kesalahan cara berpikir & manipulasi ilmu pengetahuan yang dilakukan oleh Para Filsuf Dunia.
    MARI KITA MEMBUAT KARYA FILSAFAT AGAR KITA MENJADI SEORANG FILSUF, YANG BERTANGGUNG JAWAB MENGHADIRKAN KEMBALI KEBENARAN ILMU SANG MAHA PENCIPTA, sebagai mana yang dilakukan oleh Filsuf Sunda Mandalajati Niskala, yang sebagian hipotesisnya sbb:

    1) Menurut para akhli di seluruh Dunia bahwa GRAVITASI BUMI EFEK DARI ROTASI BUMI.
    Menurut Filsuf Sunda Mandalajati Niskala SALAH BESAR, bahwa Gravitasi Bumi TIDAK ADA KAITANNYA DENGAN ROTASI BUMI. Sekalipun bumi berhenti berputar Gravitasi Bumi tetap ada.

    2) Bahkan kesalahan lainnya yaitu semua akhli sepakat bahwa panas di bagian Inti Matahari mencapai 15 Juta Derajat Celcius.
    Menurut Filsuf Sunda Mandalajati Niskala panas Inti Matahari SEDINGIN AIR PEGUNUNGAN”.
    Beliau menambahkan:“KALAU TIDAK PERCAYA SILAKAN BUKTIKAN SENDIRI”.

    3) Filsuf Sunda Mandalajati Niskala sangat logis menjelaskan kepada banyak pihak bahwa MATAHARI ADALAH GUMPALAN BOLA AIR RAKSASA YANG BERADA PADA RUANG HAMPA BERTEKANAN MINUS, SEHINGGA DI BAGIAN SELURUH SISI BOLA AIR RAKSASA TERSEBUT IKATAN H2O PUTUS MENJADI GAS HIDROGEN DAN GAS OKSIGEN, YANG SERTA MERTA AKAN TERBAKAR DISAAT TERJADI PEMUTUSAN IKATAN TERSEBUT. Suhu kulit Matahari menjadi sangat panas karena Oksigen dan Hidrogen terbakar, tapi suhu Inti Matahari TETAP SEDINGIN AIR PEGUNUNGAN.

    4) Filsuf Sunda Mandalajati Niskala menegaskan: “CATAT YA SEMUA BINTANG TERBUAT DARI AIR DAN SUHU PANAS INTI BINTANG SEDINGIN AIR PEGUNUNGAN. TITIK”.

    5) Menurut para akhli diseluruh Dunia bahwa Gravitasi ditimbulkan oleh adanya massa pada suatu Zat.
    Menurut Filsuf Sunda Mandalajati Niskala: “GAYA GRAVITASI BUKAN DITIMBULKAN OLEH ADANYA MASSA PADA SEBUAH ZAT ATAU BENDA”.
    Mandalajati Niskala menambahkan: “Silahkan pada mikir & jangan terlalu doyan mengkonmsumsi buku2 Barat.

    6) Filsuf Sunda Mandalajati Niskala membuat pertanyaan di bawah ini yang cukup menantang bagi orang-orang yang mau berpikir:
    a) BAGAIMANA TERJADINYA GAYA GRAVITASI DI PLANET BUMI?
    b) BAGAIMANA MENGHILANGKAN GAYA GRAVITASI DI PLANET BUMI?
    c) BAGAIMANA MEMBUAT GAYA GRAVITASI DI PLANET LAIN YG TIDAK MEMILIKI GAYA GRAVITASI?

    7) Menurut para akhli diseluruh Dunia bahwa Matahari memiliki Gaya Gravitasi yang sangat besar.
    Menurut Filsuf Sunda Mandalajati Niskala Matahari tidak memiliki Gaya Gravitasi tapi memiliki GAYA ANTI GRAVITASI.

    8) Pernyataan yang paling menarik dari Filsuf Sunda Mandalajati Niskala yaitu:
    “SEMUA ORANG TERMASUK PARA AKHLI DI SELURUH DUNIA TIDAK ADA YANG TAHU JUMLAH BINTANG & JUMLAH GALAKSI DI JAGAT RAYA, MAKA AKU BERI TAHU, SBB:
    a) Jumlah Bintang di Alam Semesta adalah 1.000.000.000.000.000.000.000.000.000
    b) Jumlah Galaksi di Alam Semesta adalah 80.000.000.000.000
    c) Jumlah Bintang di setiap Galaksi adalah sekitar 13.000.000.000.000

    9) Dll produk Filsafat seluruh cabang ilmu dari Filsuf Sunda Mandalajati Niskala YANG SIAP MENCENGANGKAN DUNIA seperti Wahyu Cakra Ningrat, Trisula Weda, Sangkan Paraning Dumadi, Manunggaling Diri, Sastra Jendra, Filsafat Ilmu Pengetahuan & Jagat Raya, dll.

    Selamat berfilsafat
    @Sandi Kaladia

    Like

Leave a comment