Mana Yang Dikatakan Syariaat?

Apakah yang dikatakan syariaat Allah, yang sama sekali tidak boleh  kita tinggal?. Syariaat Allah itu, adalah termasuk rukun yang tidak boleh kita tinggal!.

Adapun rukun syariaat dalam sembahyang yang 13 itu, kita boleh tinggalkan kiranya kita uzur. Sedangkan syariaat Allah yang sebenar-benar syariat itu, tidak boleh sekali-kali kita tinggalkan walaupun uzur, walau mati sekalipun!.

Kita boleh tinggalkan rukun berdiri, jika kita tidak ada kaki, kita boleh tinggalkan takbir, kiranyaa tangan kita putus, kita boleh tidak lafaz ayat-ayat suci, kiranya mulut kita tersumbat dan kita tidak perlu rukuk, kiranya kita sakit pinggang, kita tidak perlu sujud, kiranya kita sakit. Cukup sembahyang dengan cara duduk, cara baring dan boleh saja dikerjakan dalam hati. Itulah yang dikatakan perbuatan syariaat (syariaat sembahyang). Mana yang dikatakan syariaat Alah?.

Syariaat Allah, bukan berdiri, bukan rukud dan bukan sujud!. Mana syariaat Allah?.

Tuan-tuan terlupa dan teralpa yang kita sekarang dan selama ini, telah jauh meninggalkan syariaat Allah……………………..

Saya buka persoalan ini, untuk pebincangan. Saya akan jawab kiranya ada sambutan dari pembaca blog!. amin drp hj shaari

42 Replies to “Mana Yang Dikatakan Syariaat?”

  1. Assalam Tuan Guru,
    Pada pemahaman saya yang nak belajar dari Tuan Guru, syariat Allah SWT yg tidak boleh ditinggal atau yg sering dilupa oleh kebanyakkan orang adalah “INGAT” KEPADA ALLAH SWT.Dlm apa situasi dan keadaan pun, kita tidak boleh lupa untuk ingat INGAT kepadaNYA.Dan itulah solat Tauhid, di mana 24 jam “diri /hati kita” dituntut untuk bersolat/ingat kepadaNYA. Wallahhualam……..

    Like

  2. pak saya ingn tx
    apa syariat allah it,qt di suruh memandang nafas naik tahan dan turun
    bukankah saat naik nafas itu sudah hu dan ketika turun sudah allah tpi sya ingn tx,knpa saat kita tahan,mcm dha yg bebunyi di dalam tik,tik,tok,tok
    apha sbnrx hakikat dari itu pak,yg bebunyi tik,tik,tok,tok sprti ibrat titik?

    Like

  3. Salam Tuan Haji Mohon pencerahan Dari Tuan haji , bagi saya sesungguhnya syariat allah adalah pada diri kita ini , segala sifat , afal, asma serta zat terkandung dalam syariat allah .oleh itu allah menyuruh kita menilik , memandang serta tengok seperti dalilnya ” WAFI ANFUSIKUM AFALA TUBSIRUN Artinya : Aku ada didalam jiwamu (Hatimu) mengapa kamu tidak melihat.

    Like

  4. Assalamualaikum Tn Haji Shaari, Kalau ada kelapangan mohon kiranya Tn. Haji Shaari syarahkan tentang Ayat ini:
    Surah Al- Baqarah ayat 238:
    Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta, dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk.

    Surah Al- Baqarah ayat 239:
    Dan jika kamu takuti maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah, sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

    Mohon pencerahan.

    Terima kasih

    Like

    1. Assalamualaikum Tn Haji Shaari, Kalau salah tolong perbetulkan. Dalam pemahaman saya yang bodoh ini. Jawaban saya ialah” Sembahyang sebelum sembahayang, sembahyang semasa sembahyang, sembahyang sesudah sembahayang”Wallahhualam……..

      Like

  5. Ya Alloh ampuni aku jika tersalah, tuan Guru Haji Shaari mohon bimbingan.
    Syariat. Alloh. Yang tidak boleh di tinggal Adalah ingat kepada Alloh terus menerus tiada putus, setelah matikan diri.
    Kalau diri sdh tidak ada, yg ada hanya Alloh. Segala-galanya Alloh se Alloh Allohnya.
    Sudah tdk ada lagi selain Alloh, segala sesuatu adalah penzahiran Alloh. Alloh nyata pada segala sesuatu. Kemana menghadap di situ Wajah Alloh.

    Like

    1. Sebenar-benar syariaat Allah itu, adalah roh (rohlah syariaat Allah). Adapun tubuh badan kita itu, adalah perbuatan syariaat (perbuatan roh). roh adalah bertujuan bagi menyatakan Allah manakala jasad pula, adalah bertujuan bagi menyatakan roh!.Syariaat itu roh dan perbuatan syariaat itu, adalah jasad.

      Syariaat bukan jasad, jasad kita itu, adalah perbuatan syariaat (perbuatan roh), rohlah sebenar2 syariaat Allah!.Roh itu umpama garam dan Allah itu umpama masin. mana mungkin masin dan garam berpisah. Mana mungkin Allah dengan syariaatnya berpisah.

      Like

  6. Saya sangat berminat dengan aliran pengajaran makrifat Tuan Guru. Saya telah membaca kedua-dua kitab Tuan bersama dengan set VCD. Sekarang saya sedang mengulangi membaca kedua-dua kitab tuan. Saya tidak bersabar untuk berjumpa dengan tuan. Saya dari Shah Alam.

    Like

  7. assalamualaikum tn guru.,saya amat brminat dgn tajuk hukum syariat ni trutama bab solat…harap tn guru dpt huraikn dgn lebih jelas..insan yg dh makrifat kpd allah..kena ambil tahu apa sebenarnya amalan harian yg perlu dilaksanakan..terima kasih tn guru..

    Like

  8. Assallamualaikum Tuan Haji,
    Adapun syariat Allah itu adalah jasad kita, mana boleh dipisahkan antara jasad dan roh. Begitulah yang saya faham, mohon penjelasan jika saya silap.
    Salam dan maaf.

    Like

    1. Sebenar-benar syariaat Allah itu, adalah roh (rohlah syariaat Allah). Adapun tubuh badan kita itu, adalah perbuatan syariaat (perbuatan roh). roh adalah bertujuan bagi menyatakan Allah manakala jasad pula, adalah bertujuan bagi menyatakan roh!.Syariaat itu roh dan perbuatan syariaat itu, adalah jasad.

      Syariaat bukan jasad, jasad kita itu, adalah perbuatan syariaat (perbuatan roh), rohlah sebenar2 syariaat Allah!.Roh itu umpama garam dan Allah itu umpama masin. mana mungkin masin dan garam berpisah. Mana mungkin Allah dengan syariaatnya berpisah.

      Like

  9. kita inilah syariaat,……………ALLAH,……………………..
    maaf klu salah, tuan guru yg dikasihi,……….,…….
    tahu mendengar saja,………………semporna boy.

    Like

  10. asalamualaikum.sy ada soklan,apakah yg dimaksutkan ,(solat dlk keadaan berjalan atau berkenderaan jikalau dlm keadaan bahaya)

    Like

  11. salam.. Sebenar-benar solat itu adalah “diri” zahir menyembah “diri” batin (roh) kerana Roh adalah RAJA kepada diri zahir. diri zahir adalah rakyat kepada diri batin (roh) maka selama ini solat itu adalah penyembahan dan pengagungan diri zahir (rakyat) kepada diri batin=roh (RAJA)

    Like

  12. syariat sebenar -benarnya ingat akan Allah ketika apa saja keadaan kita setiap saat dan ketika walaupun ketika tidur itulah solat daim…

    Like

    1. saya minta tuan perbetulkan lagi sedikit ayat yang tuan tulis itu, saya rasa ada maksud yang baik disebalik itu, tapi sila betulkan sidikit ayat itu, pasti bertemu kita akan sesuatu!. Jika ayat itu disusun dan ditukar dgn satu patah perkataan, saya percaya kita semua akan kenal apa itu maksud syariaat Allah…drp hj shaari

      Like

  13. assalamualaikum Pak Hj Shaari. jadi mohon pnjelasannya cara menegakkan syariat Allah, sedangkan syariat Allah adalah roh. sementara roh tak terlihat hanya dapat dirasakan. trims.

    Like

  14. saya tidak tau jawabannya apa jawabannya tuan guru ,, apakah syariat itu yang nampak sekarang kita lakukan ini tetapi hakikatnya yang melakukan adalah allah, atau syariat itu ya badan atau yang nampak di muka bumi

    Like

Leave a comment