Burung Wajib Akan Pulang Dengan Sangkarnya! Jam 4.21 pagi pada 25hb Mei

Disaat sahabat-sahabat sedang nyeyak  dibuai dengan mimpi dalam tidur yang indah, ketahuilah oleh mu wahai sahabat-sahabat ku, bahawasanya dari kejauhan Taiping Perak, aku sedang menemani tidur tuan-tuan dengan dendangan lagu-lagu qalbu.

Dalam tidur yang resah memikirkan diri sahabat-sahabat yang masih kosong, mata ku di tongkat oleh doa kalian. Berbekalkan  dengan doa kalian itu, rahani ku memberontak untuk mendodaikan tidur tuan-tuan dengan ilmu makrifat Tok Kenalii. Moga-moga dengan dendangan lagu qalbu dari hatiku yang sudah mati dan kosong ini, dapat menghiburkan jiwa gersang tuan-tuan dengan cucuran air nurani dari telaga Allah.

Selagi  jasad ku diberi kesempatan waktu oleh Allah, selagi itu uga akan ku luahkan segala intipati ilmu yang ada didada buat kalian!, mengarang dan terus mengarang. Semoga  lagu jiwa yanng aku dendangkan ini, membuat tuan-tuan dan sahabat-sahabat breoleh ilmu.

Tuan-tuan dan puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Hidup didunia ini, tidaklah lama. Pejam celik-pejam celiik, umur kita 30 han. Pejam celik-pejam celik, umur kita 40 han dan pejam celik-pejam celik umur kita 50 han dan seterusnya menghampiri  saat-saat kematian.

Masa didunia, roh kita ditemani jasad!. Setelah mati kelak, kemana perginya jasad kita. Apakah jasad selamanya akan berpisah dengan jasad?. Tidak mungkin waktu datang kita bersama, bila tiba saat mati jasad bercerai dari roh?. Hendaknya kalian tahu bahawa bilamana datang bersama, pulangpun hendaklah bersama. Tidak mungkin burung meningggalkkan sanggkar dan tidak mungkin keris tinggalkkan sarong!.

Dalam pengajian ilmu makrifat, setiap orang yang menuntut ilmu makrifatullah (mengenal Allah), roh tidak sekali-kali membenarkan  jasad tinggal besendirian atau berkeseorangan didalam tanah!. Pulanggnya kita kelak, bukan kembballii “kerahmatul tanah”, adapun kepulangan kita adalah bertujuan kembali “kerahmatullah”  (kepangkuan Allah) dan bukannya kerahmatu tanah atau kerahmatu bumi!.

Orang makrifat, tidak sekali-kali akan meninggalkkan jasadnya keseorangan didalam bumi. Datang bersama, pasti matipun akan bersama. Burung keramat lagi sakti, pasti tidak akan sekali–kali membiarkan sanggkarnya terbiar dimakan cacing!. Inilah janji burung (ruh) yang mengenal makrifatullah kepada sangkarnya.

Barang siapa yang tidak mahu jasadnya dimakan cacing, dimamah kala jengking dan tidak mahudiri dan jasadnya bersoal jawab dengan Mungkar dan Nankir, dipersilakkan tuan-tuan mengenall Allah!. Barang siapa yang dirinya mengenal Allah,, sudah dengan pasti, burung akan terbang dengan sangkar-sankarnya sekali, menemuai Allah Azawalla!.

Asal kita itu, adalah dari kampoong “rahmat Allah”, maka sekembalinya kita kelak, hendaklah juga pulang kerahmatullah dan hendaklah juga pulang  kerahmat Allah. Kampong kita bukan tanah dan bukan bumi. Kita berasal dari kampong rahmat, mari kita sama-sama kembali juga kekampong rahmat!. Itulah kampong asal kita, iaitu kampong “rahmat Allah”!.

Alam bumi atau alam dunia ini, adalah alam persinggahan sementara, alam transit atau alam binasa yang tidak kekal. Buat apa nak duduk dialam yang tidak kenal, kenapa tidak sahaja kita kembali balik ke kampong asal kita, yang kekal tidak binasa?. Dunia ini binasa!.

Guru-guru terdahulu, selalu menaruh amanat atau selalu berpesan kepada anak-anak muridnya, agar menggali semula kuburnya. Jika didapati jasadnya masih didalam alam kubur, dipersilakan kencing atas kuburnnya!. Begitulah apa yang berlaku kepada  jasad-jasad Tuan Guru Haji Ahmad Al- Fatani, Tuan Guru Tok Selehong, Tuan Guru Mohd Yusof Cik Wook dan ramai lagi para guru-guru kita terdahulu.

Orang yang sampai kepada peringkat makam ilmu makrifatullah (mengenal Allah) itu, jasadnnya bukan didalam bumi. Roh dan jasadnya adalah milik Allah semasa didunia lagi. Dari alam dunia lagi, kita ini sesungguhnya telah mati dan dialam dunia lagi kita ini berserah diri, menyerah diri dan telah mengembalikan diri kepada Allah sedari didunia dan telah menjadi milk Allah sedari dulu sampai sekarang dan sampai bila-bila!.

Jika kita mengenal Allah semasa masih didunia, dimasa alam kubur esuk, Mungkar dan Nangkir, tidak akan sekali-kali berani untuk datang menyoal tubuh kita!.  Sebabnya adalah kerana, diri atau tubuh atau anggota kita ini, telah menjadi hak milik kepunyaan Allah!. Bilamana kita sudah kepunyaan Allah sedari didunia lagi, tidak sekali-kali berankah Mungar dan Nangkir datang menyoal kita!. Barang yang sudah kembali menjadi hak milik Allah, tidak sekali-kali berani makhluk mempersoalkannya?. Yang selalu mereka soal dan mereka seksa iu, adalah bilaman bernama Mamat bin Jusuh atau Dollah bin Mat Noor. Selagi kita bergelar Muhamad bin Muhamad, saya pasti dengan pasti sepasti pastinya, sekalipun kita berjumpa mungkar dan Nangkir, bukan mereka yang bertanya atau menyoal kita, malahan kita yang akan menyoal mereka.

Contoh atau seumpama!.

Bilamana Mungkar dan Nangkir datang bertanya kepada kita ” Ma Robbuka” (siapakah Tuhan engkau). Maka jawablah dengan terang dan jelas. Tidakkah Tuhan aku dan Tuhan engkau itu sama!. Bertanya lagi Malaikat Mungkar dan Nankir kepada kita. Siapakah Tuhan engkau, hendaklah kita jawablah dengan terang dan jelas, sesungguhnya Allah lebih mengetahui dari apa yang kita tidak tahu!. Allah telah lebih dahulu tahu dari apa yang Mungkar dan Nangkir belum tahu!. Apa yang Mungkar dan Nangkir nak tahu, nak soal atau nak tanya itu, sesugguhnya Allah sudah terlebih tahu?.

Sedari mula kita dijadikan Allah, Allah sudah sedia tahu, apa yang akan kita jawab. Kerana apa yang akan kita jawab itu, adalah jawapan yang sudah sedia ada dalam ilmu Allah sedari azali!. Yang hendak bertanya itupun ilmu Allah dan yang hendak ditanyapun ilmu Allah, Bilamana diri kita sudah tidak ada (mati), siapa yang hendak tanya siapa?. Yang menyoalpun Dia dan yang hendak disoal pun Dia. Dia seDia  Dianya Dia……………………………

Setelah segalanya tidak ada, jika segalanya sudah tidak ada, siapa yang bersifat ada?. Yang bersifat ada itu siapa, cuba jawab?……………………….makhluk  itu bersifat dengan sifat muhadas iaitu (besifat bahru), barang yanng  bersifat baharu itu tetap dan pasti binasa, jika makhluk binasa, yang bersifat kekal itu siapa, cuba jawab?…………….Tidakkah yang bersifat kekal itu Allah. Bilamana Allah yang berifat kekal, bererti makhluk bersifat binasa, setelah binasanya makhluk, siapa lagi yang nak soal siapa?……………………………….

Jam kereta saya menunjukkan pukul 6.10 pagi. Saya sekarang sedang duduk mengarang dalam kereta. Nak sewa hotel semuanya penuh kerana musim perayaan, ramai orang pulang bercuti, jadi hotek semua penuh, kenalah tidur dalam kereta. Panas dalam kereta tidak payah dicerita lagi, semua orang tahu. Nak buka tingkap takut  sang nyamuk masuk, nak tutup semua cermin, nanti panas, nak buka ekon kereta, takut injin panas, Maalumlah kereta buuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuruk! (amboi panjangnya hruf  “u”). jadi dudukklah dalam kereta, biarpun panas.

Inilah nasib penceramahh kucing kurap seperti saya. Kurappun dia juga kan…………………………………………amin dari hj Shaari, Sampai disini dulu kita bersiaran melalui uddara, jika ada umur saya sambung lagi dilain siaran. Radio hj shaari ingin melabuhkan tirai siarannya. amin jam 6.10 pagi

50 Replies to “Burung Wajib Akan Pulang Dengan Sangkarnya! Jam 4.21 pagi pada 25hb Mei”

  1. Asalamualaikom . mengembara dalam kepastian diri . Burung dalam sangkar .sangkar dalam burung . bersatu tidak berpisah tiada .kembali dengan ketentuan takdir . senyum dan duka dari wajah yang sama……….

    Like

  2. Asalamualaikum Tuan Haji yang budiman,

    Semoga Allah memberkati segala usha murni mu untuk mengejutkan kan hati2 yang kian lama di buai mimpi. Mimpi yg tidak tahu hala tujunya. …….. satu kejutan elektrik seawal pagi ni….
    Burung tidak akan meninggalkan sangkarnya…..Bagi mereka 2 yang mengenal seyakin-yakinnya dan sebulat-bulatnya..Haqkul yakin.

    Maka Sahabat seperjuangan. …ayoh bangunlah menyambut seruan Guru. Yg Di hormati… sambutlah!, capailah peluang! …kerana masih ada lagi Yang Menyayangi dan Yang Di sayangi.

    Jutaan penghargaan pada mu Pembimbingku.

    Like

  3. Tuan Guru kupasan “Martabat 7” belum selesai….sudilah kiranya menyambung bab tersebut, agar kerinduan ini terbilas. Wassalam………..

    Like

  4. Tuan Guru, dari penelitian ana sebelum bertemu “ilmu makrifattulah Tok Kenali” ada diperkatakan tentang “kaifiat” atau tatacara solat oleh aliran.tarikat-tarikat lain..Jadi ana ingin mengetahui tatacara dari amalan Tuan guru sendiri serta makrifat Tok Kenali. Memandangkan solat adalah keutamaan dlm beragama. Ana mohon Tuan guru sudi menghuraikannya serta mencurahkan ilmunya. Wassalam……….

    Like

  5. amin ,,,amin,….inilah persoalan kelmarin,…….yg hendak ku ketahui,……..terima kasih tuan guru yg di kasihi,””
    rahmat sentiasa bersama tuan guru,…semporna boy,….

    Like

      1. bagaimana dengan yang tak sempat mengenal ye. adakah jenazah yang reput menandakan dia tidak diterima dan diseksa. terfikirkan arwah kakak dan saudara mara adakah cara nak bantu mereka dari sudut hakikat.

        Like

  6. Assallamualaikum Tuan Haji dan sahabat-sahabat peminat blog makrifattokkenali,
    Alhamdulillah dan terima kasih kerana tidak jemu-jemu menurunkan ilmu kepada kami yang sememangnya sentiasa menantikannya. Bertapa besarnya pengorbanan seorang guru demi untuk menyampaikan ilmu yang penuh didada kepada anak-anak didiknya.

    Sebak rasa di hati bilamana Tuan Guru hanya mengarang dan tidur dalam kereta, dalam keadaan kepanasan dan tidak selesa. Namun itu adalah suatu pengorbanan besar untuk anak-anak didik. Semoga pengorbanan itu dapat dihargai oleh anak-anak didik. Kutiplah sebanyak mana ilmu yang boleh sementara Guru masih ada supaya tidak berasa kesal nanti bilamana guru telah kembali kepada Sang Pencipta.

    Biarpun pahit untuk ditelah, namun kita seharusnya menerima apa saja ketetapan Allah Taala. Jadi marilah kita amalkan cara hidup yang sederhana tetapi ikhlas. Ikhlas itu, adalah setelah kita redha dan berserah kepada ketetapan dan ketentuan Ilahi.

    Sekian salam dan maaf.

    Like

  7. Salam Tuan Haji Terimakasih atas Kupasan insyallah kami tidak akan sia- siakan segala nasihat , tunjukajar tuan guru hingga akhir hayat kami . Doa dari Kami semoga allah merahmati Segala Usaha Tuan Guru.

    Like

  8. salam kepada peminat makrifat tok kenali.

    terbang burung terbang sangkar, inilah satu anugerah yang tak ternilai, dan untuk mendapatkannya bukan semudah yang disangka, ujiannya amat mencabar dan tidak hairan banyak yang kecundang dalam perjalanan. tetapi jika salik itu ikhlas, hanya kerana allah bukan kerana nama dan harta, pasti ia akan selamat ke penghujung jalan dengan nikmatnya.

    agar sangkar juga dapat kembali bersama, maka carilah kain kafan qadim, yang dapat menjamin kepulangan sangkar dengan selamat.

    kain kafan biasa tiadak dapat menjamin agar sangkar dapat kembali dengan ruh. kerana kain kafan biasa hanya kain yang diperbuat dari benang yang berwarna putih, selang beberapa hari saja di dalam tanah telah reput.

    tetapi kain kafan qadim sesuatu yang istimmewa yang terbuat dari nur, maka carilah kain kafan kadim sebelum nafas berhenti.
    wassalam.

    Like

  9. Tuan Guru, tuan guru memanglah hamba Allah yang terpilih dan sangat beruntung kerana mencapai makrifatullah. Saya ni insan kerdil yang sentiasa berusaha tapi masih jauh tuan guru. Saban hari saya belajar dan mencari dan terus mencari tapi masih jauh dan tidak bertemu yang dicari. Tuan guru doakan lah agar saya dapat menemuinya. Saya insan yang jahil lagi faqir dibumi Allah tapi saya tidak putus asa dalam menimba ilmu dan memohon doa sahabat sahabat yang telah menemui makrifatullah agar mendoakan saya juda akan menemuinya InsyaAllah

    Like

  10. Alhamdulillah….syukur ya Allah…..inilah jawapan yg saya nanti2 kan wahai tuan guru, ya! Orang makrifat akan pulang dengan sangkarnya sekali, tidak sebesar zarah pun, tidak sehelai bulu roma pun yg akan gugur, dan badan diri apalagi, mana mugkin ulat mahu menyentuhnnya, kerna dia kenal yang datang itu siapa………subhanallah…..benar kata tuk guru saya dahulu….

    Like

  11. salam makrifat? yg sy hormati t.guru hj saari segala pengorbanan dn prjuangan itu amat di sanjuungi..tdk trbayar dgn apa yg ada didunia ini krna utk membetulkn aqidah yg selama ini disangka benar….blajar ilmu di ditangga fekah blum cukup utk membenarkn aqidah benar2 lurus….mengenal diri dn Allah yg sebenar2nya adlh setelah tiada lg ujudnya diri…moga2 dn benarlh kenal diri dn Allah adlh golongan jln lurus dn tiada hisab…pulanglh diri dn jasad kerahmatullah dgn damai…maaf dn minta pencerahan…insan daifd

    Like

  12. Memang benar apa yang tuan nyatakan, sesungguhnya manusia itu tidak mati hanya berpindah dari alam fana kealam barzakh, menepati dengan ucapan “Innalillah hiwainna lillah hirojiun”. Pesan Guru; sejuta orang mengatakan salah…baru itu yang benar, tapi kini…tuan telah mengesahkan kenyataan itu.
    Kalau nak berhijrah ke Negeri “Rahmatullah”seperti yang Tuan nyatakan tentulah ada pasportnya, yang nyata pada zahir…lubang kubur itu sempit…gelap….malah panas, sudah pastinya tentulah ada kenderaannya dan GPS untuk kesana…mesti nak tahu kemana negeri itu nak dituju, sebab negeri itu luas, malah siapa pula yang hendak menunggu disana nanti, itulah yang saya cari selama ini, mintak tuan huraikan. Saya menunggu jawapan dari Tuan, sama seperti jawapan “sesungguhnya manusia itu tidak mati”

    Like

    1. Salam sahabat? mati itu wajib hidup insyaallah…tetapi mematikn diri sblum mati adlh suatu kewajipan agar tdk di hisab nanti…

      Like

    2. Pasportnya adalah “jangan sampai terlihat adanya diri”. Jika diri sudah tidak ada, apakah boleh lagi dikatakan mati?. Yang dikatakan mati itu, adalah orang yang masih ada diri, bagi orang yang dirinya sudah tidak ada, mana mungkin mati?. Negeri kita yang asal, adalah negeri yang tidak berhuf dan tidak bersuara. untuk sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah “jangan sampai terlihat adanya diri”. Ingat itu. Itulah negeri, itulah petua dan itulah GPS.

      Like

  13. Assallamualaikum Tuan Haji & sahabat-sahabat.
    Sebelum membaca post Burung Wajib Akan Pulang Dengan Sangkarnya, saya telah mendengar cerita ini dari seorang sahabat kira-kira setahun yang lalu, kali keduanya saya mendengar dari seorang pakcik di Muar. Sebelum ini saya menyangka burung itu roh dan sarang itu jasad, namun pencerahan dari Tuan Haji ketika muzakarah di Cheng Melaka tempohari telah membuka segala yang tersirat. Alhamdulillah….

    Like

  14. …………dan setiap kali ingin ku ketahui setiap sesuatu.., pasti selepas itu Tuan Haji akan menerangkannya ……
    terima Kasih ALLAH .Laisalaha mindunillahi kasifaa…………..

    Like

  15. Salam ya Allah….kpd semua pembaca blok sekalian..klu hendak jd mcm burung pulang dgn sangkarnya sekali,kenal lah dulu sangkar dan kenal lah dl burung….bila sudah kenal pasti mengenali,bila sudah mengenali pastikan hancur lebur dan binasa sangkar dan burung…….bila sudah lebur dan binasa barulah yg tgl dan yg ada=wujud=dan yg maujud tuan yg empunya burung…..semoga tuan2 dan puan2 pembaca blok sekalian dirahmati Allah di dunia sampai akhirat,dan jgn lah kita jd seperti burung yg pandai berkata2 shj akhirnya mati di dlm sangkar……amin….mohon pencerahan drp tuan guru hj shaari….

    Like

    1. Ketahuilah para sahabat sekalian, sangkar itu bukannya tubuh jasad ini sebagaimana ramai yg menyangka, tubuh itu adalah bayangnya sangkar. Sangkar itulah roh, dan burungnya itu adalah “Allah”. Bukankah kalbu mukmin baitullah, jadi jelaslah bahawasanya sangkar sangkar itu adalah roh dan yang pastinya Ia akan kembali kepada Allah, jadi sudah pastilah burung yang terbang itu tidak akan meninggalkan sangkarnya. Amin

      Like

      1. Sangat bagus ilmu tuan, saya tak sanggka setinggi itu ilmu tuan. Itulah sebenar-benar jawapan burung tidak meninggalkan sarang.

        Sarang, sarung atau sanggkar kepada masin itu, adalah garam. Bilamana garam sudah kembali masuk kedalam lautan, bererti hilanglah sifat garam.Bila hilang sifat garam, maka timbullah sifat masin. Maka itulah ertinya burung terbang dengan sangarnya!.

        Terima kasih tuan guru, kerana menerangi org lain.

        Like

  16. Assalamualaikum tuan guru…
    berbalik kpd martabat tujuh dpt la sy kupaskan bahawa sesudah matikan diri atau pulang ke asalnya diri sebenar diri sdh tentu yg ujud,wujud,maujud adalah ALLAH semata-mata..
    wahdatul wujud serta setiap yg berlaku baik mahupun buruk semua PERBUATANNYA…
    persoalannya di sini siapa masuk syurga siapa masuk neraka walaupun hakikatnya smuanya DIA DIA DIA….
    DI harap tuan guru mencerahkan keadaan?

    Like

    1. Diri kita sudah mati, setelah diri sudah mati, apa lagi yang hendak difikir?. Soal syurga atau neraka itu, adalah bagi mereka (diri) yang masih hidup!. Hanya orang hidup yang memikirkan soal syurga neraka!. Jika masih lagi memikir atau berkehendak kepada syurga atau takutkan kepada neraka, bererti diri tuan-tuan belum mati, belum habis menyerah dan belum binasa!.. Masih lagi berkehendak selain Allah itu, syirik pada pengajian ilmu makrifat.

      Syuga atau neraka itu, milik Allah, biarlah kita serah kepada Allah, ikutlah gerak kerja Allah untuk menentukan siapa kesyurga atau siapa keneraka!. Allah memberi kepada sesiapa yang dikehendakinya. Jika mintapun tak dapat dan sekiranya kita laripun, diberi?, itukan hak Dia, kenapa kita nak urus urusan Allah?. Jaga diri kita supayabersih dari syirik kepada Allah Taala.

      Jika tuan tak nak syirik, jangan sampai terlihat adanya diri, jika tidak ada diri, siapa yang ada?. Yangn ada itu hanya Allah. Jika allah ada, maka denngan sendirinya syurga atau neraka akan tidak ada (lebur dan binasa). Jika lebur syurga atau leburnya neraka dengan adanya wujud Allah, kenapa perlu takut neraka?. Jika lebur selain Allah, maka maka terhindarlah tuan dari neraka ………………………

      Like

  17. Alhamdulillah…byk pencerahan yg saya dpt dr perkongsian tuan,….cuma amalan dan praktikan kefahaman tu…kdg tidak dpt kekal lama…lalai lupa dan leka sering mencelah….maalumlah….kita kn,
    ” muhaddas” namun, sungguh indah terkdg mata dan minda tercelik, melihat dan menyedari….segalanya milik dan taklukkan dia…cuba mati sblm mati,namun gagal merasai kerana nafsu dan akal masih merajai….nnt nk cuba bertemu tuan hj in…syaa…Allah.

    Like

  18. TERIMA KASIH ALLAH YANG MAHA ESA, TUHAN SERU SEKALIAN ALAM.

    TERIMA KASIH DARIPADA ANAKANDA SUHAIMI PUTRA KEPADA AYAHANDA USTAZ HJ SHAARI.

    ALHAMDULILLAH….
    AMIN, AMIN, AMIN…………………….

    Like

  19. Asalamualaikum tuan haji shaari,kalau boleh kirim copy dvd ceramah tuan,saya sangat tertarik dgn ilmu marifat yaitu ilmu mengenal allah.

    Like

Leave a comment