Jawapan kepada soalan 0123949265 dari Kedah

Pertanyaan: 4 unsur (zat, sifat,afaal dan asma’),  terletak pada diri makhluk, Setelah kita berserah diri kepada Allah, apakah 4 unsur itu turut binasa dan yang ada itu hanya Allah sahaja. Soalannya apakah perlu kita berkata lagi didalam hati sifat Allah, afaal Allah, zat allah dan asma’ Allah bila berlaku sesuatu ataubila melihat sesuatu?.

Terima kasih kepada Allah, kerana sudah dengan kehendakNya masih memberi kekuatan untuk mengerakkan jari jemari saya untuk kesekian kalinya menari-nari lagi di laman sesawang ini.

Tuan yang saya muliakan lagi dirahmati Allah. Sebelumnya, ingin saya beri satu perumpamaan.  “Ingat kepada Allah itu, adalah tandanya tidak ingat dan  perkara tidak ingat itulah, yang dikatakan sebenar-benar  ingat kepada Allah” dan ” Tanda berserah diri kepada Allah itu, adalah setelah tidak ada apa-apa lagi yang hendak diserah”.

Dalam menyatakan ingat atau dalam perkara berserah diri  kepada Allah itu, kita tidak perlu ingat atau tidak lagi perlu menyerahkan apa-apa kepada Allah!. Jika kita masih ingat kepada apa yang hendak kita ingat dan jika kita ingat kepada apa yang kita serah itu, itu adalah tanda belum berserah dan tandanynya belum ingat kepada Allah.

Kita tidak perlu menyerah tangan kepada Allah, kita tidak perlu menyerah kaki kepada Allah dan kita tidak perlu menyerah apa-apa anggota kepada Allah. Buat apa hendak kita serah tangan kepada Allah, sedangkan Allah sudah ada tangan!. Buat apa hendak kita serah kaki dan serah seluruh anggota kita kepada Allah, kurangkah anggota Allah itu, sehingga anggota tangan dan anggota kaki kitapun Allah nak!. Tak cukup lagikah kaki tangan Allah dan kebesaran Allah , sehingga tangan dan kaki kita yang kotor inipun, Allah masih berhajat?. masakan Allah Maha Suci itu, masih berhajat kepada sifat, nama, afaal dan zat anggota diri yang kotor ini?. Dimana kebesaran Allah, sehingga barang yang sekecil ini, masih Ia berhajat?.

Sedang Allah itu, adalah Allah yang tidak sedikitpun megambil faedah (berhajat) keatas makhluk! (Allah tidak megambil sedikit faedah atas sifat, afaal, asma’ mahupun zat makhluk). Allah itu, sifatnya maha kaya dari segala yang kaya. Allah tidak perlu megambil faedah atau megambil keuntungan atas sifat kiat,  pebuatan amal kita,  Allah tidak perlu megambil faedah atas sifat kecantikan kita, Allah tidak perlu megambil faedah atas nama kita yang indah dan  Allah tidak perlu megambil faedah atas roh kita! Kerajaan pemerintahan Allah itu, maha luas, maha kaya dan maha sempurna, yang tidak lagi perlu kepada sifat, afaal, asma’ dan roh makhluk!. Kita tidak perlu menyerah anggota diri kepada Allah.

Allah tidak megambil faedah atau Allah itu tidak menjadi untung, tidak menjadi kaya atau tidak menjadi bertambah kukuh kerajaan Allah, jika iapun kita menyerahkandiri kita kepada Allah!. Kiranya kita sembahyang kuat, puasa kuat, zikir kuat, sedekah kuat, alim kuat, haji kuat, sebut nama Allah kuat, sunguhpun segala-galanya kuat, Tidak menjadi hairan bagi  Allah. Allah tidak terpengaruh, tidak termakan dan Allah tidak tergoda dengan bujukan atau rayuan atau rasuah amal yang kita lakukan.

Pemerintahan Allah  tidak sedikitpun terpengaruh, terbujuk atau termakan rasuah sekalipun dengan linangan air mata darah makhlukNya. Allah bukan terbujuk dengan memek muka yang sedih atau dengan kening yang berkerut tanda sedih atau susah. Allah tidak boleh dirasuah dengan kemiskinan, kesusahan, kesedihan dan kepapaan kita!. Tak payah dan tak perlu tunjuk sedih kepada Allah, dengan kesedihan kita itu, tidak membuat Allah bersimpati kepada kita!. Jika Allah bersimpati kepada kita, bererti Allah megambil faedah atas kita dan Allah boleh dirasuah dan disogok dengan wajah duka!.

Sebelum wajah duka, sebelum air mata darah, sebelum memak muka yang berkerut kening dan sebelum rintihan sedih yang kita cuba tunjuk atau yang  cuba kita bayangkan kepada Allah,   itu semua tidak boleh mempengaruhi keputusan azali Allah yang telah Allah putuskan sejak azali diluh hul mahfuz.  Allah maha tahu dan Allah sudah sedia tahu (sedia maklum) akan apa isi hati kita, biarpun kita belum ditimpa sedih, biarpun kita balum ditimpa musyibah, biarpun kita sebelum ditimpa susah dan biarpun kita belum buka mulut untuk meminta serta menyerah, sesungguhnya Allah sudah lebih dahulu mengetahui!.

Allah tak terbujuk dengan rayuan atau rintihan kita dan Allah tidak jenis makan rasuah!. Untuk itu, buat apa nak serah amal kita kepada Allah, buat apa nak serah anggota diri kepada Allah, buat apa nak serah nama, afaal dan buat apa nak serah roh kepada Allah. Allah tidak akan menjadi bertambah kuat jika anggota kita tidak diserah kepada Allah Taala!. Allah tidak bertambah pendek, miskin, hina atau tidak runtuh kerajaan Allah, sekalipun tidak kita  serah diri atau sekalipun kita tidak ingat kepada Dia. (Kata orang kelantan, tidak menjadi kudis gatal bagi Allah sekalipun kita tidak berserah diri dan sekalipun kita tidak ingat kepada Allah. Oleh itu, buat apa serah diri kepada Allah!.

Perkara serah diri itu, adalah satu perkara perumpamaan sahaja!. Berserah diri itu,  tidak ubah seumpama ular bersalin kulit, Biarpun ular bersalin kulit, tidak sedikitpun mengubah sifat asalnya, tidak sedikitpun mengubah afaal asalnya, tidak sedikitpun mengubah asma dan tidak sedikitpun mengubahroh asalnya yang sedia ada!. Perkataan berserah diri  itu, adalah hanya satu istilah bahasa, bagi mempermudahkan faham!. Sebenarnya kita nak serah apa kepada Allah, sedangkan kerajaan Allah itu, sudah cukup lengkap, sudah cukup sempurna, kerajaan Allah itu sudah tidak ada apa-apa lagi yang bertambah atau berkurang!.

Nak serah anggota tangan kepada Allah, dengan menyebut perkataan, “ya Allah, ya Tuhan ku, ku serahkan anggota tangan ku, kakiku, mulutku, mataku, telingaku dan kakiku kepada mu ya Allah” . Apakah dengan sebut sebegitu, membuatkan tangan, kaki, mulut, hidung, telinga atau mata kita itu,  tercabut, tertanggal atau terlepas dari jasad kita?. Apakah dengan menyebut perkataan berserah diri itu, membuatkan diri kita hilang?. Ternyata, diri kita tetap sebagaiana asal, walaupun mulut kita menyebur berserah!. Ianya tidak akan mengubah,  tidak akan menambah dan tidak akan mengurang apa-apa bagi Alah!. Seumpama ular bersalin kulit atau seumpama hilang sifat garam kedalam masin, tidak mendapat apa-apa faedah darinya (itulah maksud Allah tidak megambil faedah atas makhluk).

Jadi tidak perlulah lagi ada serah menyerah, saksi meyaksi, pandang memandang, tilik menilik, sembah meyembah dan nyata menyatakan. Kan kita sudah mati, kan kita sudah hilang, kan kita sudah karam, kan kita sudah binasa dan kan kita sudah tidak ada. Jika sifat kitapun tidak da, apa lagi yang hendak  kita serah………………………………

Berjalanlah mengikut ketentuannya………………………..seperti atau semacam biasa……………………..

Berbalik kepada perkataan “Ingat kepada Allah itu, adalah tandanya tidak ingat dan  perkara tidak ingat itulah, yang dikatakan sebenar-benar  ingat kepada Allah” dan ” Tanda berserah diri kepada Allah itu, adalah setelah tidak ada apa-apa lagi yang hendak diserah”.

Jika kita dok ingat lagi nak serah diri kepada Allah, itu tandanya kita tidak ingat dan itu tandanya belum ingat kepada Allah. Seumpama kita berniat atau berhajat  untuk menghadiahkan wang  hasil dari gaji pertama kerja kita kepada mak . Selagi kita tidak bagi, selagi itulah hati kita teringat-ingat dan terkenang-kenang. Dah masuk bulan ke 67 kita kerja, kita tdak juga bagi wang kepada ibu kita, usah kata gaji bulan pertama, kini sudah masuk bulan yang ke 67, kita belum lagi tunaikan janji, tentu kita teringat dan selalu bermain dalam kepala kita. Cuba kita sudah bagi dari gaji yang pertama dulu, apa lagi yang kita nak ingat-ingat, kerana barang yang sudah terbagi sejak gaji pertama dulu!. Apa lagi yang perlu kita ingat?.

Begitu juga dalam hal nak kawin atau nak berbini. Selagi tak berbini atau selagi tak kawin, hari-hari sebut nak kawin nak berbini, nak kawin nak berbini dan nak kawin nak berbini………………..Tetapi setelah kita kawin dan setelah kita berbini, apakah ada lagi sebut perkataan nak kawin atau perkataan nak berbini?………………..Lainlah jikalau nak kawin dua, tiga atau empat………………

Begitu juga semasa mula-mula kerja, nak pergi kerja ditempat pejabat baru. Dari rumah nak kepejabat baru, tentunya pada peringkat permulaan kita tanya orang, jalan mana, selekoh mana, cabang mana, berapa jauh dan melewati trafik light keberapa untuk sampai kepejabat. Sekarang ini, setelah kita biasa, Turun saja dari rumah, kita tidak lagi kira trafik light keberapa, dah tak tanya orang, tak peduli lagi cabang, selekoh dan tanda apa untuk sampai kepejabat. Tahu-tahu sampai pejabat, itulah tandanya ingat. Jika masih berkira-kira nak menyerah dan masih berkira-kira nak ingat kepada Allah, itulah tandanya tidak ingat dan tidak sebenar-benarnya  berserah diri kepada Allah!.

Cuba sekarang, hidup saja injin kereta, tahu-tahu sampai pejabat, tanpa bilang lampu trafik light keberpa, tnpa lihat jalan mana atau selekoh mana, tahu-tahu sampai kepejabat. Itulah tanda sebenar-benar ingat dan tanda sebenar penyerahan kepada Allah Taala. Iaitu sampai kepada tahap tidak ingat dan tidak ada apayang hendak diserah, barulah dikatakan ingat dan berserah kepada Allah!………..

Untuk itu,  jangan lagi ingat adanya diri kita, “jangan sampai terlihat keberadaan diri”. barulah tandanya kita itu berserah diri dan ingat kepada Allah. Salam dari Universiti Qalbu Mukmin (Fakulti Pusat Pengajian Tinggi Hj Shaari), Ijazah tanpa pensyarah, tanda sijil dan tanpa bayar  PTPTN.  Terjamin mutlak. amin

Penambahan Pencerahan  16hb Mei

Tuan-taun dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Saya kira ada satu perkara lagi yang hendak saya perkatakan disini, iaitu dalam hal mengenai penyerahan.  Sebelumnya saya nak mengajak tuan-tuan menghayati satu perumpamaan, iaitu perumpamaan kita membeli sebuah kenderaan (kereta) atau membeli rumah.

Setiap pembelian rumah atau pembelian kenderaan (kereta), selalunya ada surat perjanjian jual beli atau yang lebih dikenali dengan surat serah hak milik. Dari pada syarikat penjual kereta kepada nama pemilik.

Adapun diantara kita dengan Allah swt itu, apakah ada surat serah hak milik (surat serah kuasa?), bertujuan untuk menyerahkan sifat anggota kita ini kepada kita?. Apakah pernah Allah membuat surat perjanjian serah hak milik kepada kita?. Cuba jawab pertanyaan saya?. Apakah Allah pernah membuat perjanjian untuk menyerahkan sifat tujuh anggota kita kepada kita?. cuba jawab?………………………………………………

Apakah pernah Allah nyatakan dalam Quraan atau Hadis, yang mengatakan diri kita itu milik kita?. Apakah pernah Allah berfirman yang Ia menyerahkan hak milik diri kita kepada kita?. Jika Allah swt tidak pernah menyerah surat perlantikan hak penjagaan diri kepada kita, kenapa sampai tergamak untuk kita mengaku yang diri itu kita, kita yang empunya, sehingga harus dipulang atau harus dikembalikannya semula kepada Allah?. Sedangkan diri kita itu, adalah selamanya menjadi hak milik mutlak bagi Allah!.

Kenapa sehingga sampai kepada tahap nak serah-menyerah diri kita kepada Allah. Sedangkan Allah tidak pernah menyerah geran hak pindah milik atau geran penyerahan hak kuasa kepada kita?. Itu tandanya diri kita itu, selamanya adalah menjadi milik Allah, tanpa pernah bertukar tangan!.

Diri kita dan anggota kita itu, selamanya adalah menjadi hak milik Alllah, yang tidak ada satu masa atau tidak ada satu ketika sekalipun yang ianya menjadi hak milik kita. Jadi kenapa kita harus serah diri kita kepada Allah?……………………

Oleh itu, hendaklah kita sedar yang bahawasanya diri kita ini, selamanya adalah menjadi milik Allah. Kita bukan disuruh menyerah diri, perkataan menyerah diri itu, adalah sekadar perkataan kiasan atau sekadar bahasa pencerahan diperingkat ilmu torikat (peringkat jalan belajar)!. Namun setelah tingkatan ilmu kita telah meningkat kepada tingkatan ilmu hakikat atau meninggkat kepada tahap ilmu makrifat, ianya sudah tidak lagi menjadi penyerahan tetapi ianya telah berubah menjadi perkataan “menyatakan Allah” dan bukan lagi menjadi perkataan menyerah diri”. “menyatakan Allah” Ingat itu……………………………

Tahap ilmu makrifat, tidak ada lagi istilah serah-menyerah, tilik-menilik, sembah-meyembah, saksi-meyaksi atau aku atau Dia……………………………………………

Amin daripada Hj. Shaari sebagai pencerahan kepada sahabat-sahabat semua

24 Replies to “Jawapan kepada soalan 0123949265 dari Kedah”

  1. Salam Terimakasih atas kupasan Tuan Guru apa lagi nak kata kita ini kan sudah tiada , yang ada hanya allah semata- mata. apa lagi nak serah ,nak tilik , nak pandang berserah atas ketentuanan allah. terimakasih banyak 2 Tuan Guru

    Like

  2. Salam kasih dan sayang buat guru, sahabat dan peminat blog ini.
    Yang paling utama dan pertama adalah mengenal diri.Kenal diri itu sehingga sampai TIDAK MENGENAL DIRI LAGI .Setelah diri itu tidak lagi mengenali diri itu, barulah benar di katakan sudah tidak memilikki apa apa, barulah di katakan berserah, barulah di katakan mati. Mati itu sehingga tidak tahu apa lagi yang mahu di ketahui hanya berserah pada yang Empunya haq yang tidak lagi bolih di umpamakan, yang bolih di suarakan atau di hurufkan, semuanya Laisa kamis lihi syaiunn. Itulah juga yang di maksudkan jangan sampai terpandang adanya diri. Amin (London)

    Like

  3. aslamualaikum tn hj saahri dan semua pencinta peminat blog ni ……….di sini si kosong juga ingin cuba juga menyatakan pengelaman tentang perkara di atas untuk renungan atau cuba fikir fikir mungkin ada persamaan ……………. kita umpama sebiji pisang yang nak di makan maka kita makan pisang itu terlebih dahulu tentu kopek kulit nya lepas tu nak makan masuk ke mulut semasa nak masuk pisang kemulut cuba tuan renung sebentar diri sendiri apa rasa apa rasa tuan tuan ketika itu, apa kah ada rasa nak serah hak tadi pada siapa,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, tepuk dada tanya sendiri………………….

    Like

  4. salam tuan guru dan sdr zulkiply dan rakan2 blog yg lain… cantik sungguh ayat sdr zul diatas simpel dan praktikal. sedang layan lagu “sejujur mana kata2” by spring. lagu lama. hayati lagu ini kawan2 dan lirik lagu ini. antaranya adakah zahir seiring dgn batin….???? tanyakan diri kita sendiri…. bagi yg paham akan tenggelam dlm lagu ini dan bercucuran air mata… sekali cinta beputik akan aku jaga dan baja hingga titisan akhir air mata ini! dan bagi sdr fairel sya cadangkan baca blog ini dari awal dan dapatkan kitab2 serta vcd dari tuan haji… insyaAllah akan bermanfaat utk diri yang mencari diri!! wassalam

    Like

  5. Saya sblum baca kitab tuan haji….saya ada belajar tarikat muhamadiah….ttg nur muhamad….nurallah…

    Like

  6. Aswrb .. Tuan .. , Alhamdulillah … enak bacanya .. hanya itu yg bisa sy ungkapkan … Sy msh dlm tahap belajar .. Mhn beri pemahaman .. makna Syahadat .. Sy takut salah memaknainya .. Seblmnya Sy ucapkan banyak2 tksh .. Wswrb

    Like

    1. untuk mendapat penjelasan sebenar-benar syahadah, sila tuan beli dvd siri ceramah saya.segalanya terkandung didalam dvd. sila sms alamat, nanti sy pos.byr blh melalui bank. harga 10.00 sekeping. semua ada 14 kpg, jika diizinkan Allah.amin

      Like

  7. Alhamdulillah tuan. Sadarlah kita kalau kits hidup berarti kita tidur.dan kalau kita mati barulah bangun sadar sebenarnya mati ini lah sebenar benar hidup

    Like

  8. Alhamdulillah tuan. Sadarlah kita kalaulah kita hidup berarti kita tidur.dan kalau kita mati barulah bangun sadar sebenarnya mati ini lah sebenar benar hidup

    Like

Leave a comment