Pembetulan Bagaimana Nak Menyatakan Allah

Bagaimana nak menyatakan Allah

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sakalian. Untuk ingat, untuk dekat, untuk rapat dan untuk menyatakan Allah dengan seyata-nyatanya itu, adalah suatu perkara yang  teramat-amat mudah, sehingga “tidak perlu dicari”. Allah itu, jika boleh saya umpamakan disini, adalah seumpama barang yang sudah sedia terpikul, dalam bahasa lain, ianya sudah sedia ada diatas bahu masing-masing!. Barang yang sudah sedia ada terpikul dibahu masing-maing, kenapa lagi perlu dicari untuk dipikul?. Yang perlu dicari untuk dipikul itu, adalah barang yang tidak ada, sedangkan dalam hal untuk melihat, memandang, menilik dan untuk menyatakan Allah itu, adalah barang yang tidak perli dicari lagi, kerana sudah sedia terpikul, sungguhpun tuan-tuan tidak mahu memikulnya!.

Adapun Allah itu, adalah seumpama barang yang tidak perlu dicari, tidak perlu dipanggil dan tidak perlu dipikul!, kerana segalanya sudah sedia terpikul. Tinggal lagi, kebanyakkan dari kita itu, tidak tahu dan tidak sedar yang mereka itu sedang memikulnya!.

Dijadikan jin dan makhluk manusia itu, adalah betujuan bagi menyatakan Allah. Bukan dijadikan jin dan manusia itu untuk menyebah Allah, bukan bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah!, tetapi bertujuan untuk  “dinyata” senyata-nyatanya!.

Perkara sembah dan barang pengabdian itu, akan atang dengan sendirinya, bilamana kita mengenal Allah denga nyata!. Pokoknya kita kena nyatakan Allah itu terlebih dahulu, barulah disusuli dengan perkara sembah atau perkara pengabdian!. Jika sekiranya Allah itu belum nyata, belum jelas, belum terang, belum putus dan ilmu mengenal Allah belum tamat, bagaimana nak senbah Allah dan bagai mana nak mengabdikan diri kepada Allah.

Ramai yang mentafsir ayat-ayat Al-Quraan dengan makna dan maksud perkataan yang tidak bersesuian dengan pengertian maksud. Yang menjadi mangsa pentafsir, adalah mereka yang diuar sana yang masih cetek ilmu. Itu makanya saya lebih suka membaca terjemahan Al-Quraan dari terjemahan dalam bahasa Indonisia berbanding tafsiran berbahasa Malaysia.

Begitu juga dengan kitab Al-Hikam. Terjemahan Kitab Al-hikam yang baharu ini, lebih menyesat dan lebih mengelirukan orang ramai. Saya salah seorang pengemar membaca kitab-kitab lama. Sebagai pengemar membaca kitab, seumpamanya saya lebih gemar memilih bahan bacaan yang dikarang kitab Al-Hikam yang asli. Bilamana saya bandingkan terjemahan kitab Al-Hikan karangan terbaru ini,  hati saya semacam mahu menjerit dan serasa mahu membakarnya. Terjemahan atau terbitan kita Al-Hikam yang terbaru ini,  amat-amat jauh terpesong dan lari jauh dari maksud asal. Pengarang atau penerbit  terbaharu itu, teramat ghairah untuk megupas isi kandung kitab Al-hikam asal kedalam bentuk baru. Sayangnya bilamana lagi dikupas, lagi di unggkap dan lagi diperbaharui  ternyata ianya lagi lari dari maksud, erti dan lari dari makna asal. Begitu juga tafsiran Al-Quraan yang dicetak itu, kebanyakkannya tidak menepati makna dan maksud sebenar!.  Untuk itu saya nasihatkan kepada pengemar kitab sekalilan, terutama kitab Al-hikam dan tafsiran Al-Quraan, carilah terjemahan oleh penterjemahan dari orang-orang lama!.

Ada visi terjemahan Al-Quraan yang mengatakan dijadikan jin dan manusia itu, adalah bertujuan untuk “meyembah dan ada visi yangn mengatakan untuk mengabdi” Namun terjemahan yang tepat itu, adalah “dijadikan jin dan makhluk manusia itu, adalah bertujuan untuk “menyatakan” Allah Taala”

Pertama: Perkataan meyembah Allah. Perkataan meyembah itu, adalah membawa bermaksud lain. Perkataan meyembah itu, membawa maksud ada dua perkara wujud!.  Pertama wujud yang meyembah dan kedua wujud perkara yang disembah (bermaksud ada dua sifat wujud). Wujud sifat hamba dan wujud sifat khalid (tuan). Sedangkan wujud kita dengan wujudnya Allah itu, tidak ada lagi wujud yang meyembah dan tidak lagi ada lagi wujud yang disembah. Yang menyebah itu, adalah juga yang disembah dan yang disembah itu, adalah juga yang meyembah!.  Mana mungkin ada yang meyembah, sedangkan yang meyembah itu, sudah mati, sudah pulang, sudah terserah dan sudah pulang kepankuan Allah!.

Selaku makhluk itu, sifatnya sudah tidak ada , sudah mati, sudah terkubur, sudah hangus, sudah terbakar, sudah terkaram, sudah  terbinasa dan sudah dihantar, sudah dipulang , sudah dikirim, sudah dikembalikan dan sudah pulang  semula kepankuan Allah Taala. Bilamana sifat diri, semuanya sudah kita kembalikan kepada Allah, mana mungkin masih adanya wujud diri, melainkan yang bersifat wujud (ada), yang bersifat ujud (menjadikan) dan yang bersifat maujud (dijadikan)itu, adalah hanya sifat bagi Allah!. Selaku yang bersifat  baharu (makhluk), sifatnya adalah bersifat dengan sifat mati dan bersifat tidak wujud. Yang wujud itu, hanya Allah, hanya Allah dan hanya Allah……………………inilah faham orang makrifat, bukanya faham orang syariaat (feqah).

Jika orang feqah yang membaca risalah saya ini, sudah barang tentu mereka sanggah dan menuduh  saya sesat!. Jadi sebelum orang feqah membuat tuduhan, terlebih dahulu saya nyatakan yang saya minta maaf,  kerana saya ini, adalah orang bodoh ilmu, yang perlu mendapat tunjuk ajar.

Kiranya kita meyanggka bahawa diri kita bersifat wujud dan Allah juga bersifat wujud, bermaknanya  sudah ada duayang bersifat wujud!. Sedangkan yang bersifat wujud (ada) itu, hanya Allah yang Esa?. Maksud Esa itu, ertinya tidak ada wujud yang lain selain Allah. Sedangkan ramai diantara kita sekaran, masih mewujudkan diri berganding dengan wujudnya Allah. Bilamana Allahbersifat ada dan makhluk manusiapun juga bersifat ada, bermaknanya disini, sudah ada dua sifat  wujud. Pertama wujud kita dan kedua wujudnya Allah Taala.

Untuk menyatakan yang Allah itu benar-benar Esa, hendaklah kita matikan diri kita!. Hilangkan sifat adanya diri, biarkan hanya Allah yang besifat ada!.

Kedua: Perkataan mengabdikan diri. Perkataan mengabdikan diri itu pula, adalah membawa maksud lain. Maksud mengabdi itu, adalah bererti, ada yang menjadi hamba dan ada yang menjadi tuan, ada yang menjadi kuli dan ada yang menjadi majikan, ada yang kena suruh dan ada yang menyuruh.

Sedangkan bilamana kita belajar ilmu makrifatullah (ilmu mengenal Allah) itu,  dengan sendirinya sifat diri kita sebagai hamba makhluk itu, sudah tidak ada. Bilaman sifat diri kita sudah tidak ada dan tidak wujud, mana mungkin boleh jadi kuli, mana mungkin boleh jadi hamba dan mana mungkin boleh jadi yang kena suruh?.

Itu makanya bilamana kita membaca terjemahan Al-Quraan atau tafsiran kitab dalam vesi baru ini, penerbit dan pengaragnya adalah terdiri dari kalangnan orang-orang yang tidak arif ilmu makrifat, tetapi ingin mengarang ilmu dalam bentuk makrfat!. Bialaman tidak arif makrifat, makna serta tafsirannya akan menjadi lain.Inilah bahananya, kitab-kitab terbitan sekarang,  yang menjadi mangsanya, adalah kita-kita yang  jahil ini!.

Ketiga: Adalah perkataan “menyatakan Allah. Ketiga-tiga perkataan itu, membawa maksud yang berlainan. Adapun mengikut pentafsiran ilmu makrifat, perkataan menyatakan Allah, adalah perkataan yang lebih tepat dan bersesuain.

Menyatakan Allah itu, adalah perkara yang bermula dengan kita tahu diri, sesudah tahu diri, kita kenal diri, sesudah kita kenak diri dan binasa diri. Sesudahbinasa sifat diri kita, akan menjadikan diri kita sudah tidak ada. Bialama diri kita sudah tidak ada, barulah yang ada itu hanya Allah. Sesudah kita mengaku yang ada itu hanya Allah, barulah dikatakan Allah itu benar-benar nyata.

Soal:  Jika Allah itu nyata, persoalannya disini, dimanakah nyatnya Allah itu( nyatanya Allah itu dimana?).

Jawab: Adapun nyatanya Allah itu, adalah diatas sifat diri makhluk. Bilamana Allah itu nyata dan ternyatanya atas  sifat makhluk dan bilamana diri kita juga selaku makhluk yang berbangsa manusia, bererti Allah juga nyata dan ternayta atas diri kita!.

Bilamana Allah itu nyata dan ternyata atas diri kita, apa lagi yang kita cari dan kenapa tidak kita lihat, kenapa tidak kita nampak dan kenapa kita tidak tertilik?……………………….Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan “kenyataan”.

Persoalannya, bagaimana hendak menyatakan Allah?.

Berbalik kepada tajuk perbincangan kita pada hari ini, adalah mengenai persoalan “bagaimanakah caranya untuk menyatakan Allah!”. Perbincangan pada hai ini, bukan bertujuan untuk membicarakan cara bagaimana untuk menyatakan solat (sembahyang atau menyatakan pengbadian), tetapi tajuk perbincangan pada hari ini, adalah bagaimanakah cara, jalan atau kaedahya untuk menyatakan Allah yang maha nyata!.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahati AAlah sekalian. Sekali lagi saya nyatakan disini, sesunguhnya Allah itu telah teramat nyata. Tinggal lagi kita terlepas padang!. Allah itu seumpama sebutir titik nokhtah. Dengan titik sebutir nokhtah itulah menjadikan seluruh huruf  “alif” sehinga huruf “ya”. Dari sebutir nokhtah itulah juga, yang menjadikan huruf “A” sehingga ke huruf  “Z”.

Sayangnya tidak ramai yang terlihat bahawa didalam segala huruf yang bermulanya dari huruf alif sehingga kehuruf ya dan bermulanya dari huruf “A” sampai kehuruf “Z” itu, adalah sebenarnya nokhtah!.  “NOKHTAHLAH SEBENR-BENAR  HURUF DAN HURUF ITULAH SEBENR-BENAR NOKHTAH!”.  Kenapa masih nak cari nokhtah, kenapa masih nak cari nokhtah dan kenapa masih nak cari nokhtah?.

Saya pun hairan dan teramat terkilan dengan sikap akal atau fikiran saudara-saudara semua,  yang masih nak mencari barang yang tidak hilang dan masih nak meraba barang yang sudah terang.Cincin sudah dijari kenapa masih nak mencari!. Sebagaimana pantun Tok Kenali;

Pucut paku sayurpun paku,dimasak oleh ulamak sebarang

Tengoklah aku dan tiliklah aku, aku berada ditempat terang

Soal: Sepatutnya sudah terang lagi bersuluh!. Sebaliknya kita sekarang ini, lagi terang lagi tak nampak!. Kenapa boleh sampai tidak nampak titik nokhtah dan kenapa boleh sampai tidak nampak Allah?. Sebab apa tidak ternampak, terpandang dan tertilik  “titik nokhtah” dan sebab apa tidak terlihat, terpandang dan tidak tertilik Allah.

Jawab:  Sebab tidak tertilik nokhtah dan sebab tidak terlihat Allah itu, adalah kerana tuan-tuan terlihat, terpandang dan tertilik pada sifat huruf. Bilamana tertilik kepada sifat huruf, kita akan mentafsirkannya dengan maksud perkataan dan bila tertilik  perkataan, nantinya kita terlihat ayat!. Bilamana terlihat ayat, maka itulah bacaan buku atau kitab. Hilanglah nokhtah dalam huruf, hilang nokhtah dalam perkataan, hilanng nokhtah dalam ayat dan selanjutnya terhijab nokhtah dalam  kitab atau buku!.

Sebab kita tidak terpandang, terlihat dan tidak tertili Allah itu, adalah kerana tuan-tuan masih lagi terlihat, terpandang dan tertilik adanya sifat-sifat diri kita!. Bilamana kita terlihat adanya diri, maka tidak akan kita nampak adanya Allah!. Allah akan terhijab dan terlindung disebalik adanya diri kita. Cuba jadikan diri tuan-tuan itu mati, sebagaimana matinya orang mati. Orang mati itu, adalah orang yang benar-benar berserah diri kepada Allah Taala.

Soal: Bagaimana nak tahu yang kita itu telah berserah diri?.

Jawab: Cara, jalan atau kaedah untuk mengetahu yang kita itu termasuk golongan mereka yang berserah diri atau tidak, kita boleh lihat dan kita boleh ukur pada diri kita sendiri. Cara ukur samaada kita seorang yang berseradiri atau tidak kepada Allah itu, adalah teramat mudah!. Untuk mengukurnya, cuba tuan-tuan tilik kepada diri tuan-tuan sendiri, dan bertanya kepada diri sendiri, apakah aku ini masih ada?.

Sekarang saya mahu tuan-tuan betul-betul bertanyakan soalan ini kepada diri tuan-tuan sendiri. Sekarang saya minta tuan-tuan jawab.

Jawapan bagi orang yang berserah diri kepada Allah itu, adalah setelah tidak ada lagi yang hendak diserah!. Jika masih ada yang hendak diserah kepada Allah, itulah tandanya dan itulah maknanya  tuan-tuan belum berserah diri.

Bsesambung sekejap lagi, nanti sudah saya karang, saya akan masukkan kedalam emil (blog) Jam 9,mlm. Bersambung pada jam 10.30

Pada permulaan pembelajaran ilmu atau pada peringkatilmu torikat (jalan), memang kita ada menyebut perkataan berserah diri, menyerah diri atau memulangkan diri kepada Allah Taala. Bilamana kita sampai kepada tahap ilmu hakikat (ilmu yang melewati ilmu torikat), kita tidak lagi boleh duduk pada tahap ilmu torikat, kita hendaklah bepindah daripada tahap ilmu torikat (jalan) kepada tahap ilmu hakikat (ilmu nyata). Adapun tahap ilmu hakikat itu, adalah tahapilmu yang sudah tidak ada lagi soal serah menyerah!. Diri orang berilmu makrifat itu, adalah diri yang mati, masakan diri yang sudah mati itu, masih ada lagi soal serah menyerah!.

Seumpama kita hendak menyerah anggota tangan, angota kaki, mulut, mata, telinga dan sebagainya  kepada Allah, Apakah Allah itu masih tidak cukup tangan, sehingga masih berkehendak kepada tangan makhuk. Apakah Allah itu, tidak cukup mata, tidak cukup mulut, tidak cukup kaki, sehingga masih berhajat kepada mata, mulut, kaki dan mata makhluk?.

Sedangkan Allah itu Maha Kaya, yang tidak lagi berhajat kepada sifat makhluk. Tambahan pula Allah itu, sifatnya tidak megambil faedah atas makhluk!. Allah tidak perlu kepada sifat anggota kita!. Sifat Allah itu, sudah cukup sempurna, tidak perlu lagi ditabah dengan anggota tubuh badan kita!.

Adapun yang dimaksudkan dengan perkataan  meyerah diri itu, adalah semata-semata bagi mempermudahkan faham kepada orang yang diperingkat ilmu torikat, bilamana sampainya kita kepada tahap ilmu makrifat, sudah tidak ada lagi persoalan serah menyerah. Setelah tidak ada lagi persoalan serah menyerah, itulah tandanya seseorang itu sudah sampai kepada tahap penyerahan yang sebenar-benar penyerahan (sebenar-benar mengenal diri)!.

Orang yang faham maksud atau pengertian menyerah diri itu, adalah orang yang megenal diri. Adapun orang-orang  yangn benar-benar mengenal diri pula, adalah orang-orang yang tidal lagi ada diri (dirinya sudah tidak ada atau dirinya sudah mati). Setelah diri kita mati, ertinya diri kita itu, sudah tidak ada. Setelah diri kita tidak ada, maka yang bersifat ada itu, adalah hanya allah………………

Orang yang mengenal diri itu,  tidak lagi ternampak, tertilik dan orang yang tidak lagi terpandang selain Allah. Hanya Allah sahaja yang meliputi sekalian alam!.  Dia pandang itu Allah, dia pandang ini Allah,  Allah, Allah, hanya Allah, hanya Allah dan hanya Allah……………………………… sebagaimana Firman, “barang kemana kamu hadapkan muka mu, disitulah wajah Allah”.

Ternayata kita sekarang ini, pandang perempuan masih nampak gadisnya, pandang gunung masih nampak tingginya dan pandang lautan masih nampak dalamnya!, itu sebab kita tidak boleh ternampak nokhtah, sedangkan nokhtah itu, hanya terselindung disebalik huruf dan sebab kita tidak boleh tertilik Allah, sebab kita tidak boleh tertilik Allah itu, adalah sebab Allah itu terselindung hanya disebalik makhuk yang bernama diri!. Seumpama terselindungnya  masin disebalik garam, cuba tuan-tuan campakkan garam kedalam lautan, mana ada lagi sifat garam, setelah hilanglah sifat garam, maka timbul dan terlihatlah sifat masin (Allah Taala yang teramat terang, lagi nyata senyata-nyatanya)!.

Jangan bilamana sebut jenama kerusi,maka akan hilangnya sifat kayu, sebutlah nama kerusi, tetapi jangan hilangkan sifat kayu dari nama kerusi, kerana asal kerusi itu, adalah dari kayu!. Sebutlah apapun, panggillah apapun,t ilik, pandang dan lihatlah apapun, asal jangan sampai tidak terpandang tuan yang empunya nama!.  Jangan tertidur diatas panggilan nama!.

Cuba ambil iktibar dari nasihat saya dari seorang yang tidak berilmu dan yang tidak berguna ini. Setidak-tidaknya, pendapat dari orang bodoh seperti saya ini, sekurang-kurangnya bolehjuga dijadikan “sempadan”,  jika tidak untuk dijadikan tauladan!.

Selagi diri tuan-tuan belum “MATI” atau belum dimatikan sebelum mati (belum berserah diri). Selagi itulah tuan-tuan tidak akan berjumpa Allah dan tidak akan sekali-kali boleh menyatakan Allah.Biarpun dunia ini berkali-kali kiamat, biarpun alam dunia ini diganti berkali-kali dengan alam dunia yang baru dan biarpun tuan-tuan telah 67 kali mati sekalipun,  saya pasti dengan sepasti pastinya, tuan-tuan tidak akan bejumpa dengan Allah, apa lagi untuk menyatakan Allah.

Mari kita tuju dan berbalik semula kepada tajuk perbincangan kita, tujuannya adalah untuk menyatakan Allah. Bagaimana mungkin tuan-tuan tidak boleh untuk menyatakan Allah, tidak boleh untuk melihat Allah atau bagaimana mungkin tuan-tuan sehingga sampai  tidak tertilik Allah?. Sedangkan Allah itu nyata dari sekalian yang nyata!.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, ingat pedan saya, Allah jadikan kita itu, adalah bertujuan bagi menyatakan diriNya itu Allah. Bagaimana mungkin seorang  Raja memerintah negeri dengan tidak ada rakyat. Bilamana Raja tidak ada rakyat, siapa yangn hendak mengatakan yang  dia itu Raja. Siapa nak kati dia Raja, jika tidak ada rakyat!. Untuk menyatakan yang ia itu Raja, maka dijdikan rakyat, barulah benar-benar Raja itu nyata. Begitu juga dengan Allah, untuk menyatakan yang Ia itu Allah, biarpun dengan ketiadaan rakyat dia tetap menjadi Raja dan biarpun ketiadaan makhkuk, Dia tetap menjadi Allah ,tetapi untuk menyatakan diriNya itu adalah Allah, biarpun Dia itu Allah, adalah dengan mencipta dan menjadikannya makhluk!.

Setelah terciptanya makhluk, maka nyatalah Allah. Adapun nyatanya Allah itu, adalah diatas  sifat diri kita. Allah nyata senyata-nyatanya atas diri kita!.  Kenapa masih nak mencari Allah diatas  sifat-sifat yang lain selain diri kita?. Tilik diri rata-rata maka nampaklah Allah yang nyata!. Kita tidak perlu menunjuk atau tidak perlu menyatakan yang  Allah itu nyata dengan berbuat sembahyang,  dengan berbuat puasa, dengan berbuat zakat, haji atau bersyahadah.

Setelah kita tidak ada dan setelah kita mati, kita tidak boleh lagi hendak menyatakan yang Allah itu Allah!. Untuk menyatakan yang Allah itu Allah,  biarlah Allah sendiri menyatakan yang dirinya Allah (hanya Allah boleh dan yang layak menyatakan Allah). Hanya Allah sahaja yang layak dan yang boleh menyatakan diri Nya sendiri!. Inilah tahap orang yang benar-benar mengenal diri, mengenal Allah dan orang yang benar-benar menyerah diri kepada Allah Taala!.

Sambung nanti sekejap lagi, setelah berhenti pada jam 10.30

Ada orang menyatakan Allah dengan dibuat-buat, dilakon-lakonkan atau dengan cara menipu diri sendiri!

Seumpama diketika angkat takbirratulihram semasa solat. Ada setengah dari setengahnya kita itu, cuba-cuba menyatakan Allah, dengan sengaja menketar-ketarkan tangannya. Ada yang bertakbir sampai 3 atau 4 kali untuk tanda  zuk atau untuk tanda nyatanya Allah. Ada setengahnya menyatakan Allah dengan perbanyakkan solat, perbanyakkan puasa dan perbanyakkan beramal. Nyatakan Allah dengan bena rumah anak yatin, bena masjid dan kerap pergi menunaikan haji dan sebagainya. Sedangkan untuk menyatakan Allah itu, bukan dengan mengerjakan barang yang diluar diri!.

Menyatakan Allah dengan barang yang diluar diri itu, sampainya lambat atau nyatanya lambat!. Untuk sampai cepat dan untuk cepat menyatakan Allah itu, adalah melalu diri kita sendiri, iaitu dengan mematikan diri sebelim mati, menyerah diri kepada Allah atau yang lebih penting lagi, yang lebih dalam lagi atau yang lebih tinggi lagi, adalah “jangan sampai terlihat adanya diri”, barulah Allah itu benar-benar nyata dan barulah Allah itu benar-benar boleh nyata senyata-nyatanya!.

Jika kita nyatakan Allah hanya diketika dalam bersolat sahaja, apakah semasa tidak menunaikan fardhu sembahyang itu, Allah tidak nyata, Allah tidak ada atau Allah hilang?. Apakah Allah itu nyata, hanya semasa sembahyang atau solat sahaja?. Jika sesudah solat atau sesudah sembahyang itu, apakah Allah rehat atau Allah pergi bercuti?………………

Untuk menyatakan Allah itu, tidak semestinya semasa mengerjakan pekerjaan solat, puasa, haji dan tidak semestinya hanya diketika bersyahadah sahaja!. Apakah diluar solat, diluar puasa atau diluar bersyahadah itu, Allah hilang, Allah lari atau Allah tidur!. Sesungguhnya Allah itu, tidak pernah hilang, tidak pernah lari dan tidak pernah tidur. Allah tetap sentiasa ada dimana-mana!.

Soal: Persoalannya disini, perkataan “Allah dimana-mana” itu, maksudnya dimana?. Dimana Allah?

Jawapan: Jawapannya Allah itu, ada terzahir pada diri masing dan ada terzahir diatas bahu masing-masing dan ada terzahir diseluruh pelusuk alam (meliputi seru sekalian alam).  Kenapa masih tak nampak?. Terangnya cahaya matahari, teramat  terang lagi Allah, dekatnya mata putih dengan mata hitam, teramat dekat lagi Allah, kenapa tak nampak?……………………

Untuk menyatakan Allah itu, tidak perlu dengan mengetar-getarkan tangan semasa anggkat takbir ratulihram didalam solat dan tidak perlu dizahirkan hanya dalam waktu bersolat sahaja. Kemana perginya Allah semasa diluar solat?.

Untuk ingat, untuk pandang, untuk lihat, untuk tilik dan untuk menyatakan Allah itu, adalah hanya melalui 5 patah perkataan iaitu, “jangan sampai terlihat adanya diri!. Cuba ucap dan bilang perkataan tersebut sekali lagi, betul atau tidak ianya hanya ada 5 patah perkataan (jangan sampai terlihat adanya diri).

Saya selalu mendapat tomohan, tuduhan dan kata-kata keji dari orang feqah!. Dengan menanyakan samaad saya berkelulusan mana, Universiti mana dan apakah saya ini berkelulusan universiti Al-Azhar?

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Saya memang tidak berpelajaran tinggi dalam universiti Al-Azhar,  hanya setakat bidang pentadbiran undang-undang di Universiti dalam negeri sahaja. Namun jangan diingat saya jahil dalam bidang agama!. Memangn saya tidak pernah belajar ditanah Arab atau di universiti Al-Azhar mesir. Tetapi jangan ingat saya bdoh!. Jangan ingat saya yang tidak pernah menjijak kaki di tanah Jorden, Yaman, Afghanistan atau diMesir, itu tidak berilmu!!!!!!!!!!!!!!!!

Apakah orang yang ditanah Arab sahaja yang pandai ilmu, apakah orang yang dibumi Malaysia ini bodoh-bodoh belaka?.  Sebab pandailah makanya orang Arab itu, tidak habis-habis berperang, berbunuh-bunuh sesama sendiri!. Sebab orang Arab pandailah sehingga bergaduh sesama sendiri!.Orang dibumi malaysia ini, biarpun bodoh seperti saya, orang malaysia tidak pernah berperang sesama sendiri, sampai bunuh menbunuh!. Oleh itu buat apa puja dan puji sangat orang ditanah Arab?. Apa kurangnkah ilmu orang dibumi malaysia?. Apakah orang Arab sahaja yang Islam?.

Orang sekarang ini, bilamana nak mengajar ilmu, selalu bertanyakan sijil dari mana?, samaada Mesir, Jorden, Iran, Irak dan sebagainya.  Jika ditanah Arab sahaja yang ada orang berilmu, jadi apakah syurga itu hanya untuk orang Mesir, Jorden atau orang Arab sahaja?. Jika tidak mengaji atau tidak mendapat tauliah dari universiti al-Azhar, apakah semuanya akan masuk neraka atau semuanya jahil-jahil belaka?. Apakah ilmu Allah itu, hanya ada pada universiti Al-Azhar sahaja. Apakah orang yang  tidak mengaji sampai ketanah Mesir itu, bodoh ilmu?.

Apakah ilmu Allah itu, memilih tempat, hanya diMesir sahaja?. Sedangkan penarik beca dan penoreh getah itu, ada yang lebih mulia dan lebih tinggi ilmunya berbanding mereka-mereka yang bergelar ulamah dari lepasan Universiti Al-Azhar ditanah Mesir!.Firman Allah,  “Ilmu itu, hanya akan diberi kepada sesiapa yang dikehendaki”.  Biarpun belajar sampai kebumi Mesir sekalipun,  jika tidak dikehendaki Allah, kita tidak akan mendapat sedikitpun darinya. Dibumi Mesir atau diUniversiti Al-Azhar itu, bukan tempatnya belajar ilmu makrifat. DiUniversiri Al-Azhar itu, mereka tidak mengajar ilmu hakikat atau ilmu makrifat!. Mereka hanya menuntut dan belajar dalam bidang ilmu syariaat atau ilmu feqah sahaja.

Itu makanya dimana-mana negara dibumi Allah ini, tidak ada undang-undang hakikat dan tidak ada makhamah makrifat. Sebab apa tidak ada undang-undang hakikat atau mahkamah makrifat?, sebabnya mereka tidak pernah mendapat dididikan ilmu hakikat atau ilmu makrifat di universiti Al- Azhar!. Dikeranakan mereka pergi ketanah Mesir untuk belajar ilmu syariaat, maka dibwa balik ke malaysiapun adalah ilmu eqah dan ilmu syariaat!.  Itulah makanya negara kita dan dimana-mana negara di muka bumi Allah ini, hanya ada mahkamah syariaat dan hanya ada undang-undang syariaat!. Tidak ada diperkenalkan undang-undang  hakikat atau makhkamah makrifat itu, adalah kerana mereka tidak mendapat didikan ilmu itu!.

Jadi saya  sebagai seorang yang tidak pernah menjejaki kaki keUniversiti Al-Azhar, sememangnya bodoh dan jahil. Jadi segala tulisan saya ini, bukan  untuk tuan-tuan faham, hanya sekadar suruh tuan-tuan dengar sahaja.

Ilmu makrifat itu, adalah ilmu dengar, bukan ilmu buat. Perkara buat mesti berat dan tinggi. Adapun perkara dengar itu, adalah perkara ringan dan perkara yang paling asas!.

Perkara asas dalam menyatakan Allah itu, adalah “ jangan sampai terlihat adanya diri”. Itulah yang dimaksudkan dengan pengertian menyerah diri kepada Alah Taala…………….

Dijadikan Allah akan diri kita itu, adalah bertujuan untuk menyatakan Allah. Ingat itu!………….

Selagi masih ternyatanya diri, selagi itulah kita tidak akan dapat untuk menyatakan Allah!. Selagi masih adanya diri, selagi itulah Allah tidak ada untuk dinyatakan!. Bilamana terlihat huruf, maka terselindung dan tertutuplah kenyataan titik nokhtah.  Bilamana terlihat adanya diri, selagi itulah terselindung, tertutup atau terhijabnya Allah!.

Bagi mereka-mereka yang pengajiannya putus, terlihat sahaja huruf atau terlihat sahaja perkataan, maka teramat-amat nyatalah terlihat  titik nokhtah , terpandang titik nokhtah. Begitu juga dalam perkara menyatakan  Allah.  Selagi terlihat adanya diri, selagi itulah tidak akan terpandangnya Allah. Hendaknya kita itu, bilamana terlihat makhluk atau terpandang sahaja diri, sepatutnya kita semakin terang wajah Allah! Dan selayaknya kita itu teramat nyatalah wajah Allah!, sayangnya kenapa tidak?……………………………

Bilamana kita membacanya dengan perkataan huruf, maka hilanglah sifat nokhtah. Hilang sifat titik nokhtah itu, adalah hanya terselindung disebalik sebutan bahasa!. Untuk itu mari kita sama-sama binasakan diri, berserah diri kepada Allah, sehingga tidak lagi terlihat wujudnya diri, melainkan yang wujud, ujud dan maujud itu, hanya Allah…………………………………….

Berulang kali saya nyatakan didalam tulisan saya, agar tuan-tuan campakkan garam kedalam lautan, Dengan mencampakkan garam kedalam lautan, maka akan dengan sendirinya hilanglah garam, setelah hilang dan karamnya garam, disitu dengan sendirinya tuan-tuan akan ternyata dan terzahirlah masin dan akan terzahirnya Allah.

Cukuplah setakat itu dulu huraian saya bagi menjawap pertanyaan dari salah seorang pemanggil melalui talipon yang bernombor—————

Kepada wali Allah dari Kulim Kedah, ucapan syabas kerana mengikuti siaran berita dari radio saya!. Amin drp hj shaari

72 Replies to “Pembetulan Bagaimana Nak Menyatakan Allah”

  1. benar tn guru. bila menilik diri sendiri maka yang nyata hanyalah Allah. namun Allah itu hanya ternyata bagaikan di dalam cermin bagi sesiapa yg mengenal dirinya. beratus-ratus manusia maka beratus-ratuslah cermin yang ternampak Allah di mana-mana. akan tetapi Allah dalam cermin adalah semata-mata cermin yang tidak ada zat, tidak ada sifat, tidak ada nama, tidak ada af’al dan bukan Allah yang haqiqi. maka itu apakah boleh tuan guru sendiri yang menunjukkan kami Allah yang sebenar-benarnya empunya Diri – yang manakah Allah sebenarnya di hadapan cermin makhlukNya?

    Like

  2. Salam Tuan Haji Yang dikasihi , kalau wujud hanya wujud allah samata mata maka diri kita ini kamil mengamil dengan allah tidak nyatakah allah pada diri kita serta mahkluk lain. Ibarat orang yang sudah mati apa lain yang boleh buat , yang berkata- kata allah , yang melihat allah , yang mendengar allah dan segalanya allah . maka disini aku dan engkau , engkau dan aku sudah kamil mengamil ibarat garam dengan masinnya , gula dengan manisnya . Oleh itu tuan guru kita menyuruh kita menyatakan allah dengan konsep diri ini sudah tiada yang ada semata mata allah.. allah … allah . (aku sudah tiada ya allah , yang ada hanya mu ya allah..allah) . oleh itu marilah kita menyatakan allah.. allah

    Like

    1. Salam tuan haji yang dikasihi semoga terus diberi Kekuatan untuk berkarya. Saya telah membaca keseluruhan blog tuan dan alhamdulliah diberi sedikit kefahaman walaupun banyak lagi yang masih belum faham. Saya faham semua Hal kita telah ditetapkan sejak azali. Namun kita juga diajar untuk berikhtiar, Jadi macam mana nak kaitkan ikhtiar dengan diri kita yang ‘tiada’. Maaf tuan jika soalan saya ini agak bodoh.

      Like

      1. Jika diri sudah mati, nak ikhtiar apa lagi?. serah saja pada ketetapan Allah, jika tuan masih guna akal iktiar kita, bermakna tuan belum benar-benar mati (belum benar-benar mengenal diri)!. amin drp hj shaari.

        Like

  3. Salam Benar sebenarnya nak nyatakan apa lagi allah sudah nyata . kalau kita dah mati , yang nyata allah..allah allah sahaja, oleh itu segala- galanya alllah sahaja terpandang . Lihat mahkluk terpandang allah, lihat langit lihat allah “allah bukan sesuatu tapi nyata pada sesuatu”

    Like

  4. Salam Tuan haji macam Siaran Berita Sahaja sambung menyambung . Itulah guru yang sebenar – benar nak bawa sahabat2 untuk menyatakan allah . sebenarnya apabila kita ini masih ternampak adanya diri maka sukar untuk menyatakan allah.apabila diri sudah mati nyatalah allah . cuba renungan lihat , tilik , pandang dengan hati nurani yang sebenar benarnya baru dapat menyatakan alllah.

    Like

  5. kesimpulannya; selagi yang terlihat pada cermin diri manusia itu hanyalah bayang2 Allah dan bukan Allah Yang Haqiqi, sesungguhnya belum lagi dikatakan melihat Allah secara sahih. bagaimanakah Allah itu dapat dilihat sebagaimana Rasulullah saw melihatNya di sidratulmuntaha? pasti rahsia dan jalan ini dapat ditunjukkan oleh guru yang benar2 mursyid, jika tidak apa yang sekadar dijabarkan di dalam kitab samalah seperti merangkap kita di dalam cermin yg mempermainkan bayang dan bukan sampai ke hadirat makrifat yang sebenarnya. maafkan saya jika saya telah mengganggu zikir tuan guru.

    Like

  6. Benarlah kata2 bahawa “Asas Agama Adalah Mengenal Allah”. Asas dah kukuh barulah bagunan syariat berdiri kukuh (istiqomah) insya Allah.

    Kalam Hikmah ke 8 ini benar2 membuka hati saya pada suatu hari, Jalan Memperolehi Makrifat: APABILA TUHAN MEMBUKAKAN BAGIMU JALAN UNTUK MAKRIFAT, MAKA JANGAN HIRAUKAN TENTANG AMALMU YANG MASIH SEDIKIT KERANA ALLAH S.W.T TIDAK MEMBUKA JALAN TADI MELAINKAN DIA BERKEHENDAK MEMPERKENALKAN DIRI-NYA KEPADA KAMU.

    Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu memperkenalkan diriNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, kita hanya menanti di gerbang makrifah untuk masuk ke alamNya jika Dia BERKEHENDAK dan hanya sedikit sekali yang terpilih seiring dengan firmanNya yang mengatakan “Roh itu urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit” dan nabi pernah berdoa semoga tergolong dari kalangan hambaNya yang sedikit. Wassalam

    Like

  7. Salam Tuan haji , dan sahabat – sahabat marilah kita sama – sama menerima amanat dari Tuan Guru Kita iaitu “jangan sampai terlihat adanya diri” baru kita dapat nyataka allah jika masih ada diri belajar sampai ke 7 petala langit dan 7 petala bumi pun serta dapat sijil yang banyak jika allah tak berkehendak nak buat macammana (biar allah yang iktiraf Kita)

    Like

  8. salam tuan guru……..tidak dinamakan solat selagi tidak merasai dipersolatkan….tidak dinamakan zikir selagi tidak merasai dizikirkan……begitulah setiap amalan tidak bermakna selagi tidak merasai setiap amalan itu….. sebagaiman kata tuan guru…masuk parking kereta biar betul-betul dalam petak/garisan…….

    Like

  9. salam ya ALLAH…….yg menilik dan yg di tilik,yg memandang dan yg di pandang adalah satu jua……kerana makhluk tdk ada sudah mati,binasa,hancur.lebur dan karam di dlm wajah ALLAH……YG ADA,YG WUJUD.DAN YG MAUJUD HANYA ALLAH……ALLAH…..ALLAH……AMIN…….

    Like

      1. “Orang-orang yang mati (keluar roh dari jasadnya) dalam keadaan berhutang rohnya terawang-awang tidak kembali kepada Allah”. Saya tak pasti adakh ini hadis? Pada zaman Nabi Muhammad jika ada para sahabat/ umat Islam yang meninggal dunia nabi akan bertanya adakah si polan ini masih berhutang/mati dalam keadaan berhutang? Jika simati masih dalam keadaan berhutang nabi tidak akan menyembahyangkan jenazah tersebut.

        Apakah yang dimaksudkan berhutang itu, adakah berhutang wang ringgit @ harta benda? Apakah Allah itu miskin sehingga perlukan wang ringgit@ harta benda? Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan(miskin) Allah itu Maha Kaya!.

        Jadi apakah yang dituntut oleh Allah daripada simati? Maksud hutang itu tidak menyerahkan kembali barang/harta benda yang dipinjam. Apa yang Allah tuntut adalah penyerahan diri secara total kepadaNYA yang akan membawa kepada ketiadaan diri (mati sebelum mati).

        Like

      2. Kelihatannya kenyataan ananda itu sepertinya ada sedikit tergantung dan tak putus. Sebaiknya jangan lagi peduli kepada yang turun atau naik, huruf alif atau ya. Jgn lagi duduk pada nafas, nyawa atau roh. Nafas, nyawa atau roh itu hanya istilah bahasa pada sebutan bahasa. Ada baiknya kitta terus sahaja mentafsirkan nyawa, nafas atau roh itu kepada erti ‘HIDUP ATAU HAYAT”. Roh ertinya hayat (hidup). jadi ada baiknya kita terus kepada perkataan hayat atau hidup. kenara sifat hayat (hidup) itulah Allah.

        Jgn lagi ada dinding, lihat terus kepada hayat atau hidup, krn hayat atau hidup, itulah Allah………drp hj shaari

        Like

  10. amin syukur ya ALLAH,terima kasih tuan haji ……………tiada kata yg hendak diucapkan hanya ALHAMDULILLAH.
    NYATA SENYATA NYATANYA,……………SEMPORNA BOY,………….

    Like

  11. Asalamualaikum tn hj benar penjelasan tn hj mahluk bernama manusia itu tidak akan dapat menyatakan allah kerana masih terhijab oleh diri sendiri selagi tidak binasa diri maka tidaK NYATA LAH ALLAH. jika hijab hamba terbuka dgn terang dan jelas pandangan dari hati yang bersih diserta rasa maka nampak seluruh alam itu allah allah allah walaupun ijazah AL AZHAR MESIR jika tidak binasa diri masa kan nampak wajah itu merata rata amin

    Like

  12. benar kata tuan hj shaari , setelah binasa segala yg maujud pada diri atau mahluk baru lah hijab terbuka maka akan terpandanglah dgn jelas dan nyata hakikat seluruh alam yang UJUD nyata hanya allah allah allah dimana mana ……….maka ingatan sesorang itu akan zikir pada allah allah allah yang dipanggil solatul daimun

    Like

  13. benar apa yg di terangkan oleh Tn hj saahari itu , selagi masih ada ujud yang dimiliki oleh hamba atau mahluk maka terhijab pandangan mereka itu setelah binasa apa yang dikatakan diri atau mahluk itu dengan hati yang telah mengalami erti binasa mahluk atau hamba maka disitu akan terbuka hijab tirai antara diri dengan empuya diri maka terzahir rasa pada diri itu kenyataan alam yang terang lagi nyata akan kenyataan allah lalu menyaksilah segala yang di panndang di alam itu wajah wajah allah lalu terpancar dlm hati yang suci itu allah allah allah dimana mana mengingati allah allah allah ……………. segalanya ……………zikir sebenar benar zikir yang tidak ada huruf ,lisan dan sebagai nya kecuali di rasa pada hati melalui karam mahluk dlm pandangan allah yang satu itu mengesakan segala zat ,sifat. asma .dan afaal nya itu/ pada diri yang belum mengalami nya maka cari cari lah melaui keikhlasan hati yang telah di terangkan oleh yang saya hormati lagi dikasih iaitu Tn Hj Saahri

    o

    Like

    1. Alhamdulillah, saya dah mula mengalaminya dan faham maksud segala ceramah Tuan Haji Shaari sebagaimana yang Tuan Zulkiply nyatakan tu, Bagaimana nak berhubung dengan tuan? Terima kasih

      Like

      1. Assalamualaikum. Hanyasanya DIRI-DIRI YANG LUPA DIRI DAN TAK SEDAR DIRI sahaja yang perasan DIRINYA ADA dan HIDUP.Bila Allah telanjangkan hijab yang menutupi badan diri, PASTI badan DIRI MENYESAL TAK SUDAH DAN MALU YANG AMAT SANGAT! Wassalam

        2013/5/22 Makrifat Tok Kenali

        > ** > makrifattokkenali commented: “0194444713” >

        Like

  14. Alhamdulillah panjang ceritanya kali ini, semuga Allah akan membuka hijab pd mereka yg masih terhijab dek kerna adanya diri. Sesungguhnya tiada lagi yang tidak nyata melainkan ALLAH semata mata. Amin.

    Like

    1. Terima kasih atas ingatkan saya, walaupun jauh diperantauan, tuan masih juga ingatkan kita kat malaysia. Sebagaimana tuan di Paris, begitu juga semasa saya diIndonisia tanpa anak isteri.amin

      Like

  15. Tuan2 dan puan2 yg dirahmati Allah sekalian, jangan ragu jangan susah hati, kefahaman itu bukan bolih di paksa2 atau di buat2, ianya milik Allah, hanya Allahlah yg menentukannya, tiada ikhtiar tiada usaha, biarlah Allah penentu segalanya. Amin (London)

    Like

  16. Asalamualaikom ustaz ,Sesungguhnya , ALLAH nyata pada segala sesuatu . Nyata pada senyum kita ,Nyata gelak kita ,Nyata pada nyanyian kita . Nyata pada gembira /duka kita .Nyata pada denyut dan nadi kita . Sesungguh NYATA NYA pada apa yang kita perbuat . TIDAK BERGERAK WALAU SEZARAH /TANPA PERKENAN ALLAH.

    Like

  17. tn ishaksamad saudara se islam ku apa maksud pada (LONDON) tuan berada d sana kah boleh tak bagi no tel dlm ruangan ini

    Like

  18. benar,sgala ya zahir dan dan batin itu tidak ad,manusia,jin,malaikat,planet2,nur muhamaad binatang,tmbuhan khodam,arasy,dll tdk ad,yg ad hx dia allah,ap pun yg trjadie di alam semesta in,it allah
    apha benar prkatan yg saya utrakan in

    Like

  19. Sebuah pencerahan yg luar biasa bagi org” yg bisa memahami dan bagi yg hendak mencari kebenaran yg hakiki…..trimakasih tuan hj.shaari

    Like

  20. Allah ada di diriku
    Muhammad ada di diriku
    Al’quran ada di diriku
    Malaikat ada didiriku
    Iblis ada di diriku
    Surga dan neraka ada di diriku
    Alam dan isinya ada di diriku
    Aku anda mereka adalah allah berpangkat hamba
    Dan tidak ada sesuatu pun kecuali allah
    Dunia adalah alam kematian, mati untuk hidup dan hidup tidak mengenal mati

    Like

      1. Allhamdulilah saya juga banyak belajar dari tuan, tuanlah alquran berjilid kulit, yang meyampaikan kebenaran yang hakiki, yang tidak hanya tersurat tapi juga tersirat..

        Like

      2. Bila dah TANGGAL TERBURAI semua baru nampak dan faham apa yang Tuan Haji Shaari terangkan. Masa tu baru kenal dan tau mana diri. Diri pun tak tau mana diri masa tu walau hanya beberapa saat Allah buka untuk kita. Bila dah sering terjadi tuan2 berharap moga 24 jam terus dalam keadaan tu, inilah yang dinamakan BAQA’ BILLAH. Wallahu a’klam

        2013/5/21 Makrifat Tok Kenali

        > ** > makrifattokkenali commented: “amin” >

        Like

      3. Assalamualaikum. Hanyasanya DIRI-DIRI YANG LUPA DIRI DAN TAK SEDAR DIRI sahaja yang perasan DIRINYA ADA dan HIDUP.Bila Allah telanjangkan hijab yang menutupi badan diri, PASTI badan DIRI MENYESAL TAK SUDAH DAN MALU YANG AMAT SANGAT! Wassalam

        2013/5/22 Mohd Nor Salam

        > Bila dah TANGGAL TERBURAI semua baru nampak dan faham apa yang Tuan Haji > Shaari terangkan. Masa tu baru kenal dan tau mana diri. Diri pun tak tau > mana diri masa tu walau hanya beberapa saat Allah buka untuk kita. Bila dah > sering terjadi tuan2 berharap moga 24 jam terus dalam keadaan tu, inilah > yang dinamakan BAQA’ BILLAH. Wallahu a’klam > > > 2013/5/21 Makrifat Tok Kenali > >> ** >> makrifattokkenali commented: “amin” >>

        Like

      4. Bismillah. Assalamualaikum Tuan Haji Shaari srta para sahabat pencinta Allah Robbul Jalil… 13 tahun lamanya pendidikan ESAkan Allah dalam semua hal. TAUHIDkan Allah sungguh-sungguh, AHADkan, NYATAkan Allah semata sungguh-sungguh sampai tiada secebis debu RASA melainkan DIA jua.

        “Ke mana sahaja kamu memandang TASDIQ SEMUAnya tiada lain melainkan ALLAH hingga kemuncak hanya RINDU DENDAM untuk benar-benar kembali kepadaNYA seperti mula di kala TUHANku bersendirian jua…”

        2013/5/24 Mohd Nor Salam

        > Assalamualaikum. Hanyasanya DIRI-DIRI YANG LUPA DIRI DAN TAK SEDAR DIRI > sahaja yang perasan DIRINYA ADA dan HIDUP.Bila Allah telanjangkan hijab > yang menutupi badan diri, PASTI badan DIRI MENYESAL TAK SUDAH DAN MALU YANG > AMAT SANGAT! Wassalam > > > 2013/5/22 Mohd Nor Salam > >> Bila dah TANGGAL TERBURAI semua baru nampak dan faham apa yang Tuan Haji >> Shaari terangkan. Masa tu baru kenal dan tau mana diri. Diri pun tak tau >> mana diri masa tu walau hanya beberapa saat Allah buka untuk kita. Bila dah >> sering terjadi tuan2 berharap moga 24 jam terus dalam keadaan tu, inilah >> yang dinamakan BAQA’ BILLAH. Wallahu a’klam >> >> >> 2013/5/21 Makrifat Tok Kenali >> >>> ** >>> makrifattokkenali commented: “amin” >>>

        Like

  21. Alhamdulillah, terima kasih ustaz atas pencerahan panjang lebar tentang bagaimana nak menyatakan Allah. Semoga sahabat-sahabat diberi kefahaman oleh Allah Taala. Amin…

    Like

  22. Assallamualaikum Ustaz dan sahabat-sahabat peminat blog makrifattokkenali.
    Alhamdulillah, satu penjelasan dari ustaz yang sangat jitu dan mantap. Mudah-mudahan akan memberi kefahaman kepada semua dengan izin Allah. Terima kasih ustaz.

    Like

  23. alangkah indah nya jikalau kita telah menyelam ke lautan marifat indah segala galanya hati senang selalu umpama kita telah bebas dari penjara nak jadi apa apa saja semua nya indah jika ingin rasa cepat cepat pulang ke kampung halaman dimana kosong bertemu dgn kosong jadi kosong……………………… kosong kosong seandai nya faham maka terasa yang membaca dan mendengar……… saudara ku…….

    Like

  24. Ujud kita & sekalian alam semesta umpama sebuah pulau yang dilihat di samudera Atlantik dari angkasa nan tinggi, tenggelam serta lenyap dari pandangan, karam dalam lautan keESAan & ke WUJUDan diriNYA yang TERANG lagi NYATA

    Like

  25. Alhamdulillah,
    Saya Selalu mengikut segala penulisan Tuan Guru dan saya sokong dan membenarkan apa semua yang tuan Guru katakan, sebab dengan izinNya Allah memberikan kefahaman melalu diri ini sebagaimana yang Tuan guru sampaikan . semoga di teruskan tanpa ada titik noktahnya ..semoga saya dapat di belakang Tuan walaupun kita tidak di izinkan untuk bertemu wajah di dunia ini,saya pasti kitaa akan bersama di alam yang nyata nanti.. aamiinn

    Like

  26. Assalamualaikum ust…
    Saya dari sabah, berminat dgn kitab ilmu ust…mcmna cara untuk saya mendapatkannya.
    No telefon saya: 013 8904114

    Like

Leave a comment