Pak Imam Berimankan Siapa?

1)     Soal: Sembahyang Berjemaah, Berimamkan Imam. Manakala Imam Itu Sendiri, Berimamkan Siapa?.

Selaku makmum dalam sebahyang berjemaah, kita beriamkan imam. Manakala imam itu sendiri pula, berimamkan kepada siapa?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Ramai dikalangan kita yang berlumba-lumba untuk menjawat jawatan sebagai Pak Imam. Permasalahannya disini, tidak kurang Pak Imam yang mengimamkan sembahyang, tanpa mengetahui dia seharusnya berimamkan siapa?.

Selaku Pak Imam, adakah kita tahu siapakah imam kita dan kepada siapa kita berimam?.

Ada yang mendakwa kita hendaklah berimamkan kepada Al Quraan. Sedangkan ada setengah dari setengahnya, imam yang mengimamkan sembahyang itu, ada diantaranya yang tidak faham Al-Quraan dan tidak tahu apa itu Al-Quraan.

Bagaimana mungkin boleh menjadi Pak Imam, jika sekiranya Pak Imam itu yang tidak memahami Al-Quraan?. Bagaimana orang yang tidak memahami Al-Quraan boleh berimankan Al-Quraan dan boleh menjadi imam?.

Sekalipun imam itu seorang Al-hafis, tidak semuanya seseorang al-hafis itu, yang menghayati, memahami, menyakini atau mempercayai Al-Quraan!. Melainkan pada kebanyakkan atau pada kebiasaannya hanyalah sekadar tahu sebut dan tahu baca Al-Quran sahaja!.

Sekiranya seseorang Pak Imam itu hanya sekadar tahu baca atau tahu sebut sahaja, Kanak-kanak yang sebaya 7 tahunpun ada yang hafis Al-Quraan sebagaimana hafisnya orang dewasa!.

Kebanyakkan dari kita, hanya tahu hafal atau tahu baca sahaja!. Sedangkan beliau sendiri tidak begitu yakin dan tidak begitu  memahami dengan apa yang mereka baca.

2)     Soal: Apakah erti iman,

Iman ertinya pegangan, kepercayaan atau keyakinan.

3)     Soal: Apakah erti beriman

Beriman itu, ertinya pegangan, kepercayaan atau keyakinan kepada Allah swt.

4)     Soal: Apakah erti Pak Imam

Pak Imam itu, ertinya “seseorang yang mengepalai atau seseorang yang mengetuai makmum”. Perkataan “ Pak Imam” itu, adalah berupa orang (manusia).

Seumpama seseorang yang  mengepalai atau mengetuai makmum dalam upacara ibadah sembahyang.

5)     Soal: Apakah erti berimam.

Manakala maksud, erti, tafsiran atau terjemahan berimam melalui sudut ilmu makrifat pula, adalah bermaksud “mendahului”.

Erti, makna atau maksud perkataan Iman, beriman, Imam dan Pak Imam adalah berbeza dan berlainan.

6)     Soal: Kita berimamkan Pak Imam, manakala Pak Imam pula berimamkan siapa?.

Imam itu, bererti  “mendahului”. Pak Imam mendahului makmum, bilamana Pak Imam mendahului makmum, bererti tidak ada makmum yang sembahyangnya mendahului Pak Imam!. Bilamana Pak imam mendahului makmun, manakala siapa pula yang mendahului Pak Imam?.

Bilamana makmum berimamkan Pak Imam, manakala pak Imam pula beimamkan siapa?.

Imam bererti mendahului. Bilamana Pak imam mendahului makmum, manakala yang mendahului Pak Imam itu pula, adalah Allah.

Bilamana yang mendahului makmum itu adalah Pak Iman, manakala yang mendahului Pak Imam itu pula, adalah Allah. Pak imam mendahului makmum, manakala yang mendahului Pak Imam itu, adalah Allah!. Allahlah yang mendahului pak Imam.

Siapakah imam pak Imam, imam kepada Pak Iman itu, adalah Allah swt!. (yang mendahului Pak Imam itu, adalah Allah swt).

Selaku makmum, kita berimamkan (mendahulukan) kepada Pak Imam, manakala Pak Imam pula berimankan kepada Allah. Berertinya disini, Allahlah yang mendahului pak Imam!. Bermakna Allahlah Imam (mendahului) kepada Tok Imam.

 

7)     Soal: Siapa yang mendahului solat sebelum solat (siapakah yang mendahului bersembahyang sebelum sembahyang)

Selalunya kita mengaku bahawa kitalah yang mengerjakan sembahyang (kita yang mengerjakan solat). Sebenarnya sebelum kita mengaku kita yang mengerjakan sembahyang, terlebih dahulu inginlah disini saya mengajukan pertanyaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sebelum tuan-tuan menunaikan fardhu sembahyang, samaada selaku Pak Imam atau selaku makmum atau semasa mengerjakan sembahyang bersendirian, terlebih dahulu hendaklah kita tahu 3 perkara;

1)      Siapakah sebahyang sebelum sembahyang?

2)      Siapakah sembahyang didalam sebahyang?

3)      Siapakah sembahyang sesudah sembahyang?.

 

8)     Soal: Siapakah yang mendahului sembayang sebelum kita sembahyang? (solat sebelum solat).

Sebelum kita bersembahyang atau sebelum kita bersolat, tidakkah Allah telah terlebih dahulu solatkan kita diloh mahfuz!. Sebelum kita bediri, sebelum kita bertakbir, sebelum kita rukuk dan sebelum kita sujud, tidakkah Allah yang terlebih dahulu diri, takbir, rukuk dan sujudkan kitta didalam kitab Loh MahfuzNya!.

Sedarlah wahai para pembaca yang budiman sekallian bahawa sesungguhnya yang terlebih dahulu bersolat atau yang terlebih dahulu bersembahyang sebelum kita bersolat itu, adalah Allah swt. Allah Taalalah yang mendahului solat kita sebelum kita bersolat.

Untuk itu, layakkah kita mengaku yang kita yang bersolat?. Sila jawab pertanyaan saya. Layakkah pekerjaan orang, kita mengaku kita punya?. Sesungguhnya Allahlah yang bersolatkan kita, sebelum kita bersolat!.

Bolehkah harta orang, kita mengaku milik kita?.  Bolehkan kita minta upah atas pekerjaan orang?.

Sesungguhnya Allahlah yag mendahului kita. Allahlah imam kita dan imam kepada Pak Imam!.

Bilamana kita berimam kepada Allah, ertinya Allah medahului kita. Mendahului Allah berbanding diri kita!. Berimam kepada Allah itu, ertinya Allah mendahului kita. Allah mengerjakan, sebelum kita mengerjakannya!.  Yang lebih dahulu mengerjakan sesuatu pekerjaan atau yang lebih dahulu mengerjakan sesuatu perbuatan itu, adalah Allah!.

Melalui ilmu makrifat, hendaklah kita yakini, hendaklah kita mengaku dengan  penuh keyakinan dan sepenuh kepercayaan bahawa yang mendahului pekerjaan atau yang mendahului perbuatan kita itu, adalah Allah swt.

Bermaknanya disini bahawa, sebelum kita perbuat sesuatu perbuatan, percaya dan yakinilah bahawa sesungguhnya Allahlah yang telah memperbuatnya terlebih dahulu. Allah telah terlebih dahulu memperbuatnya sebelum kita perbuat dan Allahlah yang mengerjakan sebelum kita mengerjakannya sesuatu. Sesungguhnya Allah Taala itulah yang telah terlebih dahulu mengerjakannya!.

Sebelum kita berkehendak, sesungguhnya Allah telah terlebih dahulu berjehendak!. Sesungguhnya Allah  mendahului kehendak kita!. Sebelum kita berhajat untuk melakukan sesuatu, sesungguhnya Allah telah mendahului apa yang kita hajati. Inilah erti, pengertian dan maksud perkataan berimam!.

Kita sembahyang berimamkan pak imam dihadapan kita sewaktu kita bersembahyang jemaah. Manakala pak imam pula, beriamamkan siapa?.

9)     Soal: Siapa mendahului sembahyang semasa kita sedang mengerjakan bersembahyang dan siapa bersolat, semasa kita sedang mengerjakan bersolat?. (Siapa yang bersolat didalam solat)

Sebelum kita bersolat, tidakkah Allah dah solatkan kita dalam kitab Loh Hulmahfuz!. Setelah lahirnya kita kedunia, lalu kitapun berdiri untuk bersolat. Bersolatnya kita didunia ini, bukan suatu perbuatan baru atau bukan suatu pekara baru!.

Semasa kita berdiri diketika bersolat itu, bukannya suatu perbuatan baru, melainkan berdirinya kita itu, telah Allah dirikan kita sebelumnya dikitab Loh Hul Mahfuz sejak azali lagi.

Oleh itu, hendaknya jangan sekali-kali kita mengaku yang kita bersolat , kita rajin, kita taat, kita patuh, kta alim atau kita bersolat. Yang rajin itu Allah, yang taat itu Allah, yang alim itu Allah dan yang berbuat solat itu adalah pekerjaan yang Allah sudah tetapkan sedari azali!.

Solat dikala bersolat itu, sebenar-benarnya telah Allah tetapkan sedari azali (perbuatan atau kelakuan solat itu, bukan perkara baru)!. Melainkan pekerjaan atau perbuatan yang telah sedia tercatat didalam kitab Loh Hulmahfuz.

Oleh itu, hidup kita didunia ini jangan sombong. Sombong diri dengan megaku kelakuan taat itu kita yang punya dan perbuatan bersolat itu, datangnya dari kita!.

Pekerjaan atau pebuatan solat kita itu, adalah suatu pebuatan serta kelakuan yang telah siap tercatat. Kita ini, tidak ubah hanya sekadar melakonkannya semula, perkara yang sudah siap.

Jadi yang sebenar-benar bersolat diketika kita sedang bersola itu, bukan kita, melainkan pebuatan atau kelakuan yang telah siap tercatat!.

10)   Soal: Siapa sembahyang sesudah sembahyang  dan siapa yang bersolat sesudah solat?.

Bilamana yang mendahului slat sebelum solat itu Allah, yang mendahului solat diketika sedang bersolat itu Allah, sudah tentu solat sesudah solat, itupun juga  adalah Allah Taala!.

Oleh itu, janganlah hendaknya mengaku yang bersolat itu kita!. Diantara sebelum dan susudah itu, apakah adanya diri kita?. Dari awal sehingga keakhir, tidak ada kita ditengah-tengah. Dari bermula dan sehingga berakhir itu, adalah Allah, sehingga tidak ada ruang langung untuk kita mengerjakan solat!.

Setelah dan sesudah tidak adanya daya upaya atau usaha ikhtiar kita, barulah ibadah itu boleh dikatakan datangnya dari Allah kepada Allah!.

Jadi marilah kita bersama-sama berimam kepada Allah iaitu dengan “mendahulukan Allah”.

1)      Iman itu, kepercayaan, pegangan atau iktikad.

2)      Berimam itu, mendahului Allah daripada makhluk.

3)      Pak imam itu, orang yang mengepalai solat.

Amin daripada haji Shaari jam 1.58 pagi, rabu

7 Replies to “Pak Imam Berimankan Siapa?”

  1. Assalamualaikum Tuan Hj Shaari,

    Bolehkah saya bertanya dengan perlakuan maksiat yang kita lakukan bagaimana analogi atau kiasan dengan perlakuan solat yang dihuraikan. Kebiasaannya pertuturan yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu kelemahan diri sendiri seperti mana diucapkan oleh ustaz ustaz penceramah. Mohon Tuan Guru jelaskan kerana memang payah nak ditamsilkan dengan perbuatan buruk.

    Like

  2. salam tuan,bukankan makmum mengikut Imam,imam mengikut al-quaran,quaran mengikut Bismillah,Bismillah mengikut huruf Ba,huruf Ba mengikut Noktah…………..

    Like

    1. sy bkn nak banggkang ulamak zaman ini, ini cuma pendapat dari org bodoh dlm ilmu. jika saya kata sy pandai, nanti akan menjadi tomohan sesat!.

      apapun ingin sy jawab pertayaan tuan, harap maaf, ini pendpt org bodoh.

      Tuan, siapa cipta org Islam dan siapa cipta org kafir?. Siapa cipta bahasa Arab dan siapa cipta bahasa Tamil?. siapa cipta manusia dan siapa cipta makhluk binatang?.

      Ayam panggil anaknya makan dalam bahasa ayam. Harimau panggil anaknya makan dgn menggnakan bahasa harimauu, kita panggial anak kita makan dalam bahasa manusia. Org tamil pangggil anaknya makaN DALAM BBAHASA TAMIL, ORG ARAB PANGGIL ANAKNYA MKN DALAM BAHASA ARAB DAN BEGITULAH SETTERUSNYA.

      Saya ingin bertanya, salahkah ayam pangggil anaknya makan dalam bahasa ayam?, salahkah harimau panggil anaknya makan dalam bahasa harimau? dan salahkan kita panggil anak kita makan dalam bahasa manusia?.

      Apa ada pada nama!. Yang hendak kita cari, yang hendak kita sebut dan yang hendak kita kenal itu, adalah “tuan yang empunya nama!”.

      Allah itu Tuhan seru sekalian Allam, Allah itu adalah untuk seluruh makhluk!. Org Kristien sebut Allah itu Good, orang bangsa lain pula sebut supering power, org Islam sebut Allah, org Budha India sebut Om dan berbagai sebutan. Apalah ada pada sebutan mulut makhluk. Sebutlah apapun, yg pastinya Allah itu tetap Allah yug Esa. Tidak akan bertukar dgn yg lain.

      Sekarang ini ramai yg kalut berebut nama Allah. Orang yang berebut-rebut untuk mengaku yang nama Allah itu, milik peribadinya, hak peribadi agamanya seorang, milik banggsanya sahaja, itu adalah golongan orang2 yang belum mengenal Allah. Jika orang yang benar-benar mengenal Allah, mereka tidak berebut nama, nama yg mereka rebut-rebutkan itu, adalah hanya istilah panggilan. istilah sebutan dan istilah suara bibir mulut. Perkataan Allah itu, adalah berupa istilah bahasa tulisan dan istilah pertuturan bibir mulut semata-mata.

      Kenapa kita nak berebut atas istilah nama, kenapa tidak kita rebut tuan yang empunya nama (tuan yang empunya diri)!. Kenapa tidak kita berebut untuk mendapatkan diriNya?. Org yg berebut nama itu, adalah golongan mereka yang tidak mengenal tuan yang empunya nama.

      Jika kenal kepada tuan yang empunya nama, kita sebutlah perkataan apapun, maka itulah Allah. Kerana Allah sahaja yang bersifat ada, selain dari Allah, ianya bersifat dgn sifat tidak ada (binasa). Jika segalanya tidak ada dan jika kita juga sudah tidak ada, apa lagi yang hendak disebut?. Kitakan mati, kitakan tidak ada, setelah mati dan setelah tidak ada, apa ada pada nama?……………….APA ADA PADA NAMA?>…………………….

      Mana kamu hadapkan muka mu, disitulah Allah, jadi sebutlah apapun dan pandanglah apapun, tidak lain dari Allah……………………….

      Jgn pula disalah tafsir kenyataan saya ini. Itu makanya saya sebelum ini kurang nak jawab soalan ini, tetapi sampai bila saya nak simpan ilmu ini dalam dada saya. maka pagi ini, yg tersimpan itu sudah saya letupkan, terpulanglah kpd tuan-tuan nak tafsir apa. Saya menjawab dalam vesi makrifat bkn vesi syariaat, maafkan sy.

      Like

  3. salam tuan haji shaari,bagus sangat huraian tuan tentang IMAM,
    kita mengikut Imam,Iman berimankan Al-quaran,Al- quaran berimankan Fatihah,Fatiha berimankan Bismillah, Bismillah berimankan Ba,Ba berimankan Nohtah(titik)dan Nohtah(titik) berimankan Laisa kamisshihi syaiun. tapi persoalannya mampukah atau berapa ramai dari jemaah tahu yang pak imam itu membawa atau bersama jemaahnya?

    Like

Leave a comment