Dimanakah Yang Dikatakan Rumah Allah?

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Tujuan besar kita menunaikan fardhu haji, adalah bertujuan untuk sampai kerumah Allah (Baitullah).

Tujuan besar kita menghadapkan hati kita kepada Kiblat, adalah bertujuan supaya tertuju kepada rumah Allah (Baitullah).

Barang siapa yang berjaya sampai kerumah Allah, akan bersih dosanya, suci putih hatinya dan terampun dosanya menjadi seperti bayi yang baru lahir.

Sayangnya tahukah kita dimana Rumah Allah?. Apakah rumah Allah itu diperbuat dari batu?. Apakah rumah Allah pernah terbakar?.. Apakah batu Hajaratul Aswat dirumah Allah itu pernah dicuri berpuloh tahun oleh tentera Rom?. Apakah rumah Allah pernah dilanda banjir. Apakah rumah Allah itu pernah runtuh. Apakah rumah Allah itu, harus ada kelambu. Orang buat rumah, mereka mendiami rumahnya, apakah Allah membuat rumah tidak didiamiNya?.

Ya Allah ya Tuhan ku, apakah ertinya semua ini?. Tidak pandaikah Engkau menjaga rumah Mu sendiri, ya Allah?. Sehingga mengharap makhluk manusia yang menjaganya?. Manusia buat rumah tetapi pandai menjaganya sendiri, apakah Engkau yang Maha Berkuasa, tidak tahu dan tidak ppandai menjaga rumah Mu ya Allah?.

Perkara-perkara ini atau elemen-elemen ini semua, adalah menjadi satu bahan bukti kepada ita yang mahu berfikir, dimanakah sebenarnya rumah Mu ya Allah?.

Ada pula terdapat dalam ayat suci Al-Quraan yang mengatakan bahawa ” Qalbu Mukmin Baitullah”. Qalbu mukminlah sebenar-benar rumah Mu. Yang mana satukah rumah mu yang sebenar ya Allah?…………………………..

Jika iapun qalbu mukmin itu sebenar-benar rumah Mu, dimanakah qalbu?. Setahu kita, qalbu itu bukan berada didalam dada dan tidak juga berada diluar dada?. Dimanakah qalbu dan dimanakah rumah Allah?……………………………..

Mari kita sama-sama mencarinya. Saya ingin tahu jawapan dari tuan-tuan, selaku peminat ilmu makrifat Tok Kenali!

Jam 7.49 pagi. 1 hb Mei hari rabu. Daripada Haji Shaari. amin

 

40 Replies to “Dimanakah Yang Dikatakan Rumah Allah?”

  1. Hanya Allah yg maha mengetahui dan hati mu tidak akan mendustai apa yang di lihat oleh hati yang berkata kata tanpa suara sesungguhnya mari lah kita bersyukur atas kehendakNya apa jua ketetapanNya…sikit atau banyak pengetahuan yg Dia beri itu lah kemahuanNya.sungguhpn ilmu atau ilham yg di kurniakan sedikit hendaklah bersyukur.jangan hirau dengan yang lain selagi tenang dan tenteram hati semua itu HaqNya…

    Like

  2. Saya sudah bertemu dengan Allah dan Dia bersuara antara sedar dan tak sedar ketika itu…mungkin tuan hj tidak percaya tapi itu lah hakikat kenyataan ….sy tidak tahu apa apa lg cuma sy yakin apa yg sy imani….tiada syarat dan tiada sempadan dan tiada lg mustahil.terpulang la jika ada yg mengatakan ilmu sy salah tapi keyakinan dan tauhid ini tidak akan goyang sungguh pn ada yang mengemukakan pendapat mereka itu masing -masing dan cara Allah berbagai -bagai untuk Dia perkenalkan DiriNya itu menunjukkan kesempuranNya yg Dia Esa.terus-terang sy katakan sy tak suka membahas ilmu ni hebat atau ini lg hebat…sesungguhNya pulang KpdNya.amin.

    Like

  3. Salam t.guru? keyakinan seseorg di mana rumah Allah itu trletak atau brada brgantung pd individu itu sndiri..jika mereka duduk pd pringkat syariat maka brkeyakinan pd ilmu dn kfahaman bhawa Alla.h itu ada Di Baitullah di Masjid dll…ttapi bg yg sudah mengenal Allah tdk skali2 menyalahkn mereka krna ilmu mereka pd tahap itu…Allah itu brada di mana2 di mana kamu menghadap di situ lh wajah Allah…brilmu makrifat itu meNyatakn bhawa Allah itu brada di kolbu para2 Mukmin tdk di luar dn di dalam…menyatakn Allah itu brtempat adalh salah dn jika di salah brkeyakinan akan mnjadi kafir..katakan lh Allah itu Esa tdk branak dn tdk di peranakan…Di mana kamu menghadap di situ lh Wajah Allah

    Liked by 1 person

  4. Salam tuan guru yg dihormati dan kpd semua pembaca blog ini….syukur alhamdulillah dpt kita sama2 berkongsi pandangan dr sy yg tk seberapa ini…jika tersalah minta di perbetulkan….Mengenai soalan di manakah qalbu dan di manakah rmh yg dikatakan rmh Allah…..yg sebenar inti pati bg hakikat yg sebenar-benarnya iaitu Allah itu tdk ada rumah dan tdk ada istana dan tdk ada kedudukan di mn keadaan sekali pun awal dan akhir zahir&batin sekalipun….mcm mn hendak dikatakan yg Allah itu ada tempat atau rumah sedangkan yg sebenar2 hakikat tuan empunya diri yg bernama Allah itu tdk ada…bagaimana pula yg d katakan Allah itu ada rumah dan tempat….Bg inti pati hakikat yg sebenar-benar hakikatullah….yg kita cerita ini hanyalah kulit hakikat shj?????Yg dikatakan istana Allah adalah hakikat bg insan MINALLAH yg sebenar- benarnya bg hakikat inti pati bg hakikattullah berada inti pati di dalam hakikat insan MINALLAH….

    Like

    1. Assalamualaikum Tuan Guru Hj Shaari,

      Saya Abdul Aziz Abdul Rahim, baru seminggu diizinkan ALLAH untuk meniliti blog tuan yang selama ini saya masih mencari dan belum ketemui hakikat diri jauh sekali mengenal ALLAH dengan sebenar-benarnya yang tuan guru titipkan di blog. Saya masih belum mampu untuk membeli naskah Kitab Tok Kenali mahupun nak membeli CD tuan guru. Syukur kerana blog tuan guru membantu saya yang tak punya apa-apa ini untuk belajar sedikit ilmu yang paling asas dalam beribadah. Banyak persoalan yang timbul dalam sanubari saya dalam mempelajari selok belok ilmu asas ini. Sebagaimana yang Tuan Guru nyatakan ilmu kenal diri dan ilmu makrifat adalah asas yang mesti setiap insan yang muslim mempelajari, sumber utama mesti dari Rasulullah SAW tetapi kenapa sehingga kini ia menjadi rahsia dan tidak diketahui ramai. Adakah ini suatu hikmah dari ALLAH SWT untuk hambanya mencari tetapi mengapa yang mencari pun tidak berjumpa , meskipun menemui tidak memahami tidak dapat beramal sepenuhnya tidak mampu mengekalinya. Bagi saya yang lemah ini timbul persoalan adakah hanya insan yang bertuah yang telah ALLAH tetapKAN SEJAK AZALI LAGI sahaja yang dapat menggengam dan mengamalkan ilmu makrifat. Mohon penjelasan Tuan Guru.

      Bagaimana kehidupan seharian sepatutnya bagi seorang yang dapat ilmu makrifat ?
      Bolehkan yang sedikit pengetahuan tentang ilmu syariat mendapat ilmu makrifat?

      Persoalan rumah ALLAH di mana saya memang tidak dapat menjawab kerana tiada erti maksud qalbu kerana tak terbayang di mana letak qalbu yang sebenar-benatnya. Nak kata tempat di hati di mana hati sebenarnya? Sedangkan ALLAH tidak diketahui dengan kata mana sana sini situ siapa bila apa yang mana satu bagaimana kerana untuk mengisytiharkan kita ini mukmin sebenar pun siapalah kita kerana itu lebih baik kembalikan segalanya kepada AL_HAQ.

      Like

  5. salam alaikum,menurut tauhid hakiki ALLAH ADA TANPA TEMPAT….tapi tuhan telah menyerahkan diri-nya kepada kita di sama-tengah hati/pusat,yang disebut juga ruhul qudus/rahasia tuhan/diri muhammad. wallahu ‘alam bishawab

    Like

  6. salam tuan haji..pada pendapat sy rumah allah y sebenar2 nya adalah yang berada didalam qalbu orang2 mukmin “qalbu mukmin baitullah”. Qalbu org2 mukmin itu adalah rumah allah. tetapi persoalannya disini adalah hati org2 mukmin yang bagaimana yang menjadinya rumahnya allah itu. Pada pendapat saya Ianya adalah berupa hati yang bersih suci tanpe mensyirikkn allah dgn sesuatu apa pun, ingat akan allah setiap saat bahkan ketika mengurusi urusn dunia hatinye tetap teguh ingt dan berzikir kpd allah. tujuh lapisan nafsu didalam diri kita dan yang dinamakn nafsu mutmainnnah itulah pd pendapat saya permulaan yang dinamakn “hati org2 mukmin itu rumahnya allah. Ini kerana tiga lapisan nafsu yang awal itu masih berada dlm keadaan yang tidak konsisten dlm mengingat allah bahkan yang terawal dan yang kedua itu slalu bersifat “engkar dan sering mensyirikkn allah”. dan nafsu y ketiga pula sudah hampir kpd bersihnya total dlm mengingat allah ttp kadang kala masih lalai. Maka dari itu beruntungla bagi mereka2 y sentiasa mensucikn hati mereka sehingga dikurniakan akn nafsu mutmainnah.. Ia ini hati bg org2 yang tidak merasa sedih dan takut pada apapun kecuali allah..itula pendapat saya rumahnya allah. harap diperbetulkn segala kesalahan dan kekeliruan saya dlm menafsirkannya tuan haji..salam..

    Liked by 1 person

    1. Assalamualaikum..sekadar ingin menulis dan berkongsi,sy bersetuju Allah taala tidak boleh diibaratkan dengan tempat dan masa,meliputi kuasa kebesaran namun tidak berserta,Tuhan itu tersendiri jugak Dia dengan keadaaNya. Namun rumah Allah pada istilah tempat nyata terbit sifat ketuhanan,tempat puji memuji yang paling hampir hanyalah pada insan ,nak dikata hati,hati lah keadaanya. Qalbu pandangan sy bilamana bertahta hati pada akal,bukan waham atau was was lagi. Tn guru perbetulkan lah saya nanti.

      Liked by 1 person

  7. Assalamualaikum tuan hj? Apa yg boleh sy memberikan berkongsi kefahaman.. Rumah allah itu. Seperti dalil di dalam al-quran.. Surah Al Hadid, Ayat 3:
    Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dan dalil dari surah al baqarah ayat 115: Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.” Kalau ada salah dan silap mohon diberi teguran..

    Like

  8. Salam tuan Guru,
    Tajuk yg baik..Qalbu mukmin itu adalah sebenar2 diri kita yg bukn d dlm dn bukn d luar, siapa yg mengenal diri akn mengenal Allah yg 1 dn yg Esa, Qalbu mukmin itu adalh sebenar diri (roh).. Hajaratul Aswad adalah merujuk pd hati kita sendiri..tmp menghadap.

    mohon pencerahan guru.. maaf andai sya tersalah fhm tn guru.

    Like

  9. Salam Tuan Guru,
    Bagi kefahaman saya rumah Allah itu adalah di kalbu dan itulah Rahsia Allah yang diamanahkan kepada insan untuk dijaga serta dikenal. Wallahualam……..

    Like

    1. Benar kata tuan itu. ianya rahsia Allah. Tetapi dimanakah yang dikatakan rahsia itu?. Rahsia ini adalah rahsia Nya adalah rahsia kita jua. Ana sirri waana sirruhu (Aku rahsia makhluk dan makhluk rahsia Aku). Kita sama-sama rahsia, jadi hendaklah kita sepatutnya kena sama-sama tahu.amin

      Like

    1. Yg mulia tuan guru dan para sahabat sekalian.
      Rumah Allah?. Buat apa rumah allah, kalau allah tidak ada di dalamnya!!! bukankah sia sia sahaja. Baiklah mengenal Allah sudah tentu tak perlu lagi tahu atau cari rumahnya. Pergi rumah pun dia tidak ada, lepas tu pusing pusing 7 kali pun tak jumpa juga kemudian las las sekali gi cium batu sampai jadi hitam. Hitam tu tandanya hati tu masih kelam, buta walau pun ada mata. Tuan guru nak bagi faham kata tok gutu bawa ilmu sesat. Sebenarnya org yg kata tuan guru tu sesat, dialah yg paling sesat sekali, 67 kali kiamat pun akan terus sesat. Kasihan, orang bercakap hakikat, dia dok cakap syariat. Sampai bila pun tak selesai. Tak palah mudah mudahan Allah akan memberi hidayah kepada mereka. Amin. (London)

      Like

  10. ASSALAMUALAIKUM…….. MAAF MENCELAH, YG DIKATAKAN RUMAH ALLAH ,QOLBU,MASJID,BAITUL HARAM DAN DIMANA JUA ANDA MENGADAP DISITU WAJAH ALLAH SEMUA TU DALAM ILMU ALLAH, KENAPA MASJID RUMAH ALLAH, SEBAB DIDALAMNYA ADA HAMBA HAMBA YG BERZIKIR N BERAMAL…. SO KENAPA QOLBU MUKMIN TU RMH ALLAH SBB QOLBU ORG MUKMIN TU SENTIASA BERZIKIR….. KATA IMAM SUFI HAKIKATULUJUD MAKRIFATULLAH, MAKA TU APA JUA SEGALA SESUATU TAK KISAHLAH APAPUN SEMUA TU HAQ ALLAH. JANGAN MENAFI HAQ ALLAH, KITA BERPIJAK PUN ATAS BUMI ALLAH,

    Like

  11. salam pada tn hj saari dan para para peminat ilmu ini pada pandangan si kosong ni .. kalbu mukmin baitullah itu adalah untuk fahaman pada ilmu kajian marifat iaitu setelah kita sampai ketahap kesucian hati yang dapat nur illahi dan laksana karam kita kedalam lautan allah maka baru lah disitu para para guru akan melihat murid murid yg dibawah didik nya itu makam yang di maksud dlm al quran kalbu mukmin baitullah.,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,itu pada pandangan marifat . Pada pandangan ilmu syariat kalbu itu hati pada zahir di ibaratkan kaabah di mana rukun islam kelima iaitu haji ,,, kita lihat dari segi jasad perlu dibersih dgn benda seperti air maka untuk mencuci pada jasad dlm rukun islam untuk mengesahkan islam itu pada sesaorang pergi haji sebagai rukun islam itu syarat syarat seseorang islam sila lihat ketika melakukan rukun haji ada peraturan 2 nya agar balik nanti dari menunaikan akan berubah segala gala nya dengan kebersihan hati sampai ke rahmatullah munkin itu lah yang di maksud Baitullah itu pandangan si kosong ni

    Like

Leave a comment