Tuduhan Berfahaman Wahdatuk Wujud

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Ada salah seorang sahabat bertanya tentang ada pendapat serta tuduhan yang mengatakan ilmu Tok’ Kenali itu berfahaman Wah Datul Wujud!.

Wahdatul wujud itu, adalah bererti bersatu dengan Allah. Manakala ilmu Tok kenali adalah ilmu mengnEsakan Allah (wahdahtul wahdah).

Ilmu Tok Kenali, tidak sedikitpun berfahaman wahdatul wujud (bersatu dengan Allah). Ilmu Tok Kenali adalah ilmu yang mengajar fahaman “wadatul  wahdah”.Yang Esa itu tetap satu dan yang satu itu tetap Esa!. (satu itu, adalah satu), dengan lain perkataan, ilmu Tok Kenali itu, adalah ilmu mentauhidkan Allah atau ilmu wahdah (esa) atau mengEsakan Allah Taala.

Tok kenali tidak pernah mengajar bersatu, bercantum atau konsep dua dalam satu. Tok kenali tidak penah mengajar kita supaya mengaku yang diri kita ini adalah Allah.

Tok kenali mengajar kita ilmu menyerah diri, menghilangkan diri, menfana’kan diri, mengubur diri, meleburkan diri, megembalikan diri kepada Allah swt. Tok Kenalli mengajar kita supaya jangan terpandang adanya diri. Ilmu Tok Kenali bukan suruh kita jadi Allah!. Tok kenali mengajar kita supaya menEsakan Allah dan menjadikan diri kita ini bersifat tidak ada. Yang bersifat ada itu, adalah hanyalah sifat bagi Allah!.

Bilamana Allah bersifat wujud (ada), bererti diri kita itu, adalah bersifat dengan sifat binasa atau bersifat dengan sifat tidak ada. Setelah tidak ada keberadaan diri, barulah Allah itu benar-benar ada (wujud).

Jika Allah bersifat ada dan diri kitapun bersifat ada, bermakna kita telah menduakan sifat Allah. (Allah ada dan diri kitapun juga ada), bermakna kita telah menduakan sifat ada (menduakan sifat wujud), ini bermakna telah ada dua sifat wujud (telah ada dua sifat ada atau dua sifat wujud), bererti hukumnya kita itu, telah berada dalam berkeadaan syirik.

Ilmu Tok kenali sedikitpun tidak mengajar supaya terlihat adanya diri, Tok Kenal mengajar kita supaya meniadakandiri!. Setelah tidak ada keberadaan diri, barulah Allah itu benar-bear bersifat ada!.

Tok kenali tidak mengajar supaya bersatu, bercantum dengan Allah. Bagamana nak bercantum atau bagaimana nak bersatu dengan Allah, sedangkan diri kita tidak ada. Bagaimana nak menuduh Tok Kenali berfahaman wahdatul wujud atau fahaman bersatu dengan Allah, Hulul, Jabrian atau Kodariah, sedangkan  diri kita sudah tidak ada. Bilamana diri sudah bersifat tidak ada, bermakna yang bersifat ada itu, adalah hanya Allah. Bilamana sifat keberadaan diri sudah tidak ada atau tidak wujud, bagaimana mungkin boleh bersatu atau bercantum dengan Allah dan bagaimana mungkin dituduh wahdatul wujud, hulul atau jabariah!.

Kita telah diajar oleh Tok kenali supaya berserah diri ( diri tidak ada), bilamana kita berseah diri, bermakan diri kita sudah tidak ada. Bilamana diri sudah tidak ada,  bagaimana mungkin boleh dikatakan bersatu atau bercantum dengan Allah?.

Orangn yang tidak menghampiri, mendekati, mengikuti pengajian ilmu makrifat sahaja yang menuduh Ilmu Tok kenali itu,, wahdatul Wujud!.

Hanya Allah yang bersifat wujud.Wujud selain dari Allah itu, adalah wujud yang tidak ada (binasa). La Maujud Bil Haqqki Illalah!.

Tok Kenali mengajar kita tentang  ilmu mati sebelum mati!. Kita ini sebenarnya sudah bersifat mati. Bilamana sudah mati, mana ada lagi bersatu, bercantum atau mana ada lagi berkonsep dua dalam satu!. Bilaman diri sudah mati, mana mungkin boleh menganut torikat wahdatul wujud?. Orang bertorikat itu, adalah orang yang belum mati!.

Sebenar-benar ilmu Tok kenali, tidak ada torikat!. Tok Kenali tidak ada torikat khusus. Beliau tidak mengajar ilmu hidup, beliau mengajar ilmu mati!. Bilamana diri sudah mati, sudah tidak boleh lagi mengaku bertorikat!. Orang yang bertorikat itu dan bertorikat ini, adalah orang yang masih berkeadaan hidup. Jika tidak keteraluan, orang yang bertorikat itu, bolehlah dikatakan  orang yang belum mati. Orang yang belum mati itu, adalah orang yang belum mengenal diri!. Ringkasnya, bolehlah disimpulkan disini bahawa, orang yang masih bertorikat itu dan bertorikat ini, bererti orang itu, adalah golongan orang yang yang belum mengenal diri!…………………Bilamana tidak mengenal diri, bererti teramat jauh dari mengenal Allah Taala…………………

Bilamana diri sudah mati, mana mungkin boleh bertorikat atau mana mungkin boleh menganut fahaman wahdatul wujud, hulul. kodariah, jabarian, muktazilah, ilmu bungkus, ilmu kaum muda dan sebagainya!.  Bagaimana nak bersatu atau bagaimana nak bercantum dengan Allah, sedang diri kita tidak !.

Biarlah orang nak tuduh apa dan biar orang nak asal kita apa, asal kita tahu dimana sebenarnya diri kita!. Sebenar-benarnya diri kita itu, adalah tidak ada.  Yang bersifat ada itu, hanya bagi Allah.

Torikat atau torik itu, bahasa arab, jika diterjemah kedalam bahasa Melayu, torikt itu, ertinya “jalan”. Jalan itu, hanya bagi orang yang hidup. Bagi orang yang mati (mati sebelum mati), mana ada lagi jalan!. Makrifat Tok Kenali itu, adalah jalan bagi yang mati, bukan jalan bagi yang hidup!. Sekiranya dirasakan diri tuan itu, masih hidup, maka semestinya ada jalan. Sekiranya diri kita itu sudah merasai mati sebelum mati, maka ianya tidak lagi menggunakan jalan.

Ilmu makrifatullah (ilmu mengenal Allah) Tok Kenali itu, adalah ilmu yang tidak memakai jalan ( tidak memakai torikat). Semua torikat itu benar belaka, asal sahaja menuju kepada Allah yang satu. Dari Kelantan menuju Kuala Lumpur, boleh saja melalui jalan Gua musang, melalui jalan Kuala Terengganu, Melalui jalan Gerik dan boleh juga melalui jalan keretapi, asal saja menuju Kuala lumpur. Jika jalan ahli sunnah waljamaah sekalipun, jika tidak sampai kepada mengenal Allah (makrifatullah), ianya tidak bererti apa-apa, melainkan sekadar nama sahaja Islam, sedangkan pada hakikatnya kita itu, adalah Kafir dan syirik kepada Allah Taala.

Ramai dari kalangan orang kita, yang mengaku bertorikat dan mendakwa bahawa torikatnya sahaja yang benar, torikat orang lain semuanya salah!. Torikat Satariah mendakwa mereka benar. Torikat Muhamadiah, mendakwa mereka benar. Torikat Ahmadiah mendakwa mereka benar. Torikat Ahu Sunnah Wal Jamaah mendakwa mreka benar. Suni mendakwa mereka benar. Syiah mendakwa mereka benar dan Wahbi mendakwa mereka benar. Semua mendakwa mereka benar, jika semuanya mendakwa yang mereka benar, mana satu yang sebetul-betul benar?.

Oleh itu, mengikut kefahaman ilmu makrifat Tok Kenali, semuanya benar belaka, janji menuju kepada Alla yang satu!.

Itek memanggil anaknya makan dalam bahasanya. Ayam memanggil anaknya makan dalam bahasanya. Harimau memanggil anaknya makan dalam bahasanya dan gajah memangil anaknya makan dalam bahasanya. Ternyata anak itek, anak ayam, anak harimau atau anak gajah, semuanya datang bila dipanggial ibunya.

Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, salahkah cara harimau memanggil anaknya makan?. Salahkan cara gajah memanggil anaknya makan?.

Oleh itu, bertorikat dan berjalanlah diatas apa jalan sekalipun, asal saja menuju kepada Allah yang satu. Jangan asyik menyalahkan orang!.

Jangan tuduh orang itu salah atau tuduh orang ini sesat. Sesungguhnya yang menuduh itu, 10 kali ganda sesat daripada orang yang dituduh sesat!.

Makrifat Tok kenali, adalah makrifat “Ihdina Sirotal Mustakin”        ( Jalan yang telah ditetapkan Allah swt)…………………………….

amin drp hj shaari

Semoga penama talian talipon 013 3536 188 beroleh faham dengan huraian ringkas itu. amin drp hj shaari.

35 Replies to “Tuduhan Berfahaman Wahdatuk Wujud”

      1. salam tn hj, moga allah swt selalu merahamati tuan hj……sedikit sumbangan pendapat fakir saya…….dalam keadaan kita mengESAkan allah swt (mematikan diri)…..adalah menjadi sunnnahtullah agar kita sentiasa menghayati kalimah Muhamad Rasullah….dimana kalimah shadat kita mengajar Laillah ha’il Allah, Muhammad Rasullah……ertinya dalam keadaan kita Menyatakan Allah swt maka adalah wajib kita mengambalikan dirikita ke Sunnahtullah dlm kehidupan seharian kita,sepertimana yg diajar didalam Al-Quran dan Hadis2…..yakni kita tertakluk kepada hukum2 syariat Islam sebenarr yg diajarkan oleh Nabi Muhammad saw…..kita juga tertakluk kepada sunnatullah cthnya….bekerja,bekeluarga,bermasyarakat dsb,…….walaubagaimana pun waktu yang benar2 kita kena mematikan wujudnya diri kita adalah……SEMASA SOLAT…..sebagaimana surah al-bakarah ayat 45-46….’sesungguhnya sembahyang itu BERAT,selain bagi orang2 yg KHUSYUK (MEMATIKAN DIRI), YAKNI ORANG2 YG MENYAKINI BAHAWA MEREKA AKAN MENEMUI TUHANNYA DAN MEREKA AKAN KEMBALI KEPADANYA……sekian wasallam…..01/05/2013…….6.25am

        Like

  1. jazakallah diatas pencerahan itu dan terima kasih jua kpd yg bertanya…kiranya dptlah serba sedikit pengetahuan …

    Like

  2. salam tuan guru…

    saya rasa fitnah ini berlaku kerna masih ramai yg tidak paham penghujung ilmu makrifat tok kenali ini. walaupun saya baru shj ikutinya secara berguru di Melaka (3 bulan) dan juga membaca kitab2 dan mendengar dvd tuan guru (kita masih belum bertemu mata secara zahir tetapi saya percaya kita telah betemu mata secara batinniah di luh hul mahfuz). kenapa saya katakan demikian…? kerana walaupun tidak pernah bertemu tetapi saya boleh menghayati ilmu2 yg dibawa oleh tuan guru… medium yg ada adalah nikmat Allah semata2- ianya juga adalah jalan atau toriqat menuju keEsaanNya… blog, internet, dvd adalah nikmat Allah utk umat akhir zaman ini. saya sarankan bagi yg ragu2 dengan ilmu ini berusahalah membaca kitab2 sampai habis dan mendengar dvd tuan guru dan jalan @ toriqat terbaik adalah dengan berjumpa sendiri dgn tuan guru dan bertanyakan hal2 yg masih tidak jelas di hati dengan tuan guru…

    wahdatul wujud pengakhirannya bersatu dengan Allah.. (a’uzubiilah.) sedangkan wahdatul wahdah penghujung makrifatnya adalah mengenal Allah sebenar2 Allah.. tidak bersatu bercerai tiada. umpama bayang dengan empunya bayang. umpama sifat masin dengan garam dan lain-lain perumpamaan. lain guru lain perumpamaannya. saya bersetuju dengan tuan guru sekiranya setelah kita “mati sebelum mati” baru sahaja kita boleh dikatakan menuju kepadaNya yang Maha Esa (Wujud). sekiranya masih tidak faham berkenaan diri mati yg belum mati ini saya rasa memang agak sukar utk meghayati ilmu makrifat tok kenali ini. sangat sukar walaupun sebenar2nya adalah tersangat mudah dilakukan. saya rasa ianya bergantung pada niat seseorang itu. apa yg dicarinya menuntut ilmu makrifat ini. hanya hati sendiri sahaja yg tahu dan Allah adalah Maha Mengetahui. sekiranya berkehendakkan miracle, ilmu ghaib, kashaf dan sebagainya saya rasa sukar utk menghayatinya. Allah Maha Kaya apa yang anda hendak akan ditunaikannya tetapi yakinlah bahwa ketetapanNya mendahului fikiran akal kita, doa dan amal kita didunia ini. sekiranya anda ikhlas (Allah Maha Mengetahui) akan dipermudahkanNya utk kita memahaminya. tersangat mudah. toriqat pertama adalah ilmu mati. tidak tahu matikan diri yg belum mati, belajarlah hakikkat tidurnya makhluk, mimpinya makhluk. insyaAllah dibukakan oleh Alllah satu persatu. kalau tidak dimulakan dengan ilmu ini, maka akan sukarlah ilmu2 yg lain utk kita fahaminya. semuanya dengan ketetapan dan izin Allah jua..yakinlah pada ini sahabat2ku.

    saya sendiri akan menolak ajaran tuan guru atau tok kenali sekiranya akhir atau penghujung jalan kita adalah Tuhan atau bersatu dengan Tuhan. tak payah nak bermakriat tinggi2, dengan adanya akal kerdil ini bagi orang yg meyakini Rasulullah pasti akan menolak fahaman ini. sukar sangat ke utk fahami perkataan “BERSATU TIDAK BERCERAI TIADA..? tidak perlu belajar hakikat Muhammad atau ilmu2 yg tinggi, martabat 7, alam malakut, jabarut, mithal, ahdah, wahdah, wahdaniah, alam insani dan sebagainya untuk menuju kepadanya. bagi saya ianya adalah ilmu sunat sahaja ( teramat bagus kalau kita dapat ilmu ini) tetapi dimanakah ilmu sebenar2 ilmu yang Tuhan inginkan dari kita semua sebagai makhluk ciptaannya ini…? jangan kita keliru dengan istilah wujud, ujud atau maujud dan sebagainya. lagi kita mencari ilmu2 tersebut sekiranya tidak mendahulukan ilmu pertamanya (ilmu mati) pasti akan kita terkeliru dan terus terkeliru. kerana apa tuan2..?

    kerana banyak versi yg ada di dunia ini…? banyak guru di dunia ini..? banyak wali di dunia ini…? banyak toriqat di dunia ini..? wahai sahabat2 yg dimuliakan Allah percayalah dan yakinlan bahawa Allah sebenarnya sedang menunjukkan KEBESARAN ILMUNYA pada kita semua..? Tidakkah anda pernah terfikir sedemikian..? Jangan mulut sahaja berkata Allah Maha Besar tapi tidak paham sendiri apa yg kita maksudkan. Bukankan perbezaan2 yg berlaku didunia ini melambangkan “IlmuNya” jua…????

    jadi mana yg hendak kita berpijak atau pegang…? tak lain tak bukan jalan sebenar2 jalan adalah toriqat kepada yang Wujud/ Esa. masakan kita boleh dalami 19 sifat lain sekiranya kita tidak meyakini sifat pertama Allah iaitu Wujud..???? goyang sifat “Wujud” ini maka akan goyang lah sifat2 19 yg lain.

    kenapa perlu bergaduh dengan jalan2 anda semua..? kenapa perlu bergaduh dengan toriqat2 anda semua..? kenapa perlu bergaduh dengan ulamak2 anda semua atau guru2 anda semua..? tidak akan kita bergaduh sesama sendiri kalau kita ikhlas dan fahami maksud yang membei faham itu Allah jua… yang berilmu itu Allah jua… contoh sunni dan syiah berbunuhan..? kehendak dan ketatapan siapa..? jadi berfikirlah sehingga anda tidak mampu berfikir lagi..itulah maksud berfikir sebenar2nya. carilah jalan atau toriqat pemutus dalam diri anda. jangan bersangkan buruk dengan yg lain. selagi tidak putus ilmu diri maka yakinlah kata2 saya ini perkataan sifat “salbiah” dan pelbagai istilah2 lain akan hanya menjadi istilah sahaja tanpa pemahaman yg hakiki. kalau ini tidak ada dalam diri..? bagaimana pula dengan keyakinan kita pada perlembagaan Allah iaitu Luh Hul Mahfuz, qada dan qada dan seumpamanya. ingatlah sahabat2 bahwa yg kita belajar ini adalah “isinya” buah bukan “kulitnya” buah itu. pemutus hakikat Luh Hul Mahfuz adalah putusnya pengharapan pada Allah tiada yg hendak diharapkan lagi melain akan Dia. ilmu tok kenali bukan terletak pada doa amal semata2. lihatlah di sebalik doa, ilmu, amal, usaha dan sebagainya di sebaliknya ada apa..? ada apa sahabat2…??? jangan kita bergaduh dengan orang2 syariat yang baik2 belaka itu. jangan berburuk sangka dengan sesiapa sahaja. ianya akan berubah kepada yang baik2 sahaja sempurna sahaja sekiranya pandangan kita beralih kepada hakikat sebenarnya.

    selagi kita tidak berguru, berulamak dengan Al-Quran dan hadith2 Nabi saw sebenar2nya maka akan tersasarlah ilmu yg ada di dada. percayalah!!!!! tafsiran perlbagai tafsiran boleh berlaku sehinggalah hari kiamat tapi biarlah ianya menuju kepadaNya Yang Esa/ Satu bukan sebaliknya. maka dengan demikian akan sejahteralah umat manusia dan islam di dunia ini.

    ujian adalah ketetapan Allah. ujian ilmu, ujian harta benda, ujian rasa, ujian zuk dan sebagainya adalah ketetapanNya. suka tak suka nak ke tak nak itulah ketatapanNya. Jabariah kah ini…???? tanya dada tepuk selera sahabat2!!!!!!!! jangan menghukum sekiranya kita hanya faham maksud istilah. yang merasa buah dengan yang tidak merasa akan berbezalah kefahamannya. apa jua rasa dan telahan mestilah dan hendaklah bersertaNya Yang Maha Esa. itulah tanda orang yg berserta Allah 24 jam senantiasa sepenuh masa. jangan sekali2 berburuk sangka padaNya.

    lagi satu saya nak sentuh pasal ilmu rasa dan zuk atau mabuk semasa menjalani ilmu makrifat ini. rasalah, zuklah, mabuklah semabuk2nya..tapi kena ingat padaNya. bersertaNya bukan bersatu!!!! waimah kalau jin yg datang melawat kita, arwah wali yang datang menjengok kita…. lihatlah balik ke NIAT ASAL kita!!!!! adakah itu yg kita cari…???? kenali diri yg zahir dan batin, kenalilah roh yang zahir dan batin, dengan izinNya tiada kita mensasarkan yang lain selainNya. kalau kita mencari Allah insyaAllah Allah jualah yang kita temu. kalau wali yg kita cari, kalau ghaib, tok-tok pahlawan, hang tuah dan sebagainya yang kita cari…. carilah…carilah…carilah… sehinggalah ketemu Yang Satu. itu hanya toriqat semata2. jalan semata2. jangan berhenti di tengah jalan. jangan berhenti ditepi jalan. lihat diri, lihat niat anda sendiri! kenali diri rata2 insyaAllah ketemulah jua…

    jika Rasullulah pernah mengajuk, ambil hati dalam usaha tarbiayah dan tablighnya – maka percayalah tuan guru mana sekalipon akan begitu jua. hargailah guru2 yang ada tidak kiralah siapa guru anda sekelian melainkan bagi yg mengenal sebenar2 guru adalah dirinya jua. siapa itu dirinya lah jua..? carilah sendiri….

    akhir zaman umat akhir zaman hargailah saki baki ilmu ini. tak kiralah jika anda ingin jalan atas air, terbang seperti burung, terhentinya bas keratapi waimah kapal terbang kerna menunggu anda dan sebagainya. itu semua kehendak dan pelbagai kehendak bermain2 di akal fikiran. ingin merasai dan mencuba sesuatu dan sebagainya. sekiranya itu semua jalan kepadaNya. kenapa tidak..? itu semua nikmat dan rahmatNya jua.

    tapi saya tidak berkehendakkan yang lain selainNya. saya tidak mahu mabuk, zuk, wali, hang tuah dan sebagainya!!!!! jangan lah bergaduh pada hal2 ranting seperti kiasan cerita kejadian adam, kejadian roh, kejadian hakikat muhammad, martabat 7 dan seumpamanya. berdamailah hati berdamailah diri dengan semuanya. memang pelbagai versi kita boleh baca dan dapatkan dari pelbagai guru. tapi adakah itu semua yang UTAMA..?????

    tanyalah dada tepuk selera anda semua. saya menulis petang ini adalah gerakNya semata2. akhir kata fahamilah maksud “tiada” dan “ada” sefaham2nya sedalam2nya…waimah apa jua dipanggil, apa jua digelar wahdatul wujud, wahdatul wahdah, al halaj, wahabi, syiah, suffi, sunnah aljamaah, kumpulan tabligh sedunia dan sebagainya… panggillah…gelarlah… aku NAK KAU YA ALLAH!

    akhir kata penamat bicara saya mohon maaf sekiranya berlaku kesilapan atas ayat2 kata saya di atas. inilah yang saya rasa, saya luahkan. nasihat saya carilah diri, hargailah guru2!

    sekian terima kasih

    ikhlas dari hamba Allah…

    Muhammad namaku diberi…
    moga diberkati terus tanpa perantaraNya…

    Melaka 6.11 ptg (018-2096742)

    Like

  3. As Salam Tuan Guru,
    Keterangan Tuan amat terang, lagi jelas.
    Yang Wujud itu Allah, Yang Ujud itu Allah, Yang Maujud itu Allah.

    Like

  4. Assalamualaikum, sy amat meminati ilmu yang dicurahkan ustaz melalui blog makrifattokkenali.com ini.sy merasa tidak cukup dengan hanya membaca di blog ini sahaja makanya saya telahpun memiliki 2 kitab tentang ilmu ini ssrta beberapa koleksi dvd ceramah ustaz.

    Alhamdulillah setakat ini Allah S.W.T memberi kefahaman dalam usaha saya mencari dan mendalami kearah makrifatullah. Cuma ada satu soalan yang membuatkan saya berasa tidak tenteram dalam perjalanan mendalami ilmu ini. Iaitu, bagaimana untuk saya jelaskan jika persoalan yang timbul dari rakan taulan seperti :

    1. Adakah kita boleh bermalas-malasan dlm mengerjakan ibadah(solat)kerana alasannya semua itu telah digerakkan dan ditentukan Allah?

    2.Bagaimanakah solat orang yang tidak mengenal Allah itu?Adakah solatnya hanya sia-sia?

    3.Bagaimana dengan kejahatan masa lalu yang telah seseorang dilakukan? Tidak perlukah sifat kekesalan atau keinsafan jika meyakini semua itu adalah ketentuan Allah?Jika ya mungkin ini boleh mendorong seseorang itu mengulangi kejahatannya tanpa rasa bersalah kerana alasannya Allah yang mendorong dia berpelaku sebegitu?

    Saya memohon maaf jika soalan ini menyerlahkan kebodohan pengetahuan saya kerana saya ini tiada apa-apa, hanya hamba yang lemah tanpa sedikitpun kekuatan jika tiada petunjuk darinya.semuanya adalah milik Allah. Mohon ustaz dapat merungkai. Terima kasih. Amin.

    Like

  5. pertanyaan mendasar adalah siapa kita ????????? wahdatul wujud wahdatul wahdah dsb.. adalah fikiranh dan pandangan sahaja….. kalau tiada kita siapa yang ada ???

    Like

  6. Salam Tuan Haji Sesungguhnya ajaran yang diajar oleh tok kenali adalah ajaran orang yang sudah mati yang ada hanya allah sahaja semata- mata masakan kita boleh bercantum dengan allah . dari fahaman serta pengetahuan saya yang faqir ini , ajaran tok kenali menjurus kepada penyerahan yang sebenar (kaffah) kepada allah . Sesunggahnya ajaran tok kenali mengajak kita sehingga tahap baqa (La Maujud Bil Haqqki Illalah) allah..allah allah

    Like

  7. Assalamualaikum Tuan Hj Shaari,

    Maka benarlah ungkapan “La maujudun, la hayyun, la qaadirun, la muriidun, la samiiun, la bashiirun, la mutakallimun fi haqiqatul illallah” ???

    Mohon jelaskan.

    Like

  8. HAMBA PUN TIDAK BERILMU CUMA NAK INGIN TAHU APA YANG INI APA YANG ITU. JIKA KITA TAK DI SULUH OLEH KEBENARAN DLM MENCARI MAKA KITA AKAN TERKAPAI KAPAI SAMPAI AKHIR HAYAT NANTI ,,,,,,,,,,,,,,, SESIAPA JUGA TERMASUK DIRI HAMBA JIKA TIDAK DISULAHI OLEH FAHAMAM SERTA DIRASA,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,EI I I IEEEE MAKA SUDAH TENTU TAK AKAN FAHAM DAN MERASAI …………… . NANTI JIKA DIBERI PERTUNJUK ILLAHI PASTI AKAN DI FAHAMI DAN DI RASAIII SENDIRI ………………. TATKALA TUHAN SENDIRI TIADA NAMA DIBERI SETELAH NYATA BARU ALLAH NAMA DIBERI MAKA BERBAGAI JALAN DITEMPUHI IKUT RASA RASA MEREKA SENDIRI MAKA TIMBUL LAH NAMA DI BERI …….. SEPERTI KATA TUAN HJ SHAARI …… ….. TERPULANGLAH PENGERTIAN DIFAHAMI YANG MENILAI MASA NAK MATI NANTI ………….. 100 PERATUS SAYA MENYOKONG TUAN HJ SHAARI YANG BAIK HATI AMIN ………..

    Like

  9. Terima kasih tuan hj.. Atas ulasan dan peneranagn dari tuan hj…. Syukur sgt2.. 🙂 . Dgn ulasan dan peneragan dari tuan hj. Bolehlah sy berkongsi ngn kawan2 sahabat di atas apa yg mereka merasa sangsi ngn ilmu mengenal diri dan mengenal allah (Makrifat Tok kenali)… Amin…

    Like

  10. Salam Tuan Haji Sesungguhnya Tok kenali mengajar ilmu yang memastikan kita ini tiada yang ada allah semata- mata . kalau kita sudah mati apa lagi nak kata , yang berkata – kata macam macam tu tu pun allah jua semata- mata . oleh itu segala nya allah…allah …allah

    Like

  11. terima kasih TGHS atas penerangan.
    yang ada hanya Allah, bila yg wujud Allah, kita tiada, telah binasa.
    Ya Allah kurniakan faham kpd kami semua. amin

    Like

  12. Asalnya kita tidak ada, kembalilah kita menjadi tidak ada. Itulah kehebatan MELAYU. Meleburkan dirinya untuk menyatakan DIA. MELAYU itu NYATA, TUHAN MENYATAKAN MELAYU.

    Like

  13. “Bilamana Allah bersifat wujud (ada), bererti diri kita itu, adalah bersifat dengan sifat binasa atau bersifat dengan sifat tidak ada. Setelah tidak ada keberadaan diri, barulah Allah itu benar-benar ada (wujud).
    Jika Allah bersifat ada dan diri kitapun bersifat ada, bermakna kita telah menduakan sifat Allah. (Allah ada dan diri kitapun juga ada), bermakna kita telah menduakan sifat ada (menduakan sifat wujud), ini bermakna telah ada dua sifat wujud (telah ada dua sifat ada atau dua sifat wujud), bererti hukumnya kita itu, telah berada dalam berkeadaan syirik.
    Ilmu Tok kenali sedikitpun tidak mengajar supaya terlihat adanya diri, Tok Kenal mengajar kita supaya meniadakandiri!. Setelah tidak ada keberadaan diri, barulah Allah itu benar-bear bersifat ada!.”

    Kitalah Allah……….

    Like

  14. Kenali ADAM, Kenali ROH, Kenalilah ROH yg sdg dipakai. Dia dtg dari Allah and akan KEMBALI kpd Allah.(Maksud dari Al-Quraan)
    Belajarlah ilmu ini dari WALI2 atau ARIFBILLAH.
    Al_quraan tidak menghalang mendalami ttg ROH, cuma ia memberitahu kita bahawa ROH itu “URUSAN” ALLAH.
    URUSANNya berarti :
    1) Memasukkan dan MENCABUTnya dari TUBUH semua adalah URUSANNya.
    Manusia tak ada urusan.
    Memberi HIDAYAH & TAUFIK pun URUSANNYA.
    Hanya manusia yg sombong dan ego …. menjauhkan diri dari ilmu Allah…. itulah tanda2 X diberi HIDAYAH….

    Like

  15. benar sekali kata tuan,bahwa diri kita ini berasal dari ketiadaan jika dari ketiadaan berarti kita bersifat tidak ada.

    Like

      1. as salam..minta maaf..saya nak tanya..kawan saya kata syurga tak wujud..alasannya kita semua akan dikembali kepada ALLAH..adakah benar fahaman yg begini?wasalam.

        Like

  16. as salam..
    sya diajar tuan guru hj shaari apa fahaman berbalik pada satu fahaman jua. tiada yg lain dah tuh. ikut masing2 kefahaman yg dikurniakannya. redha jer lah. tugas kita mengaku dan menyatakan saja. walaupun berat rasa terpikul lah jua sehingga dipanggil kembali kepadanya.

    tiada lain lagi tuh dah…

    terima kasih tuan guru

    Like

  17. k Torikat adalah jalan ialah bg org yg hidup..org yg mati tiada jalan..makrifat tok kenali ialah jalan bg yg mati…
    Torikat dgn kaifiat amal brjalan menuju tuhan..sampai salik tdk tntu masa kerana tarikan cepat lambat adalah ditntukn tuhan sbb salik brjalan dr allah dgn allah kpa allah…
    Org yg mati sudah tiada jalan..bila tiada jalan mka tiada kaifiat…org makrifah ialah org yg sudah wusul ilallah…mcana kita nk jadi makrifah spt tok kenali jika tiada jalan dn wusul….?
    Tok kenali ialah ulamak yg brjalan atas jalanan ahlisunnah..buktinya ialah beliau brguru dgn syekh ahmad alfatoni…takdir beliau masih hidup sudah tntu beliau tk kata syiah betul sbb syiah sudah trkeluar dr ittikod ahlisunnah..

    Like

  18. bgitulah masing masing isi dlm pikiran seseorang,pengakuanya sll benar,g mw ngakuin salahnya,saya sepaham dg tuan guru,emng jka orang ngliat dirinya sll benar dirinya g mrsa slh,tp yg sbnr bnar tw akn salhnya diri itulah yg bnr,bahasanya terlalu dalam jadi banyak orang yg slah paham,

    Like

  19. Alhamdulillah. Dah lama saya mencari jalan yang lurus untuk mengenal Allah Swt. Barulah saya mula faham.Tuan Hj adalah orang yg saya cari selama ini. Bagaimama saya ingin bertemu Tn haji secara perseorangan? 0199955517

    Like

Leave a comment