Dari jam 6.45 sampai jam 11.25 pagi (25hb April)

Sudah dekat satu minggu saya tidak meyentuh blog. Bilamana saya buka dan cuba menjawabnya, tahu-tahu jam dinding sudah menunjukkan jam 11 pagi bermula dari jam 7 pagi, baru habis menjawab berbagai persoalan.

Saya kira hari ini tanggal 25hb April bersaman hari khamis. Saya amat teruja dengnan perkembangan kefahaman penulis blog. Ianya amat mengharukan saya, rata-rata didapati kefahaman terhadap ilmu mengenal Allah (makrifatullah) itu amat mengkagumkan!.

Rata-rata telah memberi komen atau ulasan yang padat dan jitu. Mengambarkan kematangan kefahaman tentan ilmu makrifat. saya terkejut bilamana membaca blog.

Dulu tidak da jawapan atau kefahaman seumpama itu. Cuma ada satu atau dua orang yang agak terkeliru, yang saya anggap suatu perkara terpencil. yang lain, saya dapati rata-ratanya teramat tajam, dalam dan tepat suluhan makrifatnya.

Disini saya ingin berseru kepada tuan-tuan diluar sana, mari kita sama-sama baca komen dari kalangan sahabat-sahabat kita. agar dapat kita buat kayu pengukur pada diri kita sendiri. Apakah kefahaman kita itu, sebagaimana kefahaman orang lain?.

Bacalah blog sehingga muka surat ke 7.

Jika lambat saya menjawab blog tuan, saya minta maaf kerana saya benar-bear tidak ada masa. demi menyiapkan kitab seterusnya.

Dalam melayari kehidupan di bumi Allah sebelum kembali balik kekampong asal kita(kerahmatullah). Ada dua pesanan dan dua amanat dari saya kepada semua. Hendaknya janngan dilupa biar sesaat dan hendaklah dibuat azimat serta harta kepada anak cucu kita.

SEBAB APA KITA DIHIDUPKAN (DICIPTAKAN)

Sebabnya kita dicipta atau dihidupkan ini, tujuannya tidak lain dan tidak bukan

1)”BAGI MENYATAKAN  YANG ALLAH ITU NYATA”.

Raja mencipta kita (hamba rakyat), bukan suruh kita jadi hambaNya. Tetapi bertujuan supaya rakyat mengaku yang Dia itu Raja!. Jika Raja tidak ada rakyat, siapalah nak mengata atau nak mengaku yang Dia itu Raja?.

Di jadikan rakyat, semata-mata bertujuan untuk menyatakan yanng dirinya Raja!. Jadi mengaklah bahawasanya hidup kita ini hanya bertujuan untuk kit mengaku atau untuk menyatakan yang segala–galanya itu, adalah raja yang punya. Diri kita inipun tidak ada, yang ada hanya Raja……………………Itulah yang dimaksudkan berdirinya Allah itu, dengan sendir!. Tanpa adanya sesuatu selain Allah…………..

2)”JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI”

Hidup ini jangan sampai terlihat adanya diri dan jangan sampai terpandang adanya sifat keakuan. Istilah aku atau  istilah diri itu, sebanrnya tidak ada. Hanya yang ada itu, adalah sifat bagi Allah. Sifat bagi kita itu, tidak ada!.

Saya berhenti disini dulu buat seketika, sampai ketemu lagi di lain kesempatan.Bermula dari jam 7 pagi,  sampai kesaat ini, sudah mencecah jam 11.20 pagi, sebenar-benarnya  saya belum bangun sarapan dan belum berganjak dari kerusi. Hampir 4 jam setengah saya duduk atas kerusi menjawab soalan dari pengunjung blog.

Teringat saya semasa dipusat pengajian tinggi dahulu. Menjawab hanya 4 soalan, masanya juga 4 jam. Masuk dewan peperiksaan jam 8 pagi sampai 12 tengah hari. Namun saya bahagia menjawab soalan hari ini kean asemuanya dari pelajar pintar.

Semoga tuan-tuan beserta keluarga, beroleh keberkatan dari Allah swt, amin drp hj shaari

20 Replies to “Dari jam 6.45 sampai jam 11.25 pagi (25hb April)”

  1. salam,

    Tn Haji.. Sebelum ini saya pernah membaca kitab -kitab lain berkenaan ilmu makirfat ini, tetapi saya tidak dapat memahaminya. Apabila saya membaca kitab mengenal diri Tok Kenali dan mendengar dvd ceramah Tn Haji, saya dapat memahaminya sedikit demi sedikit. barulah saya sedar kini bahawa diri ini tidak ada. yang ada hanya Allah sahaja.
    semuanya milik Allah.

    Like

  2. Salam.benar apa yg tn hj katakan itu…jika kita fikir hidup di dunia utk menjadi hamba pasti hidup dlm keadaan terdesak dan takut amalan yg di bwa sdikit atau tkt neraka bukan kerana kesedaran makrifat diri sprt yg pernah sy alami perjalanan alam makrifat hidup ini lebih bererti sehingga tidak ada dinding melihat Dia…sy ni miskin harta tpi Allah yang mengisi kekosongan ini ssesungghnya sy merasa sy sudah mati dan hidup selama lamaNya.

    Like

  3. Salam Tuan Guru yang dikasihi sesungguh makhluk dijadikan untuk menyatakan allah . Apabila diri telah mati yang ada hanya allah semata2. Yang melihat allah , yang memberi faham allah dan segala- galanya allah . apabila kita sudah berkeadaan mati apa yang dapat dibuat oleh kita .

    Like

    1. Yang berbuat itu dia, yang melihat itu dia, yang nyata itu dia, yang berkata itu dia yang, yang, yang ,,,,,,,,,,,,,,,,, itu Dia. Kita tidak berbuat apa-apa!. kan kita sudah mati. mana mungkin orang mati boleh lagi berbuat!. drp hj shaari

      Like

  4. Salam makrifat? sy pun amat brsyukur kehadrat ilahi diatas hidayahnya krna diberi faham atas ilmu mngenal diri…sblum ini sy sedikit tdk tau siapakh diri dn siapa Allah…setlah menghayati ilmu tok kenali ini baru lh sy faham…ini lh sebenar2 ilmu mntauhidkn dn mengesakn Allah pd jln binasa diri..tiada lg Aku dn tiada lg hamba..siapa Aku mana Aku- Aku dri roh yg satu…Aku tiada-yg ada hanya Allah…brgerak ku melihat ku semuanya bkn Aku tetapi Allah Allah Allah…..Ketetapan itu mendahului Kehendak!

    Like

  5. Semoga Tuan Guru Hj Shaari dan keluarga mendapat keberkatan dr Alloh SWT, sy menunggu. Curahan ilmu dr Tuan Guru, terima kasih

    Like

  6. Salam Sesungguh Tuan Haji Membawa kita untuk mengenal allah dengan nyata dan terang . lihat saja alam ini terlihat allah . Ucapan Terimakasih kepada tuan Guru Kita yang telah berpenat lelah serta berjuang bermati untuk mengakkan ihsan kepada kita yang faqir ini

    Like

    1. Terima kasih kerana mendoakan sy. jarang orang mengucap terima kasih untuk saya. Untuk itu, sy juga mengucapkan terima kasih kpd tuan krn tahu mengenang jasa yang tidak seberapa!. amin drp hj shaari

      Like

  7. saya ada satu persoalan…
    adakah tok kenali dalam keadaan fana setiap masa? ini kerana saya ada terbaca di dalam satu blog yang menyatakan tok kenali berkeadaan mcm tu.. dan segala percakapannya ketika beliau dalam keadaan fana, dirinya juga tidak terurus…
    harap dapat penerangan dari hj syaari…

    Like

    1. Bukan shj t.kenali berada dlm keadaan fana (binasa). Sesunguhnya kita semuapun berkeadaan fana (binasa)!, cuma kita shj yang tidak sedar. Biarpun kita kata kita dalam berkeadaan jaga, sesungguhnya kita dalam berkeadaan binasa!.

      Yanng bersifat ada itu hanya bagi Allah. bilamana Allah bersifat ada, kita sebagai makhluk tentunya bersifat tidak ada (binasa).drp hj shaari

      Like

  8. alhamdulillah…, semoga tuan haji selalu diberikan kesehatan yang baik, hingga kami semuanya dapat dibukakan mata hati… dan akhirnya mengenal siapa diri ini sesungguhnya serta mengenal Allah dengan sebenar-benarnya… tanpa ada rasa was – was dan keraguan sekalipun. Allah hu akbar… ,apalagi dengan membaca kitab makrifat tok kenali ( 1 & 2 ) beserta rekaman ceramah (dvd ) yg menambah lagi kefahaman bagi kita semua…

    Like

  9. Assalamualaikum tuan haji..bila mengamalkan ilmu makrifat nie..adakah benar kita sampai kasyaf untuk melihat benda ghaib sehingga ke alam jin & malaikat?

    Like

Leave a reply to din Cancel reply