Zikir Yang Tiada Huruf dan Tiada Suara !……..

Submitted on 2013/01/05 at 5:01 pm | In reply to fairiel.

Tuan, apakah tuan suka kiranya saya naik berceramah didepan membar masjid dengan berpakaian seluar jin?.
Tentu tidak bukan!. Begitulah ertinya, nama itu sekadar perhiasan dunia!. Nama didepan nama saya itu, sekadar perhiasan demi menjaga fatonah!. Pada Allahlah haji yang sebenar haji, bkn pada pangkal nama saya.

Allah bkn pandang pada nama atau rupa paras.Dan sebenar rumah Allah itu, bkn shj dimekah. Sebenar-benar rumah Allah itu, adalah “QALBU MUKMIN BAITULLAH”. (Qalbu mukmin itu, rumah Allah). Barang siapa yang naik ke baitullah (rumah Aku), maka hajilah ia, Persoalannya disini, rumah yang mana?.

Apakah rumah Allah itu diperbuat dengan batu, kayu, simen?, CUBA JAWAB?………………….
Apakah rumah Allah itu, pernah terbakar, pernah roboh, pernah dilanda banjir dan batu hajartul aswad itu pernah bertahun-tahun dicuri!…………………….Tidak tahukah Allah menjaga rumahnya?. cuba jawab?……………………………………….

Abu Bakar pernah berkata, “tidak aku laklukan pekerjaan dibatu hajaratul aswad itu,, melainkan krn aku melihat baginda Rasul Nabi Junjungan kita Lakukan.

Itu makanya mengaji ilmu makrifat itu, kena ada pakaian fatonah yang hendak dijaga. Supaya kelihatan tertib dan tumaninah!. Begitu juga nama sebelum nama saya. harap faham.

Ilmu makrifat itu, halus fatonahnya. Tidak boleh nak dedahkan semua nanti timbul fitnah. Orang feqah sekarang sedang menunggu dan menanti masa tersalah fakta sikit je, habislah…………………akan dituduh sesat, ajaran Syek Siti Jenar, Al-Halaj, ilmu wahdatul wujud, ilmu hulul dan sebagainya, Baru sy buka sikit je, dah ada orang fitnah saya begitu!.

Berkenaan zikir yang tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, sementara ini, sy bagi sedikit dulu. Mula-mula saya mahu tuan, tutup bibir mulut zahir dgn salatep. (seolah-olah, kita tidak lagi punya mulut). Kiranya kita tidak ada mulut, bagaimana nak berzikir?.

Itu baru mulut, bagaimana kiranya kita tenggelamkan semua diri kita didalam dasar lautan!. Sudah tentu bukan lagi setakat bibir mulut, malahan segala sifat kita turut terkaram. Setelah segalanya terkaram, itulah sebenar-benar zikir yang tiada huruif dan tiada suara. Nak berzikir yang tiada huruf dan tiada suara, kenalah karamkan dulu diri tuan kedalam lautan fana’ dan baqa!. Baru ianya tidak lagi ada huruf dan tidak ada suara.

Campakkan garam kedalam lautan, maka jadilah semuanya masin, masin, masin……………………barulah dikatakan tiada huruf dan tiada suara, Selagi ada istilah “aku” maka ianya akan tetap ada suara dan ada huruf!

Harap kata yang sedikit itu, mendapat faham!. Kepada orang yang berpengajian fekah, jgn menuduh saya buat haji lain dari hj biasa pula dan jangan pula tuduh saya ada kiblat lain, selain kiblat Kaabad diMekah Mukaramah. Jgn pula tuduh ada kaabah lain pula! Orang2 feqah ini, bukan boleh dengar perkara pelik sikit, mulalah komen yang bukan-bukan. Saya berpesan kepada orang Feqah, sudah-sudahlah buat tuduhan liar dan tuduhan yang tuan sendiri tidak tahu!.

Kepada faierel, pakailah apapun nama, Allah tidak pandang pada nama,Allah pandang kepada Dalam rumahNya, tempay menilik Allah, iaitu Qalbu mukmin Baitullah! t. kasih drp hj shaari

45 Replies to “Zikir Yang Tiada Huruf dan Tiada Suara !……..”

    1. Zikir itu ertinya ingat. Bukan shj pernafasan, air liur, air peluh, darah, jantung, limpa, mata ,telinga, semuanya berzikir, bkn nafas shj yg berzikir. Nafas itu, sebagai bahasa yang lazim digunakan.

      Diguna oleh para ulamak, bagi mengambarkan nyawa, nafas atau roh.Tetapi kalau kita mengaji tinggi sikit, sebenar-benar yang berzikir itu, adalah meliputi semua anggota. Namun pada peringkat awal ini, sekurang-kuranngnya, kita ingat kpd zikir nafas yang turun naik dahulu, bilamana pelajaran ilmu makrifatnya sudah cukup tinggi, tak perlu lagi pakai zikir nafas! t, kasih drp hj shaarit.kasih dr hj shaari

      Like

  1. terima kasih atas penjelasannya tuan guru..tapi saya belum bisa mem fana kan diri saya di dalam baka,,yang tuan guru maksud tadi ber Haji ke baitul mukminin,,tolong di ajarkan caranya memfanakan diri yang sebenarnya,,karna saya belum punya bekal menuju ke sana (.)

    Like

  2. salam ustaz, mllui huraian diatas maksud zikir tnpa huruf dan suara itu adkh sama sperti zikir sir (hati)..? ataupun zikir yg mana kite mlihat kejadian alam dan kite ingat pd Allah? ataupun dinamakn zikir tanpa huruf dan suara itu dgn iktikad di hati mmbuang sgala kekuatan , kehebatan diri dan iktikad bahawa kita tiada apa2 hanya Allah yg berkuasa ats sgala sesuatu… , tiada setiap gerak zarah melainkn dgn izin Allah” ?

    Like

  3. assalamualaikum….
    terimakasih atas ilmu yang cikgu berikan….dengan adanya blog makrifat ini saya bisa menambah wawasan saya…yang masih dangkal ilmu dan jahil ini….
    laa hurufin wala shautin,,,,
    wassalamualaikum.wr.wb

    Like

  4. memang betol yg di katekan tuan haji..zikir yg sesungguhnya itu zikir yg tdak tersentuh lisan Dan tulisan..hanya sedikit manusia yg di beri Allah rahasianya..

    Like

      1. Asalamualikum…Tuan guru yang saya kasihi .semoga kita dirahmati Allah..!!!saya hamba yang jahil ingin bertanya megenai Surah Al-‘Alaq ayat yang pertama 1 Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),2.Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;3.Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
        soalan ..Apakah nama tuhan yang Nabi baca..? Bagimana cara membaca adakah nabi membaca semuala ayat diatas sedang nabi tidak tahu membaca sehingga jibrail mengajar nabi..? Bagaimana kita hendak membaca adakah ia termasuk dalam zikir tiada huruf dan tidak bersuara.? Bagaimana cara jalan kita untuk membaca ..?

        Like

      2. tuan kenal kenal mana yang dikatakan quraan (kata-kata Allah)!. Yg kita lihat itu, kertas dan dakwat dan yang kita sebut itu suara. mana kata-kata Allah (quraan)

        Like

  5. sedangkan wali Allah kalau tdak tau 9 arasy dalam kalimah syahadat..belom mendapat derajat wali Allah..bukankah begitu tuan haji…maaf saye yg mude terlalu lancang..subhanallah

    Like

  6. assalamu alaikum tuan haji…smoge Allah mecurahkan rahmat pd tuan haji yg berjuang meluruskan aqidah islam..memang semakin dekat kite kpd Allah smakin kuat cubaan….

    Like

    1. Turunpun Allah dan naikpun Allah. Tidak ada apa yg lebih pada nafas yang turun naik. Kiasan nafas adalah terletak pada roh, Roh ertinya hidup, hidup ertinya hayat dan hayat itu ertinya Allah. Jgn duduk pada nafas yg turun naik, itu satu kiasan org terdahulu bg menyatakan roh. drp hj shaari

      Liked by 1 person

      1. Maaf sya bertanya….naik turun jika Allah yg naik dan juga Allah yg turun mana diri kita sebenar. yakni Allah yg buat kerja? Nuzul Quran maksudnya turun AL Quran?…jika sudah turun bagaimana kerjanya utk kita naikan ia semula..? Sekian..

        Like

  7. Zikir yang tiada huruf dan tiada suara itu adalah rasa di dalam rasa, hilang semua rasa yang tinggal hanya DIA, jika yang tinggal hanya DIA, zikir apa lagi yang nak dialunkan? Sukar nak menyatakan rasa kopi kepada yang belum merasa nikmat air kopi…maafkan hamba yang bodoh ini.

    Like

  8. Sya setuju dgn kaji selepas mengaji tuan…namun sya berminat utk menambah pengkajian sya..Tanpa huruf iaitu tidak d pandang dgn mata kepala ia meninggalkan bekas maka pandanglah dgn matahati kerana kerana ia “TIADA UMPAMA BARANG SESUATU” Alif Lam Lam Ha’ itu namanya…setiap yg bernama ade diriNya…Suara itu..’Tutup mata kepala buka matahati’ Jika tuan tutup pintu tuan maka terbuka pintu SAYA’ Jika tuan buka pintu tuan maka tertutup pintu SAYA….

    Like

  9. salam tn haji, saya baru mendengar perkara yang sama hari ini dari seorang sahabat yg baru saya kenali, zikir yang tiada huruf dan tiada suara berkaitan dengan kedudukan ‘aku’ dalam diri seorang manusia…boleh tuan terangkan apa atau siapa ‘aku’ yang dimaksudkan dalam perkara ini…?

    Like

  10. Salam tuan guru. zikir itu berkaitan dengan titik BA. kalau begitu bagaimana cara menggunakan ilmu itu . agar dia menghidupkan ilmu lain. mohon petunjuknya ?

    Like

  11. Ass,ayahanda yg tercinta,,sya ingin bertanya,
    Ada nama pasti ada orang,,hukum aqli pasti semua setuju,,tolong fahamkan anakda,,siapa orangnyaaa..
    Wasalam,
    Aly balikpapan

    Like

Leave a comment