Manakah Yang Sebanar-Benar “benar”?

Didalam benar, ada lagi benar, manakah yang Sebenar-benar benar!

Di dalam benar, masih ada lagi yang lebih benar!. Kita kata kita benar, sedangkan masih ada lagi yang terlebih benar!.  Dalam persoalan ini, siapakah yang boleh menentukan mana satu yang betul-betul benar?.

Firman : Ar-Ra’d : 19

Adakah orang yang megetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar, sama dengan orang yang buta?. Hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat megambil pelajaran”.

Orang Cina mengatakan  yang agamamereka benar. Orangn India mengaku yang agama mereka benar. Orang Putih mengaku yang agama meraka benar. Islam, Kristien, Budha dan lain-lain agama, mengaku yang agama mereka benar?. Mana satukah agama yang sebenar-benar.

Orang Islam bermegah dengan Firman Allah yang mengatakan bahawa “Agama Islamlah agama yang diteriam Allah”. Manakala orang Kristien, Budha dan lain-lain  juga bermegah dengan kitab masing-masing (Injilnya, Zaburnya, Tauratnya dan Quraannya!.

Orang Islam bermegah yang agama kitalah agama yang diterima Allah, tetapi apa yang ternyata di bumi Allah sekarang, bangsa dan agama siapakah yang bergaduh sesama sendiri?, agama siapakah yang berperang sesama sendiri dan agama siapakah yang menghukum kafir kepada sesama Islam?. Cuba jawab, cuba jawab dan cuba jawab?……………………………….

Mana satukah yang benar diantara yang benar?. Siapakah diantara kita yang berani mengaku benar?. Sekiranya orang yang berani mengaku yang dirinya benar, merekalah diantara yang paling sesat!.

Orang yang boleh mengaku dirinya benar itu, adalah diri mereka yang berakal!. Bagaimana untuk menentukan dirinya orang yang berakal?. Untuk menentukan yang dirinya adalah tergolongan dari golongan yang berakal itu, adalah dengan cara berilmu mati sebelum mati (tauhid).

Orang yang berakal itu, adalah orang yang menyerah dan meyandarkan akalnya kepada Allah. Tidak lagi menggunakan akal sendiri, malahan menggunakan akalan Allah (ikhtiar dan usaha dari Allah!). Orang yag betul-betul benar itu, adalah orang yang tidak lagi bersandar kepada akal, malahan mereka bersandar terus kepada Allah!. Akal adalah makhluk yang lemah. Pantas dan patutkah kita bersandar kepada makhluk yang lemah?. Kenapa tidak kita bersandar terus kepada Allah Yang Maha Berkuasa?.

Kekuatan bersandar itu, bukan letakkanya pada akal,ikhtiar atau usaha!. Kekuatan itu adalah milik Allah.

Firman : Al-Munafiqun : 8

“Padahal kekuatan itu, hanyalah milik Allah…………….

Jika Allah itu kuat, bermakna makhluk akal, usaha atau ikhtiar itu, adalah makhluk yang lemah. Marilah kita bersandar terus kepada Allah. Untuk menentukan siapakah yang benar-benar benar itu, mari kita sandarkan kepada Allah.

Untuk bersandar terus kepada Allah bagi menentukan yang benar-benar atau yang betul-betul benar itu, jangan lagi hendaknya kita menggunakan atau mengadakan diri. Jika kita masih ada diri, bermakna kita masih menggunakan akal bagi menentukan yang mana baik, yang mana benar dan yang mana buruk!.

Bilamana kita sandarkan kepada Allah setelah mati akal, mati usaha, mati ikhtiar dan matikan diri sebelum mati, segala-galanya cantik belaka dan benar belaka!…………………….Ciptaan Allah itu, tidak ada yang hodoh, yang jelek, yang keji atau buruk!. Semua ciptaan Allah itu, moleh dan benar belaka!.

Golongan inlah golongan yang betu-betul benar!…………………………..Saya mahu tuan-tuan tanya diri tuan-tuan sendiri, apakah kita sudah mengenal ilmu “mati sebelum mati”?. Jika kita tidak mengenal “Al- Mutu Kablaan Tamautu” (mati sebelum mati), disitulah kita akan mengeji dan mencela kejadian Allah!.

Cuba tuan-tuan tanya orang Cina, India atau orang putih, apakah mereka mahu dilahirkan kafir?. Kemudian saya mahu tuan-tuan tanya diri sendiri, apakah pilihan tuan-tuan sendiri, dilahirkan dalam Islam?.  Cuba jawab?……………….apakah Islamnya tuan-tuan itu, dilahirkan atas pilihan sendiri?. Cuba jawab?……………….

Untuk itu, hidup atas muka bumi Allah ini, jangan keji orang, jangan cela orang dan jangan asyik mempersalahkan orang!. Orang yang mengenal diri (mati sebelum mati), mereka tidak keji orang, tidak tuduh orang itu kafir atau orang ini kafir, tidak berperang, bunuh membunuh sesama sendiri, mahupun berperang atau bergaduh dengan bangsa atau agama-agama lain.

Lihatlah dan lihatlah agama manakah didunia ini yang berperang sesama sendiri, yang bom sesama sendiri, yang tuduh kafir kepada sesama Islam?. Cuba perhatikan, apakah itu agama yang benar?. Agama orang yang betul-betul benar itu, adalah orang-orang yangn mengenal diri (mati sebelum mati) iaitu.  Orang yang betul-betul benar dan orang benar-benar betul itu, adalah Islam yang tidak tuduh orang itu kafir dan tidak tuduh orang ini kafir!. Tidak berperang sana dan berperang sini. Tidak bom sana, bom sini, sesama sendiri dan sesama makhluk ciptaan Allah!.

Orang kafirpun ciptaan Allah, orang Islampun ciptaan Allah!. Agama yang benar itu, adalah agama yang bertuhankan kepada Allah, setelah mereka berserah diri kepada Allah!. Bagi mereka yang berserah diri kepada Allah itu, adalah mereka-mereka yang tidak lagi ada daya usaha sendiri, ikhtir sendiri, fikiran sendiri, kekuatan, pilihan, kemahuan, kehendak, cita rasa sendiri dan segala-galanya baginya sudah tidak ada yang sendiri!. Apabila diri kita tidak ada, sudah terserah dan sudah berserah kepada Allah, mana lagi adanya diri. Setelah ketiadaan diri, mana mungkin boleh lagi bergaduh!. Mana lagi mungkin boleh mengata orang itu kafir atau orang ini kafir, keran diri kita sudah tidak ada!,……………..

Berbalik kepada ayat mula-mula diatas, iaitu

Surah, Ar-Ra’d : 19

Adakah orang yang megetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar, sama dengan orang yang buta?. Hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat megambil pelajaran”.

“hanya orang yang berakal sahaja yang dapat megambil pelajaran atau iktibar”.

Bilamana berakal. Akal orang makrifat itu, telah dikembalikan kepada Allah. Yang tinggal itu, adalah akal milik Allah!. Setelah milik Allah, barulah dikatakan kita itu berakal!……………..

Orang benar-benar berakal itu, adalah orang yang tidak lagi menggunakan akal. Iaitu orang yag tidak lagi bersandar kepada akal!. Cuba jawab, dari mana datangnya akal, dari mana datangnya usaha dan dari mana datangnya ikhtiar?. Tidakkah semuanya itu dari Allah!. Sekiranya dari Allah, manakah yang dikatakan akal kita?, usaha kita atau ikhtiar kita. Yang kita usahakan itu dan yang kita kerjakan itu, semuanya adalah dari rencana atau karangan yang sudah Allah tetapkan sedari dulu!. Apakah yang tuan-tuan usahakan itu, adalah pekerjaan “baru”, yang tidak diketahui Allah sebelumnya?. Cuba jawab?……………………….

Ramai yang mengatakan bahawa kita ini ada akal, ada usaha, ada ikhtiar dan ada pilihan, untuk menentukan baik buruk!.. Cuba jawab pertanyaan saya, Sebelum kita berfikir, siapakah yang memberi fikiran kepada kita sebelum kita berfikir?. Sebelum kita berusaha, siapakah yang memberi usaha dan sebelum kita berikhtiar, siapah yang memberi ikhtiar, sebelum kita ikhtiar atau berusaha?. Cuba jawab?……………..

Jika kita ada pilihan sendiri, buat apa gunanya Allah dan buat apa lagi bertuhankan Allah. Bertuhan dan berAllahlah kepada diri sendiri!.

Nanti kita sambung, sy nak ke k.lumpur untuk proses jual beli ven buruk!

68 Replies to “Manakah Yang Sebanar-Benar “benar”?”

  1. Ada peribahasa jepun KEBENARAN ITU MACAM PIJATPIJAT YANG KITA BAWA TIDUR BERSAMA KITA PICIT DIA UNTUK KESENANGAN KITA / SESUNGGUHNYA ILMU MENGENAL ITU . MENYATAKAN SEGALA KEBENARAN TUAN PUNYA KEBENARAN

    Like

  2. Assallamualaikom wbt. Tuan guru dan sahabat sekalian, Sesungguhnya segala alam, terutamanya pembaca blog ini sentiasa di rahmati Allah tanpa leka walau pun sesaat.

    Tuan yang dikasihi, Segala komen yang saya lontarkan didalam blog ini telah di godam olih makhluknya dengan izin Allah. Alhamdulillah. Saya tahu siapa/makhluk yang menggodam itu. Saya juga amat faham semuanya ini sudah dengan kehendak Allah. Ini termasok juga pengistiharan tempat, masa untuk tuan mengadakan ceramah. Terima kasih, semuga Allah lebih memberkatinya.

    Nampaknya maksud tuan untuk memberhentikan ceramah umum sudah pun tertulis sejak azali, sejak loh hul mahfuz kerna semalam baru tuan berura-ura untuk berbuat demikian, kini telah pun di beri petunjukNya. Jelaslah, dan tak perlu lagi kita bersusah payah membakar diri lagi kerana bakaran yang di lakukan itu hanya syok sendiri sahaja. Terima kasih tuan. Apa pun berlaku saya tetap teguh bersama tuan. Amin.

    Dari saya yang bukannya saya.

    Like

  3. Alhamdulillah, Komen itu telah di kembalikan. Semoga Allah akan lebih menjernihkan fikirannya. Amin.

    Sesungguhnya ilmu makrifat ini adalah ilmu yang global dan tidak mudah memandang salah pada pegangan ugama bangsa lain. Kerana disitulah adilnya Allah. Dasarnya sama sahaja. Dalam 73 kaul yang di terima itu ‘satu’. Satu itu membawa maksud yang mengenal Allah, yang mengenal Tuhannya. Tidak kiralah tuhan itu apa pun “nama”nya. Tuhan itu bukan terletak pada “nama”, tetapi pada Empunyanya nama.

    Ugama yang benar itu adalah ugama yang mentauhidkan tuhan, yang mengesakan tuhan. Tuhan itu diesakan dengan tuhan bukan dengan pemuja tuhan. Selagi ada makhluk selagi itulah tidak ada tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang ada. Tak kiralah apa pun nama agamanya, apa pun bangsanya. Asal dia tahu/faham/kenal yang sebenar kenal dengan tuhannya, itulah yang di terima.

    Kesalahan pemuja tuhan itu adalah kerana telah dihijabkan “adanya diri”. Diri itulah penghalang yang besar yang menghalang berjumpanya dengan Allah. Binasakan diri 100% baru Allah akan di temui dengan nyata dan terang sekali. Amin.

    Dari saya yang bukannya saya. Terima kasih Tuan guru ku.

    Like

  4. salam utk semua dari ALLAH kpd ALLAH…sungguh terang dan nyata ulasan dari saudara ishakahmad…..terima kasih utk tuan guru hj shaari krn menyamapaikan kebenaran ilmu ALLAH ini semoga dirahmati ALLAH di dunia sampai akhirat…..di sini sy ada satu persoalan yg ingin diajukan kpd tuan guru hj shaari dan kpd pembaca blog ini minta tlg perjelaskan soalan yg akan sy ajukan ini…soalannya begini setiap makhluk ciptaan ALLAH TAALA WAJIB tunduk dan patuh pada ALLAH TAALA dlm erti kata lain(SEMBAH PADA ALLAH SETIAP MASA),setiap makhluk ada cara masing2 utk tunduk dan patuh(sembah)pd ALLAH TAALA….bg kita makluk yg bernama manusia ini bagaimanakah cara yg sebenar-benarnya untuk tunduk dan patuh(sembah)kpd ALLAH TAALA pada setiap masa …..ADAKAH DI MASA SOLAT 5 WAKTU SAHAJA MANUSIA TUNDUK PATUH(SEMBAH)ALLAH TAALA,BAGAIMANA PULA PD WAKTU YG LAIN CONTOHNYA DI MASA KITA TIDUR DAN SEMASA MELAKUKAN RUTIN HARIAN…BAGAIMANAKAH CARANYA UTK SENTIASA TUNDUK DAN PATUH(SEMBAH)PADA ALLAH TAALA????sy harap tuan guru hj saari dan para pembaca blog ini sudi menjawab pertanyaan sy ini kerana sy seorang yg daif dan tdk berilmu,sekian terima kasih dari ALLAH kpd ALLAH….

    Like

    1. Tuan, Selagi kelihatan, terlihta dan tertilik huruf, selagi itulah titik tidak kelihatan!. Untuk melihat titik, leburkan huruf, setelah huruf terlebur, karam, tengelam dan binasa didalam titik, itulah sebenar-benar patuh!.

      Selagi aku bernama aku, selagi itulah kita tidak akan sampai kepada tahap patuh kepada Allah. Setelah diri tidak lagi bernama diri, disitulah yang dikatakan erti patuh!.

      Lihat kepada mayat atau jenazah orang mati!. Bilamana kita tendang, kita pukul, kita tumbuk, kita bakar, kita curah air asid, kita pijak atau kita tetak (kerat 40) dengan parang sehingga putus 40 kerat sekalipun, apakah dia mengeluh dan apakah dia menolak?.

      Setelah kita tidak lagi mengeluh dan tidak menolak, itulah tandanya mati. Mati itulah jalan yang patuh!.

      Satu-satunya jalan untuk patuh kepada Allah itu, adalah AL MUTU KABLAAN TAMAUTU” (MATIKAN DIRI MU SEBELUM MATI). Bilamana diri sudah mati, itulah baru datangnya patuh!.drp hj shaari

      Like

  5. Terima kasih Tuan Hamba Daif kerana memahami maksud yang di dambarkan itu.

    Soalan tuan ingin saya ulaskan, maaflah kalau tersasar. Setelah makhluk sudah TIDAK ADA, siapakah lagi yang ADA?. Adakah yang TIDAK ADA itu sekejab ada dan sekejab tidak ada?.

    Begitu juga di kala solat 5 waktu, adakah Hamba yang bersolat? Siapa sebelum solat? siapa ditengah solat? dan siapa sesudah solat?. Jika masih ada diri, itu bukan beribadat tetapi berriadah sambil syirik kepada Allah. Begitu juga jika melakukan kerja atau pun apa-apa saja, adakah masih kita. Kan kah kita itu sudah mati, mana mungkin orang yang mati itu bolih hidup kembali. Mati itu hanya sekali sahaja. Bila diri sudah mati, yang hidup itu, yang tidor itu, yang solat itu, siapa? Pasti sudah Tuan Faham kan.

    Mereka yang mati sebelum mati inilah yang di kata patuh, taat, sujud kepada Allah, kerana yang melakukan itu adalah Allah dengan Allah yang baqa dan kekal selama lamanya. Tuan yang bertanya lebih faham dari yang menjawab. Apa pun tahniah kerana maksud tuan untuk memberi faham kepada sahabat2 yang lain dalam melayari blog ini. Segalanya kepada Allahlah di serahkan. Amin.

    Dari saya yang bukannya saya. Terima kasih.

    Like

    1. Terima kasih kerana menggunakan bahasa makrifat yang indah. Tanda kefahaman yang mendalam. Teruskan menulis, asal jangan lari dari Al-Quraan dan Sunnah dan janngan ada yang mendatangkan fitnah!. Kefahaman tuan dalam makrifat, sudah mantap dan dalam. Cari dan gali lagi ilmu dalam diri mu!amin drp hj shaari

      Like

  6. askum tn guru yg dimuliakan ALLAH n saudara yg di kasihi Allah..

    benar kata en. ishakahmad, sy ingin menambahkan sdikit, diri kita sebenarnya letak di mana?? jasad ini adalah x lain hanya sebuah bekas shj.. diri kita itu adalah roh, bila ‘mutu kablaan tamautu’ sdh tercapai bererti kita telah berjaya pulang ke rahmatullah, maka tinggallah bekas mnjadi kosong, bekas yg kosong menerima pancaran sinar ilahi maka kelihatan spt bekas tadi patuh n taat kpd Allah tidak kira sewktu beribadat maupun di luar ibadat wal hal hakikatnya zat,sifat,asma n afaalNYA tidak berputus antara 1 sama lain..
    org sufi selalu mengibaratkn hidup ini spt telur, kita lahir ke dunia masih dlm telur n seharusnya kita mengelurkan diri kita dr telur dan ke luar di dunia ini menjadi ayam.. oleh itu, beza nya manusia adalah dari aspek kesedaran..
    wallahua’lam..

    Like

  7. en ishakahmad n saudara yg dikasihi Allah,

    en ishakahmad ada megatakan spt berikut :

    1) ‘Tidak kiralah tuhan itu apa pun “nama”nya. Tuhan itu bukan terletak pada “nama”, tetapi pada Empunyanya nama.’
    2)’Tak kiralah apa pun nama agamanya, apa pun bangsanya. Asal dia tahu/faham/kenal yang sebenar kenal dengan tuhannya, itulah yang di terima.’

    kenyataan en ishakahmad spt di atas dibimbangi akan disalahertikan olh saudara kita yg lain, namun sy tahu maksud en ishakahmad buknlah begitu,

    ahli kitab dahulu spt zabur n taurat juga menyembah Allah namun setelh kedtgn nabi muhammad saw ramai dikalangan mrk tdk membenarkn apa yg dibwa oleh baginda saw atas dasar keturunan baginda bukan dari golongn yahudi yg mana golongan ini menganggap mereka bangsa yg mulia.. Allah juga berfirman bahawa agama yg diredhaiNya adalah agama Islam..

    oleh yg demikian, hanya yg beragama islam yg mengenal Allah lah yg sebenar2nya di jln yg benar..

    mohon maaf dr saudara ishakahmad, dari ALLAH untuk ALLAH kpd ALLAH hanya ALLAH..

    wallahua’lam..

    Like

    1. Hanya agama Islam (selamat)sahaja yang diterima Allah Dan hanya bangsa Islam (selamat) sahaja “agama Allah”. Jadi marilah kita cari Islam jangan cari agama-agama lain!.

      Lebih fatonahnya mari kita katakan bahawa agama yang diterima Allah itu, adalah agama “SELAMAT” atau agama “SALIM”. Salim atau selamat itulah ertinya ISLAM. Jika orang yang bernama dengan nama Islam sekalipun, kiranya hidup mereka tidak selamat, seumpama merompak, mencuri, merogol, membunuh, apakah itu agama SALIM atau agama SELAMAT?.

      Hanya agama Islam sahaja agama yang SALIM dan SELAMAT. Berkatalah mengikut Al-Quraan dan Sunnah!.Barulah terhindar dari fitnah!. Untuk itu, marilah sama-sama berpeganglah kpd hanya agama Islam! drp hj shaari

      Like

  8. apa tn guru akan berhenti dr memberikan ceramah umum spt yg dikatakn oleh saudara ishakahmad?? tidak mengapalah jika itu sdh kehendak ALLAH.. org makrifat ni tenang jiwanya krn apa jua yg terjadi dibiarkan mengikut ketentuan yg sdh ada di loh mahfuz, apapun yg dihadapi x perlu sabar,redha,pasrah atau marah dan sebagainya.. apa lagi yg nak di sabarkan atau diredhakan sedng diri sudah mati atau diri sdh tiada.. kalau diri sudah tiada yg menghadapi siapa,yg terjadi tu dari siapa?? pendek kata yg menguji dan diuji adalah yg sama.. apapun sy sentiasa berdoa semoga tn guru still menjalankan dakwah tidak kira apa jua caranya, ALLAH itu maha bijak n maha sempurna, Dia tahu apa yg Dia mahu lakukan n sudah tentu apa yg akan dilakukan Nya adalh yg maha ‘the best’ hehe..
    Allah berfirman dlm surah muhammad,’ hidup di dunia merupakan suatu senda gurau…..’ jd siapa yg sedng bergurau senda di dunia ni?? fikir2knlah.. hehe..

    Like

    1. Sungguh indah bahasa mu wahai waliAllah. Bahasa mu itu, adalah bahasa makrifat yang limpah dan penuh. Limpahan ilmu makrifat itulah, makanya kata mu itu penuh makna!. IOtulah cara orang makrifat berfikir dan itulah cara orang makrifat berserah!. Sehingga tidak perlu lagi berserah apa-apa!.Tidak perlu lagi nak redha apa-apa lagi!. Tidak lagi perlu kepada apa-apa sabar lagi!.

      Itulah cara penyerahan diri yang mantap lagi benar. Terima kasih drp hj shaari

      Like

  9. Salam, memang benar apa yg diperkatakan Tn. Hj. dgn matikan diri sebelum mati … akan terlihatlah penglihatan khasyaf tentang kejadian di dunia ini…..amin…

    Like

    1. Dalam ramai-ramai pembaca blog saya selama ini, saya dapati ada 3 orang pembaca yang bunyinya agak sumbang!. Yang lain semuanya saya dapati kefahamannya tersangat baik. Termasuklah tuan. terima kasih drp hj shaari

      Like

      1. Yg Bhg Tuan Guru…………tak mengapalah tuan…kita tetap berdoa pd yg bunyinya sumbang itu agar mendapat petunjuk dan redhoNYA…
        Tuan Guru…..lanjutan dari pertanyaan dr Tuan ishakmad akan hal iblis/syaitan mengenali dirinya apakah bermaksud iblis ini juga penghafal/penakaji ayat2 Alquran?kerana saya pernah melihat org kena rasuk dan ada seseorang membaca surah qursi…tp yg kena rasuk tetap mengelupur/histeria…seolah2 tidak terkesan pd iblis itu…mohon penjelasan dr tuan guru…wassallam………

        Like

      2. Tuan Guru…lagi sekali mohon pencerahan…..adakah pada ketika “ALASTUBIRABBIKUM….KOLUBALA”…Allah Taala sudah ada perjanjian/permohonan utk adakan jasad Adam Nur Mohamad bagi dimasukan ROH?apakah ROH itu yg membuat permohonan?sedangkan pada masa itu tiada SYAK akan ke ESAANNYA…..sesudah berjasad kita jadi lupa/lalai/ingkar……..maaf tuan guru dengan soalan saya yang mengarut ini……..wassallam…….

        Like

      3. Tuan Guru yg dirahmati Allah…baik buruk semua telah termaktub di luhulmahfuz…soalan:apakah status atau peranan DOA dari muslimin muslimat memohon dihindari dr segala bencana malapetaka?apakah DOA itu hanya perbuatan yg menjadi sia-sia…mohon pencerahan dr tuan….maaf tuan guru dr saya yg benak ini……..

        Like

      4. Saudara osman1958, saya ada upload video di youtube berkaitan persoalan saudara, video ini adalah diambil semasa Tuan Haji Shaari berceramah di Kulim, Kedah. Saudara cubalah lihat video ini di url:

        Sekian semoga membantu. Salam dan maaf.

        Like

      5. sy mengucapkan berbanyak2 terimakasih atas budi baik tuan memasukka sedutan ceramah sy. Sudah lama sy nak baut begitu, tetapi sy tak pandai. Blh tak ajarkan sy dan masukkan lg!.drp hj shaari

        Like

      6. ini pandangan saya.apabila setiap manusia berada dlm perut ibu kita selama 120 hari.Allah telah memanggil Jibrail mencatit baik dan buruk kita kelak.Tanya Jibrail pada Allah sifulan ni nak mati kafir ka islam.Jawab Allah,”itu urusanku”.Jadi malaikat dan iblis pun tidak mengetahui kita ni akan mati islam atau kafir.DOA yang paling baik semoga kita mati dengan akhir kalam “LAILLAHAILALLAH”.
        kita ni hamba Allah, Allah itu Tuan kita jadi kita boleh berdoa pada Allah semoga dihindari segala malapetaka.insyallah Allah makbulkan.Yang menjadi Allah tak makbulkan mesti bersebab itu kita kena check diri kita mungkin ada kesilapan kita itu yang menjadikan doa kita sia-sia.Iblis yang Allah laknat pun minta kat Allah, Allah makbul ini kat kita hambanya. selalu kita ingat bila Allah uji kita bermakna kita dalam perhatiannya.Bila Allah uji kita baru kita ingat Allah.Para wali selalu berdoa pada Allah semoga mereka diuji kerana mereka takut Allah tak perdulikan mereka.Firma Allah,”jangan kamu sangka kamu telah beriman sebelum kamu diuji”.Bila kita mengeluh atau merungut semasa diuji maka Allah tambahkan lagi ujian itu.Jika kita sebut Alhamdulillah pada satu-satu ujian insyallah Allah akan permudahkan kita keluar dari masalah itu.harap saudara osman 1958 dapat iktibar dari perjelasan ini. dan referlah gan Tuan Guru

        Like

  10. salam tuan…… jika mengikut penerangan tuan bahawa manusia tiada pilihan, bagaimana dengan firman bahawa tidak akan Aku ubah nasib suatu bangsa melainkan mereka sendiri berusaha mengubah nasib mereka. dan juga jika semua kejadian indah belaka, bagaimana kejadian buruk jenayah dan minta maaf sebagai cth saudara perempuan tuan dirogol…. adakah kejadian itu dianggap indah juga kerana semuanya dari Allah….

    Like

    1. Saya ingin bertanya kepada tuan, perkara baik, kita semua katakan yang ianya dari Allah!. Cuba tuan jawab kepada kita semua. apakah ada Allah lain yang buat perkara jahat, buruk atau perbuatan keji?. Apakah ada Allah lain yang mencipta buruk?…………..

      Allah bukan suruh lihat baik atau buruk!. Allah suruh kita lihat kesempurnaan Allah dalam setiap kejadian. Seumpama suatu huruf. Allah bukan suruh lihat huruf yang banyak, Tetapi Allah suruh melihat titik yang didalam huruf!. Titik itu juga yang menulis huruf alif dan titi yang sama juga yang menulis huruf ya………………… Lihatlah titik bukan lihat huruf.

      “Kul Kullun Minindillah” (buruk dan baik itu, adalah dari Allah)!………………..

      Cuba tuan baca dengan teliti perumpamaan mengenal Allah melalui benang sejengkal?…………………..

      Apa-apapun saya mengaku yang saya ini jahil dan bodoh dalam ilmu. Terima kasih kerana memberi saya tunjuk ajar!.drp hj shaari

      Like

      1. terima kasih di atas penjelasan tn hj…..
        baik dan buruk adalah dari Allah…… dan kita di suruh melihat kesempurnaan Allah di dalam setiap kejadian…… adakah memadai dengan melihat dan mengaku sahaja bahawa segalanya dari Allah terutama kejadian buruk tanpa berusaha mengetahui dan memahami tujuan peristiwa itu dijadikan, hikmah disebaliknya dan amal kita seterusnya…… adakah cukup dengan mengenal sahaja…… terima kasih….

        Like

      2. Tuan orang yang memahami hakikat ilmu!. Tapi sayangnya ada orang yang masih tidak mengerti. Bilamana perkara baik, kita katakan yang ianya datang dari Allah, apakah perkara buruk itu, ada Allah lain yang berbuat?.t. Kasih dari hj Shaari

        Like

    2. Allah menyuruh kita berusaha berikhtiar, tp jgn kita bersandar padausaha dan ikhtiar itu,, bersandar lah pd Allah.. sbg cth,, sekiranya sakit berusahalah dgn mencari atau makan ubat, tetapi bknlah ubat itu yg menyembuhkan tetapi Allah lah yang menyembuhkan.. hanya Allah yg Berkuasa atas tiap2 sesuatu….

      Like

  11. Tidak hidup aku,hanya Allah yang hidup, tidak mengetahui aku, hanya Allah saja yang mengetahui, tidak mendengar aku, hanya Allah yg mendengar, tidak melihat aku, hanya Allah yang melihat, tidak berkuasa aku hanya Allah yang berkuasa, tidak berkehendak aku hanya Allah yang berkehendak, tidak berkata kata aku hanya Allah sahaja yang berkata kata. Dialah sebenar benar bagi segala-galanya………maaf tuan saya ternukil.

    Like

  12. Salam tuan, izinkan saya berkongsi cerita perihal seorang pelukis handalan yang melukis di atas kertas.
    Dalam lukisannya pelukis tersebut telah melukis sebuah pemandangan yang cukup sempurna dengan menggunakan pelbagai warna-warni. Ada yang hitam, putih, coklat dan ada juga warna-warna yang kelihatan jelek jika dilihat secara tunggal warna itu sahaja. tetapi bila dilihat kombinasi warna-warna tersebut di atas kertas lukisan tersebut menjadikan ianya sebuah lukisan yang indah. Pelukis tersebut sungguh berbangga apabila melihat hasil seni lukisannya.

    Andainya warna-warna yang kelihatan jelek itu diberi hak untuk memprotes pasti warna-warna tersebut akan melakukannya. Siapakah yang berhak untuk mengatakan warna tersebut jelek sedangkan pelukisnya melihatnya sebagai sebuah keindahan. Buatlah pilihan sama ada kita ingin melihat dari kaca mata pelukis atau sebaliknya.

    Mohon maaf anda cerita saya ni tidak menarik dan membosankan.

    Like

  13. Tuan Guru yg dikasihi…..benarkah pintu tujuh petala langit dan tujuh petala bumi ada pada kita?jika benar ada pintunya tentu ada penyelaknya?dan sudah tentu ada anak kuncinya?jika ini benar sebenar benar….bagaimana cara untuk membukanya…..atau apakah tujuh petala langit dan bumi hanya kiasan sahaja…maaf tuan guru dgn soalan merapu ini……mohon pengilatan biar sampai berkilat….wassallam…….

    Like

  14. askum tn guru n saudara skalian..

    maafkan sy tn guru sy ingin mencela.. tuk pertnyaan yg dilontarkan olh saudara kita azrul jamaludin, Allah SWT berfirman;

    1) ‘sungguh pabila dtg perkara yg baik kamu katakan dr ALLAH, dan pabila dtg perkara yg buruk kamu katakan ianya dtg dr kamu sendiri, maka katakanlah baik dan buruk itu dtgnya dr ALLAH.’
    2) ‘tiada melata suatu apapun dimuka bumi ini melainkn dgn kehendak ALLAH’

    Maka dr ayat di atas, kita fhm sgala2nya adalah ketentuan n ats kehendakNYA jua.. terjadinya baik n buruk itu memperlihatkan bhw Allah itu maha sempurna.. spt seorg pengarah filem kalu semua watak baik xda watak jahat maka x bestlah ceritanya.. lagipun kejadian buruk perlu sbg alat penguji antara makhlukNYA utk tolakkan agar kembali kpd ALLAH..

    soal kelurga perempuan kena rogol tu?? ginilah, jgnkan kena rogol, tgk palestin skg mcmna.. sengsara yg amat sgt kan?? olh itu kalu x sanggup diuji maka mintalah n cepat2lah serah diri tu kpd Allah pasti kita akan dlm perlindunganNYA..

    carilah ilmu yg mendekatkn kita kpd ALLAH, psti kita akan mnjd kekasih Allah, ingt tu ‘para kekasih Allah tiada risau,tiada takut ataupun gusar’ dan ‘sesiapa yg memusuhi para kekasih KU maka mereka telah mengisytiharkan perang kpd Aku’
    ini semua mengandungi rahsia yg tinggi, kalau kuarga ppuan kena rogol tp kita masih rasa sedih,geram atau gusar itu tndanya kita belum sebenar2nya beriman kpd Allah, masih ada yg perlu dicari tu.. namun begitu, kalu terjadi pun para kekasih Allah bukan pulak bergembira, mereka sbnrnya telah memulangkan amanat ALLAH atau tlh mematikan diri sebelum mati, jd adakah org yg mati masih boleh sedih atas kejadian rogol yg mnimpa saudara ppuan, nah fikir2kan..

    berkenaan ‘ tidk akan Aku mengubah nasib suatu bangsa melainkan mrk mengubah nasib mrk sendiri.’ en. azrul yg dirahmati Allah, ayat Al-quran tu amat tinggi maksudnya, syeikh qadir al jailani dpt mentafsirkan 15 tafsiran pd 1 ayat bahkan lbih lagi dr itu. ‘usaha’ yg dilakukan olh stiap manusia berbeza mengikut thp keimanan masing2. org awam merasakn mereka yg berusaha ttp org makrifat merasakn mrk digerakkan Allah tuk berusaha, jasad mrk lagak org awam ttp hakikatnya Allah lah yg mgurus hidup mereka.. ‘lahaula walakuata illabillah..’

    blog yg tn guru buka ni merupakan blog yg membincgkan ttg hakikat makrifat, olh tu sila sucikan hati semoga mndpt pimpinan ilahi krn ilmu ni x tercapai dek akal..

    wallahua’lam..

    Like

  15. Dengan lafaz bismillah kalam ini memehon ayahda meneruskan karya ilmu ini,untuk anakda tadah biarpun pahit tp hati anakda tetep faham sebenar-benar faham ilmu yg ayahda turunkan karana anakda tahu yg memberi faham itu allah n siapa anakda kalau bukan dia juga orang yg benar-benar mati je yg dapat faham jd anakda mohon n dahagaknnya.amim dari anakda

    Like

    1. Bilamana membaca komen dari peminat-peminat blog ini, alangkah bangganya hati saya, bila mana ada segelintir yang dahagakan ilmu makrifat. Ilmu ini adalah ilmu yang tidak menjanjikan syurga atau balasan pahala, oleh itu, tidak ramai yang menyukainya!. Orang-orang diluar sana lebih suka memilih ilmu yang menjanjikan syurga dan pahala!.

      Adapun saya mengucapkan terima kasih kpd tuan yang memilih ilmu yang tidak menjanjikan apa-apa, selain Allah Taala!.
      Sekurang-kurangnya hati saya gembira bilamana ada orang yang mahu menyokong perjuangan saya!. Terima kasih ananda, sesungguhnya ayahnda kini tidak berseorangan dalam memperjungakan ilmu makrifat!.

      Sokongan ananda itu, menambahkan dan membakar semangat ayahnda untuk terus berkaria! amin drp hj shaari

      Like

  16. salam tuan hj….kenyataan tn hj semakin jelas dan lantang kini…..dan saya teringat dgn tokoh2 dahulu seperti syeikh siti jenar dan al halaj…….apakah dgn menerangkan ilmu mengenal diri ini kepada orang awam akan terhindar kita diri fitnah seperti yg berlaku kepada tokoh2 yg tersebut?……maaf dari saya penuntut yg jahil ini….

    Like

    1. Benar sebagaimana pendapat tuan. Orang yang membicarakan ilmu makrifat ini, selalunya akan dihukum bunuh, dipenjara atau di keji, tohmoh, dipulau dan disisih dari mayarakat!.Sebagaimana yang berlaku kpd Syek Siti Jenar, Al-Halaj dan sebagainya.

      Namun untuk menegakkan jalan Allah yang sebenar, usah kata Shek Siti Jenar atau Al-Halaj, Baginda Rasulullah (Nabi Besar Junjungan Muhamad) kita sekalipun lagikan mendapat kejian, tohmohan, dituduh ahli syehir, pembohong, penipu, dibaling dengan batu (sampai kepala Nabi berdarah), dibalinng najis dan sebagainya.

      Dalam melayari perjuangan ini, kita tidak boleh lari dari kejian orang. Jika saya takut untuk menghadapinya, siapakah lagi yang hendak kita harap!. Semua orang lepas tangan dan semua orang takut!. Jika semua orang takut, sampai bila ilmu makrifat ini hendak berkembang sebagaimana zaman kegemilangan ?.

      Saya perjudikan nasib saya diatas mata pedang yang teramat tajam. Biar patah sayap bertonggkat paruh, namun berundur tidak sekali!……………………

      Akan saya tongkat ilmu makrtifat ini, biar sampai kepada titisan darah terakhir…………………….

      Apakah tuan sudi menyertai saya untuk mati sebelum mati!………….. amin drp hj shaari

      Like

  17. salam, tuan hj. Shaari, mohon maaf jika pertanyaan ini salah,.. apakah maksud Jalan Kenabian? adakah ini pengakhir jalan bagi penuntut ilmu makrifat? mohon penjelasan agar kosong lagi bodoh ini dpt memahaminya…

    Like

  18. Tuhan itu Maha Kaya. Kl Dia ingin masukkn org2 kafir kdlm syurga pun ape kuasa kite utk mbantah? Cuba kita bygkn kl diri kita dilahirkn sbg penganut agama kristian. Mbesar dgn pegangan agama tsebut. Bgmana kita nk katakn bahawa agama kristian yg kita anuti itu salah? Salah kita ke diletakkn dlm perut manusia yg akan dilontarkn kedlm api neraka jahanam? Dimana letaknya penyaksian kita bahawa Tuhan itu Maha Adil? Kl Tuhan itu satu, mngapa kita diletakkn mjd bayi didlm perut penganut agama kristian? Dimana keadilan tersebut? Sbb itu jgn letakkn hukum. Semua ditgn AllaMaha Bkuasa. Kl kita benar2 briman, percayal dan qadar. Maksud perubahan yg Dia ikn mbawa kpd pengertian yg Maha luas. Beah dr mjd manusia yg hanya taat pd suruhan Tuhan tanpa kite kenal siapa Tuhan dan siapa diri kita kpd manusia yg tahu ttg prjlnan tsebut adalah lebih utama. Spt sebuah hadis, manusia yg tbaik diantara manusia yg lain adalh mereka yg beriman kpd Allah. Apa itu beriman? Iman itu percaya bukan? Bukan taat kan? Kl kita taat, tp tidak kenal maka mana dtgnye percaya kan? Kl saat kite melalui sakaratul maut, ia dtg, kite tidak kenal, mcmana kite mau percaya utk ikut dia pulang? Fahamilah ayat tsebut, manusia yg ‘tbaik’. Pasti ada lg golongan yg baik shingga mlayakkn kita utk jd yg tbaik. Golongan itu pastilah ramaikn? Jd jgn letakkn hukum org tu akan masuk syurga dan org nie akan msk neraka. Tu semua Tuhan yg ttukn. dia tahu masing2 mcari. Dan Dia tahu siapa yg mpunyai hati yg baik. Hiduplah baik2, crlah ilmu. Sbb ilmu Allah Maha Luas. Kl dlm Alquran itu dibaca dan diambil yg tsurat shj, tidak direnung yg tsirat, kita takkn nmpk istimewanya Alquran itu. Alquran itu kata2 Allah, rahsia Allah. Semua org akui. Tp kl yg tpapar itu adalah dibaca yg zahirnya shj, dimana letaknya rahsia itu? Carilah… Baru kita nampak nurnya dan indahnya Agama kita… Saya serba daif ilmu, mohon maaf… Sy juga para pencari Tuhan….

    Like

  19. Maaf, ada ayat sy yg hilang… Tak tau knape. Tp harap yg mbaca bleh faham. Sy wat sikit pembetulan..” Semua ditangan Allah yg Maha Brkuasa. Kl kita benar2 briman, pcayalh pada qada dan qadar. Maksud perubahan melalaui firmanya mbawa makna sangat luas… Berubah dr menjd…..” Ini pembetulannya.. mohon maaf…

    Like

    1. janji ALLAH itu pasti dan tidak akan ALLAH mmungkiri janji,, ada hadis mengatakan:

      1) saidina umar pernah bertanya kpd rasululllah saw ttg apa kitab yg dipegang dikiri dan dikanan rasulullah,, rasulullah mengatakan kitab dikanannya merupakan senarai nama penghuni syurga dan kitab yg dikirinya merupakan senarai nama penghuni neraka..
      2) para sahabat pernah bertanya tentang qada dan qadar yg mana Allah tlh memilih sesiapa yg termasuk dlm golongan kanan dn kiri, lantas sahabat baginda mengatakan kalau begitu tdk payah lah kita berusaha krn semua tlh ditentukan Allah, ttp rasulullah mengatakan sekiranya kita digerakkan melakukan amal kebaikkan maka lakukanlah semoga akan termasuk dlm golongan yg kanan..

      soal kita lahir dlm perut org islam ataupun bukan islam itu tidak menjadi masalah buktinya ada jgk yg lahir dr perut bukan islam memeluk agama islam,, semua manusia melalui perjanjian dialam rahim cuma bila lahir ke dunia kita lupa, lagipun Allah tlh mengirimkan utusanNya dlm diri setiap manusia agar di akhirat tiada lg persoalan Allah itu tidak adil atau tidak memberikan petunjuk.. KEADILAN ALLAH ITU SUSAH DIGAMBARKAN DGN APAPUN,, POKOKNYA KEADILANNYA BUKAN SPT YG AKAL DIOTAK KITA FIKIRKAN TP SPT YG DILIHAT OLEH AKAL DI DLM QALBUN.. mohonlah petunjuk dr ALLAH,, ALLAH itu maha adil dan maha berkuasa menentukan apa sj yg Dia suka,, sebab itulah sesiapa yg mengenal Allah pasti kan amat2 takut/qauf kpd Allah namun bila sebenar2 mengenal ALLAH itu maha pengasih,maha penyayang dan maha mencintai..

      wallahua’lam..

      mohon diperbetulkan sekiranya sy khilaf wahai tn hj yg dimuliakan ALLLAH..

      Like

      1. T.kasih atas kata nasihat berguna tuan itu.T,kasih kerana sama–sama berdakwah bersama saya. Sy ucap t,kasih kerana tuan sudi memberi nasihat dan iilmu yang berguna uuntuk ita semua. Ayat atau bahasa yang tuan gunakan itu, adalah ayat atau bahasa makrifat. T,kasih krn membantu saya dalam sama-sama berdakwah kejalan Allah!

        Ada setengah dari setenggah,membuat kuliah melalui blog saya hanya menambah kusut dan menambah keliru dengan istilah feqah yang bukan berbau makrifat. T,kasih tuan, sila kemukann lagi ilmu tuan, dapat kita sama-sama belajar.amin drp hj shaari

        Like

  20. Wahai sahabat yang merindukan keindahan abadi, pengembara di jalan idaman sejati, semoga Allah membuatmu berhasil mengetahui jalan yang benar, menemukannya dan menempuhnya. Semoga Dia membiasakan engkau dan kami dengan amal-amal yang diredhai-Nya dan melakukannya demi meraih redha-Nya. Sebab, milik-Nyalah awal dan akhir dan apa yang ada di antaranya, serta keberhasilan dalam semua hal…..BERSERAHLAH…..

    Like

  21. semua agama suruh buat baik jgn buat jahat.klu beginilah pemikiran kita maka tidak ada bezanya antara agama.Tapi islam menyuruh kita buat baik(mentauhid akan Allah) jgn buat jahat(jgn mensyirik akan Allah)itulah bezanya.Iman tiada warisan terletak pada keyakinan tentang keujudan Allah pada diri masing-masing.Para Nabi berdakwah beratus ratus tahun tapi peluk islam hanya sedikit, mengeluh Nabi pada Allah.Firman Allah,”kerja kamu menyampai taufik hidayah kerja Aku”.
    Jgn kamu sangka kamu telah beriman sebelum kamu diuji-firman Allah. kekadang mmg perit dengan ujian Allah tapi setiap ujian Allah jika ditempuh dengan sabar itu ada hikmahnya itu yang indahnya.Taufik hidayah dari Allah bermacam-macam cara kepada kita.Ada yang diberinya dari kekayaan kepada miskin baru nak ingat Allah ada yg diberi kecelakaan baru nak ingat Allah,Tapi ingat orng bila senang dia lupa Allah bila dia susah dia ingat Allah itulah orang yang paling jahat disisi Allah.kata Jibrail,”Ya Rasulullah,mahu kah engkau aku doakan pada Allah jadikan Gunung Uhud ini emas.Jwab Rasulullah,”Tak perlu, Allah berikan aku sehari lapar sehari kenyang alhamdulillah”sedaya upaya kita hiduplah dengan sabar dan redha.Firman Allah;”bagi kaum yang mau berfikir”
    renungkanlah kenapa Allah jadikan kita.Allah jadikan kita pun Allah tak rugi Allah tak jadikan kita pun Allah tak rugi.Tapi kenapa Allah jadikan kita juga????Iman percaya adanya Allah.sekadar mana kita percaya adanya Allah.sedangkan kita tak dapat melihat Allah.Syurga neraka dosa pahasa malaikat iblis pun kita tak dapat melihat.Adakah Allah mcm tersebut tadi.Klu mcm tu iktikad ketuhanan kita lah.Habislah kita mcm tu.klu ingat nak masuk syurga hanya angan-angan.sabda Nabi s.a.w,”bukanlah keterangan dan percakapan itu terhenti pada percakapan yang banyak, tapi keterangan dan percakapan itu terhenti pada tahu membeza antara tuhan sebenar dengan tuhan tak sebenar. Pelajarilah ilmu fardhu sebelum fardhu iaitu ilmu makrifat.Banyak beramal tiada mengenal Allah tiada menafaat.
    Harap maaf sekiranya ada yang salah dengan ilmu yang sedikit ini. sabda Nabi s.a.w,”berkatalah yang benar walau pun pahit”

    Like

  22. Alhamdulillah..Bertambah Ramai yg

    brminat utk belajar ilmu islam yg SEBENAR. Ilmu ada 7 lapisan atau tahapnya. setiap org ada bahagiannya masing masing. Semua lapisan itu adalah benar bagi tahap pemahaman yg dianugerahkan Allah. Tapi asas kepada semua itu adalah apakah rahasia atau rasionalnya kita ini dijadikan oleh Allah sebagai makhluk paling sempurna,paling mulia, paling lengkap paling hebat. Sudah tentu sbg persediaan untuk menjadi saluranNya. Wadah Allah sebagai layar perak yg akan menterjemah hakikat kewujudan Allah.

    Like

  23. tiada apa nak dikomenkan semuanya benar belaka……tapi,kena lah susur dulu jalan beliku pasti temui jalan mendata….carilah aku ddalam aku..,pasti temui jawapannya,terima kaseh saudara,

    Like

  24. Assalamualaikum.. Ayahanda Tuan Guru, Maaf Sekadar mngosikan pemahaman Dari pjelasan Ayahda juga… Kul Kulum indillah.. Katakanlah yg baik & Buruk Itu dtg Dari Allah, Jadi ape lagi kita hndak mpertikaiknye..bagi yg sudah mati sblum mati. yg selalu mprtkaikn nye adalah bagi org2 yg blum lg mati. Cerita Allah swt sudap siap tertulis.. Jadi tiada siapa yg mampu mngubah ikut cita rasa sendiri. WALLAHUWAKLAM. MAAF AYAHANDA TUAN GURU. SKDAR PJELASAN DARI YG TIADA ILMU.

    Like

    1. Teramat tepat jawapan dan pandangan ananda itu. Saya teramat gembira denngan tulisan ananda. Ilmu mati inilah yang saya tekankan kepada kalian, tetapi tidak ramai yang menjiwainya.
      Mari kita berbahasa dengan bahasa orang mati.

      Mari kita bergaya dengan gaya orang mati. dan marilah kita belajar dengan pelajaran orang mati. Barulah orang itu dikatakan orang yang benar-benar mengenal diri dan mengenal Allah Taala.

      Kita ini sebenar-benarnya sudah mati. Bilamana mati, apa lagi yang tinggal pada kita?. Yang tinggal pada kita itu hanya Allah, Allah, Allah …………………..

      Terima kasih drp hj shaari kerana menceritakan penekanan kepada perkara mati.

      Like

  25. Saudara yg d hormati. Salamunkaulammirrabirahim….adapun intipati ketuhanan itu keberadaannya pada sifat ujud dan maujud. Mencari sesuatu bagi kudrah itu ada pada 7 sifat ma’ni. Dari situ ujud ilmu akal perbuatan yg bergelar sunnatullah. Segala dari Allah. Berhimpun tiadalah bercerai. Yg dikatakan nur muhammad itu diri terdiri jua diri rahsia rohani dlm takluk kudratullah. Antara insan dan alami itu tetap jauh terpisah dimana surah fatiha itu petunjuk tepat. dan terang kedudukan kamu…mulakan fikirmu dari bismillah hingga ke alhamdulillah..renungkan pada ayat iakanakbuduwa’iya kanastain. Di sini petunjuk buat kamu yg mana ya khalik dan abdi dirimu .kerana sifat bayang kamu masih jelas beradanya bersama hadap tiap gerakmu. Hidup kerana Allah …sifat…hu……ra..hsia…akhbar..tiada gambar dan huruf.lagi tidak sebanding apapun.namun jika tau rahsianya hu…akan tetap beserta sifat asma dan af’al didunia ni jua tempat tajallinya sunnatullah segala management yg d programkan d pentaskan. Diingatkan kita semua dgn gagasan muhammad rasulullah maka selagi bayangmu ada itulah petanda sifat akalmu ada…sama jua. Selagi al quran ada d situ lah gagadan tuhan membangunkan sistem hidup utk semus berasa..itulah syariat dimana selagi ada zahir dirimu yg hadith maka insan diri tetap ujud. Adapun alquran itu nur kalbi dari tuhanmu atas redhanya mengajar manusia pada titik akhir hidupnya mengenalnya dan berbuat tepat menurutnya nemvangunkan satu kehidupan jannah…maka selain kudrah yg kamu mungkin kenali. Maka teruskan pencarian saudara kepada iradahnya rahsia alquran.ilmu nya satu doktrin yg nyata kelihatan. Hayahnya dimana pasti hidup berada kebenaran managementnya yg alami. Sama dan basar pada hakiki tajallinya jua kalamnya nyata d dengar marasai….rinngkasnya janfan berhenti melihat duniawi kerana d situ ada rahsia mengenal rasanya..pentasnya di sini segala yg haq tidak pada ingatan semata. Maka alfatihah itu sempadan buat abdi ..majaz akalmu yg berada dlm surah alikhlas manakan serupa dgn surah alfatihah….selagi hayat maka d situ hadith nyata. Yg sangat di bimbangi adalah kesibukan mencarituhan sedang tuhan itu tiada…lailahaillallah…tiada tuhan atas maksud tak dpt d nyatakan dzat ketuhanan itu melainkan tuhan sendiri…yg perlu d cari adalah sifat asma dan afaal dalam pentas duniawi dan durimu sendiri…semuanya sama pada bams Allah itu namun tiadalah serupa pada setiap benda ciptaan nya. Mska tajamkan makrifatmu pada penciptaannya dan ikutilah sunnah rasul itu kerana itu jus kehandak tuhan mentajallikan ilmu rasa busmillahurrahman nirrahim itu

    Like

  26. Saudara yg d hormati. Salamunkaulammirrabirahim….adapun intipati ketuhanan itu keberadaannya pada sifat ujud dan maujud. Mencari sesuatu bagi kudrah itu ada pada 7 sifat ma’ni. Dari situ ujud ilmu akal perbuatan yg bergelar sunnatullah. Segala dari Allah. Berhimpun tiadalah bercerai. Yg dikatakan nur muhammad itu diri terdiri jua diri rahsia rohani dlm takluk kudratullah. Antara insan dan alami itu tetap jauh terpisah dimana surah fatiha itu petunjuk tepat. dan terang kedudukan kamu…mulakan fikirmu dari bismillah hingga ke alhamdulillah..renungkan pada ayat iakanakbuduwa’iya kanastain. Di sini petunjuk buat kamu yg mana ya khalik dan abdi dirimu .kerana sifat bayang kamu masih jelas beradanya bersama hadap tiap gerakmu. Hidup kerana Allah …sifat…hu……ra..hsia…akhbar..tiada gambar dan huruf.lagi tidak sebanding apapun.namun jika tau rahsianya hu…akan tetap beserta sifat asma dan af’al didunia ni jua tempat tajallinya sunnatullah segala management yg d programkan d pentaskan. Diingatkan kita semua dgn . muuhammad rasulullah maka selagi bayangmu ada itulah petanda sifat akalmu ada …sama jua. Selagi al quran ada d situ lah gagasan tuhan membangunkan sistem hidup utk semuaberasa..itulah syariat dimana selagi ,zahir dirimu yg hadith maka insan diri ujud dan kembali ke asal sifat nyatanya. Adapun alquran itu nur kalbi dari tuhanmu atas redhanya mengajar manusia pada titik akhir hidupnya mengenalnya dan bebuat tepat menurutnya nembangunkan satu kehidupan jannah…di dunia juga. Kerana perhatikanlah dunia ini sesungguhnya dunia tanpa manusia dan jin adalah sudah jannah hanya d keranakan sifat ilmu yg haq dan lawannya yakni bathil itu ada psda jin dan manusia ciptaan dan jua takluk ilmunya.. adlunya..maka namanya. Mujib ..utk perkenankan ….juga…selain kudrah yg kamu mungkin kenali.. teruskan pencarian saudara . iradahnya rahsia alquran.ilmu nya satu doktrin yg nyata kelihatan. Hayahnya dimana pasti hidup berada kebenaran managementnya yg alami. Sama dan basar pada hakiki tajallinya jua kalamnya nyata d dengar marasai….rinngkasnya jangan berhenti melihat duniawi kerana d situ ada rahsia mengenal rasanya..pentasnya di sini segala yg haq tidak pada ingatan semata. Maka alfatihah itu sempadan buat abdi ..majaz akalmu yg berada dlm surah alikhlas manakan serupa dgn surah alfatihah….selagi hayat maka d situ hadith nyata. Yg sangat di bimbangi adalah kesibukan mencarituhan sedang tuhan itu tiada…lailahaillallah…tiada tuhan atas maksud tak dpt d nyatakan dzat ketuhanan itu melainkan tuhan sendiri…yg perlu d cari adalah sifat asma dan afaal dalam pentas duniawi dan durimu sendiri…semuanya sama pada bams Allah itu namun tiadalah serupa pada setiap benda ciptaan nya. Mska tajamkan makrifatmu pada penciptaannya dan ikutilah sunnah rasul itu kerana itu jus kehandak tuhan mentajallikan ilmu rasa busmillahurrahman nirrahim itu

    Like

  27. Salam..jika tuan sudah meninggalkan dunia ini dan maseh berbuat cari rezeki…tuhan Allah jua yg buat ..begituke..pandangan tuan. Maka kitab al quran ada d dalam alfatiha itu bagaimana nak d jelaskan yakni kepada engkau ku mengabdi diri kpda engkau aku bermohon..tunjuki aku jalan yg lurus seperti mana mereka yg terdahulu yg kau muliakan. Rasul . Para ambia…pun mohon pada tuhan .Allah juga ada sebut yakni mohonlah pada aku pasti ku perkenankan…adakah ini bukan memilih dalam doa itu..adakahberserah itu ikutan ummat muhammad rasullullah…saya rasa yg utama itu adalah ilmu mengenal kudratullah pada sifat ujud…idak pada peribadi tuhan itu..tuhan Allah hakikatnya tiada yg mengetahuinya..turun lah ke sifatnya nya yg mana d situ ada kudrahnya yaknikuasa utk d pelajari dan praktikkanarah tujunya utk mencapai hasanah dri kudrahnya utk semua berasa dlm erti bismillahirrahman nirrahim…

    Like

    1. Apakah mencai rezeki itu perkara yang baru kita cipta atau perkara yang baru kita reka?. Bertetesnya air peluh, berdegupnya jantung dan bergenangnya air mata itu, sesungguhnya sudah siap tertulis, tidak ada lagi tulisan baru atau dakwat yang basah di loh mahfuz!.

      Kita sebenar berbuat perkara yang sudah terbuat dan berbuat pekerjaan yang sudah siap!. Pekerjaan dan perbuatan kita, tidak ada yang baharu terjadi atau baharu tercipta, melainkan sudah siap sedari azali dan yang sedia tercatat dikitab loh hul mahfuz. Kita ini tak ubah hanya melakonnya kembali!. amin drp hj shaari.

      Like

  28. Salam tok saari… Ijinkan saye koment singkat saje ttg soal tinta qalbu….
    Tinta qalbu yg sy hormati…. Utk ape dicari tuhan….. Tuhan tak perlu dicari…. Kalau tuan masih saje mencari tuhan… Sampai bile masenye tuan nak paham…

    Like

Leave a comment