Mengenal Allah Hanya Melalui Benang Sejengkal ?….

Pada hari ini tanggal 9hb Nov, jam 7.04, mari kita sama-sama mengenal Allah melalui sejengkal benang dan setitik nokhtah!.

Mengenal Allah Melalui Sejengkal Benang Dan Setitik Nokhtah!.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Mahu tak tuan-tuan saya ajak mengenal Allah?. Jika tuan-tuan mahu mengenal Allah, mari ikut bersama saya, kita sama-sama megembara, gali, korek, selam dan meyelamai kedasar lautan dada Mohd Yusof Cik Wook!. Mudah-mudahan tuan-tuan akan akan megenal Allah.

Kiranya tuan-tuan tidak megenal Allah pada hari ini, pada tanggal ini, pada jam ini dan pada saat ini!. Jangan panggil saya guru, jangan panggil saya haji, jangan panggil saya bernama Shaari Mohd Yusof!. Jika tuan-tuan tidak boleh mengenal Allah, pada hari ini, pada ketika ini, pada masa in dan pada saat ini, saya minta  tuan-tuan bakarlah semua kitab-kitab saya!. Ingat ini janji saya, ini janji saya dan ini janji saya!………………………………….

Jika tuan-tuan sudi, mari kita ikut megembara bersama saya menyelami ilmu mengenal Allah, hanya melalui sejengkal benang dan setitik nokhtah!. Untuk mengenal Allah melalui sejengkal benang dan setitik nokhtah, mari kita ikuti kisah dan cerita ini;

Pada suatu malam yang indah, rumah saya didatangi oleh seorang sahabat ayahnda saya yang bernama Tuan  Mat (saya panggil beliau ayah Mat), beliau berasal dari kampong pengkalan Batu Pasir Mas Kelantan. Saya pernah dibawa ayahnda Mohd Yusof kerumah ayahnda Tuan Mat, di Pengkalan Batu Pasir Mas. Isteri beliau adalah seorang peniaga budu dan pembuat budu di Pengkalan Batu Pasir Mas. Itulah kali pertama saya melihat bagaimana orang membuat atau memproses budu!. Dikala itu, umur saya sekitar tingkatan satu.

Arwah Ayahnda Tuan Mat, dipanggil dengan gelaran Tuan Mat pengkalan batu (sebab, ramai yang bernama Tuan Mat). Beliau adalah anak murid kesayangan ayahnda Mohd Yusof Cik Wook. Beliau meninggal dunia lebih kurang dua atau tiga tahun yang lepas di kampong Dangar Pasir Mas Kelantan. Selepas kepulangan ayahnda saya kerahmatullah, saya terputus hubungan dengan beliau (kerana beliau berpindah alamat). Selepas kematian beliau, baru saya diperkhabarkan oleh kakak saya yang ayahnda Tuan Mat meninggal dunia. Kakak saya (Khadijah) tahu rumah beliau di Kg. Dangar Pasir Mas. Kepada anak cucu ayahnda Tuan Mat, yang tidak sempat belajar dan tidak sempat menuntut ilmu makrifat dari beliau, kiranya terbaca risalah saya ini, inilah ilmu makrifat yag dipelajarinya!. Setelah habis kisah ayahnda Tuan Mat Pengakalan Batu, mari kita sambung semua kisah bagaimana cara mengenal Allah melalui sejengkal benang dan setitik nokhtah!.

Semasa kedatangan beliau (Tuan Mat Pengkalan Batu) kerumah saya, ayahnda saya Mohd Yusof, mengarahkan Tuan Mat, mencari benang yang panjangnya  kira-kira sejengkal!. Tuan Mat dengan tidak berfikir panjang dan tidak menyoal apa-apa, tanda patuh dan hormatnya orang dahulu kepada gurunya, lalu terus bangun dari kerusi, mencari benang.

Diketika itu, saya hanya memerhatikan sahaja apa yang diperbuat ayahnda Tuan Mat!. Bukan ayahnda saya (Mohd Yusof) tidak boleh mencari benang itu, tetapi beliau menyuruh Tuan Mat sendiri yang mencarinya (ini satu kaedah guru terdahulu mengajar muridnya menuntut ilmu). Sebab itu ilmu orang dahulu berkat (barokah).

Lalu Tuan Mat, memanggil ibunda saya dengan panggil dengan panggilan moh (halimah). “Moh tolong carikan ambo benang”. Lalu ibunda saya dengan segera mencarinya didalam laci mesin jahit. Ibunda saya yang saya panggil ‘MEK”, pada masa mudanya, dia pandai menjahit dan ada sesekali ambil upah jahit baju kurung. Kalau tak salah saya, mesin jahit itu cap (brand basikal) “Rally”. Maaf saya tak berapa ingat dan tak berapa pandai untuk mengeja perkataan rally.

Selain belajar bagaimana cara mengenal Allah melalui sejengkal benang dan setitik nokhtah, saya juga ingin mengajak tuan-tuan untuk menyelami, bagaimana cara murid-murid terdahulu mematuhi gurunya!.  Itu makanya murid-murid terdahulu berkat ilmunya. Berkat ilmu pengajian  guru-guru terdahulu, adalah kerana sikap patuhnya kepada perintah guru.

Ayahnda Mohd Yusof mengarahkan Tuan Mat mencari benang. Setelah ibunda saya menghulukan benang, lalu saya lihat Tuan Mat memutuskan benang dengan giginya. Sesudah mendapatkan benang, baru Ayahnda Tuan Mat bertanya, nak buat apa dengan benag ini?. Ayahnda Mohd Yusof berkata, “ambo nok (hendak) demo (tuan Mat) buat ukiran huruf, bermula dari huruf alif sampai ke huruf ya, dengan menggunakan benang yang sama!.

Bermaknanya disini, ayahanda Mohd Yusof mengarahkan ayahnda Tuan Mat mengeja atau menulis atau membentukkan tulisan alif, ba, ta sampai kepada huruf ya dengan menggunakan benang yang sejengkal itu. (kalau boleh biarlah benang yang tebal sedikit, supaya mudah dibentuk)!.

Lalu saya melilhat ayahnda Tuan Mat memintal-mintal benang itu menjadi huruf alih. Selepas itu, dipintalnya pula benang yang sama menjadikan huruf ba sampai kepada huruf ya dengan menggunakan benang yang sama diatas meja. ayahnda Mohd Yussof memerhatikan saja gelagat ayahnda Tuan Mat, sambil hisap rokok dan meneguk air kopi yang dibuatnya sendiri. Mak saya (mek), abang saya Ghazalil dan kakak saya Khadijah selalunya tidur awal, beliau kurang meluangkan masa untuk dengar perbualan kawan-kawan ayahnda saya.

Namun seorang anak budak yang bernama Shaari Mohd Yusof (anak kepada Mohd Yusof Cik Wook), satu-satunya anak beliau yang tidak tidur. Beliau tidak mahu ketinggalan ilmu ayahndanya, beliau selalunya tidak tidur dan sama-sama mencuri dengar perbualan sahabat-sahabat ayahndanya dengan tidak jemu-jemu!.

Sesudah ayahnda Tuan Mat selesai mengukir huruf sampai kepada huruf ya, ayahnda Mohd Yusof pun bertanya, apakah demo sudah mengenal Allah?. Ayahnda Tuan Mat menjawab, “kenal Allah belum tetapi kenal benang sudah, sambil berseloroh dan meneguk kopi sejuk.

Sambung ayahnda Mohd Yusof, kiranya kita tahu kiasan benang dan kiasan titik nokhtah itu, kita akan dapat mengenal segala-galanya;

1)     Mengenal Allah

2)     Mengenal Rasul

3)     Mengenal Nabi

4)     Mengenal Iblis, Syaitan, Jin, Jembalang, Hantu

5)     Mengenal nafsu

6)     Mengenal roh

7)     Mengenal Muhamad

8)     Mengenal erti ikhlas, sabar, tekun, patuh, alim, redho, menyerah

9)     Mengenal nama-nama Allah yang berbiliun-biliun

10) Mengenal malaikat, syurga, neraka, Quraan,  Mengenal esa, Ahad

11)  Mengenal seluruh tujuh petala langit dan tujuh petala bumi………………………….

Hanya dengan sejengkal benang dan setitik nokhtah sahaja!. Mahu tak tuan-tuan belajar ilmu ini?……………………Atau apakah tuan-tuan sudah ada jawapan?…………………………

Dari kiasan benang yang dipintal menjadi huruf alif sehingga huruf ya itu, bukan nak suruh kita lihat pintalan benang atau benang menjadi huruf!. Maksud kiasan dari pintalan benang itu, adalah bagi mengambarkan kepada kita bahawa segala buruk-baik, jahil-alim, taat-ingkar, kafir-Islam, hitam-putih, perang-damai, masak-putik, Budha, Kristien, Hindu, makhluk manusia –makhluk binatang,  malaikat-syaitan, Firaun-Rasul, Quraan-surat khabar dan segalanya itu, adalah datangnya dari Allah yang SATU!.

Benang yang satu itu juga yang menjadikan huruf Alif dan benang yang itu juga, menjadikan sehingga huruf ya. Sebenarnya benang itu, bukan nak suruh kita lihat huruf alif atau huruf ya, sebenar-benarnya maksud benang itu, adalah nak suruh kita lihat benang, bukan nak suruh lihat huruf!.

Benang nak bagi tahu kepada kita yang bahwasanya alif pun benang, ba pun benang dan ya pun dari benang yang sama. Cuma bentuk benang sahaja yang berlainan!. Huruf alif, tidak sama dengan hutf lam dan huruf lam pula tak sama dengan huruf mim. Tetapi dari mana datangnya huruf alim, lam atau mim?, jika tidak dari benang yang satu!.

Apakah huruf alif boleh berbangga dengan cara dia berdiri, apakah huruf ba berbangga dengan kerana dia ada titik dibawah, apakah huruf mim boleh berbangga kerana dia huruf yang bersimpul dan huruf lam pula boleh bergangga  kerana hurufnya seperti mata pancing?.  Siapa yang boleh bergangga dengan dirinya yang berhuruf dari benang yang sama?, cuba jawab?………………………………….

Bolehkan huruf dal berbangga dan bolehkah huruf shim berbangga?. Cuba jawab?………….Benang bukan suruh tengok sifat huruf, sebenarnya benang mengajak kita mengenal benang, walaupun dalam bentuk yang berbagai.

ILMU TITIK NOKHTAH

Begitu juga kiasan yang diberi oleh Tok Kenali kepada muridnya, perumpamaan titik nokhtah!.

Bermulanya 6666 ayat Al-Quraan itu, adalah dengan huruf titik dan berakhir juga dengan huruf titik!. Segala macam huruf yang terkandung didalam Al-Quraan itu, bukannya bertujuan untuk dilihat pada huruf atau perkataan. Orang makrifat menyuluh bahawa yang hendak dilihat itu, adalah titiknya!.

Allah, bukan suruh melihat huruf atau ayat-ayat  tulisan Al-Quraan, Allah suruh melihat Allah disetiap huruf, melihat Allah disetiap perkataan dan melihat Allah disetiap ayat!.

Dari satu titik menjadi huruf alif, dari titik yang sama menjadikan huruf ba dan dari titik yang sama juga menjadikan huruf ya!. Tertulis perkataan syurga atau neraka, adalah dari titik yang sama. Tertulis perkataan api atau airpun dari titik kalam yang sama!. Menulis jahil dan tertulis alimpun dari titik kalam yang sama jua!.

Cuba perhatikan baik-baik kiasan Tok Kenali kepada anak muridnya!.  Kita ini tidak ada lebih dan tidak ada kurang berbanding orang lain. Kita adalah asalnya dari titik yang sama!.

Buat apa mengaku alim, sedangkan alim atau jahil itu, adalah datangnya dari titik yang sama. Allah suruh pandang Allah disebalik alim dan nampak Allah disebalik jahil!……………….Jangan berdabik dada mengatakan aku gagah, sedangkan yang lemahpun datangnya dari Allah. Apa beza lemah dengan gagah dan apa beza alim dengan jahil?. Apa beza anjing dengan kaldai dan apa beza kucing dengan lembu?. Beza cuma pada sifat dan nama, tetapi yang didalam babi, didalam anjing, didalam unta, didalam lembu atau yang didalam diri makhluk manusia itu, apakah berbeza?. Cuba jawab, adakah berlainan?……………………………

Jangan kita pandang keji kepada anak jiran yang megandung tanpa bapa!. Sebelum anak gadis jiran sebelah rumah itu megandung anak luar nikah, siapakah yang menulis, mengarang, merencana atau menetapkan  kisah hidupnya?. Apakah Allah tidak tahu yang perempuan itu akan megandung anak luar nikah?. Apakah Allah hanya tahu anak halal sahaja?. Cuba jawab?……………………….Cuba jawab saya nak tahu?…………………………..

Apakah Allah tidak tahu yang kita ber sembahyang pada hari ini?. Apakah sembahyang kita itu, suatu perkara baru yang Allah tidak tahu sebelumnya?. Apakah Allah itu, hanya pandai mencatat atau hanya pandai merencana perkara-perkara baik sahaja, sedangkan perkara yang jahat itu, apakah ada Allah lain yang merencana. Cuba jawab?………………………….Apak kita sekarang ada dua Allah? (Allah baik dan Allah jahat), cuba jawab?……………….

Apakah Allah tidak tahu yang kita ber sembahyang pada hari ini?. Apakah sembahyang kita itu, suatu perkara baru yang Allah tidak tahu sebelumnya?. Apakah Allah itu, hanya pandai mencatat atau hanya pandai merencana perkara-perkara baik sahaja, sedangkan perkara yang jahat itu, apakah ada Allah lain yang merencana. Cuba jawab?………………………….Apakah kita sekarang ada dua Allah? (Allah baik dan Allah jahat), cuba jawab?……………….

Bahasa benang dan bahasa titik nokhtah itu, cukup-cukup jelas menceritakan kepada kita tentang ilmu mengenal, melihat, memandang dan menilik Allah!. Kenapa tuan-tuan masih tidak sedar?………………..

Ayahnda Mohd Yusof meneruskan lagi ceramahnya kepada ayahnda Tuan Mat. Katanya lagi, hidup kita ini jangan meninggi diri, jangan sombong, jangan takbur, jangan anggkuh dan jangan bersifat takabur. Kerana apa, kerana asal datangnya segala huruf itu, adalah dari benang dan dari titik yang sama itu juga. Benang dan titik nokhtah yang satu jua menulis huruf alif sampai huruf ya.

Setelah kita sedar yang kita ini, tidak ada lebih berbanding dengan yang lain. Barulah datangnya perasaan sabar, takwa, ikhlas, tidak lekas marah, tidak pendendam, tidak iri hati, barulah datang dan timbulnya sifat jujur, taat, setia dan disitulah timbul keinsafan merendah diri………………………………..

Nanti saya sambung lagi kerana ada sahabat talipon nak jumpa saya.  jam sekarang menunjukkan pukul 4.46 petang. Nanti kita sambung ya…………………..

49 Replies to “Mengenal Allah Hanya Melalui Benang Sejengkal ?….”

    1. Haji Shaari Bukan Seorang Ahli Yang Mampu Menafsirkan Perjalananan Ruhani ( Dia ) Seorang Pencerita Makrifat Yang Dia Bukan Ahli Makrifat …

      Like

  1. Salam Tuan Guru Hj Shaari,maafkan saya mungkin maksudnya begini…apa pun sifat huruf yg trbentuk dari alif sampailah ke ya itu…asalnya dari benang yg satu (dgn ukuran yg tidak berubah.) yg berubah hanyalah rupa dan sifat serta namanya…maaf Tuan Guru..jika salah jawapan saya yg tak tahu dan lagi bodoh ini…trima kasih.hanya mengagak agak jawapan..

    Like

  2. Tuan…semakin digali…digali….semakin kosong dan kosong……petunjuk dan kefahaman,dari yang empunya petunjuk dan faham.
    Bagaimana nak istiqomah dalam fana’ dan seterusnya baqo’……maaf,mohon bimbingan lagi.

    Like

    1. makam baqo billah ini bukan nya blh dicari tetapi faham serta kenal.
      terdapat 7 diri pada setiap jasad ini…jasad roh **** zat.saya pun dari seperguruan yg sama dgn dia…
      dan skrg masih lagi ada di kg dangar…nk bljr dtg la…

      Like

      1. maaf? ilmu mgenal diri mngenal Allah ini tidak lagi diamalkan di kg Dangar kerana gurunye tlh berpindah ke bangi….lau sape2 ade kt area tu blh la pi bljar kat sana

        Like

  3. jazakallahu khairan kasiro Tuan Guru Hj Shaari…..LA HAU LA WA LA QU WATA ILLA BILLAH….

    Allah berfirman:
    sesungguhnya orang orng YaNG BERIMAN dan orang orang YAHUDI dan orang orang Nasaraa(Nasrani) dan orang

    orang sabiin,sesiapa di antara mereka itu BERIMAN KEPADA ALLH dan beriman kepada AKHIRAT serta beramal

    soleh,maka bagi mereka pahala di sisi Tuhan mereka dan TIDAK ADA KEBIMBANGAN DARI BERLAKUNYA KEJADIAN

    YANG TIDAK BAIK KEPADA MEREKA DAN MEREKA PULA TIDAK AKAN BERDUKACITA (albaqarah 62)

    Terjawab Sudah…..(Ayat Diatas Adalah Ayat Makrifat) mana MUNGKIN tiada KEBIMBNGAN tentang perkara BURUK dan TIADA PULA AKAN BERDUKACITA…..sekali fikir sgt MUSTAHIL….hampir xfaham apa yg ALLH CUBA sampaikan…
    realiti hari ini MANUSIA PENUH DGN KEBIMBNGN…PENUH dengan DUKACITA….xsunyi DARIPADA MASALAH…

    Namun bagi yg MAKRIFAT….tiada lagi KEBIMBANGAN..TIADA LAGI DUKACITA..KRN DIRI SUDAH TIADA…YG ADA HANYA BENANG….HANYA 1 TITIK….HANYA ALLH…ALLH..ALLH…
    benang sejengkal dan Ilmu Titik TELAH MENJAWAB SEMUANYA….TERIMA KASIH TUAN GURU HJ SHAARI…

    Like

  4. Assalammualaikum,

    Tuan Guru ,SubhanAllah .. sesungguhNYA bukan lah benang yang hendak disampaikan kepada Kita ,betapa tingginya kiasan itu ..

    Like

  5. askum tuan guru dan saudara yg dikasihi Allah,

    pd hemat sy yg tidak lain drp kurniaan Allah jua, istilah benang sejengkal ini menggambarkan keadaan hakikat sebenar bhw apa jua yg ada/maujud yg pelbagai bentuk,rupa,perbuatan dan segalanya di seluruh alam adalah dari Allah yg 1 jua..
    wallahua’lam..

    Like

  6. salam buat semua dariALLAH kpd ALLAH jua…….titik atau noktah ia blh membentuk berbagai huruf dan perkataan dan menjadi ayat,tanpa titik atau noktah siapa la huruf dan siapa lah perkataan ia tdk akan terzahirnya ayat2…begitu juga dgn sekelian makhluk tanpa ALLLAH TAALA sekelian makhluk tdk akn terzahir,ALLAH ciptakan makhluk adalah utk memperkenalkan dirinya dan menyatakan dirinya….jadi diri kita dan sekelian makhluk sebenarnya tdk ada,yg ada dan yg terzahir hanyalah nur ALLAH,cahaya ALLAH,wajah-wajah ALLAH…..ALLAH…..ALLAH….terima kasih tuan guru hj saari,kalau sy salah tlg perbetulkan AMIN…..

    Like

  7. Assalamualaikum….. Tuan Haji..
    Dari sejengkal benang itulah terbentuknya HURUF…
    huruf- huruf itu wujud sebab adanya BENANG..
    BENANG terhijab oleh huruf- huruf..
    hanya dgn pandangan kasyaf atau hati yg seni akan dpt terpandang BENANG YG SATU.. huruf- huruf seperti cermin tembus menembus tdk kan kelihatan lagi yg terpandang hanyalah.. BENANG…BENANG…BENANG…
    Maafkan lalutan sy Tuan Haji..
    sy ini memang bodoh dunguA

    Like

    1. Terima kasih ya Allah, krn telah melahirkan seorang lagi khasyafbillah. Pendangan itu, adalah pandangan yang tlh tembus. Jawapan tuan itu, memang tepat dan benar. Pegang dan gengamlah duhai wali Allah akan ilmu itu!.amin drp hj shaari

      Like

  8. Assalammualaikum,sy org bru dlm blog nie.. Sy seronok sgt bce blog nie.. Hanya jauhari kenal manikam.. 😉 bagi orang yang tak paham sila lah belajar ilmu nie..mne-2 pon sme janji ilmu mengenal allah..

    Like

  9. insyallah pandangan saya. asal quran dari fatihah. asal fatihah dari bismillah. asal bismillah dari huruf BA.TITIK
    NOHTAH.itulah NUR MUHAMAD yang awal-awal Allah Jadikan.dari NUR MUHAMAD inilah jadilah 7 petala langit dan 7 petala bumi. Kain- benang- kapas,duduk di kain (ujud) duduk di benang(fana baqo)duduk di kapas(billah).sifat dan dzat tak bercerai

    Like

  10. umpama ikan yang berenang mencari air….
    Air – Ais – Air….Air beku menjadi Ais,Ais cair kembali Air

    Terima kasih Tuan Haji yang sudi mencerahkan apa yang samar selama ini……
    Teruskan Tuan Haji…Semoga yang suram bertambah cerah,yang cerah bertambah terang..

    Like

  11. benang kalau dikait akan menjadi kain….kain klu dijahit akan menjadi baju…..akhirnya orang akan nampak baju tapi hakikatnya benang yg mereka pakai bukan baju……TETAPI mengapa mereka masih ingatkan baju bukan benang…….

    Like

  12. lilin tetaplah lilin…
    Walaupun diubah pelbagai bentuknya.,
    itulah mmbuat org pening..
    Krn tinggi serba akunya…
    Jika kemauannya dipusing,.
    Sekeliling yang ada ditomahnya…
    Jika lihat tiada lain dari lilin..
    Akur trbakar ,janji dpt terangnya…

    Like

  13. Salam..tuan haji..benar kata tuan tu…segala2 dtg pada yg satu…tp adakah semua org tahu yg dtg itu perlakuan yg mana dan untuk siapa? Ibarat suatu tasik yg besar, bebuih menandakan sesuatu…dptkah seseorang itu tahu buih itu dtgnya dari ikan, atau kura2atau biawak atau bermacam lg? Sedangkan bermcm makhluk di dalamnya? Begitulah juga dengan kita….berbagai2 makhluk di dalamnya…bleh x tuan huraikan?

    Like

  14. Tajuk hebat menyeramkan tp sayang isinya tak seberapa kalau setakat ini penjelasan Tn Hj belum kenal sebenar2 kenal.Tn Hj ceritakan lg sejauh manakah yg dikatakan kenal sebenarnya kenal.saya berani katakan Tn Hj hanya boleh bercerita setakat Asma,sifat & afaal shj.persoalannya? bagaimana dgn Zat!

    Like

    1. Tuan, hari ini, sy boleh panggil tuan sebagai tuan guru saya!. Krn ilmu tuan memanmg hebat berbandingn saya!. Sy hanya tahu bercerita ilmu yg setakat kedai-kedai kopi shj. Sy akui saya yg bernama hj shaari, adalah seorg yg belum benar-benar mengenal Allah.

      Tuan guru Rahman yg arif lg bijaksana. Setahu sy yg bodoh ini, ALLAH TIDAK BERSIFAT, TIDAK BERAFAAL, TIDAK BERASMA’ DAN TIDAK BERZAT. Allah itu, adalah Allah. Yg bersifat itu, adalah makhluk!. Allah tidak bersifat!.

      Makhluk bersifat dengan 4 anasir, iaitu
      1) sifat
      2) asma’
      3) afaal
      4) zat.

      Zat, sifat, afaal dan asma itu, adalah sifat atau anasir bagi makhluk!.
      1) Jika kita ada sifat dan Allah juga ada sifat, itu adalah syirik.
      2) Jika kita ada afaal dan Allah juga ada afaal, itu adalah syirik
      3) Jika kita ada asma’ dan Allah juga da asma’, itu adalah syirik

      Yg keempat ini, harap tuan guru rahman lihat dan perhatikan baik2………………….
      4) Jika kita ada zat dan Allah juga ada zat, apakah ertinya tuan guru Rahman?

      Tok Kenali tak pernah mengajar kepada anak muridnya yang Allah itu ada zat. Zat itu, adalah masih tertakluk diatas sifat makhluk!. Jika makhluk ada zat dan Allah juga ada zat, tidakkah Allah itu bersamaan dgn sifat makhluk?. Sedangkan sifat Allah itu, adalah Laisa Kamislihi Syaiuun (bersalahan dari yg baharu dan tak sama dgn sifat makhluk).

      Jika tuan memndakwa saya tidak pernah bercerita tentang zat Allah, itu adalah benar kerana Allah tidak ada zat, yg ada bersifat zat itu, adalah masih berbangsa makhluk!.

      Jika tuan kata saya tidak sehebat tuan, yg blh menceritakan sehingga kepada zat Allah, silakanlah tuan ajarkan kami yg bodoh ini. Saya tidak ada ilmu zat Allah. Jika tuan pandai, sila tunjukkan kepada kami semua yg dahgagakan ilmu dari air tangan tuan guru Rahman pula. dan saya dengan semua jamaajh yg ada akan beramai-ramai pergi berguru dgn tuan, dgn saya2 sekalil akan berguru dgn tuan.

      Saya dan ramai lagi peminar blopg diluar sana, berharap bahawa tuan jgn tahu bercakap shj, buktikan kepada kami, manakah zat Allahh yg tuan tahu?………………………… sy nak tumpang belajar.

      Belum lagi reda dgn kisah md.Sidek Lam, ini timbul lagi satu guru baru yg hebat. Dulu Md Sidek lam melontarkan tuduhan kpd saya, kini timbul pula Tuan Guru Rahman . Kisah md Sidek Lam sudah saya tutup dan sudah selesai, bilamana sy sendiri berserta dengan sahabat-sahabat mengadakan pertemuan (bersemuka) dgn Md Sidek Lam ditaman Melati Sri Gombak. Hasil pertemuan itu, tidak perlulah saya siarkan disini, seolah-olah mebuka aib orang!. Saya harap kpd peminar blog, perkara md sidek lam, tidak perlu diperpanjangkan lagi (segalanya sudah selesai dgn cara baik dan sudahpun menjadi sahabat saya). Belum lagi reda dgn kisah Md Sidek, kini timbul lagi satu org guru baru. Bagi saya, tuduhan itu, tidak sedikitpun menjadi kemarahan atau berkecil hati. Bagi saya, inilah gambaran kekayaan Allah. Bagi menunjukkan Allah itu hebat, sudah tentu kaya dgn ciptaan, kaya dgn kesempurnaan, kaya dgn meliputi buruk dan baik, maka dgn sifat kekayaan, dan kesempurnaan yang meliputi segala buruk dan baik, maka diutuslah kepada kita seorang guru baru, iaitu Tuan Guru Rahman.

      Jika tuan guru Rahman benar-benar ikhlasd, sila siarkanlah no talipon tuan, boleh sy hubungi untuk berguru dgn tuan. Ini no Fon sy (hj Shaari) 019 4444 713 yg boleh dihubungi pada bila-bila masa dan dimana-mana untuk diajak untuk datanng berguru dgn tuan. Sy boleh datang berjumpa tuan dimana-mana dan bila-bila masa shj jika tuan jemput. Jika tuan jemput, kami akan datang untuk berguru, jika tuan ikhlas, sila siarkan no fon tuan!………………………………

      Sifat makhluk itu, adalah terdiri dari anasir 4. Iaitu sifat, afaal, asma’ dan ZAT. Bermakna disini, zat itu adalah masih dibawah takluk makhluk!. Makhluk itu ada 4 anasir, iaitu sifat, afaal, asma’ tiba-tiba bilamana sampai kepada tahap zat, kita letak sifat zat di atas Allah!. Kenapa sifat makhlkuk, nak kita letak atas Allah. Sifat-sifat yg lain (asma’, sifat dan afaal) semuanya kita letak atas makhluk, tiba-tiba sampai kepada perkara zat, kita nak letak atas Allah?. Kenapa nak letakkan sifat zat atas Allah, seolah-olah nak disamakan sifat makhluk dgn sifat Allah. Apakah Allah itu masih berhajat kepada zat?. Apakah Allah itu masih megambil faedah diatas zat makhluk?. Takcukup lagikah sifat Allah, sehinggakan sifat makhluk (zat makhluk) itu juga hendak diambilNya?.

      Adapun sifat 20 yg selalu kita baca itu, sebenarnya bukan datang dari Allah atau bukan datang dari Baginda Rasulullah. sifat 20 itu, adalah datangnya dari ciptaan sahabat-sahabat Nabi. Sebenar-benarnya Allah itu tidak bersifat!. Sifat 20 yg kita pelajari itu, adalah hanya sekadar jalan bagi mempermudahkan faham dalam kaedah mengenal Allah. Sebenar-benar Allah itu, tidak bersifat dengan sifat afaal. sifat asma, sifat mahupun bersifat zat!. Allah tidak ada zat, bagaimana sy nak cerita tetang zat Allah, Baginda Rasulullahpun tidak dibenar oleh Allah untuk bercerita tentangn zat Allah, tiba-tiba sampai kepada tuan guru Rahman, nak mendakwa supaya sy bercerita tentang zat Allah. Bagi sy itu, adalah perkara mustahil……………………….

      Jadi benarlah sebagaimana dakwaan tuan guru Rahman, yg saya ini belum benar-benar mengenal Allah, hanya tahu setakat bercerita kosong shj. Sy ucapkan ribuan terima kasih kpd Tuan Guru Rahman kiranya dapat mengajar kami tentang zat Allah Taala.

      Jenis Allah apakah itu, sehingga zat makhlukpun masih hendak diambil pakai. Kepada pembaca blog sekalian saya minta berilah penghargaan kepada Tuan Guru Rahman. Saya menanti dan menunggu komen dari para pembaca blog sekalian. (Sidek lam dan Rahman pun, adalah dari Allah juga yg mengirimkannya. amin dri hj shaari

      Like

  15. salam…

    sebelum saya membaca apa yang tn. haji shaari coretkan disini tentang sifat, afaal , asma’ dan zat , pemahaman saya jauh berbeza….rupa-rupanya itu semua milik makhluk… banyak lagi yang perlu saya pelajari…bolehkah kiranya saya ingin tahu sekiranya saya ingin belajar, dimanakah tempat yang harus saya tuju?

    Like

  16. apakah ciri2 Guru Makrifat yg Murshid yg sanadnya sampai kpd Rasulullah?

    Jalan mengenal diri dan mengenal Allah adalah berguru dgn guru yg Murshid…

    Like

    1. Jika Allah nak tunjuk jlnNya, biarpun hanya sekadar belajar dengan pokok kayu, tetapi jika Allah tak nak tunjuk, sekalipun belajar dari maha gurupun yang berketurunan Rasullullah sekalipun, belum tentu membawa faham. Jgn fikir sangat tentang sanat! (jika ada, itulah sebaik-baiknya, jika tidak ada, ianya tidak perlu dijadikan asas. Apa ada pada sanat! jika ilmunya tak sampai kemana. biarpun dgn sepotong kata dari orang yg tdk bersanat, apa salahnya jika boleh memberi faham!. Tetapi jangan pula menafikan keperluan sanat, jika ada, itulah sebaik-baiknya tetapi jika tidak ada, jgn dijadikan sehingga kita menolak ilmu yang tdk ada sanat. drp hj shaari

      Like

  17. hahaha….hebat org dulu2..sapa yg masih dok paham,tlng jgn bakar kitab2 dan cd sepertimana yg disarankan oleh Tn Hj, bagi kat saya…hehehe…cuma satu lagi saya rasa org terlepas pandang,cuba saudara dan saudari kat sini teka apa itu?
    kalu betul dpt hadiah misteri.cepat,cepat siapa cepat dia dpt!!
    maaf Tn Hj.

    Like

  18. bahasanya ribet di campur2 jd ane agak bingung deh. kl bisa pakai bahasa indonesia yg baik bang.
    ane sebenarnya tertarik untuk membaca, tp bahasanya belibet ane jd bingung

    Like

  19. Assalamualaikum Tuan Guru
    Bagaimana utk saya mendapatkan buku hijau dan merah..
    Mohammad azdee -01124151775
    Saya berminat tuan guru.tolong saya

    Like

  20. Asslammualaikum tuan guru…?
    Saya masih menggali gali ilmu tuan guru….sya nk tanya satu benda yg masih bermain di fikiran sya tuan guru…iblis itu di mana letaknya dalam sambahayang….supaya iblis itu terhindar dari sambahayang kita…kerna iblis pernah berkata dia akan menganggu di dalam sembahayang kita jikalaw menyebutnya taalah….allah taala…adakah ia merupakan segala raja iblis…..atau allah yg maha berkuasa seluruh alam….sila jawab pertanyaan sya tuan guru….yg di atas itu saya sudah ada….bukan kah alim akan di hisab sekiranya kita tidak mengenal bismillah….kerna empat menjadi satu…satu menjadi dua….aku dan dia…maafkan saya yang hina ini tuan guru

    Like

Leave a reply to MOHD KAMAL BIN DIN Cancel reply