Cara Mempercayai Takdir Buruk Dan Baik?.

Bagi menjawab pertanyaan saudara yang bernombor talipon  013-2274 097, bertarikh 4hb Nov. jam. 5.37 ptg. Pertanyaan yang berbunyi, “salam ustaz shaari, boleh ustaz tulis tentang takdir,saya nie asyik mengeluh ejer ttg takdir. boleh ke ustaz tolong?.

Pada jam 10.30 mlm, tanggal 8hbDec, tergerak hati saya untuk menjawab pertanyaan itu. Tak terbendung ilmu didadasaya untuk melimpah keluar!. Seumpama mengalirnya air sungai, biarpun dibendung, dia tetapkan melimpah. Begitulah ilmu yang ada dalam dada saya ini, bilamana ia mahu keluar, ianya tidak boleh dibendung!.

Pada mulanya saya ingin megarang bab ini pada jam 10.30 mlm, malangnya tidak ada line internet dikawasan itu (linenya tidak gagah), lalu saya saya keluar mencari sebuah restaurant mamak untuk melimpahkan air sungai ini, mudah-mudahan ianya sampai kemuara hati tuan-tuan disamping menjawab pertanyaan sahabat!.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sudah sekian lama kita membicarakan soal takdir (buruk dan baik). Malahan ini adalah termasuk dalam rukun iman yang keenam!.

Dalam bahasa arab, ianya berbunyi mempercayai qadar dan qado. Dalam bahasa melayu ianya berbunyi mempercayai ketentuan Allah, samaada untung buruk atau untung baik.

Jam menunjukkan pukul 12.45 tengah malam, untuk mengelak dari tulisan ini tiba-tiba hilang,  izinkan saya mengarang bab ini melalui documents dan akan saya transfer, setelah selesai!.

Sebelum itu, untuk menjawab soalan untung baik dan untung buru itu, saya minta tuan-tuan potong seutas benang sekira-kira sejengkal!. Dengan hormatnya, saya minta tuan-tuan letakkan benang secara menegak diatas kertas putih.

Sesudah diletak diatas kertas putih dengan keadaan benang menegak seumpama huruf “alif”. Kemudian dengan menggunakan benang yang sama, saya mahu tuan-tuan buat pula bentuk hurub ba. Sesudah huruf “ba”, buat pula “ta” dan begitulah seterusnya sampai kepada huruf “ya”.

Dengan berbuat begitu, akan terjawablah segala persoalan untung baik dan untung buruk yang selama ini diperdebatkan sedari zaman dahulu kala sampai hari ini dan sampai kepada hari kiamat, tidak akan sudah-sudahnya.

Biarpun  kiamat dunia ini sebanyak 67 kali sekalipun, persoalan ini tidak akan tamat, tidak akan terjawab dan tidak akan ada penyudahnya!, seumpama perumpamaan mana dahulu diantara telur ayam dengan ibu ayam!. Namun pada hari ini, ilmu Tok Kenali akan menamatkan pencarian tuan-tuan!. Tuan-tuan tidak perlu tunggu dunia ini kiamat untuk menjawab soalan itu!. Saya akan jawab pertanyaan atau soalan itu, hanya melalui seutas benang yang panjangnya sejengkal!.

Soal untung baik dan untung buruk dan soal takdir baik dan takdir buruk atau soal ketentuan Allah baik dan buruk atas diri kita itu, akan saya jawab hanya melalui seutas benang!. Barang siapa diantara kita yang ada jawapan dan yang faham perumpamaan benang, sila kemukan jawapan  tuan-tuan untuk kita kongsi bersama. Saya tunggu jawapan tuan-tuan sebelum saya jawab pertanyaan itu?………………………….Sila kemukana jawapan tuan-tuan, apakah maksud perumpamaan benang?…………………………………….

Barang siapa megetahui rahsia disebalik benang, dia akan dengan sendirinyanya akan hilang rasa resah, rasa tidak puas hati, rasa kecewa dan rasa tidak tenang. Malahan barang siapa yang megetahui akan rahsia benang, disitulah tuan-tuan akan jumpa pengertian sebenar perkataan ikhlas, redho dan sabar. Dengan hanya megetahui rahsia benang, tuan-tuan akan dapat belajar sebenar-benar erti ikhlas, sabar dan redha!.

Jam 1.11 pagi, saya henti mengarang melalui blog ini, saya nak sambung mengarang melalui documents, bagi mengelak karangan ini hilang secara tiba-tiba!. Jika ianya hilang, untuk mengarangnya semula, ianya tidak sama dengan idea yang mula-mula!. Jawab soalan saya dulu ya……………………….

jam 10.56 tanggal 12 Dic

Belum habis saya cerita bab buruk baik, ada salah seorang pembaca blog yang mengatakan begini bunyinya “kiranya baik buruk dari Allah, bagaimanakah kiranya adik beradik saya kena rogol?. Apakah saya katakan yang ianya juga baik?”

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah. Inilah payahnya bilamana kita berhadapan dengan orang yang berpengajian feqah. Tahunya menghukum, itu salah dan ini tidak benar!.

Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya. Bilamana berlakunya perkara baik, semua dikalangnan kita, akan mengata yang ianya datang dari Allah!.

Bilamana berlakuk perkara buruk, apakah ada Allah lain?. Apakah ada Allah lain yanng mencipta buru7k?. Cuba jawab. cuba jawab dan cuba jawab?………………..

Ayat Quraan ada mengatakan bahawa “Kul Kullun Minindillah” (buruk dan baik itu, dari Allah). Baik dari Allah, apakah buruk itu, ada Allah lain yang buat?…………………..

Sebenarnya Allah tidak suruh kita lihat perkara buruk baik. Buruk dan baik itu, telah Allah cipta, telah Allah karang sekeripnya sedari alam Luh Hul Mahfuz. Apa-apa yang berlaku  itu, adalah hasil dari karangan yang sudah siap Allah cipta!.

Yang Allah suruh kita tilik dan lihat itu, bukan buruk atau baiknya,  Allah suruh kita lihat kepada titik yang disebalik huruf (lihat Allah disebalik buruk baik). Cuba baca karangan saya mengenai mengenal Allah melalui sejengkal benang dan kenal Allah melalui titik nokhtah!……………………….

Orang-orang beginilah yang banyak mematahkan semangat saya untuk terus berkaria. Dikerana kerbau seekor, habis orang lain tidak dapat ilmu. Saya tidak mahu orang menfitnah ilmu saya. Bilamana ada orang menfitnah, jadi saya tidak mahu menimbulkan lagi banyak fitnah, jadi lebih baik saya berdiam diri daripada lebih banyak fitnah!

Jadi kita lupakan sahaja bab ini, kerana sudah ada orang yang menghukum salah. Belum apa-apa, sudah hukum salah, jadi kita berhentikan sahaja bab ini disini. Supaya tidak timbul lebih fitnah!………………………

31 Replies to “Cara Mempercayai Takdir Buruk Dan Baik?.”

  1. Assalamualaikom wbt. Tuan guru dan keluarga yang dikasihi lagi dihormati.

    Sekarang pukul 1.21 pagi 9.12.12. baru balik berjumpa Tuan guru Pak Din dan Tok Kenali di Sg Buloh. Teringat untuk menatap blog tuan, rupanya ada cerita baru yang telah di poskan. Alhamdulillah saya orang yang pertama memberi respon.

    Setelah di amati dan dibawa ke diri, nyatalah benang itu umpama diri kita yang bolih di bentok mengikut kemahuan tuannya, kalau mahu di tegak, tegaklah dia, jika mahu dibengkok, bengkoklah dia, jika mahu direndam, basahlah dia, jika mahu di bakar, hangus binasalah dia. Benang hanya mengikut apa kemahuan tuannya. Benang itu tak berupaya untuk berbantah kerana dia tiada apa-apa kuasa untuk menolak dan menerima sahaja, untung baik, jadilah baik dan untung jahat jadilah jahat. Benang wajib kena patuh walaupun dia suka atau tidak suka.

    Begitulah iktibarnya pada kita, tidak berupaya untuk menolaknya samaada perkara itu buruk atau pun baik. Semuanya telah di tentukan olih Yang Maha Kuasa sejak Azali, sejak di Loh Hul Mahfuz lagi. Dengan kerana itu maka redholah kita dan ikhlas kita, kerna sesungguhnya kita ini sudah tidak ada dan sudah binasa, yang ada itu hanya Dia. Dialah penentu segalanya. Itulah ikhlas namanya kerana yang membuat itu pun Dia dan yang kena buat itu pun Dia. Jadinya tidak ada apa-apa lagi yang nak di risau, nak di bimbang, nak di pening, nak diresah, nak di sakit hati dan segalanya kerana itu adalah Afaalnya semata.

    Demikianlah firasat saya wahai tuan guru ku. Dari Saya yang Bukannya saya. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Amin.

    Liked by 1 person

  2. Salam tuan guru,saya berpendapat benang itu umpana roh atau tenaga atau pun apa dipanggil rahsia diri yang kita perlu kenal.Ianya meliputi,merangkumi seluruh alam.Kita semua adalah satu unit tp jasad dan minda kita saja yang memisahkan kita menjadi individu berbeza.Diri kita sebenarnye adalah roh yang sedang berjalaan di alam material menumpang bentuk jasad material tak kira berbentuk manusia atau haiwan.

    Like

  3. Salam tuan guru yg dikasihi.Hj Shaari,memang begitulah nampaknya jika org fekah yg dah menutup pintu hatinya.mereka mncari salah saja dlm ilmu makrifat ini.
    Maaf saya Tuan Guru namun saya dan rakan2 diluar sana tetap dahagakan ilmu hakikat makrifat ini..mungkin kerana sikap golongan inilah guru2 trdahulu banyak merahsiakn akan ilmu ini…malah mengajarnya secara sembunyi2..walai apa pun wahai guru yg dikasihi…sesungguhnya dgn blok Tuan inilah dapat saya kutip ilmu makrifat ini dan sentiasa saya membuka blog ini utk menimba ilmu2 baru dari Tuan hj..walaupun ada fitnah dan beribu seteru namun tidaklah saya ragu…ilmu ini tetap ada yg perlukannya utk dijadikan pegangngan sehingga ke tahap mengengam api hingga jadi besi.

    Liked by 1 person

  4. Tuan…orang yang sebegitu memang ada sejak azali lagi…betul ke Tuan?..makanya inilah kebesaran dan kesempurnaan DIA yang ditunjukkan..beruntunglah bagi mereka yang nampak akan hal ini…Tuan teruskanlah berkarya untuk mereka yang telah dibuka hijabnya….AMIN…perlukan bimbingan..

    Like

  5. Assalamualaikum…..Tuan Haji,
    Jangan merasa sedih dan berputus asa …..maafkanlah mereka itu ,
    sesungguhnya mereka tidak tahu dan tidak faham ……………….
    jadi jangan pedulikan kata kata mereka itu.
    teruskan perjuangan…………………….

    Liked by 1 person

    1. Terima kasih web side norrizan. Kerana telah memberi perangsang dan memberi semangat baru kepada saya. Saya juga insan sebagaimana tuan-tuan, yang terkadang kecil hati dan kecewa dengan karenah serta komen dari orang-orang yang berilmu feqah.Mereka-mereka orang Feqah, hanya nampak pokok yang bergoyang, sedangkan yang bergoyang itu sebenarnya adalah angin.

      Kerana mereka tidak nampak angin, mereka kata pokok yang bergoyang. bilamana kita katakan yang bergoyang itu adalah angin, mereka kata kita sesat!. Inilah yang menyekat orang makrifat dari terus berkaria!.

      Saya juga terkadang-kadang rasa tidak mahu lagi berkaria ilmu makrifat, kerana sering difitnah. Tetapi setelah dipertimbangkan dengan sokongan orang-orang seperti tuan, membuatkan hati saya sejuk dan kembali berkaria.
      Terima kasih kerana memberi semangat kepada saya. drp hj shaari

      Liked by 1 person

    2. Assalamualaikkum..Tuan Haji…hok segala Tuan Haji tu royak betul blake..sye menyokong ape yg Tuan hji khabarkan tersebut, hanye org yang tidak mengetahui tentang hal makrifat dn hal mengenali diri shje menganggap ape yg Tuan Hji taip tu adalah salah.. bukan senang nok senang, kalu nok islam kene naik kapal selam r..g mnyelam sampai ke dasar..ke gane Tuan Haji??..

      Like

      1. Benar kata am itu, orang buta mata hati sahaja yang tidak nampak untuk melihat Allah. Bilamana tidak dapat untuk meyelam kedasar lautan makrifat, mereka kata makrifat itu, sesat!. Belum tahu meyelam, sudah pandai memnghukum yang makrifat itu dalam!.

        Terima kasih am, krn suluhan tuan itu, teramat baik.amin drp hj shaari

        Like

  6. Assalamualiakum……… Tuan haji dan Sekeluarga yg dirahmati Allah SWT…
    Alhamdullah….
    Sebelum tu izinkan sy berbahterakan di blog Tuan Haji dan rahmat Illahi..
    sy sebenarnya dah lama menjejaki karya Tuan Haji… memandangkan tomahan yg tdk berasas serta tuduhan itu sy bangkit bersama sekalian yg ada di luar ini dgn harapan Allah SWT menberi kekuatan kpd Tuan Haji…
    Semoga ketentuan yg tertulis di luh mahfuz oleh Allah sendiri menyebelahi kpd Tuan Haji utk terus berkarya…
    Maafkan kpd mereka2 itu semoga Allah SWT menyingkap tabir hijab mereka..
    sesungguhnya mereka tdk tahu kalau mereka tahu mereka tdk begitu…

    Like

  7. slm ayahanda,
    untuk melakukan sesuatu kebaikan banyak halangannya, itulah lumrah baik pun diperkatakan orang buruk pun orang akan kata juga pendek kata manusia ni memang cepat menjatuhkan hukum. seorang dua yang tak suka beratus yang suka harap ayahanda akan tetap menyampaikan ilmu ini walaupun berhalangan. semua adalah dari gerak Allah. Amin.

    Like

  8. Untung baik Iman dan Taat…untung jahat Kufur Maksiat, kedua-duanya dari Allah ……..yang baik atas dorongan Muhammad (Nyawa) yang jahat atas dorongan Iblis (nafsu)fikir – fikirkan lah…

    Like

  9. Salam, Alhamdulillah menarik sunggoh tulisan ustaz hj Shaari dan menarik juga jawapan tuan ishakahmad: “…..Jadinya tidak ada apa-apa lagi yang nak di risau, nak di bimbang, nak di pening, nak diresah, nak di sakit hati dan segalanya kerana itu adalah Afaalnya semata”.

    Saya yang tak kisah ini tertarik hati dengan kata-kata di atas, kalau boleh tuan haji Shaari jelaskan batas-batas kedudukan kita sebagai hambaNya apabila kita diam dalam tidak ada apa-apa lagi yang nak dirisaukan, nak dibimbang, … kata-kata yang seterusnya itu Alhamdulillah terasa ketenangannya. Apa yang meresahkan saya yang tak kisah ini adalah rasa takut dan harap tetap ada tetapi tidak melampaui batas sehinggakan memeningkan kepala dan menyakitkan hati kerana semuanya daripada Dia jua.

    Boleh ya tuan haji Shaari terperincikan, mudahan rasa keresahan saya ini kembali tenang dengan penjelasan tuan haji, insya-Allah.

    Liked by 1 person

  10. Assalamualaikum…Tuan Guru, Bagi saya persoalan td tu sudah Tuan Guru Jawab & Terjawab degan jelas. ini pjlelasan Tuan Guru.. Di sebalik org yg persoalkn adik kena rogol…Kiasan yg cukup mndalam. ini jwpan yg Tuan Guru Jelaskan …Bila mana berlaku perkara baik kbnyakan di antara kita akan mngata baik itu datang dari Allah swt, Bila mana Berlaku perkara buruk kbnyakan kita berkata sebalik nye.. Adakah Allah lain yg mndatang perkara buruk? jawapannye tiada Allah lain.. Kul kullun Minindillah (Buruk & baik itu dari Allah). Maaf Tuan Guru itu kefahaman yg sy dpt fhm dari mneliti mksud di sblik mksud. Suka Cita nye sy kenal kn Diri Saya, saya Shabre Dari Tnah Merah.. Sy Di Bimbing Oleh Tuan Guru Sikal iaitu adinda Tuan Guru..Terima Kasih Tuan Guru. Tangal 03April2013 ape yg telah terbuku dgn penuh persoalan ape yg di bawa & ape yg cuba sy fahami Tentang kembali kn semula hak mutlak Allah swt, Alhamdulilah Tuan Guru Sikal Hari ni sudah MENGIAKAN ape kefahaman yg sy Fahaman. Rahsia Allah. Alhamdulillah setinggi syukur kepada Allah sy panjatkan. Maaf Tuan Guru sekiranye sy Terlebih berbicara.. sy baru bertatih.. degan rendah diri di atas kbodohan & kejahilan sy mohon Tlg Tuan Guru pimpin sy. WALLAHHUWAKLAM…

    Like

  11. Tuan Guru yang dikasihi.

    Hamba rasa belajar Ilmu KENAL ini sebenarnya tidak susah. Yang susahnya adalah memahamkan orang-orang yang tidak KENAL dan tidak mahu KENAL. Namun, pada pendapat hamba, mereka ini tidak pula salah kerana mereka mengenal dari sudut pandangan yang lain. Bagi orang Makrifat, KENAL mereka itu mungkin KENAL yang salah dan perjalanan ilmu mereka mungkin tidak sampai, tetapi bagi mereka, mereka merasakan ilmu yang mereka ada itulah yang benar, dalil-dalil merekalah yang betul, kerana mereka menilik dari sudut pandangan yang berbeza. Gambaran satu sudut itu saja yang mereka nampak, maka gambaran itulah yang betul bagi mereka. Bak cerita Tuan Guru tentang 4 orang buta mengenal gajah. (rujuk buku Mengenal Diri, ms 170) Ada yang kata macam tali, ada yang kata macam batang kelapa, ada yang kata macam pokok pisang, ada yang kata macam tempayan air. Bertambah malang bila duduk bawah pokok ditimpa ranting, maka berbalah lah mereka. Apakah orang celik yang melihat gajah dengan terang lagi nyata pun nak berbalah seperti mereka? Biarkan… Biarkan… kerana semuanya telah tertulis…

    Harap Tuan Guru dapat menghuraikan topik ini kerana lebih ramai lagi insan celik yang ingin melihat gajah tanpa berbalah.

    Terima kasih.

    Like

    1. Org makrifat itu, tdk bergaduh dan tdk menuduh org lain salah. Ayam panggil anaknya makan tdksama dgn cara itik panggil anaknya makan. unta dan tidak sama dgn harimau pangggil anaknya makan, lemubu panggila naknya makan tdk sama dgn kucing. Tetapi Semuanya memanggil melalui kaedah dan caranya maing2. anak-anak merika tetap datang .

      Bahagia kelawar tidur dgn cara berjuntai. bahagianya ayam tidur cara berdiri dan kita bahagia tidur dgn cara baring. Semuanya menuuju bahagia. Jadi org makrifat itu, memandanng semuanya benar belaka!. benar belaka dan benar belaka……………………… drp hj shaari

      Liked by 1 person

  12. tuan guru yg di kasihi..teruskan lah berkarya..puas sudah saya mencari..dosa pahala juga yg saya jumpa..melalui pergaulan dg orang tua2 baru saya mendengar kisah begini..tentang takdir..saya tak mampu mencipta walau sezarah keburukan dan mencipta sezarah pun kebaikan..yg ada hanyalah ‘alhamdulillah’..

    Like

  13. asamamualaikum tuan guru..saya ada sedikit persoalan yang membingungkan saya..sekain lama saya mencari jawapan dan bertanya dengan banyak guru..Saya yang lemah lagi hina sebenarnya masih belajar dan mencari yang Maha Esa.. bermacam aliran telah saya terokai.. tapi bukan secara mendalam disebabkan faktor persekitaran tempat kerja saya yang kurang sesuai.. dan dalam setiap aliran dan guru2 yang ditemui.. soalan ini yang akan saya huraikan sebentar lagi saya tujukan.. bukan berniat mahu menguji ilmu sesiapa.. seriously saya ingin mengetahui.. saya yakin.. Allah tidak memberikan ilham kepada saya dengan persoalan ini jika tiada jawapannya..

    SEGALA YANG BERLAKU PADA KITA SETIAP HELA NAFAS DAN DEGUP JANTUNG KITA ADALAH PERBUATAN ALLAH.. SETIAP ILHAM DAN AKAL FIKIRAN KITAPUN ADALAH DARI ALLAH.. SEKALIPUN PADA SEKETIKA DIHASUT IBLIS DAN SYAITAN.. SEMUA ATAS KETENTUAN ALLAH.. PENDEK KATA SEPERTI YG SUDAH TERSIRAT DI LUH MAHFUZZ… BENAR?? SOALAN SAYA MENGAPA WAJIB ADA SYURGA DAN NERAKA ?

    MENGAPA ALLAH MURKA AKAN HAMBANYA SEDANGKAN DIA YG MELAKUKAN SEMUANYA.. TIADA DAYA BAGI HAMBANYA WALAU SEDIKIT.. AKU BERBUAT MUNKAR.. AKU DITERJAH KE NERAKA.. APA SALAHKU?? SEDANGKAN DIA YG MELETAKKAN AKU DALAM SUASANA MUNGKAR ITU.. AKU BERBUAT BAIK.. AKU DIKURNIAKAN SYURGA SEDANGKAN AKU TIDAK MEMINTA AKANNYA.. YG AKU MAHU CUMA KASIH DAN SAYANGNYA..”

    Tuan faham bukan? apa yg saya persoalkan di atas.. maafkan saya kerana saya yang bodoh ini tidak pandai menyusun kata2.. saya tulis apa yang terlintas di kepala sahaja.. harap maaf..

    Like

    1. Selagi kita ingat kita itu masih ada, selagi itulah adanya syurga dan neraka. Cuba bayangkan bilamana kita sudah tidak ada!. Bilamana kita tidak ada, bererti makhluk lain juga tidak ada, termasuklah syurga dan neraka. Kita dan makhluk lain (termasuk syurga dan neraka) itu bersifat dengan sifat tidak ada!. Yang betrsifat ada itu, hanya Allah.

      Cuba ingat pesan saya, berulang kali sy berpesan, hidup kita ini, jangan sampai terlihat adanya diri. Diri kita yang kita sanggkakan ada itu, sebenar dan sesungguhnya sudah tidak ada sedari di dunia dan sedari sekarang lagi. Bilamana kita mati atau berpindah dari alam dunia ke alam kekal, kita masih lagi tetap tidak ada. Yang kekal bersifat dengan sifat ada itu, adalah sifat Allah!. Bilamana hanya Allah yang bersifat dengan sifat kekal, bererti kita bersifat denngan sifat tidak kekal dan bilamana Allah yang bersifat ada, bermakna kita bersifat dengan sifat tidak ada.

      Bilamana kita, seluruh makhluk termasuk syurga dan neraka sudah tidak ada, sudah binasa, sudah karam, sudah lenyap dan sudah lebur dalam wajah Allah, apa lagi yang tinggal?. Cuba jawab pertanyaan saya, yang ada itu sifat siapa?. Jika Allah bersifat ada, erti kita bersifat apa?…………………..

      Jika makhluk bersifat tidak ada, tidakkah syurga dan neraka itu juga makhluk!. Jika syurga dan neraka itu bersifat makhluk, bererti syurga dan neraka dan kita itu, tidak ada!.Jika Allah ada dan makhluk ada, bererti kita dalam berkeadaan syirik……………………..

      SEBAB Allah jadikan syurga, neraka, diri kita dan alam itu, adalah bertujuan bagi memperkenalkan diriNya, bukannya bertujuan untuk memperkenalkan syurga, neraka atau kita!. Oleh itu, bilamana kita lihat diri kita, lihat syurga, lihat neraka dan lihatlah makhluk seluruhnya, sesungguhnya itulah wajah Allah. Bilamana semua makhluk bersifat wajah Allah, mana ada lagi wajah selain Allah dan mana ada lagi wajah syurga, neraka atau wajah makhluk lagi!.Pandang yang satu kepada banyak dan pandang yang banyak kepada yang satu, maka leburlah yang lain………………..

      lIHAT SYARAHAN SAYA DALAM DVD, ADA TERJAWAB DGN PANJANG LEBAR, tak termuat utk diceritakan disini

      Like

  14. Assalamualaikum….Tuan Guru dan sahabat sekalian…….pd fahaman saya yg jahil ni….kita hanya ikut skrip yg telah siap tertulis di Loh Mahfz….kerana roh kita itu amat taat dan takut pd Allah….baik ke buruk ke…..terima jer lah…usaha kita pun dtg dr Allah…..semua Dia yg punya……jadi dlm bahasa yg lain lain ikut suka Allah la nak buat apa pun…..semua Dia….kita x de pun…..wujud pun x…

    Like

  15. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh buat Tuan Guru dan seisi keluarga.

    Izinkan saya berkongsi kalam yang sedikit lagi dhaif ini dalam membantu merungkai kekusutan ‘benang yang bersimpul’.

    Jawapan saya pada pembaca blog itu adalah ‘tidak. Perkara yang berlaku pada ahli keluarganya itu adalah suatu perkara yang buruk.’

    Dalam mencari jawapan yang haq, beristighfar seikhlasnya, redamlah segala amarah dan ‘kembalikanlah’ segala sifat (kudrat, iradat, ilmu, hayat, sama’, basar, kalam) kepada Allah SWT.

    Setelah itu ’tiliklah’ ayat ini ‘La haula wala quwwata illa billah’ sedalam mungkin.

    Sesungguhnya qada dan qadar@baik dan buruk itu segalanya datang dari Allah SWT. Dan segalanya itu juga telah tertulis di Luh Mahfuz.

    Pada tilikan ‘syariat’, ada pun segala yang berlaku itu adalah ujian dari Allah SWT pada makhluknya. Dan sudah pasti ujian@‘titik hitam’ yang berlaku itu, akan mempengaruhi ‘jiwa dan raga’ mereka yang diuji.

    Maka timbul persoalan yang baru. Bagaimana hendak menerima ‘titik hitam’ yang telah berlaku dan mengharungi kehidupan seharian?

    Sesungguhnya ramai yang tidak ‘mampu’ menangani@mengurus ‘titik hitam’ ini dengan sebaik mungkin dalam hidup mereka seharian. Sehingga ada yang menjadi kemurungan, tekanan jiwa@sakit jiwa, membunuh diri, malah menyalahkan takdir seumur hidup mereka. Jika sudah menyalahkan takdir, maka sudah pasti menyalahkan Allah SWT. Na’uzubillahiminzalik…

    Maka disinilah perlunya tilikan ‘hakikat’, Kerana tilikan hakikat ini akan ‘membantu’ makhluk itu dalam ‘menimbulkan’ sifat positif, sabar dan menerima ketentuan Allah SWT pada dirinya. Malah tilikan ‘hakikat’ juga akan menjadikan ‘titik hitam’ yang telah dilalui itu, untuk tidak akan lagi memberi ‘bekas’ pada kehidupan mendatang.

    Yang paling penting, tilikan ‘hakikat’ akan mengelakkan dirinya dari berlaku syirik dan derhaka kepada Allah SWT.

    Sekadar berbagi, mohon ampun dan maaf jika ada kesilapan. Wallahu’alam.

    Like

  16. itulah kenapa kita harus belajar ilmu syariat agar memahami baik dan buruk agar ada pertimbangan dalam diri kita melangkah dan memilih. karena ketika kita memilih baik dan memilih buruk adalah diliputi Allah jua. (semoga terbuka segala hijab di dalam diri)

    Like

  17. Assalamualaikum..Tuan Guru..saya ada satu persoalan..bagaimana terwujudnya berbagai agama seperti islam,budha, hindu dan lain2. Sedangkan manusia ini bermula daripada Adam..Bukankah Adam sudah mengenali Allah sejak azali lg..terima kasih..

    Like

  18. Assalamu’alikum Aba sharri
    Benang bisa di jadikan kain,terus di jadikan Pakian atau baju,dan jangan lupa benang ,kain, pakaian atau baju berasal dari kapas
    Maka di setiap kejadian baik atau buruk semua berasal asal mula kejadian yaitu Allah sendiri,maaf hamba yg Do’ib🙏

    Like

Leave a comment