Konsep Penyerahan Diri Melalui Najis

BAGAIMANA KONSEP PENYERAHAN DIRI MELALUI NAJIS ?

Masih ramai yang bertalipon dan sms bertanyakan cara-cara penyerahan diri!

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Adapun penyerahan diri kepada Allah itu, telah berulang kali saya nyatakan didalam kitab dan didalam blog, tetapi masih lagi ada orang yang tidak faham. Sebagai seorang cikgu yang fakir jiwa dan lemah akal ini, tidak akan jemu-jemu menjawab.

Mari kita belajar penyerahan diri melalui kaedah lain dari yang terdahulu. Kiranya kaedah dahulu tidak boleh mendatangkan faham, mari saya ajar pula kaedah baru . Mana tahu dengan izin Allah, kaedah atau pendekatan baru ini, boleh memberi menafaat!

Adapun kaedah yang baru ini, saya ambil cara mudah untuk difahami. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Adapun cara menyerah diri kepada Allah itu, hendaklah difahami konsepnya sebagaimana konsep “membuang air besar!”.

Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian, apakah najis yang tuan-tuan lepaskan itu, perlu difikirkan lagi sesudahnya?. Apakah najis yang tuan-tuan lepaskan itu bertujuan untuk diambil semula?. Apakah yang kita buang itu, kita fikir untuk diambil balik sebahagiannya atau diambil balik kesemuanya?.  Apakah kita fikir najis itu akan pergi kemana dan apakah kita masih terfikir akan jadi apa najis itu sesudahnya?.

Tentu tidak bukan?. Kiranya tuan-tuan tidak lagi memikirkan apa yang akan berlaku setelah najis dilepaskan keluar, begitu juga dengan diri kita!. Selepas kita serahkan diri kita kepada Allah, kita tidak lagi perlu memikirkannya lagi. Begitu juga dengan konsep penyerahan diri kepada Allah!. Setelah kita serahkan diri kepada Allah, serahlah sepenuhnya!. Serahkan segala-galanya, sehingga sampai kepada tahap tidak ada apa-apa lagi yang hendak diambil kira atau tidak ada apa-apa lagi yang perlu diambil kembali!. Lepaskan segala diri kepada Allah, sebagaimana lepas keluarnya segala najis dari tubuh!.

Biarlah kita serah segalanya kepada yang Maha Berkuasa untuk mengaturkannya!. Tidak perlu lagi kita fikir-fikirkan apa-apa.  Setelah keluarnya najis dari perut kita, kita tidak lagi perlu untuk memikirkannya apa-apa!. Serah seserah-serahnya kepada Allah!. Biar Allahlah mengaturkannya. Allah jadikan kita, biarlah Allah juga yang mengaturkannya kelakuan gerak kerja dan tidur bangun kita!. Tidak mungkin Allah yang menjadikan kita dari bersifat tidak ada kepada bersifat ada, selepas diadakan dan selepas jadikan Allah, masakan mungkin Allah tidak pandai untuk mengaturkannya?.

Wallah hu kholakokum wama takmalun” (Allah jadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat). Dari Firman ini, tidakkah kita yakin yang bahawasanya, segala-gala yang terjadi dan yang berlakuk keatas kita, segalanya adalah datangnya dari ciptaan Allah, samaada ciptaan Allah itu berkonsepkan konsep baik atau konsep buruk . “Kul kullun Min indillah” (segala buruk baik itu, datangnya dari Allah). Dari angapan atau dari pandangan kita, kita katakan yang sesuatu itu buruk, sedangkan dari pandangan serta anggapan Allah, perkara itu adalah baik!. Sesungguhnya buruk atau baik itu, bukan dari pandangan kita, biar kita serahkan perkara buruk baik itu, kepada pandangan atau kepada anggapan tuan yang mencipta!.

Begitulah penyerahan diri kepada Allah Taala. Jawapan saya ini, jika sekali pandang, nampaknya keji atau jijik, tetapi demi untuk mencari kaedah mudah untuk difahami dan bertujuan untuk memberi faham dengan cara senang dimengerti, saya terpaksa juga gunakan kaedah ini, biarpun kelihatannya agak jijik!. . Kaedah lain sudah saya sampaikan berulang kali, ternyata masih ramai lagi yang tidak faham!. Mudah-mudahan dengan kaedah keji ini,  boleh mendatangkan faham!.

YANG BANYAK MENJADI SATU!

Penyerahan diri kepada Allah itu, hendaklah bulat dan padu!. Bulat atau padunya penyerahan diri kepada Allah itu, hendaklah kamil sebagaimana kamilnya najis!. Asalnya najis dari berbagai-bagai campuran. Kita makan nasi, makan ikan, makan sayur, dicampur pula dengan buah-buahan, bubur kacang, air cendul dan berbagai-bagai jenama telah masuk kedalam perut!. Setelah keluar dari perut, apakah dapat kita beza-bezakan?.

Segala-galanya telah menjadi satu. Begitulah juga konsep penyerahan diri kepada Allah!. Kita jangan serah sebahagian dan sebahagian lain kita pakai!. Seumpama kita serah segalanya anggota tubuh kepada Allah dan serahkan anggota tubuh bagi mengabdikan diri dibawah penjagaan dan pengawasan Allah.  Manakala dari segi penyerahan anggota akal fikiran, kita masih beranggapan bahawasany akal fikiran, ikhtiar dan usaha itu, milik kita !. Itu bererti penyerahan yang tidak sempurna, tidak suci dan tidak habis!.

Kita mendakwa berserah diri sepenuhnya kepada Allah, tetapi dalam masa yang sama dalam hal yang bersangkutan dengan  harta pencarian, kita masih beranggapan yang harta kekayaan itu, adalah hasil dari pencarian kita!. Kita mendakwa berserah diri kepada Allah, tetapi dalam masa yang sama, kita masih lagi berfikir yang anak isteri itu dibawah penjagaan kita!.  Ini semua memberi gambaran kepada kita yang bahawasanya, penyerahan kita itu, belum sempurna lengkap!. Masih ada lagi sebahagian berserah kepada Allah dan ada sebahagaiannya lagi masih bergantung harap kepada usaha dan ikhtiar kita!.

Penyerahan seumpama itu, bukan secara sepenuh penyerahan!. Tidak sebagaimana penyerahan semasa membuag najis (membuang buang air besar!). Bilamana kita berserah diri kepada Allah, hendaklah berserah segala-galanya. Termasuk harta, anak isteri dan termasuk usaha dan ikhtiar akal!.

DIRI KITA ITU, SEBENARNYA DALAM BERKEADAAN KOTOR?.

Diri kita itu kotor, sebagaimana kotornya najis!. Diri yang menyerah diri kepada Allah, barulah dikatakan diri yang bersih!. Barang siapa yang tidak berserah diri kepada Allah secara total (secara mutlak), diri kita itu, adalah kotor sumpama najis!. Sekotor-kotornya najis tahi itu, sesungguhnya terlebih kotor diri berbanding najis tahi, bagi sesiapa yang tidak berserah diri kepada Allah!.

Itulah makanya Islam itu, memperkenalkan konsep berwudhu atau mandi hadas (junub). Adalah kerana bagi mengambarkan bersuci. Bersuci itu bukan sahaja pada anggota tubuh badan, bersuci sebenar itu, adalah bersuci dari segi berserah diri kepada Allah Taala!. Itulah sebenar maksud bersuci dan mandi wajib!. Dan itulah juga konsep berserah diri kepada Allah!.

10 Replies to “Konsep Penyerahan Diri Melalui Najis”

  1. Tuan Guru ku yang dikasihi.

    Sungguhpun najis itu perkara jijik tetapi tuan telah menyempurnakan maksud yang mahu tuan sampaikan. Terima kasih, analogi ini diharap dapat memberi faham kepada sahabat-sahabat yang masih kabur. Sesungguhnya kembalikan diri kita itu seperti najis yang tidak akan kita ingat lagi selapas membuangnya. Itulah maksud tuan guru dikala kita mengembalikan hak kepada yang berhak. Jangan tinggalkan lagi walau pun sehelai bulu. Amin.
    Terima kasih Tuan guru.

    Like

  2. Tuan Guru yang di kasihi lagi bijaksana.

    Nampaknya tajuk ini tidak mencuri perhatian ramai. Banyak yang jijik dan keji kerana bunyinya najis. Tahukah kita bahawa tubuh yang dibawa itu lagi lebih kotor dan lebih najis dari najis besar itu?.

    Apa lagi cara, gaya yang tidak tuan gunakan bagi memahamkan kami yang buta tapi celik ini. Anika cara telah di hemburkan buat peminat setia blog ini. Bukit Thursina sudah, Cara mati sudah, cara tidur pun sudah, kini cara buang air besar pula di analogikan kepada pembaca buat memahamkan erti penyerahan diri kepada Allah.

    Apa sebenarnya yang hendak di SERAH ?, Apa yang kita (manusia/makhluk) itu ADA atau kita yang PUNYA?. Kita ( Makhluk) itu sebenarnya, TIDAK PUNYA APA-APA PUN walaupun sehelai bulu. Jadi bagaimana untuk kita menyerah. Apa yang nak di serah?. Umpama orang miskin, masakan dia bolih menderma atau menyerahkan sesuatu yang beliau tidak punya?. Begitu juga kita, kita ini tidak punya apa-apa, yang ADA itu, baik diri kita, rumah kita, isteri, anak-anak kita semuanya milik Allah. Kalau anda tidak percaya lagi, cuba anda tunjukkan atau buktikan milikkan itu. mana suratnya?, mana gerannya dari Allah untuk tuan mengaku semua itu milik tuan. Tentunya tidak adakan. Kalau tidak ada itu tandanya tuan tidak punya apa-apa. Jadi “rasa” atau “merasa” memilikki itu hendaklah terlebih dahulu di buang, di tanam, dibakar, dihanyut, dibinasakan dan ditiadakan hingga timbul “kesedaran/kefahaman” sebenarnya yang ADA itu hanya Allah semata. Setelah hijab ini dibuang barulah sebenarnya dikatakan mati sebelum mati. Itulah yang dikatakan sebenar-benar penyerahan kepada Allah atau Allah dengan Allah. Andai ini masih menjadi keraguan, dan was-was, kiamat 67 kali pun, kita tidak dapat memahaminya.

    Bukankah setelah membuang najis itu kita tidak ingat apa-apa lagi pada najis itu. Itu tandanya benar-benar berserah hingga tidak ingat lagi. Iktibar tidak ingat selepas membuang air besar itulah yang hendak di terapkan kepada diri supaya melakukan penyerahan yang sedemikian hingga tidak merasakan adanya diri ini lagi. Setelah tidak adanya diri, barulah yang ada itu hanya Allah. Setelah adanya Allah, menyatalah Dia dgn Dia. Damailah Dia disana tanpa huruf, tanpa suara dan tanpa kata-kata. Demikianlah halnya. Wallahhualam. Amin.

    Terima kasih Tuan Guru, pohon pencerahan dari saya yang bukan SAYA.

    Like

  3. La hawla wala quwatta illa billah… cukup tersentuh dengan penjelasan tuan haji. nampak begitu mudah tetapi sukar untuk saya kerana masih “kotor”.

    Like

  4. salam, amat mudah difahami.. terima kasih ust, diharap pada sesiapa yg berfikiran negatif, sila baca dahulu apa yg ustaz haji ashaari ceritakan hingga akhir bagi mengelakkan kita semakiin tidak faham jika diberhentikan krn berhati2 dari fitnah

    Like

    1. Terima kasih kepada Allah, krn mengurniakan insan yang faham ilmu makriat sepeti tuan!.Ilmu makrifatullah itu, adalah ilmu Allah. Hanya Allah shj yang boleh memberi faham akan ilmu ini.Mereka yang tidak faham ilmu makrifat (ilmu mengenal Allah) selalu muduh sesat dan ada yang meminta supaya saya menutup dan memberhentikan dari berkariya makrifat!. Kiranya saya tidak meghebahkan, siap dan bilakah lagi masanya untuk orang tahu ilmu makrifatt?.
      Terima kasih atas sokongan tuan.drp hj shaari

      Like

  5. wa illallaahi turjaaul umur…kepada Allahlah kembali segala urusan baikka buruk ka, kecil ka besar ka, elok ka buruk ka, wangi ka busuk ka, haram ka halal ka, najis ka suci ka semuanya kembali kepada Allah jua…..benarlah separti kata ayahanda guru….serah…serah…serahkan semua kepada Allah biar Allah yang mengaturkan apa sahaja yang ia kehendaki……kita ini siapa ?…takada siapa siapa….yang ada hanya Allah..hanya Allah dan hanya Allah.Orang yang telah mati adalah orang yang telah tiada…umpamanya bila kita bertanya kepada seseorang mengenai seseorang yang sama dikenali…’ Di mana si anu, kawan kita , lama tak nampak/ saudara kita menjawab maaflah ni nak bagi tahu mu kawan kita tu dah tiada…dah meninggal( Mati )…jadi orang mati itu adalah orang yang tiada…tiada….tiada

    Bagi orang yang mengenal diri dan mengenal Allah..dirinya dah mati sebelum mati……yang ada haya Allah…hanya Allah dan hanya Allah.Walahuaalam

    Like

Leave a comment