Menebang Pokok Biarlah “Di Dalam” Biji ?.

Menebang pokok biarlah “Di Dalam” Biji?

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Seminggu saya tinggalkan meja komputer, kerana berkelana ke Negeri Dibawah Bayu. Rasanya teramat rindu untuk terus berkaria.

Pada jam 7.25 petang, tanggal 30hb Okt. Jejari tangan bagaikan terpanggil untuk meneruskan coretan.  Tajuk pada malam ini, adalah “menebang pokok di dalam biji”.

Mari kita sama-sama megembara bersama saya dengan menaiki bahtera usang, yang tiada layar dan tiada kemudi lagi bernahkhoda kepada seorang nahkhoda yang telah lama mati!. Nahkhoda yang selalu menerima kritikan, cacian, cemohan dan kejian dari segenap penjuru!.

Namun sebagaimana amanat ayahnda, “patah sayap,paroh akan ku tonggkat jua”. Perjuangan ini, akan tetap ku tempoh jua, biar rintangan badai yang melanda diri, biar sekalipun dihujung mata pedang!. Liku-liku perjalanan orang makrifat itu, sudah sememanngnya begitu. Lagikan Nabi Besar Junjungan kita Muhamad Rasulullah, lagikan dikeji, dimaki, dihina, dibaling dengan batu dan najis, namun perjuanganya tetap tidak membeku!.

Orang selalunya berkata menebang pokok diatas permukaan bumi, namun ilmu makrifat itu, mengejar kita menebang pokok “didalam benih”!. Bagaimana mungkin menebang dahan, ranting, batang dan akar didalam benih?. Yang kedua, membaling batu didalam sungai, sehingga kembali timbul dipermukaan air?. Ilmu ini seumpama mata mencari kening?. Sebagaimana pantung Tok Kenali;

Pucuk paku sayurpun paku,

Dimasak oleh ulamak seberang.

Tengoklah aku, tiliklah aku

Aku berada ditempat terang.

Bahasa-bahasa sebegini, jarang tedengar dan jarang  tergambar dalam fikiran. Namun sesungguhnya, inilah keunikkan, kehalusan dan ketinggian ilmu makrifat!, yang tidak ramai orang yang memahaminya. Bahasa makrifat itu, adalah bahasa seni lagi halus!. Bahasa-bahasa sebeginilah selalu dipandang serong oleh golonag feqah!. Dikeranakan tidak faham untuk menyelami, maka dituduhnya ilmu ini sesat atau salah!.

Mencari nama Allah yang tersembunyi itu, bukannya suruh kita meletak nama yang baru!. Nama Allah yang tersembunyi itu, tidak akan dapat dilihat melalui mata zahir mahupun mata batin. Tidak akan sama-sekali terpanggil melalui bibir mulut seorang pendusta besar (yang hanya tahu sebut)!.

Carilah nama yang tidak perlu dipanggil melalui mulut, tidak terlihat melalui mata, tidak terdengar melalui telinga dan tidak tersentuh melalui tangan!. Apakah itu?. Inilah bahasa-bahasa ayahanda saya dahulu, dalam mengajar ilmu makrifat kepada murid-muridnya!. Menebang pokok itu, biarlah didalam benih!.

Segala-galanya Telah Tersedia Ada!

Didalam sebiji benih, memang sudah tersedia akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga dan buah!. Kenapa tuan-tuan tidak nampak?. Cuba tuan-tuan ambil biji benih dan tolong belahkan!. Sila belah biji benih dan lihat dan lihat dan lihatlah, apakah ada nama, apakah ada nama akar, apakah ada nama batang itu, apakah ada nama dahan dan apakah ada nama……………………………..

Disitulah tersembunyinya nama yang satu, disebalik 99 nama!. Untuk itu, kenalilah diri rata-rata, moga-moga mengenal Allah nama yang nyata!.

Untuk mengenal diri, mari kita pakai ilmu Tok Kenali. Ilmu Tok kenali dalam mengenal Allah itu, beliau megambil dalil, iktibar atau kiasan dari menebang dahan,  menebang batang dan mengenal buah yang didalam biji!. Setelah yang didalam biji roh dapat ditebang,  barulah mengenal ia akan Allah dengan terang lagi nyata!.

Mana yang dikatakan benih?. Yang dikatakan benih itu, adalah diri kita yang batin!. Mana yang dikatakan batu yang dilempar kedalam sungai,  kembali timbul dipermukaan air. Batu yang kembali timbul dipermukaan air  itu, adalah batu diri kita yang batin. Tengelamnya batu “diri zahir”, maka timbullah kembali batu diri yang sebenar-benar diri dipermukaan air!. Bukan batu itu, bermaksud kerikir atau batu bukit. Yang dimaksudkan batu yang timbul itu, adalah batu diri batin kita sendiri!. Itulah makanya belajar ilmu makrifat itu, jangan tebang batang yang diatas tanah, tetapi tebanglah “batang yang didalam benih!”.

Jangan cepat melatah menuduh sesat!

Itu makanya bila belajar ilmu makrifat itu, jangan cepat melatah, dengan tuduhan sesat dan tuduhan salah!. Yang sesat dan yang salah itu, adalah fikiran kita sendiri. Fikiran yang disogok dengan ilmu feqah yang menebal!. Belum habis belajar sudah pandai tuduh sesat dan sebagainya. Tuduh orang sesat itu, memang mudah, tetapi yang menuduh sesat itu, apakah boleh menceritakan ilmu yang tidak salah kepada kita?. Mereka hanya pandai tuduh sesat tetapi yang tidak sesat, mereka tidak pandai untuk menceritakannya!. Untuk itu, dihari-hari muka, saya minta  berhati-hatilah dengan lidah tuan-tuan kiranya belum cukup ilmu didada!.

Untuk menimbulkan batu, tengelamkan diri zahir mu.  Dari situ, akan timbullah batu yang batin.  Seteah timbulnya batu yang batin, maka terzahirlah roh. Setelah terzahir roh, maka timbullah nama yang tersembunyi.  Nama yang tersembunyi itu, akan dengan sendirinya ternyata dengan senyata-nyatanya, bilamana diri zahir telah dikuburkan!.

Cuba tuan-tuan bayangkan sekiranya diri kita tengelam didasar sungai atau didasar lautan!. Yang tengelam itu, adalah jasad, manakala roh atau diri batin kita, tetap berada diatas. Seumpama kita lemas dalam sungai, sungguhpun diri zahir lemas, namun diri batin kita, tetap naik dan tetap berada diatas tebing atau berada dipermukaan air meminta tolong!. Semasa diri tengelam atau diri berada didasar sungai, serasa ingin meraung atau memekik, supaya suara kita kedengaran orang!.

Sungguhpun diri zahir kita telah dikatakan tengelam, tetapi diri batin kita, tetap timbul. Seumpama kita merantau dinegeri orang. Biarpun diri zahir merantau jauh, namun diri batin tetap berada di kampong halaman. Tambahan pula  bilamana buah hatinya berada dikampung!.

Setelah segala-galanya kita matikan didalam wajah Allah, pada diri kita, apakah lagi yang tinggal?. Mulut sudah tengelam mata, telinga, hidung dan segalanya bilamana sudah tenggelam, bolehkah lagi kita bersuara?…………………………………………

Yang bersuara itu, bilamana ada diri dan bilamana adanya sifat mulut. Bilamana diri dan sifat mulut sudah karam didasar lautan wajah Allah, mana ada lagi diri dan mana lagi adanya mulut?. Bilamana tidak ada diri dan tidak ada mulut, mana lagi yang dikatakan berhuruf dan bersuara?. Tetaplah ia tidak bersuara dan tidak berhruf, bilamana sifat anggota jasat yang zahir berserta dengan anggota-anggota lain, akan dengan sendirinya turut lebur dalam wajah Allah!.

Segala nama 99 atau 100 atau 1,000, atau 3,000 atau sejuta itu, segalanya akan turut lebur dalam nama yang satu!.Yang satu itulah, yang dikatakan tidak berhuruf dan tidak bersuara!.

Jam sudah menunjukkan pukul 10.19 malam. Rasa megantuk perjalanan dari Sabah semalam masih terasa. Maklumlah dari bandar Tawau hendak kebandar Sandakan, memakan masa hampir 9 jam. Manakala dari bandar Sandakan hendak ke Kota Kinabalu, hampir 9 jam. Berpatah balik pula keesukkan harinya ke Sandakan memakan masa pula hampir 8 jam lebih. Cuba bayangkan, namun demi menegakkan ilmu yang kosong itu, kami tetap berbangga dengan keletihan itu. Sesampainya rumah, barulah ianya terasa penat!. Penat namun hati tetap senang. Senang dengan sambutan orang ramai yang menghadiri ceramah dari seorang nahkhoda yang mati bersama bahtera yang usang!. Terima kasih Tuhan……………………………………………….

Proses Untuk Sampai Kepada Tahap Mengenal Allah!

Untuk sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah terlebih dahulu melalui proses sebagaimana  proses yang dilalaui oleh ulamak-ulamak terdahulu!. Seumpamanya

Pertama; Bertaubat!

Apakah itu bertaubat?.

Bertaubat mengikut bahasa feqah, adalah memuhun ampun atas dosa-dosa silam!.

Mengikut kefahaman atau suluhan melalui kaca mata ilmu makrifat, bertaubat itu, “bukan sahaja” memohon ampun diatas dosa-dosa silam!.

Segala dosa atau segala pekerjaan keji, buruk dan pekerjaan jahat yang kita kerjakan itu, bukan dari kehendak, keinginan atau bukan dari ketetapan kita!. Sebelum kita perbuat sesuatu itu, sesungguhnya ketetapan buruk atau baik itu, adalah datangnya dari ketetapan Allah!.

Jadi mengikut fahaman ilmu makrifat, bertaubat itu bukan sahaja memuhun ampun segala dosa-dosa. Adapun eartaubat mengikut suluhan ilmu makrifat itu, adalah bertujuan bagi “megembalikan hak kepada yang berhak!”. Membersihkan diri dengan menyerah semula segala pekerjaan, segala kelakuan dan segala baik buruk kepada tuan punya yang asal!.

Kita Bersifat Tidak Ada Daya Upaya!.

Kita bersifat “la khaulawala Kuuwataila Billah Hilali yilazim” (tiada daya upaya kita untuk mengerak atau menahan).  “La tataharoku Illa biiznillah” (tidak bergerak sebesar zarah, jika tidak izin Allah).  Segala buruk atau baik itu, sesungguhnya adalah kepunyaan Allah. Jadi bertaubat mengikut kefahaman ilmu makrifat itu, adalah megembalikan baik buruk dan megembalikan awal dan akhir kepada Allah Taala.

Bertaubat Orang Makrifat!

Bertaubat orang makrifat itu, adalah membawa maksud menerima baik buruk!. Setelah menerima baik buruk, megembalikannya semula kepada pencipta baik buruk!. Setelah megembalikan segalanya, maka terlihatlah Allah, dalam perkara baik dan terlihatlah Allah dalam perkara buruk.

Baik itu, adalah baik manakala buruk itu, sesungguhnya adalah juga baik sebenarnya. Segala kejadian Allah itu, apakah ada yang buruk?. Cuba jawab………………..

Perkara yang baik sahaja kita katakan daripada Allah, apakah perkara jahat, buruk atau keji itu, datangnya dari Allah lain?. Baik itu, ada Allah lain yang buat dan buruk itu, ada Allah lain yang buat?. Cuba jawab………………………………

Baik dari Allah dan perkara buruk juga adalah asal datangnya dari Allah yang sama. Tidak ada Allah lain buat jahat dan Allah lain yang buat baik!. Itulah makanya orang makrifat itu, hati mereka adalah hati yang hanya nampak Allah disebalik baik mahupun disebalik yang keji!. Jadi taubat bagi orang makrifat itu, adalah bertaubat untuk “megembalilakan segalanya kepada Allah!”.

Bagi orang yang berilmu makrifat itu, apa sahaja perbuatan yang telah, sedang dan yang akan kita kerjakan itu, tidak pernah tersasar atau lari dari ketetapan Allah. Samaada pekerjaan kita itu baik mahupun buruk, adalah dari ketetapan Allah.

Segalanya Datang Dari Ketatapan Luh hulmahfuz!

Apa sahaja kelakuan yang kita lakukan itu, adalah datangnya dari ketetapan Allah melalui kitab Nya Luh Hul Mahfuz. Kita tidak berkuasa melakukan perbuatan amal baik atau amal jahat, kiranya itu tidak dari ketetapan Allah. Kita kena yakini rukun Iman tentang khadar dan khdho Allah (untung baik dan untung jahat). Gerak Iblis sekalipun bukan datangnya dari kehendak atau kemahuan Iblis sendiri, malahan gerak atau kelakuan Iblis itu sendiri, adalah juga datangnya dari ketentuan dan ketetapan Allah sedari azali. Iblis tidak boleh mengoda kita, jika tidak mendapat keizinan Allah. Jadi buat apa takutkan iblis. Marilah kita bersama-sama takut kepada Allah berbanding takut kepada Iblis.

Tidak Takut Kepada Iblis!

Bagi orang makrifat itu, tidak takut kepada iblis dan tidak ia takut kepada Allah!. Buat apa nak takut kepada Allah, sedangkan Allah itu baik. Allah itu, Maha pegampun dan Maha pengasih Penyayang!. Allah bukan jahat dan Allah bukan garang, kenapa perlu takut kepada Allah!. Orang makrifat itu, tidak takut kepada iblis, hantu syaitan dan tidak takut kepada Allah.

Takut Hanya Pada Allah Taala!

Yang paling ditakuti oleh orang makrifat itu, adalah apabila tidak berkesampaian untuk “berserah diri kepada Allah!”. Takut untuk mengaku diri dan takut untuk mengatakan diri!. Katakanlah segala-galanya Allah, itulah taubat orang makrifat!…………………………………

Jam sudah 6.59 pagi. Saya nak bersiap-siap keraub untuk menghadiri kenduri mak saudara!. Nanti kita sambung lagi cerita dari seorang yang bodoh dan jahil ilmu, melalui siaran “Frekuensi makrifat”. Nanti kita sambung lagi membicarakan bagaimana cara untuk sampai kepada tahap mengenal Allah, sesudah bertaubat! Amin drp hj shaari……………………………

31 Replies to “Menebang Pokok Biarlah “Di Dalam” Biji ?.”

  1. Salam tuan guru,

    Apabila membaca petikan ini sekali imbas , pening saya memikirkan pekara ini , mungkin iman saya tersangat lemah . Ya Allah berikan kefahaman pada hambaMu Ini.

    Like

    1. Saudara kamarul, jgn berputus asa utk terus mendalami ilmu ini. Byk2 kan berdoa kpd allah supaya terbuka hijab/dinding/langsir ke arah kebenaran. Ibarat radio, kite kene tune smpi dpt frekuensi makrifat. Barulah kita dpt merasa manisnye apa yg diperkatakan. Frekuensi makrifat ini hanya dpt di dgr oleh mereka yg jumpe & mencari frekuensi ini.

      Like

      1. Terima kasih kerana mendengar Frekuansi Makrifat. Hari ini saya belajar bahasa atau perkataan baru. iaitu ilmu Frekuansi Makrifat!. Marilah kita beramai-ramai mengikuti siaran radio Frekuansi makrifat!. Siaran ini berkumandangn melalui corong-corong hati orang-orang yang ingin kembali kepada jalan mati sebelum mati!.

        Bagi sesiapa yang rasa dirinya hendak mati, mari ikut siaran ini. Siaran mati sebelum mati ini, adalah siaran hati orang-orang makrifat kepada Allah Taala. Frekuansi saya adalah Siaran hati orang yang sampai kepada tahap mengenal Allah. Setelah berjumpa dengan siaran Frekuansi ini, maka leburlah telinganya, tidaklah lagi mereka mendengar apa-apa lagi selain Allah, Allah dan Allah sahaja yang kedengaran…………………

        drp hj shaari jam 6.21 1hb Nov. amin

        Like

  2. lega dapat membaca karya ayahanda semula, setiap 7hari hampir berkali2 meninjau tapi tiada alangkah kecewa. alhamdulillah dapat bertemu semula. amin

    Like

    1. Yong, semoga Yong suami isteri beserta anak, mendapat hidayah Allah. Terima kasih Yongn, kerana membaca laman web saya yang bodoh ini!. Apakah sudi Yong mengikuti ilmu orang bodoh?. Saya kira Yong carilah ulamak lain yang lebih ulamak. Saya bukan ulamak, hanya berilmu denngan ilmu yang orang buang (tohok).

      Ilmu yang saya ajar ini, adalah ilmu yang orang buang, ilmu yang orang tinggal dan ilmu yang orang keji!. Buat apa nak ikut ilmu sesat!. Carilah ilmu yang tidak sesat dan ilmu yang tidak salah!. Semua oranng tuduh ilmu makrifat itu salah dan sesat, Buat apa nak ikut saya, Yong?.

      Apa-apapun saya mengucap terima kasih kerana masih sudi melihat ilmu saya yang bodoh ini.Semoga Yongn diberi penglihatan rohani yang lebih tinggi. Ilmu penglihatan yang lebih tinggi itu, adalah ilmu melihat diri sendiri!. Lihatlah diri sendiri sampai binasa dan sampai lebur. Leburkan lah diri kita kedalam wajah Allah sepenuhnya (secara mutlak). Ingatlah bahwasanya sebenar-benar diri kita itu, adalah tidak ada, yang bersifat ada itu, hanyalah Allah Taala.
      drp hj shaari 1hb Nov jam 6.10 pagi.amin

      Like

  3. Salam Tuan Haji

    Sebenarnya kita masih terlihat yang zahir (tubuh kita ) apabila kita matikan tubuh , pikiran serta semua yang ada di tubuh maka terlihat yang batin maka apabila terlihat yang batin maka kita akan merasai Dzat maha Multlak Allah SWT contohnya apabila dikiaskan kepada sifat wujud kepada diri kita maka yang ada nya dzat allah yang maha mutlak kita ini tiada , kita ini bayangan wajah allah yang maha mutlak .

    Like

  4. Asalamualaikom ustaz selamat kembali dengan selamat .amin mereka yang tidak mengenal cuba menghukum .dengan ilmu mereka .membuat tafsiran mengikut ukuran mereka . sesungguhnya jika tidak mengerti dan memahami ilmu orang lain jangan nak jadi tuhan .menghukum orang sesat . sekian harap maaf

    Like

    1. Terima kasih wali Allah, krn tlh memberi ulasan yang baik. Ingatlah yang memberi komen pun dari Allah, jadi bagi saya, saya terimalah seadanya. Bagi saya, saya boleh terima, yang saya khuatiri adalah kalau-kalau mempengaruhi jiwa mereka-mereka yang baru mahu mendekati ilmu makrifat!.

      Bilamana mereka dengar kata sesat, salah, jadi ini mempengaruhi pemikiran mereka-mereka yang baru mahu belajat makrifat.
      Begitu juga dengan dua kitab tok kenali, ada orang yang mengatakansesat, maka ramai yang terpengaruh. Sedangkan pihak JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan perintah haram!.

      Jadi saya merasa kesal dan sedih, bilamana ilmu sebaik ini, telah dikatakan sesat. Kitab Tok kenali juga tidak terkecuali dari dituduh HARAM.

      Saya sebagai pengarang serta penerbit kitab Mengenal diri dan kitab Mengenal Allah, Tok Kenali Oleh Mohd Yusof Cik Wook, tidak pernah mendapat surat dari pihak JAKIM yang mengatakan haram!. Manakala senang-senang orang menghukum haram!. Inilah dunia bagi mereka yang tahu bernyayi tetapi tidak tahu berlagu. t.kasih drp hj shaari

      Like

  5. Salam ustaz, ana hanya ada satu soalan, diharap soalan ini bukanlah soalan salah. Mengapa semua yg mengajar kearah kemakrifatan suka menggunakan ayat yang berkias-kias? Tidakah boleh terus kepada matlamat apa yg hendak disampaikan? Kenapa pencari ilmu itu perlu berfikir sebelum mendapat jawapan? Tidakkah ini akan menyebabkan si pencari ilmu akan terpesong dan berkemungkinan dilihat sesat pada pandangan orang lain? Mungkin mudah kita mengatakan apa hak manusia untuk menghukum seorang manusia lain sesat, tapi kalau itu bukan sesuatu yang normal dalam kehidupan, mana mungkin orang itu dikatakan sesat? Saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan pendapat..

    Seorang guru pernah berpesan, makrifat itu bukan ilmu, ia adalah pengalaman org yg telah dimakrifati..jika makrifat itu ilmu, dikhuatiri ia akan menjadi perdebatan..bila terjadi perdebatan, siapa yg layak mengadili sedangkan seseorang murshid tidak akan mengatakan dia mursyid..hanya yg masih ada istilah keAKUan dalam diri sanggup menonjolkan diri mengatakan dia layak …sedangkan kita tahu orang yg telah makrifat dalam dirinya sudah tidak ada istilah KEAKUAN kerana dia telah dimakrifati Allah S.W.T..guru itu juga berpesan, kuatkan dulu syariat sebelum berjalan kearah hakikat yang membawa kepada makrifat..ini kerana syariat dari Alquran dan sunnah tetap syariat sampai kemanapun kita jauh mendalami ilmu mengenal diri..

    Like

    1. Benar sebagaimana pendapat laman web Tuan syed.
      1) Orang makrifat itu, harus melalui Syariat
      2) Seorang mursyik itu, adalah orang yang tidak lagi ada istilah keakuan
      3) Al-Quraan dan Sunnah itulah pegangan orang makrifat

      Yang tidak benarnya hanya satu, iaitu supaya jangan berkias, bila mengajar makrifat!
      Yang ini, agak tidak tepat!. Bahasa Al-Quraan sendiri, lagikan berkias dan Hadis juga berkias. Jika tidak berkias, kenapa Allah tidak memperkenalkan terus diri Nya itu secara terang, supaya mudah kita semua kenal Dia?. Kenapa Allah juga hendak berkias?. Rasullulah sendiri berkias. Semasa sahabat bertanya “siapakah engkau ya Muhamad”. Beliau menjawab bahawa “aku bernama Ahmad bilal mim” (ejaan ahmad tanpa huruf mim) itu, adalah bagi membawa maksud “Ahad”. Kenapa tidak Rasul berterus terang sahaja?, yang aku ini …………….

      Terima kasih krn memberi pendapat!. Namun jika tidak ada kias, maka tidaklah ia bernama makrifat?. Itu makanya Allah itu, nama yang tersembunyi. Jika tidak kenapa tidak ditunjukkan saja dirinya kepada kita, senang kita lihat dan tidak lah mencari-cari dan meraba-raba seperti sekarang?.

      Tanam ubi itu, tidak pernah boleh dicabut pada hari yang sama dengan hari yang ditanam!. Menitisnya air diatas batu itu, tidak terus-terus berlubang, ianya memakan masa yang lama, baru batu itu berlubang. Bertelurnya ayam itu juga, perlu kepada “ram” dulu, baru menetas. Begitu juga ilmu makrifat!……….

      Terima kasih tuan Syed drp hj shaari ja 5.36 pagi 1hb Nov

      Like

  6. Salam Tuan….bagai dikata orang,bumi mana tak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelora…saya dipesankan pada 4november yang lalu, pertama kali mengikuti pengajian Tuan,awak baca habis dulu kitab Tok Kenali ni…Alhamdullillah,sejak dari itu saya dapat mengikuti ilmu makrifat dan mula
    memahaminya, begitu juga isteri saya….makanya onak dan duri mesti ditempuh juga,menghadapi karenah orang seperti itu….Jalan untuk kita…Allah dah tulis dah…

    Like

    1. Terima kasih ibnumohdsom, kerana itulah makanya saya masih tetap berkaria. Biar dituduh sesat dan difitnah salah!. Yang masalahnya orang makrifat dan orang hakikat, tidak pernah menuduh sesat walaupun ilmunya tertinggi. Yang selalu memfitnah itu, adalah dari golongan yang berilmu feqah dan yang berilmu syariaat!.

      Golongan makrifat seperti tuan, sejuk hati saya bila membacanya!. Terima kasih tuan drp hj shaari

      Like

  7. Allah hu rabbuna warabbukum ,lana aq’malana walakum aq’malikium.laa hujata bainana wabainakum.kebaikkan,kesesatan,semuanya milik Allah.rujok surah alnahli ayat 93.(bermaksud; jika Allah menghendaki tentu ia (Allah)menjadikan satu umat)yang bersatu dalam ugama Allah yang satu.akan tetapi,Allah menyesatkan siapa yang dikehendakinya,(menurut undang2 peratoran nya),dan memberi petunjok kapada siapa yang dikehendakinya,(menurut undang2 peratorannya)DAN SESUNGGOHNYA KAMU AKAN DI TANYA KELAK,TENTANG APA YANG TELAH KAMU KERJAKAN.MEMANG TIDAK ADA ALLAH YANG LAIN MENJADIKAN YANG BUROK,KERANA QUL QUL MIN INDILLAH.segala2nya daripada Allah.tetapi kenapa perlu di turunkan suhuf dan 4 kitab(taurat,injil,zabur dan alquran)kenapa perlu Allah menngutus para2 Rasul alihisalatuwassalam.kenapa tuan kata orng yang ilmu feqah yang menebal.bukan kah feqah,tauhid dan tasauf itu satu himpunan dan ikatan yang kokoh,semua nya ilmu Allah,semua bersumberkan Alquran dan sunnah. ibarat pokok kayu jati.jibril datang bertanya Rasullulah APAKAH,IMAN.APAKAH ISLAM,APAKAH EHSAN..BUKAN KAH IMAN ITU(TAUHID)ISLAM ITU (FEQAH)EHSAN ITU (TASAUF) TIDAK ADA SEBAB KITA NAK MEMPERKECIL JAUH LAGI KITA NAK MENGHINA ORANG FEQAH, KERANA MEREKA BELUM LAGI DIBAGI HIDAYAH UNTOK MEMPELAJARI ILMU USULLUDIN,HAQIQAT DAN MAKRIFAT.BUKAN KAH SEMUA NYA MENGIKUT PERATURAN UNDANG2 ALLAH. WA ILALAH TURJAU’L UMUR.(KAPADA ALLAH KEMBALI SEGALA URUSAN).MAAF,JUMPA LAGI.DARI ANSARRULLAH

    Like

    1. Sebabnya yang selalu menabur fitnah sesat dan salah itu, adalah golongan feqah dan golongan syariat!. Golongan yang berilmu hakikat dan makrifat, tidak pernah menabur fitnah, kerana mereka tahu datangnya segala sesuatu baik dan yang buruk itu dari Allah. Jadi orang hakikat dan makrifat, tidak menabur fitnah, yang menabur fitnah itu, adalah golonag yang menebal dan yang terhijab dengan ilmu syariat!.

      Bukan serban atau jubah yang membezakan darjat ilmu!. Yang menghijab ilmu dari sampai kepada diri kita itu, adalah diri dan jubah kita sendiri!.Sedari dulu sehinggalah ke hari khiamat itu, yang menjadi masaalahnya adalah golongan feqah dan golongan yang berilmu syariat!. Untuk itu, sekiranya ingin menjadi orang yang menasihati atau yang orang yang mahu menuduh sesuatu itu, biarlah berilmu hakikiat dulu!.

      Saya menjawab ini, adalah kerana saya sayangkan tuan!. Jadi cukup-cukuplah bergantung kepada ilmu syariat, marilah kita berhijrah, beralih, berpindah dan berpindah tempat dari rendah kepada tepat tinggi!. Daripada alam ilmu syariat kepada torikat, dari torikat kepada ilmu hakikat dan meninggi sampai kepada ilmu makrifat!.

      Hati-hati dalam membuat komen, kerana dinilai oleh orang diluar!. Saya bukan menuduh golongan feqah, kerana saya juga ahli feqah, tetapi golongan feqah seperti saya tidak pernah menuduh orang sesat, tetapi kebanyakkan ahli feqah yang tidak feqah, itulah yang selalu, membuat tuduhan!. Berfeqahlah biar betul, barulah benar-benar feqah!………………………

      Terima kasih atas pandangan ayahnda. drp hj shaari

      Like

  8. salam Tuan haji

    tak apa apa depa nak kata , rujuk satu hadis Nabi ”

    “sesungguhnya ada sebahagian ilmu yang diibaratkan permata yang terpendam , tidak dapat mengetahuinya keuali ulama billah . Apabila mereka mengunkapkan ilmu tersebut , tidak seorang pun membantah kecuali orang yang tidak mengenal allah (diriwayatkan oleh iman tarmidzi RA)

    Contohnya setiap orang islam melafazkan 17 kali lafaznya ‘ sesungguhnya solatku , ibadahku , dan matiku hanya untuk allah semata2. masih tidak mahu berkeyakinan yang sempurna tentang perkara perkara ghaib cuba tengok yang sekecil2 pertumbuhan kuku kita adalah perkara ghaib nak tak nak seminggu saja tumbuh kena potong . boleh tak kita tahan pentumbuhan kuku kita itu yang dikatakan gerak dan kerja allah . oleh itu kita hendak memerhatikan setiap yang ada di alam semesta adanya wajah allah termaksud perbuatan allah . rujuk hadis ini jika masih lagi meraguinya

    “Barang siapa melihat kepada sesuatu dan tidak melihat nya allah didalamnya sesutu itu maka penglihatan itu bathil dan sia- sia .”

    Like

  9. pucuk paku dalam paku,
    paku datang dari seberang,
    carilah aku dalam aku,
    aku sembunyi dalam terang..

    rindu terubat bila tuan mencoret kembali..

    Like

  10. Alhamdullilah… bg sy mmg buta org yg mgatakn ilmu ini sesat…
    Walaupun pd asasnya ilmu ini adalh ilmu rasa… namun bg sy jika d fikirkn dgn akal pn jwpn tetap sma…
    sapa lg yg bole menentukn khidupn kita sedari dulu, kini dn akn dtg, jika tdk smuanya dr Allah… Bila da nyata smua dr Allah kenapa tdk kita serahkn dan pulangkn sgalanya kembali pd Allah…
    Semoga Allah membuka mata hati mereka yg dgn mudah mgatakn ilmu ini sesat…Amin.

    Like

  11. Alhamdulillah..terubat rindu setelah lama tuan guru tidak berkarya.InsyaAllah,kami anak murid yg baru berdiri teguh menyokong tuan guru.Bagi yg mengkritik/meragui sy doakn mereka moga2 diberi fhm olehNya..apakn daya sesungguhnya yg mmberi faham pn Dia..Amin.

    Like

  12. Assalamualaikom wbt. tuan-tuan, puan-puan dan para sahabat serta pelayar sekalian. Sudah dengan kehendak Allah, Tuan guru Hj. Shaari telah dijemput menyampaikan kuliahnya bertajuk

    ” BAGAIMANA CARANYA MENGINGATI TUHAN ( ALLAH)”
    Pada 11hb. Dec. 2012 – Hari Selasa
    Jam 9.00 pg. – 4.00 ptg.
    Tempat : Surau Al Kausar,
    Jalan sama gagah 18, Taman Telok Gedung Indah,
    Pelabuhan Klang.

    Semua peminat tak kira lelaki perempuan, tua muda, kecil besar atau apa bangsa sekali pun dan ugama, di jemput memasang telinga bagi memahami bagaimana caranya mengingati Tuhan. Amin.

    Like

  13. Ikhlas terbaik…amat suka?
    Pusing kot tu kot nie..semuanya Allah kembali..
    kalau takleh bina ayat nak kembali…Wallahualam

    Daripada :
    (anak murid syeikh ramli)

    Like

  14. As’salam tuan guru…
    sy amat bersetuju dgn apa yg tuan guru tulis kat atas tu…mmg benar…tp kenapa setelah kita baca quran(alih bahasa melayu)kita rasa takut semula kpd Allah?byk sgt ugutan2 dn peringatan daripd Allah…mohon penjelasan dari tuan guru…terima kasih..w’salam..

    Like

  15. Sesungguhnya aku telah menzalimi diri ini..
    Sesungguhnya aku telah meletakjan diri ini di dlm ketugian yg besar dan nyata..
    Sesungguhnya aku telah meletakkan diri ini di dlm kesesatan dan kelalaian yg besar dan nyata..
    Tiadala aku berupaya membersihkan diri ini dari kezaliman syirik..

    Sesungguhnya aku bertaubat kpd Mu..
    Ku serahkan diriku seluruhnya..
    Ku kembalikan segala urusan kpdMu..
    Tiada daya dan upayaku..

    Like

  16. Assalamualikum.. tuan guru saya dari indonesia tepatnya di kota balikpapan provinsi Kalimantan Timur..bolehkah saya pesan buku mengenal diri dan mengenal Allah.. berapa harganya dan beserta ongkos kirimnya bila di Rupiahkan dan bagaimana cara pembayarannya,,

    Like

  17. Kepada mama iman….
    Dimana sebenar-benar al quran…al quran itu kalam ALLAH ,
    Kitab ini boleh dibakar dan boleh basah, ianya cuma kertas dan dakwat. Penuh nasihat ,tauladan dan panduan serta kiasan agar kita terpandang, ALLAH, ingat ALLAH dan tengelam diwajah ALLAH apabila tidak terlihat diri atau mati sebelum mati.
    Itu adalah sinopsis cerita ALLAH.siapa pelakon2nya untuk supaya tajuk kitab itu tak lari tajuk?.

    Like

Leave a comment