Apa Ertinya Khasyaf?

Apa Itu Khasyaf

Pada 23hb Nov. Sahabat yang bernama Fadhil (012-3949 265), sms saya bertanyakan apakah itu ertinya khasaf. Beliau dikatakan dapat melihat warna baju sahabat yang akan datang menemuinya. Setelah berjumpa, sahabatnya betul-betul memakai warna baju sebagaimana yang dia khasyaf. Seperkara lagi, beliau dapat membaca dan dapat meneka isi hati seseorang. Setelah ditanya dan disoal, benar-benar sebagaimana yang disanggkakan itu!. Beliau bertanya kepada saya melalui sms, tentang apa yang sedang berlaku pada dirinya, apakah itu yang dikatakan khasyaf?.

Tuan Fadhil dan para-para sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Apa yang berlaku kepada tuan itu, adalah suatu “kelebihan” “kebolehan” “kepandaian” atau “kepakaran” yang dikurniakan Allah kepada seseorang. Kelebihan atau kebolehan itu, bukan merujuk kepada khasyaf. Itu adalah merujuk kepada kepakaran, kebolehan atau kepandaian seseorang, mengikut amalan yang diamal. Itu adalah hasil daripada amalan kita atau hasil melalui tuntutan ilmu yang kita tuntut!. Sedangkan khasyaf itu, adalah satu anugerah Allah, kepada sesiapa yang dikehendakiNya!.

Contohnya;

Seumpama berlaku kepada seseorang bomoh, bilamana pesakit hendak menceritakan penyakit atau masalah, bomoh itu berkata bahawa beliau sudah tahu apa masalah atau apa sakit kamu. Satu cerita lagi, bilamana kita kehilangan barang, kita pergi berjumpa dengan seseorang bomoh, beliau berkata bahawa, barang kita itu, ada disana dan ada disini!. Ternyata dakwaan atau sangkaan bomoh itu betul dan benar!. Apakah itu yang dikatakan khasyaf?. Menurut suluhan serta pandangan ilmu Tok Kenali atau mengikut sudut tilikan melalui kaca mata ilmu makrifat, Erti atau makna khasyaf itu adalah,

Khasyaf itu, adalah bilamana seseorang itu dapat melihat Allah melalui apa yang  mereka pandang, melalui apa yang mereka lihat dan dapat melihat Allah melalui apa yang  mereka tilik!.

Pandangan ini, adalah dipanggil pandangan makrifat. Pandangan makrifat itu, adalah penglihatan yang boleh menembus tujuh bukit, menyeberangi tujuh lautan dan merentasi tujuh benua. Barang siapa yang mengenal Allah (makrifatullah), tidak mustahil akan dapat melihat Allah pada sesuatu!. Inilah baru boleh dikatakan khasyaf!.

Allah bukan sesuatu tetapi zahir pada tiap-tiap sesuatu!

Sungguhpun Allah itu bukan sesuatu, tetapi Allah itu, tetap terzahir pada tiap-tiap sesuatu!. Bagi yang tidak terlihat Allah pada sebelum sesuatu dan tidak terpandang Allag pada sesudah sesuatu, maka itulah orang yang benar-benar dikatakan buta mata zahir dan bertambah buta mata hatinya!. Khasyaf itu, adalah mereka-mereka yang dapat melihat Allah pada sebelum dan pada sesudah sesuatu!.

Khasyaf itu, bukan bererti dapat melihat orang pakai baju warna apa, sebelum berjumpa, bukan merujuk kepada dapat melihat barang yang hilang atau bukan merujuk kepada orang yang mengetahi penyakit, sebelum kita bercerita!.

Khasyaf itu, hanya berlaku kepada orang makrifat sahaja!.

Khasyaf mengikut pandangan ilmu makrifat itu, hanya boleh terjadi dan hanya boleh berlaku kepada mereka-mereka yang mengenal Allah sahaja!. Bilamana mengenal Allah, mereka-mereka itu, adalah mereka-mereka yang dengan sendirinya dapat melihat, memandang serta dapat menilik apa sahaja, biarpun sesuatu itu berada disebarang tujuh lautan, disebalik tujuh benua atau biarpun ianya terlindung diseberang tujuh gunung!.

Apakah perkara yang dapat dilihat oleh orang makrifat biarpun disebalik tujuh gunung, tujuh lautan atau tujuh benua?. Yang dapat dilihat,dipandang dan ditilik oleh orang makrifat itu, biarpun dibatasi oleh tujuh gunung, dilindungi oleh tujuh benua atau dijahui oleh tujuh lautan itu, adalah Allah, adalah Allah dan adalah Allah!. Mereka-mereka itu, adalah mereka-mereka yang hanya ternampak Allah, terlihat Allah dan terpandang Allah,  disebelum gunung dan disesudah gunung!. Disebelum benua dan disesudah benua dan di sebelum lautan dan disesudah lautan!.

Hanya Allah cahaya langita dan bumi!.

Hanya Allah yang dapat terlihat oleh pandangannya di tujuh petala langit dan di tujuh petala bumi!. Tidak ada selain Allah. Tidak ada yang wujud, yang ujud dan yang maujud pada langit dan bumi, selain wajah Allah!.

(Allah Hu Nurussama Watiwalard)

Allah itu, adalah cahaya langit dan bumi”.

Siapa yang tidak nampak Allah pada diantara kedua-duanya, maka itulah orang yang buta!. Inilah yang dikatakan orang yang benar-benar khasyaf!.

Inilah ilmu yang ada pada dada saya Hj. Shaari tentang khasyaf yang dapat kita kongsi bersama pada pagi ini, jam 9.26 pagi, 23hb Nov.

Sambungan Khasyaf jam 12.33 tengah hari!

Setelah mendapat talipon dari sahabat saya dari Sungai Bakap, timbul rasa nak sambung sedikit lagi bab Khasfaf. Khasyaf itu, sehingga terlihat segala-galanya Allah, barulah benar-benar dikatakan khasyaf. nak rasa benar-benar khasyaf, sila ikuti lagi karangan dibawah.

Saya ingin berkongsi pendapat dengan tuan-tuan sekalian,  bahawa pegangan serta iktikad, salah seorang dari pembaca blog dari Sungai Bakap Perak talian fon no. 04 3809020, merupakan pegangan serta iktikad yang sangat baik untuk dikongsi dengan tuan-tuan semua. Setelah membaca blog saya, beliau terus menalifon saya, Pada jam 10.15 pagi, tanggal sama. Katanya setelah mengikuti blog saya yang lepas-lepas, beliau dengan berani dan tegas mengatakan bahawa, “Setelah sifat diri kita binasa, sifat diri kita telah semuanya dikembalikan kepada Allah, disitulah penglihatan kita itu, boleh menjangkau tujuh lautan dan tujuh benua”.

Saya kira beliau telah berhasil menyelami dari apa yang telah saya perkatakan selama ini!. Dari kata-kata beliau, saya sungguh teramat kagum dan bangga.

Sekiranya kita sudah karam dilautan wajah Allah, diamanakah lagi timbulnya diri?. Bilamana diri dan segala isinya sudah tertelan oleh lautan wajah Allah yang maha luas, mana lagi boleh terlihat adanya diri?. Diri kita sekarang, sudah dihanyutkan ombak dan sudahpun ditelan lautan wajah Allah yang deras. Ombak deras dan lautan dalam  telah menghayut dan telah meneggelamkan sifat diri kita kedasar laut yang dalam lagi luas!.

Bilamana diri kita sudah berada ditengah-tengah dasar lautan yang teramat dalam, apa lagi yang kelihatan dipermukaan lautan?. Cuba jawab?……………………., Yang kelihatan hanyalah masin, hanyalah masin dan hanyalah masin…………………………………..

Cara-cara latihan amali (prektikal)

Bila-bila masa terluang, saya minta tuan-tuan pergi ke sungai atau ketepi pantai, cuba ambil seketul batu, dan cuba tuan-tuan campakkan kedalam sungai atau kedalam pantai!. Apakah lagi keliahatan batu?. Cuba jawab?………………..

Jika tak cukup dengan batu, dan masih tidak faham lagi dengan kiasan yang saya gambarkan, saya minta cuba tuan-tuan pinjam perahu orang dan saya mahu tuan-tuan ikat batu besar pada badan tuan-tuan sendiri dan sesampainya tuan-tuan ditengah lautan atau ditengah sungai, saya minta tuan-tuan terjun atau campakkan diri tuan-tuan kedalam lautan atau sungai!. Tengelamkan betul-betul diri tuan-tuan kedalam lautan. Setelah betul-betul tengelam, apakah lagi boleh dilihat orang?. Cuba jawab?………………………… Tapi jangan betul-betul dibuat ya….., itu sekadar kiasan sahaja, tidak tertakluk kepada orang hidup atau orang yang sudah mati.  Jika betul-betul dibuat, susah saya nak menjawab dibalai polis nanti!.

Tapi, jika tuan betul-betul nak rasa, cubalah…………………………….Bagi saya, saya tak berani, saya takut betul-betul mati!. Bila saya mati, siapa nak tanggung anak isteri saya. Jika tuan-tuan berani, buatlah sorang-sorang!. Saya tak nak ikut tuan-tuan, nanti betul-betul mati, tak sempat nak berbuat ibadah!. (Maaf saya bergurau, tapi jika benar sekalipun, apa salahnya)!…………………….

Bilamana diri kita sudah tengelam didasar lautan, barulah kita tahu yang bahawasa yang ditepi itu lautan, ditengah itu lautan, dihujung itu lautan dan barulah kita sedar bahawa lautan itulah sebenar-benarnya lautan. Biar kemana kita hadapkan muka kita, itulah lautan wajah Allah………………..

Terima kasih kepada pemanggil dari Sungai Bakap Perak (peganjur ceramah kita di Hotel Jawi Sungai Bakap). T.kasih Hambami……………………………..T.kasih dan T.kasih atas kefahaman itu, walau yang saya bagi itu hanya sedikit. Amin drp hj Shaari

21 Replies to “Apa Ertinya Khasyaf?”

  1. ALLAHHUMASALIALLAHMUHAMMAD,

    Tn. Hj. izinkan saya menimba ilmu yang tn curahkan bagi memenuhi lompong-lompong yang masih ada….. terima kasih.

    Like

  2. askum tn hj dan muslimin n muslimat skalian..
    tn hj yg mulia, sy ingin pnjelasan, apabila melihat lautan wajah Allah, adakah Allah yg memadang, tp kenapa trasa kita yg memandang, d mana letaknya diri kita ketika itu?? b bgmna halnya khidupan harian kita jalani adakah kita mgikut jak pergerakn n khendak Allah ataupun macam mane ek?? mohon pncerahan tn hj, tima kasi..

    Like

  3. salam,,
    bgmna n bila agaknya dan bgmana sy serta dgn penuh harapn untuk menuntut rahsia nama Allah yg ke 100?? harap tuan hj sudi mmperturunkan nama rahsia tu kpd kami agar trungkai sgalanya..

    Like

  4. salam Tuan Haji Terimakasih atas kupasan tuan Haji itu , saya yang tidak tahu mengharap segala bimbingan dari tuan haji . pada pandangan saya yang faqir ini jika mengikut pandang makrifat apa bila diri ini tiada apa yang ada hanya allah maka yang memandangpun allah yang dipandangpun allah apalah nak dipandang hanya allah . Jika kita mahu dalil hubungan kita dengan allah maka rujuk dalil ini yang allah latakkan dalam alquran dimana dalil ini hendaklah di kiaskan kepada diri kita
    1. allah meliputu segala sesuatu
    2. Kemana saja kita mengadap disitulah wajah allah
    3. Dimanapun kita bersama allah
    4. allah dekat manusia
    5. allah meliputu manusia
    6. allah lebih dekat dari urat leher

    bagi orang makrifat dalil dan ingat itu tidak diperlukan yang penting yakin yang total kepada allah .

    Like

  5. Assalamkm wbt. Tuan guru sekeluarga, para sahabat, tuan-tuan dan puan-puan yang sentiasa dirahamati Allah.
    Benarlah kata-kata tuan guru itu, kasyaf kepada Allah (makrifatullah) itu adalah anugerah yang tertinggi yang diberikankan kepada mahkluknya. Segala penglihatan, pendengaran, percakapan, perasaan, dan segalanya itu hanya Allah. Wajah Allah telah meliputi sekelian yang ada hingga tiada apa lagi yang wujud, Alah semata, tiada lagi apa yang hendak disebut melainkan menanti patuh dan taat atas apa yang akan diperintah.
    Tiada kata yang dapat diucapkan bagi berterima kasih kepada tuan, melainkan kepada Allahlah di serahkan, Dialah yang lebih mengetahui. Amin.

    Like

  6. sy ada prnah membaca buku fasal sheikh abdul qadir al jilani. Beliau ckp, ahli sufi xkn membuat sesuatu melainkan jika telah dtg mimpi dari nabi muhammad mengajarkannya sendiri supaya ahli sufi tu mengamalkan. Hal ni sy kaitkan dgn seorang penulis buku hakikat insan haji laksamana ttg pengembaraan beliau mencari ilmu solat yg sebenar. Sehingga beliau berdoa agar diajarkan solat sebagaimana solat yg diterima nabi sewaktu kisah israk mikraj dulu. Nk dipendekkan cerita,beliau berjaya mendapat ilmu itu,yg mengajarkan pula ialah nabi sendiri. Sy cuma nak tau,mcmana beliau boleh sampai ke tahap mcmtu?

    Like

  7. Salam Tuan guru hj Shaari yg dikasihi..setelah kita tenggelam maka lemaslah kita dlm wajahnya…hilang dan tenggelam menjadi satu…

    Like

  8. Salam Tuan HJ Shaari yang dihormati …Tuan Guru ..jika sudah tenggelam ,maka lemaslah dalam wajahnya…karam malah sebati akhirnya dengan air laut setelah hanncur dan binasa…..

    Like

    1. Benar kata khasyaf mu itu, wahai ananda jijai. Kita elajar makrifat itu, adalah bagi nampak nyata Allahh!. Bilamana nyatanya Allah, pandangan keada yannng lain itu, binasa……………..t,kasih drp hj shaari. Cuba jawab pertanyaan saya, Kemanapun kamu menghadapkan muka mu, apakahh kamu masih nampak selain Allah??, cuba suuruh mereka jawab?………………t.kasih drp hj shaari

      Like

  9. Salam tuan guru,

    Harap di betulkan sekiranya salah apa yang saya katakan ini. Kita hanya akan dapat melihat Allah setelah kita dapat menghilangkan keberadaan diri (jasad) dan alam supaya yang ada hanyalah Allah. Hanya Allah sahaja yang nyata di alam ini selainnya hanyalah makhluk (tiada). Terima kasih.

    Like

  10. Suatu pengalaman rasa yg terdalam yg dirasai..

    “Dalam jaga ada Dia.. kelihatan Dia.. hanya  Dia juga”

    “Dalam nafas ada hadir Dia.. tarikan nafas akan Dia.. hembusan nafas akan Dia..”

    “Ke mana hendak ku palingkan lagi.. semua ada Dia”

    “Bagaimana bisa lelap kalau dalam lelapan ada Dia.. kelihatan Dia.. hanya Dia”

    “Sebenarnya diri ini tiada.. yang ada cuma Dia”

    Like

  11. aku terpaku dalam diam saat kujumpa hayalah dia,apa yg mau hendak dikata ,jika yg ada hanya dia,
    yg berkata hanya lah dia,yg menulis pena hanyalah dia,dialah yg wajib ada…
    aku hanya teridam dalam kebisuan belahan jiwa.

    Like

Leave a reply to MOHD FAUZI Cancel reply