Siapa Sebenarnya Yang Bersembahyang

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Semua orang boleh mengerjakan sembahyang lima waktu dengan taat!. Sayangnya tidak ramai dikalangan kita yang tahu siapakah sebenarnya yang bersembahyang!.

Perlu diingatkan disini bahawa sebelum kita mendirikan sembahyang, hendaklah terlebih dahulu kita pastikan siapakah sebenar-benarnya yang bersembahyang?. Kita dikehendaki megetahui

1) Sembahyang sebelum sembahyang (solat sebelum solat)

2) Sembahyang semasa sembahyang (solat semasa solat)

3) Sembahyang sesudah sembahyang (solat sesudah solat)

Sesudah kita benar-benar tahu tiga  perkara diatas, barulah boleh dikatakan yang kita itu benar-benar sembahyang!. Barang siapa yang berhajat untuk mengetahuinya, mari kita sama-sama ikut pelayaran ilmu ini bersama saya.

Pelayaran melalui bahtera saya ini, adalah pelayaran bahtera ilmu yang selalu menempuh gelombang fitnah, tiupan angin sesat yang kencang dan gelora tuduhan salah yang boleh mendatangkan maut dan karam. Gelora fitnah dilautan ilmu makrifat  itu, selalunya tidak pernah sepi!. Namun barang siapa yang tahan dengan gelombang, gelora serta ombak lautan fitnah makrifat, ayuh sisingkan pergelangan tangan, ayuh mari kita mengembara bersama saya. Sebelum kita berlayar di lautan fitnah ini,  ingin terlebih dahulu saya mengajukan satu persoalan kepada tuan-tuan.

Siapakah Yang Bersolat Sebelum Kita Solat!

Siapakah terlebih dahulu mengerjakan sembahyang, sebelum tuan-tuan bersembahyang (bersolat)?. Sebelum tuan-tuan bersolat, siapakah terlebih dahulu yang bersolat?. Bolehkan solat kita  itu, dibuat-buat sendiri, ditetapkan, dikerjakan atau diperlakukan dengan kuasa diri kita sendiri?. Bolehkah kita berkuasa untuk berdiri mengerjakan solat, jika tidak “terlebih dahulu didirikan” ?.  Siapakah yang mendirikan kaki tuan-tuan?, siapakah yang mendatangkan gerak sebelum tuan-tuan bergerak untuk bersembahyang?. Siapakah yang menetapkan tuan-tuan untuk mengerjakan sembahyang. Sebelum tuan-tuan berdiri, siapakah yang mendirikan kaki tuan-tuan?. Cuba jawab dengan ikhlas?.

Bolehkah kaki kita itu berdiri tanpa didahulukan oleh berdirinya Allah?. Bolehkan kita berniat, sebelum diniatkan terlebih dahulu oleh Allah, Bolehkan kita rukuk, sebelum terlebih dahulu dirukukkan oleh Allah. Siapakah yang memulakan pekerjaan sembahyang, jika tidak dimulai oleh Allah?. Siapakah yang sebenarnya bersolat, jika tidak ………………………………….

Apakah kuasa sembahyang itu kita?, Apakah yang memulai sembahyang itu kita?. Apakah yang rukuk itu kita?. Apakah yang sujud itu kita?. Cuba jawab?. Mana kuasa, mana kudrat dan mana kehendak serta kemahuan kita?. Jika tidak digerakkan, dimulai dan jika tidak dengan kudrat dan iradat Allah, bolehkah kita bersembahyang?.

Sebelum kita bersembahyang, sebenarnya Allah telah terlebih dahulu mendirikan sembahyang kita  di Loh Mahfuz !. Sebelum kita beranak atau sebelum kita dilahirkan kedunia ini, sebenarnya kita telahpun dididirikan oleh Allah untuk bersembahyang!.  Berdirinya kita untuk  bersembahyang itu, sebenarnya adalah berdiri yang telah Allah dirikan!. Kita sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah untuk mendirikan sembahyang, semasa didalam kitab Loh Hul Mahfuz!. Allah telah terlebih dahulu dirikan kita untuk bersolat, semasa dialam sebelum kita dilahirkan. Allah sudah mendirikan kita sembahyang, semasa didalam perut ibu lagi. Berdirinya sembahyang kita itu, adalah diatas berdirinya yang telah didirikan oleh Allah semasa didalam alam “Loh Hul Mahfuz” lagi!.

Jika tidak ditetapkab oleh Allah didalam Loh Hul Mahfuz, masakan kita boleh berdiri sembahyang!. Pekerjaan sembahyang yang kita dirikan itu, adalah pekerjaan yang telah siap di kerjakan oleh Allah, sedari dialam Loh Hul Mahfuz!. Perbuatan kita itu, sebenarnya bukan atas ketetapan atau kerajinan kita, kita hanya ikut garis yang telah Allah tetapkan sedari dulu. Kita hanya  lalu, hanya ikut dan hanya turuti apa yang telah Allah tetapkan.

Kita hanya ikut apa yang sudah Allah tetapkan. Pekerjaan sembahyang yang kita dirikan  itu, bukan pekerjaan baru atau bukan perbuatan baru, ianya telah sedia ada didalam kitab loh hul mahfuz!. Kita ini, hanya ajuk atau hanya sekadar melakonkannya semula!. Kita hanya melakonkannya semula skrip yang telah disiapakan oleh Allah swt.

Kita sebenarnya adalah sifat yang melakukan pekerjaan yang telah orang kerjakan. Kita melakukan pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh orang lain!.  Apakah boleh kita mengaku yang sembahyang itu kita punya?. Apakah boleh kita mengaku yang mengerjakan sembahyang itu kita?. Cuba jawab…………………..

Kaki milik orang, kuasa untuk kaki untuk berdiri sembahyang milik orang . Kehendak untuk berniat sembahyang, milik orang . Yang mengerakkan solat, milik orang . Setelah semua seisi solat itu, milik orang atau orang punya, mana yang dikatakan bersolat itu kita?. Cuba jawab?…………………………………..

Sebelum saya teruskan persoalan ini, saya mahu tuan-tuan jawab terlebih dahulu?.

Jam sudah menunjukkan pukul 6.13 pagi, tanggal 19hbNov. Saya tinggalkan persoalan ini, untuk dijawab oleh tuan-tuan…………………………

 

48 Replies to “Siapa Sebenarnya Yang Bersembahyang”

  1. Tuan guru yang di muliakan lagi di kasihi.
    Tiada lagi yang nak di kata. Tiada lagi yang nak di jawab. Semuanya telah tuan jawabkan. Semuanya telah tuan huraikan.
    Semuanya dah habis yang tinggal hanya Allah. Allah lah yang menguruskannya, yang mentadbirkannya, segala alam dan segala cakrawala ini baik nyata atau pun ghaib, sedang bersolat padaNya. Tidak ada apa pun walau pun sebesar zarah di lakukan olih makloknya samada ada solatnya, ziikirnya kerana makhlok itu sendiri pun sudah tiada, yang ada itu hanya Allah. Hanya Allahlah menyatakan Allah dan itu jugalah yang tuan selalu katakan datang “kosong” balik pun “kosong”. Inilah ilmu tuan. ” ILMU KOSONG “. Amin.
    Terima kasih tuan guru ku yang mengajar “kosong”.

    Like

    1. T.kasih atas kefahaman yang tidak boleh dijual beli itu!. Kefahaman itu tidak boleh dibeli diuniversiti al-azhar atau di universit Jorden!. Tidak boleh dibeli dipondok2 atau dimasjid!T.kasih anak didik ku! drp hj Shaari

      Like

  2. Assalamualaikum wr wb
    Tuan Guru Yang Budiman
    Amatlah benar apa yg dikatakan oleh saudara Ishak Ahmad.Semuanya telah Tuan Guru jawabkan. Semuanya telah Tuan Guru huraikan. Semuanya dah habis…yang tinggal hanya Allah.
    Solat itu pada hakikatnya menyatakan hak Allah dan mengembalikannya sebagai tanda taat dan patuh kehadrat Allah dalam sembahyang itu.
    Tidak ada perbuatan dalam solat itu melainkan Allah. YANG MENYEMBAH DAN YANG DISEMBAH ADALAH ALLAH JUA.

    Tiada Daya Upaya kita untuk Solat walaupon sesaat melainkan dengan KUDRAT dan IRADAT ALLAH.

    Like

    1. Sy amat terharu dan bangga dengan kefahaman yang tuan luahkan. Setelah segala-galanya terserah dan terpulang serta kembali kpd Allah, apa lagi yang tinggal?. Yang tinggal hanya Allah…………….t.kasih drp hj shaari

      Like

  3. Sal Tuan Guru Hj Shaari yang dihormati..spt ilmu yg pernah Tuan Guru turunkan sblum ini…setelah kita ini binasa. ..apa lagi yg tinggal hanyalah DIA memuji DIRINYA sendiri..

    Like

  4. salam tuan Haji Betul pencerahan tuan haji jika kita tiada apa lain yang boleh kita buat hanya wujud allah sahaja terimakasih atas kupasan tuan haji

    Like

  5. Assalamu’alaikum Tuan Guru Yang Arif – Terima kasih tak terhingga atas penerangan yang bagitu jitu dari tuan guru… tiadalah ujud ku lagi sudah perpindah kepada ujud engkau, maka tiadalah sembah menyembah dan puji memuji didalam sembahyang…

    Like

  6. Assalamualaikum ustaz, sholat dialam roh sholat Dha’im. Tp soalan ustaz masih sy tidak dapat jawapanya. Mohon ustaz terangkan. Tq.

    Like

  7. Salam Tok Guru, izinkan saya mencecer sedikit buah fikiran yang cetek dan tumpul ini supaya dapat Tok Guru perdalamkan dan pertajamkan lagi.

    Kita ibarat wayang kulit, jika dalang angkat kaki maka terangkatlah kaki itu, jika dalang pusingkan tengkok maka berpusinglah watak itu. Tiada daya dan upaya watak wayang itu bergerak, bercakap mau pun berfikir, melainkan kehendak tok dalang.

    Begitulah kita sbg makhluk . . setiap gerak perbuatan baik zahir dan batin (niat ) adalah kehendak Allah, Tok Dalang Alam Semesta ini. Begitulah adanya pada solat kita, yang sebenar-benar bersolat itu bukanlah kita.

    Like

    1. Itulah solat sebenar. Solat dalam gerak dan diam!. Solat itu, erti menyatakan Allah, jadi nyatakanlah Allah, dalam gerak dan diam!. Gerak itu Allah dan diam itu juga Allah. Bilamana segala-galanya Allah, dimana kita?, jawapanya kita itu, TIDAK ADA………………………t.kasih drp hj shaari

      Like

  8. Assallamkm. wbt. Tuan Guru yang di kasihi lagi mengasihani.

    Sesungguhnya dari pengajian ini, saya mengambil faham, kita tiada upaya untuk laksanakan solat atau apa apa sekali pun kerana tidak memilikki apa-apa langsung, tiada hak, tidak punya apa-apa “kosong” kerana kita itu sendiri, TIDAK ADA. Tidak ada itu juga membawa makna yang lain itu juga, tidak ada. Tidak ada itu, ertinya tidak bernama, tidak berRoh, tidak berzat dan tidak, tidak setidak-tidaknya sehingga tidak ada perkataan tidak ada.
    ” Yang ada” itu juga sudah tidak ada nama, tidak ada rupa, tidak ada sifat dan segala-galanya tidak ada, tetapi “Merangkumi” dia di dalam Ada. Itulah SEBENAR-BENAR DIA, YANG TAK BERHURUF DAN TAK BERSUARA. Amin.
    Demikian fahaman saya Tuan guru. Mohon di jelaskan kiranya tersasar. Terima kasih Tuan guru ku.

    Like

  9. salam tuan guru mohom bimbingannya..
    yang bernama Allah memnyembah yang Bernama Allah….
    Sifat, perbuatan. nama dan zat menyatakan diri yang satu untuk yang sebenarnya diri….
    yang empunya diri menyatakan diri yang satu untuk mengikuti skripsi yang telah di tulis…
    mohon pencerahan tuan guru…..

    Like

    1. Benar kata tuan itu, bilamana ikan sudah mati, baru masin dapt menyelaputi tubuh ikan. selagi ikan tdk mati, biar beribu tahun dalam lautan masin, ikan tdk akan masin. Untuk satukan ikan dgn lautan masin supaya jadi sama-sama masin kita kena matikan dulu ikan diri!, (matikian diri sblm mati).drp hj shaari

      Like

  10. Salam Tuan yang dihormati, serta para sahabat sekalian….yang sembah yang itu kafir…yang tak sembah yang itu binatang…manusia disuruh mengenal Allah…melalui zat, sifat, asmak, af’al ( tulang, urat, darah, daging)

    Like

    1. benar kata ananda itu! Yg penting menganal. jika tidak mengenal Allah, bagaimana nak sembah?. bilamana sudah mengenal Allah, barulah dgn sendirinya apa yg dikatakan yg meyembah itu, adalah juga yang disembah. Jika kita tidak mengenal Allah, maka berlakulah yg meyembah dan yg disembah!.

      Terima kasih atas kefahaman ananda. Syabas, syabas dan syabas. Jarang org faham apa itu solat?. drp hj shaari

      Like

    1. bkn setakat tulang, urat, arah dan daging tubuh badan (jasad), yg hendak kita pulangkan itu, adalah zat (roh), sifat,afaal dan asma seluruh alam. Bkn setakat alam diri, ttp juga termasuk alam yang bernama makhluk. Jgn serah dunia keil, mari kita serah sekali dgn dunia besar.

      Zat, sifat, afaal dan asma itu, bkn merujuk kpd darah daging urat atau tulang. Bahasa itu, bahasa istilah perubatan, sedangkan yg kita nak tuju skrg ini, adalah bahasa makrifat!.

      Harap ananda tidak terkeliru dan jgn campur aduk dgn istilah bomoh (perubatan!).Maafkan ayahnda kiranya meyinggong ananda! drp hj shaari

      Like

  11. Sy ada terbaca artikel yg bunyi nya”sekirya hamba ku solat smpai kurus tk brmaya belum tentu akn Ku trima amal ibadatny”” sehingga hmba ku masuk ke dalam wilayahKu.

    Like

  12. Saya akan menjawab secara ringkas…!
    Bahwa dalam sembahyang Haruslah kita tahu mana yg wajib menyembah pada diri kita dan yg disembah…. Yaitu ada/muhammad karena allah telah mentajalikan dzat wasifatNya kepada muhammad..

    Like

  13. Bolehkah dibenarkan pendapat berlakunya kederhakaan (kekufuran) dan kebatilan (haram, makhruh, lagho, … semua Yang sesat) itu adalah kehendak Allah SWT secara qadim lagi azali.

    Like

  14. Allah swt yg menggerakkan segalaNya… setiap saat, setiap gerak langkah, setiap bernafas.. hanya Allah swt saja yg ada.. kita ini hanya kosong saja.. yg ada hanya Allah.. bernafas turun naiknya.. hanya Allah swt saja yg ada…..

    Like

  15. Assalamualaikum sheikh,

    Saya ada satu pertanyaan, Kalau semuanya Allah Sudah tetapkan, adakah cara pemandangan kita terhadap sesuatu pun telah ditetapkan Oleh Allah? misalnya jika suatu musibah telah menimpa diri saya Dan diri orang lain, orang tersebut boleh mengambil hikmah Dan pelajaran dpd musibah tersebut Dan bersangka baik terhadap tuhan tetapi saya tak mampu melakukan begitu. Adakah kegagalan saya utk melakukan demikian merupakan satu ketetapan tuhan juga ?

    Satu lagi soalan,Bagaimana boleh kita bezakan bahawa itu kehendak tuhan atau kehendak nafsu kita?

    Apakah syarat syaratnya until mempelajari ilmu laduni?

    Terima Kasih

    Like

  16. Bolehkah kita mengetahui rahsia disebalik semua yang telah ditetapkan Oleh tuhan?

    Misalnya, saya dan seorang budak ditimpa musibah. Budak tersebut dapat mengambil pelajaran/hikmah dan bersangka baik terhadap Allah Tapi saya tak mampu melakukan demikian. Bolehkah kita tahu mengapa ketetapan tuhan berbeza untuk Kami berdua. Adakah kerana dia Lebih disayangi Oleh tuhan daripada saya?

    Like

  17. Yg sholat adalah dia.. Dia adalah zat allah…
    Siapa yg melihat. Siapa yg mendengar. Siapa yg menggerakan. Tanpa seiziinnya kita tidak berguna… Bukan begitu tuan guru.

    Like

      1. Moga Allah swt melindungi Tuan Guru Seorang Insyan yang ikhlas menyebar dan mengajarkan ilmu berkaitan dengan makrifat

        Like

  18. Assalamualaikum Tun guru, Saya junaidi Mohd zam Saya ingin memdapatkan kitab2 Tuan dimana ya ? bahwanya saya yakin dan percaya segala apa yang saya dengar dari ceramah Tuan guru adalah benar dan apa yang dipaparkan dalam ruangan ini adalah benar cuma saya inginn memdalami ilmu yang berkaitan dengan sembahyang dan ilmu mengenal diri. Tuan Guru saya mohon keizinan dari Tuan Guru untuk saya membaca serta mengamalkan serta menyalin segala yang Tuan Guru Hj Shaari muatkan dalam ruangan ini saya berdoa semoga Allah swt mengizin saya dapat berjumpa dengan Tuan guru suatu masa nanti Maafkan saya jikan bahasa saya ada yang kuran sopan g

    Like

Leave a reply to Farina Cancel reply