Mana haramnya Arak

Manakah dikatakan haramnya arak?.

Arak itu diperbuat dari anggur bercampur air. Anggur dan air, tidak haram!. Angur boleh dibuat makan dan air juga boleh dibuat minum. Manakah yang dikatakan anggur atau air itu haram?.

Ada orang yang mengatakan yang haram itu, bilamana ianya diperam. Setahu saya, mak saya semasa hayatnya, beliau juga peram bila buat tempoyak atau buat budu. Tempoyak atau budu itu, boleh dikatakan bernama tempoyak atau budu, bilamana diperam.

Mak saya, buat tapai, samaada tapai ubi atau tapai beras, juga diperam. Selepas diperam baru jadi budu, tempoyak atau tapai. Kenapa tempoyak, tapai atau budu  tidak haram bila diperam?.

Bermakna disini, haramnya arak itu, bukan pada airnya, bukan pada anggurnya dan bukan pada peramnya. Habis dimanakah yang dikatakan arak itu haram?. Dimanakah haramnya arak itu?.Haramnya arak itu, bukan pada peramnya, bukan pada anggurnya dan bukan pada airnya. Tetapi dimana. Sila tuan-tuan beri jawapan?…………………………

23 Replies to “Mana haramnya Arak”

  1. Tuan Guru yang di hormati lagi di kasihi.

    Anggur dan air tidak haram, tetapi apabila di peram telah bertukar menjadi arak, apabila diminum menjadi mabuk, maka hukumnya Haram.
    Benar, minum arak itu haram. Haram itu kerana mabuk, mabuk itu menjadi lupa, lupa itu lupa kepada Allah. Itulah yang dimaksudkan haram. Menjadikan hukumnya Haram itu kerana “lupa mengingati Allah” ketika mabuk. Bagaimana orang yang tidak mabuk ? Adakah mereka semua mengingati Allah? Tidak lupa walaupun sesaat ?. Sesungguhnya orang yang sedar itu lebih lupa dan lebeh mabuk terhadap Allah. Renung-renungkan lahhhhhhhhh!!!!!!!!!!!
    Amin. Terima kasih wahai guruku.

    Like

  2. Haramnya arak itu apabila lupanya peminum kepada Allah bukan pada proses pembuatanya. Maaf jika jawapan tidak tepat harap ustaz dapat terangkan Dgn Lebih lanjut.

    Like

  3. Assalamualaikum Ustaz..
    Saya ingin cuba menjawab. Haramnya arak itu bukannya terletak pada airnya, tapi haramnya adalah kesan atas diri yg meminumnya. Apabila setelah diminum, kita akan mabuk dan menjadi lupa diri. LUPA DIRI yang menjadikan ianya haram. Bila kita lupa diri, berbagai-bagai perkara yang jahat boleh kita lakukan, kerana kita tak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Dan yang paling penting sekali kita akan LUPA KEPADA ALLAH, KITA TAK AKAN MENGENAL DIRI kita dan KITA TAK AKAN MENGENAL ALLAH.
    Kiranya salah tolong perbetulkan saya Ustaz

    Like

  4. Surah Al Baqarah :219 – Mereka bertanya kepadamu mengenai khamar dan judi . Katakanlah: “pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfa’at bagi manusia ,tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa’atnya “.

    apabila disebut arak, ramai yg membayangkan air minuman beralkohol. tetapi pada pandangan sy, berdasarkan Quran, khamar sebenarnya merujuk sstu yg me”nutup”. takrifan khamar lebih drp minuman, malah dadah yg mengkhayalkan juga dpt diletakkan dlm kategori khamar.

    khamar ini bersifat menutupi sstu dan dlm hal ini, ianya menutupi aqal drp dpt berfikir dgn waras apatah lagi utk mengingati tuhan!

    wp Quran tidak ada pengharaman ttg khamar, namun apabila ssorg itu telahpun mabuk, para ulamak berpendapat bhw jatuhnya haram krn ssorg yg mabuk tidak mengerti apa yg diucapkan krn hilang kesedaran diri sendiri. ada beza dgn majnun ketuhanan.

    Surah An Nisa : 43 – Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sholat sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan

    dlm konteks mabuk dlm solat ini, tidak masuk aqal sekiranya org yg beriman hendak minum “khamar” sehingga mabuk, tetapi apa yg sebenarnya ialah org2 beriman seharusnya sedar dan mengetahui apa yg dicakapkan. Jika sseorg itu sholat tetapi tidak tahu apa yg diucapkan, bererti org itu masih lagi “mabuk” dan tidak wajib sholat.

    Maxi

    Like

  5. arak menyebabkan kita hilang kawalan terhadap tubuh badan, dan kita bertindak di luar kawalan akal fikiran yang waras. bila mabuk, maka terkeluar lah sifat kita yg “tersimpan” di dlm benak kita yang dalam. bila orang “biasa” dan walaupun “mengenal”, kita tidak mampu untuk menundukkan nafsu dlm diri kerana nafsu itu sebati dengan diri kita. ketika dalam keadaan sedar, hanya perasaan malu yang membataskan kita.

    umpama nya, seorang lelaki bujang yg sangat mengingini seorang wanita bg mmuaskan nafsu dirinya, hanya hukum2 dunia dan pandangan orang sekeliling terhadap dirinya sahaja yg menghalangnya. dia sngt takut kalau-kalau dia berzina dan diketahui orang ramai, dan akan malu dengan ahli keluarga dan rakan2 dan akan dipulaukan.

    tambahan pula, jika di bawa ke mahkamah, dia mungkin akan di penjarakan atau di denda membayar sejumlah wang. bila kah bermula nya dosa zina itu? saat terdetik nya di hati (niat) dosa sudah pn berbunga, tinggal samada terlaksana atau tidak. org yang mengenal ini tahu hatinya sentiasa dekat dan didengari Tuhan (pencipta nya).

    maka baginya, bukan sahaja melakukan zina (dosa), terniat pun sudah cukup untuk menimbulkan perasaan malu yang teramat sangat kepada Tuhan penciptan nya, maka beristighfar la hati kecil nya beribu2 kali, mahupun berjuta2 kali dlm satu saat..berlarutan hingga bila2…

    kerana itu lah arak itu haram kerana ia adalah ibu kepada maksiat..tidak terkawal samada memukul orang lain, atau berkehendak ke arah syahwat. mana mungkin org yang mabuk itu berzikir mengingati Allah swt pencipta nya, kerana yang mencintai Allah swt itu adalah akal dan hati. pabila mabuk maka hilang lah akal, maka nafsu akan menguasai hati…dan badan melakukan mengikut kehendak nafsu

    begitulah Nabi Muhammad saw memohon untuk dijauhi penyakit nyanyuk kerana nyanyuk itu adalah lupa….dan meminum arak umpama nya menginginkan lupa. sesungguhnya Tuhan ku lebih mengetahui….

    Like

    1. Benar kata tuan itu. Yg haram itu tetap haram dan yang halal itu tetap halal!. Sebagai ahli makrifatullah (ahli menegenal Allah), hendaklah jgn selisih atau jgn sampai melewati batasan syariaat Baginda Rasulullah Nabi.

      Apa-apapun yang hendak saya ketengahkan untuk tatapan semua, iaitu mengenai perkara lalai, lupa dan alpa kepada Allah, bagi yang tidak minum arak itu. Apakah dan bagaimanakah hukumnya bagi mereka-merekaa yang lalai kepada Allah tanpa minum setitik arak?. Sememang dan selayaknya orang yang minum arak itu lupa kepada Allah. Mereka lupa kepada Allah kerana ada dengan bersebab, iaitu sebab minum arak!. Tetapi yang menjadi kemuskilannaya, bagaimana orang tidak minum arak?. Orang yang tidak minum arak boleh sampai lupa Allah, apakah hukumnya?.

      Kata kita, solat itu tanda ingat kepada Allah, Sedangkan ingat itu hendaklah mendahuli solat, bukannya solat mendahului ingat!. Bukannya solat dulu, baru ingat, tetapi yang sebetulnya ingat dulu baru solat!.

      Kebanyakkan kita itu, bukan saja mabuk, lupa, lalai dan tidak ingat setelah minum arak, tetapi dalam masa bersolatpun boleh tak ingat Allah, apakah hukum nya?.

      Orang yang minum arak itu, sudah tentu lupa kepada Allah, bersebabkan dengan sebab minum arak!, yang menjadi persoalannya disini, bagaimanakah hukumnya, orang yang didalam tengah sembahyang yang tidak ingat Allah. cuba bagi tahu saya apakah hukumnya?…………

      Satu perkara lagi, bagaimanakah cara nak ingat Allah?………….apakah dgn sebut namaNya shj, dikatakan sudah cukup ingat kepada Allah?………………………….

      Persoalan ini, bkn shj dituju kpd cesto shj, tetapi sy tujukan kepada semua, sy minta semua sahabat2 beri jawapan nya. amin dan terima kasih drp hj shaari diperantauan Indonisia.

      Like

      1. Salam tuan haji…soalan saya arak tu haram kerna memabukan,kalau tak memabukan haram tak diminum?

        Like

  6. haram nye arak itu bilamana kita minum sampai lupa dan lalai lah kita kepada Allah S.W.T.. maka yang dikatakan haram itu ilah lupa kepada Allah , tidak ingat kepada Allah.. mohon ampun dan maaf jika pandangan saya salah. sungguhnye ilmu saya amatlah cetek..

    Like

  7. Salam buat Ayahda TG Hj Shaari.
    Izinkan saya menjawab dimana haramnya arak itu?
    Pada kefahaman saya perkara lalai atau lupa mengingat Allah itulah mengapa arak diharamkan.
    Sebagai contoh jika minum arak, selepas itu bersolat, maka sudah tentu tidak dapat fokus pada solat kerana sedang mabuk, lalu lupa kita pada Allah semasa solat maka itulah diharamkan arak.
    Wallah hu alam

    Like

Leave a comment