Dimanakah Haramnya Anjing?

Anjing bilamana disentuh dalam sama-sama berkeadaan kering, ianya tidak mendatankan haram. Bilamana salah satunya basah, ianya telah bertukar haram!.

Apakah dengan kerana bercampurnya dengan air , ianya menjadi haram?. Sebab apa bilamana bercampur air, ianya menjadi haram. Apakah haram itu pada airnya?. Sedangkan air yang dibasahi itu, menggunakanair zam-zam!.

Kering samakering tidak haram. Bilamana salah satu basah atau kedua-duanya basah, ianya menjadi haram. Dimanakah haramnya. Apakah haramnya pada tangan, apakah haramnya padaanjing atau haramnya pada air.

Jika haram pada anjing, kenapa bilamana sesama kering tidak jadi haram?. Sedangkan yanhdipeganng itu anjing yang sama dan tangan yang sama. Basahpun anjing itu dan keringpun anjing yang sama juga?.

Nak kata air itu haram, mustahil air boleh jadi haram, sedangkan yang kita gunakan itu adalah menggunakan air zam-zam yang boleh dibuat minum!. Dimanakah haramnya anjing?  cuba jawab dengan hati yang jujur

19 Replies to “Dimanakah Haramnya Anjing?”

  1. Asalammkm. wbt. Tuan guru serta keluarga, tuan-tuan, puan-puan dan sahabat sekalian. Semuanya berada dalam Rahmat dan inayah Ilahi. Amin.
    Perkara sentuh dan menjadi haram antara, anjing, tangan dan air ini sangat menggerunkan. Di katakan sehingga bolih menjadi najis mukhollazah (najis berat) dan wajib kena samak, barulah najis tersebut akan hilang dan akan kembali bersih seperti semulajadi.
    Makhluk-makhluk tersebut anjing, tangan (manusia) dan air itu juga makhluk yang di jadikan Allah daripada NurNya ( Nur Muhammad). Disissi Allah tiada yang haram, semuanya bersih lagi suci melainkan tangan itu (manusia ) yang belum kenal akan Allah. Tangan (manusia) inilah akan menjadi haram kerana tidak faham, was-was dalam menentukan perkara. Hatinya belum putus, belum yakin, belum kamalulyakin terhadap tuhannya. lantaran tidak yakin itulah yang dikatakan anjing-anjing hati yang basah yang belum betul-betul kering/betul-betul faham/betul-betul kamalulyakin terhadap ketuhanannya. maka itulah yang dimaksudkan kering sama kering, haram dan dan salah satu basah menjadi Haram.
    Demikianlah kefahaman saya didalam perkara ini atas curahan ilmu dari Tuan. Pohon di percerahkan lagi kiranya tersasar dari maksud yang sebenar. Amin.

    Terima kasih tuan guru ku.

    Like

  2. Assalammkm. wbt. Tuan guru yang di kasihi.

    Anjing, tangan dan air itu juga makhluk Allah yang asalnya bersih lagi suci disisi Allah. Apabila salah satu darinya basah dan bersentuhan, hukumnya HARAM, manakala kering sama kering itu hukumnya HALAL. Haramnya najis itu sehingga di ketogerikan sebagai najis mukhallazoh (najis berat) dan dikehendaki samak menggunakan air tanah untuk kembali bersih seperti sediakala.
    Mengikut firasat saya, semuanya itu kiasan dan menjadi buah fikiran untuk di fikirkan.
    Yang menjadi Najis atau haramnya sesuatu yang hendak dilakukan itu adalah kerana hati-hati yang merasa was-was, syak dan waham dalam memutuskan hukum. atau anjing-anjing hati yang tidak tetap dengan perbuatan/ibadah yang dilakukan itu. Eg: Niat ke belum, dah beca fetehah kebelum dan sebagainya. Jika sembelihan yang di lakukan itu dalam was-was juga haram di makan. begitu juga ketika solat, siapa yang hendak di sembah dan sebagainya. Maksud saya adalah sesaorang itu, tidak benar-benar faham atau tidak benar-benar “kering” dalam memutuskan perkara yang hendak dilakukan.
    Itulah yang di maksudkan, kering sama kering Halal dan salah satu basah haram. Basah sama basah itu mencerminkan tidak mengetahui langsung samaada sah atau haram. Itulah Haram di lakukannya.
    Demikianlah fahaman saya. Terima kasih tuan guru.

    Like

  3. jika dr sudut fiqhnya anjing tidak haram kerana tidak ada satu ayat dlm Qur’an pun yg menyebut anjing itu haram. Ini kerana anjing juga digunakan sms perburuan. (Al Maidah:4)
    dari sudut hakikatnya, perangai anjing ialah suka menyalak waimma tuannya mahupun org yg tidak dikenali. pendek kata, mereka yg sering kali nampak keburukan org lain tetapi tidak nampak keburukan diri sendiri – mereka itu membawa hakikat anjing dan ini haram bg para ahlul makrifah yg telahpun mengenal hakikat diri mereka yg suci bersih drp sifat2 tercela.
    sekadar berkongsi pandangan.

    Like

    1. Haram bg tubuh yang belum mati.Jika kita mati sebelum mati, maka segalanya hanya tinggal Allah…………………Bilamana yang tinggal itu hanya Allah, maka tidak lagi dimakan hukum. Orang mati tidak lagi dimakan hukum!

      Like

  4. tak faham tok..kalau mana haramnya arak fahamlah saya apa yang ingin disampaikan..tp bab haramnya anjing ni saya masih kabur….soalan tok ni selalu buat saya “hang” berfikir sampai tak boleh tidur malam..

    Like

      1. saya sudah pun membuat tempahan dvd dan kitab..dikesempatan ini saya ingin memohon keizinan untukmembaca kitab tuan serta mendengar ceramah tuan guru..terimalah saya sebagai anak murid walau pun kita tak pernah bersua..sejak membaca tulisan tuan guru di laman web ini pandangan saya terhadap kehidupan semakin berubah..hari demi hari saya rasakan semakin kosong..semoga Allah memberi kefahaman kepada saya yang jahil ini melalui ilmu makrifat tok kenali.maaflah saya tidak reti menyusun kata..

        Like

  5. assalamualaykum tok sheikh. tulisan tok agak mengelirukan.. boleh tak beserta dalil mengenai haramnya atau tidak anjing?

    Like

  6. Assalamualaikum Tuan Haji Shaari.
    Bolehkah saya berkata begini:
    Anjing itu tidak haram. Ianya haram dimakan. Zat anjing itu sendiri adalah najis yang berat (mughallazah).
    Sekiranya anjing bersentuh dgn sesuatu dalam keadaan kering, benda yg bersentuhan itu bernajis. Kemudian selepas anjing meninggalkan benda itu dalam keadaan kering maka benda itu tidak bernajis.
    Sekiranya anjing bersentuhan dengan sesuatu dalam keadaan basah, maka benda itu bernajis, walaupun selepas anjing meninggalkan benda itu, benda itu tetap bernajis.
    Jadi, keadaan basah iaitu air walaupun suci, tetapi ia bertindak sebagai penghubung antara anjing dan sesuatu itu.
    Maaf sekiranya keterangan saya salah. Mohon pengesahan dari Tuan.
    Sekian terima kasih. Assalamualaikum.

    Like

Leave a comment