Pak Imam Berimamkan Siapa, Semasa Mengimani Sembahyang Jamaah?

Kita Sembahyang Berjemaah, berimamkan Imam. Manakala Imam Itu Sendiri, Berimamkan Siapa?.

Kita sembahyang berimamkan pak imam dihadapan kita sewaktu kita bersembahyang jemaah. Manakala pak imam pula, beriamamkan siapa?.

Saya minta tuan-tuan beri penjelasan, saya nak tumpang belajar dari tuan-tuan semua!. Tuan-tuan selalu menjadi imam sembahyang, manakala tuan-tuan sendiri itu, berimamkan siapa?. Selepas tuan-tuan jawab, baru saya nak jawab!. Sila kemukana jawapan tuan—tuan agar semua sahabat laman web dapat ukur dalam ceteknya pendapat tuan!.

Sebelum saya menjawab  soalan, inginlah saya bertanya terlebih dahulu kepada tuan-tuan, Bolehkah kita mendahului imam?. Seumpamanya semasa kita bersolat, bolehkah kita rukuk dahulu, sebelum pak imam rukuk?. Sila jawab?…………………..

Sekiranya jawapan memihak kepada tidak boleh, itu ertinya makna, maksud atau erti iman itu, adalah merujuk kepada perkara “mendahului”. Imam itu, ertinya adalah  mendahului!. Mendahului pak imam daripada makmum. Terkemudian makmun daripada imam!. Manakala pak imam itu pula, siapakah yang mendahului pak imam?. cuba jawab?………………….

Siapakah yang mendahului pak imam?. Jika kita menjadi makmum, semestinya pak imam mendahului kita, bilamana kita menjadi pak imam, siapakah pula yang mendahului kita?. Kiranya kita tahu siapa yang mendahului kita, maka itulah imam kita!.

Cuba tuan-tuan teka dan nyatakan dalam blog, supaya boleh para-para sahabat kita berkongsi ilmu dengan tuan. Salah tidak mengapa, kitakan pelajar!. Cuba jawab, siapa yang mendahului kita?.

36 Replies to “Pak Imam Berimamkan Siapa, Semasa Mengimani Sembahyang Jamaah?”

  1. Assalammuaikum ustaz jasad(imam) berimamkan Nur Muhammad dan Nur Muhammad berimamakan Nur Allah …Wallah`hu alam ..mohon maaf kiranya silap dan mohon penerangan ustaz…terima kasih.

    Like

  2. salam terimakasih kepada soalan yang di tanya , pada pendapatan saya yang tidak tahu ini sesungguh keyakinan yang kuat serta jitu kepada allah lah yang patut seseorang itu beriman , apabila nyata allah maka kita yakini allah itu ada .inilah yang di panggil ihsan ( kita menyembah allah seolah2 melihat allah ).

    Like

  3. Maaf saya nak tumpang belajar so saya terus mencuba biarpun rasanya salah. Pada saya yang cetek ini tak kisahlah salah atau tidak kerana ada tok guru sudi akan menerangkannya. Tak pernah pula terfikir soalan ini. Bila tok guru menyatakan soalan ini baru terfikir kenapa selama ini tidak pernah ditahu. Kalau makmum berimamkan Imam…Imam berimamkan Muhammad. (Saya teka jak, ikut naluri) Betulkah tu…tok guru dan kesempatan ini mohon agaknya tok guru nilai-nilai laman blog ini
    http://umatmuhammad.blogspot.com/2009/08/allah-ada-di-mana-mana.html

    Like

    1. jika faham kata mu itu, itulah hakikat iman. Tetapi sy kuatir tuan tidak tahu apa itu hakikatnya Muhamad!. Jika sekiranya tuan tahu apa yang dikatakan sebenar-benar Muhamad?. Jika tahu pengertian Muhamad yang sebenar, itulah jawapanya?. Tak sanggka yang bodoh itulah sebenarnya pandai!. Tapi saya adalah orang yag benar-benar bodoh, bukannnya orang yang buat-buat bodoh. sebenarnya saya patut belajar dengan tuan. T,kasih drp hj Shaari

      Like

  4. Assalamualaikum wr wb Tuan Guru dan parasahabat.
    Berikut adalah pandangan bodoh dari saya mengenai soalan yg Tuan Guru aju kan.

    Yang dikata kan sebenar2nya imam ada lah diri yg didalam diri…Imam itu yg patut di ikuti bukan imam yg didepan (imam yg diluar diri) kita tatkala solat.

    Jadi kesimpulannya bagi imam yg mengimami solat ….pada hakikatnya dia adalah makmum bagi dirinya ( diri didalam diri) …. imaman makmuman (bagi imam) dan makmuman imaman(bagi makmum).

    Moga Tuan Guru Yg Arif dapat jelaskan lebeh lanjut mengenai perkara diatas.

    Like

  5. Asalamkm wbt. Tuan Guru sekeluarga, tuan-tuan, puan-puan dan sahabat sekalian. Semestinya berada dalam peliharaan Allah dan semuga baki umur yang tinggal ini akan lebeh bermunafaat.
    Ingin saya yang daif ini cuba menjawabnya bagi menyempurnakan kehendak Allah melalui tuan guru kami.
    Imam itu maknanya Ketua, kepala, bos dan yang menunjukkan nombor satu/utama. Nombor satu/utama ini semestinya sangat mengetahui dan faham ia akan apa yang di lakukannya. Tahu dia tempat tujunya. Jadi, bila sesaorang itu menjadi iman, dia hendaklah faham dan mengerti bahawa dia sedang menyatakan hak Allah dan mengembalikannya sebagai tanda taat dan patuhnya dia kehadrat Allah dalam sembahyang itu. Siapa yang di sembah ( Allah ) dan apakah yang di persembahkannya. Sekiranya beliau tidak faham dan tidak kenal dan tidak tahu apa yang disembahkan itu, bermakna syiriklah dia. Sia-sialah perbuatannya hanya minannas ( kerana manusia ) dan bukan kerna Allah. Begitu juga makmum,selain jadi pengikut ( makmum ) dia juga hendaklah tahu perbuatan imam itu adalah dari Allah dan perbuatan makmum mengikut imam itu sebagai tanda taat, patuh dan sujud kepada Allah. Imam itu sebagai penzahirNya sahaja.
    Begitulah firasat saya, wahai tuan guru yang di sayangi. Terima kasih.

    Like

  6. Salam kepada Tok Guru dan para sahabat. Maaf kerana hamba hanya memberi pendapat dan bukan bertujuan untuk mengajar Tok Guru atau sahabat sekelian. Ini cuma buah fikiran yang kosong hasil dari akal yang tidak sempurna.

    Pak imam berimamkan siapa? Maafkan hamba Tok Guru, pabila seorang hamba sudah berhadapan dgn Penciptanya maka dia sudah tidak lagi memerlukan orang lain untuk meng ‘imam’ kan solatnya itu.

    Jemaah kita adalah anggota2 tubuh kita sendiri seperti mata, telinga, mulut, kaki, tangan, kulit . . . Dan yg menjadi imam adalah hati kita yang suci. Roh yang berhadapan (solat) dgn Allah swt akan hanya menerima petunjuk dari Nya dan mengikut gerak dari kehendakNya (Imam).

    Sekali lagi saya mohon maaf dari Tok Guru dan saya minta diajar sekiranya buah fikiran saya ini salah. Wassalam.

    Like

  7. assalamualaikum wtb. alhamdulilahirabilalamin, maaf sekiranya ada salah dan silap , ilmu allah cukup luas , persoalanya tentang imam boleh kah tuan hj shaari kupaskan al-fatihah mungkin ada rahsia dari al-fatihah harap maklum terima kasih.

    Like

  8. Assalamualaikum ustaz..pada hemat saya yang juga bodoh ini, mungkin imam yang sebenarnya adalah roh..roh berkehendak terlebih dahulu, barulah jasad imam melakukannya..Manakala jasad imam itu ibarat roh yang berkehendak terlebih dahulu dan makmum itu ibarat anggota jasad imam yang bergerak terkemudiannya..sekadar pendapat saya..harap maaf jika tersalah..

    Like

  9. Assalamualaikum ustaz..pada hemat saya yang juga bodoh ini, mungkin imam yg sebenarnya adalah roh..roh berkehendak terlebih dahulu, barulah jasad imam itu melakukannya..Dan jasad imam itu ibarat roh yg berkehendak terlebih dahulu dan makmum itu ibarat anggota jasad imam yg bergerak terkemudiannya..sekadar pendapat sy..maaf jika tersalah..

    Like

  10. Assalaymualaikum Tuan Guru yang dihormati,mungkin jawapan saya yang jahil ini membuatkan semua tersenyum,kerana jahil saya , pohon maaf jua,kalau makmun ikut iman ,, iman ikut Allah dan Rasul.

    Like

    1. Allah yang kita sebut itu, hanya nama, mana tuan yang empunya nama?. Bertuhankan kepada nama itu, hukumnya kafir.Allah bukan nama!. Keberanian menjawabb tuan itu, saya hargai. Sekurang2nya menjawab biarpun salah.amin dan T.Kasih drp hj shaari

      Like

  11. makmun imam kan diri dia tok imam imam kan diri dia..yg nampak hanya tertib sahaja.imamkan diri sendiri orang lain tak tau.

    Like

  12. Salam Ustaz. ketentuan Allah sejak dari azali lagi adalah mendahului dari segala perbuatan imam-imam dan makmum-makmum yang bersolat. Allah lah yang mendahului dan mengakhirinya…. kalau salah mohon tunjuk ajar.

    Like

  13. Assalamualaikum..wbt, Tuan Guru, pendapat sy siapa yang mngimam kn imam Tu Ternyata Allah lah.. sebab bg makmum dia xleh mndahului imam, Imam btkbir dulu baru makmum ikut.. Jadi tiada akan bergarak jasad itu melaitkn kudrat Allah. Allah lah yg yang mngimamkan kita. mohon maaf Tuan Guru di atas kefahaman sy yg cetek ini. WALAHHUWAKLAM…

    Like

  14. Ass tuanku yang dirahmati Allah, saya coba teka soal dari tuanku dan saya yakin salah jwban saya tp tak apa2 saya yakin tuanku maklum akan hal itu…mungkin imam akan berimam ke qolbinya dmn qolbu mukminin baitullah…saya mints maaf kalau jwbannya asal2an tuanku yg jls saya mau belajar ama tuanku..wassalam

    Like

  15. Asslamualaikum tn guru hj shaari. Jika salah mohon tn guru betulkan. Yang mendahului dan yang menjadi imam kpd pak imam dan makmum adalah Roh. Makmum sekadar dtg untuk berjemaah(berkumpul) bukan untuk berimam dgn pak imam ttp makmum dtg untuk berimam dgn Roh. Mana mungkin makmum berimamkan pak imam yang bersifat mati/binasa. Pak imam berimamkan Roh. Makmum juga berimamkan Roh. Maaf di jika salah kefahaman sy yang bodoh ini tn guru.

    Like

  16. Salam Tuan Haji,

    Mohon barokah dari guru, jawapan dari saya adalah Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah.

    Like

  17. Assalamualikum ustazd, pendapat saya sebagai pelajar, imam itu mestinya mengikuti Roh itu hayat, Hayat itu hidup dan Hidup itu Allah.

    Like

  18. bukan sudh ayahnda jelaskan,brdrinye kita kerna kehendaknya,suudah trtulis di kitab luh mahfuz,dan sdh jdi nye sblum kjdian,brdrinye kita brgraknye kita bkn kah kerna sudah ditetapkan??sy mencuba jika ad salah sy mohon maaf

    Like

Leave a comment