BERPISAHKAH HAMBA DENGAN ALLAH (NAFI DAN ISBAT)

Saya bertolak dari bentong pada jam lebih kurang pukul 2.00 petang, Sampai dikelantan pada kurang lebih jam 8.00 malam. Sesampainya saya diperkarangan rumah kakak (Khadijah) kakak sulung dari 3 adik beradik). Daun pintunya lambat dibuka. Anak saudara yang balik bersama saya, tiga atau empat kali hon kereta Volvo S 40 Turbo (T3) yang pendaftaran 6661 dibunyikan. Namun lambat dibuka.

Hati saya terasa sedikit hairan, namun tidak sangat menjadi ganguan. Mana tahu kekanda Khadijah mungkin sedang mandi atau kemana!. Bilamana pintu dibuka, saya lihat kakak saya terbaring dalam kelambu kecil buatan siam (yang serupa dengan serkob bayi), dengan berselimut agak tebal.

Sangkaan atak detik hati kecil saya, tidak jauh lari dari apa yang sebenar berlaku!. Ternyata kakak saya jatuh sakit. Sebagai seorang janda yang kematian suami yang hanya ditemani cucu yang sebaya 5 tahun. Saya terkejut dan tyerus bertanya khabar.

Dengan nada yang lesu sebagaimana lesi tubuhnya, saya selak kelambu, dan bertanyakan makan, lalu mulut yang sememangnya pahit menerima makana menjawab, bahawa beliau belum makan apa-apa sedari pagi.

Hati mana dan dik mana uyang tidak rasa sebak?.Yang hendak saya sampaikan kepada tuan-tuan disisi, bukan soal sakit atau soal beliau duduk bersendirian. Masih ramai janda yang diluar sana yang lebih teruk sakit dan lebih lama bersendirian.

Yang hendak saya sampaikan atau yang hendak saya kongsikan pengalaman ini dengan tuan-tuan, bukan hal sakit atau demam. Tetapi soal, saya dapaty urut tubuh kakak saya, dapat saya sentuh tubuhnya dengan penuh kasih sayang.

Saya urut tubuhnya, yang sebelum ini, dia sahaja yang selalu urut tubuh saya setiap kali saya balik kelantan. Sebelum ini saya tidak pernah urut tubuh dia, sebab dia tidak pernah mengadu sakit. Tambahan pula beliau adalah seorang tukang urut (mak Bidan) handalam dan ternama di kompong Banggol Tanah Merah Kelantan.

Pada tanggal 11hb Nor, bersamaan hari ahad, saya telah dapat meyentuh tubuh kakak saya yang selama ini tidak pernah saya sentuh. Sentuh tubuh itu satu hal, hal yang hendak dikongsidisini adalah soal kasih sayang. Sentuh (urut) dengan penuh kasih sayang.

Kalau dulu saya selalau urut badan ibunda saya, setelah ketiadaan ibunda tercinta, kini sekali lagi saya dapat merasai seolah-olah kehadiran ibunda saya. Sentuh dan urut dengnan kasih sayang itu, memberi kepuasan dan memberi suatu rasa yang sungguh menjiwai atau sentuhan dengan velue (sentuhan bernilai). Saya rasa bangga dapat urut kakak saya.

Mungkin itulah agaknya kakak saya urut saya semasa saya kacil-kecil dulu. Air mata saya bergenang dan menitis membasahi pipi. Apa yang ada dan berlegar difikiran saya, inilah pegorbanan kaka terhadap saya semasa saya kecil. Digosok, dibelai dan dimanja. Kini sampai masanya saya pula belai, gosok dengan penuh kasih sayang!.

Mungkin tuan-tuan tidak dapat merasai bagai apa yang sata rasai, kerana tuian-tuan tidak duduk tempat mana sdaya duduk. Tapi inilah sentuhan yang tidak dapayt saya lupakan. Mana-mana adi9k yang tidak lagi bertegur sapa dengnan kakak dan mana-mana adik yang tidak pernah mengunjungi dan yang tidak mengnhargai kakak, ayoh, mari kita sekali-kali menghargai dan memberi penghargaan kepada seoranng kakak. Rasanya tidak terbalas dengan ururtan yang saya sentuh berbanding sentuhan kakak dimasa kecil.

Hal lain saya sangat rapat dan saya sangat sayang kepada kakak saya, hubungan saya dengan kakak tidak pernah ada masalah sedari dulu, apa yang hendak saya gambarkan disini, adalah perasaan kasih sayang bilamana kita dapat berbakti kepada kakak, abang, apa lagi kedua ibubapa!.

Apa lagi anak-anak yang menjauhi ibu bapa!.

Habis cerita kakak, mari kita masuk kepada episok merajuk!. Merajuk seorang cikgu, kepada anak muridnya yang tidak memberi komen kedalam laman web sidenya!. Dalam merajuk cikgu itu, sebenarnya tidak sampai kepada hati. Rajuknya itu, cuma pada jarinya sahaja. Jejari cikgu sahaja yang merajuk, jauh dihati seorang cikgu itu, untuk merajuk kepada muridnya. Hanya sekadar ingin tahu setakat mana sayangnyamurid terhadap cikgu!. Rupanya dengan rajuk itu, membuatkan cikgu bertambah ghairah untuk mengajar.

Kini hati cikgu itu, sudak reda dan kembali sejuk. Dengan melihat 263.00 respondent.Bukan setakat 99 orang tetapi 263 orang. Berita terbaru yang baru saya terima sebentar tadi,  memaklumkan bahawa pembaca web saya sudah mencapai sasaran, iaitu sudah melebihi anggka 1000 orang, yang pada mulanya saya janggka hanya 99 orang (itupun munggkin susah). Terima kasih Tuhan, terima kasih Tuhan dan terima kasih Tuhan!……………………….

Jika begitu, boleh cikgu masuk kelas untuk mengajar semula?. Jika boleh masuk mengajar semula, sebagai cikgu, saya minta semua murid-murid buka buku mata hati. Ingat, ingat dan ingat, saya adalah cikgu yang hanya pandai mengajar angka kosong sahaja. Saya cikgu yang tidak pandai mengajar sains, tawarikh, ilmu hisab, sivik atau jawi, apa lagi Quraan. Saya adalah seorang cikgu yang bodoh, yang hanya pandai mengajar anggka kosong. Kelas saya adalah kelas pelajaran kosong, masuk kelas kosong dan balikpun kosong.

Jika sudi masuk kelas cikgu, jangan bawa tangan, kaki, akal, pangkat, jawatan, jangan bawa feqah dan jangan bawa gulungan ijazah Al-Azhar atau Jordan!. Cikgu nak awak bawa telinga untuk dengar sahaja dan bawa mata untuk melihat sahaja!, Itu sahaja pesan cikgu. Bawa mata dan telinga!.

Sebab merajuk dah hampir seminggu, cikgu kena berceloteh panjang sedikit sebelum masuk bab 99 nama Allah. Baiklah, setelah puas saya berjenaka dengan tuan-tuan semua, mari kita ikuti karangan saya.Amin

Tuan-tuan dan puan-puan sekallian. Pada jam 2.36 pagi 12hb,Nov, saya dapati seramai 263 orang yang memberi komen dalam web side saya yang melebihi jangkaan 99 orang!. Saya hanya mengharap 99 orang, sempena nama Allah. Namun yang menjawabnya sudah mencecah seramai 226 orang. Subahanallah! Terharu dan sebak dada saya, mengenangkan betapa diluar sana, walaupun tidak ramai yang menjawab web saya, sesungguhnya membaca dan yang mengikutinya tanpa menjawab, adalah ramai. Itulah tanda dan buktinya ramai diantara kita diluar sana yang begitu dahaga dan rindu kepada ilmu makrifat. Sebagaimana rindu dan dahaganya tuan-tuan kepada ilmu makrifat, begitulah terlebih rindunya saya kepada maklum balas dari tuan-tuan. Kini saya sedar yang saya bukan bertepok sebelah tangan. Amin syukur kepada Allah swt!.

Untuk itu, kepada peminat-peminat saya diluar sana, pada jam 2.58 pagi tanggal 12 Nor, saya akan akhiri rajuk saya. pada hari ini, jam ini dan masa ini juga, saya akan sambung semula berkaria. Tetapi kariya saya hanyalah karya dongeng dan hanya sekadar penyedap telinga, bukannya untuk memberi faham. Yang memberi faham itu Allah Taala.

Sekarang saya tidak lagio mahu meyentuh soal bab 99 nama Allah. 99 nama Allah akan saya buka dan akan saya perkatakan semasa ceramah saya pada 18hb Nov, bertempat di seri gombak, yang bermula pada jam 9.00 dan berakhir 4.30. Untuk megetahuinya, sila datang ya!.

Untuk menghilangkan rindu tuan-tuan terhadap karangan hasil dari air tangan saya yang tidak seberapa ini, disini saya akan bercerita dongeng mengenai tajuk yang tidak kurang hebatnya iaitu, perkara Nafi dan Isbat (iaitu antara Allah dengan Hamba).

Sungguhpun begitu, untuk tidak menghampakan hati para peminat saya, sesungguhnya nama Allah itu sebenarnya sebanyak 3,000 (tiga ribu). Kalau tak silap saya, satu ribu diberi kepada Adam. Satu ribu diberi kepada Muhamad. 300 kepada Taurat, 300 kepada zabur, 300 kepada dan 99 kepada Al-Quraan (nanti saya konform semula).

Jumlah semua nama Allah yang ternama oleh Allah 3,000. Sedangkan yang terzahir hanya 2.999 nama. Kemana hilangnya lagi satu nama Allah?.

Allah itu nyata, wajah Allah itu terlagi nyata dan terang, setelah yang lain terang dan nyta, masakan nama yang satu boleh tersembunyi?. Kenapa satu tersembunyi sedangkan yang lain boleh nyata?. Tidakkah pelik bin hairan?.

Apakah yang bermain dikepala dan difikiran tuan-tuan sekarang?. Apakah ada terlintas secebis jawapan dari benak dada tuan-tuan?.

Ada yang menjawab bahawa nama yang tersembunyi itu didalam diri kita, jika didalam diri kenapa tidak boleh  kita keluarkan untuk dikenal?. Sedangkan isi perut boleh dimuntahkan, usaha ikhtiar boleh diterjemahkan, darah boleh dituang keluar dan daging boleh ditanggal-tanggalkan. Masakan satu nama tidak boleh kita perzahirkan?. Manakah nama yang satu itu?.

Untuk ,menjawab  nama yang satu itu, tunggu saya dimasa dan tempat yang dijanjikan. Akan saya jawab pada hari ceramah itu nanti. Jumpa disana!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!……………………………Amin

Sabar,sabar dan sabar, tidakkah sabar itu iman!

Saya KIV jawapan itu, bukan apa, saya nak bagi kejutan dan saya nak lihat seramai mana sambutan ceramah saya itu nanti!………………………………………………………………..

Namun untuk tidak menghampakan peminat-peminat dilaman web ini, ini saya sajikan tajuk yanng tidak kurangn hebatnya, iaitu

BERPISAHKAH HAMBA DENGAN ALLAH DAN BERSATUKAH ALLAH DENGAN HAMBA?

APAKAH NAFI DAN ISBAT ITU, BERCERAI ATAU BERSEKUTU?

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Ramai dikalangan kita tidak tahu apa itu nafi dan tidak tahu apa itu isbat?. Barang siapa yang tidak tahu nafi dan isbat, tidaklah ia bersyahadah, melainkan seumpama syahadahnya seekor nurung tiong.

Apakah Islam burung tiong itu, bilamana mereka bersyahadah?. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya.Sekiranya jawapan tuan-tuan memihak kepada tidak, bererti sesiapa diantara kita yang bersyahadahnya tanpa megetahui akan nafi dan isbat, mereka-mereka itu tidak ubah bersyahadahnya seperti seekor burung tiong!.

Jika syahadahnya seekor burung tiong itu tidak boleh mengislamkan dirinya, maka sedemikianlah juga syahadah kita yang tidak tahu perkara nafi dan isbat. Barang siapa diantara kita yang tidak tahu nafi dan isbat, ianya belum tentu boleh mengislamkan kita!. Kiranya syahadah kita tidak boleh mengislamkan diri kita, apakah agama bagi kita yang seumpama itu?. Cuba tuan-tuan jawab pertayaan ini?.

Bagi sesiapa yang ingin mendapat barokah guru-guru terdahulu, saya minta kepada semua yang membaca karangan ini, hendaklah sekalian patuh dan ikut saranan saya. Sekarang saya mahu tuan-tuan jawap segala pertanyaan saya diatas kertas. Samada jawapan itu memihak kepada ia atau tidak, saya mahu tuan-tuan saksikan jawapan tuan-tuan itu, di atas kertas. Sekiranya membaca sekadar hobi, abaikan saja saranan saya!.  Sekali lagi saya bertanya, sekiranya syahadah kita yang tidak tahu nafi dan isbat,

1)      Apakah bezanya dengan burung tiong?.

2)      Kiranya tidak berbeza antara syahadah tiong dengan kita, , apakah kita itu Islam?.

Nafi dan isbat itu, seumpama baju dan warna baju yang tuan-tuan pakai sekarang. Baiklah sekarang jawab lagi soalan saya. Apakah warna baju yang tuan-tuan pakai sekarang?. Bagi lelaki yang kebiasaannya tidak pakai baju bilamana dirumah, saya mahu tanya, apakah warna kain yang tuan-tuan pakai sekarang?.

Sekiranya warna baju atau warna kain yang tuan-tuan pakai  sekarang itu, contohnya berwarna merah, saya mahu tuan-tuan cuba tuan-tuan bayangkan bilamana baju warna merah atau kain warna merah itu, kita gunting atau kita koyak dua!. Apakah warna merah pada kain atau warna merah pada baju yang kita koyak itu, boleh bercerai atau berpisah?. Soalan: Bolehkan ianya bercerai atau berpisah?.

Seandainya kain dan warna kain itu, tidak boleh berpisah, sebegitu juga kita dengan Allah!. Kita dengan Allah, tidak boleh berpisah!.

Merah itu, adalah baju dan baju itu pula, adalah juga merah!.(baju adalah merah dan merah itu adalah baju, jadilah ia baju merah). Tetapi harus diingat!,  bahawa merah itu bukan baju dan baju pula bukan merah!. Merah itu, adalah warna, manakala baju itu pula, adalah kain, mana mungkin warna dengan kain itu sama?. Mustahil baju dengan merah itu sama?.

Sekiranya tidak sama, kenapa tidak bercerai dan tidak berpisah?. Bilamana dikoyak atau bilamana digunting, antara kain dengan warna, tidakkah kedua-duanya turut tergunting atau turut terkoyak?.  Bilamana kedua-duanya turut terkoyak atau turut tergunting, apakah boleh ianya dikatakan bersatu dan apakah boleh ianya dikatakan berasing?.  Cuba jawab?…………………………………………………….

Barang siapa yang tahu akan jawapan itu, maka fahamlah ia akan makna nafi dan fahamlah ia akan makna isbat dan dengan sendirinya akan fahamalah ia siapa hamba dan siapa itu Allah!. Inilah yang dilkatakan bahawasanya antara hamba dengan Allah itu, bercerai tidak berpisah tiada!.

Setinggi manapun kita, tidak mungkin tingginya kita itu, menjadi Allah dan serendah manapun Allah itu, tidak akan mungkin rendahnya Allah itu, menjadi hamba.

Bilamana kita sebut perkataan hamba Allah, perkataan sifat hamba (kita) itu, tidak sekali-kali memungkinkan kita menjadi Allah. Bilamana kita sebut Allah hamba, ianya juga sekali-kali tidak memungkinkan Allah menjadikan hamba!.

Dalam hal ini, warna tidak memungkin menjadi kain dan kain pula tidak memungkinkan menjadi warna. Tidak akan bertukar antara kain dengan warna!. Oleh itu, sebutlah serendah manapun Allah, seburuk mana atau sejahat manapun Allah, tidak memungkin Allah itu, bertukar menjadi serendah hamba!.

Mari kita sama-sama sebut perkataan hamba Allah. Perkataan hamba Allah yang kita sebut itu, adalah mengambarkan ketinggian Allah. Ketinggian hamba disitu, tidak sedikitpun memungkinkan hamba bertukar menjadi Allah.

Mari pula kita sama-sama sebut perkataan Allah hamba. Perkataan Allah hamba disitu, tidak sedikitpun memungkinkan atau merubah Allah menjadi hamba!

Sebutlah apa sahaja, Allah itu, tetap tidak boleh dipisahkan!. Serendah manapun sesuatu, itulah Allah dan setinggi manapun sesuatu, itulah juga Allah. Allah tidak boleh berpisah dan Allah itu juga tidak boleh bersatu. Sesungguhnya berpisah itu Allah dan bersatu itu juga, adalah Allah. Nafi dan isbat itu, berpisah tidak bersatu tiada!. Antara hamba dan Allahpun sedemikian juga adanya!.Barang siapa faham apa itu nafi dan faham apa itu isbat, maka fahamlah ia mana diri dan mana khalik!. Dan itulah baru benar-benar bersyahadah!. Seumpama tidak boleh berpisah dan tidak berduanya antara malam dengan sifat siang!.

Persoalannya disini, bagaimana mempelajarinya?

Apakah mahu tuan-tuan dengar?. Sila jawab

Dikawasan kelantan tempat saya tinggal ini, kadang kala line  internet tidak kuat untuk saya acces dalam webside saya, jadi  saya karang dalam word dan akan saya paste kedalam web pada   esok. Sekarang jam menunjukkan pukul 5.06 pagi tanggal 12hb Nov.

Sekarang jam sudah hampir pukul 5,07 pagi, saya rasa agak penat seharian memandu dari kuala Lumpur ke kelantan, dan esuknya jam 9 pagi, saya ingin ke Istana Sultan kelantan untuk mencari kesempatan mengadap. Mata rasa megantuk, tapi hati saya rasa mahu mengarang. Saya minta diri untuk melelap kan mata buat sekejap.  Terima kasih Allah

39 Replies to “BERPISAHKAH HAMBA DENGAN ALLAH (NAFI DAN ISBAT)”

  1. Assalammualaikum,

    Tuan Guru, Alhamdulilah segar kembali apabila membaca ilmu yang dicurahkan , umpama segarNYA pelita apabila di tambah minyaknya ., terang kembali api yang membakar itu . SubahanaAllah bagaikan hujan yang turun menghidupkan kembali tumbuhan yang mati ..

    Like

  2. Salam kepada Tuan Guru yg di Rahmati Allah.
    Terima kasih krn kembali menerangi kami. Terima kasih juga krn akan membuka rahsia nama Allah yg satu itu nanti di Seri Gombak. Tapi masih ramai lagi yg ternanti2 rahsia itu dibuka melalui blog ini krn tidak berkesempatan untuk ke sana.
    Sudilah kiranya Tuan membuka rahsia itu untuk kami yg tidak dapat ke Seri Gombak nanti.

    Like

  3. Terima kasih, terima kasih, sejuta kali untuk tuan guru. Di doakan kekanda tuan guru akan segera sembuh dan kembali aktif seperti sediakala. Amin.

    Like

  4. Assaylamualaikum Tuan Guru yang saya sayangi,soalan ini dari kecik lagi saya dengar,dan jawapannya bermacam yang diberi,habis yang mana satu yang betul?kerana yang betul itu satu jua,Huuu huuu huuuu

    Like

  5. Salam hormat buat tuan hj dan keluarga tercinta, Ya, ya dan seiya iyanya…Tuan Hj. bagi kami yg tidak dapat pergi mendengar ceramah tuan haji pada 18/11/12 sudilah kiranya memberitahu kami berkenaan nama Allah yg satu agung dan tersembunyi itu, melalui blog ini yg telah mejadi kelas untuk kami yang jauh ini mempelajari ilmu makrifat tok kenali dari tuan haji. Moga Allah mengizinkan dan meringankan kepada tuan haji untuk menulis di blog ini..amin..

    Like

  6. Assalamualaikum wr wb Tuan Guru…
    Terimakaseh diatas segala curahan ilmu Allah yg disampaikan selama ini.
    Walaupon saya belom ada kesempatan untuk mengikuti kuliah Tuan Guru di Luar sana buat masa ini…malahan saya tidak pernah menyepikan diri mengikuti blog ini..sejak hari pertama saya mula mendaftar sebagai ahli blog ini…

    Saya senantiasa berdoa moga Allah beri kelapangan untuk saya bertemu Tuan Guru dan dapat mengikuti pengajian yang dipimpin oleh Tuan Guru.

    Apapon saya berharap sgt ..moga Tuan Guru terus berkarya demi untuk kami juga yang belom ada kesempatan untuk mengikuti pengajian Tuan Guru diluar sana..

    Terimakaseh yg tak terhingga dari saya yg jahil dan senantiasa mengharapkan belas ihsan Allah swt .

    Like

  7. ASALAMOALAIKOM USTAZ TELAH SELAMAT SAMPAI .SAMPAI KAN SALAM SAYA PADA KAKAK . BEGINI YANG SAYA FAHAM KHALIK DAN MAKHLOK ITU BERSATU TIDAK BERPISAH TIADA. MARI BUAT ROTI CANAI YANG SELALU KITA MAKAN . DISITU ADA TEPUNG /GULA / GARAM / TELUR / MAJERIN /.KITA GAUL DAN ULI HINGGA HILANG SIFAT BARANGAN TADI .JADI LAH ROTI .PERSOALANNYA APAKAH HILANG RASA BAHAN TADI SESUNGGUHNYA TEPUNG TETAP RASA NYA /GULA DENGAN MANISNYA / GARAM DENGAN MASINNYA / MAJERIN DENGAN LEMAKNYADALAH ALLAH.A / BERSATUKAH IA / ITU CUMA SABUAH KIASAN TIDAK BOLEH KITA UMPAMAKAN ALLAH ITU ROTI / ALLAH TIDAK BOLEH DIUMPAMAKAN DENGANSATU UMPAMA .ALLAH

    Like

  8. alhamdullillah…..semakin hari semakin banyak kiasan yang diberikan…kiasan kepada matabenda agar pencari/pengkaji faham benar-benar faham dan yakin benar-benar hakikul yakin……diantara ombak dan lautan/airnya…..diantara api dan asapnya…..diantara matahari dan cahayanya….diantara kain/baju dan warnanya….diantara roti canai dan bahan-bahannya…..diantara wajah dan cerminnya…pandang yang banyak pada yang satu pandang yang satu pada yang banyak…inilah dia fahamnya berpisah/bercerai tiada berpisah tidak sekali-kali…. maka adanya nafi adalah juga isbatnya…………

    Like

  9. Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Terima kasih Tuan Haji Shaari kerana berkongsi mutiara hikmah yang merupakan asas dalam hidup ber Allah. Semoga Allah merahmati dan memberkati Tuan Haji Shaari.

    Like

  10. Anakda Rizal

    Salam Abah,

    SEMOGA ALLAH BERIKAN KESIHATAN DAN KEKUATAN UNTUK BERKARYA & MENYAMPAIKAN KEPADA KAMI YANG DAHAGAKAN ILMU MAKRIFAT & MENGENAL DIRI,PENCERAHAN & KEFAHAMAN SEMAKIN BERSINAR APABILA ILMU INI DIDENGAR SELALU & DIULANG-ULANG INSYAALAH AMIN.

    Like

  11. Salam.. Tuan guru…. Langkah dan irdath jua yang memegang janji… Saya jauh dari tuan guru… Tapi ilmu yang tuan berikan begitu merasuk ke kalbu…. Niat untuk menghadiri ceramah tuan sangat saya harapkan..tapi apa daya daratan yang berbeda membuat saya tak sampai ketujuan… Halaman ini merupakan satu satunya harapan hamba yang fakir… Berkenan hendaknya tuan guru memberi penjelasan nama yang satu untuk dibuai dalam fuad…

    Like

  12. ASSALAMUALAIKOM WBT. KEPADA SEMUA TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, SAHABAT DAN PARA PELAYAR SEKALIAN YANG PASTINYA SENTIASA DI RAHMATI ALLAH TANPA TERLEKA WALAUPUN SEDETIK. AMIN.

    SUDAH DENGAN KEHENDAK ALLAH.
    BERIKUT DIMAKLUMKAN BAHAWA TUAN GURU HJ. SHAARI B. HJ. MOHD YUSUF TELAH DIJEMPUT BAGI MENYAMPAIKAN KULIAHNYA DI SEKITAR NEGERI SABAH SEPERTI BERIKUT :-

    24-11-12. – KEDIAMAN TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN TUAN SAKARAN DANDAI, ANAK KEPADA MANTAN TYT DAN KETUA MENTERI SABAH.TAWAU, SABAH.
    25-11-12. – MASJID AL-EHSAN DATUK PENGIRAN GALPAM, SANDAKAN.
    26-11-12. – MASJID AL-FALAH, KARAMUNTING, SANDAKAN.
    27-11-12. – MASJID BANDARAYA / SURAU KERETAPI, KOTA KINABALU, SABAH.

    SEMUA CERAMAH INI, INSYAALLAH AKAN DI SAMPAIKAN SELEPAS SOLAT MAGRIB. TUAN-TUAN SEMUA DIJEMPUT MENGIKUTINYA, MOGA-MOGA APA YANG AKAN DI SAMPAIKAN ITU AKAN DI FAHAMKAN ALLAH. AMIN.

    Like

  13. Allahamdulillah, akhirnya tuan Hj. akan dtg ke negeri di bawah bayu, selamat datang tuan Hj. insyaallah moga Allah akan memberi keringanan kpd sy dan lain-lain untuk mendengar ceramah tuan Hj. di sandakan. amin..

    Like

  14. SALAM MAHABBAH TUAN GURU..SEMOGA TERUS BERADA DIDALAM NAUNGAN RAHMAT ALLAH..

    SUNGGUH DIRI YANG FAKIR INI SANGAT TERSENTUH DENGAN NUKILAN TUAN GURU…

    Izinkan Diri yang Fakir ini berkongsi rasa….semoga terus mendapat bimbingan daripada Tuan Guru…

    Hamba dengan ALLAH tidak TERPISAH….
    BERSATU TIADA…BERPISAH TIDAK…..
    ALLAH BERFIRMAN DIDALAM ALQURAN….”dalam penciptaan langit dan bumi, MALAM SIANG SILIH BERGANTI HANYA TERDAPAT TANDA TANDA BAGI ORANG YG BERAKAL”

    LAGI ALLAH BERFIRMAN…DALAM SURAH AS SHAM
    ALLAH BERSUMPAH “DEMI MATAHARI DAN SINARNYA DI PAGI HARI”

    KEDUA DUA FIRMAN ALLAH DI ATAS JELAS MENYURUH KITA MEMERHATI PADA KEJADIAN ALAM….
    LALU…TERPANGGIL UTK MERENUNG PERUMPAMAAN “DEMI MATAHARI DAN SINARNYA DI PAGI HARI”

    HAMBA DAN ALLAH TIDAK TERPISAH…BERSATU TIDAK!!!
    IBARAT MATAHARI DAN SINARNYA(CAHAYA)…..
    Cahaya bukan lah MATAHARI….MATAHARI bukanlah CAHAYA…tetapi tidak lain daripadanya..
    cahaya matahari tidak boleh bersinar tanpa ada matahari…cahaya matahari tidak boleh berdiri sendiri…matahari pula tidak diketahui wujudnya MATAHARI sekiranya tiada cahayanya….hari ini yang dilihat ADALAH cahaya..tetapi STRUKTUR SEBENAR MATAHARI tidak mampu dizahirkan kerna terlampau TERANG DAN SGT KUAT….adanya CAHAYA membuktikan ADANYA MATAHARI WLAUPUN kita tidak melihat STRUKTUR MATAHARI TERSEBUT….lalu…dipanggil lah CAHAYA MATAHARI……

    CAHAYA itu bersumberkan MATAHARI…Matahri MENGELUARKAN CAHAYA untuk membuktikan WUJUDNYA MATAHARI,,,tetapi CAHAYA bukan lah MATAHARI ITU…ianya hanya lah sifat KEPADA MATAHARI…tetapi bukan MATAHARI…BERSATU TIDAK..BERPISAH TIADA….HAMBA bukan ALLAH…ALLAH bukan HAMBA..tetapi tidak lain daripadanya….HAMBA tidak BOLEH berdiri sendiri….HAMBA bukanlah menggambarkan ALLH…ALLAH tidak bersifat…ALLH tidak berbentuk…ALLAH tidak boleh disamakan dengan sesuatu apa pun….UMPAMA MATAHARI YG TIDAK TERMAMPU DILIHAT DAN TIDAK TERGAMBAR OLEH AKAL…TIADA SATU PN SAMA DENGAN MATAHARI…TIADA SEORNG PN TAHU SAIZ SEBENAR MATAHARI……IANYA BERDIRI SENDIRI….ITULAH KIASAN YG ALLH SURUH LIHAT TERDAPAT TANDA TANDA BAGI YNG BERAKAL….WALLAHU A’LAM…Mohon Maaf sekiranya tersasar daripada maksudnya…

    Mohon TUAN gURU TERUS KUPAS UNTUK DI REALISASIKAN DALAM PENTAS KEHIDUPAN….

    Like

  15. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya berharapa agar ada rakamannya nanti dan boleh saya dapatkan dari Ustaz, kerana saya tiak dapat hadir pada 18 Nov ini, atas urusan kerja. Moga Allah memberi RahmatNya kepada kita semua.

    Like

  16. wahailah besi wahailah paku
    bolehkah andai pisahkan itu
    walaupun besi ,paku lain rupamu.
    bila dilebur jadinya satu…

    Like

  17. Ya Allah saya sangat bersyukur dapat dipertemukan dengan Tuan Guru walau hanya lewat internet,karena ilmu yang tuan guru sampaikan sangat mendalam sekali dan sangat langka untuk kita dengar,saya dari lombok indonesia ingin jadi murid tuan guru dan kalau di indonesia dimana kita bisa mendapat kitab tok kenali tersebut dan jika di rupiah kan berapa harganya.wsslam mohon terus bimbingannya.

    Like

  18. salam tuan. saya ingan bertanya dimana tempatnya Hj. Shaari Bin Hj.Mohd Yusof, saya ingat belahar dgnnya..mohon kerja sama tuan

    Like

  19. halhamdulilah hamba terasa lapang apabila dapat belajar makrifat melalui tuan hj shaari,saya dah pun membeli buku MENGENAL DIRI DAN MENGENAL ALLAH TOK KENALI KELANTAN terima kasih dan setinggi harapan semoga tuan hj terus berkarya pada hamba yang BODOH ini…….allah…allah….allah

    Like

  20. Alhamdulillah, trima ksih tuan guru, anak murid blum ada rezeki bertemu lutut dengan lutut menadah ilmu, semoga guru sentiasa dirahmati.

    Like

Leave a comment