Sambungan Zuk Bahagian ( Ketiga)

Jam 3.20 pagi tanggal 31hb Okt. saya terjaga dari tidur dan mula membuka laman web sahabat-sahabat dan salah seorag dari sahabat kita, masih tidak faham apak ertinya zuk!.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Tugas dan tanggungjawab saya, adalah meyampai dan menerangkan ilmu dengan sebaik mungkin. Kiranya masih ada lagi yang tidak faham, saya muhun maaf sebanyak-banyaknya!. Bukan kuasa saya untuk memberi tuan-tuan faham, sesungguhnya yang memberi fahan itu, adalah Allah swt. Maaf kan saya!.

YANG MEMBERI FAHAM ITU ALLAH

Sungguhpun ada segelintir yang tidak faham, kenapa masih terdapat ramai yang faham!. Ini menunjukkan bahawa benarlah sebagaimana sabda bahawa “ilmu faham itu milik Allah”, bukan milik pembaca dan bukan milik saya. Seumpama kita belajar dalam satu kelas, pelajaran yang kita belajar adalah sama, subjek sama, buku sama, kelas sama dan cikgupun sama. Kenapa tuan dapat nombor satu dan saya dapat nombor 13. Sedangkan semuanya dari sumber yang sama?. Inilah bagi mengambarkan kepada kita semua bahawa yang memberi faham itu adalah Allah!.  Oleh itu bilamana terjumpa fakta yang tidak kita faham, jangan cepat melatah dan jangan cepat menuduh sesat atau salah. Jangan sekali-kali  cepat menuduh orang salah dan orang ini sesat, cuba dulu cermin dan tilik diri sendiri dulu!. Ulang baca, cuba lagi dan cuba lagi membaca, mudah-mudahan dengan berulang kalil, insyakallah kita beroleh faham.

MAAFKAN DAN IZINKAN SAYA MEMPERDENGARKAN ILMU BODOH!

Kiranya tidak faham juga, benarlah saya ini seorang cikgu yang bodoh. Jika tidak faham juga, saya dengan rasa rendah diri, mengaku yang diri saya ini seorang yang bodoh!. Tok Kenali juga bodoh dan ayahnda saya juga terlagi bodoh. Sebab seseorang muridnya bodoh, adalah kerana gurunya terlagi bodoh. Jika sekiranya cikgunya cerdik dan cikgunya pandai, sudah tentu muridnya juga turut pandai dan faham!. Sekiranya murid tidak faham, benarlah yang bodoh itu saya!. Maafkan saya sekiranya saya seorang cikgu yang bodoh. Cikgu yang bodoh itu,  sememanngnya juga  mengajar ilmu bodoh!. Untuk itu, jadikanlah ilmu yang saya curahkan ini, sekadar satu ilmu yang penglipur lara atau ilmu mitos yang tidak boleh dipercayai dan tidak boleh dipegangangi!.

ILMU HAKIAT ATAU ILMU MAKRIAFT ITU, ADALAH ILMU “DENGAR!”.

Makanya permulaan ceramah Tok Kenali, beliau “tidak benar” sama sekali anak muridnya megambil faham akan ilmu yang diajar. Beliau tidak benar anak muridnya megambil faham!,  Tugas seorang guru itu, hanyalah sekadar  mengajar atau hanyalah sekadar meyampaikannya sahaja. Sedangkan yang memberi fahan itu, bukan kuasa guru atau bukan kuasa cikgu. Tugas seorang cikru itu, adalah mengajar dan sesungguhnya yang memberi fahan itu, adalah Allah. Allahlah yang memberi faham kepada sesiapa yang dikehandaki Nya!.

Sebagaimana Tuan Guru Tok Kenali, sebegitu juga saya, saya tidak benar sekali-kali tuan-tuan dan puan-puan serta para pembaca risalah ini, megambil faham atas ucapan atau tulisan saya!. Saya hanya mahu tuan-tuan dan puan-puan megambil ilmu ini, sebagai bahan bacaan (sekadar baca). Jangan sekali-kali ilmu yang saya curahkan ini, dibuat atau dijadikan pegangan, pengajaran atau ikutan!.

Cukup sekadar baca dan lupakan apa yang dibaca dan sekadar dengar, selepas daripada tuan-tuan dengar, saya minta tuan-tuan dan puan-puan lupakan segala  apa yang didengar!. Saya bukan berhajat dan saya bukan berniat untuk mengajar, saya sekadar suruh baca dan suruh dengar!.

SAYA MEMBUAT PENGAKUAN BAHAWA SAYA SEORANG CIKGU YANG BODOH

Saya bukan guru dan saya bukan ulamak, saya sekadar seorang insan yang lemah akal, yang bodoh fikiran serta cetek ilmu. Sepatutnyalah tuan-tuan ramai yang tidak faham akan tulisan saya. Sekiranya tuan-tuan tidak faham dengan tulisan saya, saya minta maaf kerana sudah selayaknya ilmu yang lemah itu, dari seorang cikgu yang bodoh!.

Sebelum saya sambung bab zuk, seperkara lagi hendak saya sampaikan disini bahawa ilmu yang saya samapikan ini, adalah sekadar ilmu dongeng atau ilmu mitos, Ilmu yang saya sampaikan selama ini, adalah ilmu mitos, ilmu dongen, ilmu penghlipur lara sahaja. Ilmu yang sekadar untuk dijadikan halwa telinga atau lebih tepat lagi, iaitu ilmu perbualan dikedai-kedai kopi (omong kosong), tidak perlu dituruti.  Ilmu saya ini, adalah sekadar ilmu untuk pembuka minda atau ilmu pembuka titik perbahasan. Maka bahaslah apa yang tuan-tuan nak bahas!. Asal saja jangan cuba-cuba mengkeritik atau meyalahi ilmu orang lain.

JANGAN ASYIK TUDUH MENUDUH ATAU ASYIK BERTENKAR SESAMA SENDIRI

Jangan sekali-kali antara kita ini, asyik bergaduh dan asyik bertengkaran sesama sendiri, ingat pesan saya, kita ini diibaratkan seumpama duduk dalam satu rumah. Terpulanglah kepada tuan-tuan samaada tuan-tuan nak duduk atas kerusi ke, nak duduk atas lantai ke, nak duduk atas bangku ke, nak duduk atas sofa ke!, itu hak tuan-tuan. Nak tidur dalam bilik ke, nak tidur diruangan tamu ke, nak tidur didalam stor ke, di dapur ke, diberanda ke?, terpulang kepada tuan-tuan. Jangan bilamana kita duduk atas sofa, kita pula nak marah kepada orang yang duduk atas lantai!. Kita tidur dalam bilik tidur, tiba-tiba kita nak marah kepada orang yang tidur diruang tamu!. Terpulanglah kepada individu nak letak dirinya dimana, asal saja itu rumah kita!.

 TOK KENALI, MENGAJAR ILMU “RASA”

Ilmu yang saya ajar, Mohd Yusof Cik Wook ajar dan  Tok Kenali ajar itu, adalah ilmu jiwa, ilmu hati, ilmu rohani dan “ilmu rasa”. Penggunaan bahasa juga, adalah dengan menggunakan bahasa jiwa, bahasa hati, bahasa rohani dan bahasa rasa!. Bahasa-bahasa seperti ini, sudah sememangnya tidak akan dapat dimengerti atau difahami, bilamana dibaca dan didengar dengan akal!. Ilmu ini adalah ilmu rasa!. Bahasanya juga adalah bahasa rasa!. Bahasa rohani tidak sama dengan bahasa akal!. Bilamana dibaca dan didengar dengan akal, itulah yang menyebabkan atau yang membuatkan tuan-tuan tidak faham!.

PUNCA PERCANGGAHAN ILMU HAKIKAT DENGAN GOLONGAN BERILMU FEQAH (SYARIAT)!

Inilah yang menjadi perdebatan, perbalahan, pertelingkahan  atau yang menjadi percangahan antara orang hakikat dengan golongan orang syariaat (feqah). Orang feqah atau orang syariaat, mereka  berilmu dalam bidang akal!. Adapun golongan orang-orang hakikat, berilmu dalam bidang rasa!. Mana nak sama, orang berilmu akal dengan orang yang berilmu rasa!. Itulah makanya selalu berlaku pertelagahan antara feqah dengan hakikat (rasa), dari awal mula beragama sampailah sekarang dan akan berlanjutan sampai kehari kiamat!. Inilah yang ahli feqah tidak boleh terima ilmu hakikat atau ilmu makrifat, sebabnya adalah kerana mereka tak mengaji ilmu ini. Bilamana tak mengaji ilmu rasa (hakikat), itulah yang menyebabkan mereka hukum salah atau hukum sesat ilmu hakikat!. Mereka hukumkan ilmu hakikiat itu sesat, kerana mereka sendiri tidak pernah mengaji dan tidak pernah belajat ilmu hakikat, itu sebabnya mereka hukumkan ilmu ini salah. Cuba pergi belajar dan cuba ambil tahu sampai kepada tahap mengenal diri (lebur diri), barulah mereka tahu yang inilah sebenar-benar penamat segala ilmu.

Untuk itu, kita tidak boleh dan jangan sekali-kali mempersalahkan golongan feqah atau golongan syariat, bilamana mereka menuduh ilmu ini sesat atau salah, kerana kita tahu yang mereka itu, menjatuhkan hukuman diatas dasar “mereka tidak tahu!”. Untuk itu, saya nasihatkan kepada mereka-mereka yang diluar sana, sekiranya kita tidak tahu, jangan sekali-kali cepat melatah!.

BAGAIMANA CARA MENUNTUT DENGAN ILMU RASA?

Bagaimana caranya untuk membaca, untuk belajar dan untuk mendengar dengan ilmu rasa?. Untuk dibaca dan untuk didengar dengan ilmu rasa itu, tuan-tuan hendaklah terlebih dahulu membuang sifat akal, buang sifat fikiran, buang sifat usaha dan buang sifat ikhtiar!. Nak lebih tepat lagi, buang sifat keberadaan diri. Orang yang buang diri itu, adalah orang yang telah menjadikan dirinya lemah akal, dirinya bodoh, dirinya dunggu, dirinya tidak berakal, dirinya tidak berilmu dan dirinya tidak menyalahi orang lain, yang salah itu, adalah datangnya dari sifat kebodohan diri sendiri!.  Fanakan diri, matikan diri dan binasakan diri. Jangan sampai terlihat lagi adanya sifat aku!. Itulah cara-cara bagi sesipa yang berhajat untuk belajar dengan rasa!.

Jadikan diri kita  itu lemah. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu lemah akalnya untuk bermakrifat, lemah akal untuk berilmu!. Yang gagah itu Allah, yang berilmu itu Allah, dan yang memberi fahan juga itu Allah, bukan kita!. Sekiranya sudah tetap tuan-tuan meletakkan diri tuan-tuan itu ditempat yang lemah, ayoh mari kita sambung semula perbincangan kita tentang ilmu zuk!. Ayoh mari kita perdepatkan ilmu ini dengan rasa “lemah akal“! dan denga rasa ketidak beradaan diri!. Ayoh!……………………………………………………

Sambung ilmu  tentang zuk!. (sekadar ilmu dongeng, mitos atau ilmu omong kosong).

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Persoalan zuk atau khusyuk itu, hendaklah berlaku jangan seketika sembahyang lima waktu sahaja!. Zuk dan khusyuk kepada Allah Taala itu, hendaklah berlaku semasa sebelum masa sembahyang, dalam masa sembahyang dan sesudah masa sembahyang!. Berlebih-lebih lagi dalam masa sewaktu bersolat!.

Zuk, skusyuk dan tawadhuk itu, boleh berlaku setelah kita betul-betul menghayati akan diri kita sendiri!. Kiranya tuan-tuan berhajat untuk sampai kepada tahap zuk, khusyuk dan tawadhuk,  saya mahu tuan-tuan jawab dulu  persoalan berikut;

1) Siapakah yang membuatkan sehinggakan membolehkan tuan-tuan berdiri?. (Siapa yang mendirikan kaki  tuan-tuan, semasa tuan-tuan sembahyang)?.

2) Siapakah yang membuatkan sehingga tuan-tuan boleh bertakbir, membaca surah-surah Al-Quraan, ruku, sujud dan sebagainya?.

3) Siapakah yang membolehkan  tuan-tuan berniat?.

MANAKAH YANG DIKATAKAN HAK DIRI KITA?.

Cuba tuan-tuan terlebih dahulu tanya atau ajukan persoalan ini kepada diri tuan-tuan sendiri. Kiranya tuan ingin beroleh kefaham dalam mempelajari ilmu makrifat (ilmu ketuhanan), tuan-tuan hendaklah ikut atau patuh kepada perintah guru atau perintah cikgu. Sekarang saya sebagai cikgu, saya mahu tuan-tuan benar-benar tanya diri sendiri. Berhenti membaca sekarang. Sekarang saya mahu tuan-tuan jawab pertanyaan diatas!.

Siapa yang membolehkan kaki tuan-tuan berdiri untuk bersembahyang?. Apakah berdirinya kaki tuan-tuan itu, atas dasar kehendak, kuasa, kudarat atau iradat tuan-tuan sendiri?. Cuba jawab?…………………….

Tidakkah berdirinya kaki tuan-tuan itu, adalah diatas dasar kuasa Allah!. Tidakkah kuasa Allah yang mendirikan kedua-dua belah kaki tuan-tuan semasa tuan-tuan berdiri untuk mengerjakan sembahyang?. Kiranya yang mendirikan kaki itu adalah Allah, mana yang dikatakan kaki kita yang berdiri dan mana yang dikatakan kaki tuan-tuan yang berdiri?. Sila jawab, siapa yang  berdiri?. Apa masih ada lagi kaki kita?. Apa masih ada lagi daya upaya, kudrat atau iradat kita?. Cuba jawab!.

YANG BERDIRI SENDIRI ITU, SIFAT  ALLAH!.

Bolehkan kita berdiri sendiri?. Setahu saya, yang bersifat  berdiri sendiri itu, adalah Allah.  Sifat “kiamuhu Binafsih” (Allah berdiri dengan sendiri). Berdiri sendiri itu, adalah sifat Allah, bukan sifat aku, bukan sifat kita, bukan sifat saya dan bukan sifat kamu!. Untuk itu, cuba jawab pertanyaan saya, siapakah yang mendirikan kaki kita?. Bolehkah kita berdiri sendiri, jika sekiranya kita tidak boleh berdiri sendiri, siapakah yang mendirikan kaki kita?.

Bilamana Allah yang mendirikan kita dan Allah yang menjadikan kaki kita berdiri, jika segalanya Allah, mana bahagian kita, kemana perginya hak kita dan kemana perginya kepunyaan kita?. Mana yang dikatakan diri kita, jika segalanya milik Allah?. Mana kita, cuba jawab?. Bolehkah barang milik orang, kita mengaku milik kita?. Tanah orang punya atau rumah orang punya, bolehkah kita mengaku harta milik kita?. Cuba jawab?.

TANAH DAN RUMAH ORANG PUNYA, BOLEHKAH KITA MENGAKU KITA PUNYA?.

Bilamana orang lain yang mendirikan rumah (buat rumah), bolehkan kita mengaku kita yang mendirikan rumah dan bolehkan kita mengaku, kita yang buat rumah?. Orang lain yang berbuat, apakah boleh kita mengaku kita yang berbuat?. Cuba jawab pertanyaan saya!. Kiranya benar tuan-tuan ingin belajar dan ingin beroleh faham akan ilmu hakikat dan ilmu makrifat, sila jawab pertanyaan saya!.

Tidakkah tuan-tuan malu mengaku hak orang lain sebagai hak kita?. Orang lain buat rumah, sanggupkah tuan-tuan mengaku tuan-tuan yang berbuat?. Bilamana orang lain yang berbuat, marilah kita akur perkara ini dengan sebenar-benar pengakuan yang bahawasanya, milik oranglah bermulanya bangunan sembahyang. Setelah bermula dengan milik orang, hendaklah mengaku milik oranglah sesudah dan selamanya!.

SEBELUM, SEMASA, SESUDAH DAN SELAMANYA ITU ADALAH ALLAH!

Bilamana sebelum, semasa dan sesudah, segalanya milik orang, manakah yang dikatakan milik kita?. Setelah tidak adanya milik kita, itulah yang dikatakan zuk, itulah yang dikatakan skhusyuk dan itulah yang dikatakan tawadhuk!. Setelah zuk, khusyuk dan tawadhuk, itulah makanya tidak lagi terasa oleh kita akan selain Allah!. Melainkan Allahlah Allah dan Allahlah seAllah-Allahnya……………………………………..

PERTELINGKAHAN ORANG FEQAH DENGAN ILMU HAKIKAT YANG TIADK KUNJUNG TAMAT!

Setelah saya menyatakan keadaan seumpama itu, pasti ada yang mengatakan yang pendapat saya itu pendapat “hulul”, “wahdatul wujud”, Ilmu Syek Siti jenar dan berbagai-bagai tuduhan dan sehingga ada yang menuduh mengaku Allah!. Tuduhan-tuduhan seumpama itu, sudah sedia wujud sedari zaman Al-Halaj lagi. Tidak hairanlah kiranya masih ada orang zaman ini yang  seumpama itu!.

Perjalanan ulamak-ulamak tasauf atau ulamak-ulamak makrifat itu, seumpama berjalan diatas hujug sebilah pedang!. Sentiasa teramcam oleh ancaman-ancaman orang-orang yang berpendidikan feqah!. Di Universiti Al-Azhar atau Universiti Islam Antarabangsa, tidak ada pelajar ilmu hakikat dan tidak ada sukatan pelajaran ilmu makrifat. Sudah tentu sekali, orang yang berpelajaran feqah, tidak setuju dengan ilmu hakikat dan ilmu makrifat, sebagaimana yang saya perkatakan!. Lalu dengan kejahilan bidang ilmu hakikat atau makrifat, lalu mereka menuduh sesat dan salah!. Sedangkan yang menuduh salah atau sesat itu, adalah golongan yang tidak pernah menduduki tempat sebagaimana  kita duduki!.

Zuk itu, setelah kita mengaku bahawasanya tidaklah  berdiri dan tidaklah yang mendirikan kaki kita semasa bersolat, melainkan yang berdiri dan yang mendirikan kaki kita itu, adalah daripada daya, upaya, kudrat dan iradat Allah swt. Setelah segala-galanya dari Allah, mana yang dikatakan diri kita dan mana yang dikatakan kita?. Mana, mana dan mana kita?, cuba jawab………………… mana kita………………………….mana kita?. Cuba jawab!.

Jika sekiranya masih lagi ada diri , itulah tandanya dunggunya ilmu makhluk manusia!. Itulah tanda tuan-tuan masih tidak mengenal diri. Bilamana tidak mengenal diri, itulah penyebab yang membuatkan tuan-tuan tidak faham dengan apa yang saya perkatakan!. Disebabkan ketidak fahaman itulah makanya timbulnya bahawa ilmu makrifat itu, ramai yang menuduh sesat atau salah!.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 5.51, saya minta untuk menangguh dulu karangan atau perbincangan ini. Selepas subuh, saya ingin berjogging dan kita sambung lagi bila diberi kesempatan oleh Allah swt!. amin Daripada Hj Shaari

Saya ingin ajukan  sekali lagi pertanyaan kepada tuan-tuan. Saya minta jawab dengan jujur?.

Apakah ada apa-apa perjanjian antara kita dengan Allah, yang mengatakan bahawa kita hendak meminjam pakai pakaian Allah?. Seumpama pakaian melihat Allah, apakah kita ada buat perjanjain dengan Allah untuk meminjam pakai penglihatan Allah?. Apakah Allah benarkan kita pakai penglihatan Nya?. Bila masakah kita ada buat perjanjain untuk menerima pemberian Allah dan bila masanya Allah berjanji untuk memberi pinjam barang Dia kepada kita?. Adakah perjanjian antara kita dengan Allah untuk memberi pinjam dan kita pula ada berjanji untuk menerima pemberian?. Adakah perjanjian memberi dan menerima pinjaman?. cuba jawab?.

Adakah perjanjian yang Allah beri pinjam kepada kita dan adakah perjanjian kita terima pinjaman Allah?. Kalau ada bila masanya?. Cuba jawab?. Bolehkah kita guna pakaian, peralatan atau kegunaan Allah?.

Ada orang berkata yang diri dan kuasa kita ini, diberi pinjam oleh Allah kepada kita!. Bilamasanya Allah kata Dia beri pinjam kepada kita hak Dia?. Apakah hak Allah itu, boleh dipinjam-pinjam?. Bilakah masanya Allah memberi dan bila pula masanya kita menerima?.

Cuba tuan-tuan perhatikan sifat garam atau sifat gula. Apakah masin telah meminjamkan sifat masinnya kepada garam dan apakah garam telah menerima sifat garam daripada masin?. Cuba jawab soalan saya dengan jujur dan denngan berlapang dada!.

Tujuan saya mengarang perkara ini, adalah semata-mata bertujuan supaya tuan-tuan tahu erti zuk yang sebenar-benar!. Bilamana tun-tuan tahu untuk menfanakan yang lain selain Allah, itulah erti zuk dan bilamana tuan-tuan tahu untuk memandang yang satu dari yang satu, itulah erti zuk. Zuk itu, setelah tidak lagi memandang garam, melainkan memangdang kita itu, hanya pada sifat  masin.

 

 

19 Replies to “Sambungan Zuk Bahagian ( Ketiga)”

  1. Alhamdulillah, terima kasih tuan guru.
    Suatu lagi pencerahan yang tidak pernah saya baca yang sejelas ini. Kalam permata tuan amat tinggi nilainya. Sesungguhnya yang mengaku aku itu telah tiada, telah ghaib, telah binasa, telah mati dan telah lebur dalam keagungan kebesaran Ilahi. Makhluk sudah tiada, yang ada hanya Allah. Hanya yang mengenal diri, mengenal Allah datang sendiri umpama makan gula manis datang sendiri dan makan garam masin datang sendiri. Allahlah penyampainya dan Allahlah yang memahamkannya. Amin.

    Like

    1. Benar kata tuan hamba itu, jika kita belajar dengan 70 org guru sekalipun, jika Allah tdk berkehandak. bilamana Allah berkehendak, hanya dgn ikut jenazahpun blh membawa kita mengenal Allah dan hanya dgn melihat sepotomg ayat sahaja blh mengenal Allah!, jika Allah berkehendak!.Drp Hj shaari

      Liked by 1 person

    1. tuan, itu bukan jawapan dari hj,Shaari. Berhati-hati bila menerima jawapan. Terkadang-kadang kebanyakkan orang menjawab dengan tidak guna fatonah atau dengan tidak beradap.Ilmu ini bukan untuk main-main atau bergurau. Maafkan mereka krn semuanya atas kehendaknya jua!. drp hj Shaari

      Like

  2. minta maaf tuan guru .istilah istilah . alhulul .alittihad wihdatulujud wajibatuujud wahdatulujud semuua itu hanya istilah para pengkaji ilmu untuk gelaran DR PROF itu sahaja bertahun saya mengikuti bacaan ini tidak juga mengenal mahasuci ALLAH menemukan saya dgn ustaz maka terbuka seluruh hijab itu sesungguhnya ALLAH nyata pada segala sesuatu .nyata pada senyum kita pada gelak kita pada marah kita jikalau kita tidak mengenal kita tidak lebih dari patong 100 miter tinggi dibatucave

    Liked by 1 person

  3. itulah yg dikatakan hanya yg merasainya sahaja yg mengetuahui……dan sebab itulah jua rasullullah hanya mengangkat 4 orang sahabat sahaja……… tidak lebih dari itu kerana bukanlah senang mau senang ma………..

    Like

  4. Salam ya guru lama tk menjengok…benar guru apa yg dikata …tk perlu mncari masin ,mknlah garamnya nanti masin datang sendiri…
    bila tk ada diri yg ada hnya Allahlah…Dialah yg mengajarnya nnti dan yg mmberi faitam…guru2 hanya tunjuk jalan sahaja…tapi klu yg sebenarnya guru bgaikan alat sahaja ttapi jika lihat di balik alat….siapakah itu…hehe….moga guru sihat2 selalu…..

    Like

    1. yang ada itu hanya Allah dan yang wujud itu hanya Allah. Bila Allah wujud dan kita juga wujud erti ada 2 wujud. Jika ada dua wujud ertinya syirik kita kpd Allah.

      Like

Leave a comment