BAGAIMANA MENCAPAI KHUSYUK DALAM SEMBAHYANNG

Tanggal 30hb. Okt, jam lebih kurang pukul 8.11 pagi, tergerak hati saya untuk menjawab pertanyaan daripada talian talipon 014 844 4402, sahabat yang namanya tidak dijelaskan. Beliau bertanya tentang 1) bagaimana caranya untuk mendatangkan khusyuk dalam sembahyang dan 2) bagaimanakah maksud yang dikatakan yang menyembah itu, adalah juga yang disembah?.

Sebelum saya menjawab, saya minta para pembaca blog, cuba menjawabnya terlebih dahulu.  Untuk saya selami, sedalam mana ketidak fahaman tuan-tuan dan untuk saya ambil pengukuran (kayu ukur), sedalam mana kefahaman pembaca!

 

 

41 Replies to “BAGAIMANA MENCAPAI KHUSYUK DALAM SEMBAHYANNG”

  1. Assalamualaikum..Tuan Haji,saya juga dah lama ingin bertanya dan tahu bagaimana untuk mendapat dan mencapai sebenar-benarnya khusyuk di dalam solat..agar solat kita itu sempurna..dan melupakan hal2 dunia semasa solat..

    Like

  2. Tuan Guru yang dihormati lagi dikasihi.
    Bestnya bab ini, semuga semua pelayar blog ini akan faham dgn sebenar2 faham umpama penyerahan diri jenazah terbujur kaku dan kembalinya garam kelautan masin. Begitulah. Mudah mudahan, amin.

    Like

  3. Salam pd Guru Hj Shaari & sahabat-sahabat sekelian.Inilah apa yang hamba ketahui sedikit sebanyak berkaitan perkara diatas.Kalau tidak menepati maafkan hamba dan bimbinglah hamba.

    Adapun erti sembahyang yang sebenar-benar yang menyembah itu ialah Hamba. Yang disembah itu Tuhan. Yang menyembah itu Fana’, Yang disembah itu Baqa’. Yang Hamba itu pulang kepada Ad’domnya*1. Maka kekallah Tuhan semata-mata pada Syuhud*2 kita.
    Yang menyembah pun Ia, yang disembah pun Ia, Yang memuji pun Ia, Yang dipuji pun Ia. Kerana Allah Ta’ala memuji dirinya melalui atas lidah-lidah hamba-hambanya itu. Maka ialah Tuhannya.
    Maka yang hamba itu tentulah Fana’ sehabis-habisnya. Sabit ditilik sekelian dirinya habis terpulang kepada Allah Ta’ala sekeliannya. Kudrat Iradat sekelian itu daripada Allah Ta’ala semata-mata. Maka tentulah Fana’ dirinya. Maka hanyalah Zat Allah semata-mata yang nyata kekalnya hingga kepada Salam. Inilah yang kita Syuhud.
    Inilah yang sebenar-benar sembahyang. Wallahua’lam.

    Like

    1. Jam 3.57 pagi tanggal 30hb Okt, saya terbaca catatan tuan. Terima kasih duhai tuan hamba. jawapan tuan hamba itu, adalah jawapan orang yang bersembahyang dalam keadaan zuk (zuhud alam dunia). Inilah kefahaman yang saya cari-cari selama ini, yang tidak ramai memilikinya. Selama ini ramai yang beranggapan bahawa mereka yang mengerjakan sembahyang!.Bilaman mereka beranggapan bahawa merekalah yang bersembahyang, itulah sebabnya tidak ada zuk. Cuma semua para pembaca blog ini, mari kita sama-sama manikmati sembahyang yang sebenar-benar sembahyang!.

      Sebenar-benar sembahyang zuk itu, adalah bilamana bukan kaki kita yang membolehkan kita berdiri sembahyang!. Bukan kerana kuasa atau kekuatan kita, yang mendirikan kaki kita sembahyang!. Mana mungkin kaki kita boleh gagah berdiri, jika tidak kerana Allahlah yang mendirikan kita!. Kiranya Allah yang mendirikan kaki kita untuk bersembahyang, kenapa kita mengaku kita yang berdiri sembahyang?.

      Allah yang mengerakkan bibir mulut kita untuk berkalilmat, kenapa kita mengaku kita yang berkalilmat?. Allah yang mengerakkan hati kita untuk berniat, kenapa kita mengaku kita yang berniat?. Setelah segala-galanya dari Allah dan tidak ada satupun dari kita, kenapa masih mengaku kita yang bersembahyang?. Itu makanya sembahyang kita tidak ada rasa zuk, khusyuk?.

      Terima kasih tuan Zaker Zain.

      Like

      1. asalamu’alaikum.

        bagaimana pula kita hendak tidak mengaku bahawa segala galanya bukan kita. saya kira penerangan yang diberikan itu masih lagi berkisar dalam ilmu, iaitu tahu. bagaimana pula hendak kita amalkan agar hilang rasa KITA dan hanya ada DIA.

        diharap sangat sangatlah agar dapat tuan perjelaskan. terima kasih

        Like

  4. Jawapan saya mudah aja. Kalau nak khuyuk dalam solat. KITA jangan solat. Hehehe, biar yang solat itu DIA. DIA = ALLAH. Apabila semua di serahkan kembali pada DIA, KITA sudah TIADA. Yang ada hanya DIA. Macam mana nak menghadirkan DIA? Hanya DIA dapat menghadirkan akan DIA. Guru akan membimbing untuk menghadirkan DIA. ILMU ini ILMU RASA. IKUT RASA BADAN BINASA..

    Like

    1. T.Kasih atas jawapan yang baik dan bernas. Cuma dilain kali saya minta dengan hormat agar tuan jangan menpermain-main atau bersenda dalam memberi pendapat dan seeloknya jawablah dengan berfatonah, nanti orang terkeliru!. Namun secara peribadi, saya memperakui bahawa tuan adalah seorang yang arif!.Benar pendapat tuan itu bahawa Kita sudah tidak ada, bilamana kita sudah tidak ada, bagaimana mungkin dapat menzahirkan Dia. Sedangkan Allah itu terzahir pada setiap yang zahir dan Allah itu nyata pada sekalian yang nyata. Tidak lagi perlu menyatakan Allah, krn Allah sudah sedia nyata senyata-nyatanya dan Allah itu terang seterang-terangnya. kenapa masih mahu cari!. T,kasih diatas pendapat yang bernas. amin drp hj shaari

      Like

      1. Assalamulaikum Tuan Guru dan semua.
        Maaf saya pinta kepada Tuan Guru dan semua yang ada. Tidak terlintas untuk saya bergurau senda tentang Ilmu Allah ini. Maaf jua saya pinta kerana tidak membuat penjelasan pada tulisan saya. Terima Kasih pada Tuan Guru yang memberi penjelasan. Saya sudah lupa bahawa yang saya tulis ini adalah di alam maya. Sekali lagi maafkan saya.

        Like

      2. Salah dan silap itu, adalah jua dari Allah. Untuk Allah menzahirkan sifat kekayaan dan kesempurnaan Nya. Jika pisang hanya bewarna hijau tanpa kuning, mana nak tahu pisang itu masak. Untuk itu, Allah perbuat berbagai-bagai bg menunjukkan kayanya Allah, yang boleh berbuat berbagai-bagai warna dan berbagai bentuk termasuk perkara buruk dan perkara baik. T.kasih atas keikhlasan tuan.

        Like

      3. maaf sekali lagi tuan,

        bagaimana pula hendak kita menafikan KITA dan mengithbatkan DIA segi ilmu sememang kita telah mengetahui bahawa tiada ujud yang lain melainkan ujudnya Allah dan bersalahan Allah dengan segala yang baharu. apa yang saya fahami, ilmu akan hanya membawa kita ke satu tembok dimana segala jawabanya berada disebalik tembok. saya juga tahu hanya ‘amal sahajalah yang dapat menermukan kita dengan pencipta; saperti yang tuan sebutkan di’alam nyata.

        maafkan saya sekali lagi tuan dan persudikanlah memberikan teguran kiranya pendapat saya tersasar.

        terima kasih.

        Like

      4. Bilamana bercakap tentang ilmu makrifat, bercakaplah sebagai mana orang mati!. Orang mati itu, telah tidak lagi sanggsi akan keberadaan Allah. Keberadaan Allah itu, setelah tidak ada keberadaan diri kita!. Jawapan ilmu disebalik tembok itu, adalah matikan diri. Bilamana mati diri, bererti kita tidak lagi berfungsi (tidak ada), bilamana diri kita sudah tidak ada dan suudah tidak berfungsi, siapa yang berfungsi dan siapa yang ada?. yanng ada dan yang berfungsi itu, adalah Allah……..

        Kita pada hari ini, kebanyakkannya sudah lama kehilangan Allah. Allah sudah lama hilang dalam hidup kita. Kebanyakkan dari kita sekarang ini, hanya nampak adanya diri kita!. Bilamana ada keberadaan diri kita, kita tidak akan dapat untuk menyatakan keberadaan Allah!. Untuk nyatakan keberadaan Allah dengan nyata seyata-nyatanya, saya pohon kepada pembaca blog yang budiman sekalian, supaya hilangkan keeradaan diri, hilangkan sifat keakuan dan hilangkan perkataan “aku”.

        Ilmu makrifat yang saya cakap dan yang saya bawa ini, bukan ilmu ilusi atau bukan sekadar ilmu bahasa istilah, tetapi ilmu nyata dan ilmu pasti. Seumpama, guru-guru feqah membawa kita melancong kenegera Arab, hanya setakat KLIA (Air asia) sahaja. tetapi ilmu makrifat yannng saya bawa ini, akan membawa tuan-tuan sehinggga sampai menjejakkan kaki kebumi Arab.

        Jika nak ikut saya keTanah Arab, tuan-tuan tak perlu naik Air asia, kerana apa kita tak perlu naik pesawat, kita tak perlu naik pesawat Air asia, adalah keana kita tak ada diri (kita tak bawa diri). Kita tidak ada diri, kita hanya ada Allah!……………………………….Allah tidak perlu naik pesawat…………………………………

        Belajarlah ilmu sehingga tidak lagi kelihatan adanya diri, barulah ilmu ang kita tuntut itu menjadi rialiti bukan fantasi!…………………………………

        Jadikanlah diri kita sebgaian orang mati dan jjadikanlah diri kita sebagamanna orang yang sedang tidur!………………………………

        Like

  5. Assalamualaikum Tn Haji…..
    Sy nk tny , semasa kita sedang solat , apakah kita kena ingat segala pergerakan itu adalah akibat kudrat dan iradatNYA atau maksud disebalik surah yg dibaca

    Like

    1. Solat, bukan bertujuan untuk ingat makhlok. Terjemahan ayat-ayat Al-Quraan itu makhluk. Bacaan suara bibir mulut itu, adalah bersifat makhluk!. Kita bukan disuruh ingat kpd makhluk. Kita disuruh ingat Allah!.Pergerakkan solat itu, adalah sifat makhluk!. Jgn ingat kpd makhluk, mari kita sama-sama ingat Allah!. Drp hj shaari

      Like

      1. Assalamualaikum Tuan Guru Haji Shaari memerangkap ayahanda yang saya kasihi. Saya masih lagi belum dapat memahami yang sebenar-benarnya khusyuk, apabila saya bertakbir, perasaan saya merasa Allahlah yang bertakbir, apabila saya membaca Al-Fatihah, perasaan saya merasa Allah jualah yang membaca Al-Fatihah, telinga saya juga turut berfungsi yang mendengar bacaan Al-Fatihah itu Allah jua, apabila saya ruku, perasan saya merasa Allahlah yang ruku dan seterusnya sehinggalah salam. Adakah RASA semua Allah sudah menepati khusyuk?

        Like

  6. Salam, tuan Guru yang dimuliakan Allah, melalui blog tuan guru ini ingin sekali saya bertanya tentang suatu kekeliruan yg diperkatakan sesama kami yg tiada apa-apa ini, melayari ilmu makrifat tanpa adanya seorang Guru, Syukur pd Allah menemukan sy blog tuan guru, harap pertanyaan saya ini mendapat perhatian dan diperbetulkan agar kami benar-benar menikmati kelazatan solat dan kehidupan sehari-hari.
    Tuan Guru soalan sy:
    i. Bolehkah tuan guru gambarkan situasi ketika bersolat itu, spt yg diketahu dari awal hingga akhir hanya Allah, Allah dan hanya Allah la……tpi kenapa ada rasa perasaan sedih hingga menitis air mata kehibaan tentang kesedaran ‘diri’ tiada keupayaan untuk bersolat, siapakah diri yang menagis itu terpulang kepada ‘ jasad’ atau ‘Nur Muhammad’, sedangkan yg bersolat itu hanya Dia.
    ampun maaf dipinta…..mohon penjelasan tuan Guru dan sesiapa sahaja yg mengerti….

    Like

  7. Asalamualaikum Tuan Haji,
    Saya baru saja mengikut blog tuan haji. Saya tidak pernah duduk blajar dengan siapa pun tentang ilmu ini. Namun pernah juga mendengar mengenai ilmu seperti ini. Dengan penjelasan tuan haji ini terbuka juga minda dan hati saya untk mengetahui lebih lanjut lagi. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah menemukan saya blog tuan haji . Saya akan mengikutinya dngan baik

    Like

    1. Terharu dan bergenang air mata saya bila membaca tulisan tuan. Biarpun sebelumnya tuan tidak pernah mengikuti pelajaran makrifat, tetapi dengan menghayati ilmu bodoh saya ini, ternyata tuan boleh faham. Jangan jadi sebagaimana orang yang berilmu “Feqah” tetapi bila membaca blog saya, beliau menuduh saya berilmu sesat. Sedang orang yang tidak berilmu seperti tuan, boleh memahaminya!.

      Dalam ramai-ramai yang pembaca blog saya, saya baru temui seorang pembaca yang mengatakan saya sesat, iaitu blog yang bernama “Ikhwan”. Mari kita mengucapkan terima kasih kepada saudara “Ikhwam”.

      Saya juga ingin meyampaikan ucapan terima kasih kepada web yang bernama ABDUL, biarpun tuan tidak pernah belajar ilmu makrifat, namun masih boleh memahami ilmu makrifat!. Belajat ilmu makrifat itu, tidak sebagaimana belajar ilmu feqah, yang hanya mengistilahkan bahasa istilah, tetapi tidak pernah duduk tetap pada ilmu “yakin”!. Hanya beristilah, beristilah dan beristilah semata-mata!.

      Walau apapun tuduhan saudara Ikhwan kepada saya yang bodoh ini, kita jangan sekali-kali marah kepada orang seumpama itu, bagi orang yang berilmu makrifat, marilah kita anggapkan bahasa yang mendorongn ulamak “Ikhwan” menuduh yang saya itu sesat, adalah juga bahasa dari Allah!. Kita patut berterima kasih kepada beliau.

      Syabah dan tahniah kepada laman web Abdul daripada hj,shaari.amin

      Like

  8. AKU KENAL DAN AKU FAHAM SIAPA DIRIMU DAN SIAPA DIRI KU……
    KEPADA SESIAPA YG TIDAK PERCAYA AJARAN HAJI SHAARI JNGN KAMU MASUK ISLAM PERGI LAH KAMU SEMUA KE AGAMA LAIN….
    INI LAH SATU SATU NYA AGAMA DI SISI ALLAH…

    Like

  9. Bagaimana membedakan sholat syareat dengan sholat hakekat, karena kedua maknanya terkadang membingungkan. dimana dalam sholat marifat pemahamannya agak sulit dimengerti. terima kasih

    Like

  10. ass….. tuan guru
    bagaimana surah al ilkhlas disebut al ikhlas padahal tdk ada disebut kata ikhlas didalamnya dan pula apa hubungan antara ikhlas dengan ahad?
    mohon tuan guru menjelaskan kepada saya yang pandir ini.
    terima kasih banyak ( saya dr Bali)

    Like

  11. Assalamualaikum tuan guru dan sahabat sekalian.

    Saya ni baru saja membaca/mengaji melalui buku kitab tuan haji tentang ilmu makrifat ni selama 4-6 bulan . Dan saya banyak juga membaca di blog2 lain yang menerangkan tentang ilmu ini juga. Tetapi blog ini saja yang banyak menerangkan lagi.

    Seperti tuan guru cakap bagi orang yang sudah merasai zuk ini tidak akan ragu. Maka saya sedar lah yang saya ini masih ragu lagi. Saya tahu yang solat tidak bersertakan zuk/kusyuk ini tidak diterima Allah. Oleh itu sya masih lagi mencari.
    Saya tahu cara untuk mendapat kusyuk ini adalah dengan mematikan diri sebelum solat. Kerana yang bersolat itu juga adalah yang disolat juga. Tetapi sya tidak dapat lagi untuk meratakan diri saya ini. Sebagai contoh saya tengah solat saya dengar perbualan orang disekitar sya namun saya cepat2 ingat pendengaran ini adalah dari Allah juga. Dengan niat untuk dapat kusyuk. Tetapi dengan contoh ini sendiri telah membuktikan saya tidak kusyuk.

    Soalan saya bagaimana untuk mematikan diri ini. Saya sekadar tahu sahaja kena mematikan diri. Saya minta perbetulkan jika ada salah silap dan minta tunjuk ajar tuan guru. Terima kasih.

    Like

  12. Tambahan dari comment awal. Jika ada yang saya buat salah ketika solat tolonnglah tunjukkanlah jalan yang betul. Terima kasih. saya cuma berharap solat saya ini diterima Allah. Beritahu lah saya bagaiman untuk memperbetulkan diri saya. Dan bagaimana. Terima kasih.

    Like

  13. tuan haji…..tidak khusyuk dalam solat adalah sia2…bagaimana nak hadirkan betul2 khusyuk??adakah perlunya 100% khusyuk baru diterima..???adakah hanya 1% tidak khusyuk solat sudah tidak diterima???bagaimana pendapat tuan???ada lagi ker org yg masih hidup pada masa ini solatnya khusyuk 100%??? terima kasih…

    Like

    1. Ibadah solat yang khusyuk sahaja yang diterima Allah. Setiap hari malaikat membawa ibadah kita berjumpa Allah. lalu Allah perintahkan lemparkannya kembali amal yangn tidak khusyuk itu kemuka pelakunya. Diterima Allah hanya amal yang khusyuk (ikhlas)

      Khusyuk itu jangan sampai bercampur dgn yg lain ertinya 100 persen

      drp hj shaari

      Like

  14. Assalamualaikum. Sebelumnya, perkenalkan nama saya Dinda Aulia Rahman. Saya tinggal di Jakarta, Indonesia. Saya suka melihat Blog Makrifat Tok Kenali dan ceramah tuan guru di Youtube. Saya ingin banyak belajar dan memiliki buku-buku makrifat Tok Kenali. Jazakallah sebelumnya.

    Like

  15. saya mengerti segalanya… saya cuma ingin bertanya… apakah jawapan qalbi dalam stiap bacaan solat.. maaf tuan guru pertanyaan saya bukan untuk menguji.. ttpi benar2 saya tidak tahu.. saya ingin khusyuk solat.. jd saya perlu mnghalakan wajah saya seluruh kepada Allah.. jdi akal berkata ini kalbi berkata begini dsusun satu2 agar mudah saya menikmati solat sebenar solat.. terima kasih tuan guru..

    Like

Leave a comment